Anda di halaman 1dari 6

ILMU FALAK DAN DALIL-DALIL AL-QURAN YANG BERKAITAN BENGANNYA

Oleh

Ustaz Agku Bolkhizan bin A Ahmad Thani

1.0 Pendahuluan

Ayat al-Quran yang pertama diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w menyebut


tentang iqra’ dan al-Qalam yang merujuk kepada pembacaan dan pena.Kedua-dua
kalimah menjadi simbol kepentingan ilmu dan Islam. Iqra’ merujuk kepada bacaan,
kajian, analisis dan penyelidikan. Kajian sains dalam tamadun Islam membawa
maksud mengkaji keindahan hukum Ilahi yang ditakdirkan ke atas alam semesta, lalu
bacaan dilakukan dengan nama Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t :

‫ﭻﭼﭽﭾﭿﮀ‬
“Bacalah dengan nama Tuhan-Mu”.

(Surah al-‘alaq : 1)

Al-Quran juga menggesa agar umat Islam memerhati dan merenungi kejadian
langit dan bumi, memerhatikan perjalanan serta kejadian siang dan malam yang akan
menjadi intisari dalam kajian ilmu falak. Firman Allah s.w.t :

‫ﮉﮊﮋﮌﮍﮎﮏﮐﮑﮒﮓﮔ‬
“Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi serta pertukaran siang dan malam
benar-benar menjadi tanda (keagungan Ilahi) bagi ahli Ulil-Albab (orang-orang yang
berakal)”

(Surah Ali Imran : 190)

Alam semesta bergerak secara tertib dan harmoni. Apakah sebabnya peristiwa
seperti peredaran matahari, bulan, bumi dan cakerawala keseluruhannya berlaku
dalam suasana yang begitu tepat? Saintis Islam mengkaji keindahan sistem
perjalanan alam semesta sebagai satu manifestasi keagungan ciptaan Allat s.w.t.
Seluruh jirim langit berjalan mengikut ketentuan Ilahi yang telah ditakdirkan kepada
mereka. Mereka melakukan peredaran penuh ketaatan tanpa bantahan. Mereka
tunduk dan patuh. Mereka bertasbih serta melakukan ibadat dalam pengertian fitrah
kejadian masing-masing. Keharmonian hukum alam pada hakikatnya ialah
manifestasi kepatuhan alam terhadap takdir Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t :

‫ﮊﮋﮌﮍﮎﮏﮐﮑﮒﮓﮔﮕﮖ‬
1
“Bertasbih kepada Allah s.w.t seluruh yang ada di langit dan di bumi, sedangkan
Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”

(Surah al-Hasyr : 1)

Islam bermaksud tunduk dan patuh kepada ketentuan Ilahi, tunduk dan patuh
kepada hukum Ilahi. Seluruh jisim langit dan bumi, seluruh jisim yang seni seperti
electron yang mengelilingi neukleus sehingga cakerawala yang mega yang
mengelilingi pusat cakerawalanya, pergerakan sedemikian mengikut peraturan yang
telah ditetapkan sebagai simbol kepatuhan dan ketundukannya kepada Pencipta.
Simbol kepatuhan yang sama dapat disaksikan apabila kita memerhatikan peraturan
para jemaah haji melakukan pusingan tawaf mengelilingi kaabah dengan penuh
ketaatan dan kepatuhan. Keharmonian hukum alam ialah simbol kepatuhan alam
terhadap arahan ketuhanan. Saintis Islam tidak pernah memisahkan antara sains
dengan iman, antara ilmu dengan agama. Kedua-dua ilmu empirikal dan tauhid dikaji
dalam acuan yang sama, sepadu dan saling berkaitan, tidak terpisah seperti amalan
saintis barat. Di atas prinsip inilah tamadun Islam terbina.

Islam melihat kegiatan ilmu sebagai ibadat umum umat Islam. Ilmu sains tabi’i
dikaji dalam satu paradigm kesepaduan ilmu yang berfungsi untuk melihat alam
sebagai satu manifestasi keagungan Ilahi. Alam yang berjalan lancer secara teratur
dan tertib, bukan terjadi secara kebetulan tetapi menerusi iradat dan perancangan
Ilahi yang penuh dengan hikmah. Alam semesta yang menjadi objek kajian sains
hakikatnya dianggap sebagai kitab terbuka yang harus dikaji secara selari dengan
kitab wahyu al-Quran. Hasil akhir kegiatan saintifik seseorang muslim ialah sifat
bertaqwa yang menjadikan diri pengkajinya tunduk dan patuh kepada kehendak Ilahi,
apabila melihat bahawa semua objek sains di langit dan di bumi tunduk patuh kepada
Penciptanya. Di atas paksi inilah berakhir dengan pengiktirafan keagungan Ilahi dalam
penciptaan alam semesta.

