Anda di halaman 1dari 31

TASAWWUF

Pengenalan dan Sejarah
























1
Kandungan


Tajuk Muka surat

Mukadimah Am 3

Tasawwuf 4

Takrif : 4

Pengasasan dan Tokoh-tokoh Terkemuka 4-16
Pendahuluan Penting 4
Kemunculan Golongan Abid 5
Permulaan Penyelewengan 5
Peringkat-peringkat Pembentukan 6
Orang Pertama Bergelar Sufi 6
Asal Penerbitan Perkataan Sufi 7
Kurun Ketiga dan Keempat 8
- Tiga Peringkat Awal
Peringkat Pertama
Peringkat Kedua
Peringkat Ketiga
Kurun Kelima 11
- Kemunculan Tarekat
Pertengahan Kurun Kelima dan Awal Kurun Keenam 12
- Pengislaman Tasawwuf
Kurun Keenam 13
- Permulaan Sebenar Tarekat Kesufian
Kurun Ketujuh 14
- Tasawwuf Masuki Andalusia
Kurun Kelapan, Kesembilan dan Kesepuluh 15
- Penjelasan, Percampuran & Mempertahan Aliran atau Fahaman Sebelumnya
Kurun-kurun Yang Berikutnya 15
- Kemunculan Gelaran-gelaran Baru

Pemikiran & Kepercayaan 17-26
Sumber Pengambil Ilmu 17
Kasyaf
- Nabi
- Al-Khidr
- Ilham
- Firasat
- Bisikan
- Israk-israk & Mikraj-mikraj
- Kasyaf Fizikal
- Bayangan & Mimpi
Zuq
Wajdu
2
Nabi-nabi & Syeikh-syeikh Yang Telah Mati
Fahaman dan Iktikad 18
Allah
Rasul
Aulia
Islam
Tasawwuf
Ilmu Laduni
Kenegaraan
Peringkat-Peringkat Suluk [Jalan Mencapai Kesempurnaan] 19
Maqam
Ahwal
Warak
Zuhud
Tawakkal
Mahabbah
Redha
Yakin
Fana
Aliran-aliran Kesufian 21
Aliran Zuhud
Aliran Kasyaf & Makrifat
Aliran Wahdah Al-Wujud
Aliran Ittihad & Hulul
Tarekat-tarekat Kesufian 22
Al-Jailaniyyah
Ar-Rifaeiyyah
Al-Badawiyyah
Ad-Dasuqiyyah
Al-Akbariyyah
As-Syaziliyyah
Al-Bakdashiyyah
Al-Maulawiyyah
An-Naqsyabandiyyah
Al-Mulamatiyyah
Gumaman Kesufian 24
Pelampauan Sesetengah Orang Yang Dikaitkan Dengan Kesufian Pada Masa Kini 26

Akar Umbi Pemikiran & Kepercayaan: 27

Penyebaran dan Kawasan Pengaruh: 28

Ternyata Dari Apa Yang Telah Lalu: 29

Rujukan Bagi Peluasan Tajuk: 30




3
Mukadimah Am

Tiadalah Islam sama sekali, melainkan agama ilmu dan amal semata-mata, kerana firman-
Nya -_''--: {Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai
Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,}
[Muhammad : 19] dan firman-Nya: {Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu
(akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang
beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan;} [At-Taubah : 105], serta kerana sabda As-
Sodiq Al-Amin -'- ,'= - _'--:
((
Beramallah wahai Fatimah! Kerana aku tidak boleh
menyelamatkan engkau dari Allah walau sedikit pun
))
. Begitu juga, tiadalah Islam
melainkan agama tauhid yang bersih, tiada penghadapan di dalamnya melainkan kepada
Allah sahaja {Yang demikian itulah Agama yang betul,} [Yusuf : 40].

Dengan asas ini, Islam adalah agama kejernihan Aqidah, kesucian Kepercayaan, agama
tanpa jalan-jalan, agama tanpa mazhab-mazhab di dalam usul Aqidah, dan tanpa
percanggahan berkenaan intipati dan usul Agama.

Islam berterusan dengan bentuk agung yang tersendiri ini, sehingga bertiup kepadanya
angin perubahan setelah meluas taklukan-taklukan Islam, bertambah kekayaan, dan berlaku
terjunam ke dalam kemewahan kemajuan. Lalu bangkit sekumpulan orang-orang ikhlas yang
zuhud membawa panji dakwah untuk kembali kepada kepayahan hidup, berharapkan agar
berterusan bentuk awal kehidupan. Sekumpulan daripada orang-orang zuhud ini telah menuju
ke arah lain iaitu ke arah Tasawwuf; dan tiadalah arah ini pada awal permulaannya inginkan
kecuali pembaikan orang-orang Islam dengan mendidik jiwa di atas kehendak Aqidah.

Akan tetapi, penyebaran kejahilan, menikmati kemewahan, kemunculan fitnah-fitnah,
penyelinapan para pendengki, kemunculan petualang-petualang yang mencari rezqi dengan
nama Agama, dan kehadiran musuh-musuh Islam; telah mewujudkan aliran baru yang
terkeluar daripada Aqidah, iaitu aliran tasawwuf baru yang mengikuti pemikiran Majusi,
mentakwilkan Al-Quran, mendatangkan pemikiran kebatinan pemusnah dan memesongkan
kata-kata dari kedudukannya; mula tersebar seperti racun di dalam jasad Umat Islam. Setiap
kali Umat Islam menjauh dari Kitab dan Sunnah selangkah, bergerak racun berkenaan di
dalam jasad Umat Islam berlangkah-langkah, sehinggakan Dunia Islam dilanda dengan
banyak tarekat-tarekat sesat yang ditudungkan dengan seledang Tasawwuf yang tidak pernah
dalam isinya menjadi salah satu punca penyelewengan.

Untuk muda-mudi Islam mengetahui tabiat Tasawwuf, kita akan bentangkan di dalam apa
yang berikut berkenaan Tasawwuf dalam bentuk umum, dan kemudian apa yang terpecah
daripadanya, seperti Tijaniah, Khatmiah, Sanusiah, Syaziliah dan lain-lain. Selanjutnya kita
akan bentangkan tentang orang-orang yang terkesan dengan Tasawwuf, dengan kadar
tertentu, seperti Deobendi, Tabligh dan Naurasiah atau dengan bentuk lain seperti Al-
Mahdiyyah. Walaupun Al-Mahdiyyah berlainan dari segi pandangan-pandangannya,
sekalipun ia menafikan Tasawwuf, ia masuk ke dalamnya melalui bab yang lain. Mana sahaja
tempat kajiannya, kita akan akhiri dengan kumpulan-kumpulan ini yang terkesan dengan
Tasawwuf, Allah sahajalah yang diminta pertolongan.




4
Tasawwuf


Takrif:

Tasawwuf adalah gerakan keagamaan yang tersebar di Dunia Islam pada Kurun
Ketiga Hijrah, sebagai kecenderungan orang-orang perseorangan yang menyeru kepada
zuhud dan melampau beribadah bagi menggambarkan tindak balas bertentangan terhadap
penjerumusan ke dalam kemewahan ketamadunan. Kemudian kecenderungan tersebut
berkembang sesudah itu, sehingga ia menjadi jalan-jalan tersendiri yang dikenali dengan
nama Tasawwuf. Orang-orang yang bertasawwuf berusaha mendidik jiwa dan
meninggikannya, kerana menginginkan sampai kepada mengenal Allah -_''-- melalui Kasyaf
dan Musyahadah, bukan melalui jalan mengikuti cara-cara Syariah. Kerana itu, mereka
cenderung di dalam perjalanan sehingga bercampur-baur jalan mereka dengan falsafah
penyembah berhala: Hindu, Parsi, Greek yang bermacam-macam. Dapat diperhatikan bahawa
terhadap beberapa perbezaan isi di antar maksud zuhud dan tasawwuf, yang terpenting
adalah: Zuhud diperintahkan, sementara Tasawwuf menyimpang dari jalan kebenaran yang
digariskan oleh Ahli Sunnah wa Jamaah.


Pengasasan dan Tokoh-tokoh Terkemuka:

Pendahuluan Penting:
Sepanjang dua kurun pertama, bermula dari zaman Rasulullah -'- ,'= - _'-- dan para
Khalifah Baginda yang mendapat petunjuk, sehingga kematian Al-Hassan Al-Basri, tidak
dikenali kesufian, tidak dengan namanya, tidak dengan bentuknya, dan tidak dengan
sikapnya. Bahkan gelaran yang menyeluruh adalah: Muslimin, Muminin, atau gelaran-
gelaran yang khas seperti: Sahabi, Badri, Ashab Baiah, Tabii.

Tidak diketahui pada zaman itu, pelampauan amalan penyembahan atau ilmu
kepercayaan melainkan beberapa kecenderungan sesetengah individu ke arah memaksa diri,
yang Nabi - - '- ,'= - _' - telah melarang mereka daripadanya di dalam lebih daripada satu
peristiwa. Di antaranya adalah sabda Baginda kepada sekumpulan orang yang menanyakan
tentang ibadah Baginda -'- ,'= - _'--:
((
Namun aku berpuasa dan aku berbuka, aku
bangun dan aku tidur, aku mengahwini wanita, dan aku makan daging, sesiapa yang
tidak suka sunnahku, maka dia bukan dari golonganku
))
.

Serta sabda Baginda -'- ,'= - _'--, kepada Haula binti Nawiyat yang mengekang
dirinya dengan tali supaya tidak tidur dari qiamullail, seperti mana di dalam hadith Aisyah -
'+-= - --:
((
Hendaklah kamu lakukan amalan, apa yang kamu mampu, kerana Allah
tidak akan jemu sehingga kamu jemu. Amalan yang paling disukai di sisi Allah adalah
yang paling berterusan, sekalipun sedikit
))
.

Begitulah zaman para Sahabat, Tabiin dan pengikut mereka, di atas jalan inilah mereka
bergerak. Mereka menghimpun di antara Ilmu dengan Amal, Ibadah dengan bekerja untuk
diri dan tanggungan, juga di antara Ibadah dan Jihad dengan menentang bidaah dan hawa
nafsu; seperti mana Ibnu Masud --= - -- menentang bidaah zikir berjemaah di masjid
Kufah dan menamatkannya. Begitu juga penentangan beliau terhadap pengikut-pengikut
5
Muaddhod bin Yazid Al-Ajli, apabila mereka membuat rumah-rumah khas untuk beribadat
pada beberapa bukit dan beliau mengembalikan mereka daripada keadaan itu.


Kemunculan Golongan Abid:
Pada Kurun Kedua Hijrah, pada zaman Tabiin dan sisa-sisa para Sahabat, telah muncul
sekumpulan abid yang mengutamakan uzlah dan tidak bercampur dengan orang ramai.
Mereka telah mengetatkan ke atas diri mereka di dalam Ibadah mengikut bentuk yang tidak
pernah wujud sebelum itu. Antara punca perkara berkenaan adalah kemunculan beberapa
fitnah dalaman, dan ditumpahkan sebahagian darah yang suci. Lalu mereka memilih untuk
menyisihkan diri daripada masyarakat, kerana mengelak diri dari fitnah-fitnah yang terdapat
di dalamnya, dan mendapatkan keselamatan di dalam agama mereka. Ditambah kepada itu,
Dunia membuka pintu-pintunya di hadapan orang-orang Islam, -khasnya selepas peluasan
taklukan-taklukan Islam-, dan terbenamnya sebahagian umat Islam ke dalamnya, serta
tersebarnya kemewahan dan kegilaan di tengah lapisan tertentu dari orang-orang yang bodoh,
[semua itu] antara perkara yang mewujudkan tindak balas pada sesetengah abid khususnya di
Basrah dan Kufah, di mana menjadi permulaan pemesongan daripada Manhaj Pertama dari
sudut suluk [tingkah laku].

Di Kufah telah muncul satu kumpulan dari kalangan penduduknya yang mengasingkan
diri daripada orang ramai, menzahirkan kekesalan yang bersangatan setelah pembunuhan Al-
Husain bin Ali --= - --. Mereka menamakan diri mereka sebagai At-Tawwabin atau Al-
Bakkain. Sebagaimana muncul satu lapisan dari kalangan Abid yang dikuasai oleh aspek
melampau di dalam beribadah dan jauh dari turut serta di dalam urusan-urusan negara, walau
dengan keilmuan mereka, kelebihan mereka, kepatuhan mereka terhadap adab-adab Syariah,
dan kesibukan mereka dengan Kitab dan Sunnah; mempelajari dan mengajarkan, di samping
kelantangan mereka mengenai kebenaran dan penentangan mereka terhadap ahli Hawa
Nafsu. Pada mereka juga muncul ketakutan yang bersangatan terhadap Allah -_''--, serta
tidak sedar diri dan pengsan ketika mendengar Al-Quran Al-Karim, yang mengakibatkan
sebahagian Sahabat dan Tabiin utama seperti Asma binti Abi Bakr, Abdullah bin Az-Zubair,
Muhammad bin Sirin dan selainnya -+-= - -- tidak menyetujui mereka. Dengan sebab
merekalah menjadi terkenal gelaran Ubbad [ahli-ahli Ibadat], Zuhhad [orang-orang Zuhud],
dan Qurra [qari-qari] pada waktu berkenaan. Antara tokoh-tokoh mereka ialah: Aamir bin
Abdullah bin Az-Zubair, Sofwan bin Salim, Talq bin Habib Al-Anzi, Aato As-Salmi, Al-
Aswad bin Yazid bin Qais, Daud At-Toii dan beberapa pengikut Al-Hassan Al-Basri.


