Anda di halaman 1dari 44

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

Isi Kandungan ........................................................................................................... Mukasurat

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

MAKLUMAT DANA ............................................................................................................ 2 PRESTASI DANA ............................................................................................................... 3 LAPORAN PENGURUS ...................................................................................................... 6 PERNYATAAN PENGURUS............................................................................................. 14 LAPORAN PEMEGANG AMANAH .................................................................................. 15 LAPORAN BEBAS JURUAUDIT KEPADA PEMEGANG-PEMEGANG UNIT.................. 16 LEMBARAN IMBANGAN PADA 31 DISEMBER 2011 ..................................................... 18 PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2011 .............................................................................................................. 19 PENYATA PERUBAHAN DALAM NILAI ASET BERSIH BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2011 .............................................................................................................. 20

9.

10. PENYATA ALIRAN TUNAI BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2011 ................... 21 11. NOTA-NOTA KEPADA AKAUN ....................................................................................... 22

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

LAPORAN PENGURUS
Pemegang-pemegang unit Amanah Saham Bank Simpanan Nasional (ASBSN) yang dihormati, Permodalan BSN Berhad (PBSN) selaku Pengurus dana ASBSN dan AmanahRaya Trustee Berhad (ART) selaku Pemegang Amanah, dengan sukacitanya membentangkan laporan tahunan ASBSN bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

1.

MAKLUMAT DANA
Maklumat dana adalah seperti berikut: Nama Dana Kategori Dana Amanah Saham Bank Simpanan Nasional (ASBSN). Dana ekuiti di mana keseluruhan pelaburan skim ini dilaburkan di dalam ekuiti. Secara amnya sehingga 90 % pelaburan dana adalah di dalam sekuriti tersenarai di Bursa Malaysia Sekuriti Berhad. Selari dengan objektif pelaburan, dana ASBSN adalah dalam kategori Dana Pendapatan dan Pertumbuhan. Objektif dana ASBSN adalah berusaha untuk meningkatkan modal pelaburan dalam jangka masa sederhana dan panjang dalam pasaran ekuiti dan berusaha untuk meningkatkan pendapatan dengan melabur dalam sekuriti-sekuriti yang memberikan pulangan yang baik dan berfaedah tetap. ASBSN menggunakan penanda aras FBM KLCI bagi tujuan perbandingan prestasinya. Pengagihan pendapatan (sekiranya ada) adalah tertakluk kepada budi bicara pihak pengurusan dan untung nyata dana. Pengagihan pendapatan tersebut (sekiranya ada) akan di buat sekurangkurangnya sekali setahun. Pada 31 Disember 2011, seramai 95,035 orang telah menyertai ASBSN. Pecahan pegangan unit adalah seperti berikut: Pecahan Pegangan Unit 5,000 ke bawah 5,001 10,000 10,001 50,000 50,001 500,000 500,001 ke atas Bilangan Pemegang Unit 84,923 5,642 4,231 236 3 Bilangan Unit

Jenis Dana

Objektif Pelaburan Dana

Penanda Aras Dana

Polisi Pengagihan Pendapatan Dana

Pegangan Unit

74,122,088 36,753,235 70,591,548 20,701,407 73,572,970

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

2.

PRESTASI DANA
2.1 Pencapaian ASBSN

Bagi tahun berakhir 31 Disember 2011, ASBSN mencatatkan kerugian bersih selepas cukai sebanyak RM 0.71 juta berbanding keuntungan bersih RM 15.85 juta bagi tempoh yang sama sebelum ini. NAB/Unit ASBSN setakat 31 Disember 2011 adalah RM 0.3472 (pengagihan pendapatan kasar sebanyak 2.5 sen), penurunan sebanyak 7.31 % berbanding tahun sebelumnya iaitu RM 0.3746 (pengagihan pendapatan kasar bersih sebanyak 2.5 sen) setakat akhir tahun sebelumnya. Unit dalam edaran setakat 31 Disember 2011 adalah 278.40 juta. Bagi tahun 2011, Dana mengumumkan pengagihan pendapatan kasar sebanyak 2.5 sen, selaras dengan objektif Dana yang berusaha menyediakan aliran pendapatan yang stabil sambil mengekalkan pertumbuhan modal. 2.2 Perumpukan Aset

Perumpukan aset bagi ASBSN adalah seperti berikut: Komponen Aset Dalam Portfolio Pelaburan di pasaran ekuiti Tunai Jumlah 2.3 Perumpukan Pelaburan Mengikut Sektor Sektor Pelaburan di pasaran ekuiti : Barangan Industri Pembinaan Perdagangan Kewangan Hartanah Perladangan Infrastruktur MESDAQ Waran/TSR/Pinjaman Pengguna Tunai RM000 2010 2,361 8,140 43,651 17,757 10,068 7,190 2,396 39 26,289 % 2010 77.70 22.30 100.00

2011 84.91 15.09 100.00

2009 72.82 27.18 100.00

2011 10,124 8,135 33,735 21,982 3,870 6,670 1,184 21 4,588 16,048

2009 1,271 6,193 32,733 22,339 9,403 2,538 1,227 105 63 37,022

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

2.4

Perbandingan Maklumat Kewangan Bagi Tempoh 3 Tahun Perkara 2011 96,657 0.3472 278,400 0.3475 0.3475 0.3908 0.3908 0.3222 0.3222 -7.23 6.69 2.50 2.44 15/04/2012 2.10 1.96 89.90 88.00 2010 107,318 0.3746 286,500 0.3746 0.3746 0.4062 0.4062 0.3399 0.3399 8.39 7.23 2.50 2.43 15/04/2011 1.93 1.87 52.50 50.00 2009 104,187 0.3456 301,500 0.3456 0.3456 0.3652 0.3652 0.2366 0.2366 38.46 6.02 1.50 1.41 15/04/2010 1.80 1.78 22.02 24.54

Nilai Aset Bersih (RM000) Nilai Aset Bersih seunit (RM) Unit Dalam Edaran (000) Harga Jualan Seunit (RM) Harga Belian Seunit (RM) Harga Jualan Seunit (tertinggi) (RM) Harga Belian Seunit (tertinggi) (RM) Harga Jualan Seunit (terendah) (RM) Harga Belian Seunit (terendah) (RM) Jumlah Pulangan (Pertumbuhan Modal) (%) Jumlah Pulangan (Pengagihan Pendapatan) (%) Pengagihan Kasar Seunit (%) Pengagihan Bersih Seunit (%) Tarikh Pembayaran Nisbah Perbelanjaan Pengurusan (%) : Purata Bulanan Tahunan Nisbah Dagangan Portfolio (%) : Purata Bulanan Tahunan 2.4.1 NISBAH PERBELANJAAN PENGURUSAN

Peningkatan nisbah ini adalah disebabkan oleh peningkatan jumlah perbelanjaan Dana yang dicatatkan pada tahun 2011 sebanyak RM 2.11 juta berbanding RM 2.07 juta di tahun 2010. 2.4.2 NISBAH DAGANGAN PORTFOLIO Pertambahan nisbah ini adalah disebabkan oleh jumlah dagangan saham yang meningkat telah dicatatkan pada tahun 2011 sebanyak RM 184.57 juta berbanding RM 163.51 juta pada tahun 2010. Asas Pengiraan Untuk Maklumat Prestasi i. Kandungan Portfolio Kandungan portfolio adalah dikira mengikut harga pasaran pada 31 Disember 2010. Nilai Aset Bersih Nilai aset bersih diambilkira setelah menolak jumlah nilai liabiliti Dana daripada jumlah nilai aset tabung. Nilai Aset Bersih (NAB) seunit diperolehi dengan membahagikan Nilai Aset Bersih Dana dengan bilangan unit dalam edaran. Harga Jualan Seunit Harga jualan seunit ialah harga yang dijual oleh Pengurus-pengurus kepada pemegang unit dengan mengambilkira Nilai Aset Bersih pada penghujung hari urusniaga dibahagi dengan bilangan unit dalam edaran pada hari tersebut dan dikenakan bayaran perkhidmatan tidak melebihi 3%. Harga ini kemudiannya akan diselaraskan sehingga satu sen yang terhampir.
4

ii.

iii.

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

iv.

Harga Belian Seunit Harga belian seunit adalah harga yang sedia dibeli oleh Pengurus-pengurus daripada pemegang unit yang ingin menjual kembali unit-unit pelaburan mereka pada NAB seunit. Pertumbuhan Modal Pertumbuhan modal dikira dengan mengambilkira perbezaan harga belian dari setahun ke setahun. Pengagihan Pendapatan Pengagihan pendapatan adalah perolehan kasar tahunan iaitu: Dividen Kasar ----------------------------------------------------------Harga Jualan Pada Hari Pertama tahun yang sama

v.

vi.

100

vii.

Nisbah Perbelanjaan Pengurusan Nisbah ini adalah jumlah yuran pengurusan, yuran pemegang amanah, yuran audit, yuran agen cukai dan lain-lain perbelanjaan pentadbiran dibahagikan dengan purata Nilai Aset Bersih Dana yang dikira secara bulanan/tahunan. Yuran + belanja ----------------------------------------------Purata Nilai Aset Bersih Dana yang dikira secara bulanan/tahunan X 100

viii.

Nisbah Dagangan Portfolio Pengiraan adalah seperti berikut: (Jumlah kos belian + Jumlah kos jualan) / 2 ----------------------------------------------------------Purata Nilai Aset Bersih Dana yang dikira secara bulanan/tahunan X 100

Perhatian : Prestasi lalu tidak semestinya menggambarkan prestasi akan datang. Harga seunit dan pulangan ke atas pelaburan akan berubah mengikut pasaran.

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

3.

LAPORAN PENGURUS
3.1 Perbandingan Prestasi Dana dan Penanda Aras

Bagi tahun 2011, Dana mencatatkan pulangan sebanyak -0.29% berbanding dengan pulangan penanda aras sebanyak 0.78%. Pulangan dana menampakkan penurunan dari penanda aras disebabkan oleh strategi Dana yang lebih bersifat defensif serta ketidaktentuan pasaran sepanjang tempoh tinjauan. Selain daripada itu, Dana juga sedang menjalani proses penstrukturan semula untuk membuang saham-saham yamg berprestasi buruk bagi mencapai prestasi Dana yang lebih baik di masa hadapan. Secara keseluruhan, Dana dapat mencapai objektif pelaburannya dengan berjaya memberikan pulangan dividen bersih sebanyak 2.44 sen seunit atau 6.53% kepada para pemegang unit.
Amanah Saham BSN
100.00 80.00 60.00
40.00

20.00 0.00 -20.00 -40.00 -60.00 -80.00

Jan-97

Jan-98

Jan-00

Jan-01

Jan-03

Jan-04

Jan-06

Jan-07

Jan-09

Jan-10

Jan-95

Jan-96

Jan-99

Jan-02

Jan-05

Jan-08

Amanah Saham BSN

KLCI

160.00% 140.00% 120.00%

Amanah Saham BSN

100.00% 80.00% 60.00% 40.00% 20.00%


0.00% -20.00%

2010

2007

2004

2001

1998

*1995

4 yrs

7 yrs

Jan-11

Amanah Saham BSN

KLCI

12 mth

10 yrs

3 mth

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

Amanah Saham BSN Fund 2010 15.36% 2009 44.79% 2008 -33.93% 2007 16.98% 2006 14.64% 2005 -13.69% 2004 9.06% 2003 18.45% 2002 0.92% 2001 1.92% 2000 -23.26% 1999 13.30% 1998 6.06% 1997 -52.97% 1996 7.81% *1995 -4.06% YTD -0.29% 1 mth 4.25% 3 mth 9.72% 6 mth -4.02% 9 mth -2.44% 12 mth -0.29% 2 yrs 15.02% 3 yrs 66.54% 4 yrs 10.02% 5 yrs 28.71% 6 yrs 47.55% 7 yrs 27.35% 8 yrs 38.88% 9 yrs 64.51% 10 yrs 66.02% Since Inc -24.10% *Since inception 12/1/95

