Anda di halaman 1dari 1

9.0 Kebersihan Fizikal dan Mental ? Kebersihan fizikal adalah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran.

Kebersihan mental pula adalah kebersihan pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. 9.1 Kebersihan Diri ? Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk menjamin kesejahteraan hidup. CIRI-CIRI ? Sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaian ? Mempunyai disiplin diri yang tinggi dan memastikan diri berada dalam keadaan yang bersih sepanjang masa ? Melaksanakan tanggungjawab ke atas diri sendiri ? Amalkan cara hidup yang sihat spt tidak berkongsi tuala dan berus gigi ? Mendapatkan rawatan dengan segera apabila tidak sihat/dijangkiti penyakit ? Menjalankan aktiviti luar bilik darjah seperti bersenam, bermain dan berekreasi ? Mengamalkan tabiat memakan makanan yang seimbang ? Tidak merokok 9.2 Kebersihan Persekitaran ? Pemeliharaan alam sekeliling supaya bebas daripada kekotoran dan pencemaran. CIRI-CIRI ? Bertanggungjawab menjaga persekitaran di mana-mana ? Berdisiplin dan gigih menjaga kebersihan persekitaran untuk mewujudkan suasana harmoni ? Bekerjasama menjalankan kempen kebersihan ? Mempunyai daya kreavitiviti untuk memelihara alam sekeliling ? Memastikan kelas sentiasa ceria

9.3 Pertuturan dan kelakuan yang sopan ? Pertuturan dan kelakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain ke arah mencapai kebersihan rohani dan jasmani CIRI-CIRI ? Tidak menyinggung perasaan orang lain ? Mementingkan kemesraan ? Bersopan dan berbudi bahasa ? Tidak bertutur dengan melanggar norma masyarakat ? Tidak angkuh/pandang rendah orang lain(apabila berbicara)

9.4 Pemikiran yang Sihat dan Membina ? Pandangan, cadangan, pendapat dan pemikiran yang bernas dan ikhlas yang harus dipupuk untuk kebaikan diri dan masyarakat. CIRI-CIRI ? Mempunyai daya usaha yang kuat ? Mempunyai kematangan berfikir, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah ? Mempunyai penaakulan yang bernas, logik, kritis dan membina keyakinan diri ? Berfikiran positif ? Tidak malu mengeluarkan pendapat

Anda mungkin juga menyukai