Anda di halaman 1dari 18

INFORMATION of ELAKSAMANA

PERANG SALIB PERTAMA


Perang Salib Pertama

Penawanan Jerusalem menandakan kejayaan Perang Salib Pertama


Tarikh 1096 — 1099
Tempat Timur Dekat (Anatolia, Levant, Israel)
Hasil Kemenangan Kristian dan kekuasaan kawasan
Perubahan Anatolia dan Levant ditawan oleh Dunia Kristian;
wilayah Kerajaan Jerusalem/negeri Salibi ditubuhkan
Pihak bersengketa
Dunia Kristian, Katolikisme
Wangsa Seljuk,
Kristian Eropah Barat, Kerajaan
Arab dan Muslim lain
Armenia Cilicia

Perang Salib Pertama dilancarkan oleh Paus Urban II pada tahun 1095 dengan
dua matlamat; membebaskan Baitulmuqaddis dan Tanah Suci dari kekuasaan
orang Islam dan membebaskan orang-orang Kristian Timur dari pemerintahan
orang Islam. Perang ini bertitik tolak dari rayuan Maharaja Empayar Byzantine,
Alexios I Komnenos untuk mendapatkan tentera upahan Barat bagi menentang
bangsa Turki di Anatolia dan rayuan ini dengan pantas bertukar kepada
perpindahan dan penaklukan wilayah besar-besaran oleh Barat di luar Eropah.
Ramai kesatria dan petani dari pelbagai bangsa di Eropah Barat mengharungi
daratan dan lautan menuju ke Baitulmuqaddis. Mereka menakluki kota tersebut
dalam bulan Julai tahun 1099 dan menubuhkan Kerajaan Baitulmuqaddis dan
negeri-negeri Salibi lain. Walaupun pencapaian-pencapaian ini hanya mampu
bertahan kurang daripada 200 tahun, Perang Salib Pertama merupakan titik
peralihan utama bagi perluasan kuasa Barat dan juga langkah pertama yang
utama terhadap pembukaan semula perdagangan antara bangsa di Barat sejak
kejatuhan Empayar Rom Barat.

1 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

Latar belakang

Asal-usul Perang Salib amnya, dan Perang Salib Pertama khususnya, berpunca
dari peristiwa-peristiwa yang berlaku lebih awal pada Zaman Pertengahan.
Kejatuhan Empayar Carolingin pada kurun-kurun sebelumnya, ditambah pula
dengan kestabilan perbatasan-perbatasan Eropah yang agak baik setelah
pengkristianan bangsa Viking dan Maygar, telah menyebabkan kemunculan
kelompok kesatria yang hanya asyik berperang sesama sendiri.

Sehingga awal kurun ke-8, Bani Umaiyyah dengan pantas menawan Afrika
Utara, Mesir, Palestin, Syria, dan Sepanyol dari kekuasaan Empayar Byzantine
yang beragama Kristian. Semasa kurun ke-9, Reconquista mengambil potensi
ideologi yang dianggap sebagai contoh pertama bagi usaha bersama orang
Kristian untuk menawan kembali wilayah yang dilihat sebagai jatuh ke tangan
orang Islam, sebagai sebahagian usaha perluasan kerajaan Kristian sepanjang
Teluk Biscay. Kerajaan-kerajaan bangsa Sepanyol, gerombolan-gerombolan
kesatria dan tentera upahan mula berkerah dari seluruh Eropah untuk
menentang Bani Umaiyyah yang masih wujud di Cordoba.

Kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul akibat kejatuhan Bani Umaiyyah pada
kurun ke-8, seperti Bani Aghlabiyah, memasuki Itali pada kurun ke-9. Kerajaan
Bani Kalb yang muncul di kawasan tersebut tetapi menjadi lemah akibat
pergolakan dalaman, menjadi mangsa bangsa Norman yang menakluki Sicily
pada tahun 1091. Pisa, Genoa dan Aragon mula memerangi kerajaan-kerajaan
Islam lain untuk merebut penguasaan ke atas Mediterranean, seperti yang
ditunjukkan oleh Kempen Mahdia serta pertempuran-pertempuran di Mallorca
dan Sardinia.

Idea sebuah perang suci menentang orang Islam nampaknya dapat diterima oleh
kuasa-kuasa sekular dan keagamaan Eropah Zaman Pertengahan, dan juga
khalayak umum secara amnya, kerana beberapa alasan, seperti kejayaan-
kejayaan ketenteraan oleh kerajaan-kerajaan Eropah sepanjang Mediterranean.
Di samping itu, wujud konsep politik Dunia Kristian yang sedang bangkit yang
menyaksikan penyatuan kerajaan-kerajaan Kristian di bawah seliaan Pope buat
kali pertama (dalam Zaman Pertengahan) dan pembentukan sebuah
ketumbukan tentera Kristian untuk memerangi orang Islam. Akhir sekali,
Baitulmuqaddis beserta dengan tanah-tanah di sekelilingnya termasuklah
tempat-tempat Nabi Isa menjalani kehidupan baginda, adalah suci kepada
orang-orang Islam dan Kristian.

Dalam tahun 1074, Paus Gregory VII membuat seruan milites Christi (askar-
askar al-Masih) untuk pergi membantu Empayar Byzantine di Timur. Empayar
Byzantium telah mengalami kekalahan teruk di tangan bangsa Turki Seljuk
dalam Pertempuran Manzikert tiga tahun sebelumnya. Seruan ini, walaupun
diabaikan malahan ditentang, yang ditambah dengan bilangan ziarah yang besar
ke Tanah Suci pada kurun-11, memfokuskan perkara berkenaan perhatian

2 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

kepada Timur. Gesaan rahib-rahib seperti Peter the Hermit dan Walter the
Penniless yang menyebarkan cerita-cerita orang Islam mengganggu jemaah haji
Kristian yang menziarahi Baitul Maqdis dan tapak-tapak suci lain, selanjutnya
menyemarakkan lagi semangat Perang Salib. Pope Urban II adalah orang
pertama yang menyebarkan idea Perang Salib untuk menawan Tanah Suci
kepada khalayak umum. Sebaik sahaja selesai mendengar ucapan Urban II yang
penuh dramatik dan rangsangan, para bangsawan dan paderi yang hadir mula
melaungkan perkataan yang terkenal, Deus vult (Tuhan menghendakinya).