KLCI 19.34% 45.17% -39.33% 31.82% 21.83% -0.84% 14.29% 22.84% -7.15% 2.42% -16.33% 38.59% -1.40% -51.98% 24.40% 12.67% 0.78% 3.98% 10.35% -3.06% -0.93% 0.78% 20.27% 74.59% 5.93% 39.63% 70.12% 68.69% 92.80% 136.84% 119.90% 73.30%

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

Purata Jumlah Pulangan (%) ASBSN pada 31 Disember 2011


25.00
20.00 15.00 10.00 5.00 0.00 1 year -5.00
Fund Benchmark

2 years

3 years

4 years

5 years

Since inception

Dana Penanda Aras

1 tahun -0.29 0.78

Purata Jumlah Pulangan (%) 2 tahun 3 tahun 4 tahun 5 tahun 7.25 18.53 2.42 5.18 9.67 20.41 1.45 6.91

Sejak Penubuhan -1.61 3.29

Jumlah Pulangan Tahunan (%) ASBSN pada 31 Disember 2011


80.00
60.00 40.00 20.00 0.00

1 year -20.00 -40.00

2 years

3 years

4 years

5 years

Since inception

Fund

Benchmark

Dana Penanda Aras

1 tahun -0.29 0.78

Jumlah Pulangan Tahunan (%) 2 tahun 3 tahun 4 tahun 5 tahun 15.02 66.54 10.02 28.71 20.27 74.59 5.93 39.63

Sejak Penubuhan -24.10 73.30

Sumber : Semua jumlah angka pencapaian telah ditentusahkan betul oleh Mercer (M) Sdn Bhd (253344-U).

Perhatian : Prestasi lalu tidak semestinya menggambarkan prestasi akan datang. Harga seunit dan pulangan ke atas pelaburan akan berubah mengikut pasaran.
8

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

3.2

Polisi Pelaburan

Polisi ASBSN adalah untuk melabur dalam pelaburan yang dibenarkan, terutamanya dalam saham yang tersenarai di Bursa Malaysia Sekuriti Berhad dan instrumen kewangan selaras dengan Surat Ikatan dan Garis Panduan Tabung Unit Amanah Suruhanjaya Sekuriti. 3.3 Strategi Pelaburan

Memandangkan ketidaktentuan dalam prospek ekonomi global semasa tempoh tinjauan, strategi pelaburan yang sesuai untuk menghadapi kekalutan ini adalah bersifat defensif dengan menumpukan kepada saham-saham yang memberikan pulangan dividen dan berwajaran tinggi. Tumpuan juga diberikan kepada saham-saham yang berkait rapat dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) termasuk sektor minyak dan gas, pembinaan dan hartanah bagi mengambil peluang terhadap momentum positif menjelang pilihanraya umum yang ke-13. Dengan jangkaan bahawa suasana ekonomi dunia di 2H2012 adalah lebih baik memungkinkan untuk memberi tumpuan kepada saham-saham berbeta tinggi dan bercorak berkala (cyclicals). Bagi tempoh yang sama, Dana juga akan memberikan tumpuan kepada pengumpulan kertas komersil Islam gred tinggi baru untuk peningkatan kadar hasil. 3.4 Tinjaun Pasaran Saham Tahun 2010 Rusuhan awam di Timur Tengah dan Utara Afrika (MENA) serta bencana berkembar Jepun menguasai acara global dalam 1H 2011. Ketegangan di MENA, yang membawa kepada kekurangan bekalan minyak mentah dan bimbang kekecohan akan berlarutan, telah meningkatkan harga minyak mentah dunia. Prospek ekonomi global bertukar gelisah sekali lagi pada bulan Jun apabila data-data AS memcatatkan mengurangkan pengeluaran dan kadar pengangguran yang tinggi sekaligus menambah kebimbangan terhadap proses pemulihan. Krisis hutang negara zon Euro kembali menghantui, manakala polisi monetari China yang semakin ketat membawa kepada kebimbangan terhadap kadar ekonominya. Di peringkat domestik, KLCI memulakan tahun dengan momentum yang kuat, mencapai tahap rekod tertinggi 1576.95 mata pada awal Januari. Walau bagaimanapun kebimbangan mengenai pergolakan politik di dunia Arab yang dikuasai sentimen pasaran menyaksikan FBMKLCI jatuh kepada paras terendah 2011 apabila hanya mencapai paras 1,474.38 pada penghujung Februari. Namun begitu kejatuhan pasaran yang tajam telah mengembalikan minat membeli seterusnya menyebabkan FBMKLCI berjaya mengembalikan sebahagian kerugian dengan menutup suku pertama 2011 pada 1,545.13 mata. Untuk suku pertama 2011, FBMKLCI telah meningkat sebanyak 1.73% dengan purata jumlah dagangan harian diniagakan sebanyak 1.76b. FBMKLCI naik sebanyak 2.20% pada suku kedua 2011 apabila pasaran mengambil keselesaan dalam pengurangan harga minyak mentah di bawah paras bahaya sekitar USD110 setong. Suku kedua 2011 bermula dengan berhati-hati kerana pasaran masih menilai kejatuhan ekonomi tempatan kesan dari gempa bumi Jepun pada bulan Mac. Ketegangan politik di Timur Tengah yang masih berterusan telah menjejaskan sentimen. Walau bagaimanapun FBMKLCI mula menunjukkan peningkatan sejak awal Mei walaupun terdapat kenaikan kadar polisi semalaman oleh Bank Negara Malaysia dan Bank Pusat Eropah. FBMKLCI menutup suku kedua 2011 pada paras 1579.07 mata, kenaikan sebanyak 3.96% untuk tahun 2011 dengan purata jumlah dagangan harian diniagakan menurun kepada 998m berbanding 1.76b pada suku sebelumnya.
9

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

Suku ketiga menyaksikan FBKLCI mengalami kejatuhan mendadak sebanyak 192 mata asas ke paras 1387 mata, dipengaruhi oleh kenaikan yang tinggi pada bulan Julai dan Ogos seterusnya menyaksikan pengambilan untung pada bulan September. Selain daripada itu, sentimen pengurangan risiko serta kebimbangan kejatuhan semula pasaran ekuiti global telah menyebabkan FBMKLCI mengalami kejatuhan sebanyak 12.2% suku ke suku dengan purata dagangan harian menjunam 15% kepada RM1.8 bilion sehari. Namun begitu, Oktober menyaksikan FBMKLCI naik 105 mata asas ke paras 1492 dipengaruhi oleh resolusi awal yang positif terhadap masalah yang melanda zon Euro serta Budget 2012 yang dibentangkan pada 7 Oktober 2011. Secara umumnya, Budget 2012 dilihat memberi keuntungan kepada semua sektor ekuiti serta mampu memberi impak yang positif dalam memacu ekonomi negara. FBMKLCI jatuh sedikit iaitu sebanyak 1.3% kepada 1472 mata pada bulan November. Dalam bulan tersebut juga menyaksikan perubahan 3 kerajaan Eropah iaitu Itali, Sepanyol dan Greece. Suku ke-empat ditutup tinggi di paras 1530.7 mata dipengaruhi oleh penggabungan beberapa badan swasta serta kegiatan window dressing. 3.5 Prospek Ekonomi Dan Pasaran Modal i. Tinjauan Ekonomi

Berbanding dengan suku tahun sebelumnya, KDNK sebenar menguncup sebanyak 2.7% suku-ke-suku dalam 1Q2011, selepas mencatatkan pertumbuhan positif dari 2Q2010 ke 4Q2010. Ini menunjukkan kehilangan momentum yang agak besar dalam aktiviti ekonomi pada suku pertama 2011 yang disebabkan oleh kelembapan dalam keluaran pembuatan dan kejatuhan dalam keluaran pertanian dan perlombongan. Selain daripada itu, musim perayaan dan hari bekerja yang lebih singkat dalam bulan Februari juga adalah antara faktor yang menyumbang kepada kejatuhan ekonomi. Namun begitu, KDNK negara melonjak ke paras 4.0% berbanding ramalan iaitu sebanyak 3.6% pada 2Q2011 disumbangkan oleh pengeluaran industri, pelaburan serta pertumbuhan penggunaan swasta. KDNK negara terus menunjukkan perkembangan yang positif pada 3Q2011 dengan melonjak 1.8% ke paras 5.8% dipengaruhi oleh permintaan dalaman yang memberangsangkan meskipun pertumbuhan eksport mencatatkan pertumbuhan yang sedikit perlahan. ii. Prospek Ekonomi

Mengenai makroekonomi tempatan, petunjuk ekonomi terkini di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bahawa pemulihan dijangka perlahan pada masa hadapan. Dengan kebimbangan terhadap hutang Eropah yang berkemungkinan akan merebak, dijangkakan tiada perubahan besar yang berlaku ke atas ekonomi AS dan dijangkakan pertumbuhan ekonomi dalam negeri kekal mampan yang didorong oleh pelaburan swasta dan penggunaan domestik. Melihat ke dalam 1H2012, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangkakan akan mencapai jangkaan pertumbuhan sebanyak 5.5% dalam tahun 2012. Selain daripada penggunaan swasta, dijangkakan pelaburan swasta akan meningkat seterusnya mempercepatkan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Selain dari itu, kadar eksport negara juga dijangka bertambah, hasil daripada harga komoditi kekal yang lebih stabil.
10

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

Mengenai kebimbangan inflasi, rasionalisasi subsidi dilihat kekal sebagai faktor yang diberi keutamaan. Kelewatan dalam menaikkan harga petrol telah mejadi spekulasi seperti pilihanraya umum sebelum ini. Dijangkakan subsidi akan dikurangkang secara beransur-ansur, sebagai salah satu usaha untuk mengawal indeks CPI bagi seluruh tahun 2012. Untuk kadar faedah pula, walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) masih mengekalkan kadar faedah pada paras 3.00%, BNM dijangka akan menyambung semula penurunan OPR di antara 25-50 mata dalam separuh tahun 2012 tertakluk kepada penilaian BNM terhadap perkembangan ekonomi negara serta sejauh mana momentum pertumbuhan dapat dikekalkan. Oleh yang demikian, kerajaan diharap dapat mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang positif dengan mengukuhkan polisi-polisi fiskal serta monetari dan keseimbangan kedua-dua polisi tersebut amat penting bagi mencatatkan pertumbuhan positif serta ekonomi bergerak pada landasan yang betul.. iii. Prospek Pasaran

