Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN Di dalam mengkaji dan menganalisis pelbagai dimensi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berdasarkan rujukan-rujukan, beberapa

istilah khusus banyak diguna pakai bagi tujuan pemahaman kepada unsur-unsur dan proses pelaksanaan pengajaran tersebut. Antaranya ialah istilah pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan aktiviti. Pemahaman terhadap setiap unsur tersebut adalah amat penting bagi memastikan seseorang guru itu mengetahui dan memahami apa yang dilakukannya dan bagaimana untuk mencapai objektif sesuatu pengajaran dan seterusnya mencapai matlamat pendidikan yang dirancang. KONSEP PENDEKATAN Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana untuk medekati sesuatu. Dalam konteks pengajaran, pendekatan lebih menjurus kepada pencapaian objektif jangka panjang sesuatu pelajaran itu. Daripada sudut ini, beberapa teori asas dalam pendididkan diguna pakai khususnya yang berkaitan dengan psikologi serta sifat semulajadi seseorang pelajar. Teori-teori tersebut yang didokong dan diamalkan secara berterusan akan menjadi pegangan para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan-pendekatan yang digunakan ini adalah lazimnya berdasar kepada teori-teori pendidikan yang dipelopori oleh tokoh tertentu dalam bidang psikologi dan pendidikan seperti Thorndike, Pavlov, Maslow , Skinner, Gestalt dan lain-lain lagi. Contohnya, Pendekatan Induktif dalam pengajaran adalah berdasarkan Model Pemikiran Induktif yang dicetuskan oleh Hilda Taba. Model ini, umpamanya memberi penekanan kepada pembentukan konsep ,interpretasi data serta aplikasi prinsip. Justeru itu, sesuatu pendekatan yang digunakan adalah bersifat aksiomatik atau dianggap betul sekalipun tanpa bukti tambahan sokongan. Bagi tujuan mencapai objektif jangka panjang berdasarkan pendekatan tertentu inilah, maka pelbagai strategi pengajaran diperlukan termasuk kaedah yang diguna pakai, teknik dan
1

aktiviti yang dirancang. Sementara itu juga, konsep pendekatan menurut Edward M. Anthony boleh dirumus kepada satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik iaitu kenyataannya adalah dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Beliau juga merumuskan pendekatan harus berlandaskan model, prinsip atau teori pembelajaran tertentu. Pendek kata, pendekatan dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya. Di dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, sesuatu pendekatan itu wujud berasaskan tanggapan-tanggapan dan pandangan yang berasaskan kepada falsafah pendidikan Islam itu sendiri. Ia menghuraikan sifat sesuatu mata pelajaran itu sendiri, selain pandangan, pendapat dan interpretasi terhadap falsafah pendidikan Islam. Ia juga tidak bergantung kepada pembuktian yang mutlak. Pendekatan dalam pendidikan Islam haruslah mencerminkan satu pandangan tentang hakikat satu matlamat pelajaran. KONSEP STRATEGI Strategi merujuk kepada kemampuan dan kebijaksanaan dalam memilih pendekatan serta perancangan teknik untuk mencapai sesuatu objektif. Dalam konteks pendidikan, terdapat beberapa elemen yang mempengaruhi strategi sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran iaitu kelas yang terlibat, kaedah yang diguna pakai oleh guru, alat-alat bantu pengajaran, pengetahuan sedia ada murid serta kepakaran guru terbabit. KONSEP KAEDAH Kaedah merupakan satu tindakan atau beberapa jenis tindakan yang bersistem, tersusun dan spesifik untuk mencapai sesuatu objektif jangka masa pendek. Terdapat banyak kaedah yang
2

popular diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya untuk pembelajaran bahasa seperti kaedah penyelidikan, kaedah sokratik dan kaedah projek. KONSEP TEKNIK Teknik pula adalah unit-unit kecil yang terkandung di dalam kaedah atau tingkah laku guru tersebut. Sesuatu teknik dapat dikenal pasti melalui 3 aspek tingkah laku guru iaitu: a. Aktiviti yang dijalankan. b. Perlakuan guru itu sendiri. c. Kemahiran yang ada padanya. Sebagai contoh, dalam kaedah bercerita, seseorang guru itu mungkin menggunakan teknik menimbulkan minat sebagai motivasi dan daya tarikan terhadap isi pelajaran atau teknik menyoal yang sering digunakan dalam aspek kefahaman. Selain itu, banyak lagi jenis teknik yang baik dan sesuai diguna pakai untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa arab seperti hafazan dan latih tubi, tunjuk cara, syarahan, soal jawab dan bercerita. Pemilihan teknik yang sesuai juga berkait rapat dengan tahap atau aras kemahiran objektif pelajaran. Jadual berikut menunjukkan hubungan antara aras sesuatu kemahiran yang disesuaikan dengan teknik mengajar. ARAS KEMAHIRAN Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