Permulaan Penyelewengan:
Seperti sifat mana-mana penyelewengan, ia bermula kecil, kemudian tidak tertahan-tahan
menjadi luas dengan berlalunya hari. Makna zuhud di Kufah dan Basrah telah berkembang
pada kurun kedua Hijrah di tangan pimpinan orang-orang zuhud seperti: Ibrahim bin Adham,
Malik bin Dinar, Bisyr Al-Hafi, Rabiah Al-Adawiah dan Abdul Wahid bin Zaid, kepada
makna yang tidak pernah wujud di sisi orang-orang zuhud terdahulu; seperti menyeksa diri
dengan meninggalkan makan, mengharamkan makan daging, berkelana di hutan-hutan dan
padang pasir, dan meninggalkan berkahwin. Malik bin Dinar berkata: Tidak akan sampai
seseorang kedudukan orang-orang Siddiq sehingga dia meninggalkan isterinya seolah-olah
menjadi janda, dan dia pulang ke longgokan najis anjing. Itu adalah tanpa bersandarkan
kepada tauladan orang terdahulu atau nas Kitab mahupun Sunnah. Tetapi perlu diingatkan
bahawa telah dinasabkan kepada orang-orang Zuhud berkenaan, kata-kata hina dan
6
gumaman
(*)
tidak setujui, yang tidak sabit daripada mereka sama sekali, seperti yang
dinyatakan oleh Syeikh Islam Ibnu Taimiyah.

Di Kufah, Muaddhod bin Yazid Al-Ajli dan kumpulannya telah melatih diri mereka
untuk meninggalkan tidur, dan sentiasa solat, sehinggakan sekumpulan orang-orang zuhud
Kufah mengikuti jalan mereka. Lalu mereka mula keluar ke bukit-bukit untuk mengosongkan
waktu bagi beribadah, walaupun Ibnu Masud tidak menyetujui mereka di dalam tajuk yang
telah lalu.

Telah zahir dari sebahagian mereka, seperti Rabiah Al-Adawiyah, kata-kata yang dikira
mungkar mengenai kecintaan dan keasyikan Ilahi bagi menggambarkan kasih sayang di
antara hamba dengan Tuhannya. Ekoran dari itu, muncul kefahaman-kefahaman silap
berkenaan Ibadah; bahawa keadaannya adalah tidak kerana tamakkan Syurga dan tidak pula
takutkan Neraka, yang bertentangan dengan firman Allah -_''--: {dan sentiasa berdoa
kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut;} [Al-Anbia : 90].

Syeikh Islam Ibnu Taimiyah menyimpulkan perkembangan ini di dalam peringkat
tersebut dengan kata-katanya: Pada akhir zaman Tabiin, telah berlaku tiga perkara: Rakyu,
Kalam dan Tasawwuf. Jumhur Rayu berada di Kufah, manakala jumhur Kalam dan
Tasawwuf berada di Basrah. Kerana setelah kematian Al-Hassan dan Ibnu Sirin, muncul
Amru bin Ubaid dan Wasil bin Aato, turut muncul Ahmad bin Ali Al-Hujaimi (200H); anak
murid Abdul Wahid bin Zaid, anak murid Al-Hassan Al-Basri, dan dia mempunyai kata-kata
tentang Qadar. Rumah-rumah kecil golongan Sufi telah dibina dan ia adalah yang mula-
mula dibina di dalam Islam iaitu rumah di Basrah yang bukan masjid bagi pertemuan untuk
zikir dan sama dan mereka mendapat keadaan dari sama dan suara [menunjukkan kepada
nyanyian]. Penduduk Madinah lebih hampir berbanding mereka dari segi kata-kata dan
amalan, manakala orang-orang Syam, kebanyakan mereka adalah para pejuang.

Semenjak zaman itu, Tasawwuf telah mengambil beberapa perkembangan, dan yang
terpenting di antaranya adalah:


Peringkat-peringkat Pembentukan:
Semenjak zaman itu, Tasawwuf telah mengambil beberapa perkembangan, dan yang
terpenting di antaranya adalah:

- Orang Pertama Bergelar Sufi:
Muncul istilah Tasawwuf dan Kesufian mula-mula sekali di Kufah dengan sebab
hampirnya ia dengan negeri-negeri Parsi, dan terkesan dengan Falsafah Greek setelah era
penterjemahan, seterusnya dengan keperibadian rahib-rahib Ahli Kitab. Bertolak-tarik para
Ulama dan para Muwarikh mengenai orang yang pertama digelar dengannya, kepada tiga
pendapat:

1- Kata-kata Ibnu Taimiyah dan sesiapa yang menyepakatinya: Bahawa orang pertama
yang dikenali sebagai Sufi adalah Abu Hasyim Al-Kufi (150H atau 162H) di Syam
setelah dia berpindah kepadanya dan dia adalah sezaman dengan Sufyan At-Tsauri
(155H). Sufyan telah berkata mengenainya: Kalau bukan kerana Abu Hasyim, nescaya

(*)
Istilah asal dalam bahasa Arab adalah '==~ [Syatohaat], dan ia bermaksud: kata-kata merepek yang
dikeluarkan oleh seseorang Sufi kerana ketika berada di dalam keadaan fana atau kemabukan.
7
tidak akan diketahui perincian-perincian riyak. Dia juga sezaman dengan Jaafar As-
Sodiq dan dinasabkan kepada golongan awal Syiah. Dia dinamakan oleh golongan
Syiah sebagai Pereka Kesufian.

2- Sebahagian muwarikh menyebut bahawa Abdak Abdul Karim atau Muhammad
(yang mati pada tahun 210H) adalah orang yang pertama dinamakan dengan Sufi. Al-
Harith Al-Muhasibi menyebut mengenainya; bahawa dia adalah dari kumpulan separuh
Syiah yang menamakan dirinya Sufiah, yang diasaskan di Kufah. Sementara Al-Malthi
menyebut di dalam At-Tanbih wa Ar-Radd ala Ahli Al-Ahwa wa Al-Bida bahawa
Abdak telah mengepalai sekumpulan zindiq yang mendakwa bahawa Dunia seluruhnya
adalah haram. Tidak halal untuk sesiapa darinya melainkan makanan, dengan sebab
para pimpinan berpetunjuk berpendapat bahawa Dunia tidak halal melainkan dengan
seorang pemimpin yang adil. Jika tidak, ia adalah haram dan muamalah penghuninya
adalah haram.

3- Ibnu Nadim berpendapat di dalam Al-Fihrasaat bahawa Jabir bin Hayyan, anak murid
Jaafar As-Sodiq, (yang mati pada tahun 208H) adalah orang pertama yang dinamakan
sebagai Sufi. Syiah menganggapnya sebagai salah seorang pembesar mereka, dan para
Filsuf menasabkannya kepada diri mereka.

- Asal Penerbitan Perkataan Sufi:
Para Ulama juga bercanggahan pendapat tentang proses penerbitan kata kepada banyak
pendapat, dan yang paling kuat di antaranya adalah:

1- Apa yang disokong oleh Syeikh Islam Ibnu Taimiyah, Ibnu Khaldun dan sekumpulan
besar Ulama bahawa ia dinisbahkan kepada Suf [bulu], kerana ia menjadi lambang
rahib-rahib Ahli Kitab yang golongan awal kesufian terkesan dengan mereka. Justeru
itu, mereka telah membatalkan semua penghujahan dan proses penerbitan kata lain
mengikut asas kaedah-kaedah Bahasa Arab, yang juga membatalkan percubaan
penasaban golongan sufi diri mereka sendiri kepada Ahli Suffah dari kalangan Sahabat-
sahabat Rasulullah -'- ,'= - _'--, atau percubaan menisbahkan diri mereka Ali bin
Abi Tolib, Al-Hassan Al-Basri, Sufyan At-Tsauri -+-= - -- semua sekali. Ia adalah
penasaban yang memerlukan kepada bukti yang disokong oleh hujah dan keterangan.

2- Proses penerbitan kata lain yang disokong oleh Abu Ar-Raihan Al-Biruni (440H), von
Hammer dan lain-lain, bahawa ia diterbitkan dari perkataan SOPH Greek yang
memberi makna Hikmah. Orang-orang pendapat ini membuktikan kesahihannya
dengan penyebaran perkataan sufi di Baghdad dan kawasan sekitarnya setelah gerakan
penterjemahan yang aktif pada Kurun Kedua Hijrah, sedangkan ia pada masa yang
sama tidak dikenali di selatan dan barat Dunia Islam. Di samping kepada masa dan
tempat, terdapat persamaan pada usul pemikiran di sisi golongan Sufi dan orang-orang
Yunani, kerana nyata pada kedua-dua golongan ini, idea wahdatul wujud, hulul,
isyraq, dan faidh. Sebagaimana mereka berdalilkan kepada kekuatan pendapat ini
mengikut apa yang datang daripada pembesar golongan sufi seperti As-Sahrawardi
yang dibunuh kerana murtad dalam kata-katanya: Adapun cahaya suluk pada zaman-
zaman kebelakangan ini, ia adalah tapaian Phitagoras yang jatuh kepada saudaraku
Akhmim
((
Zun Nun Al-Misri
))
. Darinya turun kepada Saiyarastari ((iaitu Sahl At-
Tasturi
))
. Mereka menambah kepada perkara tersebut dengan munculnya istilah-istilah
lain yang diterjemahkan daripada Yunani pada zaman berkenaan, seperti: Falsafah,
Muzik, Musikar, Sofisme dan Primordial.
8
- Kurun Ketiga dan Keempat:
Pelopor-pelopor Kesufian:
Telah muncul pada dua kurun Ketiga dan Keempat Hijrah, tiga peringkat yang
dinasabkan kepada Tasawwuf, dan mereka adalah:

o Peringkat Pertama:
Mewakili arus yang terkenal dengan kebenaran di dalam kezuhudan sehingga batasan
waswas, jauh daripada Dunia, serta terpesong di dalam suluk dan ibadah mengikut bentuk
yang menyalahi keadaan generasi awal Rasul dan para Sahabat Baginda, bahkan
berbanding para Abid kurun sebelumnya. Akan tetapi, yang lazim pada kebanyakan
mereka adalah istiqamah di atas Aqidah, dan sering mendakwa komitmen terhadap
Sunnah dan metode Salaf, sekalipun datang daripada sebahagian mereka -seperti Al-
Junaid- beberapa pernyataan yang dikira oleh para Ulama sebagai gumaman. Di antara
orang termasyhur aliran ini:

Al-Junaid: Beliau adalah Abu Al-Qasim Al-Kharraz yang mati 298H, digelar oleh
golongan Sufi sebagai Penghulu Taifah. Kerana itu, beliau dikira sebagai personaliti
terpenting dan golongan Sufi bersandar kepada kata-kata dan pendapat beliau, khususnya
di dalam Tauhid, Makrifat dan Mahabbah. Beliau terkesan dengan pendapat Zun Nun An-
Nubi; lalu dia memperbetulkannya, dan ia telah dihimpunkan dan disebarkan oleh
penuntut beliau; As-Syibli sesudah ketiadaan beliau. Namun beliau menyalahi jalan Zun
Nun, Al-Hallaj dan Al-Bastomi di dalam kefanaan; sebab beliau mengutamakan
kesedaran ke atas kemabukan, tidak menyetujui gumaman, mengutamakan kekal di atas
kefanaan, kerana kefanaan di sisi beliau mempunyai makna lain. Beliau juga tidak
menyetujui pengguguran taklif pada golongan Sufi. Al-Junaid telah terkesan dengan
gurunya Al-Harith Al-Muhasibi yang dikira sebagai orang pertama yang mencampurkan
Kalam dengan Tasawwuf, serta dengan bapa saudaranya As-Sirri As-Saqti (253H).

Di sana terdapat orang-orang lain yang dirangkumi oleh peringkat ini, seperti: Abu
Sulaiman Ad-Darani, Abdur Rahman bin Ahmad bin Aatiyyah Al-Anni (205H), Ahmad
bin Abi Al-Hawari, Al-Hassan bin Mansur bin Ibrahim; Abu Ali As-Syatwi As-Sufi (Al-
Bukhari telah meriwayatkan daripadanya di dalam Sahih beliau), As-Sirri bin Al-
Mughallis As-Saqti; Abu Al-Hassan (253H), Sahl bin Abdullah At-Tasturi (273H), dan
Makruf Al-Karkhi; Abu Mahfuz (200H). Seterusnya datang setelah mereka orang-orang
yang bergerak di atas jalan mereka, seperti: Abu Abdur Rahman As-Salmi (412H),
Muhammad bin Al-Hassan Al-Azdi As-Salmi, Muhammad bin Al-Hassan bin Al-Fadhl
bin Al-Abbas; Abu Yala Al-Basri As-Sufi (368H) syeikh kepada Al-Khotib Al-
Baghdadi.

- Di antara tanda-tanda penting lain bagi peringkat ini: Mula membuat perbezaan
dari Jumhur umat Islam dan para Ulama, serta munculnya istilah-istilah yang
menunjukkan kepada perkara berkenaan, dalam bentuk yang mempersiapkan untuk
kemunculan tarekat-tarekat selepas itu, seperti kata-kata sesetengah mereka: ilmu kita,
mazhab kita, jalan kita. Al-Junaid telah berkata: Ilmu kita bertentangan dengan
hadith Rasulillah -'- ,'= - _'--, dan ia adalah penisbahan yang haram dari segi
Syara. Kerana ia akan membawa kepada bidaah dan maksiat, bahkan juga kepada
kesyirikan. Mereka telah mensyaratkan kepada sesiapa yang ingin bergerak bersama
mereka dalam jalan mereka agar keluar dari hartanya, mengurangkan makanannya, dan
hendaklah meninggalkan perkahwinan, selama berada di dalam suluknya.