Meniti 2012 terdapat beberapa isu kritikal yang akan terus mendominasi ketidaktentuan pasaran antaranya krisis hutang Euro. Langkah penjimatan yang akan dilaksanakan untuk mengatasi krisis hutang Euro ini dijangkakan akan mengakibatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang perlahan; selain itu ancaman krisis hutang Euro ini juga kadangkala bersifat berkala serta dijangka mengambil tempoh masa yang lama untuk diatasi. Tekanan ke atas pasaran tempatan juga dapat dirasai akibat kelembapan pemulihan ekonomi dunia terutamanya di Amerika Syarikat dan Pilihanraya Umum 13 (PRU13) mandat berakhir pada bulan Mac 2013, tetapi PRU13 dijangka akan diadakan seawal-awalnya Mac 2012. Berdasarkan kepada fakta di atas, umum menjangkakan premium risiko pasaran akan terus meningkat di 2012. Namun di sebalik kekalutan ini masih terdapat petunjukpetunjuk bahawa pasaran masih mempunyai daya tarikannya. Berbanding dengan tahun lalu, harga aset safe havenmelalui peningkatan yang mendadak contohnya T-Bill untuk 10 tahun bagi Amerika Syarikat pulangannya (yield) telah merosot sebanyak 1.41% daripada 3.29% kepada 1.88% pada akhir tahun 2011,. Dalam tempoh tinjauan juga, harga emas adalah 26% lebih tinggi. Manakala di Malaysia, MGS 10-tahun pulangannya adalah sekitar 3.69%, di mana 0.31% lebih rendah berbanding setahun yang lalu. Ini dengan jelas mengambarkan bahawa meningkatkan pendedahan di dalam aset safe haven lantas menyebabkan bon/sukuk tidak lagi memberi pulangan yang menarik di sebabkan turunnya nilai kerana kenaikan harga aset safe haven berbanding dengan setahun yang lalu. Dengan kadar inflasi yang dijangka telah mencapai kemuncaknya, maka BNM mempunyai ruang untuk melonggarkan polisi kewangannya bagi menampung sebarang kejatuhan mendadak yang disebabkan oleh faktor luaran. OPR 3% diketika ini adalah dijangkakan bakal turun di antara 25bps dan 50bps bergantung kepada keadaan ekonomi semasa. Oleh itu polisi kewangan dijangkakan lebih mesra pasaran berbanding dengan 2 tahun lalu dimana polisi kewangan yang lebih ketat dilakasanakan kerana pertumbuhan kredit yang pesat dan juga kenaikan harga komoditi.
11

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

Di sebalik keuntungan korporat yang semakin meningkat, manakala harga saham secara amnya kekal rendah disebabkan kejatuhan yang ketara pada 2011 bakal menjadi faktor menarik pelabur kembali ke pasaran. Sebagai contohnya ketika ini ekuiti didagangkan pada 14X PE hadapan, iaitu lebih rendah daripada purata 5 tahun PE di antara 14X 15X. Kedudukan pasaran yang berhati-hati di ketika ini dimana pegangan tunai di kalangan pelabur adalah agak tinggi. Para pelabur hanya menantikan gambaran yang lebih positif untuk memasuki semula pasaran. Ini dapat dilihat melaluli aliran dana seperti kenaikan di bulan Oktober 2011, para pelabur institusi tidak terlalu terlibat di waktu itu manakala pelabur asing hanya membeli jumlah yang kecil. Ketika ini strategi pasaran lebih berhati-hati dengan menukar pegangan daripada berbentuk bermusim kepada yang lebih defensif. Berdasarkan kepada faktor-faktor yang tersebut pasaran masih mampu memberi pulangan yang positif iaitu sasaran Indeks KLCI bagi tahun 2012 adalah sekitar 1650. 3.6 Agihan Pendapatan

Kepada pemegang-pemegang unit yang berdaftar pada 31 Disember 2011, pihak Pengurusan dengan sukacitanya mengumumkan pengagihan pendapatan bersih pada kadar 2.50 sen seunit. Kaedah pembayaran adalah mengikut sepertimana yang dipilih oleh para pelabur seperti yang tercatat di dalam borang permohonan yang telah diisi iaitu samada melalui cek, pelaburan semula ataupun kredit terus ke dalam akaun GIRO BSN. Walaubagaimanapun, sekiranya amaun pengagihan ini kurang dari RM 500, Pengurus akan melakukan pelaburan semula dan menambahkannya ke dalam akaun pelabur (tertakluk kepada kecukupan unit sediada Dana). 3.7 Rebat Dan Komisen Ehsan

Untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, tiada rebat dan komisen ehsan dicatatkan. 3.8 Pelaburan
Mark up/ down kepada nilai pasaran 31 Dis 2011 RM 000 (4,974) (187) (2,329) (670) (1,192) (529) (777) (1,267) (271) (12,196)

Sektor Perdagangan Pengguna Kewangan Hartanah Pembinaan Perladangan Infrastruktur Industri MESDAQ Minyak & Gas

Kos Pada 1 Jan 2011 RM 000 47,237 18,787 10,225 7,709 7,199 3,079 3,113 292 97,641

Pembelian pada kos RM 000 28,981 6,533 19,494 7,886 10,204 370 2,655 14,560 2,524 93,207

Penjualan pada kos RM 000 37,509 1,758 13,970 13,571 8,586 370 3,773 6,282 2,524 88,343

Nilai bawa Pada 31 Dis 2011 RM 000 33,735 4,588 21,982 3,870 8,135 6,670 1,184 10,124 21 90,309

12

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

3.9

Pengasingan Unit.

Tiada sebarang pengasingan unit dilakukan bagi tempoh sehingga 31 Disember 2011.

13

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

4.

PERNYATAAN PENGURUS
Kami, DATUK ADINAN BIN MANING dan ROSLANI BIN HASHIM, merupakan dua dari pengarah-pengarah kepada PERMODALAN BSN BERHAD, dengan ini mengaku bahawa, pada pendapat para pengurus, penyata kewangan yang dinyatakan di mukasurat 18 hingga 40, dinyatakan mengikut Piawaian Perakaunan yang bersesuaian di Malaysia dan Garispanduan Tabung Unit Amanah Suruhanjaya Sekuriti yang memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL pada 31 Disember 2011 dan keputusan serta perubahan pada nilai aset bersih dan aliran tunai pada tahun tersebut, dan mengikut keperluan Suratikatan.

Bagi pihak Lembaga berdasarkan kepada resolusi pengarah-pengarah kepada Pengurus

DATUK ADINAN BIN MANING Pengarah

ROSLANI BIN HASHIM Pengarah

Kuala Lumpur Tarikh : 15 Februari 2012

14

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

5.

LAPORAN PEMEGANG AMANAH


Kepada Pemegang-Pemegang Unit AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL Kami, AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD telah bertindak selaku Pemegang Amanah kepada AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2011. Pada pendapat kami, PERMODALAN BSN BERHAD, selaku Pengurus, telah mengurus AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL selaras dengan had-had kuasa pelaburan yang diberikan kepada Pengurus dan Pemegang Amanah mengikut Suratikatan, lain-lain peruntukan Suratikatan, Garispanduan Tabung Unit Amanah yang diterimapakai, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan undang-undang lain yang berkuatkuasa bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011. Kami juga berpendapat bahawa: (a) prosedur dan proses yang digunakan oleh Pengurus untuk menilai dan/atau menentukan harga unit AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL adalah mencukupi dan penilaian/penentuan harga adalah dibuat selaras dengan Suratikatan dan mana-mana kehendak kawalseliaan; penjadian dan perlucutan unit dilaksanakan adalah selaras dengan Suratikatan, Garispanduan dan lain-lain peruntukan undang-undang berkaitan; dan pengagihan kepada pemegang-pemegang unit AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL sepertimana yang diisytiharkan oleh Pengurus adalah selaras dengan objektif pelaburan AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL.

(b)

(c)

Yang benar AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD

ZAINUDIN BIN SUHAIMI Pengurus Besar

Kuala Lumpur Tarikh : 15 Februari 2012

15

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

6.

LAPORAN BEBAS JURUAUDIT KEPADA PEMEGANG-PEMEGANG UNIT


Laporan Terhadap Penyata Kewangan Kami telah mengaudit penyata kewangan AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL (Dana) yang meliputi penyata aset dan liabiliti pada 31 Disember 2011, dan penyata pendapatan komprehensif, penyata perubahan di dalam nilai aset bersih dan penyata aliran tunai untuk tahun kewangan berkenaan, dan ringkasan polisi perakaunan penting dan lainlain nota penerangan, sepertimana yang dinyatakan pada mukasurat 18 hingga 40. Tanggungjawab Pengarah terhadap Penyata Kewangan Pengarah kepada syarikat pengurusan adalah bertanggungjawab untuk menyediakan dan mempersembahkan dengan adil penyata kewangan ini berdasarkan kepada Piawaian Laporan Kewangan dan Garispanduan Suruhanjaya Sekuriti berkenaan dengan Dana Unit Amanah. Tanggungjawab ini meliputi merekabentuk, mengimplementasi dan memastikan kawalan dalaman yang berkaitan penyediaan dan persembahan yang adil terhadap penyata kewangan yang bebas dari kesilapan material, samada disebabkan oleh fraud atau kesilapan, memilih dan mengadaptasi polisi perakaunan yang bersesuaian, dan membuat jangkaan perakaunan yang munasabah di dalam sesuatu keadaan. Tanggungjawab Juruaudit Tanggungjawab kami adalah untuk memberikan pendapat terhadap penyata kewangan ini. Kami telah menjalankan audit kami mengikut piawaian yang diluluskan mengenai pengauditan di Malaysia.Piawaian tersebut memerlukan kami mematuhi keperluan etika dan merancang dan melaksanakan audit untuk memperolehi keyakinan yang munasabah sama ada penyata kewangan adalah bebas daripada salah nyata yang ketara. Tanggungjawab kami adalah untuk memberikan pendapat terhadap penyata kewangan ini berdasarkan kepada pengauditan kami. Piawaian ini memerlukan kami mematuhi keperluan etika dan rancangan dan menjalankan pengauditan untuk mendapatkan pengesahan yang munasabah samada penyata kewangan ini adalah bebas dari sebarang kesilapan yang material. Sesuatu pengauditan meliputi pengwujudan prosedur untuk mendapatkan bukti audit berkenaan dengan amaun dan pendedahan di dalam penyata kewangan. Prosedur yang dipilih berdasarkan kepada penilaian kami, termasuk penilaian terhadap risiko kesilapan yang material kepada penyata kewangan, samada disebabkan oleh fraud atau kesilapan. Dalam melakukan penilaian risiko, kami menganggap kawalan dalaman yang bersesuaian kepada penyediaan Dana dan persembahan yang adil terhadap penyata kewangan bagi membolehkan prosedur audit direka bersesuaian dengan sesuatu keadaan, tetapi bukan untuk menggambarkan pendapat terhadap keberkesanan kawalan dalaman Dana. Pengauditan juga meliputi penilaian terhadap kesesuaian polisi perakaunan yang digunakan dan jangkaan perakaunan yang munasabah yang dibuat oleh Pengarah, dan juga penilaian kepada keseluruhan persembahan penyata kewangan. Kami percaya bukti-bukti audit yang kami perolehi adalah mencukupi dan bersesuaian untuk menyediakan asas kepada pendapat kami.

16

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

Pendapat Pada pendapat kami, penyata kewangan ini telah disediakan berdasarkan kepada Piawaian Laporan Kewangan dan Garispanduan Suruhanjaya Sekuriti berkenaan dengan Dana Unit Amanah yang berkaitan di Malaysia bagi memberikan gambaran yang benar dan adil ke atas kedudukan kewangan Dana pada 31 Disember 2010 dan keputusan operasinya, perubahan ke atas nilai aset bersih dan aliran tunai Dana untuk tahun kewangan berakhir pada tarikh berkenaan. Lain-Lain Hal Laporan ini dibuat khas untuk pemegang-pemegang unit Dana dan bukan atas tujuan lain. Kami tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana pihak lain di atas kandungan laporan ini.

Crowe Horwath Firm No: AF 1018 Chartered Accountants Kuala Lumpur Tarikh: 15 Februari 2012

James Chan Kuan Chee Approval No: 2271/10/13 (J) Chartered Accountant

17

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

7.

