Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KONSEP MODEL HOLISTIK ELEARNING

Siti Rosni Bt Mohamad Yusoff, Haslina Bt Hassan, Dr. Nor Azan Mat Zin IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur , IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur , Universiti Kebangsaan Malaysia hjhctrosni@gmail.com, linalizan@yahoo.com, azan@ftsm.ukm.my

Abstrak
This concept paper highlights elearning models of different perspectives. Earlier elearning models focuses on providing education for training and lifelong education. Current trend of self direct learning through the internet not only welcomes positive feedback but also many unethical behaviour. Elearning models that are dynamic could uphold and cater new learning needs of students and stakeholders. Selecting an equrate model as base to develope a learning programme for self development or to support current learning technique is crucial as the outcome of a programme will reflect on the choices of the working models. Literature on holistic education based on the Philosophy of Malaysian Education are also mention. Finally selected characteristics from the discussed models and the gist of holistic education model are integrated in the proposed model of holistic elearning. Kata Kunci : elearning, holistic education, web application, CSCL, CSCW,Falsafah Pendidikan Negara

Pengenalan Kertas konsep ini mengumpulkan beberapa model elearning mengikut perspektif pembinaannya. Perspektif utama adalah dibidang latihan pekerjaan dan pembelajaran sepanjang hayat. Persektif baru yang berpotensi dikembangkan adalah model elearning yang menyokong pembelajaran pelajar secara kolaborasi, mudah bina serta mudah guna berasaskan web dan berpusatkan pelajar. Menurut Richardson (2009) perkembangan teknologi dalam read/write web mempunyai potensi mengubah cara mendidik pelajar melampaui pembelajaran dalam bilik darjah. Pelajar kini memperolehi maklumat digital dan menggunakan teknologi dengan bimbingan minimum atau tiada langsung bimbingan daripada orang dewasa. Pendapat ini disokong oleh kajian Siti (2010) yang mendapati pelajar peringkat ijazah pertama Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (Bed. TESL) dapat menggunakan teknologi internet dengan baik, berkeupayaan untuk berkolaborasi dan mencari bahan pembelajaran sendiri. Namun tidak dapat menunjukkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam aktiviti kolaborasi dan tidak inovatif dalam membina bahan media dalam blog pengajaran dan pembelajaran yang dibina oleh mereka. Cabaran guru pada masa kini adalah membina persekitaran yang boleh membantu pelajar menghadapi proses pembelajaran gaya baru ini (Richardson, 2009) dan mengambil kesempatan perkhidmatan percuma serta pelbagai kemudahan yang menyokong

pembelajaran melalui internet (West & West, 2009). Motivasi kajian literatur ini adalah untuk merangka sebuah model holistik elearning yang dapat mendasari pembinaan sesebuah program pembelajaran yang menyokong kaedah pembelajaran sedia ada, memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Negara Malaysia (FPNM) dan mudah suai dengan perubahan semasa. Pengguna elearning merujuk kepada pelajar, guru, pembangun dan stakeholders. Model elearning pendekatan latihan dalam organisasi Model ini juga menggunapakai istilah lain seperti e-training, e-performance, computer based training dan instructional technology yang merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh organisasi untuk melatih tenaga kerja dalam kemahiran yang yang khusus (Kwisnek, 2005). Rosenberg (2001) mengumpulkan strategi elearning kearah pembinaan organisasi yang berpengetahuan dan bermotifkan keuntungan daripada pengetahuan. Menurut beliau, elearning adalah jambatan antara pekerjaan dan pembelajaran dimana kecemerlangannya bergantung kepada 4C iaitu Budaya (culture), Juara (Champions), Komunikasi (Communication) dan Perubahan (Change). Program elearning untuk sektor korperat merupakan sebahagian perancangan dalam perniagaan selain membantu pekerja meningkatkan prestasi mereka (Lewis & Whitlock, 2003). Menurut Kwisnek (2005)

