Anda di halaman 1dari 21

PENGENALAN KEPADA EKONOMI Objektif Selepas mempelajari unit ini anda diharap akan dapat : Menerangkan Definisi Ekonomi

Menerangkan Analisis Ekonomi Dalam Bentuk Analisis Positif Dan Analisis Normative Menerangkan Perbezaan diantara Ekonomi Mikro Dan Ekonomi Makro dan menjelaskan konsep-konsep asas ekonomi dan kaitannya dengan ilmu ekonomi Menerangkan Konsep Kekurangan, Pilihan Dan Kos Lepas Mengetahui dan mengenalpasti Masalah Asas Ekonomi Mengenalpasti dan Membezakan sistem-sistem ekonomi dan kaedah yang digunakan untuk mengatasi masalah-masalah asas ekonomi PENGENALAN Apakah itu ekonomi? Perkataan ekonomi sering didengar dan ianya merupakan salah satu topik utama yang diperbincangkan oleh media massa. Di dalam unit ini kita akan membincangkan definisi ilmu ekonomi konsep-konsep dan masalah asas, bidang ekonomi serta sistem-sistem ekonomi. Perkataan ekonomi berasal daripada Yunani iaitu perkataan OIKAU bermaksud isirumah dan NOMOS bermaksud peraturan. Alfred Marshall mendefinisikan ekonomi sebagai satu kajian tentang manusia dalam kehidupan seharian (kajian mengenai kekayaan dan manusia). Loinel Robbins mentakrifkan ilmu ekonomi sebagai satu sains yang mengkaji gelagat manusia sebagai satu kaitan di antara kehendak dan sumber terhad yang mempunyai kegunaan alternatif. Milton Friedman pula mendefinisikan ekonomi sebagai sains yang mengkaji bagaimana satu masyarakat tertentu menyelesaikan permasalahan ekonominya yang wujud akibat sumber terhad bagi memenuhi kehendak yang tidak terbatas. Umumnya, definisi ekonomi adalah mengkaji tingkah laku (gelagat) manusia di dalam membuat pilihan menggunakan sumber ekonomi (faktor-faktor pengeluaran) yang terhad untuk memaksimumkan kehendak-kehendak atau kepuasan mereka yang tidak terbatas. Oleh itu, ilmu ekonomi akan mengkaji bagaimana individu serta masyarakat membuat pilihan di dalam memperuntukkan faktor-faktor pengeluaran yang terhad bagi tujuan pengeluaran, pertukaran dan penggunaan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak mereka yang tidak terhad. Contoh: setiap individu hanya mempunyai masa 24 jam sehari, maka kita perlu memperuntukkan masa yang terhad tersebut untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang dipilih yang dapat memenuhi kehendak kita. Adakah anda ingin memiliki sebuah kereta mewah, rumah banglo, percutian yang menarik dan mempunyai banyak wang?. Sudah pasti jawapannya ya!. Tetapi adakah kita mampu memperolehi kesemuanya?. Mungkin sebahagian daripadanya, tetapi sifat manusia tidak pernah berasa puas hati dengan apa yang ada, iaitu kehendak manusia adalah tidak terhad. Walau bagaimanapun sumber-sumber pengeluaran di dalam ekonomi adalah terhad serta banyak kegunaannya. Maka ini akan menyebabkan manusia perlu untuk membuat pilihan di dalam memenuhi kehendak mereka.

KATEGORI EKONOMI Di dalam mempelajari ilmu ekonomi sama ada mikroekonomi ataupun makroekonomi, kita hendaklah memahami perbezaan di antara pernyataan positif dan normatif. Kedua-dua penyataan ini kerapkali didapati di dalam analisis ekonomi. Ekonomi Positif Ekonomi positif adalah kajian ekonomi yang bersifat objektif. Ia merupakan satu bidang yang cuba menjawap persoalan apa dia atau apa yang akan terjadi? di mana ia memperkatakan mengenai hubungan sebab akibat yang boleh diuji. Ia cuba memahami kelakuan dan operasi sesuatu sistem ekonomi tanpa melibatkan pertimbangan nilai. Kenyataannya berasaskan fakta yang menerangkan apakah yang sebenarnya berlaku atau akan berlaku di mana fakta ini boleh dibuktikan secara empirikal serta bersifat lebih objektif. Dalam kata lain, ia merujuk kepada apa yang sebenarnya telah berlaku, sedang berlaku atau akan berlaku dan menyatakan maklumat sebenar serta menentukan perhubungan antara pemboleh ubah ekonomi. Contoh : apabila permintaan meningkat, tanpa sebarangan perubahan di dalam penawaran akan menyebabkan harga meningkat. Kebenaran sesuatu pernyataan positif boleh dibuktikan atau dinafikan secara saintifik melalui pengumpulan maklumat atau data. Sekiranya pernyataan positif ini boleh dibuktikan salah menerusi kajian empirikal, maka kenyataaan tersebut dikenali sebagai kenyataan bolehuji. Ekonomi Normatif Ekonomi normatif berkaitan dengan apa yang dipercayai sepatutnya dilaksanakan dan dalam bentuk yang kebenarannya tidak mudah disahkan atau dinafikan. Ia merupakan kajian yang bersifat subjektif akibat dipengaruhi oleh aspek pertimbangan nilai ataupun value judgement sama ada baik atau buruk (dalam bentuk pendapat) mengenai apa yang sepatutnya telah berlaku, sedang berlaku atau akan berlaku. Ia mengkaji mengenai mengapa di mana ia menjelaskan mengenai pertimbangan nilai dan pendapat yang tidak boleh diuji. Kenyataan normatif tidak boleh dibuktikan atau dinafikan kebenarannya serta boleh menimbulkan pelbagai tanggapan dan pandangan berdasarkan pelbagai golongan individu. Bila berlaku pertentangan atau pertelingkahan yang berpunca daripada perbezaan nilai, maka pertentangan ini akan diselesaikan melalui saluran politik. Ini kerana analisis ekonomi tidak dapat memberi jawapan kepada soalan nomatif. Ini kerana analisis ekonomi hanya boleh menunjukkan kesan berkaitan langkah-langkah yang diambil dan kosnya tetapi ia tidak boleh menentukan apa yang patut dipilih oleh masyarakat tanpa menjelaskan dahulu matlamat masyarakat. Contohnya peningkatan harga ayam merupakan tekanan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Tetapi kenaikan harga ayam ini tidak memberi kesan kepada golongan yang berada. Contoh kedua, pemberian subsidi kepada petani merupakan suatu langkah yang patut dan adil. Perkataan patut dan adil adalah suatu yang melibatkan pertimbangan nilai kerana penilaian terhadap perkataan tersebut adalah berbeza di antara seseorang dengan seseorang yang lain. Ceteris Paribus Perkataan Latin yang bermakna faktor-faktor lain adalah tetap atau tidak berubah.

