Anda di halaman 1dari 21

KOLEK8 PANTUN

1. Bila siang orang berkabun,


Hari gelap naik ke rumah,
Bial hilang tukang pantun,
Habislah lesap petua amanah.

2. Berpucuk sudah berkuntum sudah,
Tinggal berbuah saja yang belum,
Berpeluk sudah bercium sudah,
Tinggal menikah saja yang belum.

3. Adat orang berjalan malam,
Membawa suluh jadi pedoman,
Adat orang beragama Islam,
Lidah senonoh hati beriman.

4. Di bulan Ramadhan orang berpuasa,
Menahan selera mengekang naIsu,
Orang beriman hidup sentosa,
Kepada Allah tempat bertumpu.

5. Kalau tanduk menjadi gading,
Ambil sirih agak segagang,
Kalau duduk dalam berunding,
Fikiran jernih dada pun lapang.

6. Orang Bandar selalu berbangga,
Kerana mereka ada kelas,
Kasih ibu memang berharga,
Walau setitik tak dapat kubalas.

7. Tanjung Pinang parit pemutus,
Di situ tempat riau lama,
Kasih saying jangan lah putus,
Kalau dapat biarlah lama.




ANAL88 PANTUN
PANTUN 1
Bila siang orang berkebun,
Hari gelap naik ke rumah,
Bila hilang tukang pantun,
Habislah lesap tukang amanah.

1.PEMBAYANG
Pembayang menunjukkan persekitaran tradisional masyarakat orang Melayu iaitu
melakukan aktiviti perkebunan pada waktu siang dan pada sebelah petangnya iaitu pada
wktu matahari terbenam sudah menjadi adat orang melayu untuk berada dalam rumah
masing-masing.

2.MAKSUD PANTUN
Dalam mempertahankan warisan Melayu terutamanya 'pantun, orang Melayu
sepatutnya belajar, mendalami, menghayati, dan mengamalkan warisan budaya Melayu
tersebut. Jika semua orang Melayu sudah tidak berminat akan puisi terutamanya dalam
pantun, maka hilang tatu pupuslah amanah daripada oaring zaman dahulu yang bersusah
payah membina, memupuk, dan memertabatkan warisan tersebut.

3.PERSOALAN
3.1 Sikap orang Melayu yang memandang enteng terhadap warisan budaya Melayu.
Kebanyakan orang Melayu kini terutamanya dalam kalangan ramaja lebih mengagungkan
budaya barat daripada budaya Melayu, contohnya, menyukai lagu-lagu berunsur ganas,
pop, hip hop, dan sebagainya sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai pewaris
bangsa.

3.2 Kepentingan pantun. Pantun melambangkan identitidan budaya orang Melayu. Jika
pantun sudah tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu, maka lenyaplah warisan
nenek moyang kita pada zaman dahulu.

4.BENTUK PANTUN
4.1 baris:
4.1.1 Mempunyai empat baris.
Bila siang orang berkebun, }baris 1
Hari gelap naik ke rumah, }baris 2
Bila hilang tukang pantun, }baris 3
Habislah lesap petua amanah.}baris 4

4.2 Patah perkataan:
4.2.1 Terdapat empat hingga lima patah perkataan.
Bila siang orang berkebun,
1/ 2/ 3/ 4/
4.3 Suku kata;
4.3.1 Terdapat lapan hingga sebelas suku kata.
Bi la si ang o rang ber ke bun,
1/ 2/ 3/ 4/ 5/ 6/ 7/ 8/ 9/

4.4 Rima;
4.4.1 Terikat a,b,a,b.
Bila siang orang berkebun, a,
Hari gelap naik ke rumah, b,
Bila hilang tukang pantun, a,
Habislah lesap petua amanah. b,

5.GAYA BAHASA
5.1. Asonansi.
Pengulangan vokal 'a dalm baris ke dua.
Hari gelap naik ke rumah,

6. NADA PANTUN
6.1 Kerisauan
Pemantun kebimbangan apabila memikirkan tentang ketiadaan pewaris yang akan
mewarisi warisan Melayu itu.

