Anda di halaman 1dari 31

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN

TEORI

MORAL/ETIKA

BARAT

YANG

BERKAITAN

DENGAN

PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN

PENDAHULUAN Teori-teori moral dan etika barat didasarkan kepada falsafah-falsafah moral yang telah wujud sejak zaman Yunani kuno lagi. Falsafah-falsafah moral ini didasarkan kepada falsafah-falsafah umum. Falsafah-falsafah umum yang utama ialah idealisme, realisme, pragmatisme dan eksistensialisme (Abdul Rahman Md Aroff dan Zakaria Kasa 1987). Premis yang menjadi kayu ukur kepada pemikiran teori moral dan etika barat ialah pemikiran yang rasional.

MORAL/ETIKA BARAT Perkataan moral berasal daripada perkataan Latin moralitas yang membawa pengertian ajaran dan pegangan berkenaan dengan buruk baik sesuatu perbuatan merangkumi kelakuan, kewajipan, sikap dan cara berkelakuan yang berasaskan baik buruk sesuatu akhlak.

Etika yang berasal daripada perkataan Greek ethos membawa maksud ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Premis yang menjadi kayu ukur kepada pertimbanganpertimbangan yang menentukan baik, buruk atau benar dan salah sesuatu tindakan moral atau etika ialah pemikiran rasional (rational thinking) yang berlandaskan akal fikiran manusia semata-mata.

Bagi memahami makna moral dan etika dengan lebih mudah, dapat dianalogikan dalam dua contoh kes. Kes pertama, perbuatan Robin Hood yang merompak golongan kaya untuk membantu golongan miskin manakala kes kedua melibatkan seorang peguam

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN

membela penjenayah yang dibicarakan atas tuduhan membunuh. Merujuk kes pertama, dari segi moralnya, tindakan Robin Hood mencuri adalah salah tetapi dari segi etika, perbuatannya adalah betul untuk membantu golongan miskin. Dalam kes kedua, perbuatan membunuh adalah salah dari segi moral, namun tindakan peguam tersebut membela penjenayah adalah betul kerana memenuhi tanggungjawab dan etika guaman.

Domain moral atau etika memberi tumpuan kepada nilai normatif yang dianggapkan baik, benar, betul dan patut sepertimana yang diwajarkan dalam perwatakan seseorang individu dan hubungannya dengan individu lain (Frankena, 1973; Abdul Rahman Md. Aroff, 1999). Domain moral/etika melibatkan pertimbangan nilai dalam bentuk pernyataan normatif dan ini adalah berbeza daripada pernyataan deskriptif yang merujuk kepada penilaian berdasarkan fakta. Namun begitu, bukan semua pernyataan normatif melibatkan soal moral atau etika. Ada juga pernyataan normatif yang melibatkan domain nilai yang lain seperti estetika, agama, adat tradisi dan undang-undang.

Pemikiran rasional yang hanya berlandaskan penggunaan akal manusia adalah terbatas kerana manusia sememangnya diciptakan dengan kekurangan dan kelemahan. Ini kerana, manusia hanya mampu menggunakan pancaindera yang ada untuk melihat sesuatu perkara itu secara zahir dan terhad. Sedangkan perkara-perkara yang tidak dapat dicapai oleh akal (metafizik) adalah lebih luas skopnya. Metafizik yang berada di bawah lembayung ontologi merupakan salah satu daripada cabang utama ilmu falsafah atau ilmu pengetahuan mengenai segala yang di luar alam tabii yang tidak diketahui rahsia isi keseluruhannya.

Teori-teori moral yang wujud walau bagaimana rencam sekalipun adalah semata-mata berdasarkan pemikiran yang rasional. Oleh sebab itu, teori moral yang berlandaskan pemikiran rasional manusia semata-mata sudah pasti bersifat tentatif dan relatif kerana pemikiran akal manusia adalah berubah-ubah dan bukannya bersifat statik. Perkara ini bertepatan dengan idea Darwin yang mengatakan setiap yang digelar makhluk akan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN

berubah dan perubahan adalah perlu dalam mengecapi kemajuan. Teori moral juga menyatakan bermoral atau tidak bermoralnya seseorang individu ditentukan oleh keadaan, masa, tempat dan pendapat majoriti.

Moral dan etika merupakan prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang diyakini individu dan masyarakat malah dapat diterima dan dilaksanakan dengan baik. Menurut Chang Lee Hoon (2005), terdapat dua prinsip moral atau etika yang asas iaitu adil dan penyayang. Prinsip adil menekankan hak manakala prinsip penyayang menekankan hormat dalam kalangan manusia.

TEORI MORAL TELEOLOGIKAL Utilitarianisme Utilitarianisme ialah idea atau fahaman dalam falsafah moral yang menekankan prinsip manfaat atau kegunaan dalam menilai sesuatu tindakan sebagai prinsip moral yang paling dasar. Fahaman ini didasarkan kepada Teori Moral Teleologikal atau konsekuenlis yang menilai sesuatu tindakan moral itu berdasarkan motif atau tujuan (judge actions in terms of their motives). Prinsip kegunaan dalam fahaman Utilitarianisme dimaksudkan sebagai prinsip yang menjadikan kegunaan sebagai kayu ukur untuk menilai dan mengambil keputusan apakah suatu tindakan itu dapat dibenarkan atau tidak secara moral. Tindakan yang secara moral benar adalah tindakan yang berguna. Suatu tindakan dinilai berguna jika akibat tindakan tersebut, secara keseluruhan, dapat memperhitungkan semua pihak yang terlibat dan tanpa membeza-bezakan, membawa akibat baik berbentuk kegembiraan atau kebahagiaan yang besar kepada ramai orang (Betham 1970).

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN

Utilitarianisme dirumuskan oleh Jeremy Bentham dan dikembangkan secara lebih meluas oleh John Stuart Mill. Utilitarianisme juga dikenali sebagai Teori Kebahagiaan Terbesar yang menganjurkan setiap manusia untuk meraih kebahagiaan (kenikmatan) terbesar kepada orang ramai. Semakin ramai manusia mendapat kebahagiaan, semakin bermoral tindakan tersebut. Menurut fahaman ini kenikmatan adalah satu-satunya kebaikan intrinsik dan penderitaan adalah satusatunya kejahatan intrinsik. Bagi Bentham, isu kemoralan bukanlah persoalan untuk menyenangkan Tuhan atau masalah berkaitan dengan aturan-aturan abstrak, melainkan hanya untuk mewujudkan sebanyak mungkin kebahagiaan di dunia ini.

Oleh sebab itu, Bentham memperkenalkan prinsip moral tertinggi iaitu Asas Kegunaan atau Manfaat (the principle of utility). Maksud Asas Kegunaan atau Manfaat menurut Bentham, ialah asas yang menyuruh setiap orang untuk melakukan apa yang dapat menghasilkan kebahagiaan atau kenikmatan terbesar yang diinginkan oleh semua orang untuk sebanyak mungkin orang atau untuk masyarakat seluruhnya. Aliran ini bagaimanapun tidak bertepatan dengan pendapat yang mengatakan ends always justify the means yang menjadi asas pegangan Teori Marchiavelli, kerana aliran ini menekankan akibat daripada sesuatu tindakan yang diambil sedangkan matlamat adalah berbeza dengan akibat. Matlamat ialah apa yang cuba dicapai manakala akibat adalah apa yang terjadi atau berlaku hasil daripada mewujudkan kebahagiaan untuk majoriti.