BIDANG EKONOMI Apa yang kita pelajari sebelum ini adalah merupakan konsep-konsep asas dalam ilmu ekonomi. Secara umumnya bidang kajian ekonomi dibahagikan kepada dua iaitu mikroekonomi dan makroekonomi. Mikroekonomi Mikroekonomi merupakan satu cabang ekonomi yang mengkaji mengenai perlakuan pengguna dan pengeluar mengenai penggunaan dan pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Ia mengkhususkan kepada kajian perlakuan unit-unit ekonomi atau unit pembuat keputusan. Terdapat 3 unit asas pembuat keputusan iaitu isi rumah, firma dan kerajaan. Isi rumah adalah pemilik faktor-faktor pengeluaran dan menawarkannya ke firma. Sebagai ganjaran, sektor isirumah akan menerima upah, bunga, sewa dan untung sebagai pendapatan. Sebahagian dari pendapatan yang diterima akan dibelanjakan dan sebahagian lagi akan disimpan. Firma pula adalah sebuah organisasi yang bertujuan untuk mengeluarkan barangan-barangan dan perkhidmatan. Manakala kerajaan merupakan unit pembuat keputusan yang penting dalam ekonomi moden. Peranan kerajaan adalah melalui badan-badan kerajaan untuk tujuan pengagihan pendapatan dan faktor-faktor pengeluaran secara cekap. Fokusnya adalah ke atas harga dan keluaran sesuatu barangan dan perkhidmatan dan bagaimana pasaran berinteraksi bagi menentukan peruntukan sumber yang berkurangan di antara kepelbagaian kegunaan. Hubungan antara isi rumah dan firma secara tidak langsung melibatkan pasaran, iaitu pasaran barangan dan pasaran faktor. Ianya ditunjukkan di rajah 1.5. Rajah 1.5: Hubungan Di antara Isi rumah dan Firma

Pasaran Barangan Output Output Isi Rumah Input Firma Ouput

Input

Pasaran Faktor

Input

Melalui pasaran barangan, harga output ataupun keluaran akan ditentukan. Wujud beberapa teori yang dibincangkan di dalam mikroekonomi. Kajian bagaimana proses penentuan tingkat harga dan kuantiti barangan dijalankan di pasar dikenali sebagai teori harga.

Teori Harga ini membincangkan mengenai teori permintaan, teori penawaran dan teori kelakuan pengguna. Teori permintaan dan teori penawaran menerangkan mengenai interaksi di antara pengguna dan pasaran barangan dan perkhidmatan bagi menentukan tingkat harga dan kuantiti barangan. Teori kelakuan pengguna pula menerangkan mengenai perlakuan pengguna dalam pemilihan barangan dan perkhidmatan yang boleh memaksimumkan tingkat kepuasan mereka. Bagi penentuan harga dan penggunaan faktor pengeluaran, kajian mikroekonomi menjelaskannya dalam teori agihan. Teori Pengeluaran Dan Teori Kos pula menerangkan mengenai perlakuan pengeluar yang rasional dalam membuat keputusan pengeluaran terutamanya melibatkan peruntukan perbelanjaan dan pengeluaran keluaran yang boleh memaksimumkan keuntungan. Teori Firma pula menjelaskan mengenai gelagat pengeluar atau firma dalam membuat pilihan mengenai input-input pengeluaran yang digunakan bagi proses pengeluaran keluaran dan ia berhubung kait dengan objektif firma dalam memaksimumkan keuntungan. Secara amnya masalah asas mikroekonomi ialah bagaimana untuk memperuntukkan faktorfaktor pengeluaran secara efektif dan menentukan harga-harga relatif melalui kuasa permintaan dan penawaran. (kajian di dalam unit yang lebih kecil iaitu individu dan firma) Makroekonomi Teori makroekonomi pula menerangkan kegiatan sesuatu ekonomi secara keseluruhan ataupun agregat dan bukan bahagian-bahangan kecilnya. Persoalan yang dikaji adalah meliputi isu-isu seperti contoh, pengangguran, inflasi, imbangan pembayaran, pendapatan negara dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Ia menumpukan perhatian kepada masyarakat secara kumpulan di mana ia melihat kesan daripada keseluruhan tindakan isirumah, pengusaha, kerajaan dan kegiatan perdagangan antarabangsa kepada tingkat kegiatan ekonomi secara keseluruhannya. Secara amnya makroekonomi memberikan satu gambaran yang lebih menyeluruh dan global mengenai sesebuah ekonomi. Teori Makroekonomi juga bertujuan untuk menjelaskan : 1. 2. Mengapa faktor-faktor prngrluaran tidak selalu digunakan secara cekap di dalam ekonomi yang diatur oleh mekanisme pasaran. Menjelaskan langkah-langkah yang seharusnya dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah pengangguran dalam penggunaan faktor-faktor pengeluaran.

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menganalisis : 1. 2. Menunjukkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya peningkatan harga dan kaedah bagi mengatasi masalah ini. Menunjukkan keadaan yang harus dicipta agar faktor-faktor pengeluaran yang bertambah dari setahun ke setahun dapat digunakan dengan cekap.

KONSEP-KONSEP ASAS EKONOMI Kehendak manusia adalah tidak terhad. Ahli ekonomi melihat fakta ini sebagai suatu masalah kerana wujud perbezaan antara kehendak manusia ke atas barangan dan perkhidmatan yang tidak terhad dengan sumber ekonomi yang terhad. Keadaan ini mewujudkan masalah ekonomi berpunca daripada masalah kekurangan yang menyebabkan pilihan perlu dibuat seterusnya kos lepas perlu dihadapi. Berdasarkan kepada apa yang akan dikaji oleh ilmu ekonomi, maka adalah penting bagi kita untuk mengetahui konsep-konsep asas ini secara terperinci. 1. Kekurangan

Merujuk kepada keadaan di mana barangan dan perkhidmatan yang dapat dihasilkan oleh sesebuah ekonomi adalah kurang daripada jumlah yang diminta oleh masyarakat. Masalah ini wujud akibat daripada kehendak manusia yang tidak terhad berbanding dengan faktor-faktor pengeluaran yang terhad di mana faktor-faktor pengeluaran tersedia ada hanya mampu memenuhi sebahagian kehendak-kehendak manusia sahaja. Individu kekurangan sumber pendapatan atau wang yang terhad Firma kekurangan dari sudut faktor-faktor pengeluaran atau sumber ekonomi yang terhad Kerajaan kekurangan dari sudut sumber hasil iaitu cukai atau sumber kewangan 2. Pilihan

Disebabkan ketidakseimbangan di antara kehendak manusia dan faktor-faktor pengeluaran yang tersedia untuk memenuhinya, maka firma atau masyarakat perlu membuat pilihan. Bagi setiap individu atau pengguna, pilihan akan dibuat dengan cekap berdasarkan keutamaan masing-masing sama ada memenuhi penggunaan masa kini atau penggunaan masa depan bertujuan untuk memaksimumkan kepuasan yang diterima. Manakala bagi pengeluar akan melakukan pemilihan mengenai penggunaan input-input pengeluaran berdasarkan kepada pilihan yang paling cekap bagi memaksimumkan keuntungan ataupun meminimumkan kos. Individu pilihan terhadap barangan yang hendak dibeli kerana pendapatan terhad Firma pilihan terhadap kaedah pengeluaran yang cekap bagi pengeluaran barangan kerana sumber terhad Kerajaan pilihan terhadap projek-projek pembangunan yang hendak dijalankan memberi kebajikan maksimum 3. Kos Melepas

Kos lepas adalah nilai faedah yang boleh diperoleh atau alternatif kedua terbaik yang mesti dilepaskan semasa membuat pilihan. Ia ditanggung oleh pengguna atau pengeluar apabila ia menolang keputusan terbaik. Apabila kita membuat pilihan bermakna, kita hanya boleh memperoleh satu benda atau benda lain tetapi bukan kedua-duanya menyebabkan wujud kos melepas, iaitu jumlah barangan yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barangan yang dipilih. Sebagai contoh katakan anda mempunyai wang RM50.00 sahaja. Anda ingin membeli sebuah buku Ekonomi dan sebuah Novel di mana kedua-duanya beharga RM50.00 setiap satu. Sekiranya anda memutuskan untuk membeli buku Ekonomi, maka anda tidak dapat memiliki Novel. Oleh yang demikian, kos melepas bila apabila membeli buku Ekonomi adalah sebuah novel. Masalah piliham dan kos melepas ini tidak akan timbul sekiranya anda mempunyai jumlah wang yang tidak terhad. Konsep-konsep asas yang telah dibincangkan di atas akan diterangkan dengan menggunakan gambarajah Keluk Kemungkinan Pengeluaran.

