Anda di halaman 1dari 3

Kanser boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama mahupun status.

Malangnya, ramai di antara kita yang belum mengetahui fakta sebenarnya mengenai kanser dan juga rawatannya. Bagi kebanyakan pesakit, kanser boleh disembuhkan atau dikawal daripada merebak melalui pembedahan. Manakala, bagi sesetengah kes pula, rawatan mungkin perlu diikutikan dengan terapi radiasi atau menggunakan ubat-ubatan anti kanser atau lebih dikenali sebagai kemoterapi. Oleh itu, penting bagi setiap pesakit kanser dan juga ahli keluarganya untuk mengetahui serba sedikit tentang penyakit kanser yang dihidapi. Ini termasuklah rawatan yang bakal diberikan. Pesakit yang berpengetahuan biasanya akan lebih tenang dan tabah semasa mendapat rawatan. Keadaan ini sebenarnya dapat membantu meringankan beban pesakit dan mungkin dapat meningkatkan keberkesanan rawatan yang diberikan. Rawatan kemoterapi sendiri sering disalah tanggap sehinggakan ada pesakit yang menolak untuk dirawat. Gambaran negatif mengenai kesan sampingan yang teruk akibat kemoterapi seringkali dijadikan alasan untuk mengelakkan rawatan. Bagi mengelakkan kekeliruan ini, adalah penting bagi kita untuk mengetahui apa yang bakal berlaku dan mengapa ia berlaku semasa rawatan. Berikut adalah soalan yang kerap ditanya dan boleh membantu kita untuk memahami konsep kemoterapi sebenarnya. 1) APAKAH ITU KEMOTERAPI? Kemoterapi bermaksud satu bentuk rawatan yang menggunakan ubat-ubatan anti kanser dalam merawat kanser. Ubatubatan ini diberi untuk memusnahkan dan mengawal sel kanser. Terdapat hampir 50 jenis ubat anti kanser dan di kategorikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan mekanisma tindakan atau pun sumbernya. Ubat ini boleh diberikan secara bersendirian atau secara kombinasi bersama beberapa jenis ubat sekaligus. Jadual 1: Jenis ubat antikanser yang terdapat di Malaysia KUMPULAN AGEN Anti metabolit Cytarabine Fludarabine Fluorouracil Gemcitabine Methotrexate Alkaloid Docetaxel tumbuhan Etoposide Irinotecan Paclitaxel Teniposide Vincristine Vinblastine Vinolrebine Agen pengalkil Busulfan Carmustine Chlorambucil Cyclophosphamide Dacarbazine Ifosfamide Melphalan Antibiotik Bleomycin antitumor Daunorubicin Doxorubicin Epirubicin Idarubicin Mitomycin C Mitoxantrone Sebatian logam Carboplatin Cisplatin

2) BAGAIMANA KEMOTERAPI BERTINDAK? Ubat yang diterima akan memasuki sistem peredaran darah dan kemudian disebarkan ke seluruh bahagian badan. Seterusnya, ubat tersebut akan bertindak merosakkan sel-sel kanser daripada terus membahagi dan membesar. Kaedah ini dinamakan rawatan sistemik. Tetapi, ubat ini juga akan memberi kesan terhadap sel normal yang mempunyai pertumbuhan dan membahagi dengan cepat seperti sel kuku dan rambut. Kerosakan inilah yang akan menyebabkan terjadinya kesan sampingan. Keadaan ini biasanya berlaku sementara sahaja kerana sel yang sihat akan kembali kepada normal dengan cepat. 3) BILA KEMOTERAPI DIBERIKAN? Kemoterapi boleh diberikan secara bersendirian jika sel kanser bertindak balas dengan baik semasa rawatan. Namun begitu, kemoterapi biasanya diberikan bersama-sama kaedah rawatan lain mengikut kesesuaian jenis kanser yang dihidapi oleh pesakit. Kaedah ini juga dapat meningkatkan keberkesanan rawatan. Berikut adalah beberapa jenis kemoterapi yang diberikan: A) Terapi neo-adjuvant Kemoterapi diberikan sebelum pembedahan atau radioterapi bagi mengecilkan saiz tumor. B) Terapi adjuvant Kemoterapi diberikan selepas pembedahan atau radioterapi bagi memastikan semua sel kanser yang tertinggal dimusnahkan. Tujuan terapi ini ialah untuk mengurangkan kemungkinan kanser daripada berulang pada masa hadapan. C) Kemoradiasi Kemoterapi juga boleh digabungkan dan diberikan bersama radioterapi untuk merawat kanser. Tujuan kombinasi ialah menyasarkan lebih banyak jenis sel kanser dan meningkatkan keberkesanan rawatan. D) Kemoterapi paliatif Jika sel-sel kanser telah pun merebak ke bahagian badan yang lain, ubat kemoterapi akan dibawa melalui saluran darah pesakit supaya sampai ke semua sel kanser tersebut. Tujuannya ialah melegakan gejala yang disebabkan oleh kanser sahaja. 4) APAKAH JENIS RAWATAN KEMOTERAPI? Doktor yang merawat anda biasanya akan mengambil kira beberapa faktor sebelum menyarankan bentuk kemoterapi yang akan diberikan. Antaranya ialah : y y y y Jenis kanser yang dihidap. Lokasi kanser pada badan anda. Adakah sel kanser telah tersebar (metastasis)? Kesihatan anda secara amnya.