9
Keprihatinan terhadap bimbingan dan kisah-kisah menjadi besar, walau dengan
kekurangan ilmu dan fiqh, serta melarang daripada mendapatkan ilmu dan fiqh, pada
waktu kebanyakan mereka meneladani keperibadian rahib-rahib dan ahli-ahli ibadat Ahli
Kitab, kerana berlaku pertemuan dengan sesetengah mereka, adalah antara yang tambah
menjauhkan daripada ciri-ciri para Sahabat dan pimpinan para Tabiin. Hasil daripada itu,
dibuat beberapa rumah untuk ibadah selain daripada masjid; yang mereka bertemu di
dalamnya untuk mendengar qasidah-qasidah kezuhudan atau qasidah-qasidah yang
zahirnya bermain asmara, dengan tujuan memuji Nabi -'- ,'= - _'--, yang juga
menjadi sebab permusuhan dahsyat di antara mereka dengan para Fuqaha. Begitu juga,
muncul di kalangan mereka dakwaan-dakwaan kasyf, keajaiban, dan beberapa pernyataan
Kalam. Dalam tempoh ini, muncul dari mereka banyak karangan-karangan, seperti: kitab
Abi Tolib Al-Makki, Qut Al-Qulub dan Hilyah Al-Awliya oleh Abu Nuaim Al-Asfahani,
dan kitab-kitab Al-Harith Al-Muhasibi. Para Ulama terdahulu telah memperingatkan
tentang kitab-kitab ini kerana ia mengandungi hadith-hadith yang maudhu, munkar, dan
juga kerana ia mengandungi Israiliyat dan pendapat-pendapat Ahli Kitab. Imam Abu
Zurah telah ditanya mengenai kitab-kitab ini, dan dikatakan kepada beliau: Di dalam
[kitab-kitab] ini ada pengajaran? Beliau berkata: Sesiapa yang tidak ada untuknya di
dalam Kitab Allah -.= =- sebarang pengajaran, maka tiada untuknya di dalam kitab-
kitab ini sebarang pengajaran.

Di antara tanda-tanda terpenting yang membeza mazhab-mazhab Tasawwuf dan
pembeza yang dikongsi bagi tatacara unik di kalangan mereka, ketika menghadapi ibadah
dan selainnya, adalah apa yang mereka namakan sebagai Zuq, yang juga membawa
kepada peluasan perpecahan kepada mereka. Lantas mereka tidak mampu untuk
memelihara metode Sufi mereka daripada bergabung atau terkesan dengan kepercayaan-
kepercayaan dan falsafah-falsafah bukan Islam. Ia juga antara perkara yang memudahkan
pemupusan peringkat ini dan menambah penyebaran peringkat kedua yang semakin
bertambah pelampauan dan penyelewengannya.

o Peringkat Kedua:
Mencampurkan kezuhudan dengan pernyataan-pernyataan kebatinan. Kezuhudan
berpindah di dalamnya daripada perlaksanaan amali dan keperibadian praktikal kepada
satu peringkat pemerhatian abstrak dan kata-kata teori. Kerana itu, muncul pada kata-kata
mereka istilah-istilah: wahdah, fana, ittihad, hulul, sakar, sohwu, kasfy, baqa, murid, arif,
ahwal, dan maqam-maqam. Menjadi terkenal di kalangan mereka pemisahan di antara
Syariat dan Hakikat, dan penamaan diri mereka sebagai pemilik-pemilik hakikat dan ahli
batin. Mereka menamakan orang selain mereka dari kalangan Fuqaha sebagai ahli zahir,
tulisan, dan lain-lain lagi yang tidak dikenali di sisi Salaf Soleh dari Kurun-kurun Yang
Terafdhal, tidak juga di sisi peringkat pertama orang-orang dinisbahkan kepada Kesufian.
Semua itu, menambahkan permusuhan di antara kedua-dua pihak dan menambahkan
penyelewengan Kesufian. Ia selayaknya mewakili permulaan sebenar bagi keadaan yang
aliran Tasawwuf berada di atasnya sehingga sekarang.

Di antara tokoh-tokoh terpenting peringkat ini: Abul Yazid Al-Bastomi (263H), Zun
Nun Al-Misri (245H), Al-Hallaj (309H), Abu Said Al-Kharraz (277-286H), Al-Hakim
At-Tirmizi (320H), dan Abu Bakr As-Syibli (334H). Memadai kita di sini,
memperkenalkan orang-orang yang mempunyai kesan yang nyata terhadap sesiapa yang
datang selepasnya sehingga ke hari ini, seperti:

10
Zun Nun Al-Misri: Dia adalah Abu Al-Faidh, Tsauban bin Ibrahim, berketurunan Qibti
dari penduduk An-Naubah, dari kampung Akhmim di tanah tinggi Mesir. Mati pada tahun
245H. Mengambil Tasawwuf daripada Syakran Al-Abid atau Israil Al-Maghribi,
mengikut riwayat Ibnu Khalkan dan Abdur Rahman Al-Jaami. Syiah di dalam buku
mereka telah menegaskan dan ia disepakati oleh Ibnu Nadim di dalam Al-Fihrisat,
bahawa dia telah mengambil ilmu Kimia daripada Jabir bin Hayyan. Ibnu Khalkan
menyatakan bahawa dia adalah dari golongan Malamiyyah yang menyembunyikan
ketakwaan daripada orang ramai dan menzahirkan persendaan mereka terhadap Syariah,
dan itu semua berserta kemasyhurannya dengan hikmah dan kefasihan.

Para penulis golongan Sufi menganggapnya sebagai pengasas sebenar bagi jalan mereka
di dalam Mahabbah dan Makrifah, serta orang yang pertama bercakap mengenai maqam
dan ahwal di Mesir. Dia juga berpegang dengan Kasyaf dan bahawa Syariah mempunyai
zahir dan batin. Al-Qusyairi menyatakan di dalam risalahnya bahawa dialah orang
pertama yang memperkenalkan Tauhid dengan makna sufi, orang pertama yang
meletakkan pengenalan untuk wajdu dan sama, dan dialah orang pertama yang
menggunakan alegori untuk menggambarkan keadaannya. Dia telah terkesan dengan
aqidah-aqidah Ismailiyah Batiniyyah dan Ikhwan As-Sofa dengan sebab hubungannya
yang kuat dengan mereka; kerana dia selari dengan zaman aktif mereka berdakwah
kepada fahaman-fahaman mereka yang batil. Lalu muncul padanya pendapat-pendapat di
dalam ilmu Batin, ilmu Laduni, penyatuan dan pengembalian asal kejadian kepada Nur
Muhammad. Pengetahuannya tentang bahasa Qibti telah menggalakkannya untuk
menterjemahkan ukiran-ukiran dan simbol-simbol yang dilukis pada kesan-kesan sejarah
Qibti di kampungnya, yang juga membolehkannya untuk mempelajari seni menilik, sihir
dan jampi serapah yang dia lakukan. Zun Nun dikira sebagai orang pertama golongan
Sufi yang meninjau kebudayaan Yunani, dan ideologi Plato yang baru, khususnya teologi
Aristotle berkenaan ketuhanan, kerana itu dia mempunyai mazhabnya sendiri di dalam
Makrifat dan Fana terkesan dengan Gnosticism.

Abu Yazid Al-Bastomi: Toifur bin Isa bin Adam bin Sarusyan, dilahirkan di Bastom dari
asal keturunan Majusi. Telah dinasabkan kepadanya kata-kata teruk yang meragu-ragukan
ramai para pengkaji berkenaan kebenaran penasaban kata-kata berkenaan kepadanya,
seperti kata-katanya: Aku keluar dari kebenaran kepada kebenaran sehingga dia menjerit
di dalamku: Wahai orang yang engkau adalah aku! Sesungguhnya engkau telah mendapat
maqam fana di dalam Allah, Maha Suci aku, alangkah agungnya keadaanku. Ia adalah
kata-kata yang tidak diampunkan penuturnya, tak kira sama ada di dalam keadaan mabuk
ataupun sedar. Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah menganggapnya dari orang-orang peringkat
ini, tetapi meragui kebenaran penasaban kata-kata berkenaan kepadanya, kerana dia
mempunyai kata-kata yang menunjukkan kepada pegangannya dengan Sunnah. Ada di
kalangan Ulama Ahli Sunnah wa Jamaah yang meletakkannya bersama-sama Al-Hallaj
dan As-Sahrawardi di dalam golongan yang sama.

Al-Hakim At-Tirmizi: Abu Abdillah, Muhammad bin Ali bin Al-Hassan At-Tirmizi,
yang mati pada tahun 320H. Orang pertama yang bercakap mengenai Penutup
Kewalian, dan telah mengarang sebuah kitab yang dia namakan Khatam Al-Wilayah
yang menjadi sebab pendakwaannya dengan kekufuran dan pengusirannya dari negerinya
Turmuz. Syeikh Islam Ibnu Taimiyah berbicara mengenainya: Telah bercakap
sekumpulan dari golongan Sufi mengenai Penutup Kewalian dan mengagungkan
urusannya seperti Al-Hakim At-Tirmizi, dan ia adalah antara kesilapannya, kerana yang
banyak pada kata-katanya adalah kebenaran. Tidak seperti Ibnu Arabi kerana dia banyak
11
mencampuradukkan [Majmu Al-Fatawa 1\363]. Dinasabkan kepadanya bahawa dia
berkata: Para Aulia mempunyai penutup sebagaimana para Anbia mempunyai penutup.
Ia adalah perkara yang menyediakan jalan di hadapan filsuf-filsuf golongan Sufi seperti
Ibnu Arabi, Ibnu Sabein, Ibnu Hud dan At-Tilmisani untuk bercakap tentang Penutup
Kewalian dan bahawa kedudukannya melebihi kedudukan Penutup Kenabian.

o Peringkat Ketiga:
Di dalamnya bercampur Tasawwuf dengan Falsafah Yunani, dan muncul idea-idea
Hulul, Ittihad, dan Wahdah Al-Wujud; dengan maksud bahawa maujud yang sebenar
adalah Allah, dan apa-apa yang selain-Nya adalah tipu, sangkaan dan khayalan, dan ia
menyamai kata-kata filsuf-filsuf. Ia juga memberi kesan dalam kemunculan teori-teori
Faidh dan Isyraq di tangan Al-Ghazali dan As-Sahrawardi. Dengan itu, dikira peringkat
ini sebagai peringkat dan tahap paling bahaya yang dilalui oleh Tasawwuf; yang di
dalamnya peringkat bidaah amaliah melampau kepada bidaah ilmiah yang mengeluarkan
Tasawwuf daripada Islam sama sekali. Antara tokoh-tokoh termasyhur peringkat ini: Al-
Hallaj (309H), As-Sahrawardi (578H), Ibnu Arabi (638H), Ibnu Faridh (632H) dan Ibnu
Sabein (667H).

Al-Hallaj: Abu Mughith Al-Husain bin Mansur Al-Hallaj (244-309H). Dilahirkan di
Parsi, sebagai cucu kepada seorang Zoroastrianisme dan membesar di Wasit, Iraq. Dia
adalah orang termasyhur golongan Hulul dan Ittihad. Dia telah didakwa kufur dan
dibunuh dengan disalib kerana empat pertuduhan yang dihadapkan kepadanya:
1- Hubungannya dengan Al-Qaramithah
2- Kata-katanya Ana Al-Haq
3- Kepercayaan pengikut-pengikutnya tentang ketuhanannya.
4- Pendapatnya mengenai Haji, kerana dia melihat bahawa Haji ke Bait Al-Haram
bukan dari perkara fardhu yang wajib ditunaikan.

Di dalam personaliti Al-Hallaj terdapat banyak kekeliruan, selain keadaannya yang
berkeras, degil dan melampau. Dia mempunyai sebuah kitab At-Tawasin yang telah
dikeluarkan dan ditahqiq oleh orientalis Perancis Massignon.

Sesetengah pengkaji melihat bahawa individu-individu ketiga-tiga lapisan tadi adalah di
atas ilmu kebatinan yang satu. Ada di kalangan mereka yang menyembunyikannya, dan ini
merangkumi ahli peringkat pertama dengan disandarkan kepada As-Syibli yang berkata:
Aku dan Al-Husain bin Mansur Al-Hallaj adalah sesuatu yang sama, melainkan dia
menzahirkan dan aku menyembunyikan. Sementara ada di kalangan mereka yang
mengisytiharkan dan meluahkannya, dan ini merangkumi Al-Hallaj dan peringkatnya. Lalu
Allah telah mengecapkan mereka rasa besi, berpandukan apa yang dinyatakan oleh seorang
wanita ketika penyalibannya dengan perintah Al-Junaid, mengikut riwayat orientalis
berbangsa Perancis Massignon.


- Kurun Kelima:
Kemunculan Tarekat-tarekat:
Abu Said Muhammad Ahmad Al-Muhaimi As-Sufi Al-Irani (357-430H), pelajar Abi
Abdir Rahman As-Salmi, telah meletakkan rangka bersistem pertama bagi tarekat-tarekat
golongan Sufi, dengan menjadikannya berangkai-rangkai melalui jalan pewarisan.