SUMBER-SUMBER EKONOMI @ FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN Merupakan sumber yang tersedia ada di alam dan boleh digunakan bagi pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Sejauh manakah sesebuah masyarakat dapat menghasilkan barangan dan perkhidmatan adalah bergantung kepada faktor-faktor pengeluaran yang sedia ada. Faktor-faktor pengeluaran terbahagi kepada empat kategori iaitu: 1. Tanah dan sumber asli Merangkumi segala pemberian alam semula jadi iaitu meliputi tanah, berbagai jenis galian (minyak dan gas), hasil hutan (kayu kayan), hasil lautan dan sumber-sumber alam seperti matahari, air dan tanah. 2. Buruh Terdiri daripada sumbangan manusia dalam bentuk kepakaran fizikal, kemahiran atau mental dalam proses pengeluaran. Jumlah buruh dalam ekonomi serta kemahiran yang dimiliki oleh mereka. Kemahiran dan pendidikan tenaga buruh dibahagikan kepada tiga golongan: 1. Buruh tidak mahir: buruh yang tidak mempunyai pendidikan, latihan & kemahiran. 2. Buruh separa mahir : buruh yang memperoleh pendidikan, latihan & kemahiran tertentu. 3. Buruh mahir: mereka mempunyai pendidikan tinggi dan latihan. 3. Modal Merujuk kepada input tahan lama/kekal yang dikeluarkan oleh manusia yang boleh digunakan sebagai input bagi tujuan proses pengeluaran bagi menghasilkan barangan atau perkhidmatan. Ia terdiri daripada jentera, bangunan, wang, kenderaan dan kemudahan infrastruktur lainnya seperti kilang. 4. Usahawan Kebolehan dan kemahiran seseorang individu atau sekumpulan individu dalam menguruskan sesuatu perusahaan pengambil risiko, berinovasi, penyelaras, dan pembiaya perniagaan. Ia memiliki kemahiran dan kebolehan untuk menjalankan perniagaan atau perusahaan dengan cekap dan menguntungkan. Fungsinya adalah untuk menggabungkan berbagai faktor pengeluaran secara efektif untuk mengeluarkan berbagai jenis barangan dan perkhidmatan.

KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN Keluk Kemungkinan Pengeluaran merupakan keluk yang menunjukkan tingkat maksimum kombinasi dua barangan atau perkhidmatan yang boleh dikeluarkan dengan sumber-sumber yang sedia ada pada tingkat teknologi tertentu. Ia menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran yang boleh diwujudkan oleh masyarakat atau negara berasaskan faktor-faktor pengeluaran yang sedia ada pada tahap teknologi yang tertentu. Penerbitan Keluk Kemungkinan Pengeluaran dapat digunakan untuk menjelaskan masalah asas ekonomi iaitu masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas. Untuk menerangkan keluk kemungkinan pengeluaran, beberapa andaian diperlukan seperti berikut: 1. Ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh. Guna tenaga penuh merujuk kepada penggunaan sepenuhnya faktor-faktor pengeluaran yang sedia ada. Oleh itu pengeluaran di dalam ekonomi adalah pada tahap maksimum. 2. Ekonomi hanya menghasilkan dua jenis barangan sahaja. 3. Tingkat teknologi adalah tetap 4. Kuantiti dan kualiti sumber ekonomi adalah tetap

Tahap teknologi adalah tetap Jumlah faktor-faktor pengeluaran adalah tetap, tetapi gabungannya boleh diubah untuk menghasilkan barangan yang sesuai dengan kehendak masyarakat. Berasaskan kepada andaian-andaian di atas, masyarakat atau negara mempunyai beberapa kombinasi pilihan seperti di dalam Jadual 1 dibawah

Jadual 1 : Jadual Keluk Kemungkinan Pengeluaran


Kombinasi Output A B C D E F Barangan Perkilangan 0 1 2 3 4 5 Barangan Makanan 15 14 12 9 5 0 Pengorbanan barangan makanan untuk mendapatkan barangan perkilangan. -1 -2 -3 -4 -5

Jadual 1 menunjukkan wujud enam gabungan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barangan perkilangan dan makanan. Sekiranya masyarakat memilih untuk menggunakan kesemua faktor pengeluaran yang sedia ada untuk mengeluarkan 15 unit barangan makanan dan tiada barangan perkilangan, ini ditunjukkan oleh titik A. Sebaliknya jika masyarakat ingin menghasilkan 5 unit barangan perkilangan, ini ditunjukkan oleh titik F di mana tiada pengeluaran barangan makanan. Kombinasi B, C, D dan E menunjukkan masyarakat menggunakan sebahagian daripada faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barangan makanan dan sebahagian lagi untuk mengeluarkan barangan perkilangan. Berasaskan jadual di atas, satu keluk kemungkinan pengeluaran boleh dilukis seperti ditunjukkan oleh Rajah 1. Paksi mendatar menunjukkan barangan perkilangan yang dikeluarkan, dan paksi menegak menunjukkan pengeluaran barangan makanan. Rajah 1 : Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Barangan makanan

15 A 14 12 9

B C D G N

F 5

Barangan Perkilangan

Keluk AF adalah keluk kemungkinan pengeluaran yang menggambarkan berbagai kombinasi barangan makanan dan perkilangan yang boleh dikeluarkan oleh sebuah ekonomi apabila semua faktor2 pengeluaran digunakan sepenuhnya. Sebarangan titik di atas atau di kiri keluk iaitu di kawasan OAF seperti dititik G adalah merupakan kombinasi2 keluaran yang boleh dihasilkan. Walau bagaimanapun titik G menunjukkan keadaan di mana berlakunya pengeluaran yang tidak maksimum di mana wujud faktor2 pengeluaran yang tidak digunakan sepenuhnya seperti wujudnya masalah pengangguran di dalam sesebuah ekonomi.

Bagi kombinasi pengeluaran yang berada diluar atau di sebelah kanan kawasan OAF, sebagaimana titik N, ia menggambarkan tingkat pengeluaran yang tak mungkin dicapai oleh sesebuah ekonomi berdasarkan kepada jumlah faktor pengeluaran (kekurangan faktor pengeluaran) dan tahap teknologi yang sedia ada. Pergerakan di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran iaitu pergerakan di antara kombinasi di titik A ke F menunjukkan pilihan yang perlu dilakukan oleh masyarakat bagi kombinasi pengeluaran barangan perkilangan dan barangan makanan yang maksimum yang boleh dihasilkan. Contoh pergerakan dari titik A ke B, di mana pertambahan 1 unit barangan perkilangan menyebabkan 1 unit barangan makanan terpaksa dikurangkan. Ini bermakna kos melepas bagi meningkatkan 1 unit barangan perkilangan adalah 1 unit barangan makanan. Begitu juga apabila kita beralih dari pilihan B ke C, kita meningkatkan pengeluaran 1 unit barangan perkilangan (menjadi 2 unit) tetapi kita terpaksa melepaskan 2 unit barangan makanan. Akhirnya, apabila pengeluaran barangan perkilangan terus ditingkatkan, pengeluaran barangan makanan yang harus dikurangkan semakin bertambah. Kecerunan keluk kemungkinan pengeluaran boleh mengambarkan masalah kos melepas kerana ia merujuk kepada jumlah barangan dan perkhidmatan yang terpaksa dilepaskan bagi meningkatkan jumlah pengeluaran barangan lain. Oleh itu, semakin banyak sesuatu barangan (barangan perkilangan) dikeluarkan, semakin tinggi kos melepas dalam bentuk barangan makanan. Ini ditunjukkan oleh keluk kemungkinan pengeluaran yang berbentuk cembung apabila dilihat dari titik asalan. Hubungan Keluk Kemungkinan Pengeluaran Dengan Kos Melepas Hubungan keluk kemungkinan pengeluaran dengan kos melepas ditunjukkan oleh kecerunan keluk kemungkinan pengeluaran. Kecerunan keluk kemungkinan pengeluaran diukur oleh nilai kadar transformasi marginal (MRT) bagi satu barangan dengan barangan lain. Kadar transformasi marginal ini mengukur kos melepas mengeluarkan barangan X atau berapa banyak barangan Y yang harus dilepaskan bagi memperoleh tambahan satu unit barangan X. Ia diperoleh melalui : MRTXY =

