Anda di halaman 1dari 3

Terdapat beberapa hadis yang boleh kita gunakan bagi meneliti maksud pukul.

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmidzi, Abu Daud, Nasar dan Ibn Majah, pukul yang terdapat di dalam ayat tersebut adalah pukul yang tidak boleh meninggalkan kesan (ghayr mubarrih). Tabari dan Razi pula meriwayatkan bahawa pukulan tersebut hanyalah satu aksi simbolik dan hanya dilakukan dengan berus gigi atau sapu tangan. Imam Shafie juga berpendapat bahawa aksi memukul haruslah dijauhkan sama sekali. Walau bagaimanapun, tiada satupun riwayat atau ayat al-Quran yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah memukul isteri-isterinya. Malah terdapat banyak riwayat yang menceritakan keprihatinan Baginda dalam perhubungan suami isteri dan sifat kasih sayang Baginda. Teladan daripada junjungan besar Rasulullah SAW Kita boleh belajar daripada teladan rumahtangga Rasulullah SAW. Antaranya : Nabi pernah jatuh tersungkur, ditolak isterinya. Isteri itu kemudiannya dimarahi ibunya (mertua Nabi), dengan dijawab Nabi, Biarlah, dia akan berbuat lebih daripada itu. Nabi tidak pula bertindak memukul isteri yang menolak Baginda hingga tersungkur. Isteri Nabi pernah tepis pinggan madu yang menghantar makanan kepada Nabi, tapi Nabi tidak rotan tangan isteri yang menolak pinggan. Dendanya cuma menggantikan pinggan yang pecah. Isteri-isteri Nabi pernah bertengkar (gaduh), berbalas-balas kata hingga keluar perkataan kotor, tapi Nabi tidak pula menampar muka isteri. Tidak pula Nabi tempelak isterinya sambil berkata, Tak soleh guna perkataan kotor. Nabi pulang lewat dan pintu rumah berkunci dan Nabi tidur di luar rumah. Tidak pula Nabi menghempas-hempas pintu atau mengejutkan isteri supaya buka pintu. Suatu hari Nabi tanya isteri, ada apa-apakah untuk dimakan pada hari itu, tetapi isterinya menjawab tiada apa-apa (untuk dimakan), lalu Nabi beritahu isteri yang baginda akan berpuasa saja. Tak adalah pula Nabi mengamuk-amuk marahkan isteri

Rasulullah SAW sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, Mengapa engkau memukul isterimu? Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukullah dia. Aku tidak bertanyakan alasanmu, sahut Nabi SAW. Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anak

Tiada satupun riwayat atau ayat al-Quran yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah memukul isteri-isterinya. Malah terdapat banyak riwayat yang menceritakan keprihatinan Baginda dalam perhubungan suami isteri dan sifat kasih sayang Baginda. Diceritakan dalam al-Quran, Nabi Ayub pernah Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, Dan (Kami perintahkan lagi kepadanya): Ambillah dengan tanganmu seikat jerami kemudian pukullah (isterimu) dengannya dan janganlah engkau merosakkan sumpahmu itu. Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar; dia adalah sebaik-baik hamba; sesungguhnya dia sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadatnya). (Surah Shaad, 44)