LEMBARAN IMBANGAN PADA 31 DISEMBER 2011


Nota 2011 RM '000 90,309 486 43 96 13,980 1,550 106,464 2010 RM '000 91,602 84 329 25,167 1,122 118,304

ASET Aset kewangan pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian Amaun terhutang dari broker saham Siberhutang pelbagai Cukai belum terima Simpanan dengan institusi kewangan berlesen Tunai dan baki bank JUMLAH ASET Liabiliti Amaun terhutang kepada broker saham Amaun terhutang kepada pengurus Amaun terhutang kepada pemegang amanah Pengagihan belum bayar Sipiutang pelbagai JUMLAH LIABILITI Ekuiti Aset bersih kepada pemegang-pemegang unit Kerugian terkumpul NAB BOLEH AGIH KEPADA PEGANG UNIT

938 216 8 8,328 206 9,696

2,880 141 9 7,776 180 10,986

6 7

387,903 (291,135) 96,768 106,464 278,400 0.3474

390,949 (283,631) 107,318 118,304 286,500 0.3746

JUMLAH NAB BOLEH AGIH KEPADA PEMEGANG UNIT DAN LIABILITI UNIT DALAM EDARAN ('000) NILAI ASET BERSIH SEUNIT (RM) : EX-DIV 8

Nota-nota yang disertakan adalah sebahagian daripada penyata kewangan ini


18

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

8.

PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2011


Nota 2011 RM '000 2,891 541 4,450 (6,526) 135 1,491 2010 RM '000 3,119 759 6,936 7,331 231 18,376 1,652 110 20 293 2,075 16,301 (453) 15,848 15,848

PENDAPATAN PELABURAN Pendapatan dividen kasar Pendapatan faedah Untung nyata bersih hasil dari penjualan saham Keuntungan bersih belum nyata atas aset kewangan pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian Lain-lain pendapatan

PERBELANJAAN Yuran pengurus Yuran pemegang amanah Yuran Guaman & Professional Bayaran audit Yuran dan perbelanjaan pentadbiran Pendapatan sebelum cukai Cukai Pendapatan bersih untuk tahun Lain-lain pendapatan komprehensif JUMLAH PENDAPATAN KOMPREHENSIF

8 9

1,565 106 5 24 352 2,052 (560)

10

(145) (705) (705)

Pendapatan bersih selepas cukai untuk tahun kewangan adalah daripada seumber berikut : Keuntungan nyata bersih 5,821 Keuntungan belum nyata bersih (6,526) (705)

8,517 7,331 15,848

2011 RM Dividen untuk tahun kewangan Pengagihan bersih ('000) Pengagihan bersih seunit (sen) Pengagihan kasar seunit (sen) 6,799 2.50 2.44

2010 RM 6,949 2.50 2.43

Nota-nota yang disertakan adalah sebahagian daripada penyata kewangan ini


19

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

9.

PENYATA PERUBAHAN DALAM NILAI ASET BERSIH BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2011
MODAL PEMEGANG UNIT RM'000 Baki pada 1.1.2010-sepertimana dicatatkan sebelumnya (nota 19) PADA 1 JANUARI 2010-dicatatkan semula Penyamaan dividen Pengagihan Perlucutan unit Keuntungan bersih untuk tahun Pada 31.12.2010/1.1.2011 Penyamaan dividen Pengagihan Penjadian unit Perlucutan unit Kerugian bersih untuk tahun PADA 31 DISEMBER 2011

KERUGIAN TERKUMPUL RM'000

NILAI ASET BERSIH RM'000

397,803 (1,086) 396,717 582 (6,350) 390,949 (56) 654 (3,644) 387,903

(293,616) 1086 (292,530) (6,949) 15,848 (283,631) (6,799) (705) (291,135)

104,187 104,187 582 (6,949) (6,350) 15,848 107,318 (56) (6,799) 654 (3,644) (705) 96,768

Nota-nota yang disertakan adalah sebahagian daripada penyata kewangan ini


20

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

10.

PENYATA ALIRAN TUNAI BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2011


2011 RM '000 ALIRAN TUNAI DARI AKTIVITI OPERASI DAN PELABURAN Perolehan dari penjualan pelaburan Pembelian pelaburan Dividen diterima Faedah diterima Lain-lain pendapatan diterima Yuran pengurusan dibayar Yuran pemegang amanah dibayar Yuran juruaudit dibayar Pembayaran pengagihan Bayaran lain-lain yuran dan belanja Tunai bersih dijana dari/(digunakan) untuk aktiviti operasi dan pelaburan ALIRAN TUNAI DARI AKTIVITI KEWANGAN Tunai diterima untuk penjadian unit Tunai dibayar untuk pembatalan unit Tunai bersih digunakan untuk aktiviti kewangan PENGURANGAN BERSIH DALAM TUNAI DAN KESETARAANNYA TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI PADA AWAL TAHUN TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI PADA AKHIR TAHUN 12 94,238 (97,447) 3,029 534 135 (1,490) (105) (20) (6,246) (331) (7,712) 54,154 (57,219) 2,684 769 231 (1,647) (110) (17) (4,096) 286 (4,965) 2010 RM '000

654 (3,701) (3,047) (10,759) 26,289 15,530

(5,768) (5,768) (10,733) 37,022 26,289

Nota-nota yang disertakan adalah sebahagian daripada penyata kewangan ini


21

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

11.
1.

NOTA-NOTA KEPADA AKAUN


DANA DAN PENGURUS AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL (selepas ini dipanggil Dana) telah ditubuhkan seiring dengan termeterainya Suratikatan Amanah bertarikh 31 Disember 1994, Suratikatan Amanah Tambahan Pertama bertarikh 10 Julai 1996, Suratikatan Amanah Tambahan Kedua bertarikh 9 Februari 1999 dan Suratikatan Amanah Ketiga bertarikh 14 November 2008 diantara Pengurus, Permodalan BSN Berhad, Pemegang Amanah, Amanah Raya Trustees Berhad dan pemegang unit berdaftar Dana. Pejabat yang didaftarkan dan tempat utama perniagaan adalah terletak di Tingkat 18, Wisma BSN, 117 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur Aktiviti utama Dana ialah melabur di dalam pelaburan yang dibenarkan sepertimana termaktub di bawah Seksyen 1, Suratikatan Amanah Tambahan, dimana termasuklah saham dan stok syarikat yang disiar harga di Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities), sekuriti yang dijamin kerajaan, deposit jangkapendek dan mana-mana stok pinjaman tidak tersenarai atau bon korporat yang memenuhi keperluan khas yang ditentukan. Dana memulakan operasinya pada 12 Januari 1995 dan akan meneruskan operasinya sehingga ditamatkan oleh Pemegang Amanah sepertimana yang dinyatakan di bawah Seksyen 23 (1), Suratikatan Amanah. Pengurus, Permodalan BSN Berhad adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia, adalah anak syarikat milik penuh Bank Simpanan Nasional. Pengurus secara prinsipnya adalah terlibat di dalam pengurusan dana unit amanah. Penyata kewangan ini telah dibenarkan untuk diterbitkan oleh Lembaga Pengarah kepada Pengurus berdasarkan kepada resolusi pengarah bertarikh 15 Februari 2012.

2.

ASAS PENYEDIAAN Pernyataan kewangan bagi Dana disediakan di bawah konvensyen kos sejarah dan diubahsuai bersesuaian dengan asas-asas penilaian yang dibentangkan seperti dalam seksyen-seksyen lain terangkum di dalam dasar-dasar perakaunan yang penting dan menurut Piawaian Laporan Perakaunan (FRS) serta mematuhi Garispanduan Suruhanjaya Sekuriti yang berkenaan dengan Dana Unit Amanah di Malaysia. Bidang - bidang yang melibatkan tahap kadar penilaian atau kerumitan, atau bidang - bidang di mana andaian dan anggaran adalah signifikang kepada penyata kewangan adalah seperti yang dinyatakan nota 3 (a). (a) Di dalam tahun kewangan semasa, Dana telah menggunapakai piawaian perakaunan dan interpretasi baru berikut (termasuk pembetulan yang berikutnya) : FRS dan Interpretasi (termasuk pembetulan yang berikutnya) : FRS 1 (Revised) First-time Adoption of Financial Reporting Standards FRS 3 (Revised) Business Combinations FRS 127 (Revised) Consolidated and Separate Financial Statements Amendments to FRS 1 (Revised): Limited Exemptions from Comparative FRS7 FRS 7 Disclosures for First-time Adopters Amendments to FRS 1: Additional Exemptions for First-time Adopters Amendments to FRS 2: Scope of FRS 2 and FRS 3 (revised)
22

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

Amendments to FRS 2: Group Cash-settled Share-based Payments Transactions Amendments to FRS 5: Plan to Sell the Controlling Interest in a Subsidiary Amendments to FRS 7: Improving Disclosures about Financial Instruments Amendments to FRS 138: Consequential Amendments Arising from FRS 3 (Revised) Amendments to IC Interpretation 9: Scope of IC Interpretation 9 and FRS 3 (Revised) IC Interpretation 4 Determining Whether An Arrangement Contains a Lease IC Interpretation 12 Service Concession Arrangements IC Interpretation 16 Hedges of a Net Investment in a Foreign Operation IC Interpretation 17 Distribution of Non-cash Assets to Owners IC Interpretation 18 Transfers of Assets from Customers Annual Improvements to FRSs (2010) (i) Pemakaian piawaian perakaunan dan interpretasi di atas (termasuk pembetulan yang berikutnya) tidak mempunyai sebarang kesan material ke atas penyata kewangan Dana, selain daripada yang berikut:(ii) Pindaan kepada FRS 7 meluaskan keperluan pendedahan berhubung dengan pengukuran nilai saksama dan risiko kecairan. Khususnya, pindaan memerlukan pendedahan tambahan pengukuran nilai saksama oleh tahap hierarki pengukuran nilai saksama, seperti yang ditunjukkan dalam Nota 20 (e) kepada penyata kewangan. Perbandingan tidak dibentangkan oleh sebab pengecualian yang diberikan dalam pindaan. (iii) Penambahbaikan tahunan kepada FRS (2010) mengandungi pindaan kepada 11 piawaian perakaunan yang menyebabkan perubahan perakaunan untuk tujuan persembahan, pengiktirafan atau ukuran. (iv) Pindaan kepada FRS 101 (Pindaan) menjelaskan bahawa sesuatu entiti boleh memilih untuk membentangkan analisis item pendapatan komprehensif yang lain sama ada dalam penyata perubahan dalam ekuiti atau dalam nota kepada penyata kewangan. Dana ini telah memilih untuk membentangkan item pendapatan komprehensif lain dalam penyata perubahan dalam ekuiti. (b) Dana tidak menggunapakai piawaian perakaunan berikut dan interpretasinya (termasuk pembetulan berikutnya) yang telah diterbitkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) tetapi belum lagi dikuatkuasakan untuk tahun kewangan semasa : FRSs and IC Interpretations (including the Consequential Amendments) FRS 9 Financial Instruments FRS 10 Consolidated Financial Statements FRS 11 Joint Arrangements FRS 12 Disclosure of Interests in Other Entities FRS 13 Fair Value Measurement

Effective Date 1 January 2013 1 January 2013 1 January 2013 1 January 2013 1 January 2013
23

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

FRS 119 (Revised) Employee Benefits FRS 127 (2011) Separate Financial Statements FRS 128 (2011) Investments in Associates and Joint Ventures Amendments to FRS 101 (Revised): Presentation of Items of Other Comprehensive Income Amendments to FRS 112: Recovery of Underlying Assets IC Interpretation 15 Agreements for the Construction of Real Estate IC Interpretation 19 Extinguishing Financial Liabilities with Equity Instruments IC Interpretation 20 Stripping Costs in the Production Phase of a Surface Mine Amendments to IC Interpretation 14: Prepayments of a Minimum Funding Requirement (c)

1 January 2013 1 January 2013 1 January 2013

1 July 2012 1 January 2012 Withdrawn on 19 November 2011

1 July 2011

1 January 2013

July 2011

Dana menetapkan bahawa penyata kewangan bagi tempoh tahunan yang bermula pada 1 Januari 2012 akan disediakan selaras dengan Piawaian Pelaporan Malaysia Kewangan ("MFRSs") yang dikeluarkan oleh MASB yang juga akan mematuhi Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa ("IFRSs"). Oleh itu Dana tidak akan mengguna pakai piawaian perakaunan di atas dan tafsiran (termasuk pindaan berbangkit) yang berkuat kuasa bagi tempoh tahunan bermula pada atau selepas 1 Januari 2012. Berikutan penerbitan MFRSs (setara ke IFRSs) oleh MASB pada 19 November 2011, Dana akan mengguna pakai piawaian perakaunan baru dalam tahun kewangan akan datang. Dana sedang dalam proses menilai kesan penggunaan piawaian perakaunan baru ini dan pengurus tidak menjangkakan apa-apa kesan yang ketara ke atas penyata kewangan yang timbul daripada penggunaan.