Bentuk keluk kemungkinan pengeluaran ditentukan oleh jenis kos melepas sama ada kos melepas meningkat atau kos melepas malar. Kos Melepas Meningkat Ditunjukkan melalui keluk kemungkinan pengeluaran yang cembung keluar dari pusat kordinat di mana pengurangan sesuatu barangan sentiasa bertambah bagi mendapatkan tambahan satu unit barangan lain. Ia ditunjukkan sebagaimana dalam jadual 1 dan rajah 1. Contoh : pergerakan dari titik A ke B, di mana pertambahan 1 unit barangan perkilangan menyebabkan 1 unit barangan makanan terpaksa dikurangkan di mana kos lepas untuk mendapatkan tambahan 1 unit barangan perkilangan adalah 1 unit barangan makanan. Namun apabila peralihan dari titik B ke C di mana peningkatan pengeluaran 1 unit barangan perkilangan (menjadi 2 unit) mengakibatkan 2 unit barangan makanan terpaksa dilepaskan. Kos Melepas Malar Walau bagaimanapun adakalanya dalam analisis ekonomi diandaikan bahawa kos melepas adalah malar, iaitu kos melepas adalah tetap walaupun terdapat pertambahan sesuatu barangan yang dikeluarkan.

Keluk kemungkinan pengeluaran bagi kos melepas malar adalah bergaris lurus seperti dalam rajah 2. Apabila berlaku peningkatan pengeluaran 1 unit barangan perkilangan, sebanyak 2 unit barangan makanan terpaksa dilepaskan.

Rajah 2 : Keluk Kemungkinan Pengeluaran Bagi Kos Melepas Malar


Barangan Makanan A B

Barangan Perkilangan

Contoh : apabila berlakunya pergerakan dari titik A ke B, peningkatan 1 unit barangan perkilangan akan menyebabkan 2 unit barangan makanan terpaksa dilepaskan, begitu juga pergerakan dari titik B ke C. Oleh itu jumlah barangan makanan yang dilepaskan untuk mendapatkan 1 unit barangan perkilangan sentiasa sama, iaitu 2 unit. Di dalam jangka panjang keluk kemungkinan pengeluaran akan mengalami perubahan, iaitu ia akan beralih ke kanan. Peralihan tersebut disebabkan oleh faktor-faktor berikut: 1. Pertambahan faktor-faktor pengeluaran.

Pertambahan jumlah faktor pengeluaran seperti pertambahan penduduk, kemasukan modal asing dan penemuan sumber galian baru akan meningkatkan pengeluaran maksimum masyarakat atau negara seterusnya mengakibatkan keluk kemungkinan pengeluaran beralih secara selari ke kanan dari kedudukan asal. Ini ditunjukkan oleh rajah 3, iaitu keluk kemungkinan pengeluaran beralih dari AB ke CD.

Rajah 3: Kesan Pertambahan Faktor Pengeluaran Ke atas Keluk Kemungkinan Pengeluaran.


Barangan makanan C A

D Barangan Perkilangan

2.

Kemajuan Teknologi.

Kemajuan teknologi juga mengubah keluk kemungkinan pengeluaran di mana ia terbahagi kepada lima kesan sebagaimana berikut :

1. Kemajuan teknologi menyebabkan pertambahan pengeluaran barangan perkilangan tetapi pengeluaran barangan makanan tidak berubah. Keadaan ini ditunjukkan oleh peralihan keluk kemungkinan pengeluaran dari AB ke AC seperti di rajah 4 (a).

Rajah 4 (a) : Kesan Kemajuan Teknologi Ke atas Keluk Kemungkinan Pengeluaran.


Barangan Makanan

C
Barangan Perkilangan

2. Kemajuan teknologi menyebabkan pertambahan pengeluaran pengeluaran barangan makanan tetapi pengeluaran barangan perkilangan tidak berubah. Ini menyebabkan keluk kemungkinan pengeluaran beralih dari AB ke BC seperti di rajah 4 (b).

3. Rajah 4 (b) : Kesan Kemajuan Teknologi Ke atas Keluk Kemungkinan Pengeluaran.


Barangan Makanan

C A

Barangan Perkilangan

3. Kemajuan teknologi menyebabkan pertambahan pengeluaran yang sama dalam pengeluaran barangan perkilangan dan makanan. Ini ditunjukkan oleh keluk kemungkinan pengeluaran beralih ke kanan dari AB ke CD seperti di rajah 4 (c ).

Rajah 4 (c) : Kesan Kemajuan Teknologi Ke atas Keluk Kemungkinan Pengeluaran. C


Barangan Makanan

Barangan Perkilangan

10

4. Kemajuan teknologi menyebabkan pertambahan pengeluaran barangan perkilangan lebih besar berbanding pertambahan pengeluaran barangan makanan. Ini ditunjukkan oleh peralihan keluk kemungkinan pengeluaran dari AB ke CD seperti di rajah 4 (d).

Rajah 4 (d) : Kesan Kemajuan Teknologi Ke atas Keluk Kemungkinan Pengeluaran.


Barangan Makanan

C A (d)

Barangan Perkilangan

5. Kemajuan teknologi menyebabkan pertambahan pengeluaran barangan makanan lebih besar berbanding pertambahan pengeluaran barangan perkilangan. Ini menyebabkan keluk kemungkinan pengeluaran beralih dari AB ke CD seperti di rajah 4 (e).

Rajah 4 (e) : Kesan Kemajuan Teknologi Ke atas Keluk Kemungkinan Pengeluaran. C


Barangan Makanan

A (e)

Barangan Perkilangan

MASALAH-MASALAH ASAS EKONOMI. Daripada konsep-konsep asas dalam ekonomi yang kita pelajari sebelum ini, wujud tiga masalah asas yang dihadapi oleh sesebuah ekonomi akibat kehendak manusia yang tidak terhad dan sumber ekonomi yang terhad iaitu: 1. Apakah jenis barangan yang hendak dikeluarkan dan berapa banyak?

Masalah berkaitan apakah jenis barangan yang hendak dikeluarkan dan berapa banyak yang harus dikeluarkan wujud disebabkan oleh masalah kekurangan sumber-sumber pengeluaran bagi mengeluarkan semua barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat. Disebabkan ketidakseimbangan antara kehendak manusia yang tiada batasan dan faktor pengeluaran yang terhad seperti penawaran untuk barangan ekonomi, maka masyarakat perlu membuat pilihan bagi menentukan jenis dan jumlah sesuatu barangan atau perkhidmatan yang hendak dikeluarkan serta jenis barangan atau perkhidmatan yang sanggup dilepaskan pada satu ketika berdasarkan mekanisme harga. Pemilihan ini akan menentukan corak peruntukan faktorfaktor pengeluaran untuk berbagai kegiatan ekonomi. Masalah ini sangat berkait dengan konsep kos melepas. Berapa banyak barangan yang hendak dikeluarkan bergantung kepada permintaan pasaran. Jika permintaan banyak, pengeluaran ditambahkan dan sebaliknya, jika permintaan jatuh, pengeluaran akan dikurangkan.

