Anda di halaman 1dari 24

‫بسم ال الرحمن الرحيم‬

‫ من يهده الُ فل‬،‫ ومن سيئات أعمالنا‬،‫ ونعوذ بال من شرور أنفسنا‬،‫ ونستغفره‬،‫ نحمده ونستعينه‬،‫الحمد ل‬
‫ وأشهد أن محمدا عبده‬،‫ وأشهد أن ل إله إل ال وحده ل شريك له‬،‫ ومن يضلل فل هادي له‬،‫ضلّ له‬ ِ ‫ُم‬
‫ أما بعد‬،‫ورسوله‬:

Mukadimah:

Sesungguhnya bid’ah adalah ancaman terbesar terhadap


ketulenan agama. Para ulama hadith tidak pernah lupa
memasukkan bab-bab berkaitan dengan bahaya bid’ah yang
telah diberi amaran oleh baginda Nabi s.a.w. Lihat umpamanya
kitab hadith yang terkenal Kitab al-Sunnah oleh al-Hafizd1 Ibn
Abi ‘Asim ‫( ابن أبي عاصم‬w. 278H) dalam bab (2) ‫ذكر البدع وإظهارها‬. Di
dalamnya di muatkan riwayat-riwayat yang memberi amaran
yang keras terhadap pembuat bid’ah dan mereka
meninggalkan sunnah.

Perbincangan mengenai bid’ah begitu luas dan merangkumi banyak persoalan. Namun bagi
kertas kerja yang ringkas ini, yang ditulis pula dalam tempoh beberapa hari sahaja, bagi
memenuhi undangan yang baik ini, saya lebih banyak tumpu kepada perbincangan bid’ah di
sekitar ibadah. Dengan menyedari di sana ada bid’ah yang sangat bahayanya pada zaman ini
yang mengancam akidah dan ibadah iaitu kemunculan ajaran sesat yang boleh membawa
kepada kufur yang dinamakan ‘Islam Liberal’. Inilah ancaman bid’ah terbesar terhadap umat
dewasa ini yang sepatutnya para ulama bersatu menentang mereka. Saya –segala kedhaifan-
berusaha menjawab ajaran sesat ini dengan tulisan dan lisan di berbagai-bagai tempat,
majalah dan akhbar. Mengingatkan orang ramai tentang bahaya golongan ini. Malangnya
ramai yang melupai ancaman golongan ini bahkan bersekongkol dengan mereka, dalam masa
memusuhi mereka yang berusaha mengangkat sunnah Nabi s.a.w.

Namun oleh kerana seminar ini tidak menfokuskan persoalan tersebut, sebaliknya mengenai
bid’ah yang mungkin menjadi perbincangan masyarakat, maka tumpuan saya ialah pada
bid’ah dalam ibadah.

Dengan diingatkan, persoalan ini tidak boleh dibincangkan secara emosi tanpa panduan ilmu.
Sebaliknya persoalan ini mesti dilihat dengan semangat ilmiah, menerima yang benar dari
siapa pun ia datang. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’i r.a.:

‫ كل مسألة تكّلمْت فيها صح الخبر فيها عن النبي‬r ‫عند أهل النقل بخلف ما قلت فأنا راجع عنها في‬
‫حياتي وبعد موتي‬
(3)

“Setiap perkara yang aku telah perkatakannya, sedang ada riwayat yang sahih di sisi ulama
hadith daripada Nabi s.a.w. yang menyanggahi apa yang aku ucapkan, maka aku menarik
balik ucapanku semasa hidupku dan selepas mati”.
Ta’rif Bid’ah Dari Segi Bahasa

Bid’ah dari segi bahasa diambil dari َ‫ بَ َدع‬. Kata Ibn Manzur ‫ابن‬
‫منظو‬:

(4( ‫ أنشأه وبدأه‬: ُ‫ وابتدعه‬،‫بدع الشيءَ يَبدَعُه بَدعا‬

(Telah membuat sesuatu bid’ah (past tense), sedang membuatnya (present tense) dan bad‘an
(masdar/ kata terbitan) bererti mengadakan dan memulakan).

Kata al-Razi : (5) ‫ اخترعه ل على مثال‬: ‫ بدع الشيء‬: Membuat bid’ah
sesuatu bermaksud mengadakannya tanpa ada suatu contoh.

Dalam al-Mu’jam al-Wajiz disebutkan hampir sama seperti di atas iaitu mengadakan sesuatu
tanpa contoh sebelumnya (6). Demikian kesemua mu’jam bahasa arab menyebut makna yang
hampir sama.

Inilah bid’ah dari segi bahasa iaitu membuat sesuatu yang belum adanya contohnya.

Ta’rif Bid‘ah Dari Segi Istilah

Ta’rif yang baik bagi perkataan bid’ah dari segi istilah ialah
ta’rif yang dikemukakan oleh al-Imam Abu Ishaq al-Syatibi
‫ الشاطبي‬r.h. (790H)7 dalam kitab yang masyhur ‫العتصام‬.
Kebanyakan para pengkaji bersetuju bahawa al-Syatibi telah
mengemukakan ta’rif jami’ dan mani’ ( ‫جامع ومانع‬. Antaranya Dr.
Ibrahim bin ‘Amir al-Ruhaili dalam tesisnya Ph.Dnya ketika
membandingkan beberapa ta’rif yang dibuat oleh beberapa
tokoh ulama terdiri daripada Ibn Taimiyyah9, al-Syatibi, Ibn
Rajab dan al-Sayuti, menyimpulkan bahawa ta’rif al-Syatibi
paling terpilih10.

Demikian Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam tulusan al-Bid’ah wa al-Sunnah memilih ta’rif al-Imam
al-Syatibi.

Kata al-Syatibi r.h:

11 ‫طريقة في الدين مخترعة تضاهي الشرعية يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد ل سبحانه‬

“Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk
berlebihan dalam mengabdikan diri kepada s.w.t”.
Huraian Al-Imam al-Syatibi Terhadap Ta’rif Bid’ah

Al-Imam al-Syatibi setelah memberikan ta’rif ini, tidak membiarkan kita tertanya-tanya
maksudnya, sebaliknya beliau sendiri telah menghuraikan maksud ta’rif ini.

Di sini dinyatakan beberapa noktah penting huraian al-Imam al-Syatibi:

Dikaitkan jalan ‫ طريقة‬dengan agama kerana rekaan itu dilakukan


dalam agama dan perekanya menyandarkan kepada agama.
Sekiranya jalan rekaan hanya khusus dalam urusan dunia tidak
dinamakan bid’ah seperti membuat barangan dan kota. Oleh
kerana jalan rekaan dalam agama terbahagi kepada apa yang
ada asalnya dalam syariat dan kepada apa yang tiada asalnya,
maka dimaksudkan dengan ta’rif ialah bahagian rekaan yang
tiada contoh terdahulu daripada syari’ (Pembuat syariat). Ini
kerana bid’ah ciri khasnya ialah ia terkeluar daripada apa yang
digariskan oleh syari’. Dengan ikatan ini maka terpisahlah
(tidak dinamakan bid’ah) segala yang jelas –sekalipun bagi
orang biasa- rekaan yang mempunyai kaitan dengan agama
seperti ilmu nahu, saraf, mufradat bahasa, Usul al-Fiqh, Usul
al-Din dan segala ilmu yang berkhidmat untuk syariat. Segala
ilmu ini sekalipun tiada pada zaman yang awal, tetapi asas-
asasnya ada dalam syarak…Justeru itu, tidak wajar sama
sekali dinamakan ilmu nahu dan selainnya daripada ilmu lisan ,
atau ilmu usul, atau apa yang menyerupainya yang terdiri
daripada ilmu-ilmu yang berkhidmat untuk syariat sebagai
bid’ah. Sesiapa yang menamakannya bid’ah, samada; atas
dasar majaz (bahasa) seperti ‘Umar bin al-Khattab r.a.
menamakan bid’ah solat orang ramai pada malam-malam
ramadhan, atau kerana kejahilan membezakan sunnah dan
bid’ah. Maka pendapatnya tidak boleh dikira dan dipegang” 12.

Maksud ‫ تضاهي الشرعية‬ialah menyerupai jalan syarak dengan ia


bukanlah syarak pada hakikatnya. Bahkan ianya menyanggahi
syarak dari beberapa sudut:
-Antaranya: Meletakan batasan-batasan13 seperti seseorang yang bernazar untuk berpuasa
berdiri tanpa duduk, berpanas tanpa berteduh, membuat keputusan mengasing diri untuk
beribadah, menghadkan makanan dan pakaian dari jenis tertentu tanpa sebab14.
-Antaranya: Beriltizam dengan cara (kaifiyyat) dan bentuk
(haiat ‫ )هيئات‬tertentu15. Ini seperti zikir dalam bentuk
perhimpunan dengan satu suara, menjadikan perayaan hari
lahir Nabi s.a.w dan seumpamanya.

-Antaranya: Beriltizam dengan ibadah tertentu dalam waktu tertentu sedangkan tidak ada
penentuan tersebut dalam syarak. Ini seperti beriltizam puasa pada hari nisfu Sya’ban dan
bersolat pada malamnya16.

Kemudiannya, penyamaan bid’ah itu dengan perkara-perkara yang disyariatkan. Jika


penyamaan itu dengan perkara-perkara yang tidak disyariatkan maka ia bukan bid’ah. Ia
termasuk dalam perbuatan-perbuatan adat kebiasaan17.

Maksud ‫( يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد ل سبحانه‬tujuan


mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri
kepada s.w.t) penyempurna makna bid’ah iaitu tujuannya
untuk menjadikan syariat. Di mana tujuan memasukinya ialah
menggalakkan ibadah. Ini kerana Allah berfirman (maksudnya)
Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah
kepadaKu).
Seakan-akan pembuat bid’ah melihat inilah tujuannya. Dia tidak jelas bahawa apa yang Allah
tetapkan undang-undang dan peraturan-peraturan sudah memadai18.

Al-Imam al-Syatibi menjelaskan lagi: “Telah jelas dengan ikatan ini (yang dijelaskan) bahawa
bid’ah tidak termasuk dalam adat. Apa sahaja jalan yang direka di dalam agama yang
menyerupai perkara yang disyariatkan tetapi tidak bertujuan beribadah dengannya, maka ia
terkeluar dari nama ini (bid’ah)”19.

Kesimpulan Ta’rif al-Imam al-Syatibi

Daripada apa yang dita’rifkan dan dihuraikan oleh al-Imam al-Syatibi r.h. dapat dibuat
beberapa kesimpulan:

Bid’ah ialah jalan syarak yang baru reka dan dianggap ibadah dengannya. Adapun membuat
perkara baru dalam urusan dunia tidak boleh dinamakan bid’ah.

Bid’ah ialah sesuatu yang tidak ada asal dalam syariat. Adapun apa yang ada asalnya dalam
syariat tidak dinamakan bid’ah.
Ahli bid’ah menganggap jalan, bentuk, cara bid’ah mereka adalah satu cara ibadah yang
dengannya mereka mendekatkan diri kepada Allah.
Bid’ah kesemuanya buruk. Apa yang dinamakan bid’ah hasanah yang membabitkan perkara-
perkara duniawi bukanlah bid’ah pada istilahnya.