Keadaan Timur pada akhir kurun ke-11

Khilafah Bani Umayyah pada saat perluasan terbesarnya

Jiran terdekat Eropah Barat di tenggara adalah Empayar Byzantium, rakan


seagama tetapi telah lama mengikuti mazhab Ortodoks. Di bawah pemerintahan
Maharaja Alexios I Komnenos, empayar tersebut terbatas sehingga ke Eropah
dan pantai barat Anatolia, dan menghadapi banyak musuh; bangsa Norman di
barat dan bangsa Seljuk di timur. Jauh ke timur, Anatolia, Syria, Palestin, dan
Mesir semuanya berada dalam kekuasaan orang Islam. Tetapi wilayah-wilayah
ini berpecah-belah dalam politik, dan dalam sesetengah kes, budaya pada masa
Perang Salib Pertama, yang pastinya menyumbang kepada kejayaan Perang
Salib. Anatolia dan Syria dikuasai bangsa Seljuk yang bermazhab Sunnah, pada
asalnya dalam sebuah empayar yang besar (Seljuk Raya) akan tetapi pada saat
ini berpecah kepada negeri-negeri kecil. Alp Arslan telah menewaskan tentera
Empayar Byzantium di Manzikert pada tahun 1071 dan menyerap masuk banyak
kawasan di Anatolia ke dalam Seljuk Raya, akan tetapi empayar ini berpecah
akibat perang saudara, dan setelah kematian Malik Shah I pada tahun 1092.
Dalam Kesultanan Rum di Anatolia, Malik Shah diwarisi oleh Kilij Arslan I dan di
Syria oleh saudaranya, Tutush I yang meninggal dunia pada tahun 1095. Putera-
putera Tutush I, Ridhwan dan Duqaq masing-masing mewarisi Aleppo (Halab)
dan Damsyik. Ini memebahagi-bahagikan Syria di kalangan para amir yang
saling berlawan antara satu sama lain, juga dengan Kerbogha, atabeg Mosul.
Negeri-negeri ini lebih berminat untuk mengukuhkan wilayah-wilayah masing-
masing dan mendapatkan penguasaan ke atas negeri-negeri jiran, berbanding
saling bekerjasama menentang tentera Salib. Di kawasan lain dalam wilayah
Seljuk, dinasti Artuqid menguasai barat daya Syria dan utara Mesopotamia.

3 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

Mereka menguasai Baitul Maqdis sehingga tahun 1098. Di timur Anatolia dan
utara Syria, sebuah negeri diasaskan oleh dinasti Danishmend, tentera upahan
Seljuk. Tentera Salib tiada pertembungan bermakna dengan kedua-dua
kumpulan ini hingga selepas Perang Salib. Puak Hashshashin juga mula menjadi
penting dalam permasalahan Syria.

Ketika Palestin berada di bawah kekuasaan Empayar Parsi dan pemerintahan


Islam awal, jemaah haji Kristian ke Tanah Suci pada umumnya dilayan dengan
baik. Pemerintah Islam awal, Khalifah Umar ibn al-Khattab membenarkan orang
Kristian melaksanakan upacara mereka. Pun begitu, bermula pada awal kurun
ke-11 Khalifah Syiah Fatimiyyah di Mesir, al-Hakim bi Amrillah mula menganiaya
orang Kristian Palestin dan membakar banyak bangunan Kristian. Pada tahun
1009, al-Hakim memusnahkan makam Kristian yang paling suci, Kuburan Suci
(Holy Sepulcher). Al-Hakim akhirnya berlembut hati dan menghentikan
pembunuhan dan pembakaran, sebaliknya mengenakan cukai tol ke atas jemaah
haji Kristian yang mahu memasuki Baitul Maqdis. Namun begitu, tiba perkara
terburuk. Sekumpulan orang Islam berbangsa Turki, orang Seljuk yang sangat
kuat, agresif dan penganut Islam yang sangat tegas, mula mencapai kuasa.
Orang Seljuk memandang jemaah haji Kristian dengan pandangan negatif
sebagai kotor dan 'kasar' terhadap penganut Kristian Palestin. Cerita-cerita
penganiayaan itu mula disaring kembali ke Dunia Kristian Latin; berbanding
melemahkan semangat jemaah haji itu, ia membuatkan haji ke Tanah Suci
menjadi lebih suci.

Mesir dan sebahagian besar Palestin dikuasai Kerajaan Syiah Fatimiyah yang
kecil empayarnya sejak ketibaan kuasa Seljuk; Alexius I telah menasihati tentera
Salib supaya bekerjasama dengan kerajaan Fatimiyah menentang musuh
mereka yang sama, orang Seljuk. Pada ketika ini, kerajaan Fatimiyah yang
diperintah oleh Al-Musta'li (kuasa sebenar dipegang oleh wazir Al-Afdal
Shahanshah), kehilangan Baitul Maqdis ke tangan orang Seljuk pada tahun
1076, tetapi menawan kembali kota tersebut dari tangan orang Artuqid dalam
tahun 1098 ketika tentera Salib dalam perjalanan. Pada mulanya, kerajaan
Fatimiyah menganggap tentera Salib sebagai satu ancaman, hanya
menganggap mereka dihantar oleh Byzantine dan mereka berpuas hati dengan
penawanan Syria serta membiarkan Palestin bersendirian; kerajaan Fatimiyah
tidak mengirim bala tentera menentang tentera Salib hinggalah tentera Salib itu
sudah tiba di Baitul Maqdis.

Urutan peristiwa

Persidangan Clermont

Pada Mac 1095, Alexius I menghantar utusan ke Persidangan Piacenza untuk


meminta bantuan Urban II menentang orang Turki. Permintaan maharaja itu
mendapat jawapan yang menggalakkan daripada Urban yang berharap agar
mengubati Perpecahan Besar 40 tahun sebelumnya dan menyatukan kembali

4 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

gereja di bawah kekuasaan Pope sebagai "ketua bishop dan paderi ke atas
seluruh dunia" (seperti yang dirujuknya terhadap dirinya sendiri di Clermont)
dengan membantu gereja Timur pada masa mereka memerlukannya.

Persidangan Piacenza telah mengukuhkan kuasa pope di Itali semasa tempoh


krisis pope (seramai lebih 3000 orang paderi dan lebih kurang 30 000 orang
sukarelawan gereja menghadirkan diri; begitu juga dengan perwakilan-
perwakilan Timur yang merayu 'bantuan Dunia Kristian menentang "orang
kafir"'). Setelah matlamat Pope Urban II untuk mengukuhkan kuasanya di Itali
tercapai, dia sekarang dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap usaha
menyeru dan mengambil tindakan untuk Perang Salib yang menjadi tujuan asal
kehadiran perwakilan-perwakilan Timur dari Empayar Byzantine. Urban juga
menyedari bahawa Itali bukanlah kawasan yang dapat "menyedari cetusan
semangat keagamaan dengan panggilan Pope; seorang yang juga memiliki
gelaran yang masih dipertikaikan". Gesaannya untuk memujuk "ramai orang
supaya berjanji dengan bersumpah untuk membantu maharaja Byzantine
dengan tulus hati sekadar kemampuan mereka dalam menentang penyembah
berhala" hanya membuahkan hasil yang sedikit.