7. NILAI
7.1. Patriotisma
Semangat patriotik atau saying akan bahasa, bangsa, dan budaya sendiri penting bagi
menentukan jat diri seseorang itu.
7.2. Amanah
Sikap amanah sangat penting dalm hidup seseorang. Isi tersirat kepada maksud
pantun tersebut ada menyebut tentang amanah. Kita seharusnya memegang amanah
orang-orang Melayu pada zaman dahulu untuk terus memartabatkan serta
memperkembang warisan Melayu yang sedia ada.

8 PENGAJARAN
Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam usaha memartabatkan serta memperkayakan
warisan Melayu kita khususnya dalm berpantun.


PANTUN 2
Berpucuk sudah berkuntum sudah,
Tinggal berbuah saja yang belum,
Berpeluk sudah bercium sudah,
Tinggal menikah saja yang belum.

1.PEMBAYANG
Pembayang menyebut tentang persekitaran alam sekitar iaitu merujuk kepada sebatang
pohon yang sedang melalui proses untuk berbuah.

2.MAKSUD PANTUN
Pantun tersebut mengisahkan tentang satu pasangan bercinta yang telah melakukan
perbuatan yang dilarang oleh agama Islam. Mereka sebenarnya belum mendirikan rumah
tangga namun telah melakukan perbuatan yang sepatutnya hanya dilakukan oleh suami
isteri atau orang yang sudah sah bernikah.
3.PERSOALAN
3.1. Kurang penghayatan agama. Sikap sesetengah anak muda yang tidak takut akan
balasan Allah sehingga berani melakukan perbuatan di luar batasan agama iaitu
melakukan penzinaan atau persetubuhan tanpa ikatan yang sah.
3.2. Maruah diri yang rendah terutamanya kapada golongan wanita yang sanggup
menggadaikan maruah diri demi kepuasan naIsu semata- mata.
3.3. Pergaulan yang menyalahi adap dan norma masyarakat. Hal ini demikian kerana,
kaum lelaki dan wanita bergaul bebas sehingga larangan dan suruhan agama
tidak dihiraukan.

4. BENTUK PANTUN
4.1 Mempunyai empat baris.
Berpucuk sudah berkuntum sudah, } baris 1
Tinggal berbuah saja yang belum, } baris 2
Berpeluk sudah bercium sudah, } baris 3
Tinggal menikah saja yang belum. } baris 4

4.2. Mempunyai empat hingga lima patah perkataan pada setiap baris.
Berpucuk sudah berkuntum sudah
1 / 2 / 3 / 4 /
Tinggal menikah saja yang belum
1 / 2 / 3 / 4 / 5 /

4.3. Mempunyai sepuluh suku kata pada setiap baris.
Ber pu cuk su dah ber kun tum su dah
1 / 2 / 3 / 4 / 5 / 6 / 7 / 8 / 9 / 10 /

4.4. Rima yang terikat iaitu a,b,a,b.
Berpucuk sudah berkuntum sudah, }a,
Tinggal berbuah aja yang belum, }b,
Berpeluk sudah bercium sudah, }a,
Tinggal menikah saja yang belum. }b.

5. GAYA BAHASA
5.1. Asonansi iaitu pengulangan vokal 'u dalam baris pertama.
Berpucuk sudah berkuntum sudah,

5.2 AnaIora. Perulangan perkataan di awal baris ayat.
Berpucuk sudah berkuntum sudah,
Tinggal berbuah saja yang belum,
Berpeluk sudah bercium sudah,
Tinggal menikah saja yang belum.

6. NADA
Sinis. Pemantun menyindir golongan yang sanggup menggadaikan maruah diri
demi kepentingan naIsu semata-mata.




7.NILAI
7.1 Taubat. Mereka yang melakukan kemungkaran dinasihati bertaubat dan mencari
keredhaan Allah agar di ampunkan dosa.
7.2Bermaruah. Penting untuk seseorang manusia itu untuk mengehadkan batasan
pergaulan dan perbuatan antara lelaki dan perempuan.