2.0 Definisi Ilmu Falak

2.1 Falak

Perkataan “Falak” dari segi bahasa bererti madaar yang membawa maksud
orbit, garis atau tempat perjalanan bintang (Ahmad Warson, 1984 : 1152) atau
celestial sphere or star (Hans Wher, 1980 : 727). Menurut Dr. Hamzah Salim
Saerofi (1982 : 43) falak bererti tempat berputar (tempat peredaran) yang
bersesuaian dengan pengertian falak yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi
Ketiga diambil dari perkataan arab bererti bulatan langit, lengkung langit atau
cakerawala. Begitu juga perkataan falak tersebut diistilahkan sebagai
astronomi iaitu kajian tentang jasad samawi, rantau ruang angkasa

2
persekitaran bintang dan alam semesta yang keseluruhannya dilakukan secara
teori dan melalui cerapan.

2.2 Ilmu Falak atau Ilmu Astronomi

Ilmu Falak atau ilmu astronomi ialah ilmu tentang kajian bintang dan sistem
peredarannya. Terdapat banyak pendapat di kalangan Ilmuan Islam yang
pakar dalam ilmu falak telah menjelaskan definisi ilmu tersebut. Menurut al-
Khawarizmi al-Katib dalam kitab karangannya Mafatih al-‘Ulum : 122
mendefinisikan ilmu ini sebagai ilmu mengenai pergerakan jisim-jisim langit
(al-ajsam as-samawiyyah), saiz dan bentuknya. Ikhwan as-Shafa menjelaskan
definisi bagi ilmu falak dalam kitabnya Rasaailu Ikhwan as-Shafa ialah ilmu
untuk mengetahui sistem suria, menghitung bintang, mengukur pembahagian
gugusan bintang (buruj), jarak, besar dan gerakannya serta mengetahui segala
sesuatu yang mempunyai hubung kait dengan pengetahuan tersebut. Thasy
Kubra mengertikan ilmu ini dalam kitabnya Miftaahus Sa’aadah ialah ilmu
untuk mengetahui keadaan benda-benda langit sama ada yang jauh mahu pun
yang dekat, lengkap dengan bentuk, tempat, ukuran serta jaraknya. Ibnu
Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah mendefinisikan ilmu tersebut adalah
ilmu yang mempelajari tentang pergerakan bintang-bintang mengikut
peredarannya sama ada yang bergerak atau pun berpusing. Zubeir Umar al-
Jailani dalam kitab al-Khulashoh al-Waafiyah Fi al-Falaky bi Jadawil al-
Loghoritmiyah, menjelaskan sebagai ilmu yang mempelajari benda-benda
langit dari segi pergerakannya, kedudukannya, terbit, proses pergerakannya,
ketinggiannya, masa siang dan malam yang mana kedua-duanya berkaitan
dengan perhitungan bulan dan tahun, hilal dan gerhana bulan dan gerhana
matahari. Definisi tersebut lebih dekat pada pengertian ilmu falak dalam
aplikasinya yang cenderung dalam masalah-masalah perhitungan atau hisab.

Begitu juga ahli pemikir falak yang terdapat di Asia seperti Dr. Hamzah Salim
Saerofi menyatakan ilmu ini ialah ilmu pengetahuan tentang tempat
berputarnya benda-benda langit. Muhammad Wardan dalam kitabnya Ilmu
Falak dan Hisab mentakrifkan ilmu ini sebagai pengetahuan yang mempelajari
benda-benda langit seperti matahari, bulan, bintang-bintang dan bumi. Dr.
Baharuddin Zainal dalam kitabnya Ilmu Falak mendefinisikan sebagai salah
satu cabang ilmu sains tabi’i yang mengkaji perjalanan badan-badan
cakerawala seperti bumi, bulan, matahari dan bintang-bintang. Abdul
Rahman Hussain dalam penulisannya Pengenalan Ilmu Falak juga menyatakan
ilmu ini bererti kajian saintifik tentang bintang, matahari, bulan dan planet
yang terdapat dalam alam semesta.

3
Apabila dilihat dari definisi-definisi yang dikemukakan oleh ahli falak dapatlah
dibuat kesimpulan mengenai definisi ilmu falak atau ilmu astronomi sebagai
“ilmu yang mempelajari secara empirikal (terperinci) melalui kajian saintifik
ke atas keadaan badan-badan cakerawala yang meliputi seluruh gugusan
bintang dan planet termasuk bulan dan matahari serta bumi dari segi
kedudukan, pergerakan, jarak, dan segala sesuatu yang mempunyai hubung
kait dengan pengetahuan tersebut”.