Daripada ayat di atas, dapatlah kita ketahui bahawa Nabi Ayub pernah memukul isterinya. Itupun kerana dia telah bersumpah atas nama Allah. Daripada ayat ini juga, dapatlah juga kita ketahui bahawa Nabi Ayub pernah memukul isterinya dengan batang jerami. Itulah satu-satunya ayat yang membenarkan lelaki memukul isterinya, sebuah kisah, dan yang paling penting pukulannya menggunakan batang jerami sahaja, bukan tangan, kaki, kayu dan lain-lain lagi. Dalam satu buku kisah Nabi yang saya baca (terbitan al-Hidayah), ayat di atas menterjemahkannya sebagai segenggam rumput atau seikat rumput dan bukan batang jerami. Apa-apapun, kedua-dua senjata ini tidak mungkin menyakitkan yang kena pukul, apatah lagi memudaratkan atau mencederakannya. Cuba kita ambil batang jerami atau segenggam/ikat rumput dan pukul diri kita sendiri. Agak-agak kita, apa rasanya? Kebanyakan suami hari ini, memukul isteri mengikut seruling syaitan, sesedap tangan, sesedap kaki. Adakah mereka mengikut garis panduan bagaimana hendak memukul isteri? Itupun kalau perkataan daraba = pukul. Kalau tafsirnya lain? Nasiblah tangan dan kaki itu kena soal di akhirat nanti. Sebelum pukul, adakah suami menilaikan diri sendiri sama ada dia layak memukul isteri? Sebelum pukul, sudahkah beri isteri nasihat? Adakah suami beri hukuman memulau (pisah) tempat tidur? [NB : Hah.. bab pisah tempat tidur ini tak mahu pula. Siap simbah isteri dengan asid lagi sebab isteri tak mahu satu tempat tidur dengan suami.] Bila kita sebut pukul, bermakna kena hayun tangan, sedangkan mungkin pukul yang dibenarkan hanya dengan pergelangan tangan. Para ulama berpendapat terdapat beberapa syarat ketika mempraktikkan kaedah memukul bagi tujuan mendidik isteri. Bagi suami yang ingin mengajar isterinya, pukulan yang dibolehkan hanya sekadar mengangkat tangan tanpa membuka ketiak dan dilarang sama sekali menampar muka isteri. Pukulan hanya dibolehkan pada bahagian yang terlindung bagi menjaga air muka isteri malahan harga diri suami. Hem... bukan pukul sampai biru situ lebam sana birat sini, ya.... Sesuai dengan rutin kehidupan berumahtangga, selisih faham dan tersilap adalah perkara yang biasa berlaku. Bererti, suami tidak berhak menampar isteri. Suami tidak berhak menumbuk. Suami tidak berhak memukul isteri menggunakan apa juga benda yang boleh mendatangkan kesan sakit yang melampau. Daripada Abdullah bin Zamah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, Jangan memukul salah seorang kamu akan isteri kamu seperti memukul seorang hamba abdi kemudian menjimaknya (i.e. menyetubuhinya) pula pada akhir hari (i.e. malam hari). (Hadis riwayat Bukhari dalam bab Kitan Nikah) Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah SAW menyebut yang bermaksud, Tergamakkah seseorang kamu memukul isteri sepertimana memukul seorang hamba abdi, kemudian dia memeluknya pula, tidakkah dia (suami) merasa malu? (Hadis riwayat Ibnu Saad) Panduan dalam hadis ini adalah suatu larangan dan satu sindiran yang halus kepada suami yang memukul isterinya. Adalah memalukan suami kalau memukul isterinya kerana sesuatu pada siang harinya dengan pukulan yang berat, dan kemudian ketika tiba malam hari, dia bercengkerama dan bercumbu-cumbuan dengan isterinya untuk menyetubuhinya pula! Pergaulan Rasulullah SAW dengan isterinya disulami dengan keadilan, makruf dan taqwa, sejajar dengan firman Allah Taala yang bermaksud, Dan mereka itu (para wanita) mempunyai hak seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang patut. (Surah al-Baqarah ayat 228) dan Dan bergaullah dengan mereka menurut cara yang patut. (Surah an-Nisaa ayat 19). Sesungguhnya ia adalah keadilan dalam hak dan kewajipan. Kamu memberi makan kepadanya apa yang kamu makan, memberi pakaian kepadanya sama seperti apa yang kamu pakai, jangan kamu memukul mukanya dan jangan menghinanya, jangan kamu berpisah dengannya kecuali dalam rumahnya