8 PENGAJARAN
Kita mestilah menjaga maruah dan kehormatan diri terutamanya bagi golongan wanita.
Sebagai wanita yang beragama Islam,bkita hendaklah hidup berpaksikan agama dan
ditegah daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh menarik perhatian lelaki
kerana golongan wanita boleh menyebabkan bermulanya sebuah kemaksiatan.



PANTUN 3

Adat orang berjalan malam,
Membawa suluh jadi pedoman,
Adat orang beragama Islam,
Lidah senonoh hati beriman.

1.PEMBAYANG
Pembayang merujuk kepada aktiviti manusia iaitu seseorang ingin berjalan malam
mestilah membawa sesuatu yang terang seperti lampu suluh atau pelita kerana pada
waktu malam suasananya gelap.

2. MAKSUD PANTUN
Seseorang yang beragama Islam mestilah memelihara pertuturannya agar hati mereka
menjadi bersih kerana lidah adalah senjata yang boleh merendahkan iman manusia.

3. PERSOALAN
3.1. Kepentingan menjaga lidah. Bercakap kosong akan menyebabkan iman seseorang itu
menjadi lemah kerana mereka akan bercakap perkara yang sia-sia dan mudah
terdedah kepada kegiatan mengumpat atau memIitnah orang lain sehingga boleh
meruntuhkan iman mereka sebagai orang Islam.
3.2. Kepentingan menjaga hati. Hati seseorang manusia yang lemah imannya akan mudah
tergoda akan naIsu keduniaan yang boleh menyesatkan mereka. Oleh itu, mereka
perlulah memelihara hati mereka agar sentiasa mendapat keredhaan Allah.

4. NADA
Nasihat. Pemantun menasihati orang Islam agar menjaga lidah dan hati mereka agar
menjadi hamba Allah yang beriman.

5. BENTUK
5.1 Terdapat empat baris serangkap.
Adat orang berjalan malam, }baris 1
Membawa suluh jadi pedoman, }baris 2
Adat orang beragama Islam, }baris 3
Lidah senonoh hati beriman. }baris 4

5.2 Terdapat empat patah perkataan pada setiap baris.
Adat orang berjalan malam,
1 / 2 / 3 / 4 /

5.3 Terdapat sembilan hingga sepuluh suku kata dalam setiap baris.
A dat o rang ber ja lan ma lam,
1/ 2 / 3 / 4 / 5 / 6 / 7 / 8 / 9 /
Li dah se no noh ha ti ber i man
1/ 2 / 3/ 4 / 5 / 6/ 7/ 8/ 9/ 10/

5.4 Rima pantun rangkap pantun tersebut ialah a,b,a,b.
Adat orang berjalan malam, a,
Membawa suluh jadi pedoman, b,
Adat orang beragaama Islam, a,
Lidah senonoh hati beriman. b.


6. GAYA BAHASA
6.1 Asonansi. Pengulangan vokal 'a dalam baris pertama.
Adat orang berjalan malam

6.2 AnaIora. Pengulangan perkataan di awal baris ayat.
Adat orang berjalan malam,
Membawa suluh jadi pedoman,
Adat orang beragaama Islam,
Lidah senonoh hati beriman.



7.NILAI
7.1 Bertanggungjawab. Tanggungjawab orang Islam untuk menjaga lidah dan
masing- masing agar tidak terpesong daripada landasan agama Islam yang sebenar.

7.2 Beriman. Seseorang yang beriaman kepada Allah akan sentiasa disayangi oleh
Allah.

8.PENGAJARAN
Kita mestilah mencari keredhaan Ilahi dan meninggalkan segala perbuatan keji
seperti mengumpat dan memIitnah supaya hidup kita lebih diberkati dan dirahmati Allah.
Oleh itu, kita hendaklah menjaga lidah dan hati kita agar mampu menjadi seorang hamba
Allah yang beriman.


PANTUN 4

Di bulan Ramadhan orang puasa,
Menahan selera mengekang naIsu,
Orang beriman hidup sentosa,
Kepada Allah tempat bertumpu.

1.PEMBAYANG
Pembayang merujuk kepada kewajipan orang Islam yang wajib berpuasa pada bulan
Ramadhan iaitu terpakasa menahan naIsu makan dan minum demi mencari keredhaan
Ilahi.