Prosiding Seminar Internasional Teknologi Informasi dan Pendidikan, Fakultas Teknik, Universiti Negeri Padang, Sumatera, 29 Januari 2011, 583-590

kejayaan elearning dalam organisasi bukan terletak pada kecanggihan teknologi pengurusan pembelajaran tetapi bagaimana ia boleh menyampaikan isi pelajaran dengan mudah dalam masa yang singkat. Pendekatan ini bersifat strategik, tempoh masa jangka pendek dan selaras dengan misi organisasi. Model elearning pendekatan pengurusan pembelajaran Model ini banyak diterapkan dalam program elearning sebagai platform pendidikan sepanjang hayat. Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) di kebanyakan universiti menggunakan model ini. Komponen bantuan teknikal dan sistem pengurusan amat tinggi manakala guru hanya menguruskan proses pembelajaran pelajar. Model E-moderator oleh Salmon, (2000) membincangkan peranan Computer Mediated Conferencing (CMC) mewakili pendekatan ini. Lima peringkat yang disyorkan adalah pertama- akses dan motivasi, kedua-sosialisasi atas talian, ketiga-pertukaran maklumat, keempat-pembinaan maklumat dan kelima-pembangunan. Model ini memberi panduan kepada guru selaku moderatur untuk membimbing pelajar dalam talian dan seterusnya penguruskan pembelajaran elearning. Pendekatan ini adalah bersifat tempoh jangka sederhana dan panjang bergantung kepada keupayaan serta matlamat pengguna iaitu pelajar sendiri menamatkan pengajian mereka. Sebuah lagi model yang berada dalam spektrum LMS adalah Learning Content Management System (LCMS). LCMS lebih kos efektif kerana menggunakan sumber terbuka dengan bayaran minimum untuk rangkaian seperti aplikasi Moodle, ia juga memerlukan bantuan teknikal sebagai pengurus sistem. Model ini sesuai untuk pengurusan bilik darjah dan pangkalan data bahan pengajaran. Aplikasi web 2.0 seperti Wiki menggunapakai konsep ini dimana ilmu akan dibina secara progresif melalui penambahan oleh pengguna. Model pendekatan kolaborasi Keupayaan sebuah komputer menghantar maklumat ke komputer lain melalui rangkaian menjadi inisiatif kepada pembinaan model kolaborasi pembelajaran. Model kolaborasi berbantukan komputer bermula seawal 1991 dengan pengenalan Computer Support Cooperative Work (CSCW) yang

memberi fokus kepada penghasilan produk oleh kumpulan. Ia dikuti oleh model Computer Support Collaborative Learning (CSCL) yang memberi fokus kepada interaksi kumpulan. Lipponen (2001) merujuk model Computer Support Collaborative Learning (CSCL) sebagai pembelajaran kolaborasi berbantukan komputer yang boleh meningkatkan interaksi sesama rakan dalam kumpulan. Ia juga bermanfaat untuk berkongsi serta mengedarkan pengetahuan dalam kumpulan pakar. Koschmann (2002) mendefinisikan CSCL sebagai satu bidang yang berpusat kepada praktis yang memberi makna dalam konteks aktiviti bersama dan dilaksanakan dalam sebuah artifak yang direkabentuk dengan khusus. Roberts (2004) mengumpulkan teori kolaborasi atas talian untuk menyokong dasar pembelajaran kolaborasi atas talian. Model kolaborasi pembelajaran bersama ini memberi impak yang positif keatas pembangunan kemahiran berfikir, membina pengetahuan dan makna , membuat refleksi dan menjadi traformasi dalam pendidikan ( Palloff & Pratt, 2005). Model penilaian elearning Penilaian melibatkan konsep kebolehpercayaan dan keesahan serta bagaimana konstruk ini boleh diukur (Markam & Hurst, 2009). Hakkarainen et. al 2007 dalam Hakkarainen, Saarelainen, & Ruokamo (2009) telah membangunkan sebuah model penilaian Teaching and Meaningful Learning (TML) yang mengukur secara penilaian formatif sebanyak 17 ciri proses dan hasil pembelajaran yang meliputi domain kemahiran generik serta domain khusus. Tucker, Fermelis & Palmer (2009) membangunkan penilaian kendiri dan penilaian rakan iaitu Self Assessment dan Peer Assessment Continous Assessment (SAPCO) sebagai satu sistem sokongan penilaian untuk elearning menjelaskan bilangan pelajar dalam program elearning mempengaruhi kaedah penilaian dilakukan. Penilaian kendiri melibatkan pelajar serta rakan terbahagi kepada tiga kaedah iaitu kualitatif, kuantitatif dan am. Jika pelajar ramai, kaedah kuantitatif adalah lebih sesuai kerana kemudahan sistem dapat membantu pengiraan, manakala pelajar yang sedikit boleh menggunakan kaedah kuantitatif seperti menulis esei. Kaedah am adalah penilaian yang dilaksanakan oleh guru sahaja.

