Anda di halaman 1dari 11

PEMBAHAGIA N SYARIAT

Wajib

Sesuatu yang diberi pahala di atas perbuatannya dan diazab kerana meninggalkannya.

Mandub / sunat
Sesuatu yang diberi pahala kerana melakukannya dan tidak diazab jika meninggalkannya

Mubah/harus

Sesuatu yang tidak diberi pahala kerana melakukannya dan tidak juga diazab jika meninggalkannya.

Haram

Sesuatu yang diberi pahala dengan meninggalkannya dan diazab jika melakukannya.

Makruh

Sesuatu yang diberi pahala atas meninggalkannya dan tidak diazab jika melakukannya.

Sahih

Sesuatu yang berkait dengannya oleh lulus dan dikira dengannya di dalam syarak samada di dalam perkara 'aqad atau ib

Batil

Sesuatu yang tidak berkait dengannya oleh lulus dan tidak juga dikira dengannya kerana tidak diiktibarkannya oleh syarak samada di dalam perkara 'aqad atau

ibadat.

Bidah tidaklah termasuk di dalam Hukumhukum Syariah atau Hukum Taklifi. Oleh itu, sekiranya seseorang mengatakan bahawa hukum itu dan ini adalah bidah, sebenarnya dia tidak tahu pembahagian hukum-hukum syariah. Yang benar adalah dengan mengatakan: "Perbuatan ini bid'ah dan hukumnya haram".

Di dalam mazhab as-SyafiI, wajib dan fardhu merupakan satu istilah yang sama. Berbeza bagi sesetengah Ashab Abi Hanifah, wajib adalah sesuatu yang ditetapkan kewajipannya dengan dalil para imam mujtahid padanya seperti wajib solat witir bagi mazhab hanafi. Manakala fardhu pula adalah sesuatu yang ditetapkan kewajipannya dengan dalil qatie dari alQuran atau sunnah seperti kefardhuan solat, zakat dan perkara yang seumpamanya. (alLuma fi Usul al-Fiqh, As-Syirazi, m/s 65, Maktabah Taufiqiyyah)

Ruj: Hasyiah Dimyathi Syarah Matan alWaraqat, ad-Dimyathi, m/s 23, Dar al-Beiruti

Anda mungkin juga menyukai