Anda di halaman 1dari 11

Faktor Yang Mencetuskan Perang Salib Dari Abad ke 11 hingga Abad ke 13

Pendahuluan.
Perang Salib merupakan siri peperangan di antara pihak Islam

dengan pihak Kristian. Ia juga merupakan kemuncak ketegangan perhubungan di antara Islam dan Kristian iaitu semenjak pihak Islam berjaya meluaskan kekuasaannya di Barat, Afrika dan setelah berjaya menumbangkan kerajaan Byzantine.Dinamakan Perang Salib kerana tentera Kristian memakai pakaian tentera bertanda salib. Peperangan berpunca dari keinginan pihak Kristian untuk menguasai Baitul-Muqadis.Peperangan mula meletus apabila Paus menyeru supaya penganut Kristian bersatu lagi menundukkan Islam serta menguasai semula wilayah2 yang telah dikuasai Islam terutamanya BaitulMuqaddis, kota suci bagi Islam, Kristian dan Yahudi.Peperangan berlarutan selama hampir dua abad iaitu dari 1095 1291M dan berlaku dalam tujuh peringkat.Negeri-negeri terlibat ialah Mesir, Iraq, Syria, Afrika Utara, Sepanyol dan Hijaz.Tokoh-tokoh utama yang terlibat dalam perang Salib seperti Raja Richard, Raja Philips Augustus, Raja Federick Babarosa dan Sultan

Agama
Perebutan kota Jerusalem ( Baitulmaqdis )

- Berada di tangan orang Islam sejak zaman Khalifah Umar..Kota suci mereka - Juga merupakan kota suci orang Kristian - Berlaku perebutan antara orang Kristian dan Islam Layanan buruk orang Turki Saljuk - Orang Turki yang menguasai Baitulmaqdis memberi layanan buruk kepada penganut Kristian - Menimbulkan kemarahan orang- orang Kristian

Keruntuhan gereja

- Keruntuhan- keruntuhan gereja Holy Sepulchre pada zaman pemerintahan Al- Hakim ( Kerajaan Fatimiyah Mesir) sehingga "jemaah haji" Kristen mengalami gangguan ketika melewati Asia Kecil. Halangan jalan. - Keluarga Saljuk telah menutup jalan menghalang orang - orang Kristian daripada mengerjakan ibadat di Baitulmaqdis

Penyatuan orang - orang Kristian.

- Perang Salib menyatupadukan orang- orang Kristian yang berpecah- belah antara mazhab gereja Rom dan gereja Yunani. Sikap fanatik agama Kristian. - Kebangkitan kuasa Islam di Timur Tengah membimbangkan orang- orang Kristian - Kesedaran Perang Kristian terhadap mempertahankan dan menegakkan kekuatan orang Kristian di dunia telah membawa kepada tercetusnya Perang Salib.

Keinginan memasuki syurga.

- Pemimpin gereja mengisytiharkan bahawa yang ambil bahagian dalam Perang Salib akan mati suci dan masuk syurga - Semua cukai yang harus dibayar akan terhapus - Ramai hamba menyertai Perang menganggapnya sebagai jalan penyelesaian kebebasan mereka

Politik.
Pergolakan politik di Eropah.

- Persengketaan sesama Negara kota dan kehidupan masyarakat yang tertekan pada zaman feudal menyebabkan golongan atasan dan rakyat mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan untuk memulihkan keadaan. Kebimbangan kedudukan anak- anak raja. - anak- anak raja mengambil bahagian dalam perang ini dengan harapan menjadi raja atau pemerintah bagi wilayahwilayah Islam yang mereka takluki

Krisis politik Islam.

- Berlaku perpecahan dan krisis politik dalam kalangan masyarakat Islam - Kerajaan Abbasiyah berada dalam keadaan lemah - Negara- Negara Islam spt Syria dan Asia Kecil juga tidak bersatu- padu - Kerajaan Fatimiyah mengalami kemerosotan pada abad ke 11M - Kemunculan pelbagai mazhab telah menjejaskan perpaduan umat Islam

Ekonomi.
Keinginan menguasai perdagangan di

Mediterranean - Penaklukan dan penguasaan Islam di kawasan kawasan sekitar Mediterranean telah mengancam ekonomi pedagang - padagang Eropah - Beberapa pelabuhan utama seperti Genoa dan Venice telah dikuasai oleh orang- orang Islam ( Saljuk ) - Mesir di bawah penaklukan orang Islam Fatimiyah

Keinginan pemindahan sumber ekonomi.

- Orang Eropah ingin memindahkan kegiatan dan sumber ekonomi Negara- negara Islam ke Eropah - Orang Eropah ingin meruntuhkan dan memonopoli perdagangan Negara- negara Islam

Kesimpulan.
Perang Salib disebabkan oleh faktor politik,

ekonomi dan sosial telah memberikan impak yang mendalam. Orang orang Eropah telah membuka mata dan ingin datang ke negeri negeri sebelah timur. Kerajaan kerajaan Islam telah dapat bersatu padu dan bantu membantu. Orang Islam bekerja keras untuk membangun semula di bawah runtuhan Perang Salib.

Anda mungkin juga menyukai