TEKNIK MENGAJAR Latih Tubi & Hafazan Syarahan Tunjuk Cara/Demonstrasi Penyoalan Perbincangan Sumbangsaran

KONSEP AKTIVITI Aktiviti pula adalah gabungan gerak kerja atau tindakan guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif yang ditentukan. Secara kesimpulannya, hubungkait antara pendekatan,strategi, kaedah dan aktiviti dapat dilihat berdasarkan rajah berikut :

KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan dengan sistematik bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, beberapa aspek penting perlu diambil kira dalam proses pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pendidikan Islam dan bahasa arab. Antaranya ialah kesesuaian aktiviti yang terkandung di dalamnya serta penerapan aspek nilai. Ini kerana dalam falsafah pendidikan Islam, pencapaian sesorang murid itu bukan hanya diukur berdasarkan keupayaan menguasai maklumat dan isi pelajaran yang terkandung dalam sukatan pembelajaran sahaja, sebaliknya pembangunan nilai sahsiah dalam diri dan aplikasi moral terhadap persekitaran mengikut acuan pendidikan Islam juga menjadi kriteria terhadap pencapaian seseorang pelajar. Oleh yang demikian, tidak semua kaedah adalah sesuai dalam konteks pendidikan bahasa arab yang amat berkait rapat dengan nilai tarbiah Islam. Aspek sejarah metodologi pengajaran dan penyebaran ilmu dalam Islam juga perlu diambil kira. Persoalan apakah kaedah yang digunapakai oleh para ulama salaf tidak relevan dengan suasana sekarang harus diteliti secara saksama dan jujur. Begitu juga dengan persoalan setakat mana tahap istiqamah, konsistensi dan konsentrasi pelajar dalam mempelajari bahasa Arab samada di peringkat awal, pertengahan mahupun di peringkat tinggi. Persoalan kesesuaian kaedah pembelajaran moden serta susun atur
4

fizikal sesebuah kelas pendidikan bahasa Arab era hari ini juga harus dikupas dengan jelas. Harus difahami bahawa mempelajari bahasa Arab jauh sekali perbezaannya dengan mempelajari bahasa Inggeris. Salah satu elemen yang penting untuk menguasai sesuatu bahasa itu ialah kemampuan bagaimana untuk berfikir dalam bahasa tersebut. Antara beberapa kaedah yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab ialah : a. KAEDAH TEMATIK (Tariqah Al Mauduiyah). Kaedah Tematik bermaksud proses sesuatu pengajaran itu adalah berasaskan satu idea besar sebagai tema sebelum dikembangkan kepada beberapa langkah kecil. Contohnya, dalam minggu pembelajaran tersebut, tema utama yang dipilih ialah berkaitan keluarga. Dalam satu slot pengajaran, ia boleh dipelbagaikan seperti nama anggota keluarga, aktiviti keluarga, perbualan bersama keluarga dan sebagainya. Bagi satu tajuk seperti keluarga ini, semua cabang pembelajaran Bahasa Arab boleh dipraktikkan melaluinya samada dari segi nahu (tatabahasa), maqal (penulisan) atau mutholaah. Di samping itu ia juga boleh dikaitkan dengan kaedahkaedah lain seperti perbualan dalam situasi keluarga atau rakan sebaya di sekolah.

b. KAEDAH MENGEJA (Tariqah Al Imlaiyah) Kaedah ejaan atau imlai ini berdasarkan catatan sejarah adalah bentuk penyebaran ilmu yang paling penting. Kaedah ini berlaku sesudah kertas dan tulisan dihasilkan. Ia merupakan kaedah kedua selepas kaedah hafalan yang diamalkan dalam perkembangan ilmu dalam sejarah umat Islam. Berdasarkan kaedah ini, murid akan menulis setiap kalimah dan ayat yang diungkapkan oleh guru mereka. Dalam sejarah Islam, kaedah ini berkait rapat dengan ijtihad para ulama. Para ulama meyampaikan pandangan dan ijtihad mereka dan disalin oleh murid masing-masing.
5