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN

Sesuatu tindakan pada dirinya dianggap sebagai sesuatu yang semula jadi sahaja. Sebaliknya, yang memberi nilai moral kepada tindakan-tindakan itu adalah akibat-akibat daripada tindakan itu. Perbuatan yang benar secara moral ialah yang paling banyak memberikan jumlah kenikmatan dan kebahagiaan pada manusia. Namun, timbul persoalan yang sering dipertikaikan terhadap aliran ini. Antaranya, Asas Kegunaan atau Manfaat yang dianjurkan oleh aliran ini sering bertentangan dengan aturan-aturan moral yang sudah mapan seperti jangan berbohong, jangan mencuri dan jangan membunuh. Selain itu, Utilitarianisme cenderung mengunggulkan Asas Kegunaan atau Manfaat mengatasi asas keadilan atau hak-hak seseorang. Misalnya, bila ada dua pihak yang bertikaian, salah satunya lebih kuat dan berkuasa daripada yang lain. Kekalahan pihak yang lebih berkuasa akan mengakibatkan kesengsaraan atau penderitaan yang lebih besar pada pihak lawan dan orang-orang di sekitarnya maka mereka yang berpegang dengan fahaman ini akan memenangkan pihak yang lebih kuat demi untuk meminimakan penderitaan, meskipun asas keadilan atau hak seseorang harus dikorbankan.

Di sini berlakunya kekaburan dan percanggahan dalam aliran ini yang telah menyebabkan munculnya dua pecahan pendapat dalam aliran ini iaitu Utilitarianisme Tindakan dan Utilitarianisme Peraturan. Utilitarianisme Tindakan berpegang kepada setiap orang patut melakukan tindakan yang akan membawa kebaikan maksima untuk setiap orang yang dipengaruhi oleh tindakan itu. Peraturan tidak diperlukan untuk tindakan kerana setiap situasi dan orang adalah berlainan. Setiap orang mentafsirkan situasi dirinya dan menentukan tindakan yang manakah akan membawa sebanyak mungkin akibat yang baik bagi setiap orang yang terlibat dalam situasi itu. Utilitarianisme Peraturan menyatakan bahawa setiap orang patut membentuk dan mengikut suatu peraturan atau peraturan-peraturan yang akan membawa kebaikan maksima bagi semua orang terlibat. Mereka percaya terdapat niat, tindakan dan situasi manusia yang serupa untuk mewajarkan pembentukan peraturan yang akan diaplikasikan kepada semua orang dalam apa jua situasi. Setelah ditentukan bahawa membunuh akan membawa lebih banyak keburukan daripada

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN

kebaikan bagi pihak teramai dan dalam situasi terbanyak maka pembunuhan tidak harus dilakukan kecuali dalam keadaan tertentu seperti mempertahankan diri. Utilitarianisme Peraturan berpegang pada pandangan bahawa semua bagi sering aturan tindakan umum yang cenderung memberikan Peraturan untuk kebahagiaan terbesar bagi orang terbanyak harus dikukuhkan. Jadi, aturan moral jangan berbohong, Utilitarianisme menyatakan bahawa tindakan yang berdasarkan aturan moral ini lebih menghasilkan kabahagiaan berbanding tindakan berbohong. Oleh itu, aturan moral jangan berbohong sesuai dengan Utilitarianisme Peraturan. Dalam hal ini didapati Utilitarianisme Peraturan terbalik dalam menilai banyak hal. Misalnya, persahabatan adalah sesuatu yang baik dan benar, sekalipun seringkali tidak menyenangkan atau membuatkan kita menderita. Kita memiliki sahabat dan menghargai persahabatan kerana memang itulah tindakan yang baik dan benar, sekalipun kita tidak tahu akibat dari persahabatan kita. Berbeza dengan gagasan Utilitarianisme yang mengajarkan kita untuk mencari kebahagiaan, dalam situasi ini kita menilai bahawa persahabatan itu baik dan kita bahagia kerana mengerjakan hal yang baik, dan bukan kita mencari sahabat kerana dengan persahabatan itu kita dapat mencapai kebahagiaan. Wujud pertanyaan paling sulit untuk dijawab oleh para utilitarian berkenaan hakikat kebahagiaan dan apakah kebahagiaan itu hasil dari suatu tindakan, atau semasa tindakan dilakukan, apakah kebahagiaan ini bersifat kekal atau sementara sedangkan Utilitarianisme berpegang pada sesuatu yang akan terjadi atau sesuatu yang belum tentu terjadi untuk memutuskan tindakan yang seharusnya segera dibuat. Hedonisme dan Epicurisme

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN

Hedonisme merupakan satu istilah yang merujuk kepada fahaman yang mementingkan kesenangan dan kemewahan fizikal, berasal dari perkataan Latin hedone yang bererti kesenangan. Hedonisme adalah pandangan hidup yang menganggap bahawa kesenangan dan kenikmatan tanpa menghiraukan larangan agama dan tatasusila adalah tujuan utama hidup. Bagi para penganut fahaman ini, bersenang-senang, berpesta, dan berpeleseran merupakan tujuan utama hidup kerana mereka beranggapan hidup ini hanya sekali, sehingga mereka merasa ingin menikmati hidup senikmat-nikmatnya. Dalam lingkungan penganut fahaman ini, hidup dijalani dengan sebebas-bebasnya demi memenuhi hawa nafsu yang tanpa batas. Menurut sejarah falsafah yunani kuno, tokoh pertama yang memperkenalkan aliran hedonisme ialah Democritus (400-370 SM) yang menyatakan kesenangan sebagai tujuan utama dalam kehidupan. Bagaimanapun, kesenangan kesenangan itu apa yang dimaksudkan pemangkin oleh beliau tetapi bukanlah menjadikan kepada berbentuk sebagai fizikal semata-mata atau

perangsang

perkembangan intelek manusia. Salah seorang pengikut Socrates, Aristippus (395 SM), mengatakan bahawa kesenangan merupakan keinginan hidup setiap manusia. Orang yang bijaksana akan berusaha untuk mendapatkan kesenangan kerana kesakitan adalah suatu pengalaman yang tidak menyenangkan (Achmad Charris Zubair). Tokoh lain iaitu Epicurus (341-270 SM) mempunyai hujah yang lebih terperinci berkenaan hedonisme. Baginya, kesenangan tetap menjadi perkara utama, tetapi bukan sekadar kesenangan jasmaniah semata-mata kerana kesenangan seperti ini secara berlebihan akan menimbulkan kesakitan. Kesenangan yang dimaksudkan oleh beliau ialah kesenangan yang dapat menghilangkan segala kerisauan jiwa

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN

tetapi

tidak

akan

menyebabkan

kesakitan

tubuh

badan

dan

menimbulkan kesulitan jiwa. Sikap terlampau mengejar nilai-nilai kesenangan seperti wang, kehormatan dan kekuasaan tidak dapat memberikan kepuasan jiwa. Puncak kesenangan menurut Epicurus ialah ketenangan jiwa. Jiwa yang tenang dapat menilai peristiwaperistiwa yang menyenangkan dan mengatasi keterbatasan jasmani manusia.

Bagi Epicurus, kesenangan yang paling tinggi adalah tranquility iaitu kesejahteraan dan bebas dari rasa takut yang hanya dapat diperolehi dari ilmu pengetahuan (knowledge), persahabatan (friendship) dan hidup sederhana (virtuous and temperate life). Beliau juga mengakui adanya perasaan-perasaan akan kesenangan sederhana (enjoyment of simple pleasures), namun Epicurus menegaskan kesenangan sebagai sesuatu yang harus jauh dari hasrat-hasrat jasmaniah (bodily desires), seperti seks dan hawa nafsu. Ini dapat dijelaskan seperti ketika kita makan, jangan sampai terlalu kenyang dan berlebihan, kerana boleh menyebabkan seseorang tidak layak untuk menghasilkan makanan-makanan yang lazat di masa akan datang. Demikian juga, seks dapat mendorong untuk meningkatkan berahi atau nafsu. Namun Epicurus beranggapan, kesan terlalu sering melakukan hubungan seks akan mengurangkan keinginan seksual, yang akan mengakibatkan ketidakpuasan kepada pasangan dan menyebabkan ketidakbahagiaan (unhappiness).