(d)

3.

POLISI PERAKAUNAN YANG PENTING (a) Pertimbangan dan Anggaran Perakaunan Yang Kritikal Anggaran dan pertimbangan adalah secara berterusan dinilai oleh Pengurus dan berdasarkan kepada pengalaman lalu serta faktor-faktor lain termasuk jangkaan peristiwa masa hadapan yang dipercayai munasabah mengikut keadaan. Anggaran dan pertimbangan yang menjejaskan pemakaian dasar-dasar perakaunan dan pendedahan Dana serta membawa risiko yang penting yang boleh menyebabkan pelarasan material terhadap jumlah aset, liabiliti, pendapatan dan perbelanjaan adalah dibincangkan di bawah : (i) Cukai Pendapatan

24

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

Terdapat transaksi dan pengiraan tertentu yang mana nilai cukai muktamad boleh jadi berbeza daripada anggaran awal. Dana mengiktiraf liabiliti cukai berdasarkan kepada pemahamannya pada undang-undang cukai yang lazim dan anggaran cukai yang mungkin akan diperolehi dalam perjalanan perniagaan biasa. Jika nilai akhir perkara tersebut adalah berbeza dari jumlah yang telah diiktiraf pada mulanya, perbezaan tersebut akan memberi impak ke atas cukai pendapatan dan peruntukan cukai tertunda dalam tempoh di mana penentuan tersebut dibuat. (ii) Kejejasan Belum Terima Kerugian kejejasan diiktiraf apabila terdapat bukti objektif dimana aset kewangan adalah kejejasan. Pihak pengurusan mengkaji secara spesifik pinjaman dan aset kewangan belum terima dan sejarah hutang lapuk dianalisa, penumpuan pelanggan, kemampuan kredit pelanggan, tren ekonomi semasa dan perubahan di dalam terma pembayaran pelanggan apabila hendak membuat pertimbangan untuk menilai kecukupan elaun kerugian kejejasan. Dimana terdapat bukti objektif kejejasan, amaun dan masa hadapan aliran tunai adalah dianggarkan berdasarkan kepada pengalaman kerugian masa lampau untuk aset dimana ianya adalah sama dengan karakter risiko kredit. Jika kemahuan yang dibuat berlainan dengan jangkaan, perbezaan berkenaan akan memberi kesan kepada nilai bawa belum terima. Dana tidak mempunyai sebarang pinjaman. (iii) Anggaran Nilai Saksama Aset-Aset Kewangan Dan Liabiliti Tertentu Dana mempunyai aset-aset kewangan tertentu dan liabiliti pada nilai saksama yang memerlukan penggunaan anggaran perakaunan dan pengadilan yang meluas. Walaupun komponen penting ukuran nilai saksama telah ditentukan menggunakan bukti objektif yang boleh disahkan, jumlah perubahan dalam nilai saksama akan berbeza jika Dana menggunakan metodologi penilaian yang berbeza. Sebarang perubahan dalam nilai saksama bagi aset dan liabiliti akan memberikan kesan ke atas keuntungan dan ekuiti. (b) Matawang Fungsian Dan Pembentangan Matawang fungsian Dana diukur menggunakan matawang utama bagi persekitaran ekonomi di mana Dana beroperasi. Penyata kewangan ini dibentangkan di dalam Ringgit Malaysia (RM) yang merupakan matawang semasa yang digunapakai. (c) Tunai Dan Persamaan Tunai Tunai dan persamaan tunai terdiri dari tunai di bank, simpanan dalam panggilan berlandaskan Syariah di institusi kewangan dan pelaburan patuh Syariah kecairan jangkapendek yang mana boleh ditukar nilainya ke tunai, dimana perubahan dalam nilai pelaburan patuh Syariah membawa risiko yang tidak ketara. (d) Instrumen Kewangan Instrumen kewangan diambilkira di dalam Lembaran Imbangan apabila Dana terlibat dalam peruntukan kontrak bagi instrumen tersebut. Instrumen kewangan diklasifikasikan sebagai aset atau liabiliti berdasarkan kepada butiran perjanjian kontrak. Keuntungan, dividen, keuntungan serta kerugian berkaitan dengan instrumen kewangan diklasifikasikan sebagai liabiliti dilaporkan sebagai perbelanjaan atau pendapatan. Pengagihan kepada pemegang instrumen kewangan yang diklasifikasikan sebagai ekuiti
25

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

adalah di caj terus ke ekuiti. Instrumen kewangan akan diimbangi apabila Dana menggunakan hak secara sah mengimbangi dan bercadang untuk menyelesaikannya sama ada atas nilai asas bersih atau untuk merealisasikan aset dan menyelesaikan liabiliti secara serentak. Instrumen kewangan diiktiraf pada awalnya, pada nilai saksama, ditambah, dimana berlaku keadaan dimana instrumen kewangan tidak pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian, kos transaksi yang secara langsung diagihkan kepada pembelian atau penerbitan sesuatu instrumen kewangan. Instrumen kewangan diiktiraf di dalam lembaran imbangan dinyatakan di dalam pernyataan polisi individu yang berkaitan dengan satu sama lain. (i) Aset Kewangan Pada permulaan pengiktirafan, aset kewangan diklasifikasikan samada sebagai aset kewangan pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian, pinjaman dan belum terima, pelaburan dipegang hingga matang, atau aset kewangan sedia untuk dijual, sebagaimana sepatutnya. Aset Kewangan Pada Nilai Saksama Melalui Keuntungan Atau Kerugian Aset kewangan diklasifikasikan sebagai aset kewangan pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian apabila aset kewangan berkenaan samada dipegang untuk diniagakan atau direka untuk melupuskan atau mengurangkan secara penting pengukuran atau pengiktirafan yang tidak konsisten yang kemungkinan wujud. Derivatif juga diklasifikasikan sebagai dipegang untuk diniagakan kecuali ianya direka untuk hedges. Aset kewangan pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian adalah dinyatakan pada nilai saksama, dimana sebarang keuntungan atau kerugian yang dialami dari pengukuran semula diiktiraf sebagai keuntungan atau kerugian. Pendapatan dividen dari kategori aset kewangan diiktiraf di dalam untung atau rugi apabila hak Dana untuk menerima pembayaran telah diiktiraf. Pelaburan Dipegang Sehingga Matang Pelaburan dipegang sehingga matang adalah aset kewangan bukan derivatif atau pembayaran yang boleh ditentukandan tempoh matang yang tetap dimana pihak pengurusan mempunyai niat yang positif dan keupayaan untuk memegangnya hingga matang. Pelaburan dipegang hingga matang diukur pada kos perlunasan menggunakan kaedah faedah berkesan ditolak dengan kerugian kejejasan, dengan pendapatan diiktiraf melalui asas pulangan berkesan. Pinjaman dan Aset Kewangan Belum Terima Belum terima yang mempunyai pembayaran tetap atau boleh ditentukan yang tidak disiarharga di dalam pasaran aktif adalah diklasifikasikan sebagai pinjaman dan aset kewangan belum terima. Pinjaman dan aset kewangan belum terima adalah diukur pada kos perlunasan menggunakan kaedah keuntungan berkesan, ditolak dengan sebarang kerugian kejejasan. Pendapatan keuntungan adalah diiktiraf dengan menggunakan kadar keuntungan berkesan, kecuali ke atas belum terima jangkapendek apabila pengiktirafan keuntungan adalah tidak material.

26

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

Aset Kewangan Sedia Untuk Dijual Aset kewangan sedia untuk dijual adalah aset kewangan bukan derivatif yang direka untuk kategori ini atau yang tidak diklasifikasikan di dalam mana-mana kategori. Selepas pengiktirafan permulaan, aset kewangan sedia untuk dijual diukur kepada nilai saksamanya pada akhir sesuatu tempoh laporan. Keuntungan atau kerugian dari perubahan nilai saksama adalah diiktiraf di dalam pendapatan komprehensif lain dan dikumpulkan di dalam rizab nilai saksama, dengan pengecualian kerugian kejejasan. Di dalam ketidakitirafan, keuntungan terkumpul atau kerugian terkumpul sebelumnya di dalam rizab nilai saksama adalah diklasifikasikan dari ekuiti kepada keuntungan atau kerugian. Dividen atas instrumen bukan ekuiti yang sedia untuk dijual adalah diiktiraf di dalam keuntungan atau kerugian apabila Dana mempunyai hak untuk menerima pembayaran telah diiktiraf. Pelaburan di dalam instrumen bukan ekuiti dimana nilai saksamanya tidak boleh diukur dengan tepat, diukur pada kos dan ditolak dengan kerugian kejejasan terkumpul, sekiranya ada.

(ii) Liabiliti Kewangan Semua liabiliti kewangan permulaannya adalah pada nilai saksama ditambah secara langsung dengan kos transaksi boleh agih dan diukur kemudiannya pada nilai kos perlunasan menggunakan kaedak faedah berkesan selain dari yang telah dikategorikan sebagai nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian. Nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian merangkumi liabiliti kewangan samada dipegang untuk diniagakan atau direka untuk menghapuskan atau mengurangkan secara signifikan pengukuran atau pengiktirafan yang tidak konsisten yang mungkin wujud. Derivatif juga dikategorikan sebagai dipegang untuk diniagakan kecuali ianya direka untuk hedges. (iii) Sumbangan Pemegang Unit Sumbangan pemegang unit kepada Dana menepati definasi instrumen yang diletakkan dan diklasifikasikan sebagai ekuiti di bawah FRS 132 yang dikaji semula. Penyamaan pengagihan diakaunkan pada tarikh penjadian dan perlucutan unit Dana. Ianya mewakili amaun purata pendapatan atau kerugian boleh agih yang termasuk di dalam penjadian dan perlucutan harga unit. (e) Kejejasan Aset Kewangan Semua aset kewangan (selain yang dikategorikan pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian) adalah diperolehi pada akhir tempoh laporan samada mempunyai bukti objektif kejejasan sebagai keputusan dari satu atau banyak keadaan yang memberikan kesan ke atas anggaran aliran tunai hadapan aset berkenaan. Untuk instrumen ekuiti, penurunan yang penting atau berlarutan ke atas nilai saksama di bawah paras kos adalah diambilkira sebagai bukti objektif kejejasan. Kerugian kejejasan terhadap pelaburan dipegang hingga matang dan pinjaman dan aset kewangan belum terima adalah diiktiraf di dalam keuntungan atau kerugian dan diukur melalui perbezaan diantara amaun bawa aset dan nilai sekarang bagi anggaran aliran
27