11

2.

Bagaimana cara mengeluarkan barangan tersebut?

Selepas memilih dan menetukan jenis dan kuantiti barangan yang hendak dikeluarkan, firma perlu membuat keputusan mengenai bagaimana cara mengeluarkan barangan yang paling cekap. Terdapat beberapa kaedah pengeluaran sama ada secara intensif buruh, intensif modal atau intensif teknologi untuk mengeluarkan barangan dengan kos yang paling minimum supaya dapat mencapai untung yang maksimum. Biasanya firma akan memilih cara pengeluaran yang paling cekap, melibatkan kos yang paling minimum serta daya pengeluaran yang tinggi. Firma juga harus menentukan gabungan sumber ekonomi yang harus digunakan bagi mengeluarkan barangan dan perkhidmatan tersebut dan ia seharusnya kaedah yang paling efisyen bagi meminimumkan kos pengeluaran dan memaksimumkan keuntungan. 3. Untuk siapakah barangan dikeluarkan?

Masalah yang seterusnya adalah bagaimana firma mengagihkan barangan yang dihasilkan kepada berbagai golongan yang berlainan. Aspek pengagihan adalah dikaitkan dengan bagaimana cara upah untuk buruh, sewa untuk tanah, bunga untuk modal dan keuntungan kepada pengusaha ditentukan. Masalah ini diselesaikan melalui corak pengagihan kekayaan dan pendapatan. PENGKLASAN BARANGAN Keluaran yang dihasilkan oleh ekonomi boleh digolongkan kepada benda material dan benda bukan material. Benda material dikenali sebagai barang-barang yang meliputi makanan, pakaian, pengangkutan dan lain-lain. Benda bukan material pula adalah meliputi perkhidmatan seperti guru, gunting rambut, dan lain-lain. Namun, ilmu ekonomi mengklaskan kedua-dua benda tersebut sebagai barangan. Umumnya, Barangan boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama iaitu i. Barang Percuma, Barangan Ekonomi & Barang Perantara ii. Barang Pengeluar & Barang Pengguna iii. Barang Awam & Barang Persendirian Barangan percuma ialah barangan yang ditawarkan oleh alam semula jadi dengan percuma di mana jumlahnya tidak terhad dan tidak memerlukan kos untuk memperolehinya meliputi barangan semulajadi yang diwujudkan oleh alam seperti udara, cahaya matahari, angin, air hujan dan lain-lain. Oleh itu, kos melepas bagi barangan percuma adalah sifar. Barangan ekonomi iaitu barangan yang mempunyai penawaran yang terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad. Oleh itu penggunaan barangan ini melibatkan harga dan kos melepas. Barangan ekonomi terbahagi kepada dua iaitu 1. Barangan pengguna atau barang akhir ialah barangan yang dihasilkan oleh sesebuah firma bagi kegunaan pengguna dan ia tidak akan digunakan untuk mengeluarkan barangan lain. Contoh : rumah, kereta dan kelengkapan diri dan sebagainya. 2. Barangan pengeluar atau barangan modal ialah barangan yang dihasilkan oleh sesebuah firma bukan untuk keperluan pengguna tetapi akan digunakan semula sebagai faktor-faktor pengeluaran oleh firma lain dalam pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan. Contoh : jentera dan mesin, peralatan pejabat dan lain-lain..

12

Barangan perantara ialah barangan yang mesti diproses semula sebelum ia boleh dijadikan barangan akhir dan barangan siap. Contohnya adalah barang mentah. Barangan awam pula iaitu barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan ianya boleh digunakan oleh semua pihak tanpa sebarang bayaran. Apabila sesuatu barangan awam digunakan oleh seseorang individu, ia tidak boleh menghalang orang lain daripada menggunakannya. Contoh : lampu lalu lintas, taman rekreasi, jalan raya, lampu jalan dan perkhidmatan radio dan television. Barangan Persendirian ialah barangan yang dimiliki oleh seseorang individu dan ia tidak boleh dinikmati oleh pihak lain tanpa memperoleh kebenaran daripada pemiliknya. Apabila barangan persendirian ditawarkan kepada seseorang individu, individu lain tidak boleh menikmatinya. Contoh : kereta, rumah, televisyen dan lain-lain. Pengklasan Mengikut Kepentingan dan Fungsi Barang Mesti adalah barangan yang diperlukan bagi kehidupan individu setiap hari. Contoh : makanan & tempat tinggal. Barang Biasa pula adalah barangan yang membolehkan individu hidup dengan lebih selesa dan sempurna. Ia meliputi pakaian, kenderaan dan sebagainya. Barangan bawahan pula adalah barangan yang mempunyai kualiti yang rendah dan biasanya diminta oleh orang miskin. Contohnya adalah beras hancur (beras nasional), pakaian terpakai dan pondok buruk. Barangan Mewah adalah barangan yang mempunyai kualiti yang baik dan tinggi serta dapat menunjukkan kemewahan seseorang individu. Contohnya : Kereta Mewah, Jam Rolex, Pakaian Berjenama, Rumah Besar dan lain-lain. Barang Pengganti ialah barangan yang dapat menggantikan fungsi barangan lain bagi sesuatu tujuan seperti susu getah asli vs susu getah tiruan, majerin vs mentega. Barang Penggenap ialah barangan yang selalu digunakan bersama-sama barangan lain bagi tujuan yang sama. Contoh : susu dan milo.

SISTEM EKONOMI Secara umumnya terdapat lima sistem ekonomi. Sistem Ekonomi Sara diri Sistem ini merupakan satu sistem di mana setiap keluarga hanya menghasilkan barangan keperluan sendiri. Keluaran utamanya ialah makanan dimana daya pengeluaran dan pengetahuan teknologi adalah rendah. Kegiatan ekonomi dilakukan berdasarkan adat resam serta kebiasaan masyarakat tersebut.