Epicurisme merupakan bentuk hedonisme yang bercorak eudaimonistik dan dianggap sebagai bentuk hedonisme kuno. Epicurus mengidentifikasikan kesenangan dengan tranquility dan penekanan kepada pengurangan keinginan berlebihan terhadap perolehan spontan kesenangan (the immediate acquisition of pleasure). Jadi menurut Epicurus, kesenangan bukanlah sesuatu yang pada dasarnya menyenangkan namun kesenangan adalah keadaan sejahtera yang berbentuk relatif. Bagaimanapun, idea oleh Epicurus ini telah dimanipulasi dan menterbalikkannya dengan makna hedonisme yang menjadikan kesenangan sebagai pusat tindakan merupakan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN

satu-satunya

tujuan

pencapaian

hidup

yang

dapat

memberikan

manfaat atau kebaikan kepada seseorang.

Jelasnya, konsep hedonisme hanya mementingkan kepuasan nafsu tanpa wujudnya sebarang panduan atau batasan tertentu terutamanya ajaran agama. Gejala ini timbul berikutan kegagalan manusia memahami konsep ajaran agama yang menekankan keseimbangan antara nafsu dan akal fikiran demi kesejahteraan manusia. Budaya sebegini begitu cepat menular di kalangan remaja yang terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan rasa bosan. Di sinilah, peranan pendidikan bersepadu dan seimbang diperlukan terutamanya pendidikan agama. Pendidikan agama yang dimaksudkan ialah pendidikan yang dapat membentuk ketahanan dalaman generasi muda untuk menangkis sebarang gejala negatif yang disogokkan kepada mereka.

Esensialisme Esensialisme adalah fahaman yang didasarkan kepada nilai-nilai kebudayaan yang telah ada sejak awal peradaban umat manusia. Esensialisme lahir dari dua falsafah iaitu idealisme dan realisme. Esensialisme muncul pada zaman Renaissance dengan ciri-ciri utama yang berbeza dengan progresivisme. Perbezaannya yang utama ialah dalam memberikan dasar berpijak pada pendidikan yang penuh fleksibel serta terbuka untuk perubahan, toleransi dan tidak ada hubungkait dengan doktrin tertentu. Esensialisme memandang bahawa pendidikan harus berpijak pada nilai-nilai yang memiliki kejelasan dan tahan lama yang memberikan kestabilan dan nilai-nilai terpilih yang mempunyai peraturan yang jelas.

Falsafah esensialisme tidak menekankan pendidikan jasmani, rohani dan emosi sedangkan ketiga-tiga aspek ini amatlah penting bagi melahirkan insan yang sempurna. Teori falsafah esensialisme pada asasnya tidak menyeluruh terutama dalam pendidikan kerana lebih mementingkan penguasaan kemahiran semata-mata. Teori ini hanya berjaya melahirkan mereka-mereka yang cerdik semata-mata tapi tidak menitikberatkan tentang

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 10 akhlak yang luhur dan murni. Teori ini membelakangkan aspek nilai akhlak serta keimanan. Falsafah esensialisme menegaskan autoriti guru dan nilai kurikulum yang berdasarkan mata pelajaran. Pendidikan melibatkan kemahiran asas,seni dan sains yang telah dimajukan.Mereka menyarankan agar kemahiran asas membaca, menulis dan mengira harus diajar dalam semua kurikulum sekolah rendah. Manakala di peringkat menengah pula aspek sejarah, matematik, sains, bahasa dan sastera perlu diutamakan agar dapat mewujudkan manusia yang bertamadun.

Idealisme, sebagai filsafat hidup, memulakan tinjauannya mengenai peribadi individu dengan menitik beratkan pada aku. Menurut idealisme, bila seorang itu belajar pada taraf permulaan adalah memahami dirinya sendiri, terus bergerak keluar untuk memahami dunia objektif. Dari mikro kosmos menuju ke makro kosmos. Bila manusia berhadapan dengan sesuatu benda, tidak bermakna bahawa mereka itu sudah mempunyai bentuk, ruang dan ikatan waktu. Bentuk, ruang dan waktu sudah ada pada budi manusia sebelum adanya pengalaman atau pengamatan. Dengan mengambil jalan berfikir tersebut, belajar dapat didefinisikan sebagai jiwa yang berkembang pada sendirinya sebagai sebahagian dari spiritual. Jiwa membina dan menciptakan diri sendiri. Seorang ahli falsafah dan ahli sosiologi yang bernama Roose L. Finney menerangkan tentang hakikat sosial daripada hidup mental. Dikatakan bahawa mental adalah keadaan rohani yang pasif, yang bererti bahawa manusia pada umumnya menerima apa saja yang telah tertentu yang diatur oleh alam. Hal ini bermaksud, pendidikan itu adalah satu unit sosial dan belajar adalah menerima dan mengenal secara bersungguh-sungguh tentang nilai-nilai sosial angkatan baru yang timbul untuk ditambah dan dikurangi atau diteruskan kepada angkatan berikutnya.

Pandangan Esensialisme Secara Ontologi Esensialisme bersifat menonjolkan suatu konsep bahawa dunia ini dikuasai oleh peraturan yang tiada cela. Pendapat ini bererti bahawa bagaimana bentuk, sifat, kehendak dan citacita manusia haruslah disesuaikan dengan peraturan alam yang ada. Pandangan Esensialisme Secara Epistemologi

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 11 Teori keperibadian manusia sebagai refleksi Tuhan adalah jalan untuk mengerti epistemologi esensialisme. Sebab jika manusia mampu menyedari realiti sebagai mikro kosmos dan alam sebagai makro kosmos, maka manusia pasti mengetahui dalam nisbah tingkat atau kualiti yang mampu difikirkannya. Berdasarkan kualiti inilah ia menghasilkan dapatan secara tepat tentang pengetahuannya dalam benda-benda, ilmu alam, biologi, sosial dan agama.

Egoisme Moral

Egoisme Psikologi adalah teori tentang fitrah manusia manakala egoisme moral adalah teori mengenai moral yang membincangkan perkara yang bertentangan dengan moral naluri yang biasa. Menurut teori ini, sesuatu perkara sentiasa dianggap bermoral apabila seseorang individu melakukan perkara yang dipercayai bagi mencapai kepentingan diri (Barcalow 2003). Seseorang yang berego moral mendakwa bahawa moral tidak pernah memerlukan seseorang untuk mengorbankan kepentingan mereka bagi membantu atau mengelak daripada membahayakan orang lain. Dalam erti kata lain, moral membenarkan manusia melakukan apa sahaja yang yang mereka inginkan.

Hal ini dapat dilihat apabila wujud individu dalam sekelompok masyarakat yang berusaha memenuhi keinginan diri dengan pelbagai cara sehinggakan kesejahteraan individu lain diabaikan. Oleh sebab itu, individu yang baik dianggap lemah, sering ditindas dan terkebelakang manakala individu yang kuat akan mengatasi individu yang lemah. Implikasinya, individu yang lemah akan sentiasa berada di bawah. Mereka yang lemah ini tidak mampu menggapai tangan orang lain untuk meminta pertolongan disebabkan oleh sikap individualistik manusia. Berdasarkan fahaman ini, hanya ada satu pegangan iaitu setiap individu berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik.

Salah seorang tokoh teori egoism moral ini iaitu Max Stirner dalam bukunya The Ego and its Own lebih menonjolkan peranan individu yang bergabung dalam satu

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 12 kesatuan ego dan bertindak sesuai dengan keinginannya. Menurut beliau tindakan yang dilakukan untuk kepentingan diri itu seharusnya tidak dikekang oleh batasan moral. Salah satu pendapat Stirner yang terkenal ialah:

Whoever knows how to take, to defend, the thing, to him belongs properly.