12
Kurun Kelima dikira sebagai unjuran bagi pemikiran-pemikiran kurun terdahulu, yang
digelombangkan melalui karangan-karangan Abi Abdir Rahman Al-Salmi, yang mati
412H. Dia digambarkan oleh Ibnu Taimiyyah dengan kata-katanya: Terdapat di dalam
kitab-kitabnya sebahagian athar yang sahih dan kata-kata nukilan yang boleh
dimanfaatkan di dalam Agama. Namun terdapat juga sebahagian athar yang sakit dan
kata-kata tertolak yang akan memudharatkan sesiapa yang tidak mempunyai pengalaman.
Manakala sesetengah orang teragak-agak terhadap periwayatannya. [Majmu Al-Fatawa
1\578]. Dia juga telah membuat hadith-hadith untuk memenangkan golongan Sufi.


- Pertengahan Kurun Kelima Awal Kurun Keenam:
Pengislaman Tasawwuf:
Di antara separuh akhir Kurun Kelima dan permulaan Kurun Keenam, pada zaman
Abu Hamid Al-Ghazali yang digelar Hujjah Islam (505H), Tasawwuf telah mengambil
tempatnya di sisi orang-orang yang dikira mengikut Ahli Sunnah. Dengan itu, tamatlah
peringkat pimpinan-pimpinan awal golongan Sufi yang tidak berusul Islam. Di antara
tokoh peringkat ini yang berterusan hingga ke zaman kita sekarang:

Abu Hamid Al-Ghazali: Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad
At-Tusi, yang digelar sebagai Hujjah Islam (450-505H). Dilahirkan di Tus dari jajahan
Khurasan. Membesar di dalam di dalam suasana yang banyak di dalamnya pendapat dan
ideologi, seperti: Ilmu Kalam, Falsafah, Batiniah dan Tasawwuf, yang mendatangkan
kepadanya kebingungan dan keraguan, lalu membawanya untuk berbolak-balik di antara
empat mazhab-mazhab tadi sewaktu dia menetap di Baghdad. Beliau telah merantau ke
Jurjan dan Naisabur, dan sering bersama Nizam Al-Mulk. Beliau pernah belajar di
Madrasah An-Nizamiyah di Baghdad, beriktikaf di menara Masjid Damasyq, merantau ke
Al-Quds, dan darinya ke Hijaz, kemudian pulang ke tempat asalnya.

Beliau telah mengarang beberapa buah buku, di antaranya: Tahafut Al-Falasifah, Al-
Munqiz min Ad-Dholal, dan yang terpenting di antaranya adalah Ihya Ulum Ad-Din. Al-
Ghazali dikira sebagai ketua aliran Kasyaf di dalam Makrifat, yang menyambut panji
Tasawwuf dari orang-orang berusulkan Parsi kepada orang-orang berusulkan Sunnah. Di
antara usahanya yang teragung adalah menghancurkan Falsafah Yanani dan menyingkap
keburukan golongan Batiniah di dalam kitabnya Al-Mustazhiri atau Fadhoih Al-
Batiniyyah. Pelajarnya Abdul Ghofir Al-Farisi menceritakan akhir peringkat
kehidupannya, setelah beliau kembali ke negerinya Tus, dengan berkata: Akhir
keadaannya adalah dia mendatangi Hadith Al-Mustofa, duduk bersama-sama ahlinya, dan
mengulang kaji dua kitab Sahih Al-Bukhari dan Muslim yang kedua-duanya adalah
hujah Islam .. sehingga akhirnya. Itu adalah sesudah beliau mendampingi Ahli Hadith
di negeri beliau, seperti: Abu Suhail, Muhammad bin Abdillah Al-Hafsi yang
membacakan kepada beliau Sahih Al-Bukhari, dan Al-Qadi Abi Al-Fath At-Tusi yang
memperdengarkan kepadanya Sunan Abi Daud. [Tobaaat As-Subqi 4\110].

Di dalam peringkat ini, beliau telah mengarang kitabnya Iljam Al-Awam an Ilmi Al-
Kalam, yang beliau cela di dalamnya ilmu kalam serta metodenya, dan beliau menyokong
mazhab Salaf dan tatacaranya. Beliau berkata: Dalil menunjukkan bahawa mazhab Salaf
adalah kebenaran, lawannya pula adalah bidaah, dan bidaah adalah tercela dan sesat.
Membincangkan secara mendalam dari sisi orang awam di dalam takwil, serta
perbincangan secara mendalam bersama mereka dari sisi Ulama adalah bidaah yang
13
tercela. Yang bertentangan dengannya adalah menahan diri daripada yang demikian dan
ia merupakan sunnah yang terpuji [m/s 96].

Di dalamnya juga, beliau telah menarik semula pendapat mengenai Kasyaf, mencapai
ciri-ciri kenabian dan kekuatannya, dan bersandarkan kepada Takwil atau pembuktian
Kasyaf yang beliau berpendapat dengannya sebelum peringkat Iljam Al-Awam.


- Kurun Keenam:
Permulaan Sebenar Tarekat Kesufian:
Kurun Keenam Hijrah merupakan permulaan sebenar bagi tarekat-tarekat kesufian
dan penyebarannya, apabila ia berpindah dari Iran ke kawasan Timur Islam. Lalu muncul
Tarekat Qadiriah yang dinasabkan kepada Abdul Qadir Al-Jilani yang mati pada tahun
561H. Beliau telah dikurniakan empat puluh sembilan anak lelaki, sebelas daripada
mereka telah membawa ajaran-ajarannya dan menyebarkannya ke Dunia Islam. Pengikut-
pengikutnya mendakwa bahawa dia telah mengambil perca dan Tasawwuf daripada Al-
Hassan Al-Basri, daripada Al-Hassan bin Ali bin Abi Tolib -'-+-= - --, walaupun dia
tidak bertemu Al-Hassan Al-Basri. Mereka juga menasabkan kepadanya perkara-perkara
hebat yang tidak mampu untuk melakukannya kecuali Allah -_''--, seperti mengetahui
perkara ghaib, menghidupkan orang-orang yang mati, dan berbuat sesuka hati terhadap
Alam ketika hidup dan setelah mati. Di tambah dengan himpunan zikir-zikir, wirid-wirid
dan kata-kata yang teruk. Antara kata-kata berkenaan, bahawa dia pernah sekali berkata
di dalam salah satu majlisnya: Kakiku ini berada di atas tengkuk setiap wali Allah, dan
dia telah berkata: Sesiapa yang meminta pertolongan kepadaku dalam sesuatu musibah,
nescaya aku akan singkapkan daripadanya. Sesiapa yang menyeruku di dalam kepayahan,
nescaya aku lapangkan terhadapnya. Sesiapa yang bertawasul denganku di dalam sesuatu
hajat, nescaya aku tunaikan untuknya. Tidak tersembunyi lagi kesyirikan dan pengakuan
ketuhanan yang terdapat di dalam kata-kata ini.

As-Sayyid Rasyid Redha berkata: Dinukilkan daripada Syeikh Al-Jilani keramat-
keramat dan perkara-perkara luar biasa yang tidak dinukilkan daripada orang lain. Para
pengkritik dari kalangan ahli periwayatan tidak memperbanyakkan nukilan-nukilan ini
kerana ia tidak mempunyai sanad-sanad yang boleh dijadikan hujah [Dairah Al-Maarif
Al-Islamiyyah 11\171].

Begitu juga telah muncul Tarekat Ar-Rifaeiyyah yang dinasabkan kepada Abi Al-
Abbas; Ahmad bin Abi Al-Husain Ar-Rifaei (540H) dan ia juga dipanggil Al-
Batoihiyyah dinisbahkan kepada tempat satu kawasan yang berdekatan dengan
perkampungan Al-Batoih di Iraq. Penulis-penulis golongan Sufi sebagaimana sikap
mereka terhadap orang-orang yang dinisbahkan kepada mereka telah menjalinkan di
sekelilingnya cerita-cerita dongeng dan khurafat, bahkan mereka mengangkatnya ke
kedudukan Ketuhanan. Antara kata-kata berkenaan adalah: Beliau adalah Kutub sekalian
Kutub di Bumi, kemudian beliau berpindah ke kekutuban Langit, kemudian seluruh
Langit yang tujuh menjadi di kakinya seperti gelang kaki. [Tabaqaat As-Syierani m/s
141, Qiladah Al-Jawahir m/s 42].

Ar-Rifaei telah berkahwin dengan sebilangan wanita, tetapi dia tidak mempunyai
zuriat, kerana itu telah menggantikannya untuk kedudukan Syeikh selepas ketiadaannya;
Ali bin Uthman (584H). Kemudian telah menggantikannya; Abdur Rahim bin Uthman
(604H). Pengikut-pengikutnya mempunyai beberapa keadaan dan perkara-perkara pelik
14
yang telah dinyatakan oleh Al-Hafiz Az-Zahabi, kemudian beliau berkata: Tetapi
pendamping-pendampingnya, di kalangan mereka ada yang elok dan ada yang buruk.

Di dalam kurun ini, telah muncul gumaman dan kesesatan As-Sahrawardi;
Syihabuddin Abi Al-Futuh Muhyiddin bin Hasan (549 587H). Pemilik aliran
Falsafah Al-Isyraq yang asasnya adalah menggabungkan di antara pendapat-pendapat
yang diambil dari agama-agama Parsi kuno berserta fahaman-fahamannya berkenaan
dualisme kewujudan, dengan Falsafah Yunani dalam bentuk Plato modennya berserta
fahamannya berkenaan Al-Faidh atau kemunculan berterusan. Kerana itu, Ulama Halab
telah menuduhnya sesat, mengabaikan [sifat-sifat Allah] dan berpegang dengan Falsafah
Isyraq, lalu ia menggerakkan mereka untuk menulis kepada Sultan Solahuddin Al-Ayyubi
menjelaskan kekufuran dan kesesatannya, lantas baginda telah memerintahkan dia
dibunuh kerana murtad. Kepadanya dinasabkan Tarekat As-Sahrawardiyah dan fahaman-
fahamannya berkenaan Al-Faidh atau kemunculan berterusan. Di antara kitab-kitabnya
adalah: Hikmah Al-Isyraq, Hayakil An-Nur, At-Talwihaat Al-Arsyiyyah, dan Al-
Maqamaat.


- Kurun Ketujuh:
Tasawwuf Memasuki Andalusia:
Di bawah kesan timbunan aliran-aliran Sufi pada kurun-kurun terdahulu, Ibnu Arabi,
Ibnu Al-Faridh dan Ibnu Sabein telah membangkitkan semula aqidah Al-Hallaj, Zun Nun
Al-Misri dan As-Sahrawardi.

Pada Kurun Ketujuh Hijrah, Tasawwuf telah memasuki Andalus dan Ibnu Arabi At-
Toii telah menjadi salah seorang ketua golongan Sufi, sehingga dia digelar dengan As-
Syeikh Al-Akbar.

Muhyiddin bin Arabi: Yang digelar As-Syeikh Al-Akbar (560638H), ketua aliran
Wahdatul Wujud. Dia menganggap dirinya penutup Al-Aulia. Dilahirkan di Andalus, lalu
merantau ke Mesir. Dia telah menunaikan Haji, menziarahi Baghdad, dan akhirnya
menetap di Dimasyq, di mana dia mati dan dikebumikan. Dia mempunyai kubur padanya
yang sering diziarahi. Dia telah mencetuskan teori Insan Kamil yang diasaskan di atas
bahawa insan sahaja di antara seluruh makhluk, yang mungkin boleh menjelma padanya
semua sifat-sifat ketuhanan, apabila dimudahkan untuknya tenggelam di dalam keesaan
Allah. Dia mempunyai banyak kitab-kitab yang sesetengah mereka mencecahkannya
sehingga 400 buah kitab dan risalah yang sebahagiannya masih lagi tersimpan di
Perpustakaan Yusuf Agha Baquniah dan perpustakaan-perpustakaan Turki lain. Kitabnya
yang termasyhur adalah: Ruh Al-Quds dan Turjumaan Al-Asywaaq, sementara yang
paling terkenal adalah: Al-Futuhaat Al-Makkiyyah dan Fusus Al-Hikam.

Abu Al-Hassan As-Syazili (593-656H): Bersahabat Ibnu Arabi ketika peringkat
menuntut menuntut ilmu, tetapi mereka berdua berpisah, kerana Abu Al-Hassan lebih
menyukai aliran Al-Ghazali di dalam Kasyf, manakala Ibnu Arabi lebih menyukai aliran
Al-Hallaj dan Zun Nun Al-Misri. Kedua-dua aliran mempunyai pendukung-
pendukungnya sehingga sekarang di dalam tarekat-tarekat Sufi, berserta kefahaman-
kefahaman yang sering tercampur aduk pada sesetengah mereka tentang kedua-duanya.
Di antara pelajar aliran Abi Al-Hassan As-Syazili yang termasyhur: Abu Al-Abbas Al-
Muraisi (686H), Ibrahim Ad-Dasuqi, Ahmad Al-Badwi (675H). Dapat diperhatikan pada
15
orang-orang aliran ini sehingga hari ini, banyak memberi alasan dan takwilan untuk kata-
kata Ibnu Arabi dan alirannya.

Pada Kurun Ketujuh juga, telah muncul Jalaluddin Ar-Rumi (672H), pemilik Tarekat
Al-Maulawiyyah di Turki.