Bid’ah Semuanya Saiyah


Berdasarkan hadith Nabi s.a.w, baginda menyatakan:

"..‫سكُوا‬
ّ َ‫شدِينَ ا ْل َمهْدِيّينَ َتم‬
ِ ‫لفًا كَثِيرًا َفعَلَ ْيكُمْ ِبسُنّتِي وَسُنّةِ ا ْلخَُلفَاءِ الرّا‬
َ ِ‫فَإِنّهُ مَنْ َيعِشْ مِ ْنكُمْ َبعْدِي فَسَيَرَى اخْت‬
20("ٌ‫حدَثَةٍ ِبدْعَ ٌة َو ُكلّ ِبدْعَةٍ (ضَلَلَة‬ ْ ُ‫لْمُورِ فَإِنّ ُكلّ م‬ ُ ‫حدَثَاتِ ا‬ ْ ُ‫عضّوا عَلَ ْيهَا بِال ّنوَاجِ ِذ وَإِيّاكُمْ َوم‬
َ َ‫ِبهَا و‬

(terjemahannya): “..Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas daripadaku akan melihat


perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah al-
Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah
ianya dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama),
kerana setiap yang diada-adakan itu bid‘ah dan setiap yang bid‘ah itu sesat”.

Berdasarkan hadith ini, baginda menggunakan perkataan ‫كل‬


yang bermaksud semua. Jika berpandu hadith ini, dan kita
faham pula maksud bid’ah seperti yang dinyatakan oleh al-
Imam al-Syatibi, maka tidak wajar bid’ah dibahagikan kepada
hasanah dan saiyyiah , bahkan kesemuanya saiyyah dan
dhalalah.

Al-Imam Malik bin Anas:

‫ لن ال‬،‫من ابتدع في السلم بدعة يراها حسنة فقد زعم أن محمدا صلى ال عليه وسلم خان الرسالة‬
‫ (اليَومَ أ ْكمَ ْلتُ َلكُم دِي َنكُمْ) فما لم يكن يومئذ دينا فل يكون اليوم دينا‬:‫يقول‬
(21)

“Sesiapa yang membuat bid’ah dalam Islam dan menganggapnya baik maka dia telah
mendakwa Muhammad s.a.w. mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman:
(maksudnya) “Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu”. Apa yang pada hari
tersebut tidak menjadi agama, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini”.

Perbahasan Bid’ah Hasanah

Namun begitu kita dapati ada beberapa tokoh para ulama


sarjana Islam, terutama dalam tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i
telah menyebut dalam kitab-kitab mereka istilah bid’ah
hasanah atau hampir dengannya seperti bid’ah mahmudah ‫بدعة‬
‫محمودة‬., bid’ah wajib, bid’ah sunat dan bid’ah harus. Ini seperti
al-Imam al-Syafi’i (wafat 204H) sendir, al-Imam al-‘Izz ‘Abd al-
Salam (w. 660H), al-Imam al-Nawawi (w. 676H), al-Sayuti (w.
911H) dan beberapa tokoh yang lain.
Setelah diteliti ucapan-ucapan mereka, kita dapati lafaz bid’ah yang mereka gunakan merujuk
kepada bid’ah dari segi bahasa, bukan bid’ah dari segi syarak. Di sini saya sebut beberapa
huraian:

Al-Imam al-Syafi‘i r.a (22)

Kata Ibn Rajab al-Hanbali (wafat 795H): “Al-Syafi‘i berkata:


“Bid’ah itu ada dua: Bid’ah Mahmudah (dipuji) dan Bid’ah
Mazmumah ‫( مذمومة‬dikeji). Apa yang menepati sunnah maka ia
dipuji. Apa yang menyanggahi sunnah maka ia dikeji”. Maksud
al-Syafi ‘i r.a. ialah seperti yang kita sebutkan sebelum ini:
bid’ah mazmumah ialah apa yang tiada asal dari syariat untuk
dirujuk kepadanya. Inilah bid’ah pada istilah syarak. Adapun
bid’ah mahmudah ialah apa yang bertepatan dengan sunnah.
Iaitu apa yang ada bagi asal untuk dirujuk kepadanya. Ia
adalah bid’ah dari segi bahasa, bukannya dari segi syarak
kerana ia menepati sunnah”23.

Antara bukti al-Imam al-Syafi‘i tidak maksud bid’ah dalam ibadah itu bid’ah mahmudah ialah
bantahan beliau terhadap sentiasa berzikir kuat selepas solat yang dianggap bid’ah hasanah
oleh sesetengah pihak. Ketika mengulas hadith Ibn ‘Abbas:

َ‫ع ْهدِ النّ ِبيّ صَلّى الّ عَلَ ْي ِه وَسَلّم‬


َ ‫صوْتِ بِال ّذكْرِ حِينَ يَ ْنصَ ِرفُ النّاسُ مِنَ ا ْل َمكْتُوبَةِ كَانَ عَلَى‬
ّ ‫إنّ َرفْعَ ال‬

“Sesungguhnya mengangkat suara dengan zikir setelah orang ramai selesai solat fardu
berlaku pada zaman Nabi s.a.w”.

Kata al-Imam al-Syafi’i dalam kitab utamanya al-Umm ‫الم‬:

ّ ‫ح‬
‫ب‬ ِ ‫وأختار للمام والمأموم أن يذكرا ال بعد النصراف من الصلة ويخفيان الذكرَ إل أن يكون إماما ُي‬
ّ‫أن يتعلّم منه فيجهر حتى يُرى أنه قد ُتعُلّمَ منه ثم ُيسِر‬
(24)

(Pendapatku untuk imam dan makmum hendaklah mereka berzikir selepas selesai solat.
Hendaklah mereka mensenyapkan zikir, kecuali jika imam mahu dipelajari daripadanya
(bacaan-bacaan zikir-pen), maka ketika itu dijelaskan zikir. Sehingga apabila didapati telah
dipelajari daripadanya. Maka selepas itu hendaklah dia perlahankan)

Adapun mengenai hadith Ibn ‘Abbas di atas al-Imam al-Syafi’i menjelaskan seperti berikut:

‫وأحسبه إنما جهر قليل ليتعلّم الناس منه وذلك لن عامة الروايات التي كتبناها مع هذا وغيرها ليس يذكر‬
،‫ ويذكر انصرافَه بل ذكر‬،ُ‫صفْت‬ َ ‫ وقد يذكر أنه ذكر بعد الصلة بما و‬،‫فيها بعد التسليم تَهليلٌ ول تكبير‬
‫ ومثل‬:‫ فإن قال قائل‬.ٍ‫ وأحسبه لم يَم ُكثْ إلّ ليذكرَ ذكرا غير جهْر‬،‫وذكرت أمّ سلمةَ ُمكْثَه ولم يذكر جهرا‬
‫ وأكثر‬،‫ مثل أنه صلّى على المنبر يكون قيامُه وركوعُه عليه وتَقهْقَرَ حتى يسجدَ على الرض‬:‫ماذا؟ قلت‬
ُ‫ ولكنه فيما أرى أحب أن يعلم من لم يكن يراه ممن َبعُد عنه كيف القيا ُم والركوع‬،‫عمره لم يصلّ عليه‬
‫ وأستحبّ أن يذكر المام ال شيئا في مجلسه قدر ما يَتقدم من‬.‫ يُعلّمهم أن في ذلك كله سعة‬.‫والرفع‬
‫انصرف من النساء قليل كما قالت أم سلمة ثم يقوم وإن قام قبل ذلك أو جلس أطولَ من ذلك فل شيء‬
‫ وللمأموم أن ينصرفَ إذا قضى المام السلمَ قبل قيام المام وأن يؤخر ذلك حتى ينصرف بعد‬،‫عليه‬
‫حبّ إلي له‬ َ َ‫انصرافِ المام أو معه أ‬.

(Aku berpendapat baginda menjelaskan suara (zikir) hanya seketika. Untuk orang ramai
mempelajarinya daripada baginda. Ini kerana kebanyakan riwayat yang telah kami tulis
bersama ini25, atau selainnya tidak menyebut selepas salam tahlil26 dan takbir. Kadang-kala
riwayat menyebut baginda berzikir selepas solat seperti yang aku nyatakan, kadang-kala
disebut baginda pergi tanpa zikir. Ummu Salamah pula menyebut duduk baginda27 (selepas
solat) tetapi tidak menyebut baginda zikir secara terang. Aku berpendapat baginda tidak
duduk melainkan untuk berzikir secara tidak terang. Jika seseorang berkata: Seperti apa?28.
Aku katakan: Seperti baginda pernah bersolat di atas mimbar, yang mana baginda berdiri dan
rukuk di atasnya, kemudian baginda undur ke belakang untuk sujud di atas tanah.
Kebanyakan umur baginda, baginda tidak solat di atasnya. Tetapi aku berpendapat baginda
mahu agar sesiapa yang jauh yang tidak melihat baginda mengetahui bagaimana berdiri
(dalam solat), rukuk dan bangun (dari rukuk). Baginda ingin mengajar mereka keluasan
dalam itu semua. Aku suka sekiranya imam berzikir nama Allah di tempat duduknya sedikit
dengan kadar yang seketika selepas kaum wanita pergi. Ini seperti apa yang Umm Salamah
katakan. Kemudian imam boleh bangun. Jika dia bangun sebelum itu, atau duduk lebih lama
dari itu, tidak mengapa. Makmum pula boleh pergi setelah imam selesai memberi salam,
sebelum imam bangun. Jika dia lewatkan sehingga imam pergi, atau bersama imam, itu lebih
aku sukai untuknya).

Nyata sekali al-Imam al-Syafi’i tidak menamakan ini sebagai bid’ah hasanah, sebaliknya beliau
berusaha agar kita semua kekal dengan bentuk asal yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. Kalaulah
maksud bid’ah mahmudah yang disebut olehnya merangkumi perkara baru dalam cara
beribadah yang dianggap baik, sudah tentu al-Imam al-Syafi’i akan memasukkan zikir kuat
selepas solat dalam bid’ah mahmudah. Dengan itu beliau tentu beliau tidak berusaha
menafikannya. Ternyata bukan itu yang dimaksudkan oleh beliau r.a29.

Al-Imam ‘Izz al-Din ‘Abd al-Salam (wafat 660H)30:


Dalam kitabnya ‫ قواعد الحكام في مصالح النام‬beliau membahagikan
bid’ah kepada lima: bid’ah wajibah (bid’ah wajib), bid’ah
muharramah (bid’ah yang diharamkan), bid’ah mandubah
(bid’ah yang disunatkan), bid’ah makruhah (bid’ah makruh)
dan bid’ah mubahah (bid’ah yang diharuskan)31. Bahkan
beliau mungkin orang yang paling awal membuat
pembahagian ini.

