Anda di halaman 1dari 2

PENGERINGAN 1. Pendahuluan.

Pengeringan merupakan proses yang kritikal, di mana produk-produk yang telah dibentuk yang masih mengandungi air dikeringkan. Bagi produk yang dibentuk secara penuangan, ekstrusi, Jolley dan Jigger biasanya mengalami sedikit masalah ketika pengeringan kerana produk-produk ini mengandungi kandungi air yang masih tinggi. Jika tidak dikawal dengan betul, mungkin produk akan mengalami keretakan, ubah bentuk, erutan dan lain-lain. Terdapat beberapa teknik pengeringan seperti penghidratan (hydration), penyerapan (absorption), pendejerapan (adsorption) dan lain-lain. Di sini cuma dibincangkan pengeringan secara sejatan yang selalu diamalkan dalam industri seramik. Dalam penyediaan jasad seramik, kandungan air dalam jasad adalah berubahubah, bergantung kepada teknik pembentukan bagi barangan yang dihasilkan. Pada umumnya kandungan air bagi jasad yang dibentuk dengan teknik penuangan dan pembentukan secara plastik adalah di antara 18 20%. Manakala pembentukan dengan teknik penekanan serbuk, kandungan air adalah di antara 2 7%. Hampir keseluruhan teknik pembentukan produk-produk seramik menggunakan air sebagai medium. Bagi produk-produk ini proses pengeringan adalah sangat penting. Tujuan pengeringan untuk mendapat produk yang mempunyai kekuatan tertentu, di mana produk-produk tersebut boleh diangkut dan disusun dalam tanur. Di samping itu, pengeringan juga mengelak produk daripada rosak ketika pembakaran. Semasa proses pengeringan satu perkara yang selalu menyebabkan kerosakan pada produk ialah kadar pengeringan pada permukaan produk sangat cepat, manakala pengeluaran air dari capillaries agak perlahan. Oleh itu permukaan cepat kering dan mengecut. Oleh kerana dalam jasad masih terdapat air, proses pengeringan masih berlaku dan air dari dalam jasad ini akan cuba keluar ke permukaan menyebabkan permukaan jasad menjadi retak. 2. Proses pengeringan. Untuk memahami proses pengeringan, cuba dibayangkan air wujud dalam tiga keadaan dalam jasad seramik. Pertamanya air wujud dalam keadaan memenuhi ruang-ruang di antara partikel-partikel jasad. Keduanya filem-filem akan menyelaputi partikel-partikel individu. Akhirnya air yang terjerap keseluruhan permukaan jasad. Dalam proses pengeringan air meninggalkan jasad juga dalam tiga peringkat. Air meninggalkan liang-liang dalam jasad menyebabkan partikel-partikel mendekati antara satu sama lain dan isipadu jisim mengecut. Pada peringkat ini jasad akan mengecut kira-kira 6 %. Pengecutan berkadar dengan air yang dibebaskan. Partikel-partikel jasad mendekati antara satu sama lain, tetapi udara belum memasuki ruang-ruang antara partikel.

Proses pengeringan berterusan, air terus dibebaskan sehingga kekecutan mencapai tahap maksimum. Pada peringkat ini udara akan memenuhi ruang-ruang yang ditinggalkan oleh air. Jasad akan kehilangan sifat plastik. Akhir sekali pembebasan filem air yang menyaluti partikel-partikel jasad. 3. Lengkung Pengeringan . Untuk memahami pengeringan secara sejatan, dilakarkan lengkung pengeringan dengan mempertimbangkan satu barangan seramik yang sedang dikeringkan dalam tempoh tertentu (Berat melawan masa). Dari keputusan itu diplotkan satu graf kadarcepat pengeringan melawan peratus kandungan kelembapan. Merujuk kepada lengkung pengeringan, Titik A Titik B,C,D : : Jasad mula mengering pada kadar tetap sehingga titik B. Air permukaan dibebaskan. Jasad seramik berubah warna, dari gelap kepada lebih cerah. Air yang berada dalam rongga-rongga jasad dibebaskan. Kadarcepat pengeringan bertambah perlahan sehingga semua air dibebaskan.

Terdapat beberapa jenis teknik pengeringan yang selalu digunakan seperti pengeringan secara terbuka, oven dan menggunakan tanur. Pengeringan secara terbuka, barangan dibiarkan kering secara semulajadi iaitu dengan membiarkannya beberapa lama di bawah bangunan. Biasanya memakan masa 1 2 minggu. Bagi barangan yang kuantitinya kecil boleh digunakan oven. Dalam oven terdapat tingkat-tingkat yang dapat meletakan barangan. Oven dilengkapkan dengan blower yang dapat meniup dan menggerakan udara panas keseluruhan barangan. Bagi pengeluaran secara besar-besaran tanur juga berfungsi sebagai alat pengering, umpamanya tanur terowong.

Anda mungkin juga menyukai