- Kurun Kelapan, Kesembilan & Kesepuluh:
Penjelasan, Percampuran & Mempertahan Aliran atau Fahaman Sebelumnya:
Dua Kurun: Kelapan dan Kesembilan tidak menjadi, melainkan pemecahan dan
penjelasan bagi kitab-kitab Ibnu Arabi, Ibnu Al-Faridh dan lain-lain, tidak muncul
padanya teori-teori baru di dalam Tasawwuf. Pada Kurun Kelapan, muncul Muhammad
Bahauddin An-Naqsyabandi, pengasas Tarekat An-Naqsyabandiyyah (791H). Antara
ciri-ciri paling nyata Kurun Kesembilan adalah percampuran pemikiran-pemikiran kedua-
dua aliran berkenaan. Begitu juga Kurun Kesepuluh, ia hanyalah penerangan dan
mempertahankan kitab-kitab Ibnu Arabi. Lalu telah bertambah penitikberatan di
dalamnya tentang biografi tokoh-tokoh Tasawwuf, yang terkenal dengan pelampauan
yang bersangat. Di antara penulis biografi golongan sufi yang terkenal di dalam kurun
berkenaan adalah: Abdur Rahman As-Syarani (973H) pemilik At-Tabaqaat As-Sughra
dan Al-Kubra.


- Kurun-kurun Yang Berikutnya:
Kemunculan Gelaran-gelaran Baru:
Di dalam kurun yang berikutnya, keadaan menjadi bercampur aduk terhadap golongan
Sufi. Telah tersebar huru-hara di kalangan mereka dan bercampur di sisi mereka,
pemikiran dua aliran berkenaan, serta mulalah peringkat golongan darwis.

Di antara perkara penting yang membezakan kurun-kurun yang terakhir adalah
munculnya gelaran-gelaran: Syeikh As-Sajjadah, Syeikh Al-Masyaeikh Terekat Sufi,
Khalifah dan rumah-rumah Sufi yang merupakan bahagian cawangan dari tarekat-
tarekat itu sendiri, berserta wujud sedikit kebebasan diri yang dilakukan dengan
pengetahuan Khalifah. Begitu juga muncul di dalamnya, pertubuhan-pertubuhan dan
peraturan-peraturan yang tersusun untuk tarekat-tarekat di bawah majlis pengurusan yang
satu. Majlis berkenaan bermula dengan arahan yang dikeluarkan oleh Muhammad Ali
Basha, gabenor Mesir, yang memutuskan pemilihan Muhammad Al-Bakri sebagai
pengganti bapanya sebagai Syeikh bagi Sajjadah Al-Bakriyyah, serta penyerahan
kepadanya pengawasan semua tarekat-tarekat, rumah-rumah perlindungan, penjuru-
penjuru dan masjid-masjid yang padanya terdapat kubur-kubur. Sebagaimana dia juga
mempunyai hak untuk meletakkan kaedah-kaedah pembelajaran yang digunakan di
dalamnya. Itu semua adalah sebagai percubaan untuk menghancurkan kedudukan Syeikh
Al-Azhar dan ulama-ulamanya. Sistem-sistem dan peraturan-peraturannya telah
berkembang untuk dikenali selepas itu sebagai Majlis Tertinggi bagi Tarekat-tarekat Sufi
di Mesir.

Di antara tokoh-tokoh terkenal kurun-kurun terakhir ini adalah:

Abdul Ghani An-Nablisi (1050-1143H).

16
Abu As-Saud Al-Bakri yang mati pada 1812H. Orang pertama yang dikenali sebagai
Syeikh Al-Masyaeikh Tarekat Sufi di Mesir dalam bentuk tidak rasmi.

Abu Al-Hadi As-Soyadi Ar-Rifaei (1220-1287H).

Umar Al-Futi At-Turi As-Sinighali Al-Azhari At-Tijani (1281H). Elok dinyatakan
mengenainya, bahawa dia mengambil berat tentang penyebaran Islam di tengah-tengah
penyembah berhala. Dia telah membentuk untuk itu sebuah tentera dan menyertai
bersama-samanya beberapa peperangan dengan penyembah-penyembah berhala. Dia
telah menguasai kerajaan Sigho dan negeri-negeri Masinah. Di antara tulisannya adalah:
Suyuf As-Saeid, Safinah As-Saadah, Rimaah Hizbu Ar-Rahim ala Nuhur Hizbi Ar-Rajim.

Muhammad Uthman Al-Miraghni (1268H), akan datang pengenalannya di dalam tajuk
Al-Khatmiyyah.

Abu Al-Faidh, Muhammad bin Abdul Kabir Al-Kattani (1290-1327H), seorang faqih
yang berfalsafah, dari penduduk Fas di Maghrib. Mengasaskan Tarekat Al-Kattaniyyah.
Para Ulama Fas telah mengkritik sebahagian kata-katanya dan menasabkannya kepada
merosakkan Iktikad. Di antara kitab-kitabnya: Hayat Al-Anbiya, Lisan Al-Hujjah Al-
Burhaniyyah fi Az-Zabb an Syaair At-Tariqah Al-Ahmadiyyah Al-Kattaniyyah.

Ahmad At-Tijani (1230H), akan datang pengenalannya di dalam tajuk At-Tijaniyyah.

Hassan Ridhwan (1239-1310H), pemilik Arjuzah Raudh Al-Qulub Al-Mustatob fi At-
Tasawwuf.

Soleh bin Muhammad bin Soleh Al-Jaafari As-Sodiqi (1328-1399H), dinasabkan kepada
Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah setelah dia merantau ke Mesir dan memasuki Al-
Azhar. Dia telah mengambil tarekat daripada Syeikh Muhammad Bukhit Al-Mutiie,
Syeikh Habibullah As-Syanqiti dan Syeikh Yusuf Ad-Dajwi. Di antara kitab-kitabnya
adalah: Al-Ilham An-Nafie Likulli Qosid, Al-Qosidah At-Taiyyah, As-Solawat Al-
Jaafariyyah.


















17
Pemikiran & Kepercayaan:

Sumber Pengambilan Ilmu:
- Kasyaf: Golongan Sufi bersandarkan kepada kasyaf sebagai satu sumber dipercayai bagi
ilmu dan pengetahuan, bahkan mengesahkan matlamat ibadat mereka. Termasuk di bawah
kasyaf sufi ini sejumlah perkara yang berkait dengan syarak dan berkait dengan alam, di
antaranya:
1- Nabi -;-~ --- = _-~-: yang mereka maksudkan dengannya adalah mengambil
daripada Baginda secara sedar atau di dalam tidur.

2- Al-Khidr ->~- >~- ----: banyak kisah-kisah mereka tentang menemuinya,
mengambil daripadanya hukum-hukum syara dan ilmu-ilmu agama. Begitu juga wirid-
wirid, zikir-zikir dan kisah-kisah.

3- Ilham: dari Allah -_''-- secara langsung. Dengannya mereka jadikan kedudukan
seorang Sufi mengatasi kedudukan seorang Nabi. Kerana mereka menganggap bahawa
seorang wali mengambil ilmu secara langsung daripada Allah -_''--. Sementara seorang
Rasul atau Nabi mengambilnya dari malaikat yang mewahyukannya kepada Rasul atau
Nabi berkenaan.

4- Firasat: yang khusus untuk mengetahui lintasan-lintasan hati dan kata-katanya.

5- Bisikan: dengan mendengar percakapan dari Allah -_''--, atau para Malaikat, atau jin
yang soleh, atau dari salah seorang wali, atau Khidr, atau Iblis, secara tidur atau jaga
atau satu keadaan di antara kedua-duanya, dengan menggunakan telinga.

6- Israk-israk dan Mikraj-mikraj: mereka maksudkan dengannya, menaiknya roh
seseorang wali ke Alam Tertinggi, pusingan-pusingannya di sana dan kembalinya ia
dari sana dengan pelbagai ilmu dan rahsia.

7- Kasyaf fizikal: dengan tersingkapnya hakikat-hakikat kewujudan dengan terangkatnya
hijab-hijab daripada mata hati dan mata penglihatan.

8- Bayangan dan Mimpi: dikira sumber yang paling banyak dipegang, kerana mereka
menyangka bahawa mereka menerima di dalamnya daripada Allah, atau daripada Nabi -
'- ,'= - _'--, atau dari salah seorang syeikh-syeikh mereka untuk mengetahui
Hukum-hukum Syara.

- Zuq: dan ia mempunyai dua penggunaan:
1- Zuq Am yang mengatur seluruh keadaan dan kedudukan. Al-Ghazali berpendapat di
dalam kitabnya Al-Munqiz min Ad-Dholal kebarangkalian seseorang yang bersuluk
untuk merasai hakikat kenabian dan mengetahui ciri-cirinya dengan munazalah.

2- Zuq Khas, darjat-darjatnya berlain-lainan di kalangan mereka, di mana ia bermula
dengan merasa kemudian meresap.

- Wajdu: dan ia mempunyai tiga martabat:
1- Tawajud 2- Wajdu 3- Wujud

18
- Menerima Daripada Para Anbia Selain Nabi -;-~ --- = _-~- dan Daripada Syeikh-
syeikh Yang Telah Dikuburkan.


Fahaman dan Iktiqad:
Aqidah golongan Sufi dan pemikiran mereka adalah saling menyerupai, dan ia berbilang
dengan berbilangnya aliran dan tarekat mereka. Ia boleh dihimpunkan di dalam apa yang
berikut:

- Golongan sufi mempercayai tentang Allah -_''-- dengan pelbagai kepercayaan; antaranya
adalah Al-Hulul sebagaimana pegangan Al-Hallaj, antaranya juga adalah Wahdatul Wujud;
di mana tiada pemisahan di antara Pencipta dan yang dicipta. Ada di antara mereka pula yang
memegang aqidah Al-Asyairah dan Al-Maturidiyyah berkenaan zat , nama-nama dan sifat-
sifat Allah.

- Pelampau-pelampau dari kalangan mereka beriktikad mengenai Rasul -'- ,'= - _'--,
juga dengan pelbagai iktikad. Ada di kalangan mereka yang menyangka bahawa Rasul - _'-
'- ,'= -- tidak sampai kepada martabat dan keadaan mereka, serta bahawa Baginda jahil
mengenai ilmu orang-orang Tasawwuf, sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Bastomi: Kami
telah menyelami laut yang para Anbia berdiri di tepiannya. Ada di kalangan mereka yang
beriktikad bahawa Rasul Muhammad -'- ,'= - _'-- adalah kubah Alam Semesta, Baginda
adalah Allah yang bersemayam di Arasy, bahawa Langit, Bumi, Arasy, Kursi dan seluruh
makhluk diciptakan daripada cahaya Baginda, dan Baginda adalah yang pertama wujud. Ini
adalah aqidah Ibnu Arabi dan orang-orang yang mengikutinya. Ada pula di kalangan mereka
yang tidak mempercayai semua itu, dan mengiktikadkan kemanusiaan dan perutusan
Baginda, tetapi mereka walaupun begitu meminta pertolongan dan perantaraan dengan
Baginda -'- ,'= - _'-- kepada Allah -_''-- dengan bentuk yang menyalahi Aqidah Ahli
Sunnah wa Jamaah.

- Berkenaan para Aulia, golongan Sufi mengiktikadkan kepercayaan yang pelbagai; ada di
kalangan mereka yang melebihkan seorang wali mengatasi seorang nabi. Ada di antara
mereka yang menjadikan seorang wali menyamai Allah pada semua sifat-sifatnya; dia
menciptakan dan memberi rezqi, menghidupkan dan mematikan, serta berbuat sesuka hati
terhadap Alam Semesta. Mereka mempunyai beberapa pembahagian untuk kewalian; di sana
terdapat Ghaus, Aqtob, Abdal dan Najba, apabila mereka berhimpun di dalam dewan mereka
di dalam Gua Hira setiap malam, melihat kepada ketentuan-ketentuan. Ada pula di kalangan
mereka yang tidak mempercayai semua itu, tetapi mereka juga mengambil wali-wali
berkenaan sebagai perantara di antara mereka dengan Tuhan mereka, ketika hidup atau
sesudah kematian wali-wali berkenaan.

Semua ini sememangnya bercanggahan kewalian di dalam Islam yang tertegak di atas
Agama, ketakwaan, mengamalkan perkara-perkara soleh, pengabdian yang sempurna kepada
Allah serta pergantungan kepada-Nya, dan bahawa seorang wali tidak memiliki urusan
dirinya sedikit pun, apatah lagi memiliki untuk orang lain. Dia -_''-- berfirman kepada
utusan-Nya: {Katakanlah lagi; " Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang
mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu.} [Al-Jin : 21].

- Mereka beriktikad bahawa Agama adalah syariat dan hakikat. Syariat adalah yang zahir
daripada Agama dan ia adalah pintu yang melaluinya masuk semua orang. Sementara
19
Hakikat adalah yang batin, yang tidak akan sampai kepadanya kecuali orang-orang terpilih
yang terbaik.

- Tasawwuf di sisi mereka adalah jalan dan hakikat sekali gus.

- Di dalam Tasawwuf mestilah ada kesan kerohanian yang tidak datang melainkan melalui
perantaraan seseorang syeikh yang mengambil tarekat daripada syeikhnya.

- Tiada jalan lari dari ingatan, pemerhatian kerohanian dan penumpuan fikiran terhadap Al-
Mala Al-Aala [dunia para malaikat]. Darjat tertinggi di sisi mereka adalah darjat wali.

- Golongan Sufi membincangkan mengenai ilmu laduni yang terjadi pada pandangan mereka
untuk ahli kenabian dan kewalian, sebagaimana ia terjadi kepada Khidir -`-' `-' ,'=-,
kerana Allah -_''-- memberitahu mengenainya, lalu berfirman: {dan Kami telah
mengajarnya sejenis ilmu;} [Al-Kahfi : 65].

- Adapun di dalam pemerintahan, kekuasaan dan siasah, manhaj Sufi adalah tidak harus
menentang kejahatan dan menewaskan penguasa-penguasa; kerana Allah, pada sangkaan
mereka, telah pun meletakkan hamba-hamba pada apa yang Dia inginkan.