2. MAKSUD PANTUN
Pemantun menyatakan bahawa setiap orang yang beriman akan menjalani hidup yang
aman dan sentosa kerana Allah menjadi tumpuan utama dalam melakukan apa jua
pekerjaan. Apabila Allah menjadi keutamaan dalam hidup, seseorang itu akan menjadi
lebih tenang walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang mendatang.

3. PERSOALAN
3.1. Kepentingan beriman kepada Allah. Manusia yang beriman kepada Allah tidak akan
melakukan perkara yang dilarang oleh agama. Sebaliknya mereka akan berusaha
untuk melakukan perlkara-perkara yang boleh mengeratkan hubungan antara dirinya
dengan Allah contohnya memperbanyakkan ibadat-ibadat sunat.

3.2. Kelalaian manusia dalam melaksanakan tanggungjawab kepada Allah.
Kini,kebanyakkan orang Islam terutamanya dalam kalangan remaja sudah lagi tidak
menitikberatkan soal agama,malah mereka lebih terpengaruh dengan budaya-budaya
yang bertentangan dengan ajaran Islam sehingga boleh melalaikan mereka daripada
melaksanakan suruhan Allah.

4.BENTUK PANTUN
4.1. Mempunyai empat baris dalam satu rangkap.
Di bulan Ramadhan orang puasa, } baris 1
Menahan selera mengekang naIsu, } baris 2
Orang beriman hidup sentosa, } baris 3
Kepada Allah tempat bertumpu, } baris 4

4.2.Terdapat empat hingga lima patah perkataan dalam setiap rangkap
Menahan selera mengekang naIsu
1 / 2 / 3 / 4 /
Di bulan Ramadhan orang puasa
1 / 2 / 3 / 4 / 5 /

4.3. Terdapat sepuluh hingga sebelas suku kata setiap rangkap
O rang ber i man hi dup sen to sa
1 / 2 / 3/ 4/ 5/ 6/ 7/ 8 / 9/10/
Di bu lan Ra ma dhan o rang ber pu asa
1/ 2/ 3/ 4/ 5/ 6 / 7/ 8 / 9/ 10/ 11/

4.4. Rima terikat kepada a,b,a,b.
Di bulan Ramadhan orang puasa, a
Menahan selera mengekang naIsu, b
Orang beriman hidup sentosa, a
Kepada Allah tempat tertumpu b

5.NADA
Nasihat. Pemantun menasihati orang Islam agar sentiasa beriman kepada Allah diksinya
yang lembut tetapi lebih bersiIat mengingatkan.

6.GAYA BAHASA
6.1. Asonanasi. Pengulangan vokal 'a dalam baris pertama
Di bulan Ramadhan orang puasa

6.2 Aliterasi. Pengulangan huruI konsonen 'p dalam baris ke empat.
Kepada Allah tempat bertumpu.

7.NILAI
7.1. Keimanan. Manusia perlu beriman kepada Allah agar hidupnya akan sentiasa aman
dan sentosa.
7.2. Keamanan dan kedamaian. Masyarakat perlu memelihara keamanan sesama manusia
kerana perkara tersebut adalah suruha daripada Allah.
7.3.Bersyukur. Sebagai seorang manusia,kita seharusnya bersyukur dengan apa sahaja
yang kita perolehi dan perlu yakin bahawa ada hikmah di sebalik ujian yang Allah.

8.PENGAJARAN
8.1. Kita haruslah beriman kepada Allah agar hidup sentiasa diberkati dan dirahmati.
8.2. Kita seharusnya memperbanyak amal ibadat agar diri kita sentiasa berada dekat
dengan Allah serta berasa takut untuk melakukan perkara-perkara mungkar.