Di Persidangan Clermont, hadirin berkumpul di tengah-tengah Perancis pada 27


November 1095, Urban menyampaikan khutbah yang penuh perasaan kepada
sekumpulan besar pendengar yang terdiri daripada bangsawan dan paderi
Perancis. Dia mengajak para pendengar supaya merebut penguasaan Baitul
Maqdis dari tangan orang Islam. Perancis, ujarnya, penuh sesak dan tanah
Kan'an dilimpahi dengan susu dan madu. Dia bercakap mengenai masalah-
masalah keganasan para bangsawan dan penyelesaiannya adalah dengan
mengalihkan pedang kepada tugas Tuhan itu sendiri: "Biarkan para perompak
menjadi kesatria". Dia bercakap mengenai ganjaran di dunia dan di langit,
perlepasan daripada dosa ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang mati dalam
perang ini. Urban menjanjikan perkara ini melalui kuasa Tuhan yang dikurniakan
kepadanya. Orang ramai dipanaskan oleh keghairahan yang kegila-gilaan dan
mengganggu ucapannya dengan teriakan 'Deus lo volt'! (Itu adalah kehendak
Tuhan).

Khutbah Urban adalah antara ucapan-ucapan paling penting dalam sejarah


Eropah. Terdapat banyak wersi yang dicatatkan, tetapi semuanya ditulis setelah
Baitulmaqdis ditawan, dan sukar untuk dikenalpasti apa sebenarnya yang
diperkatakan dan apa yang telah direka semula ekoran kejayaan perang salib
pertama itu. Bagaimana pun, jelas bahawa gerak balas terhadap ucapan
tersebut lebih besar daripada yang dijangkakan. Pada hujung 1095 dan awal
1096, Urban menyebarkan mesej tersebut ke seluruh Perancis, dan menggesa
para biskop dan duta Vatikannya supaya menyampaikan mesej tersebut dalam
kawasan keuskupan masing-masing di Perancis, Jerman dan Itali. Urban cuba
melarang orang tertentu (wanita, rahib dan orang sakit) daripada menyertai
perang salib, sebaliknya mendapati perkara ini hampir mustahil dilakukan.
Kesudahannya majoriti mereka yang menyahut seruan tersebut bukanlah para

5 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

kesatria, tetapi petani-petani yang miskin dan mempunyai sedikit kemahiran


berperang, tetapi mereka yang berkeinginan millennialisme dan apokaliptisme
mendapati kebebasan daripada tekanan harian dalam kehidupan mereka, dalam
curahan perasaan satu kewarakan emosi dan perseorangan baru yang tidak
mudah dimanfaatkan oleh gereja dan golongan aristokrat.

Perang Salib Orang Awam

Urban merancang perlepasan tentera salib pada 15 Ogos 1096 (Pesta Kenaikan
Maryam ke Langit), tetapi beberapa bulan sebelum itu sejumlah tentera petani
yang tidak dijangkakan dan kesatria bawahan berkumpul dan bertolak ke
Baitulmaqdis bersendirian. Mereka diketuai oleh seorang rahib berkarisma dan
pemidato berpengaruh yang bernama Peter dari Amiens. Tindak balas adalah di
luar jangkaan: ketika Urban menjangkakan beberapa ribu orang kesatria sahaja,
kesudahannya seramai 100,000 menyertai pergerakan itu — namun begitu
kebanyakannya adalah pejuang-pejuang yang tidak berkemahiran termasuklah
wanita dan kanak-kanak.

Kekurangan disiplin tentera, dan dengan apa yang dilihat oleh para peserta
sebagai tanah yang ganjil dengan adat resam yang ganjil, tentera-tentera Salib
pertama dengan segera menjejakkan kaki di wilayah Kristian dalam keadaan
diselubungi kesulitan. Masalah yang dihadapi mereka adalah bekalan dan juga
budaya: orang ramai perlukan makanan dan bekalan, dan mereka
menjangkakan bandar-bandar tuan rumah akan memberi kepada mereka
makanan dan bekalan — atau sekurang-kurangnya menjual kepada mereka
dengan harga yang berpatutan. Kerana mereka terlalu awal meninggalkan
Eropah Barat, mereka terlepas penuaian besar-besaran musim bunga ketika itu,
disambung pula dengan tahun-tahun kemarau dan hasil tuaian yang buruk.
Malang bagi tentera Salib, penduduk tempatan tidak selalunya bersetuju, dan ini
dengan cepat membawa kepada pertelagahan dan pertempuran kecil. Dalam
perjalanan menyusuri Sungai Danube, para pengikut Peter menjarah wilayah
Bulgaria dan telah diserang oleh orang-orang Hungary, Bulgaria dan malahan
tentera Byzantine dekat Nish. Hampir seperempat daripada pengikut Peter
terbunuh, tetapi yang lainnya tiba di Constantinople dalam bulan Ogos.
Constantinople adalah bandar besar di Eropah pada masa itu, tetapi "tentera"
Peter juga amat besar bilangannya, dan perbezaan budaya serta keengganan
untuk menyalurkan bekalan kepada orang-orang yang sebegitu besar jumlahnya
membawa kepada ketegangan. Selanjutnya di Constantinople, para pengikut
Peter bukanlah satu-satunya kumpulan tentera Salib - mereka menyertai tentera-
tentera Salib lain dari Perancis dan Itali. Alexius yang tidak tahu apa patut dibuat
lagi terhadap tentera (asing) yang besar dan ganjil itu, dengan pantas
mengangkut mereka merentasi Selat Bosporus.

Setelah merentasi Asia Kecil, tentera Salib mula bertelagah dan pasukan tentera
itu berpecah kepada dua kem berasingan. Orang Turki berpengalaman, cerdik
dan mempunyai pengetahun tempatan; kebanyakan tentera Perang Salib Orang

6 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

Awam - sekelompok pejuang amatur dan wanita tidak bersenjata - telah dibunuh
beramai-ramai sebaik sahaja memasuki wilayah Seljuk. Bagaimana pun, Peter
terselamat dan kemudiannya menyertai pasukan utama tentera Salib. Pasukan
tentera lain yang terdiri daripada orang Bohemia dan Saxon tidak sempat
melepasi Hungary sebelum ia bercerai-berai.

