Anda di halaman 1dari 4

Dilema Wanita Berpendidikan: Patut Bekerja atau Jadi Suri Sepenuh Masa?

Walau dalam apa jua keadaan sekalipun sebelum menjawab tuntutan usul. Persoalan samada PATUT @ TAK PATUT harus kembali pada permasalahan pokok. Bila menyentuh soal sekitar patut atau tak patut ni, kita perlulah kenal pasti apakah keperluan & tuntutan semasa seorang wanita yang mempunyai latar peribadi berpendidikan tinggi. Apakah silang perbezaan antara wanita sebegini dengan wanita yang tak punyai sejarah pendidikan tinggi? Lalu, apakah pula perkara penting dalam kehidupan bekerjaya & menjadi suri rumah sehingga isu ini dilihat perlu dibawa berbincang? Adakah wanita-wanita yang termasuk dalam topik perbincangan ni sudah berkahwin atau belum? Keadaan-keadaan ini lah sebenarnya menentukan radius patut atau tak patut untuk bekerja. Melalui tulisan IR. Endok Sempo Mohd Tahir dalam buku beliau;Mengapa Saya Bekerja?, 2008, cetakan PTS Millenia Sdn Bhd. Penulis dapati ada beberapa faktor yang menyumbang kepada asbab perkara ini berlaku. Mudahnya, ada yang berpendapat bahawasanya wanita-wanita bekerjaya adalah mereka yang berkhidmat demi masyarakat manakala bagi golongan suri rumah, mereka ini bekerja demi keluarga. Apa yang pasti, persoalan ini bukan mudah untuk dikupas kerana bilamana ia melibatkan kepuasan & ketenangan diri, sudah tentu tiap manusia tu berbeza neraca timbangannya.

Hampir sejumlah faktor telah diketengahkan dalam buku motivasi ini. Antara sebab wanita berpendidikan tinggi memilih untuk menjadi suri rumah; 1)Mahu menjaga tugas sebagai seorang ibu. 2)Bertindak sebagai pengurus kedua di rumah tanggungjawab untuk membina keluarga Muslim (Keluarga Islam). 3)Bekerja di rumah sangat fleksible:- berdakwah, mengajar anakanak & ringankan beban suami. 4)Lebih utamakan keluarga. 5)Menyeronokkan. 6)Kelemahan = rugi dari segi gaji & sinoriti Manakala faktor-faktor lain yang menyumbang kepada sebab pemilihan wanita untuk bekerjaya; >Tujuan bekerja adalah untuk mencari wang sara keluarga. >Berpendidikan tinggi dan berasal dari keluarga sederhana. >Dapat bayar pinjaman pelajaran sendiri. >Lebih dapat penghormatan oleh keluarga & masyarakat luar. >Demi mencapai kepuasan dalam hidup. >Beri ilmu dan nasihat kepada anak bangsa. >Jadikan diri matang. >Tingkatkan kualiti hidup keluarga. >Dorongan oleh kerajaan untuk mengoptimumkan potensi wanita. >Faktor sikap, kesihatan, tingkat pendidikan & pembangunan ekonomi Negara. >Kemerosotan jumlah kaum lelaki di institusi pengajian tinggi. >Pendapatan suami (bagi yang sudah berkahwin) tidak mencukupi untuk menanggung keluarga. >Lambakan pusat penjagaan anak-anak. Banyak lagi contoh-contoh lain.... Artikel-artikel Berkaitan: 1) Tahun Wanita Antarabangsa (1975) - Pengishtiharan oleh bangsa-bangsa bersatu kepada peranan wanita dalam pembangunan Negara. Tentunya penyumbang utama ialah wanita berpendidikan tinggi.

2) Rancangan Malaysia Ketiga - Pengiktirafan ke atas sumbangan wanita dalam pembangunan eg. program KEMAS 3) Penggubalan Dasar Wanita Negara (DWN) 1989 Jamin perkongsian saksama antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat. Mengintegrasikan kaum wanita dalam semua sektor kerjaya.

::Pandangan Peribadi Penulis : Faktor pemilihan wanita berpendidikan tinggi samada mahu berkerja di luar rumah atau menjadi suri rumah bergantung pada keadaan semasa. Kecenderungan ini dipupuk berdasarkan latar belakang sejarah keluarga, agama & kemampuan kendiri masingmasing. Hakikatnya, golongan wanita berpendidikan tinggi ni sekiranya memilih untuk menjadi wanita yang bekerjaya, tetap tak membebaskan mereka daripada tanggungjawab terhadap keluarga! Mereka inilah digelar wanita dwikerjaya.

Persoalan samada patut atau tak mereka bekerja harus dipulangkan pada pandangan peribadi, keluarga & tuntutan semasa. Bagi yang dah bersuami, tentu perbincangan bersama suami mempengaruhi pemilihan samada untuk bekerja di luar rumah atau tak. Bagi wanita berpendidikan tinggi yang sudah bersuami atau belum bersuami, faktor penentu jam bekerja adalah

berbeza antara keduanya. Cuma, sebagai perempuan biasa, saya juga memandang isu-isu lain seperti fertiliti, jarak, hubungan maksimum bersama keluarga, pembinaan bait muslim idaman & sebagainya , isu-isu ini turut masuk ke sisi percaturan. Hari ni penulis merasa keperluan wanita berpendidikan tinggi untuk bekerjaya adalah yang terbaik. Mana tahu, esok lusa, tulat atau tahun-tahun mendatang, kefahaman & kepercayaan ini berubah..mungkin lah. Lain dari itu, faktor tanggapan & pemikiran masyarakat terhadap peranan wanita bekerjaya turut berubah dari semasa ke semasa sejak negara mencapai kemerdekaan hingga sekarang. Kalau dulu, wanita klise untuk tak digalakkan belajar tinggi-tinggi kerana akhirnya mereka akan ke ruang dapur. Namun mentaliti begini berubah sejajar dengan arus perubahan Negara & tuntutan keadaan semasa yang menuntut sumbangan wanita terhadap pembangunan Negara lebih-lebih lagi yang berpendidikan tinggi. Suka untuk penulis mengingatkan. Kaum Adam perlu sedar, mereka lah sepatutnya yang menjaga koordinasi & keseimbangan kerjaya wanita berpendidikan tinggi ni agar tak berlaku lambakan atau tumpahan darah. Terlalu ramai wanita yang membanjiri pasaran pekerjaan professional pun rasa tak best pulak! Pun begitu, terpulang. Tulisan ni dibuat atas tuntutan seorang rakan. Mahu bertanding debat katanya. I.allah. Mana yang baik jadi amalan, yang buruk jadi tinggalan.

Anda mungkin juga menyukai