13

Sistem Ekonomi Pasaran Bebas/Kapitalis . Sistem ini juga dikenali sebagai sistem ekonomi kapitalis atau laissez-faire. Di dalam sistem ekonomi ini, penglibatan dan campur tangan kerajaan di dalam membuat keputusan ekonomi adalah minimum, manakala individu dan sektor swasta memainkan peranan yang penting serta mempunyai kebebasan dalam menentu dan melaksanakan aktiviti ekonomi yang hendak dilakukan. Keputusan-keputusan ekonomi yang dibuat oleh masyarakat adalah diasaskan kepada kuasa permintaan dan penawaran yang berperanan sebagai mekanisme pasar dalam menentukan harga, jenis, jumlah dan untuk siapa barangan itu dikeluarkan. Dalam sistem ini, faktor pengeluaran dan kekayaan ekonomi dimiliki oleh individu atau pihak swasta. Oleh itu terdapat kebebasan yang luas dalam menentukan cara penggunaanya dan setiap kegiatan ekonomi dijalankan berdasarkan kepada kepuasan yang maksimum. Bagi pengguna adalah untuk memaksimumkan kepuasan manakala bagi pengeluar untuk memaksimumkan keuntungan. Di dalam sistem ekonomi bebas ini, segala masalah asas ekonomi ditentukan oleh mekanisme harga (satu sistem di mana pengeluar dan pengguna akan menentukan masalah apa yang hendak dikeluarkan , berapa banyak dan bagaimana) iaitu keseimbangan permintaan dan penawaran di pasaran bebas adalah diselesaikan oleh mekanisme pasar menerusi kuasa permintaan dan penawaran manakala soalan bagaimana hendak dikeluarkan adalah ditentukan oleh persaingan di antara pengeluar-pengeluar. Oleh itu kaedah pengeluaran yang paling cekap dan kos pengeluaran yang minimum merupakan pilihan utama. Sistem mekanisme pasar di pasaran faktor akan menentukan untuk siapa barangan-barangan itu dikeluarkan. Dalam pasaran ini pengagihan pendapatan adalah dibuat seperti upah kepada buruh, sewa kepada tanah, bunga kepada modal dan untung kepada pengeluar. Sistem mekanisme pasar yang diamalkan dalam pasaran bebas akan menwujudkan kecekapan yang tinggi serta mempunyai kebebasan di dalam melakukan sebarangan kegiatan ekonomi. Walau bagaimanapun beberapa kelemahan serta ketidakadilan timbul seperti wujudnya kuasa monopoli yang mana akan mendorong kerajaan untuk campurtangan secara lebih aktif di dalam kegiatan ekonomi. Contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi ini adalah US, Kanada, Britain, Perancis, Itali dan Jerman. Ciri-ciri sistem ekonomi kapitalis Setiap individu berhak memilik, memindah milik dan menggunakan sumber ekonomi Hak milik persendirian terhadap sumber ekonomi Setiap individu mempunyai kuasa mutlak dalam membuat pemilihan mengikut cita rasa dan kemampuan, Kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi, kebebasan menentukan jenis pekerjaan dan kebebasan membuat pilihan. Pemaksimuman pendapatan, keuntungan dan kepuasan adalah penggalak yang menentukan prestasi ekonomi Persaingan sempurna di dalam pasaran dan industri Campurtangan dan kawalan oleh kerajaan sangat terhad di dalam membuat keputusan dan menjalankan aktiviti ekonomi Barangan modal digunakan secara extensive Tingkat pengkhususan dan kecekapan yang tinggi di dalam mengendalikan serta menjalankan aktiviti ekonomi. Buruh mempunyai kebebasan mobiliti sama ada mobiliti geografi atau mobilati pekerjaan

14

Kekuatan Sistem Ekonomi Kapitalis Masalah asas ekonomi diselesaikan oleh sistem harga tanpa kawalan kerajaan kerana ia berfungsi secara automatik mengikut perubahan dalam ekonomi. Masalah apa, berapa dan bagaimana sesuatu barangan dikeluarkan ditentukan oleh pengeluar dan pengguna melalui mekanisma harga. Mekanisma harga dapat menghasilkan kecekapan peruntukan sumber kerana masalah lebihan permintaan dan lebihan penawaran diatasi melalui perubahan harga. Harga ditentukan oleh kuasa permintaan & penawaran. Pengguna akan lebih cekap memilih barangan @ perkhidmatan yang dapat memberi kepuasan yang maksimum manakala firma yang nermotifkan keuntungan akan mencari kaedah @ teknik pengeluaran yang paling cekap. Kapitalis memberikan banyak insentif kepada pengguna, pengeluar dan pemilik sumber ekonomi untuk menggunakan sumber yang mereka ada sebaik mungkin (efficiently). Tahap kebebasan dan persaingan yang tinggi menggalakkan pengeluar lebih berinovasi, menggunakan teknologi moden dan sanggup mengambil risiko di dalam mengendalikan perniagaan dan ekonomi. Ekonomi berada pada tahap kecekapan yang tinggi. Kelemahan Sistem Ekonomi Kapitalis Mungkin menyebabkan jurang perbezaan di antara golongan kaya dan golongan miskin semakin besar. Tidak menjamin guna tenaga penuh dapat dicapai - Mungkin menyebabkan berlakunya pengangguran dan inflasi yang berterusan. Pengagihan yang tidak mencukupi bagi barangan dan perkhidmatan awam. Mungkin kapitalisme tidak akan selalu menunjukkan keputusan kecekapan ekonomi di dalam pengeluaran. Mungkin akan menghasilkan kesan sosial yang tidak sepatutnya pencemaran atau kesesakan. Ketiadaan sekatan kerajaan memungkinkan firma-firma bebas menjalankan aktivitiaktiviti haram dan berbahaya seperti penyeludupan, pelacuran dan penjualan senjata.

Sistem Ekonomi Perancangan Pusat Sistem ini juga dikenali sebagai sistem ekonomi sosialis, sistem ekonomi terancang, sistem komunis atau sistem ekonomi terkawal. Sistem ekonomi ini juga lebih dikenali sebagai command economy atau ekonomi perintah. Dalam sistem ini, kerajaan mengawal dan menentukan segala kegiatan ekonomi sepenuhnya di mana kerajaan akan menentukan segala kegiatan ekonomi dan menyelasaikan persoalan apa, berapa, bagaimana dan untuk siapa sesuatu barangan ataupun perkhidmatan itu dikeluarkan. Dalam sistem ini individu tidak mempunyai kebebasan, hak dan kuasa untuk memiliki faktor pengeluaran serta tiada kebebasan dan hak untuk menentukan aktiviti ekonomi yang diingini. Agihan faktor-faktor pengeluaran mementingkan kebajikan masyarakat dan keselamatan negara. Dengan adanya kawalan penuh dari kerajaan, maka masalah pengagihan pendapatan tidak setara tidak akan timbul dan pertumbuhan ekonomi adalah lebih stabil kerana kerajaan akan memastikan tiada masalah pengangguran dan inflasi yang ketara. Walau bagaimanapun, keputusan yang dibuat oleh kerajaan berkemungkinan tidak tepat dan ini akan menjejaskan kebajikan masyarakat.

15

Di samping itu tiada daya saingan dan motivasi di antara individu kerana mereka telah dijamin mendapat keperluan asas. Kesannya daya pengeluaran negara adalah rendah dan ekonomi dalam sistem ini akan ketinggalan . Contoh negara yang mengamalkannya adalah Korea Utara, China, Cuba dan Vietnam. Ciri-ciri sistem ekonomi Perancangan Pusat Pemilikan sumber oleh awam tidak wujud kebebasan pemilikan harta & faktor-faktor pengeluaran. Keputusan ekonomi (apa, berapa dan bagaimana) ditentukan oleh kerajaan melalui unit ekonomi perancangan pusat. Masalah apa dan berapa banyak yang hendak dikeluarkan ditentukan oleh kerajaan mengikut keperluan masyarakat secara keseluruhan manakala pengguna tidak mempunyai kuasa membuat pilihan bagi memaksimumkan keuntungan. Masalah bagaimana hendak mengeluarkan sesuatu barangan ditentukan oleh unit-unit pengeluaran kerajaan berdasarkan faktor-faktor pengeluaran berkos rendah dan cekap. Maslah untuk siapa sesuatu barangan dikeluarkan ditentukan berdasarkan agihan pendapatan di mana kerajaan menentukan melalui agihan berasaskan harga. Mekanisme harga digunakan sangat minimum, terhad dan tidak penting dalam menyelesaikan masalah ekonomi kerajaan menentukan agihan dengan menentukan harga. Pembahagian pendapatan yang lebih seimbang berbanding sistem ekonomi lain bermotif keadilan masyarakat & bukan keuntungan. Kekuatan sistem Perancangan Pusat Mempromosikan keadilan sosial Tiada masalah pengangguran dan kemelesetan yang serius. Kelemahan sistem Perancangan Pusat Tidak memberikan tahap kehidupan yang tinggi kepada masyarakat. Kekurangan insentif menyebabkan ketidakcekapan ekonomi. Kedaulatan pengguna tidak wujud dalam sistem ekonomi Perancangan Pusat. Pembaziran sumber ekonomi.