Perang Salib Jerman

Ilustrasi Bible Perancis (1250) yang menggambarkan orang Yahudi (ditandai


dengan Judenhut) dibunuh beramai-ramai oleh tentera Salib

Perang Salib Pertama telah menyalakan tradisi panjang keganasan terancang


terhadap orang Yahudi dalam budaya Eropah. Ketika mana anti-Semitisme telah
wujud di Eropah berabad-abad lamanya, Perang Salib Pertama menandakan
keganasan terancang besar-besaran pertama terhadap masyarakat Yahudi. Di
Jerman, pemimpin-pemimpin tertentu memahami perang terhadap orang kafir ini
dapat digunapakai tidak sahaja kepada orang Islam di Tanah Suci, malah juga
kepada orang Yahudi di tanahair mereka. Bertolak pada awal musim panas
tahun 1096, sepasukan tentera Jerman dengan bilangan sekitar 10,000 orang
askar yang diketuai oleh Gottschalk, Volkmar, dan Emicho mara ke arah utara
melalui lembah Sungai Rhine, berlawan arah dengan Baitul Maqdis, dan
memulakan satu siri progrom yang disebut sesetengah sejarawan sebagai
"Holocaust pertama".[1] Bagaimana pun, pemahaman idea perang salib ini tidak
bersifat universal, dan orang Yahudi menerima perlindungan di tempat-tempat
suaka, sebagai contohnya cubaan Ketua Biskop Cologne untuk melindungi
orang Yahudi bandar tersebut daripada disembelih oleh penduduk bandar
tersebut.

Anjuran perang salib mengilhamkan lagi anti-Semitisme. Menurut beberapa


pengajar, orang Yahudi dan Islam adalah musuh al-Masih, serta musuh yang
perlu diperangi atau dipaksa memeluk agama Kristian. Orang ramai nampaknya
menganggap bahawa "memerangi" bererti "memerangi sehingga mati", atau
"membunuh". Penaklukan Baitul Maqdis oleh orang Kristian dan penubuhan
maharaja Kristian di situ dikatakan akan memulakan Hari Kiamat, semasa orang

7 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

Yahudi dikatakan akan memeluk agama Kristian. Di beberapa tempat di Perancis


dan Jerman, orang Yahudi dituduh bertanggungjawab terhadap penyaliban
Jesus, dan mereka lebih segera kelihatan berbanding orang Islam yang berada
nun jauh di sana. Ramai orang tertanya-tanya mengapa mereka perlu
mengembara ribuan batu semata-mata untuk memerangi orang yang tidak
beriman walhal ada orang yang tidak beriman di tanahair mereka sendiri.

Tentera salib bergerak ke utara melalui lembah Rhine masuk ke dalam


masyarakat-masyarakat Yahudi yang dikenali ramai seperti di Cologne, dan
kemudian ke arah selatan. Masyarakat Yahudi diberi pilihan samada memeluk
agama Kristian atau akan disembelih. Kebanyakan mereka tidak memeluk
agama Kristian dan, apabila berita pembunuhan beramai-ramai tersebar luas,
banyak masyarakat Yahudi melaksanakan pembunuhan diri beramai-ramai
dalam pemandangan yang mengerikan. Ribuan orang Yahudi dibunuh beramai-
ramai, di sebalik beberapa cubaan oleh pendeta Kristian dan pihak berkuasa
sekular tempatan untuk memberi perlindungan kepada mereka. Pembunuhan
beramai-ramai itu dihalalkan oleh dakwaan bahawa ucapan Urban di Clermont
menjanjikan balasan ganjaran daripada Tuhan atas pembunuhan orang bukan
Kristian tanpa mengira kelompok, bukan sahaja orang Islam. Walaupun pihak
Pope membenci dan menganjurkan pembersihan penduduk Islam dan Yahudi
semasa perang salib ini dan akan datang, terdapat banyak serangan ke atas
orang Yahudi pada setiap gerakan perang salib.

Perang Salib Pengiran/Bangsawan

Laluan pemimpin-pemimpin Perang Salib Pertama

Perang Salib Pengiran, juga dikenali sebagai Perang Salib Baron, dilancarkan
kemudian pada tahun 1096 dalam bentuk yang lebih terancang dan dipimpin
oleh pelbagai bangsawan beserta pasukan-pasukan kesatria dari pelbagai
kawasan di Eropah. Empat buah pasukan yang paling nyata di kalangan mereka
ini ialah Raymond IV dari Toulouse yang mewakili kesatria-kesatria dari

8 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

Provence, dan ditemani oleh duta Vatikan, Adhemar dari Le Puy; Bohemond dari
Taranto yang mewakili bangsa Norman dari selatan Itali bersama anak
saudaranya, Tancred; orang Lorraine di bawah pimpinan Godfrey adik beradik,
Eustace dan Baldwin dari Boulogne; orang Perancis utara pimpinan Count
Robert II dari Flanders, Robert dari Normandy (abang Raja William II dari
England), Stephen, Count Blois, dan Hugh dari Vermandois (adik Raja Philip I
dari Perancis) yang membawa panji-panji Pope. Raja Philip sendiri dilarang
menyertai kempen itu kerana dia telah dikucilkan oleh gereja (excommunication).

Berarak ke Baitul Maqdis

Meninggalkan Eropah sekitar waktu yang ditetapkan dalam bulan Ogos, pelbagai
pasukan tentera itu mengambil pelbagai laluan berbeza ke Constantinople dan
berkumpul di luar dinding bandar itu antara November 1096 dan Mei 1097, dua
bulan selepas penghancuran pasukan tentera Perang Salib Orang Awam oleh
orang-orang Turki. Menemani para kesatria ini adalah orang-orang miskin yang
mampu menyediakan pakaian asasi dan mungkin senjata lama. Peter Si Pertapa
yang menyertai Perang Salib Pengiran di Constantinople dianggap
bertanggungjawab terhadap kebajikan mereka, dan mereka mampu mengatur
diri mereka sendiri ke dalam kumpulan-kumpulan kecil, mungkin seakan-akan
ketumbukan tentera, yang kerap kali dipimpin oleh seorang kesatria yang jatuh
miskin. Salah satu pasukan terbesar di kalangan tentera-tentera ini yang terdiri
daripada mereka yang terselamat semasa Perang Salib Orang Awam
menamakan diri sebagai "pasukan Tafur".