PANTUN 5

Kalau tanduk menjadi gading,
Ambil sirih agak segagang,
Kalau duduk dalam berunding,
Fikiran jernih dada pun lapang.
1.PEMBAYANG
Pembayang pada baris satu merujuk kepada siIat alam semulajadi iaitu anggota badan
haiwan 'tanduk dan gading manakala pembayang pada baris kedua merujuk kepada
tumbuh-tumbuhan iaitu 'sirih.
2.MAKSUD PANTUN
Pemantun menyatakan bahawa sesuatu perbincangan itu akan menjadi mudah dan
berjalan dengan lancar apabila dirunding dengan cara yang betul dan berhemah serta
saling bertolak ansur. Segala kekusutan yang dialami akan terungkai serta akan
menjernihkan Iikiran dan melapangkan dada yang sedang berserabut.

3.PERSOALAN

3.1 Kepentingan berunding dengan cara berhemah. Hal ini demikian akan memudahkan
proses persepakatan akan berlaku antara perunding.

3.2 Sikap tidak bertolak ansur dalam kehidupan. Hal ini demikian akan menyebabkan
perpecahan dalam masyarakat sering berlaku.

4. BENTUK PANTUN

4.1 Mempunyai empat baris dalam serangkap.

Kalau tanduk menjadi gading, }baris 1
Ambil sirih agak segagang, }baris 2
Kalau duduk dalam berunding, }baris 3
Fikiran jernih dada pun lapang . }baris 4
4.2 Terdapat empat hingga lima patah perkataan dalam setiap baris.
Kalau tanduk menjadi gading,
1 / 2 / 3 / 4 /
Fikiran jernih dada pun lapang
1 / 2 / 3 / 4 / 5 /
4.3 Terdapat sembilan hingga sepuluh suku kata dalam setiap baris.
Ka lau tan duk men ja di ga ding,
1 / 2 / 3 / 4 / 5 / 6 / 7 / 8 / 9 /
Fi ki ran jer nih da da pun la pang.
1/ 2/ 3 / 4 / 5 / 6 / 7 / 8 / 9 / 10 /
4.4 Rima akhirnya adalah terikat iaitu a,b,a,b.
Kalau tanduk menjadi gading, }a,
Ambil sirih agak segagang, }b,
Kalau duduk dalam berunding, }a,
Fikiran jernih dada pun lapang . }b.
5.NADA
Berunsur nasihat. Pemantun menasihati masyarakat agar sentiasa duduk berbincang bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi agar mudah diselesaikan.




6.GAYA BAHASA

6.1 Asonansi. Pengulangan vokal 'a dalam baris pertama.
Kalau tanduk menjadi gading,

6.2 Hiperbola. Perbandingan melampau-lampau oleh penulis dalam karya.
Kalau tanduk menjadi gading,

6.3 Aliterasi. Pengulangan konsonen secara berurutan atau berulang.
Fikiran jernih dada pun lapang.


7.NILAI

7.1 Toleransi. Sikap tersebut akan memudahkan hubungan baik antara masyarakat.

7.2 MuaIakat. MuaIakat merujuk kepada sikap masyarakat yang boleh duduk berbincang
mengenai sesuatu perkara dan boleh bersama-sama menyokong kata putus sesuatu
keputusan. Hal ini demikian merupakan sesuatu yang patut diamalkan oleh
masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

8,PENGAJARAN

Masyarakat seharusnya saling bertolak ansur dan bekerjasama dalam melakukan sesuatu
perkara agar masalah bertentangan pendapat dapat dielakkan serta diselesaikan dengan
baik sekaligus mewujudkan keamanan masyarakat itu sendiri.


PANTUN 6

Orang Bandar selalu berbangga,
Kerana mereka ada kelas,
Kasih ibu memang berharga,
Walau setitik tak dapat kubalas.
1.PEMBAYANG

Pemantun merujuk pembayang kepada sikap dan taraI sosial antara orang yang tinggal
di kampung dengan orang yang tinggal di bandar.


2.MAKSUD PANTUN

Pemantun menyatakan bahawa besar dan tulusnya kasih seorang ibu itu hingga
tidak dapat dibeli dengan apa jua sekalipun walaupun dengan wang ringgit. Anak-anak
tidak akan mampu membalas jasa seorang ibu walaupun jasanya hanya diibaratkan setitis
air kerana kasih saying ibu tidak ternilai harganya walauoun hanya sekecil zarah.

