Anda di halaman 1dari 2

3.4 Kualiti air Kebanyakan ikan akuarium tropika hidup dalam persekitaran air lembut dan sedikit berasid.

Penentuan kualiti air perlu dilakukan dari masa ke semasa kerana hanya sedikit perubahan akan mengganggu kehidupan ikan. Walaupun kebanyakan ikan boleh menyesuaikan diri jika perubahan ini berlaku tetapi kesan sampingan pada ikan amat ketara. Kandungan kimia air perlu diketahui oleh peminat ikan hiasan untuk menghasilkan kepuasan. Berikut ini diterangkan panduan ringkas mengenai masalah mutu air yang biasa dihadapi oleh penggemar ikan hiasan. 3.4.1 Keliatan air (Water Hardness) Keliatan air merujuk kepada kandungan garam magnesium dan kalsium yang terlarut di dalam air. Air liat mengandungi kalsium dan magnesium yang tinggi. Bahan ini boleh dihasilkan oleh aktiviti pemanasan oleh alat pemanas di dalam air atau dari saluran paip. Kebanyakan spesies ikan hiasan dari kawasan tropika hidup di dalam air lembut. Penggemar ikan hiasan boleh menentukan tahap keliatan air dengan menggunakan bahan reagen tertentu. Perubahan warna air akan menunjukkan tahap keliatan air. Jika air didapati terlalu liat, tambah setengah camca garam atau air laut kepada air yang telah ditapis. 3.4.2 pH Keasidan dan kealkalian air akuarium diukur dengan menggunakan skala pH. pH 7.0 adalah neutral. Lebih dari 7.0 adalah alkali dan kurang dari 7.0 adalah berasid. pH yang sesuai untuk ikan hiasan ialah 6.5 7.5. pH air tidak sama dari masa ke semasa kerana dipengaruhi oleh aktiviti pengeluaran karbon dioksida di dalam air dan aktiviti mikro organisma dan tunbuhan di dalam akuarium. Menyukat pH pada masa yang tetap setiap masa adalah amalan yang paling sesuai. Alat penyukat pH meter boleh memberi bacaan pH air secara terus, manakala reagen pewarna memerlukan sedikit sampel air dicampur dengan reagen dan pH air ditunjukkan oleh carta warna yang dibekalkan bersama reagen. Nilai pH diselaraskan menggunakan bahan kimia mengandungi fosforus atau bikarbonat. Sistem "buffer" yang terdapat pada air akuarium boleh menstabilkan pH air secara semula jadi. Penentuan pH air penting kerana beberapa spesies ikan hiasan hanya dapat hidup pada julat pH tertentu. Contohnya ikan Aphyosemion bualanum sesuai pada air beralkali, manakala Ephiplatys annulatus sesuai pada air lembut yang berasid.

3.4.3 Klorin. Kebanyakan bekalan air yang digunakan di rumah telah dicampur klorin untuk membasmi mikro organisma yang tidak dikehendaki di dalam air. Kandungan klorin yang tinggi boleh menyebabkan keracunan pada ikan hiasan. Jika penggemar ikan hiasan hendak menggunakan air paip di rumah, maka air tersebut perlulah di dedahkan pada kawasan terbuka sekurang-kurangnya selama 24 jam untuk nyahklorin. Kaedah lain ialah dengan menambah bahan anti klorin yang boleh diperolehi di pasaran pada sukatan tertentu. Cara dan sukatan bahan anti klorin ini biasanya ditulis pada label bekasnya.

Anda mungkin juga menyukai