Para pengiran tiba di Constantinople dengan bekalan makanan yang sedikit dan
bantuan daripada Alexius I. Alexius sememangnya difahami berasa sangsi
selepas merasai pengalaman Perang Salib Orang Awam, dan juga kerana para
kesatria itu terdiri daripada musuh lamanya orang Norman, Bohemond. Pada
masa yang sama, Alexius meletakkan harapannya untuk mengawal tentera-
tentera salib itu yang dilihatnya mempunyai berpotensi untuk berfungsi sebagai
proksi Byzantine.

Oleh itu, sebagai balasan untuk makanan dan bekalan, Alexius meminta para
pemimpin itu supaya bersumpah taat setia kepadanya dan berjanji untuk
memulangkan sebarang kawasan yang ditawan kembali daripada orang Turki
kepada Empayar Byzantine. Tanpa makanan atau bekalan, mereka akhirnya
tiada pilihan selain membuat ikrar tersebut, walaupun mereka tidak berbuat
demikian sehinggalah semua pihak bersetuju untuk bertolak ansur, dan hanya
setelah pertempuran hampir meletus di luar bandar. Hanya Raymond yang
mengelak bersumpah, dengan pintar mencagarkan dirinya sendiri kepada
Alexius jika maharaja itu sendiri akan memimpin perang salib. Alexius menolak,
tetapi kedua-dua mereka menjadi sekutu yang berkongsi ketidakpercayaan yang
sama terhadap Bohemond.

9 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

Empayar Byzantine sebelum Perang Salib Pertama

Empayar Byzantine dan negeri-negeri Salibi selepas Perang Salib Pertama

Alexius bersetuju untuk mengirim sepasukan tentera Byzantine di bawah


perintah Taticius untuk menemani tentera salib merentasi Asia Kecil. Matlamat
pertama mereka ialah Nicea, sebuah bandar lama Byzantine, tetapi kini telah
menjadi ibukota Kesultanan Rum Seljuk di bawah pemerintahan Kilij Arslan I.
Bandar itu tertakluk kepada pengepungan yang panjang, yang agak kurang
berkesan kerana tentera salib tidak dapat menyekat tasik di tempat bandar itu
terletak dan menjadi sumber bekalan bagi bandar itu. Dari sebelah luar bandar
itu, Arslan menasihatkan garison bandar supaya menyerah kalah sekiranya
mereka tidak mampu bertahan lagi. Alexius yang khuatir sekiranya tentera salib
akan menjarah Nicea dan memusnahkan kekayaannya, secara rahsia menerima
penyerahan diri bandar itu; tentera salib yang bangun pada pagi 19 Jun 1097
hanya mampu menyaksikan panji-panji Byzantine berkibar di atas tembok kota.
Tentera salib dilarang menjarah bandar itu, dan tidak dibenarkan masuk ke
dalamnya kecuali dalam pasukan kecil yang diiring. Ini menyebabkan lagi
perselisihan antara Byzantine dan tentera salib. Tentera salib kini memulakan
perjalanan ke Baitul Maqdis. Stephen dari Bolis menulis kepada tanahairnya,
menyatakan bahawa dia percaya perjalanan itu akan memakan masa selama
lima minggu. Hakikatnya, perjalanan itu mengambil masa selama dua tahun.

Tentera salib yang masih ditemani oleh beberapa askar di bawah perintah
Ttaicius, berarak ke Dorylaeum, tempat Bohemond diperangkap oleh Kilij Arslan.
Dalam Pertempuran Dorylaeum pada 1 Julai, Godfrey memecah masuk barisan
tentera Turki, dan dengan bantuan askar-askar yang dipimpin oleh Adhemar,
menewaskan orang Turki dan menjarah kem mereka. Kilij Arslan berundur dan
tentera salib berarak hampir tanpa tentangan melalui Asia Kecil menuju ke
Antioch, kecuali satu pertempuran pada September yang dalam pertempuran itu
mereka sekali lagi menewaskan orang Turki. Sepanjang jalan, tentera salib
dapat menawan sejumlah bandar seperti Sozopolis, Iconium dan Caesarea

10 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

walaupun kebanyakan bandar ini jatuh kembali ke tangan orang Turki pada
tahun 1101.

Perarakan melalui Asia ini tidak menyenangkan. Ketika itu adalah di tengah-
tengah musim panas dan tentera salib mempunyai hanya sedikit bekalan
makanan dan air; ramai yang mati, begitu juga dengan kuda-kuda. Orang
Kristian di Asia seperti di Eropah, kadang kala memberi makanan dan wang,
tetapi kerap kali tentera salib menjarah dan merompak setiap kali berpeluang.
Pemimpin-pemimpin perseorangan terus bertelagah mengenai kuasa pimpinan
keseluruhan, walaupun tiada seorang pun daripada mereka yang cukup
berkuasa untuk memberi arahan; pun begitu, Adhemar selalu diiktiraf sebagai
pemimpin kerohanian. Setelah melepasi Pintu Gerbang Cilicia, Baldwin dari
Boulogne bertolak dengan diri sendiri menuju ke kawasan orang Armenia di
sekitar Sungai Furat. Di Edessa pada awal tahun 1098, dia diambil angkat
sebagai pewaris oleh Raja Thoros, pemerintah Ortodoks Yunani yang tidak
disukai rakyatnya yang berbangsa Armenia. Tidak lama kemudian Thoros
dibunuh dan Baldwin menjadi pemerintah baru, dengan itu membentuk Wilayah
Edessa, negeri Salibi pertama.

Pengepungan Antioch

Adhémar de Monteil yang memakai topi biskop sedang membawa Tombak Suci
dalam satu pertempuran semasa Perang Salib Pertama

Sementara pasukan tentera salib mara ke Antioch yang terletak lebih kurang
setengah jalan antara Constantinople dan Baitul Maqdis. Mereka tiba pada
Oktober 1097 dan mengepungnya selama hampir lapan bulan, semasa tempoh
mereka juga perlu menewaskan dua buah pasukan tentera bantuan yang besar
di bawah pimpinan Duqaq dari Damsyik dan Ridwan dari Aleppo. Antioch sangat

11 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

besar sehinggakan tentera salib tidak mempunyai askar yang cukup untuk
mengepung keseluruhannya, dan dengan itu ia mampu bertahan menerima
bekalan separa. Apabila pengepungan itu berlarutan, jelas bahawa Bohemond
mahukan bandar itu untuk dirinya sendiri.