3. PERSOALAN

3.1 Kepentingan seorang ibu. Hanya ibu yang mampu memberikan kasih sayang dan
perhatian yang begitu mendalam dan begitu berharga buat seorang anak. Tanpa
kehadiran seorang ibu,hidup kita tidak akan bermakna, tambahan pula, syurga
seorang anak itu reletak di bawah kaki ibu.

3.2 Tidak lupa akan jasa ibu. Seorang anak yang baik akn sentiasa mengenang jasa
ibunya dan sentiasa berusaha untuk menyenangkan hati ibu masing- masing.

4. BENTUK PANTUN

4.1 Mempunyai empat baris dalam satu rangkap.
Orang Bandar selalu berbangga, }baris 1
Kerana mereka ada kelas, }baris 2
Kasih ibu memang berharga, }baris 3
Walau setitik tak dapat kubalas. }baris 4
4.2 Terdapat empat hingga lima patah perkataan setiap baris.
Orang bandar selalu berbangga,
1 / 2 / 3 / 4 /
Walau setitik tak dapat kubalas
1 / 2 / 3 / 4 / 5 /
4.3 Terdapat sembilan hingga sebelas suku kata dalam setiap baris.
Ka sih i bu me mang ber har ga,
1/ 2 / 3/4/ 5 / 6 / 7 / 8 / 9 /
Wa lau se ti tik tak da pat ku ba las.
1/ 2 / 3/ 4/ 5/ 6 / 7 / 8 / 9/ 10/11/


4.4 Rima akhirnya terikat iaitu a,b,a,b.
Orang Bandar selalu berbangga, }a,
Kerana mereka ada kelas, }b,
Kasih ibu memang berharga, }a,
Walau setitik tak dapat kubalas. }b.
5. NADA
Peringatan. Pemantun mengingatkan anak-anak agar menghargai jasa ibu kerana
jasa ibu tiada nilainya.


6. GAYA BAHASA

6.1 Asonansi. Pengulangan vokal 'e dalam baris ke dua.

Kerana mereka ada kelas,

6.2 Aliterasi. Pengulangan huruI konsonen 'k dalam baris ke dua.

Kerana mereka ada kelas,

6.3 SinkoI. SinkoI adalah pemendekan kata atau proses pengguguran huruI atau suku kata
contohnya perkataan 'tak dalam baris ke empat.
Walau setitik tak dapat ku balas.
7.NILAI

7.1 Mengenang budi. Anak yang baik ialah anak yang sntiasa mengenang dan
menghargai jasa ibunya.

7.2 Bertanggungjawab. Seorang anak sepatutnya bertanggungjawab menjaga
kebajikan ibu bapa serta menyayangi mereka apabila nereka sudah tua sebagai
tanda membalas budi ibu bapa yang bersusah payah menjaga kita sejak kita lahir
lagi.

7.3Bersyukur. Setiap manusia mestilah bersyukur dikurniakan seorang ibu dalam
hidupnya walaupun ibu membesarkan kita dalam serba kekurangan dan haruslah kita
menghargai ibu kita sebaiknya selagi mereka masih hidup.


8.PENGAJARAN

Janganlah kita mengabaikan ibu bapa kita selagi mereka masih hidup kerana mereka telah
bersusah payah menjaga kita sejak kita lahir lagi. Oleh itu, setiap anak perlu menjaga
mereka semasa hayat mereka atau sentiasa berdoa untuk kesejahteraan mereka di dunia
serta di akhirat.
PANTUN 8
Tanjung Pinang parit pemutus,
Di situ tempat riau lama,
Kasih saying jangan lah putus,
Kalau dapat biarlah lama.

1.PEMBAYANG
Pemantun menunjukkan asal usul sebuah tempat iaitu Tanjung Pinang di Indonesia.

2.MAKSUD PANTUN
Pemantun berharap kasih sayang yang sedia terjalin antara insan haruslah berpanjangan
dan tiada titik noktah. Kasih sayang yang tulus bukan mudah untuk diperoleh. Oleh itu,
kita haruslah memelihara kasih sayang tersebut agar berkekalan hingga kepada akhir
hayat.