Sistem Ekonomi Campuran Sistem ekonomi campuran merupakan satu sistem ekonomi di mana pihak kerajaan dan individu membuat keputusan bersama bagi mengatasi masalah-masalah asas ekonomi. Sistem ini merupakan gabungan di antara sistem pasaran bebas dan sistem perancangan pusat. Di dalam sistem ini peranan kerajaan adalah penting di samping peranan pihak swasta. Campurtangan kerajaan diperlukan untuk mengatasi masalah kelemahan atau kekurangan yang berlaku dalam sistem pasaran bebas namun individu masih mempunyai kebebasan menentukan kegiatan ekonomi yang ingin diceburi dan memiliki faktor-faktor pengeluaran di bawah kawalan kerajaan. Contoh: Daging ayam adalah merupakan salah satu dari jenis makanan yang biasa didapati di Malaysia. Harga dan kuantiti daging ayam ditentukan oleh mekanisme pasar iaitu permintaan dan penawaran untuknya. Tetapi sekiranya harga terlalu tinggi di mana golongan yang berpendapatan rendah tidak mampu membelinya, maka campurtangan kerajaan diperlukan bagi mengawal kenaikan harga yang keterlaluan seperti mengenakan harga kawalan ke atas daging ayam.

16

Tujuan utama campurtangan kerajaan di dalam sistem ekonomi campuran adalah untuk menjamin supaya agihan pendapatan adalah lebih setara dan menstabilkan ekonomi. Di dalam sistem ini tiga persoalan asas ekonomi akan diselesaikan secara bersama oleh pihak kerajaan dan persendirian. Di antara negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran adalah negara Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Sebab-Sebab Campur Tangan Kerajaan Dalam Ekonomi 1. 2. 3. 4. 5. Wujud kuasa monopoli dalam sesetengah industri sehingga tingkat kebajikan golongan miskin diabaikan. Pengagihan pendapatan yang tidak setara dalam sistem ekonomi pasaran bebas. Kekurangan galakan dalam pengeluaran barangan awam Ketidakstabilan kegiatan ekonomi seperti inflasi dan deflasi sering berlaku. Terdapat perbezaan antara keuntungan individu dengan keuntungan sosial.

Bentuk-Bentuk Campur Tangan Kerajaan Dalam Ekonomi 1. Kerajaan akan campur tangan dalam perusahaan penting seperti air, elektrik, kereta api, pengangkutan udara, telekomunikasi dan lainnya agar tingkat kebajikan keseluruhan masyarakat terjamin. Kerajaan menjalankan beberapa dasar seperti dasar fiskal dan dasar kewangan bagi memastikan aktiviti ekonomi berfungsi dengan stabil. Kerajaan mengubal undang-undang dan peraturan bagi mengatur dan meninggikan kecekapan aktiviti ekonomi dan menggalakkan wujudnya persaingan bebas dalam ekonomi. Kerajaan melaksanakan dasar cukai dan pemberian subsidi bagi menstabilkan harga keluaran dan memastikan aktiviti ekonomi beroperasi berterusan dengan cekap. Penentuan harga maksimum dan minimum bertujuan untuk menstabilkan harga pasaran dan memastikan pengguna tidak tertindas (harga maksimum) sementara pengeluar memperoleh keuntungan (harga minimum).

2. 3.

4. 5.

Ciri-Ciri Sistem Ekonomi Campuran Kerjasama antara kerajaan dan swasta dalam membuat keputusan dalam kegiatan ekonomi. Kerajaan menyediakan barang awam seperti pertahanan, kesihatan, keselamatan dan kemudahan infrastruktur asas manakala swasta memiliki dan menguruskan industri pembinaan, pembuatan dan sebagaimannya dengan motif memperoleh keuntungan. Sektor swasta bebas memiliki harta aset dan sumber-sumber pengeluaran. Namun, kerajaan mengawal penggunaan sebahagian sumber pengeluaran agar kesejahteraan dan kebajikan masyarakat tidak terjejas. Contoh : sumber petroleum, air, gas asli dan kayu balak dikawal oleh kerajaan. Sektor swasta bebas memilik dan menggunakan penggunaan teknik dan teknologi pengeluaran tertentu manakala pengguna bebas memilih jenis barangan yang akan dibeli. Mekanisma harga memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi dengan syarat ia tidak membebankan masyarakat.

17

Sistem Ekonomi Islam Sistem ekonomi Islam berlandaskan kepada konsep Tauhid yang menjelaskan hubungan manusia dan Tuhan. Sebagai satu peraturan hidup yang lengkap dan sempurna seperti yang digariskan dalam Al Quran dan Hadis, Islam mempunyai sistem sosial, politik, ekonomi dan kebudayaan yang tersendiri dan bersepadu. Berteraskan konsep tauhid, segala kegiatan ekonomi dilaksanakan mengikut syariat Islam dan tujuan utama adalah untuk memenuhi tuntutan ibadah. Dalam sistem ini pemilikan harta adalah bebas tetapi pengagihannya mestilah adil yang mana sistem zakat diwajibkan ke atas mereka yang berkemampuan supaya jurang pemisahan di antara golongan berada dengan golonga yang tidak berada boleh dikurangkan. Individu dan juga pengeluar bebas untuk melakukan aktiviti ekonomi tetapi mestilah selaras dengan tuntutan syariat Islam. Barangan-barangan keperluan asas yang penting perlu diberi keutamaan khususnya barangan yang mempunyai kepentingan sosial. Sistem ekonomi Islam menyelesaikan masalah apa dan berapa banyak yang hendak dikeluarkan menerusi sistem mekanisme pasar. Walau bagaimanapun barangan-barangan yang dikeluarkan mestilah barangan-barangan yang dibenarkan oleh Islam. Masalah bagaimana untuk dikeluarkan adalah berdasarkan asas kecekapan iaitu menerusi persaingan antara pengeluar tetapi Islam melarang kaedah pengeluaran yang merosakkan alam sekitar seperti pencemaran udara. Penyelesaian masalah untuk siapa barangan itu dikeluarkan adalah diselesaikan oleh pengagihan pendapatan dalam masyarakat dan sistem zakat.

Kegagalan Sistem Ekonomi Konvensional


1. Kegagalan kapitalis untuk mempromosikan keadilan sosial terdapat jurang perbezaan pendapatan yang besar di antara golongan kaya dan miskin. Kapitalis juga gagal menyelesaikan masalah sosial masyarakat masyarakat semakin bersifat ke arah individualistik, bebas, dan materialistik. Sosialis menafikan hak kebebasan masyarakat dan penduduk untuk memilih, menentukan dan berbuat sesuatu. Terdapat kekurangan barangan dan perkhidmatan yang berterusan bagi memenuhi kepuasan penduduk, malah keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan rumah amat sedikit disediakan menimbulkan masalah sosial dan moral. Di dalam sistem ekonomi campuran, hutang awam meningkat akibat perbelanjaan kerajaan, kekurangan barangan dan perkhidmatan terutamanya yang diperlukan oleh golongan berpendapatan rendah seperti rumah kos rendah.

2.

3.

4.

5.

Falsafah Asas Sistem Islam Definisi suatu kajian yang melihat tingkah laku (gelagat) manusia berasaskan prinsip syarak untuk mendapatkan, mengguna, dan menguruskan sumber-sumber ekonomi dengan baik bagi dirinya dan masyarakat secara material dan spiritual untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. Menurut Nejatullah Siddiqi (1981), kepercayaan utama sistem ekonomi Islam adalah berasaskan kepada :

18

i.