Terdapat banyak situasi yang menerangkan keadaan egoisme moral ini iaitu seorang jurujual kereta terpakai memberi maklumat yang tidak tepat tentang keadaan kereta tersebut dengan menyembunyikan kecacatan pada kereta-kereta yang dijualnya. Jurujual itu tidak merasakan perbuatannya adalah salah. Ini kerana jurujual yang mempunyai ego moral itu menganggap perbuatan tersebut adalah betul untuk kebaikan dan kepentingan dirinya bagi mendapat keuntungan dengan mengabaikan hak orang lain. Dalam keadaan tertentu adalah tidak salah sekiranya kepentingan diri diutamakan. Misalnya, pemakanan yang seimbang dan amalan bersenam adalah digalakkan kerana dapat mendatangkan faedah kepada tubuh badan. Namun perkara tersebut akan mendatangkan kemudaratan apabila tidak diamalkan dengan baik. Oleh itu, individu boleh mengambil langkah terbaik untuk menjamin kebaikan dan kesihatan dirinya. Bagi individu golongan ini, mereka tidak melakukan semua perkara yang mereka suka kerana terdapat banyak kes yang menunjukkan perkara tersebut tidak mendatangkan faedah kepada mereka. Sebagaimana contoh, pesakit diabetes tidak digalakkan mengambil makanan manis yang menjadi kesukaannya. Dia terpaksa mengorbankan kesukaannya demi kepentingan kesihatan. Ada juga individu yang sanggup memudaratkan kesihatan diri semata-mata untuk keseronokan. Contohnya, penagih dadah mengambil dadah untuk keseronokan semata-mata walaupun mendatangkan mudarat kepada sistem badan.

Walaupun begitu, situasi menjadi kurang jelas apabila berlaku pertembungan kepentingan seseorang individu dengan kepentingan orang lain. Ada pendapat mengatakan bahawa apabila kepentingan bertembung, kebanyakannya secara moral, adalah diterima untuk seseorang melakukan sesuatu berdasarkan kepada kepentingan diri mereka.

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 13

Aliran Egoisme Moral Menurut Mohd. Janib (1994), egoisme moral boleh berlaku dalam tiga bentuk: 1. Egoisme moral yang universal: setiap orang sepatutnya selalu bertindak demi kepentingan diri masing-masing tanpa menghiraukan kepentingan orang lain kecuali kepentingan-kepentingan orang lain itu juga dapat memenuhi kepentingannya.
2. Egoisme moral individu: Setiap orang sepatutnya bertindak demi kepentingan

dirinya sendiri. 3. Egoisme moral yang professional: Saya sepatutnya bertindak demi kepentingan diri saya sendiri tetapi saya tidak berhak tentang apa yang dibuat oleh orang lain. Jika diteliti secara mendalam bentuk yang kedua dan ketiga, persoalan kemanusiaan dan moral tidak dapat dibincangkan dalam kehidupan manusia kerana bentuk tersebut lebih menunjukkan sikap mementingkan diri sendiri. Sedangkan manusia memerlukan antara satu sama lain untuk menjalani kehidupan yang sempurna. Oleh yang demikian, menurut konteks yang disebut di atas hanya bentuk egoisme pertama yang menjadi asas utama aliran egoisme ini.

Perkara ini dapat diringkaskan iaitu manusia sepatutnya bertindak mengikut kepentingan diri sendiri untuk mencapai hasil yang paling baik bagi dirinya. Persoalannya sekarang, bagaimana sikap egoisme dapat dinilai dari segi baik atau buruknya? Seseorang yang benar-benar hidup untuk kepentingan dirinya sendiri dianggap sebagai seorang yang matang dan bertanggungjawab. Dengan erti kata lain, seseorang yang matang dan bertanggungjawab itu dapat membuat penilaian yang sesuai sebelum melakukan sesuatu perbuatan. Oleh itu, individu tersebut tidak akan bertindak sewenang-wenangnya sematamata mengikut keinginan diri, dorongan hawa nafsu seperti iri hati, perasaan membalas dendam dan lan-lain. Egoisme moral seperti ini dianggap sebagai sikap bermoral yang begitu tinggi bagi seseorang itu. Sesuatu tindakan itu dianggap bermoral apabila individu

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 14 itu menjaga kepentingan sendiri walaupun dalam masa yang sama mencabul hak orang lain.

Dalam situasi tertentu, kepentingan diri sendiri terpaksa diketepikan atau dikorbankan. Misalnya, seorang ibu yang miskin sanggup tidak makan semata-mata untuk membolehkan anak-anaknya mengisi perut atau sukarelawan-sukarelawan yang sanggup menggadai nyawa membantu pelarian Palestin sedangkan mereka boleh hidup mewah sekiranya mereka tinggal dan berkhidmat sebagai doktor di Kuala Lumpur. Selain itu juga, terdapat individu yang menolak keuntungan dan kepentingan diri dengan tidak menerima rasuah demi kesejahteraan masyarakat dan negara. Berdasarkan situasi yang diberi, sikap individu yang hanya mementingkan kehendak diri dan tidak sanggup melakukan kebaikan pada orang lain dianggap tidak bermoral.

Sebagaimana teori-teori moral yang lain, teori egoisme moral juga tidak dapat lari daripada kelemahan. Pertamanya, teori ini tidak dapat memberikan satu kaedah yang konsisten dalam menyelesaikan masalah konflik kepentingan diri sendiri. Kedua, teori ini tidak relevan dalam senario kehidupan masyarakat yang saling memerlukan dan bukannya hidup terasing. Masyarakat hari ini semakin berkembang dan bertambah kompleks yang menyebabkan mereka saling bergantung dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Kesannya, individu terpaksa mengabaikan kepentingan diri demi menjaga kepentingan orang lain.

TEORI MORAL DEONTOLOGIKAL Teori Moral Kant Teori Moral Kant berada dalam mazhab idealisme iaitu di bawah kategori aliran teori moral deontologikal atau nonkonsekuenlis yang menilai sesuatu tindakan moral itu berdasarkan perlakuan sesuatu tindakan itu sendiri (judge actions in terms of the

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 15 character of the act itself). Teori moral aliran deontologikal ini berpendapat bahawa setiap tingkah laku itu sama ada betul atau salah masih dianggap sebagai tingkah laku moral.

Teori Moral Kant diasaskan oleh ahli falsafah moden berbangsa Jerman iaitu Immanuel Kant (1724-1804) yang muncul pada kemuncak zaman enlightenment di Eropah. Kant merupakan seorang ahli falsafah yang sealiran dengan Plato, Descartes, Spinoza, Berkeley, Hagel dan Coleridge (Abd. Rahman dan Zakaria 1987). Walaupun terdapat pertentangan pendapat dalam banyak perkara, namun ahli-ahli falsafah ini setuju bahawa jiwa atau rohani insan adalah penting dalam kehidupan dan alam sejagat pada hakikatnya bukanlah diisi dengan objek fizikal atau material semata-mata. Kant merupakan salah seorang tokoh ulung yang menatang falsafah kemoralan individu. Namun dalam masa yang sama juga Kant turut dikatakan sebagai pendokong aliran kemoralan sosial dengan menyarankan pertimbangan prinsip kategorikal imperatif yang menjadi asas matlamat kepada semua tanggungjawab moral (Johnson 2004).

Pandangan yang dikemukakan oleh Kant dalam teori moral/etika beliau adalah bertentangan dengan pandangan dalam fahaman Utilitarianisme. Namun begitu, terdapat selintas persamaan di antara kedua-dua fahaman ini, iaitu tanpa ragu cuba mencari kebenaran tentang moraliti dan menolak untuk menerima pandangan yang bersifat relatif atau subjektif (Barrow 1975). Menurut Kant, apa yang penting dalam kehidupan dan menjadikan kehidupan begitu berharga bukanlah kegembiraan atau kesenangan sematamata tetapi tindakan yang lahir daripada good will atau tekad yang baik (Kerner 1990). Perkara ini telah dibincangkan terlebih dahulu oleh Paton (1948) dengan mengatakan, The only thing that is good without qualification or restriction is a good will. That is to say, a good will alone is good in all circumstances

Kegembiraan atau kesenangan yang lahir daripada tekad yang baik adalah tindakan yang betul mengikut pandangan Kant namun kegembiraan yang datang daripada tekad

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 16 yang jahat adalah satu tindakan yang salah. Timbul persoalan di sini, apakah yang dimaksudkan dengan tekad yang baik? Sedangkan tekad itu sesuatu yang konotasi dan implisit sifatnya serta sukar untuk diterjemahkan. Menurut Kant, tekad yang baik adalah bersifat mutlak dan bukannya baik dari segi hasil sahaja tetapi juga mencakupi proses atau tindakan serta rasa tanggungjawab moral yang tertanam dalam nurani individu.