- Boleh jadi apa yang paling bahaya di dalam Syariat Kesufian adalah tatacara mereka di
dalam pentarbiahan, kerana mereka merendahkan akal-akal manusia dan membatalkannya.
Yang demikian adalah dengan memasukkan manusia ke dalam satu jalan yang berperingkat-
peringkat; bermula dengan berjinak-jinak, kemudian memperbesarkan dan mengagungkan
tajuk Tasawwuf dan orang-orangnya, kemudian mengaburkan orang berkenaan, kemudian
menolaknya ke dalam ilmu-ilmu Tasawwuf sedikit demi sedikit, kemudian mengikatnya
dengan tarekat dan menghalang sesudah itu semua jalan untuk keluar.


Tahap-tahap Suluk [Jalan Mencapai Kesempurnaan]:
Di sana terdapat beberapa perbezaan di antara seorang Sufi, seorang Abid dan seorang
Zahid, kerana setiap seorang dari kalangan mereka mempunyai uslub, manhaj dan matlamat.
- Tahap pertama suluk adalah mencintai Allah dan Rasul-Nya, dan buktinya adalah
mengikuti Rasulullah -'- ,'= - _'--.
- Kemudian Uswah Hasanah: {Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah
itu contoh ikutan yang baik,} [Al-Ahzab : 21].
- Seterusnya Taubat: dan ia adalah berhenti daripada maksiat, menyesal kerana
melakukannya, berazam untuk tidak kembali kepadanya, dan mendapatkan pelepasan
pemiliknya, jika ia berkait dengan manusia.

- Maqam-maqam [Kedudukan/Tahap]:
Ia adalah kedudukan-kedudukan kerohanian yang dilalui oleh seseorang bersuluk kepada
Allah, lalu dia akan berhenti untuk satu jangka masa bermujahadah di dalam ruangannya
sehingga dia beralih ke peringkat yang kedua. Tiada jalan lari bagi peralihan berkenaan dari
berusaha dan pembersihan. Mereka menjadikan benda penghalang di antara seorang murid
dengan Al-Haq -_''- -'=--- ada empat perkara, iaitu: Harta, Kebanggaan, Taqlid dan
Maksiat.



20
- Ahwal [Keadaan-keadaan]:
Ia adalah bayu-bayu yang bertiup kepada orang yang bersuluk, lalu dirinya menjadi segar
beberapa detik yang singkat, kemudian ia berlalu meninggalkan wangian yang roh akan
merindukan untuk kembali menghirup harumannya. Al-Junaid berkata: Keadaan adalah
satu sapaan yang singgah di hati dan tidak akan kekal.

Keadaan-keadaan adalah kurniaan, manakala maqam-maqam adalah perolehan. Mereka
menggambarkan mengenai perkara itu dengan kata-kata mereka: Keadaan-keadaan datang
dari punca kemurahan, dan maqam-maqam terhasil dengan mengerahkan usaha.

- Warak:
Seseorang yang bersuluk meninggalkan semua perkara yang padanya terdapat kesamaran,
dan ini adalah pada percakapan, hati dan amalan.

- Zuhud:
Ia bermaksud Dunia berada pada luar tangannya, dan hatinya bergantung kepada apa yang di
tangan Allah. Salah seorang daripada mereka berkata tentang seorang yang zuhud: Telah
benar si fulan. Allah telah membasuh hatinya daripada Dunia dan menjadikan ia pada
tangannya dan di luarnya. Kadangkala seseorang insan boleh kaya dan zuhud pada masa
yang sama, kerana kezuhudan bukan bererti kefakiran. Bukan semua yang fakir itu zuhud,
dan bukan semua yang zuhud itu fakir. Zuhud terpecah kepada tiga tahap:
1- Meninggalkan yang haram, dan ia adalah zuhud orang-orang awam.
2- Meninggalkan lebihan dari yang halal, dan ia adalah zuhud orang-orang khas.
3- Meninggalkan apa yang menyibukkan seseorang hamba daripada Allah -_''--, dan ia
adalah zuhud orang-orang mengenal.

- Tawakkal [Berserah Diri]:
Mereka berkata: Tawakkal adalah permulaan, penerimaan adalah pertengahan dan
penyerahan adalah pengakhiran, jika thiqah kepada Allah mempunyai pengakhiran. Sahl At-
Tasturi berkata: Tawakkal: adalah pelepasan bersama Allah -_''-- mengikut apa yang Dia
inginkan.

- Mahabbah [Kecintaan]:
Al-Hassan Al-Basri (110H) berkata: Tanda mahabbah adalah kesepakatan terhadap yang
dicintai dan bergerak seiringan dengan jalan-jalannya dalam setiap perkara, mendekatkan diri
kepadanya melalui setiap penghubung, dan lari dari setiap perkara yang tidak membantunya
untuk perjalanannya.

- Redha [Rela]:
Salah seorang daripada mereka berkata: Redha dengan Allah Yang Teragung, adalah hati
seseorang hamba menjadi tenang di bawah hukum Allah - = .= -, dan seorang lagi berkata:
Redha adalah maqam terakhir, kemudian dia akan menyusuri selepas itu keadaan pemilik-
pemilik qulub, menilik perkara-perkara ghaib, memperhalus rahsia-rahsia, untuk kejernihan
zikir-zikir dan hakikat-hakikat ahwal.

- Yakin:
Mereka melepaskan khayalan bagi memahami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya - - _'-
'- ,'=-, sehingga orang yang bersuluk sampai kepada keyakinan, dan ia terbahagi kepada
tiga martabat:
21
1- Ilmu Al-Yakin: dan ia datang melalui jalan dalil nukilan dari Ayat-ayat dan Hadith-
hadith: {Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui dengan pengetahuan yang
yakin,} [At-Takathur : 5].

2- Ain Al-Yakin: dan ia datang melalui cara penyaksian dan penyingkapan: {Selepas itu
kamu akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin} [At-Takathur : 7].

3- Haq Al-Yakin: dan ia adalah apa yang terealisasi melalui jalan rasa: {Sesungguhnya ini
adalah sebenar-benar yakin. Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang
Maha Besar.} [Al-Waqieah : 95-96].

- Fana:
Abu Yazid Al-Bastomi dianggap sebagai orang pertama di dalam Islam yang menyeru
kepada idea ini. Dia telah menukilkannya daripada syeikhnya Abu Ali As-Sindi berkenaan
kebinasaan di dalam Allah secara menyeluruh, juga berkenaan tersembunyi sama sekali
perasaan seseorang hamba pada zat-Nya dan semua penyaksian menjadi fana, lalu dia lupa
dirinya dan apa yang selain Allah. Al-Qusyairi berkata: Kebinasaan menyeluruh terjadi
kepada sesiapa yang dikuasai oleh kuasa hakikat sehingga dia tidak menyaksikan dari benda-
benda lain; tidak melalui mata, tidak melalui kesan, tidak melalui lukisan. Maqam himpunan
segala himpunan adalah: Kefanaan seseorang hamba daripada menyaksikan kefanaannya
dengan pembinasaannya di dalam wujud Al-Haq.

Maqam Fana adalah keadaan yang berulang-alik di dalamnya segala gambaran seorang
yang bersuluk, di antara dua paksi yang bertentangan. Kedua-duanya adalah pembersihan dan
pengosongan dari segi hulul [penyerapan], tetapi tasybih [penyerupaan] dari segi yang satu
lagi.


Aliran-aliran Kesufian:
Aliran Zuhud: Orang-orangnya adalah dari kalangan pelaku-pelaku ibadat, orang-orang
zuhud, abid-abid dan orang-orang sering menangis. Antara tokoh-tokohnya: Rabiah Al-
Adawiyah, Ibrahim bin Adham dan Malik bin Dinar.

Aliran Kasyaf dan Makrifat: Ia tertegak di atas pengambil kiraan bahawa logik akal
semata-mata tidak memadai untuk mendapatkan Makrifat dan mengetahui hakikat-hakikat
segala yang wujud. Kerana seseorang individu berkembang melalui latihan jiwa sehingga
tersingkap daripada penglihatannya selaput kejahilan dan nyata kepadanya segala hakikat,
terkunci di dalam dirinya dan nyata di atas cermin hati. Pemimpin aliran ini adalah: Imam
Abu Hamid Al-Ghazali.

Aliran Wahdah Al-Wujud: Pemimpin aliran ini, Muhyiddin bin Arabi berkata: Telah sabit
daripada para pengkaji bahawa tiada di dalam kewujudan melainkan Allah. Kita, jika kita
semua wujud, maka kewujudan kita hanyalah dengan-Nya. Tidak zahir dari yang wujud
dengan yang wujud kecuali Al-Haq. Oleh itu, kewujudan yang haq adalah satu, tidak terdapat
di sana sesuatu yang ia mempunyai yang semisal; kerana tidak sah boleh ada di sana dua
kewujudan yang berlainan atau yang serupa.

Aliran Ittihad dan Hulul [Penyatuan dan Penyerapan]: dan ketuanya adalah Al-Hallaj.
Nyata di dalam aliran ini terkesan dengan Tasawwuf India dan Nasrani. Kerana seseorang
Sufi itu akan membayangkan pada waktunya bahawa Allah telah menyerap kepadanya atau
telah dia menyatu dengan Allah. Di antara kata-kata mereka adalah: Aku Al-Haq dan
22
Tiada di dalam jubah melainkan Allah. Tiada itu semua melainkan gumaman yang
terkeluar dari lidah mereka pada detik-detik kemabukan dengan arak penyaksian, mengikut
apa yang mereka sangka.


Tarekat-tarekat Kesufian:
Al-Jailaniyyah: Dirujuk kepada Abdul Qadir Al-Jailani (470-561H) yang dikebumikan di
Baghdad. Setiap tahun gerombolan-gerombolan yang rami dari kalangan akan menziarahinya
untuk bertabaruk padanya. Beliau telah meninjau banyak ilmu-ilmu zamannya, dan pengikut-
pengikutnya telah mengaitkan kepadanya banyak keramat-keramat seperti yang kita telah
nyatakan sebelum ini.

Tarekatnya telah menyumbang di dalam pengasasan pusat-pusat Islam yang melaksanakan
peranan yang besar di dalam penyebaran Islam di Afrika. Ia telah berdiri sebagai benteng
yang menghalang di hadapan pengunjuran Eropah yang menular ke barat tanah Arab.

Ar-Rifaeiyyah: Dinasabkan kepada Ahmad Ar-Rafaie (512-580H), dari Bani Rifaah, salah
sebuah kabilah Arab. Jemaahnya menggunakan pedang dan memasuki api untuk
membuktikan keramat-keramat. Syeikh Al-Alusi bercakap mengenai mereka di dalam
Ghayah Al-Maani fi Ar-Radd ala An-Nabhani: Manusia yang paling besar bala pada zaman
ini terhadap Agama dan negara adalah: pelaku-pelaku bidaah Ar-Raifaeiyyah. Anda tidak
akan dapati sesuatu bidaah melainkan dari merekalah sumbernya, daripada merekalah tempat
terbitnya dan tempat pengambilannya. Zikir mereka adalah berupa tarian, nyanyian,
pengharapan kepada selain Allah dan penyembahan syeikh-syeikh mereka. Amalan-amalan
mereka adalah berupa memegang ular-ular. [1\370].

Ar-Rifaeiyyah menyamai Syiah di dalam banyak perkara, di antaranya adalah: keimanan
mereka terhadap kitab Al-Jufr, kepercayaan mereka terhadap Imam-imam Dua Belas, dan
Ahmad Ar-Rifaei adalah Imam Ketiga Belas. Ditambah dengan penyertaan mereka untuk
bersedih pada Hari Asyura dan lain-lain.

Ini semua, sekalipun apa yang datang daripada Syeikh tarekat mereka Syeikh Ahmad Ar-
Rifaei desakan yang bersangatan kepada Sunnah dan menjauhi bidaah. Di antaranya adalah
kata-kata beliau: Tiadalah sesebuah kaum meringan-ringankan Sunnah dan mengabaikan
penyekatan bidaah melainkan Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh. Tiadalah
sesebuah kaum membantu Sunnah dan menyekat bidaah serta ahlinya, melainkan Dia akan
mengurniakan mereka haibah dari sisinya dan Dia akan membantu mereka dan memperbaiki
keadaan mereka.

Ar-Rifaeiyyah mempunyai penyebaran yang ketara di kawasan barat Asia.

Al-Badawiyyah: dirujuk kepada Ahmad Al-Badawi (596-634H), di lahirkan di Fas,
menunaikan Haji dan merantau ke Iraq. Dia menetap di Tanta [Mesir] sehingga kematiannya,
dan di situ dia mempunyai kubur yang tuju. Diadakan untuknya -sebagaimana orang lain dari
kalangan wali-wali Sufi- sambutan kelahirannya setiap tahun, yang ramai akan melakukan di
dalamnya bidaah dan penyelewengan aqidah, seperti berdoa, meminta bantuan, mengambil
berkat, bertawasul, yang semuanya membawa kepada kesyirikan yang mengeluarkan
daripada Agama. Pengikut-pengikut tarekatnya bertebaran di sebahagian wilayah-wilayah
Mesir. Padanya mereka mempunyai cawangan-cawangan seperti Al-Bayyumiyyah, As-
23
Syannawiyyah, Awlad Nuh As-Syabiyyah, dan mereka ditandakan dengan serban berwarna
merah.