Sebenarnya, faktor utama yang menyebabkan beliau menyebut bid’ah dalam pembahagian
yang sedemikian merujuk kepada ta’rif bid’ah yang disebutnya pada awal fasal yang
merangkumi bid’ah dari segi syarak dan bahasa. Buktinya beliau menyebut ta’rif dengan
katanya:
32 ‫البدعة فعل ما لم يعهَدْ في عصر رسول ال‬

(Bid’ah adalah perbuatan yang tidak ada pada zaman RasululLah)

Ta’rif ini begitu luas merangkumi perkara ibadah, cara baru dalam syarak dan urusan
keduniaan yang tidak membabitkan penambahan syarak. Sedangkah bid’ah dari segi syarak
hanya tertumpu dalam persoalan cara taqarrub dan perubahan atau penambahan jalan
syarak.

Dengan ta’rif yang begitu umum maka menyebabkan pembahagian ini dibuat. Oleh itu kita
dapati ketika beliau memperkatakan tentang bid’ah wajibah (bid’ah wajib) beliau berkata:
“Bagi bid’ah wajib itu beberapa contoh; salah satunya menyibukkan diri dengan ilmu nahu
yang dengannya difahami kalam Allah dan kalam RasululLah s.a.w”33.

Kita telah melihat penjelasan al-Imam al-Syatibi sebelum ini, bahawa ini semua tidak
termasuk dalam bid’ah dari segi syarak. Seperti yang disebut oleh al-Imam al-Syatibi tadi:
“Dengan ikatan ini maka terpisahlah (tidak dinamakan bid’ah) segala yang jelas –walaupun
bagi orang biasa- rekaan yang mempunyai kaitan dengan agama seperti ilmu nahu, saraf,
mufradat bahasa, Usul al-Fiqh, Usul al-Din dan segala ilmu yang berkhidmat untuk syariat.
Segala ilmu ini sekalipun tiada pada zaman yang awal, tetapi asas-asasnya ada dalam syarak…
Justeru itu, tidak wajar sama sekali dinamakan ilmu nahu dan selainnya daripada ilmu lisan ,
atau ilmu usul, atau apa yang menyerupainya yang terdiri daripada ilmu-ilmu yang berkhidmat
untuk syariat bid’ah. Sesiapa yang menamakannya bid’ah, samada; atas dasar majaz
(bahasa) seperti ‘Umar bin al-Khattab r.a. menamakan bid’ah solat orang ramai pada malam-
malam ramadhan, atau kerana kejahilan membezakan sunnah dan bid’ah. Maka pendapatnya
tidak boleh dikira dan dipegang” 34.

Dengan itu perbuatan sesetengah pihak mempergunakan pembahagian ini kepada bid’ah-
bid’ah yang tidak dimaksudkan oleh beliau adalah penyelewengan dalam menyalurkan
maklumat kepada orang ramai.

Di samping kita mengingatkan juga bahawa al-Syatibi telah menolak pembahagian yang
dibuat oleh al-‘Izz ‘Abd al-Salam dengan katanya: “Sesungguhnya pembahagian ini adalah
sesuatu yang hanya direka, tidak ada dalil syar‘i yang menunjukkannya. Bahkan ia sendiri
bercanggahan. Ini kerana hakikat bid’ah ialah sesuatu yang tidak ditunjukkan oleh dalil syar‘i,
sama ada daripada nas-nas syarak atau kaidah-kaidahnya. Kalau di sana ada dalil daripada
syarak yang menunjukkan wajib, atau sunat, atau harus maka itu bukanlah bid’ah. Ia
termasuk dalam keumuman amalan yang disuruh atau diberi pilihan. Mencampur aduk dalam
menyenaraikan perkara-perkara tersebut adalah bid’ah, iaitu dicampurkan antara perkara
yang dalil menunjukkan wajib, atau sunat atau harus dengan dua lagi yang
menyanggahinya”35.

Al-Imam al-Nawawi (wafat 676H):

Al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya ‫ تهذيب السماء واللغات‬mengulangi


dan menyetujui pembahagian yang dibuat oleh al-Imam al-Izz
Abd al-Salam. Untuk menguatkan, beliau menambah dalam
tulisannya itu apa yang dibahagikan oleh al-Imam al-Syafii
seperti disebutkan tadi36.
Jawapan kita terhadap perkara ini sama seperti telah disebutkan di atas. Jika diteliti karya-
karya al-Imam al-Nawawi r.h, beliau tidak pernah menganggap bidah hasanah apa yang
disangka orang ramai bidah hasanah. Di sini dinyatakan beberapa contoh:

Dalam kitabnya al-Azkar ‫الذكار‬, al-Imam al-Nawawi menyebut:


Ketahui sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi
amalan al-salaf al-salih r.a ialah diam ketika mengiringi
jenazah. Jangan diangkat suara dengan bacaan, zikir dan
selainnya. Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati dan
menghimpunkan fikiran mengenai apa yang berkaitan dengan
jenazah. Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah
yang cara yang betul. Jangan kamu terpengaruh dengan
banyaknya orang yang menyanggahinya. Sesungguhnya Abu
‘Ali al-Fudail bin ‘Iyad r.a. pernah berkata –maknanya-:
“Berpegang dengan jalan petunjuk, jangan engkau tewas
disebabkan sedikit yang melaluinya. Jauhilah jalan yang sesat.
Jangan engkau terpengaruh dengan banyaknya golongan yang
rosak”. Adapun apa yang dilakukan oleh golongan jahil di
Damsyik, iaitu melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan yang
lain ke atas jenazah dan bercakap perkara yang tiada kaitan,
ini adalah haram dengan ijma’ ulama. Sesungguhnya aku telah
jelaskan Adab al-Qiraah keburukannya, besar keharamannya,
dan fasiknya sesiapa yang mampu membantahnya tetapi tidak
membantahnya”37.

Ulasan: Nyata beliau tidak menamakan perbuatan ini sebagai bid’ah hasanah. Maka perbuatan
sesetengah pihak mengiringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah setapak demi setapak
sebanyak beberapa kali dibantah dalam teks imam yang agung ini.

Dalam Syarh Sahih Muslim38, beliau menyebut:


Sesungguhnya yang menjadi sunnah bagi salam dalam solat
ialah dengan berkata: ‫ السلم عليكم ورحمة ال‬sebelah kanan, ‫السلم عليكم‬
‫ ورحمة ال‬sebelah kiri. Tidak disunatkan menambah ‫وبركاته‬.
Sekalipun itu disebut dalam hadith dhaif dan diisyaratkan oleh
sebahagian ulama. Namun ia bid’ah kerana tidak ada hadith
yang sahih. Bahkan yang sahih dalam hadith ini39 dan selain
ialah meninggalkan tambahan itu”40.

Ulasan: Tidakkah penambahan ini satu penambahan pada zahirnya nampak baik. Jika bid’ah
hasanah ialah melebelkan semua yang nampak baik pada andaian manusia, tentu al-Imam al-
Nawawi menamakan ini sebagai bid’ah mustahabbah.
Dalam Syarh Sahih Muslim, ketika al-Nawawi mensyarahkan hadith Sahih Muslim:

ِ ْ‫ج ُمعَةِ ِبقِيَامٍ مِنْ بَي‬


‫ن‬ ُ ْ‫ لَ تَخْ َتصّوا لَيْلَةَ ال‬:َ‫عَنْ أَبِي هُرَيْ َرةَ َرضِي الّ عَنْه عَنِ النّ ِبيّ صَلّى الّ عَلَ ْي ِه وَسَلّمَ قَال‬
ْ‫صوْمٍ َيصُومُهُ َأحَ ُد ُكم‬ َ ‫ن الَْيّامِ ِإلّ أَنْ َيكُونَ فِي‬ ِ ْ‫ج ُمعَةِ ِبصِيَامٍ مِنْ بَي‬
ُ ْ‫خصّوا َي ْومَ ال‬
ُ ‫اللّيَالِي وَلَ َت‬

(Daripada Abi Hurairah r.a, daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: “Jangan kamu
mengkhususkan malam Jumaat dengan solat yang berbeza dengan malam-malam yang lain.
Jangan kamu mengkhususkan hari Jumaat dengan puasa yang berbeza dengan hari-hari yang
lain, kecuali ia dalam (bilangan hari) puasa yang seseorang kamu berpuasa).

Kata al-Imam al-Nawawi: “Pada hadith ini larangan yang nyata mengkhususkan malam
Jumaat dengan sesuatu solat yang tiada dengan malam-malam yang lain dan puasa pada
siangnya seperti yang telah dinyatakan. Sepakat para ulama kemakruhannya. Para ulama
berhujah dengan hadith ini mengenai kesalahan solat bid’ah yang dinamakan solat al-
Raghaib41. Semoga Allah memusnahkan pemalsu dan pereka solat ini. Ini kerana
sesungguhnya ia adalah bid’ah yang munkar daripada bid’ah yang sesat dan jahil. Padanya
kemunkaran yang nyata. Sesungguhnya sejumlah para ulama telah mengarang karangan yang
berharga begitu banyak dalam memburukkan dan menghukum sesat orang menunaikan solat
tersebut dan perekanya, para ulama telah menyebut dalil-dalil keburukan dan kebatilannya
dan kesesatan pembuatnya”42.

Ulasan: Al-Nawawi tidak menamakan solat sunat yang tiada dalam hadith sebagai bid’ah
hasanah. Bahkan beliau menghukum sebagai sesat. Ketika ditanya mengenai solat ini, beliau
pernah berkata: “bid’ah yang buruk lagi sangat munkar…jangan terpengaruh dengan ramai
yang melakukannya di banyak negeri. Juga jangan terpengaruh disebabkan ia disebut dalam
Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din”43.

Dalam Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab ‫ المجموع شرح المهذب‬beliau


menyetujui tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i yang membantah
jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya: “adapun
menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan
menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak
diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun. Ia adalah bid’ah
yang tidak disukai”44.

Ulasan: Beliau tidak menamakan amalan ini sebagai bid’ah hasanah. Bahkan kitab-kitab
mazhab al-Syafi’i begitu kuat menentang hal ini45.

Al-Imam al-Sayuti (w. 911H)46:

Al-Imam al-Sayuti telah menulis kitab khas berhubung dengan


bid’ah yang dinamakan Al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-Nahy ‘an al-
Ibtida’ '‫المر بالتباع والنهي عن البتداع‬. Di dalamnya beliau menyebut
maksud bidah hasanah. Katanya: Bidah hasanah disepakat
keharusan membuatnya. Juga disunatkan demi mengharapkan
pahala bagi sesiapa yang baik niatnya. Iaitu setiap pembuat
bidah yang bertepatan dengan kaidah-kaidah syarak, tanpa
menyanggahinya sedikit pun. Perbuatannya tidak
menyebabkan larangan syarak. Ini seperti membina mimbar,
benteng pertahanan, sekolah, rumah musafir dan sebagainya
yang terdiri dari jenis-jenis kebaikan yang tidak ada pada
zaman awal Islam. Ini kerana ia bertepatan dengan apa yang
dibawa oleh syariat yang memerintahkan membuat yang
makruf dan tolong menolong dalam kebaikan dan taqwa”47.