Segala kualiti yang baik dalam hidup ini seperti kebijaksanaan, bakat, keadilan, kasih sayang, kegembiraan, kesenangan dan sebagainya bukanlah bersifat baik secara mutlak (Paton 1948). Walaupun secara luarannya kelihatan baik namun sebenarnya boleh mendatangkan bencana sekiranya kualiti-kualiti ini tidak seharmonis dengan tekad dalaman yang baik. Hal ini menunjukkan bahawa Kant begitu mementingkan moral dari segi kerohanian melalui penekanan terhadap tekad hati yang baik dalam individu.

Matlamat hidup yang diutarakan oleh Kant bukanlah untuk menghasilkan kegembiraan atau kesenangan semata-mata tetapi untuk menanam dan menyemai tekad yang baik dalam mencapai matlamat kegembiraan dan kesenangan yang hakiki (Kant 1785). Contohnya, membantu orang tua melintas jalan tidak dikatakan sebagai satu tindakan yang baik jika individu melakukannya dengan harapan mendapat bayaran daripada orang tua itu, mendapat pujian daripada masyarakat waima membantu tanpa apa-apa matlamat. Sewajarnya tindakan membantu orang tua melintas jalan harus datang daripada tekad asli yang baik demi melunasi tanggungjawab moral individu sebagai matlamat utama (Barrow 1975) dengan saling membantu sesama manusia yang memerlukan.

Walaubagaimanapun, teori ini secara konkrit menolak dan tidak menganggap sebarang tindakan yang dibuat berdasarkan matlamat semata-mata sebagai satu tindakan yang bermoral kalau tidak diimamkan dengan tekad yang ikhlas dan rasa tanggungjawab untuk melakukan tindakan tersebut. Memandangkan teori-teori moral yang rencam sejak zaman yunani kuno sehingga sekarang wujud berkiblatkan pemikiran yang rasional, maka

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 17 dapat disimpulkan bahawa manusia adalah bersifat rasional dalam bertindak mengikut pelbagai prinsip dan peraturan am yang berkaitan tanggungjawab moral mereka.

Pendapat Kant tentang tindakan yang dibuat atas rasa tanggungjawab difahami sebagai melakukan sesuatu benda dengan betul hanya kerana benda itu betul (StrattenLake 2000). Namun, tidak semua tindakan yang datang daripada rasa tanggungjawab semata-mata merupakan satu tindakan yang bermoral kerana proses sesuatu tindakan itu perlu disertakan dengan motif atau niat yang bermoral. Ini bermaksud tindakan yang dibuat atas dasar tanggungjawab semata-mata dan memberikan impak moral yang baik bukanlah satu tindakan yang bermoral kerana proses atau tindakan itu sendiri perlu mempunyai motif atau tekad yang bermoral. Contohnya, Ali membakar rumah jirannya yang merupakan seorang pencuri atas rasa tanggungjawab. Melihat dari sudut moral, tindakan Ali menghasilkan impak yang bermoral kerana tidak akan ada lagi kes kecurian di kampungnya. Namun tindakan Ali yang melaksanakan tanggungjawab dengan membakar rumah jirannya itu bukanlah satu proses yang mempunyai tekad atau motif yang bermoral.

Oleh kerana tekad yang baik itu lahir daripada alam kerohanian yang mutlak, maka dalam hal ini institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan yang lebih akrab lagi antara insan yang bergelar pelajar dengan unsur-unsur kerohanian tabii serta mewujudkan keharmonian antara manusia dan alam sejagat (Abd. Rahman et. al. 1987). Penerapan nilai-nilai moral dalam masyarakat perlulah diadakan dalam kurikulum persekolahan. Hal ini kerana institusi pendidikan merupakan wahana penting untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan membentuk jati diri insan di dunia baik secara formal atau tidak formal. Contohnya, melalui mata pelajaran-mata pelajaran yang dapat mendekatkan lagi pelajar dengan alam semula jadi, maka akan terbersit hati nurani mereka perasaan cintakan alam semulajadi. Mereka akan memahami tujuan dan makna alam ini wujud dan tugas manusia dalam memelihara serta memakmurkan alam.

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 18 Tekad yang jahat bukanlah sesuatu yang positif dalam proses pembentukan sahsiah pelajar khususnya dan insan amnya. Apabila terdetik tekad yang tidak baik, maka kerosakan akan berlaku bukan kepada individu itu dan komunitinya sahaja bahkan turut memusnahkan seantero manusia dan alam sejagat. Justeru itu, pendidikan moral adalah penting untuk diterapkan di sekolah. Menurut Kant, sekiranya pelajar menunjukkan tingkah laku yang tidak baik, guru boleh menyoal pelajar berkenaan akibat yang mungkin berlaku sekiranya setiap insan di dunia ini menunjukkan tingkah laku yang sama. Hal ini secara tidak langsung dapat menimbulkan kesedaran dalaman kepada pelajar tersebut untuk menunjukkan tingkah laku yang baik.

Menurut Kant, manusia adalah makhluk yang bersifat rasional dalam tindakan yang dilakukannya. Kant menolak segala entiti yang bersifat tidak rasional dan tidak dapat diterima oleh akal yang waras. Prinsip-prinsip ini dikenali sebagai maxims. Maxims merujuk kepada prinsip-prinsip yang bersifat subjektif (kerohanian) dalam diri individu ketika membuat keputusan moral sesuatu tindakan itu sama ada betul atau salah berdasarkan sesuatu hukum moral (Barrow 1975). Hukum moral adalah bersifat formal yakni dipecahkan daripada semua hasrat atau tekad yang telah ditetapkan. Hukum ini menyarankan agar individu tidak membuat penegasan sesuatu usul serentak dengan penafiannya, tidak kira apapun isi kandungan usul tersebut (Kerner 1990). Ringkasnya menurut Kant, hukum moral memberitahu kita agar jangan bertekad melakukan sesuatu tindakan itu jika pada masa yang sama kita menafikan atau rasa ragu-ragu dengan kesahihan tekad tersebut.

Terdapat maxim yang bermoral dan ada yang tidak bermoral. Maxim yang bersifat universal iaitu yang boleh diadaptasikan kepada semua orang dikatakan sebagai bermoral manakala maxim yang tidak boleh diadaptasikan kepada semua orang dikatakan sebagai maxim yang tidak bermoral. Sebagai contoh,

Saya membantu orang tua melintas jalan kerana saya membantu semua orang tua yang ingin melintas jalan.

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 19

Tindakan membantu orang tua melintas jalan ini dikatakan sebagai maxim kerana turut diaplikasikan kepada orang tua lain yang ingin melintas jalan. Maxim ini ialah maxim yang bermoral kerana bersifat universal. Contoh berikutnya,

Saya akan berhutang dengan kawan apabila tiada wang dan berjanji untuk membayar walaupun tidak bertekad untuk membayar hutang tersebut.

Maxim seperti contoh di atas merupakan maxim yang tidak bermoral kerana tidak bersifat universal. Menurut Kant, apabila semua orang berjanji tetapi tidak menepatinya, janji itu akan dilihat sebagai sesuatu yang tidak bermakna. Maka tiada siapa yang sanggup untuk memberi hutang kerana takut tidak akan dilunaskan. Tambahan pula, sudah menjadi tanggungjawab moral individu yang berhutang untuk mempunyai tekad melunaskan hutangnya dengan cara yang betul.

Sebagaimana yang dinyatakan pada awalnya, Kant yang terkenal dengan falsafah moral individu tidak mengenepikan faksafah moral sosial. Menurut Kant, semua entiti dalam alam semulajadi ini wujud berdasarkan hukum tetapi manusia boleh memulakan usaha dalam setiap tindakan mereka mengikut hukum. Usaha yang ditunjukkan oleh manusia ini dikatakan sebagai memiliki tekad daripada prinsip yang praktikal dan imperatif. Prinsip imperatif dipecahkan kepada dua cabang iaitu praktikal/hipotetikal imperatif dan kategorikal imperatif.