Ad-Dasuqiyyah: Dirujukkan kepada Ibrahim Ad-Dasuqi (633-676H) yang dikebumikan di
bandar Dasuq Mesir. Golongan Sufi mendakwa bahawa dia adalah salah seorang Empat
Kutub yang kembali kepada mereka pentadbiran segala urusan Alam ini.

Al-Akbariyyah: Merujuk kepada Syeikh Muhyiddin bin Arabi. Aqidahnya tertegak di atas
wahdah al-wujud [kesatuan penciptaan], berdiam, beruzlah, berlapar, dan berjaga malam. Ia
mempunyai tiga sifat: Bersabar ketika bala, bersyukur ketika senang, dan redha terhadap
ketentuan.

As-Syaziliyyah: Merujuk kepada Abu Al-Hassan As-Syazili (593-656H). Dia dilahirkan di
kampung Ammarah, berdekatan Mursiyyah di kawasan Maghribi. Dia berpindah ke Tunisia,
melakukan haji beberapa kali, kemudian masuk ke Iraq, dan akhirnya mati di padang pasir
Aizab di dataran Mesir, dalam perjalanannya menunaikan Haji. Dikatakan mengenainya:
Bahawa dia telah memudahkan tarekat untuk semua makhluk, kerana tarekatnya adalah
tarekat yang paling mudah; kerana di dalamnya tidak banyak mujahadah. Tarekatnya tersebat
di Mesir, Yaman dan beberapa negara Arab. Penduduk bandar Mokha bergantung kepadanya
dalam takdiq dan mempercayai secara mendalam berkenaan kewaliannya. Tarekatnya juga
tersebar di Maraqisy, barat Algeria, serta utara Afrika dan baratnya secara keseluruhan.

Al-Bakdashiyyah: Orang-orang Turki Uthmaniyyah menjadi ahli tarekat ini, dan ia masih
lagi tersebar di Albania. Ia juga lebih hampir kepada Tasawwuf Syiah berbanding kepada
Tasawwuf Sunnah. Tarekat ini mempunyai kesan yang menonjol di dalam penyebaran Islam
di kalangan orang-orang Turki dan orang-orang Monggol. Ia dahulu mempunyai kuasa yang
besar terhadap pemerintah-pemerintah Utmaniyyah sendiri.

Al-Maulawiyyah: Diasaskan oleh penyair berbangsa Parsi, Jalaluddin Ar-Rumi (672H) yang
dikebumikan di Baquniyyah. Orang-orangnya dikenali dengan perbuatan memasukkan tarian
dan rentak ke dalam halaqah-halaqah zikir. Mereka tersebar di Turki, dan Asia Barat. Mereka
tidak lagi memiliki pada hari ini kecuali beberapa rumah perlindungan di Turki, di Halab, dan
di beberapa kawasan Timur.

An-Naqsyabandiyyah: Dirujukkan kepada Syeikh Bahauddin; Muhammad bin Muhammad
Al-Bukhari, yang digelar Shah Naqsyaband (618-791H). Ia adalah satu tarekat yang mudah
seperti As-Syaziliyyah. Ia tersebar di Parsi, negeri-negeri India, dan Asia Barat.

Al-Mulamatiyyah: Pengasasnya adalah Abu Soleh; Hamdun bin Ahmad bin Ammar yang
dikenali sebagai Al-Qassar (271H). Sebahagian mereka telah mengharuskan berlawanan
dengan jiwa kerana ingin berjihad terhadap jiwa dan memerangi kekurangan-kekurangannya.
Pelampau-pelampau dari kalangan mereka telah muncul baru-baru ini dengan gaya
menghalalkan, tidak ambil peduli, serta melakukan semua perkara tanpa menjaga perintah
dan larangan Syariah.

Di sana terdapat tarekat-tarekat lain, selain semua ini, seperti: Al-Qonaiyyah, Al-
Qairawaniyyah, Al-Murabitiyyah, Al-Bashbashiyyah, As-Sanusiyyah, Al-Mukhtariyyah, Al-
Khatmiyyah ... dan lain-lain. Tidak syak lagi bahawa setiap tarekat-tarekat ini adalah tarekat-
tarekat bidaah.

24
Gumaman Kesufian:
Sesetengah mereka melalui jalan menghadirkan roh-roh, kerana menyangka bahawa itu
adalah dari Tasawwuf, sebagaimana yang selebihnya menggunakan jalan jampi serapah dan
dajal. Mereka mengambil berat pembinaan makam-makam dan kubur-kubur para Aulia,
menerangkan dan menziarahinya, serta menyapu padanya. Semua itu termasuk dari bidaah-
bidaah yang tidak Allah turunkan kepadanya sebarang kuasa.

Sebahagian mereka berpendapat terangkat taklif-taklif gugur taklif-taklif daripada
seseorang wali; iaitu ibadah tidak lagi menjadi tidak mesti memandangkan kepadanya.
Kerana dia telah sampai ke satu maqam yang dia tidak perlu bersamanya untuk melakukan
semua itu. Kerana dia, jika dia sibuk dengan tugas-tugas Syara dan perkara-perkara
zahirnya, nescaya dia akan terputus daripada menjaga yang batin, serta ia akan
mengganggunya dengan berpaling daripada pelbagai bentuk kehadiran kebatinan kepada
memelihara yang zahir.

Dinukilkan daripada Al-Ghazali kritikan beliau terhadap orang-orang yang dikuasai oleh
ghurur, dan beliau menghitung kumpulan-kumpulan mereka:
1- Satu kumpulan tertipu dengan gaya, bentuk rupa, dan mantik.

2- Satu kumpulan lain, mendakwa ada ilmu Makrifat, menyaksikan Al-Haq, dan melepasi
maqam-maqam dan keadaan-keadaan.

3- Satu kumpulan pula, jatuh ke dalam penghalalan, menggulung hamparan Syara, menolak
keadaan-keadaan, dan menyamakan di antara yang halal dan yang haram.

4- Sebahagian mereka berkata: Amalan-amalan dengan anggota tubuh tidak mempunyai
nilai, dan pandangan hanyalah kepada hati. Hati kami penuh dengan mencintai Allah, dan
terhubung kepada mengenal Allah. Kita hanya menyelam ke dalam Dunia dengan tangan-
tangan kita, sedangkan hati-hati kita beriktikaf di hadrat Rububiyyah. Kita bersama
syahwat dengan yang zahir bukan dengan hati-hati kita.

Fahaman keesaan semata-mata tidak pernah wujud di dalam Islam dengan bentuknya
yang sempurna sebelum Ibnu Arabi. Dialah peletak tunggak-tunggaknya, pengasas alirannya,
dan orang yang memperincikan makna-makna dan matlamat-matlamatnya. Dia pemilik Fusus
Al-Hikam, Al-Futuhaat Al-Makkiyyah dan lain-lain.

Sementara Al-Hallaj pula dikira sebagai pemilik aliran Ittihad dan Hulul, dan dia
memiliki beberapa pernyataan, di antaranya adalah:
Aku adalah yang menginginkan dan yang menginginkan adalah aku
Kami adalah dua roh yang menyerap satu badan
Apabila engkau melihatku, engkau melihatnya
Apabila engkau melihatnya, engkau melihat kami

Juga kata-katanya:
Aku campurkan rohmu ke dalam rohku sebagaimana
Bercampur arak di dalam air yang jernih
Apabila menyentuhmu sesuatu, ia menyentuhku
Tiba-tiba engkau adalah aku di dalam semua keadaan

Golongan Sufi menggunakan lafaz Ghauth dan Ghiyath. Ibnu Taimiyyah telah
memberi fatwa, sebagaimana yang datang di dalam kitab Majmu Al-Fatawa (m/s 437):
25
Adapun lafaz Ghauth dan Ghiyath, tidak layak untuknya melainkan Allah. Dia penyelamat
orang-orang yang minta diselamatkan. Tidak boleh seseorang meminta penyelamatan kepada
selain-Nya, tidak dengan Malaikat yang hampir, tidak juga dengan Nabi yang diutus.

Kesemua tarekat-tarekat Sufi telah bersepakat mengenai kepentingan zikir. Ia di sisi An-
Naqsyabandiyyah adalah lafaz Allah sahaja. Di sisi As-Syaziliyyah adalah la ilaha illa
Allah. Di sisi yang lain, seperti itu dan ditambah dengan istighfar dan selawat ke atas Nabi.
Ada pula sebahagian mereka yang berkata ketika bersungguh-sungguh berzikir: Hu Hu,
dengan lafaz kata ganti nama. Ibnu Taimiyyah berkata mengenai perkara berkenaan di dalam
kitabnya Majmu Al-Fatawa (m/s 229): Adapun meringkaskan kepada nama semata-mata,
bentuk zahir atau kata ganti nama, ia tidak mempunyai sebarang asal, apatah lagi menjadi
zikir khas dan orang-orang yang mengenal. Bahkan ia adalah wasilah kepada pelbagai bidaah
dan kesesatan, dan juga merupakan jalan kepada gambaran keadaan rosak yang datang dari
keadaan ahli Ilhad dan ahli Ittihad.

Beliau juga berkata (di dalam m/s 228): Sesiapa yang berkata: Ya Hu Ya Hu [Wahai Dia,
Wahai Dia] atau Hu Hu [Dia Dia], dan sebagainya, kata ganti nama berkenaan tidak kembali
melainkan kepada apa yang digambarkan oleh hati, dan hati kadangkala terarah dan
kadangkala tersesat.

Kadangkala sebahagian orang yang dirujukkan kepada Tasawwuf akan mendatangkan
perbuatan-perbuatan ajaib dan luar biasa. Mengenai perkara berkenaan Ibnu Taimiyyah
berkata (m/s 494): Adapun membuka kepala, memintal rambut, membawa ular-ular; ini
bukanlah dari simbol seseorang dari kalangan orang-orang Soleh, tidak dari kalangan
Sahabat, tidak dari kalangan Tabiin, tidak dari kalangan Syeikh-syeikh umat Islam, tidak dari
kalangan orang terdahulu, tidak dari kalangan orang terkemudian, dan tidak Syeikh Ahmad
bin Ar-Rifaie. Ia hanya direka setelah kematian Syeikh dalam tempoh yang panjang.

Beliau juga berkata (m/s 504): Adapun bernazar kepada orang-orang yang telah mati
dari kalangan Anbia, Syeikh-syeikh atau selain mereka, atau kepada kubur-kubur mereka,
atau orang yang menjaga kubur-kubur mereka, ia adalah nazar syirik dan maksiat terhadap
Allah -_''--.

Beliau berkata (pada m/s 506) di dalam kitab yang sama: Adapun bersumpah dengan
selain Allah, seperti para Malaikat, Anbia, syeikh-syeikh, raja-raja, dan selainnya, ia adalah
ditegah.

Beliau juga berkata (pada m/s 505) dalam kitab yang sama: Adapun mempersaudarakan
lelaki-lelaki dengan wanita-wanita asing, berkhalwat lelaki-lelaki berkenaan dengan wanita-
wanita berkenaan, pandangan lelaki-lelaki berkenaan kepada perhiasan yang tersembunyi, ini
adalah haram dengan kesepakatan semua orang Islam. Sesiapa yang menjadikan ia dari
Agama, maka dia tergolong dari saudara-saudara syaitan.

Berkenaan maqam fana daripada menyaksikan apa-apa selain Tuhan iaitu fana daripada
berkehendak, Ibnu Taimiyyah berkata (m/s 337) dalam kitabnya: Di dalam fana ini,
mungkin dia akan berkata: Akulah Al-Haq, atau Maha Suciku, atau tiada di dalam jubah
melainkan Allah. Apabila dia fana pada masyhudnya daripada syuhudnya, dan pada
maujudnya daripada wujudnya, di dalam maqam seperti ini akan terjadi kemabukan yang
menggugurkan pembezaan berserta wujudnya kemanisan Iman, sebagaimana yang terjadi
dengan kemabukan arak dan kemabukan orang yang keasyikan bentuk rupa. Dihukum ke atas
26
mereka ini, bahawa seseorang mereka apabila hilang akalnya dengan sebab yang bukan
haram, maka tiada kesalahan ke atasnya berkenaan apa yang terbit daripadanya, dari kata-
kata dan perbuatan yang diharamkan. Berlainan jika punca hilang akalnya adalah dengan
sesuatu yang diharamkan. Namun begitu, walaupun tiada kesalahan ke atas mereka, tidak
pula dibolehkan mengikuti mereka dan meletakkan kata-kata dan perbuatan mereka pada
kebenaran. Bahkan mereka di dalam pengecualian sama seperti orang yang nyanyuk dan gila
dari segi taklif-taklif yang zahir.

Sementara berkenaan maqam fana daripada wujud yang sebetulnya, beliau berkata (m/s
337) dalam kitab berkenaan juga: Yang Ketiga: Fana daripada wujud yang sebetulnya,
dengan maksud bahawa dia melihat bahawa Allahlah yang wujud dan tiada kewujudan untuk
selain-Nya, tidak dengan-Nya, tidak dengan selain-Nya. Ini adalah kata-kata golongan ittihad
yang zindiq, dari kalangan orang-orang mutakhir, seperti Al-Balyani, At-Tilmisani, Al-
Qunuwi dan sebagainya, yang menjadikan hakikat; bahawa Dia adalah bahan semua benda
yang wujud dan hakikat segala yang ada. Juga bahawa tiada kewujudan bagi selain-Nya,
tidak dengan maksud tertegak benda-benda dengan-Nya dan kewujudannya dengan sebab-
Nya. Tetapi yang mereka inginkan adakan bahan semua benda wujud, dan ini adalah
kekufuran dan kesesatan.