Model elearning pendekatan pengguna Model ini diperlukan pada masa kini kerana kebanyakan aplikasi internet kini menjurus ke arah aplikasi yang mesra pengguna dimana pengguna menentukan keperluan dan memilih platform pembelajaran mengikut kehendak mereka sendiri dari segi kemampuan ekonomi, sosio-budaya dan keperluan semasa. Ciri-ciri aplikasi elearning telah banyak digunapakai dalam aplikasi sosial sehingga epistemologi elearning dikategorikan dalam web 1.0 dan aplikasi social networking-learning dalam kategori web 2.0. Aplikasi web 2.0 ini lebih mesra pengguna dan serasi dengan teori sosial konstruktivisma dimana pengguna belajar sendiri daripada rakan sesawang dalam membina pengalaman hidup mereka. Menurut John & Wheeler (2009) aplikasi sumber terbuka memperkenalkan model pembelajaran peer to peer dengan menggunakan web-logs (blog), wiki, Myspace, Flickr dan Facebook untuk berkongsi gambar malah berinteraksi di luar waktu pembelajaran biasa. Kaedah ini tidak menggunapakai struktur pembelajaran elearning yang formal, merupakan sokongan kepada pembelajaran luar darjah, bantuan rakan dan menonjolkan kemahiran teknologi multitasking pengguna. Namun menurut Hiltz & Goldman (2005) jika seorang pengguna telah mula menggunakan internet untuk menghantar bahan kursus atau maklumat berkaitan bermaksud beliau telah memulakan langkah pertama sebagai pengguna berpotensi dalam pembelajaran atas talian. Lewis & Whitlock (2003) memberi penekanan keatas keperluan pengguna semasa perancangan model. Ia mengemukakan satu model yang membolehkan elearning menjadi sebahagian atau keseluruhan kaedah mengajar. Pendekatan generik digunakan supaya pemilihan media penghantaran dan kaedah pembelajaran lebih meluas. Model ini bermula dari pelajar dan setiap peringkat boleh timbalbalik ke peringkat-peringkat lain. Pendekatan ini menekankan kepentingan memenuhi keperluan pelajar dahulu seperti kebolehan fizikal, keupayaan pengguna dan jumlah pelajar. Waterhouse (2005) juga memulakan pembinaan model dari penelitian keatas keperluan pengguna apabila mengadaptasi model ADDIE dan model Dick & Carey untuk

membina model VPPODDDA atau Visi, Profil, Objektif, rekabentuk, Pembangunan, Penyampaian dan Penilaian. Model ini digunakan oleh guru merangkap instruktur pembelajaran untuk membuat penambahbaikan daripada teknik pengajaran tradisional kepada kaedah atas talian. Model ini terbahagi kepada VPPODD sebagai peringkat perancangan elearning dan DA sebagai peringkat pelaksanaan. Beliau mencadangkan agar instruktur menggunakan sepenuhnya kemudahan aplikasi web dengan mempelbagaikan aktiviti berpusatkan pelajar seperti mencari bahan, pembinaan projek dan kolaborasi pasukan. Jadual 1, dibawah membuat rumusan perbandingan ciri-ciri utama model elearning berdasarkan perbandingan dalam literatur seperti yang dibincangkan diatas. Kesesuaian ciri-ciri akan menjadi faktor pemilihan sesebuah model sebagai dasar program elearning yang akan dibangunkan.

Jadual 1. Perbandingan ciri-ciri utama dalam model-model elearning Konsep holistik dalam pendidikan Mengikut pengistilahan umum, istilah holistik kerap digunapakai untuk dua pendekatan iaitu pendekatan keagamaan menggunakan definisi kata akar holy atau suci (Kamus Dewan, 1991) dan kedua, pendekatan yang membawa maksud keseluruhan ( menggunapakai kata akar holosdari bahasa Greek atau Holism dari bahasa Inggeris yang membawa maksud keseluruhan, semua, atau bahagian yang tidak boleh dipisah-pisahkan ( Merriam Webster, 2011)