Pada Mei 1098, Kerbogha dari Mosul mendekati Antioch untuk memecahkan
pengepungan itu. Bohemond merasuah seorang pengawal bandar itu yang
berbangsa Armenia supaya menyerahkan menara kawalannya, dan pada Jun
tentera salib memasuki bandar itu dan membunuh hampir kesemua
penghuninya. Bagaimana pun, beberapa hari kemudian orang Islam tiba dan
melancarkan pengepungan ke atas bekas para pengepung itu. Pada saat ini
seorang rahib biasa bernama Peter Bartholomew]] telah mendakwa bahawa dia
telah menemui Tombak Suci di dalam bandar itu, dan walaupun sebahagiannya
berasa sangsi, ini telah dilihat sebagai satu petanda bahawa mereka akan
menang.

Bohemond dari Taranto secara bersendirian memanjat baluarti Antioch, dalam


turisan oleh Gustave Doré.

Pada 28 Jun, tentera salib menewaskan Kerbogha dalam satu pertempuran


sengit di luar kota, kerana Kerbogha tidak mampu lagi menyusun atur pelbagai
puak dalam pasukan tenteranya. Ketika tentera salib sedang mara kepada orang
Islam, seksyen Fatimiyah dalam pasukan tentera itu meninggalkan kontigen
Turki itu kerana mereka bimbang Kerbogha akan menjadi terlalu berkuasa
sekiranya dia berjaya menewaskan tentera salib. Menurut lagenda, sepasukan
tentera wali-wali Kristian datang membantu tentera salib semasa pertempuran
dan memporak-perandakan pasukan tentera Kerbogha.

Bohemond berhujah bahawa Alexius telah meninggalkan tentera salib dan


dengan itu membatalkan semua sumpah setia mereka kepadanya. Bohemond
mempertahankan tuntutannya ke atas Antioch, tetapi tidak semua bersetuju,
terutamanya Raymond dari Toulouse, dan perang salib ditangguhkan selama

12 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

sepanjang tahun itu manakala para bangsawan bertelagah sesama sendiri.


Menjadi anggapan historiografi yang umum bahawa tentera Frank dari utara
Perancis, tentera Provence dari selatan Perancis dan tentera Norman dari
selatan Itali menganggap diri mereka adalah "bangsa-bangsa" berasingan dan
bahawa masing-masing mahu menaikkan status masing-masing. Ini mungkin
berkaitan dengan pertelagahan itu, tetapi keinginan perseorangan sahaja
nampaknya yang dipersalahkan.

Sementara itu, satu wabak (berkemungkinan tifus) telah melanda dan


membunuh ramai orang termasuklah Adhemar. Sekarang bilangan tentera lebih
kecil daripada kuda berbanding sebelum ini, dan petani-petani Islam enggan
memberi makanan kepada mereka. Pada Disember, penawanan bandar Arab
Ma'arrat al-Numan pun berlaku, dan dengannya terjadi insiden kanibalisme oleh
tentera salib yang pertama diketahui. Askar-askar dan kesatria bawahan
kekurangan rehat dan mengancam untuk terus ke Baitul Maqdis tanpa ketua-
ketua mereka yang sering bergaduh. Akhirnya, pada awal tahun 1099,
perbarisan itu diperbaharui dengan meninggalkan Bohemond di belakang
sebagai penguasa Antioch yang pertama.

Pengepungan Baitul Maqdis

Sambil mara ke pantai Mediterranean, tentera salib hanya menerima sedikit


tentangan, kerana pemerintah-pemerintah tempatan lebih suka membuat
perjanjian damai dengan mereka dan memberi mereka bekalan berbanding
melawan. Pada 7 Jun tentera salib sampai di Baitul Maqdis yang ditawan
kembali daripada orang Seljuk oleh kerajaan Fatimiyyah Mesir setahun yang lalu.
Ramai tentera salib menangis apabila memandang kota yang disebabkannya
mereka telah membuat perjalanan yang begitu panjang untuk sampai.

Seperti di Antioch, tentera salib membuat pengepungan panjang ke atas kota ini
yang di situ tentera salib menderita banyak kesusahan disebabkan kekurangan
makanan dan air di sekitar Baitul Maqdis. Daripada 7,000 orang kesatria yang
mengambil bahagian dalam Perang Salib Pengiran, hanya 1,500 orang yang
tinggal. Berdepan dengan tugasan yang kelihatannya mustahil, moral mereka
meningkat apabila seorang paderi bernama Peter Desiderius, telah mendakwa
mempunyai mimpi ilahi yang menyuruh mereka supaya berpuasa dan kemudian
mara dalam perarakan sambil berkaki ayam di sekeliling dinding kota itu, yang
akan jatuh ke tangan mereka selepas sembilan hari, menurut contoh Joshua
dalam Bible semasa mengepung Jericho. Pada 8 Julai 1099, tentera salib
melaksanakan perarakan seperti yang diarahkan Desiderius. Askar-askar Genoa
yang dipimpin oleh komander Guglielmo Embriaco mencerai-beraikan kapal-
kapal yang dinaiki orang Genoa untuk datang ke Tanah Suci sebelumnya;
Embriaco menggunakan kayu kapal-kapal itu untuk membina beberapa menara-
menara pengepung dan tujuh hari kemudian pada 15 Julai, tentera salib dapat
mengakhiri pengepungan itu dengan memecahkan bahagian-bahagian dinding

13 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

dan masuk ke dalam kota itu. Sesetengah tentera salib juga masuk melalui pintu
masuk jemaah haji terdahulu.

Sepanjang tengahari dan petang hari itu serta pagi keesokannya, tentera salib
membunuh hampir keseluruhan penghuni Baitul Maqdis. Orang Islam, Yahudi
dan malahan orang Kristian Timur semuanya dibunuh beramai-beramai.
Walaupun ramai orang Islam mencari perlindungan di Masjid al-Aqsa dan orang
Yahudi di sinagog mereka di Tembok Barat, tentera salib hanya membiarkan
sedikit sahaja yang hidup. Menurut Gesta Francorum yang tidak diketahui
penulisnya, yang dipercayai sesetengah orang sebagai laporan yang dibesar-
besarkan mengenai pembunuhan beramai-ramai itu yang kemudiannya berlaku
di situ, "...penyembelihan itu sangat hebat sehinggakan orang-orang kita
mengharungi lautan darah sehingga ke takat buku lali mereka...". Laporan-
laporan lain mengenai darah yang mengalir sehingga ke takat kekang kuda ialah
kenangan satu petikan daripada Book of Revelation (14:20). Tancred menuntut
hak Temple of Mount untuk dirinya sendiri dan menawarkan perlindungan
kepada sebahagian orang Islam di situ, namun dia tidak mampu menghalang
kematian mereka di tangan konco-konco tentera salibnya. Menurut Fulcher dari
Chartres: "Sememangnya, jika kamu berada di sana kamu akan menyaksikan
kaki kami diwarnai dengan darah mereka yang dibunuh sehingga ke buku lali.
Tetapi apa yang saya dapat ceritakan lagi? Tiada seorang pun daripada mereka
yang dibiarkan hidup; tiada wanita mahupun kanak-kanak dibiarkan hidup".