Pelampauan-pelampauan Sesetengah Yang Dikaitkan Dengan Kesufian
Pada Masa Kini:

Di antara bentuk-bentuk kesyirikan yang paling nyata ditegur terhadap golongan Sufi
adalah apa yang berikut:
1- Melampau berkenaan Rasul.

2- Penyerapan dan penyatuan.

3- Kesatuan kewujudan.

4- Melampau berkenaan para Aulia.

5- Banyak dakwaan-dakwaan dusta, seperti dakwaan mereka tidak terputus wahyu, dan
ciri-ciri istimewa yang mereka miliki di Dunia dan Akhirat.

6- Dakwaan mereka kesibukan dengan mengingati Allah daripada membantu untuk
menguasakan Syariat Allah dan berjihad di jalan-Nya, walaupun sebahagian mereka
mempunyai pendirian yang baik menentang penjajahan, seperti Al-Amir Abdul Qadir
Al-Jazaiiri.

7- Sering kali meringan-ringankan sebahagian orang yang dikira berada pada Tasawwuf,
untuk mematuhi hukum-hukum Syarak.

8- Mentaati syeikh-syeikh dan tunduk kepada mereka, mengakui dosa-dosa di hadapan
mereka, dan menyapu-nyapu pada kubur-kubur mereka setelah kematian mereka.

9- Pelampauan-pelampauan yang banyak, yang tidak diturunkan oleh Allah padanya
sebarang kebenaran, di dalam keadaan apa yang mereka namakan sebagai zikir. Iaitu
menggoncang badan, meliuk lentok ke kanan dan ke kiri, menyebut perkataan Allah
27
semata-mata setiap kali. Mendakwa bahawa syeikh-syeikh telah dikasyafkan
penglihatan mereka, bertawassul dengan mereka untuk menunaikan hajat, dan berdoa
dengan maqam-maqam mereka di sisi Allah, ketika hidup mereka dan sesudah
kematian mereka.



Akar Umbi Pemikiran & Kepercayaan:

Mujahadah-mujahadah golongan Sufi sebenarnya kembali kepada zaman yang lampau
dahulu, pada waktu insan merasakan keperluan untuk melatih dirinya dan menewaskan hawa
nafsunya.

Tidak syak lagi bahawa apa yang diajak oleh golongan Sufi kepadanya, seperti zuhud,
warak, taubat, redha ... sememangnya ia adalah perkara-perkara dari Islam, dan Islam
menggalakkan untuk berpegang dengannya dan beramal kerananya. Tetapi golongan Sufi di
dalam itu menyalahi apa yang diseru kepadanya oleh Islam, kerana mereka mereka-reka
kefahaman-kefahaman dan jalan-jalan mencapai kesempurnaan untuk istilah-istilah ini,
bertentangan dengan keadaan yang Rasul -'- ,'= - _'-- dan sahabat-sahabat Baginda
berada di atasnya.

Namun Hulul, Ittihad, Fana, dan mengikuti jalan mujahadah-mujahadah rumit, yang
sebahagian mereka sampai kepadanya, semua perkara ini hanya menurun kepada mereka dari
sumber-sumber yang menyelinap ke dalam Islam, seperti Hindu, Jainism, Buddha,
Platonisme, Zoroaster, dan Kristian. Itu telah digambarkan oleh ramai pengkaji-pengkaji
Tasawwuf, antara mereka:
- Orientalis Merx, melihat bahawa Tasawwuf hanya datang daripada golongan rahib Syam.
- Orientalis Jones, mengembalikannya kepada Veda Hindu.
- Nicholson mengatakan bahawa ia adalah hasil percantuman pemikiran Yunani dan agama-
agama Timur, atau dengan kata yang lebih tepat: hasil percantuman di antara Falsafah Plato
Moden dengan Agama-agama Kristian dan Fahaman Ghanusi.

Kejatuhan ke dalam lingkungan ketiadaan dengan menggugurkan semua taklif dan
melampaui perkara-perkara Syariah adalah sesuatu yang telah dikenali oleh golongan
Brahman. Seseorang Brahmin berkata: Apabila aku menjadi bersatu dengan Brahma, aku
tidak lagi menjadi dipertanggungjawabkan dengan amalan atau kewajipan.

Kata-kata Al-Hallaj di dalam Hulul dan kata-kata Ibnu Arabi mengenai Insan Kamil,
menyamai satu mazhab orang-orang Nasrani berkenaan Isa -`-' ,'=-.

Tasawwuf yang menyeleweng telah membuka satu pintu yang luas, yang masuk
melaluinya banyak kejahatan terhadap Umat Islam, seperti tidak berusaha, bersifat negatif,
menafikan personaliti seseorang insan, dan mengagungkan personaliti seseorang syeikh.
Ditambah dengan banyak kesesatan dan bidaah yang mengeluarkan pelakunya daripada
Islam.




28
Penyebaran & Kawasan Pengaruh:

Tarekat-tarekat Sufi telah bergerak untuk menyebarkan Islam di banyak tempat-tempat
yang tidak ditakluki oleh tentera-tentera. Itu adalah kerana kesan kerohanian yang mereka
miliki, yang mereka namakan (tarikan); seperti Indonesia, Afrika dan kawasan-kawasan jauh
selainnya.

Tasawwuf telah tersebar di sepanjang zaman dan telah meliputi keseluruhan Dunia Islam.
Kumpulan-kumpulan mereka telah diasaskan dan berkembang di Mesir, Iraq, Barat Laut
Afrika, serta Barat, Tengah dan Timur Asia.

Mereka telah meninggalkan kesan yang penting di dalam syair, gurindam, muzik, seni
nyanyian dan nasyid, serta mereka mempunyai kesan di dalam penubuhan penjuru-penjuru
dan rumah-rumah perlindungan.

Kerohanian golongan Sufi mempunyai kesan di dalam menarik orang-orang Barat yang
materialistik ke dalam Islam. Di antara mereka adalah Martin Ling yang berkata: Saya
seorang berbangsa Eropah, saya temui pembebasan roh saya dan penyelamatannya di dalam
Tasawwuf, walaupun keprihatinan orang-orang Barat dan pusat-pusat Orientalis di
universiti-universiti Barat dan Timur kepada Tasawwuf menimbulkan keraguan. Di samping
tertariknya orang-orang Barat kepada kerohanian tasawwuf, dan ketakjuban mereka terhadap
bahan-bahan yang banyak menulis tentang Tasawwuf, dalam bentuk penjelasan dan
perbahasan, di sana terhadap beberapa sebab lain bagi keprihatinan golongan orientalis,
yayasan-yayasan akademik, dan orang-orang Barat secara am terhadap Tasawwuf. Antara
sebab-sebab berkenaan adalah:

- Menzahirkan aspek negatif penyerahan yang wujud di dalam Tasawwuf dan
gambarannya, kerana mengambil kira ia adalah Islam.

- Kesepakatan Tasawwuf dengan Kerahiban Kristian dan menganggapnya sebagai
unjuran bagi arah ini.


- Kecenderungan sesat sebahagian orang yang bertasawwuf untuk menerima agama-
agama seluruhnya, dan menganggapnya sebagai pendidikan kerohanian. Telah
terdapat di Barat orang-orang yang menganggap dirinya bertasawwuf, serta dia
menggunakan istilah-istilah dan sebahagian keperibadian Islam tanpa dia menjadi
seorang Muslim, dan itu adalah dari kalangan pengikut-pengikut Yahudi, Nasrani,
Buddha dan agama-agama lain.

- Menjasadkan pertembungan di antara Fuqaha Islam dengan penyeleweng-
penyeleweng dalam bertasawwuf, dengan sebab ia adalah bentuk biasa di dalam
Aqidah dan Fiqh Islam.

- Pengunduran golongan Sufi dan ia bermula sejak akhir Kurun Kesembilan Belas dan
awal Kurun Kedua Puluh, dan ia tidak lagi mempunyai kuasa yang ia miliki sebelum
itu. Itu sekalipun dengan sokongan sebahagian negara-negara Islam terhadap
Tasawwuf sebagai agen bagi menghampakan harapan-harapan Umat Islam terhadap
perlaksanaan Islam yang menyeluruh.


29
Ternyata Dari Apa Yang Telah Lalu:

Bahawa Tasawwuf di sepanjang sejarahnya yang lama, merupakan penyelewengan
daripada manhaj Zuhud yang digesa oleh Islam untuk melalui jalannya, yang sepatutnya
diiringi dengan ilmu, amal, jihad, menyuruh kebaikan, menegah kemungkaran, memberi
manfaat kepada Ummah dan menyebarkan Agama. Kerana kebarangkalian untuk
menyimpang inilah, Rasul Yang Mulia telah tidak menerimanya daripada sesetengah sahabat
Baginda. Penyelewengan ini kemudiannya bertambah apabila bercampur Tsawwuf dengan
falsafah-falsafah Hindu, Yanani, Kerahiban Kristian pada zaman-zaman terkemudian.
Keadaan bertambah teruk apabila Kesufian menjadi perniagaan bagi pemalsu dan penyamar
dari kalangan mereka yang kurang ilmu dan pendek usaha mereka untuk mendapatkan yang
halal. Musuh-musuh Islam telah mengetahui perkara itu, lalu mereka cuba untuk
memburukkan Islam dari dalam melalui Tasawwuf, cuba memusnahkan kemurnian Aqidah
Tauhid yang dibezakan Islam melaluinya, dan cuba menjadikan orang-orang Islam
bersandarkan kepada negativisme supaya tidak tertegak bagi mereka sebarang tindakan.


































30
Rujukan-rujukan Bagi Peluasan Tajuk:

- At-Tasawwuf Al-Islami, Ahmad Taufiq Aiyyad, Angelo-Egyption, 1970M.
- Al-Munqiz min Ad-Dholal, oleh Hujjatul Islam Al-Ghozali, berserta beberapa kajian
berkenaan Tasawwuf, Dr. Abdul Halim Mahmud, Matbaah Hassan, Kaherah.
- Majmu Al-Fatawa Ibnu Taimiyyah, jilid 11 berkenaan Tasawwuf, dan jilid 10 berkenaan
Suluk, cetakan 1398H.
- Ad-Dawah Al-Islamiyyah fi Gharb Afrikiya, Dr. Hasan Isa Abdul Zahir, Percetakan
Universiti Imam Muhammad bin Saud, 1401H-1981M.
- Nasyah Al-Falsafah As-Sufiyyah wa Tatawwuriha, Dr. Irfan Abdul Hamid Fattah, Al-
Maktab Al-Islami, Beirut, 1394H/1974M.
- Fi At-Tasawwuf Al-Islami wa Tarikhihi, Abu Al-Ala Afifi.
- As-Sufiyyah Al-Islamiyyah, Nicholson, terjemahan Syaribah.
- Ihya Ulum Ad-Din, oleh Imam Al-Ghozali, Dar Ihya Al-Kutub Al-Arabiyyah, 1957M.
- Al-Futuhaat Al-Makkiyyah, oleh Syeikh Akbar Muhyiddin Muhammad bin Arabi, Beirut,
Dar As-Sodir, tanpa tarikh.
- Kitab At-Towasin oleh Al-Hallaj, diedarkan oleh Lois Massignon, Paris 1913M.
- Akhbar Al-Hallaj, diedarkan oleh Lois Massignon.
- Diwan Al-Hallaj, diterbitkan oleh Lois Massignon, Paris 1931M.
- Kitab Al-Luma, oleh Abu Nasr As-Siraj At-Tusi, tahkik Dr. Abdul Halim Mahmud dan
Toha Abdul Baqi Surur, Dar Al-Kutub Al-Hadithah, Mesir 1960M.
- Ar-Risalah Al-Qushairiyyah, oleh Abu Al-Qasim Abdul Karim bin Hawazin, Matabah
Muhammad Ali Sobih, Kaherah, 1957M.
- Fi At-Tasawwuf Al-Islami wa Tarikhihi, Arnold Reynolds Nicholson, himpunan ka-kata
yang diterjemahkan oleh Dr. Abu Al-Ala Afifi, Kaherah 1947M.
- Mazahib As-Sufiyyah wa Madarisuha, Abdul Hakim Abdul Ghoni Qosim.
- Al-Masadir Al-Ammah lit Talaqqi inda As-Sufiyyah, Ardan wa Naqdan, Sodiq Salim
Sodiq.
- Abu Hamid Al-Ghozali wa At-Tasawwuf, Abdur Rahman Dimasyqiyyah.
- Al-Mazahib wa Al-Afkar fi At-Tasawwur Al-Islami, Muhammad Al-Hassan.
- Dirasaat fi Al-Firaq wa Al-Mazahib Al-Qadimah wa Al-Muasirah, Abdullah Amin.
- At-Tasawwuf wa Al-Adab, Zaki Mubarak, Dr. Abdur Rahman Badwi.
- Tarikh At-Tasawwuf Dr. Abdur Rahman Badwi.

Sumber-sumber Asing:
- Nicholson R. A. Studies in Islamic Mysticism, Cambridge 1961.
- Spencer Trimingham T. The Sufi Orders of Islam, Oxford 1971.
- Arberry A. J. An Introduction to the History of Sufism, Oxford 1942.
- Nicholson: Leterary History of the Arabs.
- Macdonald: Development of Moslem Theology.
- Sufism: An Account of the Mystics of Islam, London 1956.
- Fazlur Rahman: Islam, London 1966.
- Encyclopedia of Religion and Ethics 1908. The Articles: Soul-Pantheism Sufis.
- Encyclopedia of Islam. The New Edition. The Articles: Al-Hallaj Ibn Arabi Al-
Bistami Asceticism.

Anda mungkin juga menyukai