ILMU FALAK DAN DALIL-DALIL AL-QURAN YANG BERKAITAN BENGANNYA
Oleh Ustaz Agku Bolkhizan bin A Ahmad Thani
1.0 Pendahuluan Ayat al-Quran yang pertama diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w menyebut tentang iqra dan al-Qalam yang merujuk kepada pembacaan dan pena.Kedua-dua kalimah menjadi simbol kepentingan ilmu dan Islam. Iqra merujuk kepada bacaan, kajian, analisis dan penyelidikan. Kajian sains dalam tamadun Islam membawa maksud mengkaji keindahan hukum Ilahi yang ditakdirkan ke atas alam semesta, lalu bacaan dilakukan dengan nama Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t :
Bacalah dengan nama Tuhan-Mu. (Surah al-alaq : 1) Al-Quran juga menggesa agar umat Islam memerhati dan merenungi kejadian langit dan bumi, memerhatikan perjalanan serta kejadian siang dan malam yang akan menjadi intisari dalam kajian ilmu falak. Firman Allah s.w.t :
Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi serta pertukaran siang dan malam benar-benar menjadi tanda (keagungan Ilahi) bagi ahli Ulil-Albab (orang-orang yang berakal) (Surah Ali Imran : 190) Alam semesta bergerak secara tertib dan harmoni. Apakah sebabnya peristiwa seperti peredaran matahari, bulan, bumi dan cakerawala keseluruhannya berlaku dalam suasana yang begitu tepat? Saintis Islam mengkaji keindahan sistem perjalanan alam semesta sebagai satu manifestasi keagungan ciptaan Allat s.w.t. Seluruh jirim langit berjalan mengikut ketentuan Ilahi yang telah ditakdirkan kepada mereka. Mereka melakukan peredaran penuh ketaatan tanpa bantahan. Mereka tunduk dan patuh. Mereka bertasbih serta melakukan ibadat dalam pengertian fitrah kejadian masing-masing. Keharmonian hukum alam pada hakikatnya ialah manifestasi kepatuhan alam terhadap takdir Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t :
2
Bertasbih kepada Allah s.w.t seluruh yang ada di langit dan di bumi, sedangkan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Surah al-Hasyr : 1) Islam bermaksud tunduk dan patuh kepada ketentuan Ilahi, tunduk dan patuh kepada hukum Ilahi. Seluruh jisim langit dan bumi, seluruh jisim yang seni seperti electron yang mengelilingi neukleus sehingga cakerawala yang mega yang mengelilingi pusat cakerawalanya, pergerakan sedemikian mengikut peraturan yang telah ditetapkan sebagai simbol kepatuhan dan ketundukannya kepada Pencipta. Simbol kepatuhan yang sama dapat disaksikan apabila kita memerhatikan peraturan para jemaah haji melakukan pusingan tawaf mengelilingi kaabah dengan penuh ketaatan dan kepatuhan. Keharmonian hukum alam ialah simbol kepatuhan alam terhadap arahan ketuhanan. Saintis Islam tidak pernah memisahkan antara sains dengan iman, antara ilmu dengan agama. Kedua-dua ilmu empirikal dan tauhid dikaji dalam acuan yang sama, sepadu dan saling berkaitan, tidak terpisah seperti amalan saintis barat. Di atas prinsip inilah tamadun Islam terbina. Islam melihat kegiatan ilmu sebagai ibadat umum umat Islam. Ilmu sains tabii dikaji dalam satu paradigm kesepaduan ilmu yang berfungsi untuk melihat alam sebagai satu manifestasi keagungan Ilahi. Alam yang berjalan lancer secara teratur dan tertib, bukan terjadi secara kebetulan tetapi menerusi iradat dan perancangan Ilahi yang penuh dengan hikmah. Alam semesta yang menjadi objek kajian sains hakikatnya dianggap sebagai kitab terbuka yang harus dikaji secara selari dengan kitab wahyu al-Quran. Hasil akhir kegiatan saintifik seseorang muslim ialah sifat bertaqwa yang menjadikan diri pengkajinya tunduk dan patuh kepada kehendak Ilahi, apabila melihat bahawa semua objek sains di langit dan di bumi tunduk patuh kepada Penciptanya. Di atas paksi inilah berakhir dengan pengiktirafan keagungan Ilahi dalam penciptaan alam semesta. 2.0 Definisi Ilmu Falak
2.1 Falak
Perkataan Falak dari segi bahasa bererti madaar yang membawa maksud orbit, garis atau tempat perjalanan bintang (Ahmad Warson, 1984 : 1152) atau celestial sphere or star (Hans Wher, 1980 : 727). Menurut Dr. Hamzah Salim Saerofi (1982 : 43) falak bererti tempat berputar (tempat peredaran) yang bersesuaian dengan pengertian falak yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga diambil dari perkataan arab bererti bulatan langit, lengkung langit atau 3
cakerawala. Begitu juga perkataan falak tersebut diistilahkan sebagai astronomi iaitu kajian tentang jasad samawi, rantau ruang angkasa persekitaran bintang dan alam semesta yang keseluruhannya dilakukan secara teori dan melalui cerapan.