Bagaimana pun, Gesta Francorum menyatakan bahawa sesetengah penduduk


berupaya menyelamatkan diri daripada pengepungan dengan selamat.
Penulisnya menulis, "Apabila orang jahiliyah itu (yakni orang Islam) telah dapat
ditundukkan, orang-orang kita menawan sejumlah yang besar, lelaki dan wanita,
samada membunuh mereka atau menjadikan mereka sebagai tawanan perang,
menurut suka hati mereka". Kemudian, tertulis, "Para pemimpin kami juga
mengarahkan semua mayat Saracen dilempar ke luar kota disebabkan bau
busuk yang amat sangat, kerana keseluruhan kota dipenuhi dengan mayat-
mayat mereka; dan orang Saracen yang masih hidup dipaksa mengheret mayat-
mayat sehingga pintu keluar gerbang kota dan menyusun mereka secara
longgokan, seolah-seolah rumah. Tiada seorang pun yang pernah menyaksikan
atau mendengar penyembelihan orang jahiliyah itu (yakni orang Islam) sebegitu,
kerana unggun bakar mayat dibentuk daripada mereka seperti piramid, dan tiada
seorang pun yang mengetahui bilangan mereka kecuali Tuhan sendiri".

14 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

Godfrey dari Bouillon sebagai Pelindung Baitul Maqdis. Gelaran rasminya ialah
Advocatus Sancti Sepulchri (Pelindung Kuburan Suci)

Raymond dari Toulouse ditawarkan dengan hak kerajaan Baitul Maqdis namun
dia menolak sambil berkata bahawa dia tidak akan memakai "mahkota emas" di
tempat al-Masih telah memakai "mahkota duri". Dalam beberapa selepas
pembunuhan beramai-ramai itu, Godfrey dari Bouillon dilantik sebagai
Advocatus Sancti Sepulchri (Pelindung Kuburan Suci). Dalam aksi terakhir
perang salib ini, dia memimpin sepasukan tentera yang menewaskan sepasukan
tentera Fatimiyyah yang datang menyerang semasa Pertempuran Ascalon.
Godfrey meninggal dunia pada Julai 1100 dan digantikan oleh adik lelakinya
Baldwin dari Edessa yang mengambil gelaran Raja Baitul Maqdis.

Perang Salib Tahun 1101 dan penubuhan kerajaan Baitul Maqdis

Dengan penawanan Baitul Maqdis dan Kuburan Suci, ikrar perang salib kini telah
dipenuhi. Bagaimana pun, terdapat ramai yang pulang ke kampung halaman
sebelum sempat sampai di Baitul Maqdis, dan ramai juga yang tidak pernah
meninggal Eropah sama sekali. Apabila kejayaan perang salib ini diketahui,
mereka ini dipersenda-senda dan dicemuh oleh keluarga mereka dan diancam
dengan kucilan daripada gereja oleh para pendeta. Ramai tentera salib yang
kekal bersama dengan perang salib sepanjang jalan ke Baitul Maqdis juga
pulang ke kampung halaman; menurut Fulcher dari Chartres, hanya ratusan
orang kesatria yang tinggal dalam kerajaan yang baru ditubuhkan itu pada tahun
1101. Pada tahun 1101, satu lagi perang salib dilancarkan, termasuklah Stephen
dari Blois dan Hugh dari Vermandois, kedua-duanya pulang ke kampung
halaman sebelum sempat sampai di Baitul Maqdis. Perang salib ini hampir-
hampir digagalkan oleh orang Seljuk di Asia Kecil, tetapi mereka yang terselamat
membantu memperkukuhkan kerajaan Baitul Maqdis apabila mereka tiba di kota

15 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

tersebut. Pada tahun-tahun berikutnya, bantuan juga disediakan oleh pedagang-


pedagang Itali yang menempatkan diri sendiri di pelabuhan-pelabuhan Syria, dan
dari order-order keagamaan dan ketenteraan seperti Knights Templar dan
Knights Hospitaller yang dicipta semasa era pemerintahan Baldwin I.

Analisis Perang Salib Pertama

Kesan

Kejayaan Perang Salib Pertama adalah luar biasa. Kestabilan yang baru dicapai
di Barat meninggalkan lapisan aristokrat pahlawan dalam mencari penaklukan
dan patrimoni baru, dan kemakmuran baru di bandar-bandar utama juga
bermakna bahawa wang tersedia untuk membiayai ekspedisi-ekspedisi. Negara-
negara kota maritim Itali, khususnya Venice dan Genoa, berminat dalam
perluasan perdagangan. Pihak Pope melihat perang salib sebagai satu cara
untuk mengukuhkan pengaruh Katolik sebagai kuasa penyatu, dengan
peperangan sebagai satu misi agama. Ini merupakan satu sikap baru terhadap
agama: ia membawa disiplin agama yang dahulunya terpakai hanya kepada para
rahib, kepada ketenteraan—konsep baru mengenai pahlawan keagamaan dan
etika kesatriaan.

Perang Salib Pertama berjaya menubuhkan "negeri-negeri Salibi" seperti


Wilayah Edessa, Wilayah Antioch, Kerajaan Baitul Maqdis dan Wilayah Tripoli di
Palestin dan Syria.

Berbalik ke kampung halaman di Eropah Barat, mereka yang selamat sampai di


Baitul Maqdis telah dilayan sebagai hero. Robert dari Flanders telah diberi nama
timangan "Hierosolymitanus" kerana kehandalannya. Riwayat hidup Godfrey dari
Bouillon menjadi lagenda hanya beberapa tahun selepas kematiannya. Dalam
sesetengah kes, situasi politik di kampung halaman parah dengan teruk akibat
ketiadaan tentera salib: ketika Robert Curthose berada di luar, England
diserahkan kepada adiknya Henry I dari England, dan konflik mereka
mengakibatkan Pertempuran Tinchebrai pada tahun 1106.