3.PERSOALAN
3.1 Kepentingan kasih sayang antara insan. Hal ini demikian bagi mengelakkan
permusuhan dan perpecahan berlaku antara masyarakat. Kasih sayang yang wujud
akan mewujudkan suasana yang harmoni dalam masyarakat.

3.2 Penyalahgunaan kasih sayang antara lelaki dan perempuan. Pasangan bercinta
akan mengekspresikan kasih sayang mereka dalam bentuk yang salah iaitu dengan
melakukan perkara yang dilarang oleh agama. Kasih sayang tersebut tidak akan
bertahan lama kerana tiada unsur keikhlasan dalam berkasih sayang dan hanya
bertuankan naIsu semata-mata.

4.BENTUK PANTUN

4.1 Mempunyai empat baris dalam satu rangkap.
Tanjung Pinang parit pemutus, }baris 1
Di situ tempat riau lama, }baris 2
Kasih saying jangan lah putus, }baris 3
Kalau dapat biarlah lama. }baris 4

4.2 Terdapat empat patah perkataan pada setiap baris.
Tanjung Pinang parit pemutus,
1 / 2 / 3 / 4 /

4.3 Terdapat sembilan suku kata dalam setiap baris.
Tan jung Pi nang pa rit pe mu tus,
1 / 2 / 3 / 4 / 5 / 6/ 7/ 8 / 9 /

4.4 rima akhirnya adalah terikat kepada bentuk a,b,a,b.
Tanjung Pinang parit pemutus, }a,
Di situ tempat riau lama, }b,
Kasih sayang jangan lah putus, }a,
Kalau dapat biarlah lama. }b.


5. NADA
Nasihat. Pemantun menasihati masyarakat supaya ikhlas dalam berkasih sayang
dan berharap biarlah bertahan lama. Pemantun menasihati dengan cara lembut namun
penuh dengan emosi yang menunjukkan harapan.


6. GAYA BAHASA
6.1 Asonansi. Pengulangan vokal 'adalam baris ke empat,
Kala dapat biarlah lama.

6.2 Aliterasi. Pengulangan huruI konsonen 'p dalam baris pertama.
Tanjung Pinang parit pemutus,

7.NILAI
7.1. Kasih sayang. Kasih sayang antara insan sangat digalakkan dalam Islam kerana
boleh mengeratkan hubungan silaturrahim serta mewujudkan keharmonian dalam
kalangan masyarakat.
7.2. Keikhlasan. Ikhlas dalam sesuatu perhubungan akan membawa kepada kasih sayang
yang berkekalan.

8.PENGAJARAN
8.1. Kita mestilah menjaga hubungan baik antara manusia supaya ukhuwah yang terjalin
tidak akan terputus.
8.2. Kita janganlah bersikap penting diri sendiri kerana sikap ini boleh menyebabkan
sesebuah hubungan baik yang sedia terjalin akan terputus begitu sahaja.



ODATA PEMANTUN

NAMA : Mohd Baharim Bin M. SyariII
NAMA PANGGILAN : Pak Baharim
UMUR : 67 Tahun
ASAL : KG. Bertam Ulu, Melaka.
BILANGAN ANAK : 5 Orang
PENCAPAIAN : 1. Juara Kebangsaan Dondang Sayang Malaysia (1988)
2. Bintang Khidmat Terpuji (2000)
3. Tokoh Dondang Sayang (2004)
4. Karyawan Seni (2006) Malaysia (1988)
SEJARAH PENGLIBATAN DALAM PANTUN : Pak Baharim mula berkecimpung dalam
dunia pantun ketika berumur 22 tahun.
Beliau menggunakan pantun sebagai asas
untuk melibatkan diri dengan Dondang
Sayang. Minat untuk menyertai Dondang
Sayang telah didorong oleh datuk beliau
sendiri. Bapa beliau sendiri merupakan
seorang penggesek biola.

REAKSI TENTANG TEMASYA PANTUN:
1. Temasya pantun yang diadakan tersebut sangat bagus kerana dengan adanya
pertandingan yang dibuat, sekurang-kurangnya kita berusaha menghalang pantun
warisan Melayu tersebut daripada terkubur dan lenyap ditelam zaman.