2.2 Ilmu Falak atau Ilmu Astronomi
Ilmu Falak atau ilmu astronomi ialah ilmu tentang kajian bintang dan sistem peredarannya. Terdapat banyak pendapat di kalangan Ilmuan Islam yang pakar dalam ilmu falak telah menjelaskan definisi ilmu tersebut. Menurut al- Khawarizmi al-Katib dalam kitab karangannya Mafatih al-Ulum : 122 mendefinisikan ilmu ini sebagai ilmu mengenai pergerakan jisim-jisim langit (al-ajsam as-samawiyyah), saiz dan bentuknya. Ikhwan as-Shafa menjelaskan definisi bagi ilmu falak dalam kitabnya Rasaailu Ikhwan as-Shafa ialah ilmu untuk mengetahui sistem suria, menghitung bintang, mengukur pembahagian gugusan bintang (buruj), jarak, besar dan gerakannya serta mengetahui segala sesuatu yang mempunyai hubung kait dengan pengetahuan tersebut. Thasy Kubra mengertikan ilmu ini dalam kitabnya Miftaahus Saaadah ialah ilmu untuk mengetahui keadaan benda-benda langit sama ada yang jauh mahu pun yang dekat, lengkap dengan bentuk, tempat, ukuran serta jaraknya. Ibnu Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah mendefinisikan ilmu tersebut adalah ilmu yang mempelajari tentang pergerakan bintang-bintang mengikut peredarannya sama ada yang bergerak atau pun berpusing. Zubeir Umar al- Jailani dalam kitab al-Khulashoh al-Waafiyah Fi al-Falaky bi Jadawil al- Loghoritmiyah, menjelaskan sebagai ilmu yang mempelajari benda-benda langit dari segi pergerakannya, kedudukannya, terbit, proses pergerakannya, ketinggiannya, masa siang dan malam yang mana kedua-duanya berkaitan dengan perhitungan bulan dan tahun, hilal dan gerhana bulan dan gerhana matahari. Definisi tersebut lebih dekat pada pengertian ilmu falak dalam aplikasinya yang cenderung dalam masalah-masalah perhitungan atau hisab.
Begitu juga ahli pemikir falak yang terdapat di Asia seperti Dr. Hamzah Salim Saerofi menyatakan ilmu ini ialah ilmu pengetahuan tentang tempat berputarnya benda-benda langit. Muhammad Wardan dalam kitabnya Ilmu Falak dan Hisab mentakrifkan ilmu ini sebagai pengetahuan yang mempelajari benda-benda langit seperti matahari, bulan, bintang-bintang dan bumi. Dr. Baharuddin Zainal dalam kitabnya Ilmu Falak mendefinisikan sebagai salah satu cabang ilmu sains tabii yang mengkaji perjalanan badan-badan 4
cakerawala seperti bumi, bulan, matahari dan bintang-bintang. Abdul Rahman Hussain dalam penulisannya Pengenalan Ilmu Falak juga menyatakan ilmu ini bererti kajian saintifik tentang bintang, matahari, bulan dan planet yang terdapat dalam alam semesta. Apabila dilihat dari definisi-definisi yang dikemukakan oleh ahli falak dapatlah dibuat kesimpulan mengenai definisi ilmu falak atau ilmu astronomi sebagai ilmu yang mempelajari secara empirikal (terperinci) melalui kajian saintifik ke atas keadaan badan-badan cakerawala yang meliputi seluruh gugusan bintang dan planet termasuk bulan dan matahari serta bumi dari segi kedudukan, pergerakan, jarak, dan segala sesuatu yang mempunyai hubung kait dengan pengetahuan tersebut.
Zubair bin Umar al-Indunisi telah menyatakan bahawa orang arab membahagikan ilmu astronomi yang digunakan oleh orang Yunani kepada tiga (3) bahagian iaitu deskriptif (Wasfi-Sifat), tabii dan amali. Falak deskriptif mengkaji mengenai keadaan jirim-jirim langit dan pergerakan, kemunculan, cara perjalanan, ketinggian, dan kerendahannya, panjang malam dan siangserta yang berhubungan dengan bulan, tahun, hilal, gerhana bulan dan gerhana matahari. Falak tabii mengkaji tentang keadaan jirim-jirim tersebut dari segi dalil mengenai peristiwa-peristiwa dan sebabnya serta kaedah kajiannya. Falak amali pula mengkaji tentang pengetahuan yang dicapai oleh kedua-dua bahagian tersebut menggunakan peralatan-peralatan falak seperti rubu al-mujayyab, al-muqantar, jadual hisab zij, pencerap (al-rasd) dan logaritma.