Proses ini agak merosot menjelang abad ke-4 hijrah disebabkan merosotnya gerakan ijtihad para ulama. Tempoh itu seiap mazhab hanya bersandar kepada bahan bacaan dan rujukan mazhab masing-masing atau melakukan ilhaq berdasakan kefahaman dan pandangan mazhab mereka. Menjelang abad ke 9 Hijrah Imam Ibnu Hajar kembali mengembangkan kaedah ini dengan mengadakan muhadarat atau kuliah beliau dalam hampir 1000 majlis dan seterusnya diikuti oleh Imam As Suyuthi dan Syeikh Murtadha al Zubaidy. c. KAEDAH SOAL JAWAB (Tariqah Al Munazharah) Kaedah soal jawab ini amat sesuai dan praktikal dalam konteks pembelajaran bahasa. Ini kerana dalam kaedah ini proses pembelajaran berlangsung dengan semua pihak memainkan peranan termasuk guru dan murid. Bermula dengan penyediaan teks perbualan yang mudah seperti ucapan aluan, terima kasih, bertanya nama atau bertanya khabar. Frasa-frasa ringkas ini mudah untuk diingat dan sesuai untuk dipraktikkan di luar bilik darjah sebagai pengayaan. Walau bagaimanapun , setiap murid perlu memahami maksud setiap frasa bagi menyesuaikan dengan konteks perbualan dan kesesuaian penggunaannya. d. KAEDAH LATIH TUBI (Tariqah al Mulazamah) Kaedah latih tubi ini juga adalah bersesuaian dengan bentuk pembelajaran bahasa kerana kemahiran berbahasa perlu kepada proses mengulangi apa yang diperlajari, disebut atau ditulis. Di dalam Islam, kaedah ini antara bentuk pengajaran yang awal di mana Malaikat Jibril menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad dengan mengulangi kalimah Iqra beberapa kali sehinggalah Nabi Muhammad dapat menyebutnya. Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam pengajaran berbentuk latih tubi ini. Ia amat baik terutamanya bagi tujuan meningkatkan kemahiran lisan dan kemahiran membaca. Kaedah pembelajaran al-Quran secara
6

tradisional lazimnya menggunakan kaedah ini sejak zaman berzaman dan ia amat berkesan untuk jangka masa yang panjang di samping mengukuhkan penguasaan tajwid dan dalam konteks bahasa Arab ia penting dalam menjelaskan aspek nahu secara terperinci mengikut tahap pembelajaran. e. KAEDAH PERBANDINGAN (al Qiyasiyah) Kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan prinsip asas dan umum sebelum di huraikan dengan contoh-contoh serta perincian yang mendalam. Kaedah ini adalah kaedah lazim yang digunapakai dalam sistem pembelajaran moden. Sebagai contoh kaedah ini boleh diterapkan dalam pengajaran kaedah tatabahasa. Guru akan menjelaskan tajuk pelajaran dan kaedah seperti hukum Jamak Taksir. Sesudah memberi penjelasan berkenaan sifat jamak taksir dan bagaimana mengenalnya berdasarkan beberapa contoh, maka guru akan memberikan contoh tambahan untuk memudahkan murid dalam menghadapi latihan susulan. f. KAEDAH INDUKTIF (al-Istiqraiyah) Kaedah ini adalah berlawanan dengan kaedah perbandingan. Melalui kaedah ini, para pelajar didedahkan dengan pelbagai contoh dan situasi serta penghuraian sebelum pergi menuju ke konklusi dan kesimpulan atau merujuk sesuatu hukum. Kaedah ini dapat menggalakkan murid untuk membuat kesimpulan dan rumusan sendiri sebelum dibandingkan dengan kesimpulan umum yang ditetapkan oleh guru. Kaedah ini banyak membantu murid untuk berfikir, merenung, menganalisa, dan berlatih membina kesimpulan dan prinsip.

