Anda di halaman 1dari 3

 

Agama & Kepercayaan Tamadun Awal


Huraikan ciri-ciri agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat  pada zaman
tamadun awal manusia.     

Pengenalan :

1. Konsep ketuhanan dan keagamaan tamadun awal manusia, mereka mempercayaai kepada
agama yang menyembah banyak tuhan di samping mengadakan upacara pemujaan dan
pengorbanan.
2. Agama merujuk kepada segala kepercayaan kepada tuhan, dewa atau roh nenek moyang
serta kebangkitan dan tuntutan-tuntutan  yang berkaitan kepadanya.
3. Kewujudan pelbagai sistem kepercayaan dalam peradaban manusia ialah hasil daripada
hubungan antara manausia dengan alam sekeliling. Mereka percaya alam sekeliling
memudaratkan kehidupan manusia, maka manusia berdamai dengan alam sekeliling
dengan melakukan upacara pemujaan dan pengorbanan.

Isi :

Menyembah banyak Tuhan :

 Dalam tamadun awal manusia agama yang diamalkan adalah bersifat politeisme iaitu
agama yang menyembah banyak tuhan dan dewa-dewi. Misalnya orang Sumeria, Mesir
dan Indus menyembah banyak tuhan. Manusia pada zaman tamadun awal percaya dewa-
dewi ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan.
 Tuhan utama bagi orang Sumeria ialah Anu iaitu dewa langit, bagi orang Mesir pula
tuhan yang paling penting Amon – Re iaitu tuhan matahari dan Osiris iaitu tuhan sungai
Nil. Manakala dewa-dewi yang disembah oleh orang Indus ialah dewa bermuka tiga.
Bagi orang Aryan mereka menyembah tuhan matahari (Mitra), langit (Dyaus) dan api
(Agni). Tuhan yang paling popular ialah tuhan Indra.

 Menyembah Dewa -dewi :

 Dalam masyarakat Sumeria, mereka percaya setiap kota mempunyai dewa


penaung (patron deity). Orang-orang Sumeria menyembah dewa ini yang dipercayaai
dapat melindungi kota-kota mereka.
 Bagi orang-orang Mesir, mereka mempercayaai seluruh alam dikuasai oleh dewa-dewai
yang akan menentukan hidup matinya sesuatu kehidupan. Mereka memuja banyak
semangat roh binatang seperti kucing dan tanaman.

 Upacara Pemujaan dan Pengorbanan :


 Masyarakat tamadun awal sering menjalankan upacara agama seperi pemujaan dan
pengorbanan supaya mereka tidak ditimpa malapetaka. Bagi orang Sumeria upacara
pemujaan dan pengorbanan dilakukan dalam kuil – kuil berbentu menara yang dipanggil
Ziggurat.
 Dalam masyarakat Indus mereka juga menjalankan upacara pengorbanan terutamanya
binatang. Tetapi mereka tidak mengorbankan lembu kerana dianggap sebagai binatang
suci.
 Masyarakat Shang percaya bagi mengelakkan malapetaka, orang Shang perlu
menjalankan upacara pengorbanan untuk tuhan-tuhan mereka.

Menyembah Banyak Objek dan Unsur Alam Semesta :

 Bagi masyarakat Shang mengamalkan agama menyembah banyak objek dan unsur alam
semesta seperti bumi, sungai, angin, binatang dan sebagainya. Mereka percaya tuhan
yang paling berkuasa adalah tuhan T’ien iaitu tuhan langit.
 Mereka percaya tuhan-tuhan ini boleh menguasai kehidupan manusia dan boleh
menyebabkan malapetaka seperti kemarau, banjir dan wabak penyakit.
 Bagi mengelakkan malapetaka belaku orang Shang menjalankan upacara pengorbanan
supaya tuhan-tuhan mereka tidak marah.

Kepercayaan Kehidupan Selepas Mati :

 Bagi orang-orang Sumeria mereka tidak mempercayai kehidupan selepas mati. Oleh itu
mereka tidak menghasilkan mumia atau makam yang kompleks.
 Sebaliknya orang-orang Mesir, mereka mempercayaai kehidupan selepas mati. Justeru
itu  dikalangan pemerintah mereka akan membina piramid untuk menyimpan mumia
sebagai tempat bersemadi roh-roh mereka. Selain itu banyak barangan seperti makanan,
perabut, harta juga disemadikan bersama-sama mumia.
 Masyarakat Shang juga percaya kehidupan selepas kematian, mereka akan menanam
raja-raja Shang ini bersama barang seperti harta, manusia seperti tawanan perang, petani
bersama-sama raja yang telah mati dalam satu kawasan perkuburan.

Memuja Roh Nenek Moyang :

 Orang-orang Shang memuja roh nenek moyang mereka kerana mereka percaya roh – roh
ini mempunyai pengaruh yang kuat ke atas keghidupan mereka.
  Mereka percaya dengan penggunaan tulang – tulang nujum ( oracle bones ) untuk
membuat ramalan terutamanya untuk mengetahui sesuatu perkara yang berkaitan dengan
roh nenek moyang mereka.

Kesimpulan :

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

Anda mungkin juga menyukai