Sementara itu, penubuhan negeri-negeri Salibi di Timur membantu


mengurangan tekanan Seljuk ke atas Empayar Byzantine yang memperoleh
semula sebahagian daripada wilayah Anatolianya dengan bantuan tentera salib
dan menikmati satu tempoh yang agak aman dan makmur pada kurun ke-12.
Kesan terhadap dinasti-dinasti Islam di Timur adalah beransur-ansur tetapi
penting. Ekoran daripada kematian Malik Shah I pada tahun 1092,
ketidakstabilan politik dan perpecahan Seljuk Raya yang dahulunya telah
memaksa Byzantine meminta bantuan daripada Pope, telah melemahkan
pertahanan yang koheren daripada seranga negeri-negeri Latin yang agresif.
Kerjasama antara mereka kekal sukar buat beberapa dekad, tetapi dari Mesir
hingga ke Syria dan Baghdad terdapat seruan-seruan bagi pengusiran tentera
salib yang memuncak dengan penawanan semula Baitul Maqdis di bawah

16 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

Salahuddin al-Ayyubi kemudiannya dalam kurun apabila Bani Ayyub menyatukan


kawasan-kawasan sekeliling.

Sebab-sebab Pope Urban II membuat seruan Perang Salib di Tanah Suci ialah
untuk mendapatkan semula kekuasaan rohani agung pihak Pope di dunia
Kristian Latin sambil meluaskan kuasa realpolitiknya. Dia gagal untuk
merapatkan jurang perpecahan yang semakin membarah antara gereja Timur
dan Barat serta secara tidak sengaja, dengan penjarahan Constantinople
semasa perang-perang salib terkemudian, sebenarnya telah memperkuatkan lagi
perpecahan itu. Perang Salib juga secara ketenteraan telah membantu Empayar
Byzantine yang semakin lemah itu dengan menangkis ancaman Seljuk yang
semakin bertambah dari Tanah Suci dan membentuk kerajaan-kerajaan
perseorangan kecil.

Rombongan-rombongan haji

Walaupun perang ini dipanggil sebagai Perang Salib Pertama, tiada seorang pun
yang melihat diri sendiri sebagai seorang "tentera salib". Istilah perang salib ialah
istilah awal kurun ke-13 yang pertama kali muncul di Latin lebih daripada 100
tahun selepas Perang Salib Pertama. Tentera salib sendiri tidak melihat diri
mereka sebagai golongan pertama, kerana mereka tidak tahu bahawa akan ada
lagi perang salib sesudah itu. Mereka hanya melihat diri mereka sebagai jemaah
haji (pilgrim, peregrinatores) yang berada dalam satu perjalanan (iter), dan
dirujuk sebegitu dalam laporan-laporan sezaman.

Janji setia kepada gereja untuk menyempurnakan perjalanan itu, dan hukuman
pengucilan jika seseorang gagal untuk berbuat demikian adalah faktor-faktor
kuat pelaksanan perang salib sebagai ibadat haji rasmi. Tentera salib bersumpah
bahawa perjalanan mereka hanya akan sempurna apabila mereka menjejakkan
kaki di dalam Kuburan Suci di Baitul Maqdis. Ibadat haji terbuka kepada semua
orang yang ingin mengambil bahagian, oleh itu calon-calon yang tidak
berkeinginan, wanita-wanita, golongan tua dan tidak berdaya tidak digalakkan
untuk menyertai namun tiada cara untuk menghalang mereka.

Populariti Perang Salib

Perang Salib telah menarik perhatian bilangan terbesar petani-petani dan apa
yang bermula sebagai seruan kecil bagi bantuan ketenteraan berubah kepada
perpindahan besar-besaran orang awam. Seruan pergi menyertai perang salib
adalah sangat popular. Dua buah peranan zaman pertengahan, pahlawan suci
dan pehaji, bergabung menjadi satu. Seperti seorang pahlawan suci berjuang
dalam perang suci, seseorang akan membawa senjata dan berjuang demi
Gereja dengan faedah-faedah rohaninya termasuklah hak istimewa memperolehi
surat pengampunan atau kesyahidan sekiranya seseorang terkorban dalam
pertempuran.

17 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

Sama seperti seorang pehaji yang dalam ibadat haji, seorang tentera salib
berhak menerima layanan baik dan perlindungan perseorangan bagi diri dan
harta oleh pihak Gereja. Faedah-faedah surat pengampunan adalah dua, bagi
berjuang sebagai seorang perwira Gereja dan berkelana sebagai pehaji. Oleh
itu, surat pengampunan dapat diberikan tidak kira samada seseorang itu masih
hidup atau telah mati. Namun perang salib bukanlah surat pengampunan pada
erti kata Zaman Pertengahan, surat-surat pengampunan Zaman Pertengahan
dijualbeli. Perang salib bukan satu penyelesaian mudah bagi dosa-dosa tetapi
satu bentuk keinsafan kerana ia ditunaikan secara sukarela dan merupakan
sejenis hukuman paksa diri. Perbezaan genting ini mengasingkan surat
pengampunan Zaman Pertengahan dan idea asal perang salib.

Di samping itu, terdapat kewajipan-kewajipan feudal disebabkan ramai tentera


salib pergi berperang kerana mereka dikehendaki berbuat demikian oleh tuan
mereka. Golongan miskin mencari panduan daripada kaum bangsawan
tempatan dan jika seorang aristokrat yang berpengaruh dapat menggerakkan
orang lain untuk menyertai perang itu. Hubungan dengan seorang pemimpin
yang kaya dapat membantu petani biasa untuk menyumbang dan memperolehi
sedikit perlindungan semasa perjalanan, tidak seperti mereka yang menunaikan
ikrar secara bersendirian. Terdapat juga kewajipan keluarga, dengan ramai
orang menyertai perang salib untuk menyokong kaum kerabat yang juga
membuat ikrar perang salib. Sebahagian kaum bangsawan termasuklah
beberapa orang raja dan pewaris takhta yang dilarang menyertai disebabkan
kedudukan mereka. Semua faktor ini telah menggerakkan orang-orang yang
berbeza untuk sebab-sebab yang berbeza-beza dan menyumbang pada
populariti perang salib.

Ganjaran kerohanian/akhirat lawan ganjaran kebendaan/dunia

Seruan kepada perang salib datang pada masa ketika tahun-tahun hasil tuaian
yang baik yang telah meningkatkan populasi Eropah Barat menyebabkan
pasukan tentera dunia Kristian yang lebih besar memulakan penaklukan semula
dan perang salib ini. Walau bagaimana pun, tarikan untuk mencuba hidup baru di
Timur yang jauh lebih menjanjikan kejayaan menyebabkan ramai orang
meninggalkan tanah mereka. Populasi yang semakin berkembang bererti
bahawa Eropah bukan lagi sebuah tempat yang dapat menyediakan peluang
besar sama sekali dan kebarangkalian untuk memperolehi sesuatu samada yang
berbentuk rohani, politik atau ekonomi menggoda ramai peserta.

18 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

Anda mungkin juga menyukai