Anda di halaman 1dari 2

Sinopsis Lawyer Dahlan

Babak 1
Pak Hamid tidak bersetuju Dahlan berkawin dengan Rahimah seorang gadis dari kampung Hulu kerana baginya Dahlan masih muda, tidak mempunyai pekerjaan tetap lagipun Dahlan ingin melanjutkan pelajaran keluar negara. Pak Hamid menggangap perkahwinan itu tidak akan bahagia. Pak Hamid berharap, Dahan dapat membimbing Rahimah dan berharap Dahlan dapat memberikan sumbangannya untuk kepentingan masyarakat. Tiba-tiba datang Rahman yang ingin mengutip derma untuk mendirikan sekolah rakyat bercorak Melayu. Dahlan tidak menyukai usaha Rahman itu, tidak sebagaimana Pak Hamid. Dahlan juga berbangga dengan keturunan bangsawanya.

Babak 2
Rahimah mengarakan Hasan menyediakan teh untuknya dan Dahlan, suaminya. Dia mengarahkan Hasan membeli kek, buah-buahan, dan gula di kedai. Ibu Rahimah datang dengan membawa buah tangan dari kampung berupa pucuk paku, ubi kayu dan nagka muda tetapi tidak disenangi oleh Rahimah. Rahimah tidak mahu menerima buah tangan yang dibawa itu dan memberikannya kepada Hasan orang gajinya. Dahlan telah ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang di England selama empat tahun. Mah Midah sedih bila mengetahui Dahlan akan membawa bersama Rahimah ke England. Dia tidak sanggup berpisah kerana dirinya sudah tua dan uzur. Pak Hamid datang ke rumah Dahlan untuk mendapatkan kepastian tentang Dahlan yang akan berangkat ke England. Rahimah menyatakan bahawa Dahlan mendapat tawaran biasiswa kerana Pak Hamid baik dengan Datuk Bahnan tetapi hal itu disangkal oleh Pak Hamid. Baginya, kejayaan Dahlan mendapat kerana kelayakan dan kelulusan Dahlan. Pak Hamid menasihatkan supaya Dahlan belajar bersungguh untuk berkhidmat kelak kepada bangsanya. Pak Hamid juga berharap agar Dahlan tidak terpengaruh dengan budaya barat sehingga lupa kepada adat resam bangsanya sendiri. Bagi Pak Hamid hanya dengan ilmu dapat memandu dan menerangi kehidupan pada masa hadapan.

Babak 3
Rahimah sedang bersiap-siap untuk berkelah. Kemudian Hamdan kawan Dahlan datang untuk bertanya khabar. Rahimah menunjukkan gambar-gambar semasa berada di England. Kemudian Rahimah didatangi ibunya setelah mereka berpisah 4 tahun lamanya.. Rahimah tidak mahu mengaku yang Mak Midah itu ibunya malah ia menghalaunya. Mak Midah sangat terkilan dengan sikap anaknya itu yang tidak mengenang budi. Mak Midah berdoa agar Rahimah sedar dan insaf di atas perbuatannya itu. Dahlan menjawat jawatan majistret setalah pulang dari England. Dahlan amat megagumi budaya barat dan beliau menjadikan budaya barat amalan hidup hariannya. Bagi Dahlan sesiapa yang tidak mahu menerima perubahan akan dianggap kolot dan tidak mencapai tahap moden dan dianggap kolot. Pak Hamid datang menziarahi Dahlan ingin bertanya khabar. Dia berharap Dahlan dapat memberi syarahan kepada anak-anak kampung tentang pengalaman dan pandangan yang berfaedah semasa belajar di England. Pak Hamid menasihatkan Dahlan bekerja dengan jujur dan amanah. Bagi Dahlan jawatan majistrit yang dipegang sekarang hanya buat sementara sahaja kerana dia berhasrat untuk membuka pejabat guamannya sendiri bila tamat kontrak dengan kerajaan nanti. Dahlan amat mementingkan pendapatan yang lumayan daripada berkhidmat untuk anak bangsa dan negaranya. Sikap seperti ini amat mengecewakan Pak Hamid yang telah mendidiknya sejak ibu dan bapa Dahlan meninggal.Semasa Rahimah dan Dahlan bersiap-siap hendak pergi berkelah datang peminta sedekah, Dahlan tak mahu menderma malah menghalaunya pula. Pak Hamid kecewa dengan sikap Dahlan itu dan dia cuba membantu peminta sedekat tersebut. Berikutnya datang pula Lebai Alang memohon derma untuk membesarkan masjid. Manakala Zakiah datang pula memohon derma untuk membantu seorang anak tani yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir dan sebahagiannya akan didermakan ke Taman Pendidikan Islam. Dahlan tidak mahu menderma. Pak Hamid kecewa dengan sikap Dahlan yang tidak mahu berbakti kepada masyarakat yang sangat memerlukan bantuannya.

Babak 4

Satu malam, Rahimah menunggu Dahlan tak pulang-pulang. Dia terlalu marah dengan sikap Dahlan yang suka berpoya-poya dengan dengan perempuan lain sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Apabila Dahlan pulang berlaku pertengkaran, Rahimah malu kerana banyak hutang yang tak dibayar. Akhirnya Dahlan menceraikan Rahimah dan menghalaunya keluar dari rumah itu. Esoknya datang Ah San menuntut hutang yang tidak dibayar 6 bulan lebih. Kemudian datang Pak Hamid yang datang menegur sikap dan tindakan Dahlan yang kejam dan mendesak Dahlan supaya mengambil semula Rahimah. Pak Hamid juga kecewa dengan kelakuan Dahlan yang suka berhutang dan tidak amanah itu. Pak Hamid menasihatkan Dahlan supaya menjelaskan semua hutang-hutang dan membuang sikap yang tidak amanah itu sebelum terlambat. Sebaliknya Dahlan bertindak menghalau Pak Hamid. Kemudian datang polis menangkap Dahlan kerana menerima rasuah.

Babak 5
Dahlan telah dihukum penjara kerana menerima rasuah. Dia terasa amat tersiksa semasa di dalam penjara. Di dalam penjara dia didatangi oleh suara-suara ghaib iaitu dari Lebai Alang, Kaum tani, peminta sedekah dan juga Rahman yang pernah dihina olehnya. Suara-suara tersebut mendedahkan segala perbuatan keji Dahlan dan menasihatkannya supaya kembali ke pangkal jalan dan insaf untuk membina kehiduipan baru untuk kebaikan masyarakat dan bangsanya sendiri, Setelah tempuh hukuman tamat, Dahlan telah dibebaskan.

Babak 6
Di kubur ibu dan bapa, waktu malam, Dahlan menangis meminta ampun atas segala dosa yang telah dilakukan terhadap masyarakat dan agama sehingga mencemarkan nama baik keluarganya. Dahlan cuba membunuh diri tapi dihalang oleh Pak Hamid. Pak Hamid menegur Dahlan kerana perbuatan itu adalah sesat dan sia-sia. Bagi Pak Hamid Dahlan lebih baik mati kerana mempertahankan bangsa, agama dan tanah air daripada mati sia-sia sesat itu. Akhirnya Dahlan insaf. Pak Hamid menasihatkan Dahlan, masyarakat akan menerimanya asalkan dia sanggup membersihkan diri, jiwa dan hati serta berjuang untuk kemajuan masyarakat. Dahlan menerima nasihat Pak Hamkid dan rujuk kembali kepada isterinya.

Anda mungkin juga menyukai