Kant terkenal dengan teori kategorikal imperatif yang menyentuh tentang tanggungjawab moral sosial. Teori kategorikal imperatif menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu dianggap sebagai bermoral sekiranya peraturan yang membenarkan tindakan itu dapat diadaptasikan secara umum sebagai satu peraturan yang bersifat universal kepada semua manusia untuk mematuhinya. Lawan kepada prinsip ini ialah prinsip hipotetikal imperatif yang bergantung kepada matlamat yang dicapai berdasarkan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 20 keperluan fizikal semata-mata sedangkan dalam kategorikal imperatif, matlamat ditentukan dan matlamat itu adalah sah bagi semua manusia yang berfikiran rasional.

Kant menyatakan pendidikan penting sebagai wahana dalam mencapai kebenaran. Kurikulum pendidikan mestilah mengandungi mata pelajaran-mata pelajaran bersifat kognitif untuk melatih ciri-ciri rasional, berkaitan dengan moral, estetika dan prinsipprinsip agama dalam membentuk sikap yang positif dalam kalangan pelajar. Kaedahkaedah pengajaran yang sesuai ialah membaca, menulis, latih tubi, menghafal dan membuat ulangkaji.

EKSISTENSIALISME

Eksistensialisme merupakan salah satu fahaman falsafah yang muncul di barat selepas Perang Dunia Pertama. Sartre, yang merupakan salah seorang pengikut fahaman falsafah eksistensialisme yang terkenal pada abad ke-20. Beliau menyatakan eksistensialisme sebagai precedes essence yang menggambarkan asas kebenaran tentang kewujudan manusia (Kerner 1990). Fahaman ini sangat mementingkan kewujudan seseorang individu dengan menyatakan individu adalah diri individu itu sendiri. Falsafah eksistensialisme ini mula mendapat perhatian umum selepas Perang Dunia Kedua. Fahaman ini berada di bawah teori moral deontologikal atau nonkonsekualis dan mempunyai sedikit persamaan dengan fahaman Kant iaitu moral dinilai daripada tindakan individu dan bukannya daripada motif dan akibat tindakan mereka semata-mata. Namun begitu, ahli-ahli falsafah yang memegang fahaman eksistensialisme menolak falsafah tradisional dan falsafah semasa serta tidak menganggap fahaman mereka ini sebagai satu sistem falsafah kerana mereka lebih bersifat individualisme dan kebebasan individu.

Falsafah eksistensialisme yang bersifat individualistik ini terlalu bergantung kepada faktor-faktor subjektif seperti intuisi, merenung ke dalam, penghayatan emosi dan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 21 perasaan keseorangan (Abdul Rahman et. al. 1987; Kerner 1990). Fahaman ini bermula dengan premis yang mengatakan individu dilahirkan ke alam tanpa tujuan dan diluar sedar diri sendiri. Kewujudan individu di muka bumi ini mendahului kepentingan kewujudan mereka. Persoalan seperti kenapa manusia wujud di dunia? dan apakah peranan manusia wujud di dunia? bukanlah persoalan yang relevan sekiranya manusia itu sendiri tidak wujud. Hal ini kerana manusia itu memang wujud tetapi kewujudan manusia tidak membentuk dirinya. Ini bermaksud manusia mestilah wujud dahulu sebelum membentuk dirinya (Abdul Rahman et. al. 1987). Analoginya, Ali seorang guru. Ali wujud dan menjadi seorang guru. Ali bukanlah seorang guru sekiranya Ali tidak wujud. Oleh sebab itu Ali perlu wujud dahulu sebelum menjadi sebagai seorang guru.

Persoalan kepada diri sendiri seperti kenapa manusia wujud di dunia adalah relevan sekiranya manusia itu sememangnya wujud. Apabila manusia itu wujud, maka barulah mereka boleh mencorakkan hidup dan memilih peranan yang akan dimainkan sebagai individu secara bebas. Manusia atau individu itu akan mengenalpasti tujuan-tujuan kehidupan dan mengakui kehidupan setiap insan mempunyai nilai tersendiri dan setiap kehidupan dalam dunia ini hanyalah sesuatu yang tidak memberikan makna. Tanggungjawab memberikan makna tersebut adalah peranan individu sendiri dan bukannya tertakluk pada mana-mana prinsip.

Kiergaard iaitu seorang ahli falsafah Denmark yang juga dikenali sebagai bapa eksistensialisme moden telah menyediakan asas bagi falsafah ini apabila beliau menulis mengenai kebebasan dalaman manusia dalam mengarahkan penghidupannya. Beliau begitu mementingkan keseimbangan di antara kebebasan dan tanggungjawab. Manusia bebas untuk memilih cara hidupnya sendiri tetapi mereka harus bertanggungjawab dengan setiap pilihan atau tindakan yang dibuat. Konotasi fahaman eksistensialisme yang diperkenalkan oleh Kiergaard ini menyokong proses dehumanisasi. Proses dehumanisasi bermaksud proses menjadikan manusia sebagai bukan manusia yang menjadi pegangan falsafah pendidikan barat kini.

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 22 Sartre pula menyatakan manusia wujud, membesar dan tahu bahawa diri mereka wujud serta bebas memilih tindakan dan perkara yang ingin dilakukan. Jalan hidup yang bebas dipilih oleh setiap individu adalah tanggungjawab diri sendiri. Individu boleh memilih jalan hidup mengikut kata diri sendiri atau membenarkan orang lain untuk membentuk dirinya. Individu yang membenarkan orang lain membentuk dirinya masih memilih jalan hidup sendiri iaitu jalan hidup yang membenarkan orang lain membentuk jalan hidupnya. Tiada norma atau garis panduan yang perlu dipatuhi melainkan kebenaran dan kekonsistenan apa yang difikirkan signifikan oleh individu dalam membentuk diri sendiri.

Menurut ahli-ahli eksistensialisme, manusia belajar daripada pengalaman sendiri. Individu yang berada pada tahap pengalaman tertinggi dikatakan sedar mengenai kewujudan manusia dan objek disekelilingnya. Kesedaran ini seterusnya akan diberi makna berdasarkan pemahaman sendiri yang boleh menjadi betul atau salah. Tidak ada kriteria dan objektif tertentu bagi menentukan betul atau salah dalam pemahaman ini. Oleh sebab itu, betul atau salah sesuatu pemahaman individu bergantung pada diri sendiri dan tiada garis panduan yang akan mendasarinya. Atas alasan ini, kebenaran dikatakan bersifat relatif atau sentiasa berubah-ubah mengikut pertimbangan-pertimbangan individu tersebut. Hasilnya, tiada kebenaran mutlak yang wujud.

Manusia tidak digalakkan mengikuti dan mematuhi norma-norma hidup masyarakat kerana jika mengikutinya, manusia dikatakan sebagai hilang sifat ketulenan dan kemanusiaan dalam diri. Manusia adalah bertanggungjawab dan menjadi prioriti terhadap sistem nilainya sendiri yang bersifat bebas dan relatif. Hal ini menunjukkan betapa setiap individu mempunyai kepentingan terhadap diri sendiri dan bukannya terikat dengan norma atau hanya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh masyarakat. Namun begitu, individu bebas memilih norma-norma atau nilai yang disukai dan menolak yang dibenci. Kebebasan yang dikurniakan kepada setiap individu merupakan punca tanggungjawab moral dan sosial yang dipegang (Abdul Rahman et. al 1987). Secara tidak langsung, dapat dikatakan bahawa nilai-nilai dalam fahaman eksistensialisme adalah perkara yang bersifat

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 23 peribadi, individu dan egosentrik dalam memahami erti kewujudan dan membentuk kehidupan sendiri dalam mencapai kejayaan hidup.