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

tunai hadapan, didiskaun pada kadar asal keuntungan berkesan aset kewangan berkenaan. Kerugian kejejasan terhadap aset kewangan sedia untuk dijual adalah diiktiraf di dalam keuntungan dan kerugian dan diukur melalui perbezaan diantara kos (bersih diantara pembayaran prinsipal dan perlunasan) dan nilai saksama sediada, ditolak dengan sebarang kerugian kejejasan sebelumnya yang diiktiraf di dalam rizab nilai saksama. Sebagai tambahan, kerugian terkumpul yang diiktiraf di dalam lain pendapatan komprehensif dan terkumpul di dalam ekuiti di bawah rizab nilai saksama, adalah diklasifikasikan dari ekuiti kepada keuntungan atau kerugian. Dengan pengecualian instrumen bukan ekuiti yang sedia untuk dijual, jika, di dalam tempoh tertentu, amaun kerugian kejejasan berkurangan dan pengurangan ini boleh dikaitkan secara objektifnya dengan keadaan yang terjadi selepas kejejasan ini diiktiraf, kerugian kejejasan yang diiktiraf sebelumnya adalah dirizabkan melalui keuntungan atau kerugian ke satu tahap bilamana amaun bawa pelaburan berkenaan pada tarikh kejejasan ini dilaraskan semula tidak melebihi kos perlunasan yang memungkinkan kejejasan ini tidak diiktiraf. Berkenaan dengan instrumen bukan ekuiti sedia untuk dijual, kerugian kejejasan adalah dilaraskan semula di dalam keuntungan atau kerugian jika pertambahan nilai saksama pelaburan boleh secara objektifnya dikaitkan kepada keadaan yang berlaku selepas pengiktirafan kerugian kejejasan di dalam keuntungan atau kerugian. (f) Nilai Aset Bersih Boleh Agih Untuk Pemegang Unit Nilai aset bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang unit mewakili sebagai ekuiti dalam kedudukan penyata kewangan, yang dibawa pada jumlah penebusan yang kena dibayar pada tarikh kedudukan penyata kewangan jika pemegang unit melaksanakan hak untuk menebus unit Dana. (g) Pengiktirafan Pendapatan (i) Keuntungan Dari Deposit Keuntungan dari deposit diiktiraf mengikut asas terakru. (ii) Pendapatan Dividen Pendapatan dividen daripada pelaburan akan diiktiraf apabila terdapat peruntukan untuk menerima pembayaran dividen tersebut. (iii) Keuntungan atau Kerugian Nyata Dari Penjualan Pelaburan Keuntungan atau kerugian nyata dari penjualan pelaburan mewakili perbezaan antara nilai perolehan bersih pelupusan dan amaun bawa pelaburan berkenaan, yang dikira berasaskan purata kos purata berpemberat. (h) Klasifikasi Keuntungan Dan Kerugian Nyata dan Tidak Nyata Keuntungan dan kerugian tidak nyata merangkumi perubahan di dalam nilai saksama instrumen kewangan untuk sesuatu tempoh dan dari pelarasan semula keuntungan dan kerugian belum nyata tempoh sebelum untuk instrumen kewangan dimana ianya dinyatakan (contoh : dijual, ditebus atau telah matang) di dalam tempoh kewangan.

28

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

Keuntungan dan kerugian nyata di atas pelupusan instrumen kewangan diklasifikasikan sebagai sebahagian pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian mewakili perbezaan diantara amaun bawa permulaan pelaburan tersebut dan perolehan pelupusan, atau pembayaran tunai atau penerimaan yang dibuat ke atas kontrak derivatif (tidak termasuk pembayaran atau penerimaan ke atas akaun keuntungan yang dicagarkan untuk pelaburan berkenaan). (i) Segmen Operasi Untuk tujuan pengurusan, Dana telah diuruskan kepada satu segmen operasi utama, dimana melabur di dalam berbagai jenis pelaburan termasuk ekuiti dan simpanan. Semua aktiviti Dana adalah berkaitan, dan setiap aktiviti adalah bergantung diantara satu sama lain. Selain itu, semua keputusan yang penting adalah berdasarkan kepada analisa Dana sebagai satu segmen. Keputusan kewangan dari segmen ini adalah bersamaan dengan penyata kewangan Dana secara keseluruhannya. (j) Pengagihan Dividen Pengagihan dividen adalah atas budibicara Dana. Pengagihan dividen kepada Pemegang Unit Dana diakaunkan sebagai tolakan daripada rezab nyata kecuali dimana dividen diambil dari sumber penyamaan pengagihan dimana diakaunkan sebagai tolakan dari Modal Pemegang Unit. Dividen yang dicadangkan telah diiktiraf sebagai liabiliti di dalam tempoh dimana ianya diluluskan. Pengagihan adalah diiktiraf sebagai liabiliti apabila diluluskan untuk diagihkan. Pengagihan diiktiraf sebagai liabiliti apabila diluluskan untuk diagihkan. (k) Perbelanjaan Cukai Pendapatan Cukai pendapatan untuk tempoh kewangan termasuk cukai semasa dan cukai tertunda. Cukai semasa adalah jangkaan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar selaras dengan keuntungan yang diperolehi bagi tempoh tersebut dan ia diukur menggunakan kadar cukai yang telah digubal atau digubal sebahagian besarnya pada tarikh Lembaran Imbangan. Cukai tertunda telah diperuntukkan secara penuh, menggunakan kaedah liabiliti, mengikut perbezaan sementara yang timbul antara cukai asas aset dan liabiliti dan amaun bawa di dalam penyata kewangan. Liabiliti cukai tertunda adalah dinyatakan untuk semua perbezaan cukai sementara. Liabiliti cukai tertunda dinyatakan untuk semua perbezaan sementara dikenakan cukai selain yang timbul daripada muhibah atau muhibah negatif atau dari pengiktirafan awal sesuatu aset atau liabiliti dalam satu transaksi yang bukan bersifat satu kombinasi perniagaan serta pada masa tersebut transaksi itu tidak menjejaskan nilai keuntungan perakaunan mahupun keuntungan kena cukai. Aset cukai tertunda dinyatakan ke satu tahap dimana mungkin pada masa hadapan, keuntungan yang dikenakan cukai boleh digunakan untuk menghapuskan perbezaan sementara.

29

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

4.

ASET KEWANGAN PADA NILAI SAKSAMA MELALUI KEUNTUNGAN ATAU KERUGIAN

Bilangan saham dipegang Unit '000 (i) Kewangan Malayan Banking Bhd RHB Capital Bhd Bursa Malaysia AMMB Holdings Bhd Cimb Group Holdings Bhd 861 435 600 330 720 2,946

Kos RM '000 7,181 3,645 5,702 2,129 5,655 24,311

Nilai pasaran RM '000 7,387 3,254 4,020 1,964 5,357 21,982

Peratusan Ke Atas Nilai Dana % 7.65 3.37 4.16 2.03 5.55 22.76

(ii)

Barangan Industri Carotech Berhad KNM Group Berhad Lafarge Cement Bhd Petronas Gas Bhd Petronas Chemical Group Bhd

600 140 171 141 1,072 2,124

291 1,123 1,140 1,884 7,243 11,682

21 139 1,197 2,143 6,645 10,145

0.02 0.14 1.24 2.21 6.87 10.48

(iii)

Perladangan IJM Plantation Bhd IOI Corporation Bhd

200 1,135 1,335

613 6,585 7,199

594 6,106 6,670

0.58 6.31 6.89

(iv)

Pembinaan Gamuda Bhd IJM Corporation Bhd WCT Engineering Bhd Malaysian Resources Corporation Berhad Muhibbah Engineering (M) Bhd

665 300 910 694 461 3,030

2,473 1,686 2,905 1,590 672 9,327

2,254 1,695 2,166 1,499 521 8,135

2.33 1.75 2.24 1.55 0.54 8.41

(v)

Perdagangan Axiata Group Bhd Dialog Groupn Bhd Faber Group Bhd Kencana Petroleum Bhd KFC Holdings (M) Bhd KPJ Healthcare Bhd Heavy Eng Bhd Perdana Petroleum Bhd Sime Darby Bhd Tenaga Nasional Bhd Parkson Holding Bhd

580 455 226 670 400 240 633 1,300 1,048 1,144 505

2,760 1,090 626 1,808 1,508 1,045 3,740 2,785 9,240 8,976 3,096

2,983 1,196 405 1,990 1,536 1,128 3,583 1,020 9,647 6,751 2,858

3.08 1.24 0.42 2.06 1.59 1.17 3.70 1.05 9.97 6.98 2.95
30

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

Masterskill Education Group Bhd

530 7,732

2,034 38,710

636 33,735

0.66 34.87

(vi)

Syarikat Projek Infrastruktur Puncak Niaga Holdings Bhd YTL Power International Bhd

600 120 720

1,489 471 1,960

1,068 116 1,184

1.10 0.12 1.22

(vii) Hartanah IJM Land Berhad Mah Sing Group Bhd UEM Land Holdings Bhd

700 250 717 1,667

2,039 528 1,973 4,540

1,610 525 1,735 3,870

1.67 0.54 1.79 4.00

(viii) Pengguna MSM Malaysia Holding Bhd Fraser & Neave Holdings Bhd Tan Chong Motor Holdings Berhad JUMLAH PORTFOLIO PELABURAN

400 100 200 700

1,904 1,818 1,052 4,774 102,505

1,952 1,820 816 4,588 90,309

2.02 1.88 0.84 8.24 93.33

5.

DEPOSIT DENGAN INSTITUSI KEWANGAN BERLESEN Kadar keuntungan berkesan deposit pada tarikh Lembaran Imbangan berada dalam lingkungan 2.72 % ke 3.40 % (2010 2.72 % ke 3.00 %) setahun. Deposit mempunyai tempoh matang dari 1 hingga 61 hari (2010 1 hingga 32 hari).

6.

SUMBANGAN PEMEGANG UNIT 22011 Unit 000 Pada 1 Januari Penjadian unit Pembatalan unit Penyamaan dividen Pada 31 Disember 286,500 1,700 (9,800) 278,400 RM000 392,036 654 (3,644) (56) 387,903 Unit 000 301,500 (15,000) 286,500 2010 RM 000 396,717 (6350) 582 390,949

31

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

Berdasarkan kepada skim ini, bilangan maksimum unit yang boleh diterbitkan untuk edaran ialah sebanyak 500 juta unit. Pada 31 Disember 2011, bilangan unit yang belum diterbitkan ialah sebanyak 221.60 juta unit (2010 : 213.50 juta unit). 7. KERUGIAN TERKUMPUL

2011 RM 000 Kerugian Nyata Kerugian belum nyata Pada 31 Disember 8. YURAN PENGURUS (278,939) (12,196) (291,135)

2010 RM 000 (277,592) (6,039) (283,631)

Yuran pengurus dikira berdasarkan kepada kadar 1.5 % (2010 : 1.5 %) setahun dari nilai aset bersih dana yang dikira secara harian. 9. YURAN PEMEGANG AMANAH Yuran pemegang amanah dikira berdasarkan kepada kadar 0.1 % (2010 : 0.1 %) setahun dari nilai aset bersih dana yang dikira secara harian. 10. PENCUKAIAN 2011 RM 000 Peruntukan tahun semasa Lebih diperuntukan di dalam tahun sebelum 186 (41) 145 2010 RM 000 483 (30) 453

Semasa tahun kewangan semasa, kadar cukai berkanun kekal pada 25 % taksiran pendapatan bagi tahun kewangan. Percukaian yang dikenakan untuk tahun kewangan tersebut adalah ke atas pendapatan bercukai dividen selepas menolak cukai perbelanjaan yang dibenarkan. Selaras dengan Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967, keuntungan yang diperolehi oleh Dana dikecualikan daripada cukai. Penyesuaian ke atas perbelanjaan cukai pendapatan adalah terpakai kepada pendapatan bersih sebelum cukai pada kadar cukai pendapatan berkanun kepada perbelanjaan cukai pendapatan pada kadar cukai berkesan Dana adalah seperti berikut :

32

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

2011 RM 000 Keuntungan/kerugian bersih sebelum cukai Cukai pada kadar berkanun 25% Kesan cukai dari : Pendapatan yang tidak dikenakan cukai Perbelanjaan yang tidak dibenarkan (Lebih)/kurang diperuntukkan pada tahun kewangan sebelum Cukai dibelanjakan untuk tahun kewangan 11. PENGAGIHAN Dividen kepada pemegang unit adalah diperolehi dari sumber berikut : 2011 RM 000 Pendapatan dividen, bersih Pendapatan faedah Untung nyata bersih hasil dari penjualan saham Lain-lain pendapatan Tolak: Perbelanjaan Cukai Pengagihan untuk tahun kewangan Pengagihan kasar seunit (sen) Pengagihan bersih seunit (sen) 2,428 467 3,760 449 7,104 (144) (162) 6,798 2.50 2.44 (560) (140) (139) 465 (41)

2010 RM 000 16,301 4,075 (4,121) 529 (30)

145

453

2010 RM 000 1,316 499 4,508 839 7,162 (213) 6,949 2.50 2.43

12.

TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI Bagi tujuan Penyata Aliran Tunai, tunai dan persamaan tunai adalah terdiri daripada :

2011 RM 000 Deposit dengan institusi kewangan berlesen Tunai dan baki di bank 13,980 1,550 15,530

2010 RM 000 25,167 1,122 26,289

33

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

13.

PEGANGAN UNIT OLEH PIHAK YANG BERKAITAN

NILAI NAV 2011 UNIT 000 72,000 2,659 74,659 14. 2010 UNIT 000 72,000 1,495 73,495 2011 RM 000 24,998 923 25,921 2010 RM 000 26,957 558 27,515

Syarikat induk Pengurus Pengurus

URUSNIAGA DENGAN SYARIKAT BROKER SAHAM Urusniaga dengan syarikat-syarikat broker saham di dalam tempoh kewangan adalah seperti berikut:
2011 Nilai Dagangan Nama syarikat broker Maybank Investment Bank Bhd Aminvestment Bank Bhd MIDF Amanah Investment Bank Bhd Affin Investment Bank Bhd CIMB Investment Bank Bhd RHB Investment Bank Bhd RM '000 41,206 6,854 44,610 33,126 25,433 31,771 183,000 % 22.52 3.75 24.38 18.10 13.90 17.35 100.00 2010 Nilai Dagangan Nama syarikat broker Maybank Investment Bank Bhd Aminvestment Bank Bhd MIDF Amanah Investment Bank Bhd Affin Investment Bank Bhd CIMB Investment Bank Bhd RHB Investment Bank Bhd Hwang DBS Investment Bank Bhd Aseanbankers Malaysia Bhd Credit Suisse Securities (M) Sdn Bhd RM '000 33,480 19,605 17,091 11,559 25,181 1,047 4,377 74 265 112,679 % 28.71 17.40 15.17 10.26 23.35 0.93 3.88 0.07 0.23 100.00 Yuran Broker & Komisen RM '000 67 39 34 23 65 2 9 0.1 0.7 240 % 27.93 15.00 13.01 9.65 29.63 0.87 3.65 0.06 0.20 100.00 Yuran Broker & Komisen RM '000 108 18 115 85 72 80 478 % 22.61 3.82 24.01 17.83 15.10 16.63 100.00

15.

NISBAH PERBELANJAAN PENGURUSAN Nisbah perbelanjaan pengurusan untuk tahun kewangan semasa ialah 1.96 % (2010 - 1.87 %). Ianya adalah nisbah keseluruhan yuran yang ditolak dari Dana termasuklah yuran pengurus, yuran pemegang amanah, bayaran juruaudit, yuran ejen percukaian ditambah dengan perbelanjaan dikenakan ke atas dana yang dinyatakan sebagai peratusan purata nilai aset bersih dana, dikira secara bulanan.

34

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

16.

NISBAH DAGANGAN PORTFOLIO Nisbah dagangan portfolio untuk tahun kewangan semasa ialah 0.88 kali (2010 - 0.5 kali). Nisbah dagangan portfolio ialah nisbah purata pembelian dan penjualan pelaburan untuk tahun berkenaan berbanding purata nilai aset bersih dana untuk tahun berkenaan, dikira secara bulanan.

17.

TRANSAKSI PIHAK BERKAITAN (a) Identiti pihak berkaitan Dana mempunyai hubungan dengan pihak berkaitan iaitu syariakt induk Pengurus. (b) Sebagai tambahan kepada baki terperinci yang ditunjukkan di mana-mana di penyata kewangan, Dana telah melakukan transaksi berikut dengan pihak berkaitan di dalam tahun kewangan : NUMBER OF UNITS 000 2011 2010 Pendaftaran unit dana amanah oleh syarikat induk pengurus Yuran pengurusan dibayar kepada Pengurus RM000 2011 2010 -

1,565

1,652

18.

SEGMEN OPERASI Pengurus dan Jawatankuasa Pelaburan Dana adalah bertanggungjawab untuk meletakkan sumber-sumber yang ada kepada Dana berdasarkan kepada strategi pelaburan keseluruhan Sepertimana yang digariskan didalam Garispanduan Pelaburan Dana. Jadual berikut memberikan analisa tentang pendapatan dan aset mengikut segmen pelaburan : Segmen Pendapatan 2011 2010 RM 000 RM 000 Keuntungan nyata bersih Deposit dengan institusi kewangan berlesen Pengagihan Pendapatan Keuntungan/Kerugian belum nyata atas saham Lain-lain pendapatan Jumlah pendapatan 4,450 541 2,891 (6,526) 135 1,491 6,936 759 3,119 7,331 231 18,376

35

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

Segmen Aset 2011 2010 RM 000 RM 000 Keuntungan/kerugian pada nilai saksama aset kewangan Deposit dengan institusi kewangan berlesen Tunai dan baki bank Tuntutan cukai Lain-lain

90,310 13,980 1,550 96 528 106,464

91,602 25,167 1,122 329 84 118,304

19.

PENYELARASAN TAHUN LEPAS Pada tahun-tahun kewangan sebelumnya, Penyamaan Pengagihan ketika terbitan atau penebusan unit oleh Dana telah dibentangkan sama ada dalam Penyata Pendapatan atau dimasukkan sebagai sebahagian daripada kerugian terkumpul Dana. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Pelaksanaan Piawaian Laporan Kewangan ("FRSIC") Konsensus 16 pada Penyamaan Pengagihan dalam Dana Unit Amanah telah menafsirkan bahawa Penyamaan Pengagihan sebenarnya adalah sumbangan daripada atau pengedaran kepada, pemegang unit apabila penerbitan atau penebusan unit masing-masing dan tidak memberi peningkatan kepada pendapatan atau perbelanjaan kerana ia tidak memenuhi definisi yang berkaitan. Oleh itu, pembentangan pembayaran persamaan dalam Penyata Pendapatan dana unit amanah dengan sendirinya adalah suatu pelanggaran kepada FRS. Pelarasan tahun terdahulu berkaitan dengan pembetulan kesilapan dengan pengurangan daripada modal pemegang unit jumlah penyamaan pengedaran yang sebelum ini dibentangkan dalam Penyata Pendapatan atau kerugian terkumpul Dana. Kesan itu dibuat secara retrospektif mengikut FRS 108 Polisi Perakaunan, Perubahan dalam Anggaran Perakaunan dan Kesilapan.

20.

INSTRUMEN KEWANGAN Aktiviti Dana adalah terdedah kepada berbagai risiko pelaburan (termasuk risiki harga, risiko matawang asing dan risiko kadar faedah), risiko kredit, risiko kecairan dan risiko pengklasifikasian semula status syariah. Polisi pengurusan risiko kewangan keseluruhan Dana memfokus kepada ketidaktentuan pasaran kewangan dan mencari untuk meminimakan kesan yang berpotensi untuk dibalikkan ke atas prestasi kewangan Dana. (a) Polisi Pengurusan Risiko Kewangan Dana adalah terdedah kepada berbagai risiko kewangan, termasuklah risiko matawang asing, risiko kadar faedah, risiko kredit, risiko kecairan dan risiko pengklasifikasian semula status Syariah. Objektif pengurusan risiko kewangan keseluruhan Dana adalah untuk memindahkan kerugian modal.

36

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

Pengurusan risiko kewangan adalah dijalankan melalui kajian semula polisi, sistem kawalan dalaman dan pematuhan kepada kuasa dan had-had pelaburan yang digariskan di dalam Garispanduan Dana Amanah oleh Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia. (i) Risiko Pasaran Risiko pasaran timbul kerana perubahan keadaan pasaran akibat persekitaran pengawalseliaan, politik, ekonomi dan persekitaran perniagaan. Perubahan tersebut boleh menyebabkan turun naiknya pasaran saham yang akan menjejaskan dasar pelaburan Dana dan turun naik nilai aset bersih. Risiko pasaran tidak boleh dihapuskan tetapi boleh dikurangkan melalui kepelbagaian. Pengurus Dana mempelbagaikan portfolio dan memantau iklim pelaburan dan pasaran untuk mengambil langkah-langkah, jika perlu dan sesuai, untuk mengurangkan risiko ini. Jadual di bawah menunjukkan kepelbagaian pelaburan Ekuiti Pematuhan Syariah Dana mengikut sektor: 2011 RM000 8,135 21,982 10,145 1,184 6,670 3,870 33,735 4,588 90,309 2010 RM000 % NAB 8,140 8.89 17,757 19.39 2,400 2.62 2,396 2.62 7,190 2.85 10,068 10.97 43,651 47.66 91,602 100

Aset Pelaburan Pembinaan Kewangan Barangan Industri Infrastruktur Perladangan Hartanah Perdagangan/Perkhidmatan Barangan Pengguna Jumlah Nilai Pasaran

% NAB 9.01 24.34 11.23 1.31 7.39 4.28 37.36 5.08 100

Kedudukan keseluruhan pasaran dipantau secara harian oleh Pengurus Dana. Pengurus Dana akan menentukan industri yang boleh mendapat manfaat daripada perubahan semasa dan masa akan datang ekonomi apabila menjalani proses peruntukan sektor. (ii) Risiko Harga Risiko harga adalah risiko pengurangan nilai saksama sekuriti ekuiti akibat perubahan dalam paras indeks ekuiti dan nilai sekuriti individu. Ia adalah dasar Dana untuk memaksimumkan pulangan dengan risiko yang minimum dan Pengurus memilih sekuriti yang kukuh dan mempunyai potensi pertumbuhan yang baik. Nilai pelaburan dana dalam saham biasa yang diterbitkan oleh mana-mana pengeluar tidak boleh melebihi 10% daripada nilai aset bersih harian Dana. Jika harga bagi pelaburan disiar harga pada tempoh akhir laporan ini mengukuh sebanyak 5% dengan lain-lain pembolehubah adalah malar, keuntungan sebelum cukai dan ekuiti Dana akan meningkat sebanyak RM4,515,470. Penguncupan 5% pada harga siarharga juga akan mempunyai kesan yang sama tetapi bertentangan ke atas keuntungan sebelum cukai dan ekuiti masingmasing.
37