2. Temasya tersebut juga dapat mengeratkan hubungan antara dua negara yang terlibat
iaitu antara Malaysia dan Indonesia. Beliau juga berharap, pada temasya yang akan
datang, lebih banyak penyertaan daripada rumpun Melayu lain yang melibatkan diri
seperti Brunei, Singapura, Thailand dan banyak lagi.

3. Beliau juga berharap semoga lebih banyak penyertaan daripada generasi baru untuk
menjadi pelapis kepada generasi lama agar warisan Melayu tersebut tidak terhapus
dan akan terus berkembang pada suatu hari nanti.
PENGENALAN
Mengikut Kamus Dewan edisi ke empat(2005),pantun ialah sejenis puisi lama yang biasanya
terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap. Pantun tergolong dalam puisi lama Melayu
dan Indonesia yang membuktikan keperihatinan masyarakaat silam terhadap alam dn budaya
hidup serta kehalusan budi jika menurut Saidatul Nornis Hj. Mahali(2007) . Menurut Dr. Pendeta
Za`ba, makna asal perkataan pantun` ialah seperti` atau umpama` kemudian dipakai dengan
makna perumpamaan. Manakala menurut Ahmad Babji pula, pantun terjadi daripada beberapa
kerat ayat yang disusun mengikut bunyi.
Pantun biasanya terdiri daripada pantun 2 kerat, 4 kerat, 6 kerat, 8 kerat,10 kerat, dan 12
kerat. Pantun yang biasa masyarakat gunakan ialah pantun empat kerat. Dalm pantun 4 kerat, 2
baris pertama merupakan pembayang, manakala 2 baris terakhir merupakan maksud bagi pantun
tersebut. Rima pantun adalah terikat iaitu a,b,a,b. dalam menghasilkan pantun yang baik,
pembayang sesebuah pantun itu itu mestilah berkaitan antara baris pertama dan baris ke dua.
Setipa baris pula mestilah mempunya 8 hingga 10 suku kata serta mestilah mengikut tema yang
telah ditetapkan.
Pantun itu berIungsi di semua lapisan masyarakat umur manusia iaitu kanak-kanak, anak
muda, orang dewasa, orang tua , lelaki dan perempuan dan berlaku dalam segala lapangan hidup
(kalangan petani, nelayan, usahawan, pendidik, dan sebagainya) yang menggunakan bahasa,
malah jika kita perhatikan kehidupan pada zaman purba, dalam berperang dan dalam
perkelahianpun masih sempat mereka berpantun. Hal ini demikian membuktikan bahawa bahasa
itu sangat indah. Dalam kegiatan upacara-upacara bermajlis seperti meminang, menyambut
pengantin , menyambut tetamu agung dan majlis tahniah, pantun selalu digunakan orang sebagai
pemanis pembukaan dan penutup sesebuah majlis.









KE8MPULAN
Jelaslah bahawa pantun merupakan salah satu warisan budaya Melayu yang begitu indah dan
unik. Tidak hairanlah mengapa ada pengkaji barat yang sanggup mengkaji tentang warisan
Melayu ini. sebagai pewaris bangsa, seboleh-bolehnya kita perlu berusaha memartabatkan serta
mengamalkan budaya berpantun dalam kehidupan harian bagi mendedahkan kepada bangsa lain
bahawasanya masyarakat Melayu mempunyai nilai dan kehalusan budi yang tinggi melalui
pantun tersebut. Kita juga harus berbangga kerana pantun hanya wujud dan merupakan satu-
satunya warisan Melayu yang tidak ada pada kebudayaan bangsa lain.


















BMS 3013 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU


TOKOH PANTUN DAN KOLEKSI PANTUN
OLEH :
NOR MASRINA BINTI MASRI
D20111047497


NAMA PENSYARAH : PROF DATUK DR HJ ABDUL LATIFF BIN ABU
BAKAR
PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA
MELAYU
FAKULTI : BAHASA DAN KOMUNIKASI
MASA : SEMESTER 1

Anda mungkin juga menyukai