Berdasarkan faktor di atas, doktor akan menyarankan bentuk rawatan yang paling sesuai untuk anda. Oleh itu, anda mungkin akan dapati ada pesakit yang menghidap kanser yang sama tetapi mendapat rawatan kemoterapi yang berbeza. 5) BERAPA KERAPKAH KEMOTERAPI PERLU DILAKUKAN? Satu regim kemoterapi akan diberi berdasarkan protokol sesuatu rawatan yang telah ditetapkan. Oleh itu, kekerapan anda untuk mendapat kemoterapi bergantung pada protokol yang digunakan. Setiap regim biasanya membabitkan beberapa kitaran kemoterapi diikuti dengan tempoh rehat di antara rawatan. Tempoh rehat biasanya lebih lama berbanding tempoh rawatan. Oleh itu, lebih banyak masa anda tidak diberi rawatan. Tempoh rehat sebenarnya bertujuan membenarkan badan anda untuk menyembuhkan sebarang kesan-kesan yang tidak diingini oleh tindakan ubat-ubatan. Jika lebih banyak kitaran yang perlu anda lalui, maka tempoh rehat akan menjadi lebih lama atau dipanjangkan.

Contoh 1: Kemoterapi bagi kanser payudara 1 regim kemoterapi = 6 kitaran Kitaran 1 Hari 1 Hari 2-21 Kemoterapi Tempoh rehat Cyclophosphamide 500mg/m2 IV Doxorubicin 50mg/m2 IV Fluorouracil 500mg/m2 IV Kitaran 2 Hari 1 Hari 2-21 Kemoterapi Tempoh rehat Cyclophosphamide 500mg/m2 IV Doxorubicin 50mg/m2 IV Fluorouracil 500mg/m2 IV Kitaran 3 Hari 1 Hari 2-21 Kemoterapi Tempoh rehat Cyclophosphamide 500mg/m2 IV Doxorubicin 50mg/m2 IV Fluorouracil 500mg/m2 IV Kitaran 4 Hari 1 Hari 2-21 Kemoterapi Tempoh rehat Cyclophosphamide 500mg/m2 IV Doxorubicin 50mg/m2 IV Fluorouracil 500mg/m2 IV Kitaran 5 Hari 1 Hari 2-21 Kemoterapi Tempoh rehat Cyclophosphamide 500mg/m2 IV Doxorubicin 50mg/m2 IV Fluorouracil 500mg/m2 IV Kitaran 6 Hari 1 Hari 2-21 Kemoterapi Tempoh rehat Cyclophosphamide 500mg/m2 IV Doxorubicin 50mg/m2 IV Fluorouracil 500mg/m2 IV Tempoh rawatan keseluruhan = 18 minggu 6) BERAPA LAMAKAH TEMPOH RAWATAN? Tempoh rawatan anda sangat bergantung pada tindak balas sel-sel kanser anda dengan ubat-ubatan. Sebagai contoh, jika sel-sel kanser atau tumor pada badan anda mengecil dengan cepat maka rawatan anda juga akan menjadi lebih cepat. Doktor yang merawat anda mungkin memilih untuk memberi rawatan selama beberapa minggu dan kemudian memeriksa tahap kesihatan anda. Keseluruhannya, ia mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk menghabiskan satu regim kemoterapi seperti contoh yang ditunjukkan di dalam jadual di atas. Sekiranya anda menerima rawatan kemoterapi adjuvant, doktor mungkin akan merancang rawatan anda untuk satu tempoh yang lebih panjang yang dirasakan berkesan untuk anda benar-benar bebas daripada sel-sel kanser yang tertinggal.

Anda mungkin juga menyukai