3.0 Hukum Mempelajari Ilmu Falak Ilmu falak merupakan ilmu yang dinamik. Segala aktiviti yang menunjukkan perhubungan manusia dengan manusia dengan alam semesta akan melibatkan unsur-unsur ilmu falak. Langit bagaikan makmal sains di mana manusia memerhatikan setiap fenomena langit dan mengambil pengajaran darinya. Berdasarkan konsep alam ini, dapatlah ilmu ini dikategorikan sebagai ilmu fardhu kifayah yang membawa maksud kewajipan yang difardhukan ke atas seluruh umat Islam untuk mempelajari dengan tujuan untuk menegakkan agama Islam. Imam an- Nawawi pula menyatakan bahawa perlaksanaan fardhu kifayah itu dituntut atau dikenakan ke atas semua orang Islam yang mukallaf. Apabila seorang atau sebahagian umat Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu dari seluruh umat Islam. Al-Imam al-Ghazali telah menyatakan ilmu yang jadi fardhu kifayah ialah semua ilmu yang diperlukan untuk membangunkan urusan dunia seperti 5
ilmu perubatan kerana ia adalah suatu keperluan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. Begitu juga dengan ilmu perakaunan kerana ia adalah keperluan di dalam hubungan muamalat, pembahagian wasiat, pewarisan dan sebagainya. Ilmu-ilmu seperti ini sekiranya sesebuah negeri tidak memilikinya maka penduduk negeri itu akan berada di dalam kesusahan. Apabila seorang daripada mereka memilikinya, maka ia sudah memadai dan jatuhlah kefardhuan daripada yang lain. 4.0 Dalil-Dalil dari al-Quran al-Karim
Perkataan Falak yang membawa maksud atau definisi yang telah dijelaskan di atas telah disebut sebanyak dua (2) kali dalam al-Quran sebagai mana firman Allah s.w.t :
;O=- /4l[4C .EO p EjO;> 4OE^- 4 N^O-- -)Ec jOOgE+- _ 74 O) lU ]O4lOEC ^j (dengan ketentuan Yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.
(Surah Yaasin : 40) Dan firman Allah s.w.t :
4O-4 Og~-.- 4-UE ^O-- 4OOgE+-4 ";O=-4 4OE^-4 W 7 O) lU 4pO4lOEC ^@@ dan Dia lah (Tuhan) Yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).
(Surah al-Anbiya : 33) 6
Afzalur Rahman dan Zaki Othman dalam Kitab mereka masing-masing Mausuatul Quran telas menjelaskan sebanyak lapan puluh tujuh ayat (87) ayat al-Quran yang membahaskan tentang ilmu falak. Antaranya menjelaskan tentang kejadian langit dan bumi serta menegaskan agar manusia sentiasa memerhatikannya. Firman Allah s.w.t :
]) O) -UE= g4OEOO- ^O-4 -Ugu=-4 ^1-- jOOgE+-4 e4CE Oj+w U4:^- ^_ Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal
(Surah Ali Imran : 190)
Begitu juga Allah s.w.t menegaskan juga kepada setiap manusia yang memerhatikan tentang kejadian alam semesta berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Firman Allah s.w.t :
~ W-NOO^- -O4` O) V4OEOO- ^O-4 _ 4`4 /j_^> e4CE- +O7O4-4 }4N lO~ 4pONLg`uNC ^ Katakanlah (Wahai Muhammad): "Perhatikan dan fikirkanlah apa Yang ada di langit dan di bumi dari Segala kejadian Yang menakjubkan, Yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, Segala tanda dan Bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah), dan Segala Rasul (yang menyampaikan perintah- perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang- orang Yang tidak menaruh kepercayaan kepadaNya.
(Surah Yunus : 101) 7
Penjelasan mengenai bilangan bulan dalam taqwim hijriah sebagaimana firman Allah s.w.t :
Ep) EOgN jOOgO- ELgN *.- E4^- 4O=4N -6OgE+ O) U4 *.- 4O4C 4-UE g4OEOO- O-4 .Ogu+g` NOE4O NONO _ CgO g].- Nj1^- _ E W-O)U;> O}jgOg :=O^ _ W-OUg-~4 --)O;^- LO-.~E E 74^OUg-NC LO-. _ W-EOUu-4 Ep -.- E74` 4-+-N^- ^@g Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) Dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan Yang dihormati. ketetapan Yang demikian itu ialah ugama Yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu Dalam bulan-bulan Yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang bertaqwa.
(Surah at-Taubah : 36)
Dalam al-Quran juga membincangkan mengenai ruyah al-Hilal (cerapan anak bulan). Firman Allah s.w.t :
C4^OU4*OEC ^}4N g--g-- W ~ "Og- eOg~4O4` +EE4Ug ;-gE^-4 .... ^g_ mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. katakanlah: (peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya Ibadat Haji.... 8