Seperti yang kita nyatakan sebelum ini, apa yang disebut di atas tidak sepatutnya dinamakan
bid’ah sama sekali. Bahkan ia termasuk dalam perkara-perkara yang disuruh dalam agama.

Persoalan kita, apakah al-Imam al-Sayuti akan menganggap sesetengah perbuatan yang
dianggap bid’ah hasanah pada hari ini sebagai bid’ah hasanah?. Untuk memastkan hal ini kita
lihat bebarapa contoh berikut:

Bantahan beliau terhadap solat sunat Raghaib, katanya: “Ketahuilah olehmu, semoga Allah
merahmatimu, sesungguhnya membesarkan hari tersebut dan malamnya (hari dan malam
Jumaat pertama Rejab) hanya perkara baru yang dibuat dalam Islam selepas 400 tahun.
Diriwayatkan mengenainya hadith yang palsu dengan sepakat ulama yang mengandungi
kelebihan berpuasa pada siangnya dan bersolat pada malamnya. Mereka menamakan solat
Raghaib”48. Katanya juga: “Ketahuilah sesungguhnya solat yang bid’ah ini menyanggahi
kaidah-kaidah Islam dalam beberapa bentuk…”49.

Ulasan: Beliau –seperti al-Imam al-Nawawi- tidak menamakan solat ini sebagai bid’ah
hasanah, sekalipun disebut dalam beberapa kitab seperti Ihya ‘Ulum al-Din. Jika setiap yang
dianggap baik dilebelkan bid’ah hasanah maka solat ini juga patut dianggap bid’ah hasanah.
Namun mengada-adakan perkara baru dalam cara ibadah bukanlah bid’ah hasanah.

Katanya ketika membantah amalan Nisfu Sya’ban: “Apa yang memuliakan Sya’ban ialah
RasululLah berpuasa pada kebanyakan harinya. Hadith-hadith Nabi s.a.w dan athar sahabah
yang diriwayatkan yang menunjukkan ia malam yang ada kelebihan, tiada padanya solat yang
khusus”50.

Ulasan: Solat khas Nisfu Sya’ban tidak dianggap oleh al-Sayuti sebagai bid’ah hasanah.

Katanya mengenai wuduk: “Daripada bid’ah (yang saiyyah)


itu: Was-was dalam niat solat. Itu bukan daripada perbuatan
Nabi s.a.w. dan para sahabah baginda. Mereka tidak pernah
melafaz sedikit pun niat solat melainkan hanya (terus) takbir.
Allah telah berfirman: ((‫( ))لقد كان لكم في رسول ال أسوة حسنة‬maksudnya:
Sesungguhnya bagi kamu pada RasululLah itu contoh yang
baik”51.

Ulasan: Walaupun sesetengah menyebut lafaz niat dalam solat sebagai bid’ah hasanah, namun
tokoh mazhab al-Syafi’i yang terkenal ini tidak menganggapnya demikian. Ini kerana ia adalah
cara ibadah yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w.
Kesimpulan Perbincangan: Apa yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa telah berlaku
penyalahgunaan istilah bid’ah hasanah. Apa yang dimaksudkan oleh para imam bukan seperti
yang difahami atau disalahgunakan oleh sesetengah pihak. Mereka sewajar merujuk semula
kepada apa yang ditulis oleh imam-imam ini.

Salah Faham Terhadap Ucapan Saiyyidina ‘Umar

Sesetengah pihak cuba berdalil dalam membolehkan bid’ah


dengan menyatakan bahawa Saiyyidina ‘Umar telah membuat
bid’ah. Di mana –kata mereka- pada zaman Nabi s.a.w. tidak
ada solat tarawih berjamaah, tetapi ‘Umar melakukannya dan
menyatakannya: ‫ نعمت البدعة هذه‬sebaik-baik bid’ah.

Apa yang mereka maksudkan ialah apa yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dalam
Sahihnya dan al-Imam Malik dalam al-Muwatta:

‫عمَرَ بْنِ ا ْلخَطّابِ َرضِي الّ عَنْهم لَيْلَةً فِي َر َمضَانَ إِلَى‬ ُ َ‫جتُ مَع‬ ْ ‫حمَنِ بْنِ عَ ْبدٍا ْلقَا ِريّ أَنّهُ قَالَ خَ َر‬
ْ ّ‫عَنْ عَبْدِالر‬
ُ‫عمَر‬ُ َ‫جلُ فَ ُيصَلّي ِبصَلَتِهِ الرّهْطُ َفقَال‬ ُ ّ‫س ِه وَ ُيصَلّي الر‬ ِ ْ‫جلُ لِ َنف‬
ُ ّ‫سجِدِ فَِإذَا النّاسُ َأوْزَاعٌ مُ َتفَ ّرقُونَ ُيصَلّي الر‬ ْ َ‫ا ْلم‬
ُ‫جتُ َمعَه‬ ْ َ‫ج َم َعهُمْ عَلَى أُ َبيّ بْنِ َك ْعبٍ ُثمّ خَر‬ َ ‫حدٍ َلكَانَ َأمْ َثلَ ُثمّ عَزَمَ َف‬ ِ ‫ئ وَا‬
ٍ ‫علَى قَا ِر‬ َ ِ‫ج َم ْعتُ َهؤُلَء‬ َ ْ‫إِنّي أَرَى َلو‬
‫ضلُ مِنِ الّتِي‬َ ‫عمَرُ ِنعْمَ الْ ِبدْعَةُ هَ ِذ ِه وَالّتِي يَنَامُونَ عَ ْنهَا َأ ْف‬ُ َ‫لةِ قَارِ ِئهِمْ قَال‬
َ َ‫لَيْلَةً أُخْرَى وَالنّاسُ ُيصَلّونَ ِبص‬
ُ‫ يُرِيدُ آخِرَ اللّ ْيلِ َوكَانَ النّاسُ َيقُومُونَ َأوّلَه‬.َ‫َيقُومُون‬

Daripada ‘Abd al-Rahman bin ‘Abd al-Qari, katanya: Pada satu malam di bulan Ramadan, aku
keluar bersama dengan ‘Umar bin al-Khattab r.a. ke masjid. Di dapati orang ramai
berselerakan. Ada yang solat bersendirian, ada pula yang bersolat dan sekumpulan (datang)
mengikutinya. Kata ‘Umar: Jika aku himpunkan mereka pada seorang imam adalah lebih baik.
Kemudian beliau melaksanakannya maka dihimpunkan mereka dengan (diimamkan) Ubai bin
Ka‘ab. Kemudian aku keluar pada malam yang lain, orang ramai bersolat dengan imam
mereka (Ubai bin Ka‘ab). Kata ‘Umar: “Sebaik-baik bid’ah perkara ini, sedangkan yang mereka
tidur (solat pada akhir malam) lebih dari apa yang mereka bangun (awal malam).

Ada yang tersalah sangka dengan menganggap ‘Umar bin al-Khattab yang memulakan solat
tarawih berjemaah ini. Lalu perbuatan itu adalah bid’ah tetapi ‘Umar menganggapnya baik.
Dengan itu bid’ah dalam ibadah boleh dilakukan dengan niat yang baik.

Sebenarnya, ini disebabkan kurang membaca hadith-hadith Nabi s.a.w. Padahal hadith yang
menunjukkan Nabi s.a.w menunaikan solat tarawih berjamaah, ada dalam Sahih al-Bukhari
dalam beberapa kitab, termasuk Kitab Solat al-Tarawih. Demikian juga dalam ada dalam Sahih
Muslim. Hadith daripada ‘Aisyah r.a. itu menyebut:

‫سجِ ِد َوصَلّى رِجَالٌ ِبصَلَتِ ِه‬ ْ َ‫ج ْوفِ اللّ ْيلِ َفصَلّى فِي ا ْلم‬ َ ْ‫أَنّ رَسُولَ الِّ صَلّى الّ عَلَيْ ِه وَسَلّمَ خَرَجَ لَيْلَةً مِن‬
َ‫جدِ مِن‬ ِ ْ‫حدّثُوا فَاجْ َتمَعَ َأكْثَرُ مِ ْنهُمْ َفصَلّى َفصَّلوْا َمعَهُ فََأصْبَحَ النّاسُ فَ َتحَدّثُوا َفكَثُرَ أَ ْهلُ ا ْل َمس‬
َ َ‫فََأصْبَحَ النّاسُ فَت‬
َ‫عجَز‬ َ ُ‫اللّ ْيلَةِ الثّالِثَةِ فَخَرَجَ َرسُولُ الِّ صَلّى الّ عَلَ ْيهِ وَسَلّمَ َفصَلّى َفصَّلوْا ِبصَلَتِهِ فََلمّا كَا َنتِ اللّيْلَةُ الرّا ِبعَة‬
ْ‫شهّدَ ثُمّ قَالَ َأمّا َبعْدُ فَإِنّهُ َلم‬
َ َ‫علَى النّاسِ فَت‬ َ َ‫لةِ الصّبْحِ فََلمّا َقضَى ا ْلفَجْرَ َأقْ َبل‬ َ َ‫سجِدُ عَنْ أَهْلِهِ حَتّى خَرَجَ ِلص‬ ْ َ‫ا ْلم‬
‫خفَ عََليّ َمكَا ُنكُ ْم وََلكِنّي خَشِيتُ أَنْ ُتفْتَ َرضَ عَلَ ْيكُمْ فَ َتعْجِزُوا عَ ْنهَا فَ ُت ُوفّيَ رَسُولُ الِّ صَلّى الّ عَلَيْ ِه وَسَلّ َم‬
ْ َ‫ي‬
َ‫لْمْرُ عَلَى ذَِلك‬ َ ‫ وَا‬.

“Sesungguhnya RasululLah s.a.w keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di
masjid (Masjid Nabi). Beberapa orang mengikut solat baginda. Paginya orang ramai pun
bercerita mengenainya. Maka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua), baginda pun
solat, mereka solat bersama baginda. Paginya orang ramai pun bercerita. Maka bertambah
ramai ahli masjid pada malam ketiga. RasululLah s.a.w keluar bersolat, mereka solat bersama
baginda. Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan ahli. (Baginda tidak
keluar) sehingga hanya keluar pada solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap
orang ramai, baginda bersyahadah, dan bersabda amma ba’d, sesungguhnya bukan aku tidak
tahu penantian kamu, tetapi aku bimbang difardukan ke atas kamu lalu kamu tidak mampu52.
Sehingga RasululLah s.a.w wafat dalam keadaan begitu”.

Dalam sebahagian riwayat al-Bukhari dan Muslim menyebut:


‫( وذلك في رمضان‬yang demikian itu pada bulan Ramadan).