Maksud holistik dari pendekatan keseluruhan menurut Eldredge (1995) akan menjadi bidang falsafah dan bukannya sebuah pembinaan program. Keseluruhan boleh dilihat dari pelbagai aspek seperti penggenapan melalui contoh kaedah mempelajari bahasa haruslah dari kedua-dua kaedah bertulis dan bertutur. Keseluruhan juga boleh bermaksud menjalankan kesemua aspek pembelajaran secara serentak dengan tidak mengasingkannya seperti mengajar membaca, menulis, mengeja dan menulis tangan. Habsah & Aminuddin (2009) memberikan panduan pendidikan holistik secara keseluruhan dengan menggunakan kata kunci utama iaitu integrasi untuk menghuraikan lima aspek. Lima-lima aspek tersebut adalah integrasi pengetahuan, kemahiran, nilai dan bahasa dalam pembelajaran, integrasi pengalaman pembelajaran dalam matapelajaran di sekolah, integrasi teori dan praktikal dalam pengajaran matapelajaran, integrasi pengalaman dalam dan luar darjah serta integrasi strategi mengajar dan belajar. Penulisan tentang holistik keagamaan menuntut penerapan nilai dalam proses membina ilmu agar diberkati dan batasan kepada perlakuan songsang. Ilmu adalah salah satu rahmat Pencipta kepada insan. Al Attas (1990) dalam Habsah & Aminuddin (2009) merangkumkan maksud seorang insan sebagai mempunyai dua alam iaitu jasmani dan roh dan kedua-duanya bersepadu. Maka ilmu yang perlu dicari seharusnya untuk memenuhi input kepada dua keperluan jasmani dan rohani (roh). Wan Zahid (1993) dalam Habsah & Aminuddin (2009) menyarankan kurikulum yang holistik harus dapat memenuhi keperluan pendidikan dalam tiga aspek utama iaitu mengetahui kepentingan prinsip metafizik dalam agama sebagai penjelasan hubungan manusia dengan Pencipta, memiliki ilmu pengetahuan dalam bidang sains kemanusiaan untuk perhubungan sosial dan mempunyai kepakaran sains fizikal untuk membolehkannya menyesuaikan diri dengan alam kehidupannya. Kajian oleh Rohana dan Kamarudzaman (2010) telah menerapkan elemen spiritual sebagai pelengkap konsep pendidikan holistik dalam kajiannya selain daripada konsep yang dikenalpasti iaitu jasmani, intelektual, emosi, sosial dan nilai telah mendapati adalah penting memahami aspek kerohanian dalam

melaksanakan pendidikan yang mempunyai pendekatan holistik.

Gambarajah 1. Gabungan dua pendekatan holistik dalam pendidikan Gambarajah 1, menunjukkan dua definisi holistik yang digunapakai berdasarkan Falsafah pendidikan negara digabungkan menjadi holistik pendidikan. Falsafah Pendidikan Negara Malaysia (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001) menghuraikan keperluan pembelajaran insan adalah dalam lima komponen iaitu Intelek, Rohani, Emosi, Jasmani dan Kepercayaan serta kepatuhan kepada Tuhan. Setiap komponen akan menerima pembelajaran mengikut keupayaan sifatnya iaitu Intelek untuk menimba ilmu pengetahuan seperti menulis, membaca, mengira, menyebarkan ilmu berfikir dan memanfaatkan ilmu. Komponen Rohani berupaya membentuk insan yang berdisiplin kendiri, akhlak mulia, menghargai, bersyukur, insaf, bertanggungjawab , menyedari, dan menginsafi adanya Pencipta. Komponen Emosi mengawal tahap tingkahlaku, kasih sayang sesama insan, perpaduan dan mencintai keindahan serta kesenian. Komponen Jasmani membentuk tubuh yang sihat untuk melaksanakan tugas dan bertenaga untuk berdikari,mengasah bakat, berkemahiran teknikal dan manipulatif dan membantu masyarakat. Komponen yang membentuk insan yang harmonis dan seimbang dalam kehidupannya adalah kepercayaan serta kepatuhan kepada Tuhan. Komponen ini menetapkan bahawa insan mempunyai matlamat hidup sebagai amanah yang perlu dijaga iaitu menjaga hubungan dengan Penciptanya dan menjaga hubungan dengan sesama insan. Hubungan dengan pencipta adalah kekal tempohnya hingga akhirat manakala hubungan dengan manusia dan alamnya bersifat sementara iaitu tempoh di dunia sahaja. Menurut Jamal & Mustafa (2004) kebolehan manusia melakukan tafakur atau

