Anda di halaman 1dari 6

Artikel Bil 1/Feb 2012 Sains Pusat Tuisyen Pulau Ilmu Astronomi (Ilmu Falak) Suka melihat kerlipan

bintang pada waktu malam? Kagum dengan keindahan cahaya bulan purnama? Teruja melihat lintasan cirit bintang di kaki langit? Subhanallah, semua fenomena yang diceritakan tadi menunjukkan tandatanda kebesaran Tuhan (ALLAH S.W.T), pemilik mutlak alam sejagat ini.

Gambar hiasan ALLAH S.W.T berfirman di dalam kitab Al-Quran:

Terjemahan: Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda (ayat-ayat) kebesaran (Kami) kepada orangorang yang mengetahui. (Surah Al-Anam, ayat 97) Berdasarkan ayat di atas, pernah kita terfikir tentang penerangan secara saintifik di sebalik fenomena - fenomena tersebut? Bagaimana bintang berkelipkelip apabila dilihat oleh manusia di Bumi? Tahukah kita bahawa bintang adalah kompas semulajadi untuk tujuan musafir di darat dan di laut pada waktu malam?

Page | 1

Artikel Bil 1/Feb 2012 Sains Pusat Tuisyen Pulau Ilmu Astronomi (Ilmu Falak) Apakah rahsia di sebalik keindahan cahaya bulan purnama? Bilakah cirit bintang itu akan melintasi kaki langit semula? Segala persoalan di atas dapat dijawab secara saintifik dan diperakui secara mutlak melalui kitab suci Al-Quran itu sendiri dan juga melalui salah satu cabang ilmu sains yang dikenali ASTRONOMI atau dikenali sebagai ILMU FALAK dalam kalangan cendekiawan Islam suatu ketika dulu. Mengikut Kamus Dewan edisi keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, definisi astronomi (ilmu falak) ialah pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian, pergerakan dan perkiraan serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang. Firman ALLAH S.W.T dalam kitab Al-Quran:

Terjemahan: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan perbezaan malam dan siang adalah ayat (tanda) kepada orang yang mempunyai fikiran. (Surah Ali Imran, ayat 190) Jadi, dapat disimpulkan bahawa astronomi ialah ilmu yang membahaskan secara mendalam tentang kelahiran, kewujudan, pergerakan, pengaruh dan kesan terhadap persekitaran dunia manusia serta kematian objek-objek samawi (objekobjek yang berada di angkasa lepas). Salah seorang sarjana astronomi Islam, AlBattani, menyatakan bahawa ilmu falak (astronomi) datang selepas agama Islam sebagai ilmu yang paling mulia dan paling sempurna, yang dapat menghiasi fikiran serta menajamkan kecerdikan menuju kepada pengenalan keesaan, kekuasaan dan kebijaksanaan ALLAH

Page | 2

Artikel Bil 1/Feb 2012 Sains Pusat Tuisyen Pulau Ilmu Falak)

Astronomi (Ilmu

Gambar hiasan Bidang matematik dan fizik juga berkait rapat dengan bidang astronomi, seperti bak kata pepatah bagai aur dengan tebing, umpama irama dan lagu. Banyak kajian mengenai astronomi dapat dibahaskan secara mudah dengan adanya bantuan atau sokongan daripada bidang matematik dan fizik. Sebagai contoh, seorang ahli astronomi ingin menganggar jarak sesuatu bintang dengan Bumi, maka proses pengiraan dan konsep fizik diperlukan untuk tujuan itu.