Hadith ini dengan jelas menunjukkan Nabi s.a.w yang memulakan solat qiam atau disebut
sebagai tarawih secara berjemaah dengan satu imam. Bukan ‘Umar yang memulakannya.
Namun baginda berhenti kerana bimbang ia menjadi kefarduan. Ini kerana zaman tersebut
adalah zaman wahyu diturunkan. Baginda tidak berhenti kerana ia salah atau tidak diizinkan.
Bahkan ia adalah sunnah yang jelas. Mereka selama tiga hari telah solat di belakang baginda.
Jika tidak kerana kebimbangan itu, tentu baginda meneruskannya. Apabila baginda wafat
kebimbangan itu tiada lagi. Wahyu sudah terputus. ‘Umar pun menghidupkannya.

Justeru itu kata al-Imam al-Syatibi: “Renungi hadith ini. Ia menunjukkan solat kedudukan
solat tarawih adalah sunat. Sesungguhnya solat baginda pada peringkat awal menjadi dalil
menunjukkan kesahihan menunaikannya di masjid secara berjamaah pada bulan Ramadan.
Baginda tidak keluar selepas itu adalah kerana bimbang difardukan. Tidak menunjukkan ia
dilarang secara mutlak. Ini kerana zaman baginda ialah zaman wahyu dan tasyri’
(perundangan). Ada kemungkinan akan diwahyukan kepada baginda jika manusia
mengamalkannya sebagai kewajipan. Apabila telah hilang ‘illah al-tasyri’ (illah perundangan)
dengan wafatnya RasululLah s.aw, maka ia kembali kepada asalnya”53.

Persoalan yang mungkin timbul; mengapa Abu Bakr tidak melakukannya?


Jawab al-Imam al-Syatibi: “Adapun Abu Bakr tidak
mendirikannya kerana salah satu sebab berikut: sama ada dia
berpendapat solat orang ramai pada akhir itu pada lebih afdal
padanya dari dihimpunkan mereka dengan satu imam pada
awal malam. Ini disebut oleh al-Turtusyi ‫الطرطشي‬. Ataupun
disebabkan kesempitan waktu pemerintahannya54 untuk
melihat perkara-perkara cabang ini sedangkan beliau sibuk
dengan golongan murtad dan selainnya yang mana lebih
utama dari solat tarawih”55.

Kenapa ‘Umar menamakan bid’ah?

Kata al-Syatibi: “Dia menamakannya bid’ah hanya disebabkan pada zahirnya. Di mana
RasululLah s.a.w meninggalkannya. Sepakat pula ia tidak berlaku pada zaman Abu Bakr r.a.
Bukannya bid’ah pada makna (syarak-pen). Sesiapa yang menamakan bid’ah disebabkan hal
ini, maka tiada perlu perbalahan dalam meletakkan nama. Justeru itu tidak boleh berdalil
dengannya untuk menunjukkan keharusan membuat bid’ah”56.

Maksudnya bukan bid’ah sebenar, cuba ia bid’ah merujuk kepada bahasa, atau keadaan.
Namun ia pada nilaian hadith bukanlah bid’ah, bahkan sunnah.

Salah Faham Terhadap Hadith Sunnah Hasanah

Di antara hadith yang selalu disalah tafsir bagi membukti tidak salah melakukan bid’ah
asalkan ia baik ialah hadith:

‫شيْ ٌء‬ َ ْ‫ع ِملَ ِبهَا َولَ يَ ْن ُقصُ مِنْ ُأجُورِهِم‬


َ ْ‫حسَنَةً َف ُع ِملَ ِبهَا َبعْ َدهُ كُ ِتبَ لَهُ مِ ْثلُ َأجْرِ مَن‬ َ ً‫مَنْ سَنّ فِي الِْسْلَمِ سُنّة‬
ْ‫ع ِملَ ِبهَا وَلَ يَ ْنقُصُ مِنْ َأوْزَارِ ِهم‬
َ ْ‫ل وِزْرِ مَن‬
ُ ‫علَيْهِ مِ ْث‬
َ َ‫َومَنْ سَنّ فِي الِْسْلَمِ سُنّةً سَيّئَةً َف ُع ِملَ ِبهَا َب ْع َدهُ كُ ِتب‬
ٌ‫شيْء‬َ
57

“Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu ditulis
untuknya seperti pahala orang yang mengamalkannya. Ini tidak mengurangkan pahala mereka
(para pengamal itu) sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu
ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya seperti dosa orang yang mengamalkannya. Ini tidak
mengurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun”.

Hadith ini dijadikan bukti bahawa bid’ah itu tidak mengapa


asalkan baik. Sebenar kegagalan memahami hadith ini ialah
kerana kegagalan melihat Sabab al-Wurud ‫ سبب الورود‬bagi hadith
ini. Jika dalam pengajian tafsir ada bab yang dinamakan Sabab
al-Nuzul, maka dalam hadith ia dinamakan Sabab al-Wurud
atau Sabab Wurud al-Hadith. Saya ta’rifkan Sabab Wurud al-
Hadith sebagai:

58 ‫ أيام صدوره‬،‫ما دعا الحديثَ إلى وجوده‬

(Apa yang membawa kepada kewujudan hadith pada hari-hari kemunculannya)

Maksudnya faktor yang menyebabkan sesebuah hadith itu terbit daripada Nabi s.a.w. Iaitu
faktor-faktor yang menyebabkan baginda mengucapkan sesuatu ucapan, atau melakukan
sesuatu perbuatan, atau mengakui sesuatu tindakan. Memahami sebab-sebab yang
menyebabkan terbitnya sesebuah hadith adalah sangat mustahak. Tujuannya bagi
mengelakkan kita meletakkan hadith tidak kena pada tempatnya. Ini kerana kadang-kala
sebab sesuatu hadith sangat mempengaruhi maksud hadith. Kesalahan memahami sebab atau
tidak memahami sebab boleh membawa kepada kesalahan faham kepada maksud hadith.
Umpamanya hadith yang di atas ada sebab wurudnya seperti yang diriwayatkan oleh al-Imam
Muslim:

ُ ‫عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ الِّ قَالَ جَاءَ نَاسٌ مِنَ الَْعْرَابِ إِلَى َرسُولِ الِّ صَلّى الّ عَلَ ْي ِه وَسَلّمَ عَلَ ْيهِمُ الصّو‬
‫ف‬
َ‫جهِهِ قَال‬
ْ ‫حثّ النّاسَ عَلَى الصّ َدقَةِ فَأَبْطَئُوا عَ ْنهُ حَتّى رُ ِئيَ ذَِلكَ فِي َو‬
َ ‫فَرَأَى سُوءَ حَاِل ِهمْ قَدْ َأصَابَ ْتهُمْ حَاجَةٌ َف‬
َ ‫ج ِههِ َفقَا‬
‫ل‬ ْ َ‫ثُمّ إِنّ رَجُلً مِنَ الَْ ْنصَارِ جَاءَ ِبصُ ّرةٍ مِنْ وَرِقٍ ُثمّ جَاءَ آخَرُ ثُمّ تَتَا َبعُوا حَتّى عُ ِرفَ السّرُورُ فِي و‬
َ‫ع ِمل‬
َ ْ‫َرسُولُ الِّ صَلّى الّ عَلَيْ ِه وَسَلّمَ مَنْ سَنّ فِي الِْسْلَمِ سُنّةً حَسَنَةً َف ُع ِملَ ِبهَا َبعْ َدهُ كُ ِتبَ لَهُ مِ ْثلُ َأجْرِ مَن‬
ْ‫شيْ ٌء َومَنْ سَنّ فِي الِْسْلَمِ سُنّةً سَيّئَةً َف ُعمِلَ ِبهَا َبعْ َدهُ كُ ِتبَ عَلَ ْيهِ مِ ْثلُ وِزْرِ مَن‬
َ ْ‫ِبهَا وَلَ يَ ْن ُقصُ مِنْ أُجُورِ ِهم‬
ٌ‫شيْء‬ َ ْ‫ع ِملَ ِبهَا وَلَ يَ ْن ُقصُ مِنْ َأوْزَارِهِم‬ َ

Daripada Jarir bin ‘Abd Allah, katanya: Datang sekumpulan arab badawi kepada RasululLah
s.a.w. Mereka memakai pakaian bulu. Baginda melihat buruknya keadaan mereka. Mereka
ditimpa kesusahan. Baginda menggesa orang ramai bersedekah. Namun mereka lambat
melakukannya sehingga kelihatan marah pada wajah baginda. (Kata Jarir) Kemudian seorang
lelaki daripada Ansar datang dengan seberkas perak. Kemudian datang seorang yang lain
pula. Kemudian orang ramai datang (bersedekah) berturut-turut. Sehingga dilihat
kegembiraan pada wajah baginda. Maka RasululLah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang
memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya
seperti pahala orang yang mengamalkannya. Ini tidak mengurangkan pahala mereka (para
pengamal itu) sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu ia
diamalkan selepas itu ditulis untuknya seperti dosa orang yang mengamalkannya. Ini tidak
mengurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun”.

Maksud sunnah yang baik di atas merujuk kepada sedekah yang dianjurkan Nabi s.a.w.
Bukannya satu perbuatan yang tiada dalam syariat. Memulakan pula, bukan bermaksud
memulakan amalan baru, sebaliknya memulakan langkah atau tindakan bagi perkara yang
sudah ada dalil seperti sedekah dalam hadith ini.

Kata tokoh mazhab al-Syafi’i semasa yang terkenal Dr. Mustafa al-Bugha dan rakan-rakannya:
“Hadith dianggap sebagai asal dalam menentukan bid’ah hasanah dan saiyyiah. Bersegeranya
sahabah berlumba dan bersiang dalam bersedekah adalah bid’ah hasanah –seperti yang
disebut oleh Nabi s.a.w-. Dari sini difahami bahawa apa yang dikatakan bid’ah hasanah itu,
sesuatu yang ada asalnya disyarakkan seperti sedekah”59.

Kata al-Syeikh Muhammad Salih Ibn ‘Uthaimin: “Jika kita tahu sebab hadith ini dan
meletakkan maknanya dengan betul, maka jelas bahawa yang dimaksudkan dengan
memulakan sunnah di sini ialah memulakan amal. Bukan memulakan tasyri’ (meletakkan
syariat). Ini kerana tasyri’ tidak boleh hanya bagi Allah dan RasulNya. Maksud hadith “sesiapa
yang memulakan” ialah memulakan amal dengannya dan orang ramai mencontohinya…atau
boleh dimaksudkan juga sesiapa yang memulakan jalan yang baik yang menyampaikan
kepada ibadah. Orang ramai mencontohinya. Ini seperti menulis buku, meletakkan bab-bab
ilmu, membina sekolah dan sebagainya. Di mana jalan kepada perkara yang dituntut syarak.
Apabila insan memulakan jalan yang membawa kepada perkara yang dituntut oleh syarak,
jalan itu pula tidak dilarang, maka dia termasuk dalam hadith ini. Jika makna hadith seperti
yang disalah fahami iaitu insan boleh membuat syariat apa yang dia mahu, maka bererti
agama Islam belum sempurna pada hayat RasululLah s.a.w.”60.