Individu diberi kebebasan memilih apa yang diyakini baik kepada dirinya. Saat-saat memilih merupakan tempoh yang penting kerana pilihan yang silap akan merugikan dirinya. Saat ini juga individu cuba memilih perkara yang terbaik untuk diri sendiri. Memandangkan individu bebas memilih jalan hidup dan bertanggungjawab terhadap pilihan yang dibuat, maka mereka tidak boleh menyalahkan pilihan yang dibuat kepada orang lain. Contohnya, Ali ingin membeli sepasang kasut sukan Nike dalam jualan murah di sebuah kedai kasut Bata. Amir melarangnya dan mencadangkan agar melihat ke kedai lain dahulu. Ali memilih untuk mengikut cadangan Amir. Namun kedai lain menawarkan harga yang lebih mahal. Mereka kembali ke kedai kasut Bata tetapi kasut itu sudah dibeli orang lain. Berdasarkan contoh cerita di atas, Ali tidak boleh menyalahkan Amir yang mempengaruhinya supaya tidak membeli kasut sukan Nike pada mulanya. Ini kerana Ali bertanggungjawab terhadap pilihan yang dibuat dan dia telah memilih untuk mengikuti cadangan Amir.

Jika dikaitkan dengan sistem persekolahan, fahaman ini sukar untuk dijadikan dasar dalam falsafah pendidikan. Hal ini kerana sistem persekolahan memerlukan peraturan yang bersifat generalisasi yang perlu dipatuhi bagi menjamin kualiti pendidikan. Jika berpegang kepada fahaman eksistensialisme ini, sistem persekolahan tidak akan mempunyai matlamat yang tetap memandangkan fahaman ini yang relatif sifatnya. Pelajar adalah bebas untuk memilih mata pelajaran-mata pelajaran yang disukai dan tidak terikat dengan sistem kurikulum persekolahan. Guru pula bukan berperanan sebagai penyebar ilmu pengetahuan atau mendidik pelajar, tetapi lebih kepada membantu pelajar berjaya dalam proses mencari kesedaran kendiri (self actualization). Bagi fahaman ini, perkara pokok dalam pendidikan bukanlah matlamat pendidikan tetapi proses yang dilalui pelajar dalam memilih dan memberikan komitmen jitu dalam mencapai kejayaan peribadi.

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 24 Dari segi kurikulum pendidikan pula, pendidikan bukan sekadar meningkatkan keintelektualan pelajar tetapi dalam masa yang sama menekankan dari segi afektif meliputi sikap, perasaan, nilai dan juga komponen-komponen subjektif yang lain ke arah perkembangan kendiri pelajar. Pelajar bertanggungjawab dalam pembelajarannya manakala guru pula berperanan untuk menjadi model penting kepada pelajar dalam bertindak dan membuat pilihan yang betul dalam hidup mereka.

PEMBANGUNAN INSAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM Sesuatu pembangunan memerlukan modal. Dalam konteks pembangunan insan, modal yang paling utama adalah insan itu sendiri. Komponen-komponen pembangunan insan merangkumi kesaksamaan, produktiviti, pemerkasaan, kelestarian dan estetika. Fokus utama pembangunan insan ialah pemerkasaan insan sebagai individu dan anggota masyarakat. Pembangunan modal insan pula merupakan sebahagian daripada teras pembangunan insan.

Pembangunan Insan mestilah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi tonggak kepada pembangunan diri, keluarga, material, rohani, masyarakat, ilmu, akhlak dan negara (Amini Amir 2004). Menurut perspektif Islam, matlamat utama pembangunan insan adalah untuk mencapai al-Falah (kejayaan) di dunia dan di akhirat. Kejayaan ini dimanifestasikan dalam pendidikan, pembentukan diri, keluarga dan masyarakat bertaqwa yang menjurus ke arah keredhaan Allah s.w.t. (mardhatillah). Islam telah mengingatkan kepada umatnya mengenai kepentingan memelihara akhlak dan mengamalkan nilai-nilai mulia dalam kehidupan seharian. Sebagai hamba yang taat kepada perintah Allah s.w.t., kita ditegah sama sekali daripada melakukan sebarang kemungkaran, kemaksiatan, kekejian dan seumpamanya. Islam telah mengingatkan kepada umatnya mengenai pentingnya memelihara akhlak dan mengamalkan nilai-nilai mulia dalam kehidupan seharian kita dan sebagai hamba yang taat kepada perintah Allah s.w.t., kita sama sekali tidak dibenarkan melakukan sebarang kemungkaran, kemaksiatan, kekejian dan seumpamanya kerana ia merupakan satu tegahan yang nyata.

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 25

Pembangunan insan yang bersifat holistik adalah pembangunan yang menyeimbangkan aspek material, spiritual dan mental. Ini akan melahirkan insan yang sedar akan tanggunjawab di dunia dan di akhirat. Agenda utama pembangunan insan mestilah meletakkan pembangunan akhlak dan peribadi muslim. Peranan pembangunan akhlak dan peribadi muslim menjadi tanggungjawab semua pihak terutamanya ibu bapa dan guru-guru. Justeru itu, sistem hidup berpandukan Islam sebagai Addin yang sebenar, wajib difahami, disebarluaskan dan dipraktikkan sepenuhnya. Umat Islam diingatkan supaya lebih berhati-hati terhadap elemen-elemen negatif yang berkaitan dengan alGhazw al-Fikri (penjajahan pemikiran) oleh pandangan-pandangan moral barat yang berdasarkan pemikiran akal yang rasional semata-mata dengan mengenepikan aspek ketauhidan.

Jika di barat, nilai-nilai moral menjadi perbahasan dikalangan ahli falsafah barat. Ini kerana idea-idea yang didokong mereka bersifat dikotomi iaitu terpisah-pisah, saling bercanggah sehingga pada satu tahap wujud pertelingkahan untuk mempertahankan fahaman masing-masing. Berbeza dengan nilai-nilai akhlak Islam yang menyeluruh dan bersepadu berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Hal ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya aku diutuskan (oleh Allah) untuk menyempurnakan akhlak. (Riwayat Ahmad Hanbal) Sistem pendidikan bersepadu yang diamalkan oleh Malaysia merupakan gabungan antara ilmu wahyu dan ilmu akal dalam melahirkan modal insan yang berakhlak tinggi. Berbeza dengan sistem pendidikan barat yang menganggap ilmu yang bersifat empirikal sebagai ilmu yang benar dan menafikan ilmu wahyu sehingga ilmu itu menemui kematian yang nyata.

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 26 Ringkasnya dalam teori nilai Islam, nilai-nilai akhlak adalah nilai-nilai murni yang universal selaras dengan hakikat kejadian manusia iaitu satu makhluk yang ada roh, yang ada akal dan ada jiwanya. Justeru itu, konsep akhlak dalam Islam bukanlah memandang insan itu hanya sebagai suatu entiti psiko-semantik dengan hanya mempunyai badan dan intelek sahaja, tetapi adalah satu entiti yang mempunyai roh, akal, jasad dan yang paling tinggi adalah dari segi kerohaniannya.

PENUTUP Setiap falsafah moral barat yang dibincangkan mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Oleh sebab itu, tiada kata putus dalam menentukan fahaman moral mana yang sesuai untuk diamalkan terutamanya dari aspek pembangunan modal insan yang menjadi teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP). Fahaman-fahaman barat ini bersifat dikotomi iaitu terpecah-pecah dan saling bertentangan antara satu sama lain. Dari segi kekuatan, fahaman-fahaman ini memberi satu dimensi baru dalam perkembangan pemikiran manusia disamping menjadi garis panduan moral atau etika dalam menentukan betul salah sesuatu tekad, perbuatan dan akibat perbuatan tersebut.

Di bawah Teori Teleologis, Utilitarianisme dilihat mengutamakan akibat-akibat yang akan berlaku hasil sesuatu perbuatan atau tindakan yang diambil untuk dinilai sama ada bermoral ataupun tidak. Akibat-akibat yang dilihat dalam fahaman ini berbentuk kebahagiaan sebagai positif manakala penderitaan sebagai akibat negative. Tindakan yang dilakukan itu dikatakan bermoral apabila mendatangkan kebahagiaan dan meminimakan akibat berbentuk penderitaan kepada manusia sejagat. Semakin banyak kebahagiaan dan semakin ramai mendapat kebahagiaan daripadanya, maka tindakan itu dikatakan semakin bermoral dan berada diperingkat yang tinggi. Bagaimanapun, kebahagiaan itu itu tidak dijadikan sebagai matlamat dalam melakukan sesuatu tindakan tetapi akibat yang berbentuk kebahagiaan yang dijadikan penilaian moral.