Zubair bin Umar al-Indunisi telah menyatakan bahawa orang arab


membahagikan ilmu astronomi yang digunakan oleh orang Yunani kepada tiga
(3) bahagian iaitu deskriptif (Wasfi-Sifat), tabi’i dan amali. Falak deskriptif
mengkaji mengenai keadaan jirim-jirim langit dan pergerakan, kemunculan,
cara perjalanan, ketinggian, dan kerendahannya, panjang malam dan
siangserta yang berhubungan dengan bulan, tahun, hilal, gerhana bulan dan
gerhana matahari. Falak tabi’i mengkaji tentang keadaan jirim-jirim tersebut
dari segi dalil mengenai peristiwa-peristiwa dan sebabnya serta kaedah
kajiannya. Falak amali pula mengkaji tentang pengetahuan yang dicapai oleh
kedua-dua bahagian tersebut menggunakan peralatan-peralatan falak seperti
rubu’ al-mujayyab, al-muqantar, jadual hisab zij, pencerap (al-rasd) dan
logaritma.

3.0 Hukum Mempelajari Ilmu Falak

Ilmu falak merupakan ilmu yang dinamik. Segala aktiviti yang menunjukkan
perhubungan manusia dengan manusia dengan alam semesta akan melibatkan
unsur-unsur ilmu falak. Langit bagaikan makmal sains di mana manusia
memerhatikan setiap fenomena langit dan mengambil pengajaran darinya.
Berdasarkan konsep alam ini, dapatlah ilmu ini dikategorikan sebagai ilmu fardhu
kifayah yang membawa maksud kewajipan yang difardhukan ke atas seluruh umat
Islam untuk mempelajari dengan tujuan untuk menegakkan agama Islam. Imam an-
Nawawi pula menyatakan bahawa perlaksanaan fardhu kifayah itu dituntut atau
dikenakan ke atas semua orang Islam yang mukallaf. Apabila seorang atau
sebahagian umat Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu dari
seluruh umat Islam. Al-Imam al-Ghazali telah menyatakan ilmu yang jadi fardhu
kifayah ialah semua ilmu yang diperlukan untuk membangunkan urusan dunia seperti
ilmu perubatan kerana ia adalah suatu keperluan untuk mengekalkan kesihatan
tubuh badan manusia. Begitu juga dengan ilmu perakaunan kerana ia adalah
keperluan di dalam hubungan muamalat, pembahagian wasiat, pewarisan dan
sebagainya. Ilmu-ilmu seperti ini sekiranya sesebuah negeri tidak memilikinya maka
penduduk negeri itu akan berada di dalam kesusahan. Apabila seorang daripada
mereka memilikinya, maka ia sudah memadai dan jatuhlah kefardhuan daripada yang
lain.

4
4.0 Dalil-Dalil dari al-Quran al-Karim

Perkataan Falak yang membawa maksud atau definisi yang telah dijelaskan di atas
telah disebut sebanyak dua (2) kali dalam al-Quran sebagai mana firman Allah s.w.t :

           
    
“(dengan ketentuan Yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan,
dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar
terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.”

(Surah Yaasin : 40)


Dan firman Allah s.w.t :

          
 
“dan Dia lah (Tuhan) Yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan
bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di
angkasa lepas).”

(Surah al-Anbiya’ : 33)

Afzalur Rahman dan Zaki Othman dalam Kitab mereka masing-masing Mausu’atul
Quran telas menjelaskan sebanyak lapan puluh tujuh ayat (87) ayat al-Quran yang
membahaskan tentang ilmu falak. Antaranya menjelaskan tentang kejadian langit dan
bumi serta menegaskan agar manusia sentiasa memerhatikannya. Firman Allah s.w.t :

         
 
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan
siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi
orang-orang Yang berakal”

(Surah Ali Imran : 190)

Begitu juga Allah s.w.t menegaskan juga kepada setiap manusia yang memerhatikan
tentang kejadian alam semesta berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Firman Allah
s.w.t :

           
   
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Perhatikan dan fikirkanlah apa Yang ada di langit
dan di bumi dari Segala kejadian Yang menakjubkan, Yang membuktikan keesaan
5
Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, Segala tanda dan Bukti (yang
menunjukkan kekuasaan Allah), dan Segala Rasul (yang menyampaikan perintah-
perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-
orang Yang tidak menaruh kepercayaan kepadaNya.”

(Surah Yunus : 101)

Penjelasan mengenai bilangan bulan dalam taqwim hijriah sebagaimana firman Allah
s.w.t :

            
          
       
        
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan,
(yang telah ditetapkan) Dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di
antaranya empat bulan Yang dihormati. ketetapan Yang demikian itu ialah ugama
Yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu Dalam bulan-bulan
Yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir
musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan
ketahuilah Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang bertaqwa.”

(Surah at-Taubah : 36)

Dalam al-Quran juga membincangkan mengenai ru’yah al-Hilal (cerapan anak bulan).
Firman Allah s.w.t :

          .... 
“mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak
bulan. katakanlah: (peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu
(urusan dan amalan) manusia, khasnya Ibadat Haji....”
(Surah al-Baqarah : 189)

Anda mungkin juga menyukai