sahaja. Suami diberi laluan untuk memukul isterinya kerana suatu salah laku, tetapi memukul untuk mengajar bukan untuk mencederakan atau memudharatkannya, iaitu dengan meninggalkan bekas pada tubuhnya atau mencacatkan tubuh badannya. Selain itu, suami ditegah memukul isterinya pada bahagian mukanya. Ini berdasarkan satu hadis daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, Apabila salah seorang di antara kamu bertengkar dengan saudaranya maka hendaklah dia menghindari dari memukul di bahagian muka. (Sahih Muslim No 4723) Memukul untuk mengajar atau menghukum lain dari memukul untuk membalas dendam atau ketika marah. Seelok-eloknya memukul atau menghukum JANGANLAH ketika marah. Namun, berapa ramaikah yang mengambil inisiatif mengawal emosi ketika membuat pukulan? Daripada Abi Bakrah r.a. katanya : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu memutuskan hukuman di antara dua orang dalam keadaan marah. (Sahih Muslim hadis no. 3241) Kalau betul pun isteri itu layak dipukul, apa kesalahannya? Sebab tegur suami balik jauh-jauh pagi buta? Sebab isteri tegur suami supaya jangan minum arak? Sebab isteri tegur suami jangan pergi dangdut? Sebab isteri tegur suami jangan berjudi? Sebab isteri tegur suami jangan langgan pelacur? Adakah itu satu kesalahan yang melayakkan isteri dipukul? Di dalam ayat yang disebut di atas tadi (Surah an-Nisaa' 34), jelas mengatakan pukullah, JIKA isteri tersebut nusyuz sahaja. Nusyuz bermaksud engkar suruhan suami dan dengan syarat suruhan atau perintah suami tidak melanggar hukum syarak. Ini bermakna, suami tidak berhak memukul isteri yang menasihatinya suaminya ke arah kebaikan. Suami tidak berhak memukul isterinya yang menuntut haknya sebagai isteri dan hak anak-anak. Pukulan yang bagaimanakah dibenarkan syarak? Tampar? Tempeleng? Tumbuk? Terajang? Sepak? Ganyang? Tibai? Bantai? Hempuk ke dinding atau lantai? Simbah asid? Tetak jari? Bukan sedikit kes keganasan rumahtangga sehingga kes isteri keguguran pun ada! Jangan begitu... Disebabkan terlalu ramai suami yang zalim dan sewenang-wenangnya bertindak melampaui batas, maka sebab itulah ada pula Akta Keganasan Rumahtangga... Walaupun Islam membenarkan suami memukul isteri, tindakan ini masih tertakluk kepada syaratsyarat yang ketat dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Secara psikologi, tindakan suami memukul isteri akan meninggalkan kesan luka yang mendalam kepada jiwa isteri [NB : tanpa mengira sama ada pukulan itu ringan atau berat]. Pukulan yang dibenarkan pula hanya harus digunakan di dalam situasi yang keterlaluan dan jika si suami pasti bahawa tindakan tersebut akan memperbaiki keadaan. Jika terdapat kekhuatiran bahawa tindakan tersebut akan memburukkan lagi keadaan atau menyebabkan huru-hara ke atas keluarga, maka tindakan itu harus dijauhi. Suami wajib menasihati isteri. Sekiranya perkara ini gagal, maka orang tengah harus dilantik untuk cuba membaiki keadaan. Sebaiknya, mereka lantik orang tengah untuk mendamaikan mereka. Islam tidak membenarkan kekerasan dan tidak membiarkannya berlaku. Orang tengah yang dilantik haruslah dipersetujui antara suami isteri dan tidak berat sebelah. Perkara ini juga adalah arahan surah an-Nisaa ayat 35 dan 128. Sekiranya keharmonian rumahtangga masih belum diperoleh maka suami bolehlah mengasingkan dirinya dari tempat tidur. Perkara ini juga merupakan masa bagi pasangan untuk menyejukkan keadaan dan diri masing-masing. Apabila proses yang tersebut telah dituruti oleh suami maka selalunya adalah tidak perlu bagi suami untuk memukul isteri. Ini adalah kerana suami tidak lagi dikuasai dengan perasaan marah dan boleh mengawal dirinya untuk berfikiran rasional.

Anda mungkin juga menyukai