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 27 Fahaman hedonisme dan epicurisme pula menjadikan kesenangan dan kemewahan hidup yang berbentuk fizikal semata-mata sebagai matlamat dalam kehidupan. Pada asalnya, fahaman yang diutarakan oleh Epicurus meletakkan ketenangan jiwa sebagai puncak bagi segala kesenangan dengan menyeimbangkan keperluan jasmani dan rohani. Namun, ramai pihak yang berkepentingan telah menyalahertikan konsep ini dengan mengutarakan prinsip kesenangan tanpa keseimbangan jasmani dan rohani. Bersesuaian dengan itu ramai yang telah terpesong dan terus membudayakan kesenangan sebagai matlamat hidup. Lantaran itu, keinginan yang kuat untuk mendapatkan kesenangan duniawi telah menyebabkan mereka meletakkan agama sebagai penghalang kepada kehidupan yang menyeronokkan. Untuk itu, agama perlu dibuang jauh dari bayangan hidup mereka.

Teori egoisme yang dikatakan oleh ahli falsafah barat adalah bertentangan dengan nilai akhlak Islam yang sebenar. Sekiranya sikap mementingkan diri lebih diutamakan dalam teori ini, Islam pula menganjurkan sikap tolong menolong dan persaudaraan sesama insan. Ini telah dijelaskan oleh Allah dalam al-Quranul Karim: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu yang berselisih dan bertaqwalah kamu kepada Allah agar kamu mendapat rahmat. ( Surah al-Hujurat ayat:10)

Ayat ini menegaskan bahawa setiap muslim adalah bersaudara dan hal ini diperkuatkan lagi dengan larangan Rasulullah s.a.w terhadap permusuhan sesama muslim. Ini kerana sikap egois dalam masyarakat hanya akan mengundang persengketaan apabila individu sering mengutamakan kepentingan diri tanpa memikirkan keadaan orang lain. Rasulullah s.a.w menekankan betapa pentingnya membangunkan persaudaraan dalam Islam supaya sikap mementingkan diri diketepikan. Baginda juga menyebut dalam sabdanya yang bermaksud, Allah akan menolong hambaNya selagi hamba itu menolong saudaranya. Ini bermakna individu yang lebih mementingkan diri sendiri dan mengabaikan kepentingan orang lain tidak akan mendapat belas kasih daripada Allah.

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 28

Dalam teori egoisme ini seseorang individu akan melakukan apa sahaja yang akan mendatangkan keuntungan dan kekayaan kepada mereka. Mereka menganggap harta kekayaan dan kelebihan pada diri mereka adalah hak mutlak dan menjadi milik persendirian. Mereka tidak sesekali mempertimbangkan keadaan orang lain yang memerlukan pertolongan dan ihsan daripada mereka. Berbeza dengan ajaran Islam yang menetapkan zakat untuk membantu dan memberi kebajikan kepada orang memerlukan. Zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian harta tertentu kepada orang tertentu dengan syarat tertentu. Zakat juga berperanan untuk menjalankan tanggungjawab sosial ekonomi untuk membantu golongan yang memerlukan bagi menjamin kelangsungan hidup yang lebih baik. Kesannya, persaudaraan itu wujud dan sikap egois dapat disingkirkan. Masyarakat akan hidup tolong menolong dan bersatu padu bagi melahirkan suasana yang aman dan berkasih sayang.

Teori Kant yang lebih memberikan fokus kepada falsafah moral individu dan juga menyentuh sedikit falsafah moral sosial, lebih mementingkan jiwa dan rohani yang bersih dalam kehidupan. Teori moral Kant menegaskan kepentingan tekad atau niat yang baik dalam melakukan sesuatu tindakan. Kesenangan dan kegembiraan akan menjadi lebih bermoral sekiranya didahului dengan tekad yang baik. Sudah menjadi tugas setiap insan di dunia untuk menjalankan tanggungjawab moral mengikut maxim yang betul bagi mencapai matlamat yang telah ditentukan dalam hukum moral. Kant menolak pendekatan empirikal yang berasaskan kajian saintifik semata-mata dalam mencapai matlamat. Justeru itu, bagi usaha membangunkan jati diri insan ke arah yang lebih bermoral dan beretika, pendidikan moral haruslah diterapkan dalam sistem persekolahan baik secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Berbeza pula dengan fahaman eksistensialisme yang lebih bersifat individu dan mementingkan kewujudan manusia daripada pembentukan manusia itu sendiri. Manusia sebagai seorang individu diberikan kebebasan dalam menentukan kehidupan sendiri tanpa terikat dengan sebarang peraturan dan etika. Namun begitu, kebebasan yang diberi tidak

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 29 semestikan menjadi tiket kepada individu untuk bertindak jahat atau kejam. Ini kerana individu itu akan bertanggungjawab terhadap setiap tindakan yang dibuat dan tidak boleh menyalahkan orang lain atau alam sejagat sekiranya mereka memilih jalan hidup yang salah yang membawa kepada keburukan. Pembangunan insan yang berteraskan ilmu wahyu iaitu al-Quran dan al-Sunnah dapat melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penerapan nilai-nilai akhlak tidak sewajarnya diterapkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sahaja waima perlu merentasi kurikulum. Usaha murni ini tidak boleh disandarkan kepada guru semata-mata sebaliknya semua pihak wajar berkolaborasi dan menggembeleng tenaga ke arah pembentukan nilai modal insan kelas pertama.

RUJUKAN

Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa. 1987. Falsafah dan Konsep Pendidikan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 30 Achmad Charris Zubair. Tinjauan Moral dan Kultural Terhadap Hedonisme di Kalangan Generasi Muda (pautan atas talian pada 3 Mac 2009) http://filsafat.ugm.ac.id/downloads/artikel/hedonisme.pdf

Al Syaibaniy, Umar. 1979. Falsafah Pendidikan Islam (terj). Selangor: Hizbi. Barrow, R. 1975. Moral Philosophy for Education. London: George Allen & Unwin Ltd. Existentialism is humanism (pautan atas talian pada 11 Mac 2009) http://www.marxists.org/reference/archive/sartre/works/exist/sartre.htm Dr. Amini Amir Abdullah. Pembangunan Insan Menurut Perspektif Islam Hadhari. Seminar Peningkatan Kepimpinan Amal Islami, Malaysia pada 18 September Anjuran Yayasan Mac Dakwah Islamiah 2009). Johnson, R. 2004. Kants Moral Philosophy. Stanford Encyclopedia of Philosophy. http://plato.stanford.edu/entries/kant-moral/ (pautan atas talian pada 20 Februari 2009). Kant, I. 1785. Fundemental Principles of the Metaphysic of Morals. (translated by Thomas Kingsmill Abbott). http://philosophy.eserver.org/kant/metaphys-ofmorals.txt (pautan atas talian pada 20 Februari 2009). Kerner, G.C. 1990. Three Philosophical Moralists: Mill, Kant and Sartre: An Introduction to Ethics. Oxford University Press. Paton, H.J. 1948. The Moral Law. London: Hutchinson & Co. Ltd. Prof Dato. Dr. Abdul Rahman Embong. Pembangunan Insan dalam Agenda Pembangunan Negara. Pembentangan di Seminar Kebangsaan Psikologi Pembangunan Komuniti ISM-UKM 20-21 Disember 2006, di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. 2004.

http://www.pic.upm.edu.my/artk/pimpih.pdf (pautan atas talian pada 12

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 31 http://pkukmweb.ukm.my/~psiko/BM/Abdul%20Rahman%20Embong.pdf Straton-Lake, P. 2000. Kant, Duty and Moral Worth. London: Routledge. Syarifah Alwiah Al Sagof.1985. Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann Asia.

Anda mungkin juga menyukai