Bersambung. Biodata Penulis Nama Pekerjaan Asal Blog : Mohd Rozaidi : Pelajar merangkap Cikgu Tuisyen : Klang, Selangor : http://masteryoda1983.blogspot.com http://sifufizik.blogspot.com Nama Pena : J-dai

Page | 3

Artikel Bil 1/Feb 2012 Sains Pusat Tuisyen Pulau Ilmu Falak)

Astronomi (Ilmu

Sambungan Ilmu astronomi terbit daripada perkataan Yunani iaitu astro yang membawa erti yang berkaitan dengan bintang. Astronomi ialah satu cabang ilmu yang berkaitan dengan kajian bukan sahaja bulan dan bintang tetapi juga planet, galaksi, jirim antara bintang ,nova, supernova, nebula dan apa jua bahan dan jasad yang terdapat di angkasa lepas. Pada peringkat awal orang Islam mempelajari ilmu astronomi, karya karya dan bahan-bahan rujukan astronomi yang dihasilkan oleh sarjana-sarjana astronomi Parsi telah diterjemahkan . Zij-I Syahi,sebuah buku astronomi yang dihasilkan pada tahun 555 M,telah diterjemahkan kedalam bahasa Arab oleh Abu Hassan alTamimi dan tafsiranya dibuat oleh Abu Mashar. Dalam bidang ilmu astronomi khalifah Al-Makmun, anak lelaki kepada khalifah Harun Al-Rashid (pemerintah kerajaan Islam Abbasiyyah) merupakan pelopor pertama mendirikan pusat penyelidikan ilmu yang berkenaan dengan menggunakan alat-alat yang sudah agak sempurna dan teratur di Baghdad.

Gambar hiasan: Astrolab (salah satu daripada alat-alat yangberkaitan dengan bidang astronomi) Tujuannya untuk mengetahui gerak geri bintang-bintang di langit supaya mereka dapat mengetahui hal-hal berkaitan dengan musim, arah kiblat dan arah angin , Page | 4

Artikel Bil 1/Feb 2012 Sains Pusat Tuisyen Pulau Ilmu Astronomi (Ilmu Falak) tidak seperti ahli astronomi terdahulu yang bertujuan untuk mengetahui nasib baik dan buruk yang akan menimpa manusia. Ahli-ahli astronomi Islam tidak terpengaruh dengan ahli astronomi dari Mesir,India, China dan Yunani yang menekankan dari segi khayalan atau ramalan untung baik dan jahat semata-mata sebaliknya mereka menganggap bidang tersebut adalah salah satu cabang ilmu yang berteraskan kitab suci Al-Quran dan kejadian yang berlaku di angkasa lepas adalah salah satu daripada tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan ALLAH. Tambahan pula, Allah secara jelas menegah orang-orang yang beriman daripada melakukan amalan menilik nasib. Ini dapat diperhatikan melalui banyak ayat di dalam kitab suci Al-Quran

Terjemahan: Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, berjudi, berhala, mengundi nasib adalah perbuatan keji dari amalan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh kejayaan. (Surah al-Maidah, ayat 90) Kembali kepada perbincangan asal mengenai bidang astronomi, sarjana Islam yang pertama dalam ilmu astronomi yang terkenal pada waktu itu ialah AlKhawarizmi. Beliau telah menyelidiki kitab-kitab ilmu yang berkenaan dari sarjana astronomi India, Parsi, Yunani dan Mesir, kemudian memberi pendapat mengikut asas-asas Islam. Berkat usaha beliau, orang-orang Islam ketika itu tidak lagi dipengaruhi dengan cerita-certita dongeng yang dikaitkan dengan bintang. Beliau bukan sahaja dianggap pakar tetapi berjaya juga membuat buku yang pertama dalam ilmu Hisab dan Al-Jibra. Buku-buku Al-Khawarizmi kemudianya telah dijadikan buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga ke abad 16 M. Buku astronomi yang terkenal sehingga kini ialah Al-Kawakib As-Thabitah (Bintang-bintang Yang Tetap). Buku-buku tersebut adalah buku yang paling digemari oleh penyelidik-penyelidik Barat hingga hari ini Page | 5

Artikel Bil 1/Feb 2012 Sains Pusat Tuisyen Pulau Ilmu Falak)

Astronomi (Ilmu

Gambar hiasan: Cebisan daripada kitab Al-Kawakib As-Thabitah Bersambung

Page | 6

Anda mungkin juga menyukai