Hubungan manusia dengan Penciptanya, Allah s.w.t. Secara istilahnya disebut sebagai Tawhid iaitu kepercayaan, kefahaman, prinsip pegangan yang menyatakan bahawa Allah s.w.t. Itu adalah Pencipta, Pentadbir sekalian alam. Surah Al-Ankabuut ayat 61, maksudnya, Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhlukmakhluknya)? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahnya)? Hubungan manusia dengan manusia. Hubungan manusia dengan alam semulajadi sekelilingnya. Tujuan kehidupan manusia di dunia ini.

ii. iii. iv.

Tugas dan tanggungjawab seorang Muslim

1. Peranan Manusia sebagai Khalifah


Manusia diciptakan ke dunia ini dengan tujuan dan misi, dalam konteks ekonomi sebagai pemegang amanah sumber-sumber yang dikurniakan oleh Allah. Sebagai pemegang amanah manusia perlu menggunakan sumber yang dikurniakan sebaik- baiknya, pada jalan/cara yang betul dan mereka seterusnya mengambil langkah untuk memperkayakan sumber-sumber yang ada. Manusia perlu memastikan dirinya, semangatnya, kekayaan dan sumber yang dimilikinya sentiasa suci dan bersih melalui konsepTaz kiyah iaitu penyucian rohani dan mencapai standard moral yang tinggi bagi membolehkan manusia mencapaiAlFalah kebahagian/kejayaan di dunia dan di akhirat.Taz kiyah boleh dilakukan menerusi zakat, waqaf, dan sadaqah.

2. Peranan Manusia di dalam menguruskan sumber-sumber ekonomi


Di dalam Islam, sumber ekonomi tidak pernah kurang atau tidak mencukupi. Sumber yang dikurniakan oleh Allah adalah banyak dan melimpah ruah. Surah Ibrahim ayat 34, Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. Walaupun sumber yang ada sangat banyak, tetapi ia bukan dicipta dan diadakan tersedia untuk kegunaan manusia. Allah s.w.t. menciptakan sumber susah untuk diperolehi, dieksploitasi dan digunakan terus oleh manusia kerana Dia mahukan manusia supaya kuat bekerja dan sentiasa berusaha. Allah tahu jika Dia menciptakan semuanya mudah untuk diperolehi, manusia tidak akan menghargainya. Bahkan akan membazir dan menyalahgunakan sumber yang tersedia itu. Surah Al-Najm ayat 39, Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.

19

Surah Al-Qasas ayat 77, Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. Manusia terhad/kekurangan dari segi kebolehannya untuk mengawal, memiliki, mengeksploitasi dan menggunakan sumber yang dikurniakan Allah kepadanya. Akibatnya mereka perlu menentukan/memilih apa yang perlu dikeluarkan, bagaimana untuk mengeluarkan, dan bagaimana mengagihkannya supaya akhirnya nanti mendapat keberkatan Allah s.w.t. Surah Al-Humazah ayat 1-4, Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya. Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah". Kekurangan sumber bukanlah alasan utama aktiviti ekonomi. Ia disebabkan kekurangan kemahiran, pengetahuan teknikal dan perkara inilah yang menggerakkan manusia untuk menjalankan aktiviti ekonomi mereka.

3. Penyerahan Diri kepada Allah s.w.t


Bermaksud mematuhi perintah dan laranganNya dalam pelbagai sudut dan aktiviti kehidupan termasuk ekonomi, dan perniagaan. Surah Al-Anaam ayat 162, Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

4. Prinsip Persaudaraan dan Keadilan


Keadilan adalah objektif tunggal segala usaha individu, usaha sosial, dan usaha para intelektual. Keadilan merangkumi keadilan sosial, keadilan berpolitik, keadilan ekonomi, keadilan di antara sesama manusia, sesama individu, institusi dan negara. Sebagai saudara, seseorang Muslim mesti bekerjasama dan saling bantu membantu untuk memenuhi keperluan asas semua orang. Mereka perlu membangunkan potensi dan memperkayakan keseluruhan kehidupan.

Prinsip-Prinsip Sistem Ekonomi Islam Kebanyakan ekonomis Islam menggariskan tiga prinsip sistem ekonomi Islam:

1. keseimbangan di antara pemilikan persendirian dan pemilikan awam sumber ekonomi.


Di dalam Islam, kekayaan merujuk kepada semua perkara yang dicipta oleh Allah, oleh yang demikian, pemilik kekayaan ini adalah Allah. Manusia hanya diberikan pemilikan sementara kekayaan ini. Sebagai pemegang amanah kekayaan ini, manusia perlu menggunakan dan mengurusnya berdasarkan peraturan dan undang-undang Islam (Syariah). Pemilikan persendirian adalah di mana individu dibenarkan untuk memiliki sumber ekonomi dan kekayaan secara peribadi.

20

Walau bagaimanapun, sumber ini mesti digunakan untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan yang dibenarkan di dalam Islam mengikut hieraki keperluannya.

2. Pengawalan dan menghadkan kebebasan ekonomi


Islam tidak membenarkan kebebasan mutlak kepada pembuat keputusan dan unit ekonominya untuk menentukan apa, bagaimana dan kepada siapa untuk dikeluarkan. Di dalam Islam sistem ekonomi, pengeluar, pengguna, dan pemilik sumber ekonomi dipandu penuh oleh Syariah di dalam pengeluaran, penggunaan, dan pengagihan aktiviti dan membuat keputusan. Secara umumnya, mereka digalakkan untuk menjalankan aktiviti yang dibenarkan dan secara tegas mengelak untuk menjalankan aktiviti terlarang (berjudi, riba dan apa-apa jua aktiviti yang boleh merosakkan).

3. keperluan untuk campurtangan kerajaan


Di dalam Islam, kerajaan memainkan peranan penting di dalam menyediakan taraf kehidupan yang bersesuaian, kebajikan material ekonomi kepada setiap penduduk. Kerajaan perlu menyediakan sekurang-kurangnya secara minimum atau Kesimpulan Ilmu ekonomi mengkaji gelagat manusia untuk memenuhi kehendak-kehendaknya yang tidak terhad dalam keadaan faktor pengeluaran yang terhad. Beberapa konsep asas yang diberi penekanan iaitu masalah kekurangan, masalah pilihan dan kos melepas. Ketiga-tiga konsep ini berpunca dari ketidakseimbangan diantara kehendak manusia yang tidak terhad dan faktor pengeluaran yang terhad. Mikroekonomi mengkaji kelakuan individu, isi rumah dan firma secara tersendiri. Makroekonomi mengkaji kegiatan ekonomi secara keseluruhan ataupun agregat. Tiga masalah asas ekonomi iaitu: Apa dan Berapa yang patut dikeluarkan, Bagaimana cara mengeluarkannya dan Untuk Siapa dikeluarkan. Terdapat lima sistem ekonomi iaitu: Sistem Ekonomi Sara Diri, Sistem Ekonomi Pasaran, Sistem Ekonomi Perancangan Pusat, Sistem Ekonomi Campuran dan Sistem Ekonomi Islam Aktiviti 1. Berdasarkan kepada kehidupan harian anda, berikan contoh bagaimana pilihan dilakukan menggunakan faktor-faktor pengeluaran yang terhad untuk memenuhi kehendak anda yang tidak terhad. Bincangkan masalah kekurangan, masalah pilihan dan kos melepas berdasarkan kepada keluk kemungkinan pengeluaran. Berikan contoh pernyataan positif dan pernyataan normatif. Terangkan bagaimana sistem ekonomi pasaran bebas, sistem ekonomi perancangan pusat dan sistem ekonomi campuran mengatasi masalah Apa dan Berapa, Bagaimana untuk mengeluarkannya dan Untuk Siapa

2.

3. 4.

21

Anda mungkin juga menyukai