Memulakan dalam hadith di atas ialah memulakan perkara yang ada dalil seperti sedekah yang
Nabi s.a.w gesa mereka melakukannya.

Amaran Allah Mengenai Bid‘ah


Di sana banyak dalil-dalil dari al-Quran yang menunjukkan Allah melarang perbuatan mereka-
reka, atau mengada-ada dalam agama. Justeru golongan Ahl al-Kitab dikutuk kerana cuba
menokok tambah dan mengubah ajaran agama.

ُّ‫َأمْ َلهُمْ شُ َركَاءُ شَرَعُوا َلهُمْ مِنْ الدّينِ مَا لَمْ يَ ْأذَنْ بِهِ ال‬

(terjemahan) Apakah bagi mereka sekutu-sekutu yang membuat syariat - mana-mana


bahagian dari ugama mereka – apa yang tidak diizinkan oleh Allah?!.

(Surah al-Syura:21)

ُّ‫َأمْ َلهُمْ شُ َركَاءُ شَرَعُوا َل ُهمْ مِنْ الدّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ ِبهِ ال‬

(terjemahan) “Berhati-hatilah mereka yang menyalahi perintahnya (RasululLah s.a.w), jangan


sampai menimpa mereka musibah, atau menimpa mereka azab seksa yang pedih”

(Surah al-Nur: 63)

ْ ‫ق وَأَنْ تُشْ ِركُوا بِالِّ مَا لَمْ يُنَ ّز‬


‫ل‬ ّ‫ح‬َ ْ‫ن وَالِْثْ َم وَالْ َب ْغيَ ِبغَيْرِ ال‬
َ َ‫ظهَرَ مِ ْنهَا َومَا َبط‬
َ ‫ُقلْ إِ ّنمَا حَرّمَ رَبّي ا ْل َفوَاحِشَ مَا‬
‫ِبهِ سُ ْلطَانًا وَأَنْ َتقُولُوا عَلَى الِّ مَا لَ َتعَْلمُون‬

(terjemahan) Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-


perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan
perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu
mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang
membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang
kamu tidak mengetahuinya.

(Surah al-‘Araf :33)

RasululLah s.a.w Memberi Amaran Tentang Bid‘ah

Hadith Nabi s.a.w yang mengancam pembuat dan amalan bid'ah sangat banyak. Kebanyakan
para penulis kitab sunan tidak lupa menyebut bab khas mengenainya. Di sini hanya
disebutkan beberapa riwayat sahaja, antaranya;

"..‫سكُوا‬ ّ َ‫لفًا كَثِيرًا َفعَلَ ْيكُمْ بِسُنّتِي وَسُنّةِ الْخَُلفَاءِ الرّاشِدِينَ ا ْل َمهْدِيّينَ َتم‬
َ ِ‫فَإِنّهُ مَنْ َيعِشْ مِ ْنكُمْ َب ْعدِي فَسَيَرَى اخْت‬
ٌ‫ع ٌة َو ُكلّ ِبدْعَةٍ ضَلََلة‬َ ْ‫لْمُورِ فَإِنّ ُكلّ مُحْدَ َثةٍ بِد‬
ُ ‫تا‬
ِ ‫حدَثَا‬ َ َ‫" ِبهَا و‬
ْ ُ‫عضّوا عَلَ ْيهَا بِال ّنوَاجِ ِذ وَإِيّاكُ ْم َوم‬
61

(terjemahannya): “..Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas daripadaku akan melihat


perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah al-
Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah
ianya dengan geraham62. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama),
kerana setiap yang diada-adakan itu bid‘ah dan setiap yang bid‘ah itu sesat”.

"..‫سكُوا‬ ّ َ‫شدِينَ ا ْل َمهْدِيّينَ َتم‬


ِ ‫خَلفَاءِ الرّا‬
ُ ْ‫لفًا كَثِيرًا َفعَلَ ْيكُمْ بِسُنّتِي وَسُنّةِ ال‬
َ ِ‫فَإِنّهُ مَنْ َيعِشْ مِ ْنكُمْ َب ْعدِي فَسَيَرَى اخْت‬
ٌ‫حدَثَةٍ ِبدْعَ ٌة َو ُكلّ بِدْعَةٍ ضَلَلَة‬
ْ ُ‫لْمُورِ فَإِنّ ُكلّ م‬ ُ ‫حدَثَاتِ ا‬ َ َ‫" ِبهَا و‬
ْ ُ‫عضّوا عَلَ ْيهَا بِال ّنوَاجِذِ وَإِيّاكُ ْم َوم‬
63

(terjemahannya) Daripada ‘Aisyah r.ha, katanya: sabda Nabi S.A.W.: “Sesiapa yang membuat
perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ianya
tertolak”.

"..ِ‫ث وَسَ ْبعِينَ مِلّةً كُّلهُمْ فِي النّار‬


ٍ ‫ل‬َ َ‫علَى ثِنْتَيْنِ وَسَ ْبعِينَ مِلّةً وَتَفْتَرِقُ ُأمّتِي عَلَى ث‬
َ ْ‫وَإِنّ بَنِي إِسْرَائِيلَ َتفَ ّر َقت‬
‫علَيْ ِه وََأصْحَابِي‬
َ ‫َ مَا أَنَا‬:‫ َومَنْ ِهيَ يَا رَسُولَ الِّ؟ قَال‬:‫ِإلّ مِلّةً وَاحِ َدةً قَالُوا‬
64.

(terjemahannya): “..Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak, dan umatku akan
berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak”. Mereka
bertanya: “Apakah puak itu wahai RasululLah?” Jawab baginda: “Apa yang aku dan para
sahabahku berada di atasnya”.

Daripada Abu Musa al-‘Asy‘ari katanya:

‫ فَجََلسْنَا‬: َ‫ َلوْ جَلَسْنَا حَتّى ُنصَلّى َمعَهُ اْلعَشَاءَ قَال‬: ‫صَلَيْنَا ال َمغْ ِربَ مَعَ رَسُولِ الِ صلى ال عليه وسلم ثُمّ قُلْنَا‬
‫ نَجِْلسُ حَتّى ُنصَلّى‬: ‫ يَا رَسُولَ الِ صَلَيْنَا َم َعكَ ا ْل َمغْ َربَ ُثمّ قُلْنَا‬: ‫ "مَا زِلْتُمْ َههُنَا " قُلْنَا‬: َ‫فَخَرَجَ عَلَيْنَا َفقَال‬
َ‫س ُه إلى‬ َ ‫س ُه إلىَ السّماِء وَكانَ كَثِيرْاً ِممّا يَ ْر َفعُ رَأ‬ َ ‫ فَ َرفَعَ رَأ‬: َ‫حسَنْتُمْ َأوْ َأصَبْ ُتمْ " قَال‬
ْ ‫" أ‬:‫ قَال‬.َ‫َم َعكَ اْلعِشَاء‬
‫لصْحَابِى فَإذا‬ ِ ‫ وَأناَ َأمَنَـ ٌة‬،ُ‫سمَاءَ مَا ُتوْعَد‬
ّ ‫سمَاِء فَإذا ذَهَ َبتِ النّجُومُ أَتى ال‬ ّ ‫" النّجُومُ َأمَنَـةٌ لل‬: َ‫السّماِء َفقَال‬
‫صحَابِى أَتى ُأمّتِى مَا ُيوْعَدُون‬ ْ ‫عدُونَ وََأصْحَابِى َأمَنَـةٌ لمّتِى فَإذَا ذَ َهبَ أ‬ َ ْ‫صحَابِى مَا ُيو‬ ْ ‫"ذَهَ ْبتُ أَتى َأ‬
65

“Kami telah menunaikan solat Maghrib bersama dengan RasululLah S.A.W. Kemudian kami
berkata: “Kalaulah kita tunggu sehingga kita dapat bersolat Isyak bersama baginda”. Maka
kami tunggu sehingga baginda keluar kepada kami lalu bersabda, “Kamu semua masih di
sini?”. Jawab kami: “Wahai Rasulullah! kami telah menunaikan solat Maghrib bersama engkau
kemudian kami berkata, mari kita duduk sehingga kita dapat bersolat Isyak bersamamu”.
Sabda baginda: “Kamu semua telah melakukan sesuatu yang baik lagi betul”. Kemudian
baginda mengangkat kepalanya (melihat) ke langit dan ramailah yang mengangkat kepala
(melihat) ke langit lalu baginda bersabda: “Bintang-bintang tersebut adalah penyelamat
langit. Apabila perginya bintang-bintang tersebut maka akan didatangilah langit apa yang
telah dijanjikan untuknya. Aku adalah penyelamat sahabat-sahabatku. Apabila aku telah pergi
maka akan di datangilah sahabat-sahabatku apa yang telah dijanjikan untuk mereka.
Sahabat-sahabatku pula adalah penyelamat umatku. Apabila perginya sahabat-sahabatku
maka akan didatangilah umatku apa yang dijanjikan untuk mereka”.

Kata al-Nawawi (w. 676H) : “Maksud ungkapan ‘sahabat-sahabatku adalah penyelamat


ummatku’ iaitu mereka menyelamatkan umat dari zahirnya bid’ah, mengada-adakan perkara
baru dalam agama, fitnah terhadap agama, zahirnya syaitan, Rum dan selainnya ke atas
mereka”66 .
Hanya Niat Yang Baik Tidak Memadai

Dalam ibadah tidak memadai hanya dengan niat yang baik tanpa mengikut syariat atau
sunnah. Niat yang baik mestilah diiringi dengan cara yang betul. Firman Allah:

ُ‫ل وَ ُهوَ ا ْلعَزِيزُ ا ْل َغفُور‬


ً َ‫عم‬
َ ُ‫الّذِي خَلَقَ ا ْل َم ْوتَ وَا ْلحَيَاةَ لِيَبُْل َوكُمْ أَ ّيكُمْ َأحْسَن‬

(terjemahannya): Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk
menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa
(membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun.

Makna ‫ أحسن عمل‬ialah siapa yang amalannya paling ikhlas dan


paling betul: ‫أخلصه وأصوبه‬. Ini kerana amalan sekalipun ikhlas
tetapi jika tidak betul maka ianya tidak diterima, begitu juga
sekiranya betul tetapi tidak ikhlas juga tidak diterima,
sehinggalah ianya menjadi ikhlas dan betul68.

Insan tanpa panduan al-Quran dan al-Sunnah akan tersesat jalan dalam menentu cara ibadah
kepada tuhan. Inilah yang berlaku di dalam agama-agama palsu. Mereka mencipta cara
ibadah menurut akal fikiran mereka tanpa tunjuk ajar wahyu. Mereka tersesat jalan kerana
mendakwa kehendak tuhan dalam ibadah tanpa bukti, sekalipun mungkin mereka itu ikhlas.
Ini kerana ibadah adalah agama, agama tidak boleh diambil melainkan dari tuhan itu sendiri.
Untuk itu Islam mengharamkan bid‘ah atau mengada-adakan ibadah tanpa sumber al-Quran
dan al-Sunnah. Keikhlasan tanpa diikuti dengan cara yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-
Sunnah adalah sama seperti amalan percipta agama palsu yang ikhlas tanpa bimbingan
wahyu.