berfikir telah menjadi faktor pembinaan tamadun dan penyampai matlamat. Konsep tafakur ini dipecahkan kepada 15 cara berfikir yang boleh dipraktiskan. Holistik dalam pendidikan memerlukan unsur penggenapan dalam semua komponen pembelajaran sebagai contoh pembelajaran ilmu dunia-akhirat, kurikulum-kokurikulum, teoriamali, pembelajaran-penilaian. Manakala kesemua keperluan komponen Intelek, Emosi, Rohani, jasmani dan kepercayaan serta kepatuhan kepada Tuhan dilaksanakan serentak dan tidak dipelajari serta diamalkan secara terpisah-pisah. Pembinaan model elearning pendekatan holistik Model adalah rekabentuk dunia sebenar dalam skala kecil. Ia menjadi panduan atau dasar sesebuah program. Sehingga kini menurut Hobbs, Brown & Gordon (2009) model holistik masih dalam peringkat perkembangan dalam strategi e-learning. Strategi yang kerap digunapakai dalam elearning adalah konstruktivisma seperti refleksi, kolaborasi dan penglibatan aktif. Sejajar dengan motivasi kajian, intipati model holistik elearning yang dicadangkan mengambilguna amalan terbaik setiap pendekatan yang dibincangkan sebagai rangka konsep model. Model yang dicadangkan juga mengambilkira pembangun aplikasi, moderator dan pengguna aplikasi adalah orang yang sama.

Gambarajah 2. Rangka asas Model Holistik Elearning Gambarajah 2, enam peringkat dalam rangka asas model holistik elearning seperti diatas adalah rangkuman ciri-ciri yang telah terpilih bergerak mengikut arah jam diatas landasan model holistik pendidikan. Huraian kepada setiap peringkat adalah seperti berikut :

1. Perancangan mengutamakan perspektif pengguna. (model pendekatan pengguna) 2. Perancangan mempunyai matlamat strategik selaras dengan misi organisasi. (model pendekatan organisasi & model holistik pendidikan) 3. Rekabentuk aplikasi berbentuk module supaya berpotensi di kembangkan mengikut kemajuan teknologi. 4. Rekabentuk pembelajaran dan penilaian dibangunkan serentak (model holistik pendidikan, model pendekatan kolaborasi) 5. Rekabentuk keseluruhan adalah kos efektif dari segi masa, proses pembangunan, penggunaan, penilaian. (model pendekatan pengguna) 6. Rekabentuk isikandungan berbentuk module dan berasaskan tugasan mengintegrasikan berkemahiran teori-amali. (model pendekatan organisasi) 7. Pembangunan aplikasi atau pemasangan aplikasi yang mudahbangun dan mudahguna. (model pendekatan pengguna) 8. Pelaksanaan aplikasi serentak dengan penilaian formatif untuk pembelajaran dan kebolehgunaan aplikasi pada setiap module. (Model penilaian elearning) 9. Pelaksanaan aplikasi serentak dengan penilaian holistik kendiri, kolaborasi rakan, guru, sistem dan pusat. (Model pendekatan kolaborasi Model penilaian elearning) 10. Tafakur/ proses reflektif keatas semua peringkat untuk mendapat maklumbalas. (Model holistik pembelajaran) 11. Penambahbaikan dilakukan daripada maklumbalas supaya terhasil pembelajaran menyeluruh, seimbang, progresif, konstruktif dan pemanfaatan ilmu secara harmonis. (Model holistik pembelajaran dan model pendekatan organisasi)

Kesimpulan Pembinaan sebuah model tidak lengkap sebelum ia diuji kebolehgunaannya. Model holistik elearning yang dicadangkan masih dalam peringkat rekabentuk dan belum diuji secara empirikal. Namun diharap perbincangan dalam kertas konsep ini dapat membuka pemikiran baru kearah pembinaan model elearning yang dinamik dan berupaya menyokong pembelajaran diabad ke 21 ini. Rujukan Dewan Bahasa dan Pustaka. (1992) Kamus Dewan Inggeris-Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Eldredge, Lloyd. J. (1995). Teaching Decoding in Holistic Classrooms. Merill : New Jersey Eom. Sean .B, Ketcherside., Michael. A., Lee. Hu-Hyuk., Starrett. David. (2005) The deteminants of web based instructional system outcome and satisfaction: an empirical investigation. In Darbyshire. Paul (Ed) Instructional Technologies: Cognitive of Online Programs. Hershey : IRM Press Habsah. Ismail., & Aminuddin, Hassan. ( 2009). Holistic Education in Malaysia. European Journal of Social Scienc, Vol. 9 No. 2 tahun 2009. Pg. 231-236. Pada 24 November 2010 dari alamat http://www.eurojournals.com/ejss_9_2_05 .pdf Hakkarainen, Paivi., Saarelainen. Tarja.,& Ruokamo. Heli. (2009). Assessing Teaching and student Meaningful Learning Processes in an E-Learning. In Pratt, Christine., & Lajbcygier, Paul (Eds) Elearning Technoligies and Evidence-based Assessment Approaches. (pg 20-36) , IGI Global : Hershey Hiltz, Starr. Roxanne., & Goldman,Ricki. (2005). What are asynchonous Learning Networks? In Hiltz, Starr. Roxanne., & Goldman, Ricki (Eds) Learning Together Online. (pg 3-18 ) New Jersey : Lawrencem Erlbaum Assoc Hobbs, Mike., Brown, Elaine., & Gordon, Marie. (2009). Learning and Assessment with Virtual Worlds. In Pratt, Christine., & Lajbcygier, Paul (Eds) Elearning Technoligies