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

Secara praktikal, keputusan sebenar niaga mungkin berbeza daripada analisis sensitiviti yang dibentangkan di atas dan perbezaan boleh menjadi material. Maklumat harga pasaran yang disediakan dalam jadual di atas mewakili hasil hipotesis dan tidak bertujuan sebagai penjangka. Perbezaan keadaan pasaran mungkin menjadi ketara daripada yang dicadangkan. Pengurus mempunyai sistem untuk memantau urusniaga Dana untuk memastikan pematuhan dengan Garis Panduan SC mengenai Tabung Unit Amanah dan had Dana dan sekatan pelaburan selaras dengan parameter di dalam Surat Ikatan Amanah. (iii) Risiko Kadar Faedah Risiko kadar faedah adalah risiko nilai instrumen kewangan yang akan turun naik disebabkan perubahan dalam kadar faedah pasaran. Kadar faedah ke atas deposit dan perletakan dengan institusi kewangan berlesen ditentukan berdasarkan kadar pasaran semasa. Dana tidak terdedah kepada risiko kadar faedah kerana pelaburan Dana di dalam instrumen kewangan telah dilakukan melalui kadar keuntungan tetap dan diukur pada kos perlunasan. Oleh itu, analisa sensitiviti tidak dinyatakan. (iv) Risiko Mata Wang Asing Syarikat tidak mempunyai apa-apa urus niaga mata wang asing, oleh itu tidak terdedah kepada sebarang risiko mata wang asing. (v) Risiko Kredit Risiko kredit merujuk kepada ketidakupayaan seseorang pengeluar atau manamana pihak untuk membuat bayaran faedah, prinsipal dan hasil daripada pelaburan nyata tepat pada masanya. Risiko kredit yang timbul daripada perletakan deposit di institusi kewangan berlesen adalah diuruskan dengan memastikan deposit Dana dilletakkan di dalam institusi kewangan berlesen yang berwibawa. Bagi jumlah terhutang daripada broker saham, terma penyelesaian dikawal oleh kaedah dan peraturan yang berkaitan seperti yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia Securities Berhad. Semua urus niaga dalam sekuriti tersenarai diselesaikan / dibayar untuk penghantaran dengan menggunakan broker yang mendapat kelulusan. Risiko ingkar dianggap minima, berikutan penghantaran sekuriti yang dijual hanya dibuat setelah broker menerima bayaran. Bayaran dibuat atas pembelian sekuriti setelah ia diterima oleh broker. Jika salah satu pihak gagal untuk memenuhi tanggungjawab mereka, transaksi urusniaga akan gagal. Terma-terma penyelesaian hasil dari penjadian unit yang diterima daripada Pengurus dan pelucutan unit yang dibayar kepada Pengurus ditadbir oleh Garis Panduan Dana Unit Amanah Suruhanjaya Sekuriti.

38

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

Pendedahan maksimum kepada risiko kredit sebelum sebarang tambahan kredit pada akhir tempoh laporan adalah diwakili oleh amaun aset kewangan seperti yang dinyatakan di bawah: 2011 RM 000 Keuntungan pada nilai saksama aset kewangan Deposit dengan institusi kewangan berlesen Tunai dan baki bank Amaun Terhutang kepada Syarikat Broker Lain-lain penerimaan 2010 RM 000

90,309 13,980 1,550 485 43 106,368

91,602 25,167 1,122 84 117,975

Pendedahan risiko kredit bagi aset kewangan adalah tertakluk di dalam Malaysia. Semua aset kewangan Dana pada 31 Disember 2011 adalah tidak tertunggak atau terjejas. (vi) Risiko Kecairan Risiko kecairan adalah risiko ketika Dana mungkin tidak dapat menjana sumber tunai yang mencukupi untuk menyelesaikan tanggungjawab sepenuhnya apabila tiba masanya atau hanya boleh berbuat demikian atas terma yang ketara merugikan. Dana mengekalkan tahap aset cair yang mencukupi dengan tahap minimum 10% daripada nilai aset bersih untuk memenuhi pembayaran yang dijangkakan dan pembatalan unit oleh pemegang unit. Instrumen pasaran wang termasuk deposit berjangka, perjanjian pembelian semula dan penempatan tunai jangka pendek dengan institusi kewangan, akan digunakan untuk mengekalkan kedudukan kecairan Dana dan sebagai langkah alternatif jangka pendek apabila pasaran ekuiti mengalami turun naik yang berlebihan. Dana tidak akan meminjam berkaitan dengan aktiviti-aktivitinya atau meminjamkan mana-mana wang tunai atau pelaburan melainkan jika dibenarkan oleh Garis Panduan Tabung Unit Amanah Suruhanjaya Sekuriti dan sebarang Nota Panduan yang dikeluarkan oleh SC itu dari semasa ke semasa atau lain-lain undang-undang atau peraturan-peraturan yang berkaitan dengan unit amanah. Jadual berikut menunjukkan profil matang liabiliti aset kewangan pada akhir tempoh laporan berdasarkan kepada kontrak aliran tunai tanpa diskaun :

39

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

2011 Keuntungan pada nilai saksama aset kewangan Deposit dengan institusi kewangan berlesen Tunai dan baki bank Amaun terhutang dari syarikat broker Lain-lain belum terima Jumlah Aset Kewangan

Amaun Bawa RM 90,309 13,980 1,550 486 43 106,368 Amaun Bawa RM000 938 216 8 8,328 206 9,696 Amaun Bawa RM000 2,880 141 9 7,776 180 10,986

Kontrak Aliran Tunai Tanpa Diskaun RM 90,309 13,980 1,550 486 43 106,368 Kontrak Aliran Tunai Tanpa Diskaun RM000 938 216 8 8,328 206 9,696 Kontrak Aliran Tunai Tanpa Diskaun RM000 2,880 141 9 7,776 180 10,986

Selama 1 Tahun RM 90,309 13,980 1,550 486 43 106,368 Selama 1 Tahun RM000 938 216 8 8,328 206 9,696 Selama 1 Tahun RM000 2,880 141 9 7,776 180 10,986

2011 Amaun terhutang kepada sykt broker Amaun terhutang kepada Pengurusan Amaun terhutang kepada Pemegang Amanah Dividen belum bayar Lain-lain belum bayar dan terakru Jumlah Tanggungan Kewangan

2010 Amaun terhutang kepada sykt broker Amaun terhutang kepada Pengurusan Amaun terhutang kepada Pemegang Amanah Dividen belum bayar Lain-lain belum bayar dan terakru

(b) Pengkelasan Instrumen Kewangan 2011 RM000 Aset Kewangan Aset kewangan pinjaman dan belum terima : Deposit dengan institusi kewangan Amaun terhutang dari sykt broker Lain-lain Penerimaan Tunai di bank

13,980 486 43 1,550 16,059

Nilai saksama melalui keuntungan dan kerugian : Sekuriti siarharga ekuiti

90,309
40

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

Liabiliti Kewangan Lain-lain liabiliti kewangan : Amaun terhutang kepada sykt broker Amaun terhutang kepada Pengurus Amaun terhutang kepada Pemegang Amanah Dividen belum bayar Lain-lain belum bayar dan terakru

(938) (216) (8) (8,328) (206) (9,696)

(c)

Nilai Saksama Instrumen Kewangan Amaun bawa aset kewangan dan liabiliti kewangan yang dilaporkan di dalam penyata kewangan adalah bersamaan dengan nilai saksamanya. Ringkasan berikut adalah kaedah yang digunakan untuk menentukan nilai saksama instrumen kewangan : (i) Aset kewangan dan liabiliti kewangan matang dalam tempoh 12 bulan berikutnya adalah bersamaan dengan nilai saksamanya yang disebabkan oleh tempoh matang instrumen kewangan yang pendek. Nilai saksama pelaburan patuh Syariah siarharga adalah dianggarkan berdasarkan kepada harga pasaran siarharga pada akhir tempoh laporan.

(ii)

(d) Hiraki Nilai Saksama Nilai saksama aset kewangan dan liabiliti dianalisis ke dalam tahap 1 hingga 3 seperti berikut: Tahap 1: pengukuran nilai saksama terhasil dari siar harga (terlaras) dalam pasaran aktif bagi aset dan liabiliti atau serupa. Tahap 2: ukuran nilai saksama terhasil dari input selain daripada siar harga termasuk dalam tahap 1 yang dilihat bagi aset atau liabiliti, sama ada secara langsung atau tidak langsung Tahap 3: pengukuran nilai saksama terhasil dari teknik-teknik penilaian yang mewakili input bagi aset atau liabiliti yang tidak berdasarkan pada tarikh pasaran dilihat (input unobservable). Dana ini telah disebutharga berasaskan ekuiti dan sekuriti bukan ekuiti yang diklasifikasikan sebagai nilai saksama kepada keuntungan atau kerugian dan aset kewangan sedia untuk dijual masing-masing pada nilai saksama. Aset-aset kewangan tergolong di tahap 1 hiraki nilai saksama

41

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

Pada 31 Disember 2011, instrumen kewangan Dana dibawa pada nilai saksama dianalisa seperti berikut: TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 3 JUMLAH

DANA 2011 Aset Kewangan Pelaburan Ekuiti SiarHarga

RM

RM

RM

RM

90,309

90,309

Tiada sebarang pindahan di antara tahap 1 dan tahap 2 pengukuran nilai saksama pada tahun kewangan semasa. (e) Pengurusan Modal Modal diwakili oleh langganan pemegang unit kepada Dana. Jumlah modal boleh berubah dengan ketara pada setiap hari kerana dana adalah tertakluk kepada penebusan harian dan langganan mengikut budi bicara pemegang unit. Pengurus menguruskan modal Dana selaras dengan objektifnya, pada masa yang sama mengekalkan kecairan yang mencukupi untuk memenuhi penebusan pemegang unit.

42

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

MAKLUMAT KORPORAT DANA PENGURUS Permodalan BSN Berhad (319744-W) No. Lesen Pengurus Kumpulan Wang : CMSL/A0156/2007 PEJABAT BERDAFTAR/PEJABAT PENGURUSAN Tingkat 18, Wisma BSN 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur E - mail : asbsn@pbsn.com.my Tel : 03-2164 5545 & 2162 3222 Faks : 03-2143 1910 & 2164 7336 Website: www.bsn.com.my/pbsn AHLI LEMBAGA PENGARAH Y.Bhg Datuk Adinan Bin Maning Y.Bhg Dato Dr. Gan Miew Chee @ Gan Khuan Poh Encik Roslani Bin Hashim Professor Dr. Abdul Rahim Bin Abdul Rahman Encik Yunos Abd Ghani Encik Kamarul Izam Idrus KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF Encik Kamarul Izam Idrus SETIAUSAHA SYARIKAT Pn Nor Eliza Bt Musa MAICSA No 1035207 PEGUAMBELA & PEGUAMCARA Tetuan Raja Darryl & Loh 18th Floor, Wisma Sime Darby Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur BANK Affin Bank Berhad 135-137, Jalan Bunus Off Jalan Masjid India 50100 Kuala Lumpur Malayan Banking Berhad (3813-K) 14th Floor Menara Maybank 100 Jalan Tun Perak 50050 Kuala Lumpur Malayan Banking Berhad (3813-K) Concourse Level Petronas Twin Tower Kuala Lumpur City Center 50088 Kuala Lumpur
43

AMANAH SAHAM BANK SIMPANAN NASIONAL

PEMEGANG AMANAH AmanahRaya Trustees Berhad (766894-T) Tingkat 4, Wisma TAS No. 21, Jalan Melaka 50100 Kuala Lumpur JURUAUDIT CROWE HORWATH Kuala Lumpur Office (AF 1018) Tingkat 16, Menara C Megan Avenue II No. 12, Jalan Yap Kwan Seng 50450 Kuala Lumpur PENASIHAT CUKAI KPMG Tax Services Sdn Bhd (96860-M) Level 10 KPMG Tower 8 First Avenue Bandar Utama 47800 Petaling Jaya Selangor PENASIHAT AKTUARI Mercer (M) Sdn Bhd (253344-U) Suite 17-02 Kenanga International Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur

44

Anda mungkin juga menyukai