Justeru itu ibadah mestilah bertepatan dengan apa yang dibawa oleh Nabi S.A.W. Ini
berdalilkan apa yang disebut oleh Allah S.W.T:

ٌ‫غفُورٌ رَحِيم‬
َ ُّ‫ُقلْ إِنْ كُنْ ُتمْ تُحِبّونَ الَّ فَاتّ ِبعُونِي ُيحْبِ ْبكُمْ الُّ وَ َيغْفِرْ َلكُمْ ذُنُو َبكُمْ وَال‬

(terjemahannya) Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka
ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan
(ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dalam hal ini Dr. Yusuf al-Qaradawi menyebut: “Hendaklah seorang muslim dalam ibadahnya
mengikut batasan yang ditentukan untuknya. Tidak mencukupi hanya sekadar bertujuan untuk
keredhaan Allah semata, bahkan hendaklah ibadah itu dilakukan dalam bentuk yang
disyariatkan Allah, dengan kaifiyyat (cara) yang diredhaiNya. Janganlah ibadah seorang
muslim itu ialah apa yang yang direka oleh manusia berdasarkan hawa nafsu dan
sangkaan”69.

Katanya juga: “Tidak boleh bagi sesiapa pun dari kalangan imam-imam kaum muslimin
sekalipun tinggi darjat ilmunya, demikian juga tidak boleh bagi mana-mana badan ilmu
sekalipun hebat kedudukannya, demikian juga tidak boleh bagi mana-mana institusi ilmu, atau
golongan dari kaum muslimin samada kecil atau besar untuk mencipta (ibtida’)ibadah yang
baru dalam agama Allah, atau menokok tambah ibadah yang ada dalam agama, atau
mengubah cara yang dilakukan pada zaman RasuluLah S.A.W. Ini kerana hanya Allah sahaja
pembuat syari‘at dan al-Rasul pula adalah penyampai, sedangkan kita hanyalah pengikut.
Segala kebaikan itu dalam al-ittiba’ (mengikut apa yang ditentukan Allah dan RasulNya)”70.

Contoh-Contoh Bantahan Terhadap Bid’ah

Kitab-kitab hadith dan sunnah meriwayatkan berbagai-bagai contoh yang begitu banyak yang
memperlihatkan ketegasan para sahabah membantah amalan bid’ah sekalipun dengan niat
yang baik. Demikian juga para imam-imam mazhab. begitu juga tokoh-tokoh umat yang
terbilang. Bersesuaian dengan kertas kerja ini, saya sebutkan hanya beberapa contoh:

Bantahan ‘Abd Allah bin Mas‘ud r.a.

‘Abd Allah bin Mas‘ud adalah sahabah Nabi s.a.w begitu terkenal dengan keilmuan dan
kefakihannya. Al-Imam al-Darimi meriwayatkan bantahan beliau terhadap bid’ah kumpulan
yang berzikir pada zamannya:

‫لةِ ا ْلغَدَاةِ فَإِذَا خَرَجَ َمشَيْنَا َمعَ ُه‬ َ َ‫سعُودٍ قَ ْبلَ ص‬ ْ َ‫ كُنّا نَجْلِسُ عَلَى بَابِ عَ ْبدِ الِّ بْنِ م‬:َ‫عَنْ عمرو بن سلمة قَال‬
‫ لَ! فَجََلسَ َمعَنَا حَتّى‬:‫حمَنِ َبعْد؟ُ قُلْنَا‬ ْ ّ‫شعَ ِريّ َفقَالَ َأخَرَجَ إِلَ ْيكُمْ أَبُو عَ ْبدِ الر‬ ْ َْ‫سجِدِ َفجَاءَنَا أَبُو مُوسَى ال‬ ْ َ‫إِلَى ا ْلم‬
‫جدِ آ ِنفًا َأمْرًا‬ ِ ْ‫حمَنِ إِنّي رَأَ ْيتُ فِي ا ْلمَس‬ ْ ّ‫جمِيعًا َفقَالَ لَهُ أَبُو مُوسَى يَا أَبَا عَ ْبدِ الر‬ َ ِ‫خَرَجَ فََلمّا خَرَجَ ُقمْنَا إِلَ ْيه‬
‫سجِدِ َقوْمًا‬ ْ َ‫ رَأَ ْيتُ فِي ا ْلم‬:َ‫ قَال‬.ُ‫ فَسَتَرَاه‬,َ‫شت‬ ْ ِ‫ إِنْ ع‬:َ‫ َفمَا ُهوَ؟ َفقَال‬:َ‫ قَال‬.‫حمْدُ لِّ ِإلّ خَيْرًا‬ َ ْ‫أَ ْنكَرْتُ ُه وَلَمْ أَرَ وَال‬
.ً‫ فَ ُيكَبّرُونَ مِائَة‬,ً‫ كَبّرُوا مِا َئة‬:ُ‫ فَ َيقُول‬,‫حصًى‬ َ ْ‫ل َوفِي أَيْدِيهِم‬ ٌ‫ج‬ُ ‫ فِي ُكلّ حَ ْلقَةٍ َر‬,َ‫لة‬ َ ّ‫حَِلقًا جُلُوسًا يَنْتَظِرُونَ الص‬
ْ‫ مَا قُ ْلتُ َلهُم‬:َ‫ َفمَاذَا قُ ْلتَ َلهُمْ؟ قَال‬:َ‫ قَال‬.ً‫ فَيُسَبّحُونَ مِائَة‬.ً‫ سَبّحُوا مِائَة‬:ُ‫ وَ َيقُول‬.ً‫ فَ ُيهَلّلُونَ مِائَة‬.ً‫ َهلّلُوا مِائَة‬:ُ‫فَ َيقُول‬
ْ‫ضمِ ْنتَ َلهُمْ أَنْ لَ َيضِيعَ مِن‬ َ َ‫ و‬,ْ‫ َأفَلَ َأمَرْ َتهُمْ أَنْ َيعُدّوا سَيّئَا ِتهِم‬:َ‫ قَال‬.َ‫ك وَانْ ِتظَارَ َأمْ ِرك‬ َ ‫شَيْئًا انْتِظَارَ رَأْ ِي‬
ْ‫ مَا َهذَا الّذِي أَرَاكُم‬:َ‫ َفقَال‬,ْ‫ ثُمّ َمضَى َو َمضَيْنَا َمعَهُ حَتّى أَتَى حَ ْلقَةً مِنْ تِ ْلكَ الْحَِلقِ َف َو َقفَ عَلَ ْي ِهم‬.ْ‫حَسَنَا ِتهِم‬
‫ فَأَنَا‬,ْ‫ َفعُدّوا سَيّئَا ِتكُم‬:َ‫ قَال‬.َ‫حصًى َن ُعدّ بِهِ ال ّتكْبِيرَ وَال ّتهْلِيلَ وَالتّسْبِيح‬ َ ِ‫حمَن‬ ْ ّ‫ يَا أَبَا عَ ْبدِ الر‬:‫َتصْ َنعُونَ؟ قَالُوا‬
‫حمّدٍ مَا أَسْ َرعَ هََلكَ َتكُمْ! َه ُؤلَءِ صَحَابَةُ نَبِ ّيكُمْ صَلّى‬ َ ‫حكُمْ يَا ُأمّةَ ُم‬
َ ْ‫ وَي‬,ٌ‫شيْء‬ َ ْ‫حسَنَا ِتكُم‬ َ ْ‫ن لَ َيضِيعَ مِن‬ ْ َ‫ضَامِنٌ أ‬
‫ وَالّذِي َنفْسِي بِيَ ِدهِ إِ ّنكُمْ َلعَلَى مِلّةٍ ِهيَ أَ ْهدَى‬,ْ‫ وَآنِيَتُهُ لَمْ ُتكْسَر‬,َ‫ وَهَ ِذهِ ثِيَا ُبهُ لَمْ تَ ْبل‬,َ‫الّ عَلَيْ ِه وَسَلّمَ مُ َتوَافِرُون‬
ْ‫ َوكَمْ مِن‬:َ‫ قَال‬.َ‫حمَنِ مَا أَرَدْنَا ِإلّ ا ْلخَيْر‬ ْ ّ‫ وَالِّ يَا أَبَا عَ ْبدِ الر‬:‫ َأوْ ُمفْتَتِحُو بَابِ ضَلَلَةٍ؟! قَالُوا‬,ٍ‫حمّد‬ َ ‫مِنْ مِلّةِ ُم‬
ُ‫ إِنّ رَسُولَ الِّ صَلّى الّ عَلَيْهِ وَسَلّمَ حَدّثَنَا أَنّ َق ْومًا َيقْرَءُونَ ا ْلقُرْآنَ لَ يُجَاوِز‬.ُ ‫مُرِيدٍ لِلْخَيْرِ لَنْ ُيصِيبَه‬
ِ‫عمْرُو بْنُ سََلمَةَ رَأَيْنَا عَامّةَ أُولَ ِئكَ الْحَِلق‬ َ َ‫تَرَاقِ َيهُ ْم وَايْمُ الِّ مَا أَدْرِي َل َعلّ َأكْثَرَ ُهمْ مِ ْنكُمْ ُثمّ َتوَلّى عَ ْن ُهمْ َفقَال‬
ِ‫خوَارِج‬
َ ‫ُيطَاعِنُونَا َيوْمَ ال ّنهْ َروَانِ مَعَ ا ْل‬

(terjemahannya): Daripada ‘Amr bin Salamah72 katanya: “Satu ketika kami duduk di pintu
‘Abd Allah bin Mas‘ud sebelum solat subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya
ke masjid. Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy‘ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abd
al-Rahman73 telah keluar kepada kamu?”. Kami jawab: “Tidak!”. Maka dia duduk bersama
kami sehingga ‘Abd Allah bin Mas‘ud keluar. Apabila dia keluar, kami semua bangun
kepadanya. Lalu Abu Musa al-Asy‘ari berkata kepadanya: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman, aku
telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat –
alhamduliLah- melainkan ianya baik”. Dia bertanya: “Apakah dia?”. Kata Abu Musa: “Jika umur
kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk dalam
lingkungan (halaqah) menunggu solat. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki
(ketua kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki
itu berkata : Takbir seratus kali, mereka pun bertakbir seratus kali. Apabila dia berkata: Tahlil
seratus kali, mereka pun bertahlil seratus kali. Apabila dia berkata: Tasbih seratus kali,
mereka pun bertasbih seratus kali”. Tanya ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Apa yang telah kau katakan
kepada mereka?”. Jawabnya: “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti
pandangan dan perintahmu”. Kata ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh
mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang
sedikit pun”. Lalu dia berjalan, kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia tiba kepada
salah satu daripada lingkungan berkenaan. Dia berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat
kamu sedang lakukan in?”. Jawab mereka: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman! Batu yang dengannya
kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih”. Jawabnya: “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin
pahala-pahala kamu tidak hilang sedikit pun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah
cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih lagi ramai, baju baginda belum lagi buruk
dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah74. Demi yang jiwaku berada
di tanganNya75 , apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada
agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan ?!!. Jawab
mereka : “Demi Allah wahai Abu ‘Abd al-Rahman, kami hanya bertujuan baik. Jawabnya :
“Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya”. Sesungguhnya RasululLah
s.a.w telah menceritakan kepada kami satu kaum yang membaca al-Quran namun tidak lebih
dari kerongkong mereka76. Demi Allah aku tidak tahu, barangkali kebanyakan mereka dari
kalangan kamu”. Kemudian beliau pergi. Kamu ‘Amr bin Salamah: “Kami melihat kebanyakan
puak tersebut bersama Khawarij memerangi kami pada hari Nahrawan”.