Contohnya dalam konteks pembelajaran bahasa Arab, kaedah ini turut sesuai dipraktikkan dalam pengajaran qawaid atau tatabahasa. Setelah diberikan contoh yang banyak dan murid membuat rumusan daripada apa yang boleh difaham berdasarkan contoh. RUMUSAN Kesimpulannya , dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran itu, langkah pemilihan kaedah, strategi, teknik dan pendekatan yang dipilih adalah penting dan menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai. Sebagai seorang guru yang mengajar bahasa asing, persediaan amat penting untuk berhadapan dengan pelajar terutamanya bagaimana untuk melatih mereka berfikir dan bekerjasama atau interaksi dalam bahasa tersebut.

BIBLIOGRAFI Ahmad Mohd. Salleh, Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Methodologi, Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam , 1997. Ee Ah Meng, Pedagogi ll Pelaksanaan Pengajaran , Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam , 1997 . Mok Soon Sang & Lee Shok Mee, Pedagogi 3 ,Pengajaran dan Persediaan Mengajar, Bahagian A Kumpulan Budiman Sdn Bhd. , Kuala Lumpur, 1991. Mok Soon Sang, Pedagogi 2 ,Pelaksanaan Pengajaran, Kumpulan Budiman Sdn Bhd., Kuala Lumpur 1996. Pendedahan Kurikulum Semakan BAK & BAT, Unit Bahasa Arab Bahagian Kurikulum Pendididkan Islam Dan Moral, Jab. Pendididkan Islam Dan Moral, Kem. Pendidikan Malaysia.

lampiran 1 APA DIA PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN?

KAEDAH

PENDEKATAN

STRATEGI PENGAJARAN

TEKNIK

AKTIVITI

Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 m.s. 8

Pendekatan jalan yang diambil Kaedah cara teratur, kemas & sistematik Teknik - kaedah membentuk teknik. Misalnya kaedah bercerita = teknik menyampaikan cerita (gaya); kemahiran menyampaikan cerita; pelbagai teknik.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA STRATEGI, KAEDAH, PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN?

PENDEKATAN = APPROACH (pp. 58) A way to Means of reaching A way of considering/dealing with e.g. a problem: a new approach

TEKNIK = TECHNIQUE (pp. 1257) Proficiency or skill in the practical art/science e.g. a teacher with a good voice but poor technique

10

A way of achieving ones purpose skillfully.

(Sumber: CHAMBERS ENCYCLOPEDIC ENGLISH DCTI ONARY) Apakah Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran?

1. Strategi Pemusatan Guru 2. Strategi Pemusatan Murid 3. Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU? Guru memainkan peranan penting Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap. Kepimpinan guru secara autokratik Pencapaian objektif guru diutamakan Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai

murni/perkembangan emosi. Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal. Interaksi di antara murid adalah pasif. Kaedah keseluruhan kelas. Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.
11

Kaedah & Teknik penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas.

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID? Murid memainkan peranan penting Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing. Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat, objektif pencapaian murid diutamakan perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.) Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid. Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan, Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolongmenolong) Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk, Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif. Kaedah & Teknik projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN?

12

Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.

Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.

Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan. Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil ujikaji, projek, perbincangan dsb.

Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran Kaedah & Teknik komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dsb.

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI KESEPADUAN?

Penggabungjalinan o Proses penyampaian beberapa kemahiran o Kecekapan melaksanakan aktiviti membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, becerita, berlakon dsb. o Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu o Kemahiran matematik digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa
13

o Ciri-ciri gabugjalin: Integrasi beberapa kemahiran Prosesnya bersepadu dan menyeluruh Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik Kemahiran utama menjadi fokus Organisasi kemahiran fleksibel Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain.

o Cara mengguna gabungjalin Mengenalpasti kemahiran utama & kemahiran sampingan Kemahiran utama diberi fokus Kemahiran-kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran utama Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran, kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan

berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan & pencapaian murid. Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai. Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara lojikal.

Penyerapan

14

o Proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran o Isi matapelajaran sains dan kajian tempatan diserap menjadi isi mata pelajaran bahasa. o Pendidikan moral, Pendidikan seni, Pendidikan jasmani & Muzik juga diserapkan dalam program bahasa sebagai aktiviti sokongan. o Geografi, Sejarah, Kesihatan dan pendidikan moral diserapkan secara bersepadu dalam Sains /Kajian Tempatan.

. ) (

. : 1- ( - - ) . . 2 () . 3- :
15

1- : ( + )2 = ( + ) ( + ) = 2 + 2 + 2 . . 2- . 3- : .

61

Anda mungkin juga menyukai