and Evidence-based Assessment Approaches. (pg 55-75) , IGI Global : Hershey

Jamal, Badi., & Mustafa, Tajdin. (2004). Creative Thinking, An Islamic Perspective. Kuala Lumpur : International Islamic University Kementerian Pelajaran Malaysia, (2001). Buku Panduan Falsafah Pendidikan Negara. Diakses pada 18 Januari 2011 dari alamat http://www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/fpk. pdf Koschmann, T.D. (2002). Keynote speech in Proceeding from Computer Support Collaborative Learning : Foundation For CSCL community 2002 . Boulder, Colorado, USA. 7-11 Januari 2002 Kwisnek, Vincent. (2005) Assessing the effectiveness of E-learning. In Darbyshire (Ed) Instructional Technologies : Cognitive of Online Program. Hershey : IRM Press Lewis. R., & Whitlock. Quentin. A. (2003) How to Plan and Manage an E-learning Programme. England : Gower Lipponen. Lasse. (2001). Exploring foundations for Computer Supported Collaborative Learning, Department of Psychology, University of Helsinki Markam, Selby., & Hurst. John. (2009). ReAssessing Validity and Reliability In Pratt, Christine., & Lajbcygier, Paul (Eds) Elearning Technoligies and Evidence-based Assessment Approaches. (pg 1-19) , IGI Global : Hershey Merriam Webster Online Dictionary. (2011). Merriam Webster Online Dictionary. Diakses pada 18 Januari 2011 dari alamat http://www.aolsvc.merriamwebster.aol.com/dictionary/holistic McConnell, David. (2000). Implementing Computer supported Cooperative Learning. 2nd ed. London : Kogan Page

Palloff. Rena. M., & Pratt. Keith. (2005) Collaborating Online, Learning Together in Community. : San Fransico : John Wiley Richardson, Will. (2009). Blog, Wikis, Podcasts and other powerful web tools for classroom. 2nd ed. Carlifornia : Corwin Press Roberts. Tim. S., (2004) Online collaborative learning : Theory and Practice. Information Hershey : Science Publishing Rohana, Hamzah., & Kamarudzaman. Md. Isa. (2010). The effectiveness of Interactive multimedia courseware in developing students self enlightening level. Jurnal Teknologi, Vol.52, Mei 2010. Pg 29-43 Rosenberg. Marc.J. (2000) E-learning. Strategies for Knowledge in the digital world. New York : MgGraw-Hill Salmon, Gilly. (2001). E-moderating. The key to teaching and learning Online. London : Kogan Page Siti, Rosni. Mohamad. Yusoff.(2010). Usability Of Open Content Initiatives In Computer Support Collaborative Learning (CSCL) Activities In Higher Education, Proceeding from International Conference on Globalization & Localization in CALL 2010. Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. 1-3 Disember 2010 ISBN 978-983-2641-64-3 Stufflebeam, Daniel.L., & Shrinkfield. Anthiny.J. (2007). Evaluation, Theory, Models & Applications. :San Fransisco : John Wiley & Sons Tucker, Richard., Fermelis. Jan., & Palmer. Stuart. (2009). Designing, Implementing and Evaluating a self and Peer Assessment Tool for E-learning Environment. In Pratt, Christine., & Lajbcygier, Paul (Eds) Elearning Technoligies and Evidence-based Assessment Approaches. (pg 17-194) , IGI Global : Hershey Waterhouse. Shirley. A. (2005) The Power of elearning. The Essential Guide for Teaching in The Digital Age. Boston : Pearson Education West, James. A., & West. Margaret.L. (2009). Using Wikis for Online Collaboration. The

power of Read-Write Web. San Fancisco : Jossey-Bass

Anda mungkin juga menyukai