Lihatlah, bagaimana ‘Abd Allah bin Mas‘ud r.a. membantah perbuatan ibadah kumpulan ini
walaupun dengan niat yang baik. Pada zahirnya tiada yang buruk pada perbuatan mereka.
Namun oleh kerana ia ibadah yang tidak ada contoh daripada Nabi s.a.w maka ia ditolak.
Bahkan ‘Abd Allah bin Mas‘ud r.a. memberi gambaran betapa perbuatan bid’ah yang kecil
mengheret seseorang kepada bid’ah yang lebih besar. Maka ‘Abd Allah bin Mas‘ud
menggambarkan mereka akan menyertai Khawarij yang sesat. Justeru itu ‘Abd Allah bin
Mas‘ud juga pernah menyebut77:

‫اقتصاد في سنة خير من اجتهاد في بدعة‬

“Sederhana dalam sesuatu sunnah lebih baik daripada bersungguh sungguh dalam sesuatu
bid'ah ”

Katanya juga:

‫إن البدعة الصغيرة بريد إلى البدعة الكبيرة‬


“Sesungguhnya bid’ah yang kecil adalah pembawa kepada bid’ah yang besar”

Bantahan al-Imam Malik Bin Anas r.a. (w. 179H)78

Seorang lelaki telah datang kepada al-Imam Malik dan berkata: “Wahai Abu ‘Abd Allah
(gelaran al-Imam Malik) daripada mana aku patut berihram?. Jawabnya: “Daripada Zu
Hulaifah di mana tempat yang RasululLah berihram”. Kata lelaki itu: Aku ingin berihram
daripada Masjid Nabi. Jawab al-Imam Malik: “Jangan buat”. Kata lelaki itu: Aku ingin berihram
daripada kubur Nabi s.a.w.. Jawab al-Imam Malik: “Jangan buat, aku bimbang menimpa ke
atas dirimu fitnah”. Tanya lelaki itu: Apa fitnahnya?!! Ia hanya jarak yang aku tambah. Jawab
al-Imam Malik:

‫ وإني‬،‫وأي فتنة أعظم من أن ترى أنك سبقت إلى فضيلة قصّر عنها رسول ال صلى ال عليه وسلم‬
ٌ‫ فَلْ َيحْذَرْ الّذِينَ ُيخَاِلفُونَ عَنْ َأمْ ِرهِ أَنْ ُتصِي َبهُمْ فِتْنَةٌ َأوْ ُيصِي َبهُمْ عَذَابٌ أَلِيم‬:‫سمعت ال يقول‬
79

Apakah lagi fitnah yang lebih besar daripada engkau melihat bahawa engkau telah mendahului
satu kelebihan yang RasululLah s.a.w yang telah menguranginya. Sesungguhnya aku telah
mendengar Allah berfirman: (maksudnya) “Berhati-hatilah mereka yang menyalahi
perintahnya (RasululLah s.a.w), jangan sampai menimpa mereka musibah, atau menimpa
mereka azab seksa yang pedih”80.

Lihatlah, sedangkan lelaki ini ingin berihram daripada tempat yang begitu baik iaitu masjid
Nabi s.a.w, atau kubur baginda s.a.w, namun al-Imam membantahnya. Beliau menyatakan ini
adalah fitnah kerana seakan lelaki itu menganggap dai dapat melakukan ibadah yang lebih
baik daripada Nabi s.a.w.

Bantahan al-Syeikh al-Dr Yusuf al-Qaradawi:

Ditanya Dr. Yusuf al-Qaradawi mengenai amalan nisfu Syaaban, jawabnya: “Tidak pernah
diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid
untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do‘a tertentu dan solat tertentu seperti
yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai
berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan
solat dua raka‘at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak
bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do‘a yang tidak pernah dipetik dari
golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ianya satu do‘a yang panjang, yang
menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang
maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang
berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid‘ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita
melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut
salaf, segala keburukan itu ialah bid‘ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-
adakan itu bid‘ah, dan setiap yang bid‘ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka81.

Demikian tegasnya tokoh yang masyhur ini terhadap amalan bid'ah yang menjadi pegangan
atau amalan dalam kebanyakan negeri umat Islam.
Apa Yang Patut Kita Mengada-adakan?

Umat Islam patut berlumba untuk melakukan rekaan atau bid'ah82 dalam urusan dunia.
Malangnya mereka tidak memulakan ciptaan sama ada senjata, atau peralatan moden atau
perubatan atau sebagainya. Sedangkan mereka diizinkan dan disuruh memulakan perkara
baru dalam urusan dunia yang memberi manfaat. Sebaliknya umat Islam begitu bergantung
kepada dunia Barat dalam kehidupan mereka. Malangnya dalam urusan ibadah yang mereka
dilarang mengada-adakan bid'ah mengenainya mereka begitu berlumba membuat perkara
baru yang tidak diizinkan. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam masalah ini: “Sesungguhnya
ruang melakukan rekaan dan membuat perkara baru bukannya dalam agama. Agama hanya
berdasar apa yang diturunkan Allah. Wajib kekal terpelihara lagi bersih dari mainan golongan
yang sia-sia, penyelewengan golongan melampau, dakwaan golongan sesat dan tafsiran
golongan yang jahil. Adapun ruang untuk melakukan rekaan sebenar ialah dalam urusan
dunia. Ianya sangat luas dan banyak. Memerlukan keupayaan seni dan rekaan. Namun apabila
kaum muslimin mundur, keadaan mereka buruk, urusan mereka rosak, pecah masyarakat
mereka maka perkara tetap bagi mereka menjadi terbalik dan keadaan menjadi sebaliknya.
Dalam urusan dunia mereka terhenti menjadi begitu jumud seperti batu atau lebih jumud dari
itu. Mereka tidak memulakan rekaan, mengadakan dan menyingkap perkara baru. Slogan
mereka: Golongan awal tidak meninggalkan untuk yang kemudian sedikit pun. Adapun dalam
agama mereka mengadakan rekaan, membuat bid‘ah dalam berbagam bentuk ibadah yang
tidak diizinkan Allah”83

Penutup

Justeru itu, maka ibadah yang tidak mengikut cara yang ditunjukkan oleh baginda Nabi S.A.W
sekalipun niat pengamalnya baik, adalah tertolak. Firman Allah S.W.T:

‫َومَن يَبْتَغِ غَيرَ السلَمِ دِينًا فَلَنْ ُيقْ َبلَ مِنْهُ وَ ُهوَ في الخِ َرةِ مِنْ الْخَاسِرين‬
84

(terjemahannya) “Sesiapa yang mencari selain Islam sebagai din (agama) maka sama sekali
tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat kelak termasuk daripada kalangan golongan
yang rugi”.

Al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) dalam tafsirnya, menafsir ayat dalam Surah Ali ‘Imran di atas
menyatakan: “Sesiapa yang melalui suatu cara yang lain dari apa yang di syariatkan Allah
maka sama sekali ianya tidak diterima”85.

Kata Dr. ‘Abd al-Karim Zaidan: “Amalan soleh ialah apa yang sahih dan ikhlas kepada Allah.
Apa yang sahih itu ialah yang menepati syarak, maka membuat bid‘ah dalam agama dengan
menambah atau mengurangkannya adalah sesuatu yang tidak dibolehkan dan tiada pahala
bagi pengamalnya sekalipun dengan niat beribadah kepada Allah..Bid‘ah itu lebih buruk
daripada maksiat. Ini kerana bid‘ah itu mengubah agama serta menghukum dan mentohmah
syarak sebagai cacat, berhajatkan kepada penyempurnaan, pengurangan dan mengubahan.
Ini adalah perkara yang sangat besar yang tidak boleh kita beriktikad atau beramal
dengannya. Untuk itu al-Rasul S.A.W memberi amaran mengenai bid‘ah, sabdanya:

‫عةٍ ضَلَلَة‬
َ ْ‫حدَثَةٍ ِبدْعَ ٌة َو ُكلّ بِد‬
ْ ُ‫لْمُورِ فَإِنّ ُكلّ م‬
ُ ‫حدَثَاتِ ا‬
ْ ُ‫ٌ وَإِيّاكُ ْم َوم‬
86*

(terjemahan) “Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan dalam agama, kerana setiap
yang diada-adakan itu bid‘ah, dan setiap yang bid‘ah di dalam neraka”.
Maka segala kebaikan apa yang bawa oleh syarak dan berpada dengannya87.

Marilah kita berusaha agar ibadah kita menepati sunnah dan menjauhi bid'ah. Marilah kita
betulkah kesilapan jika ada dalam masyarakat dengan hikmah dan bijaksana.

--------------------

1 Di dalam ilmu hadith, gelaran al-Hafizd 'D-'A8 ini diberikan kepada sesiapa yang begitu luas
pengetahuannya dalam hadith dan seni ilmunya, sehingga apa yang dia ketahui mengenai
hadith-hadith dan kecacatan-kecacatannya lebih banyak dari apa yang dia tidak ketahui.

2 Lihat: Al-Hafizd Ibn Abi Asim, Kitab al-Sunnah, 1/21, cetakan al-Maktab al-Islami, Beirut.

3 Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Ilam al-Muwaqqiiin %9D'E 'DEHBQ9JF, 2/266, cetakan Dar al-Fikr,
Beirut.

4 Ibn Manzur, Lisan al-Arab, 8/6, cetakan Dar al-Fikr, Beirut.

5 Al-Razi, Mukhtar al-Sihah, m.s. 38, cetakan Maktabah Lubnan.

6 Al-Mujam al-Wajiz, m.s. 40, terbitan Majma al-Lughah al-Arabiyyah.

7 Beliau Abu Ishaq Ibrahim bin Musa al-Gharnati 'D:1F'7J. Tokoh Andalus yang agung. Beliau
bermazhab Malik. Seorang muhaddith, faqih (ahli fekah) dan usuli (ahli usul fekah).
Mengarang beberapa buah kitab yang agung. Kitab beliau al-Muwafaqat 'DEH'AB'* menjadi
rujukan utama dalam ilmu usul al-Fiqh. Bahkan beliau dianggap paling cemerlang dalam
mengemukan perbincangan Maqasid al-Syara. Demikian juga kitab al-I’tisam ini mendapat
pengiktirafan besar.

8 Sesuatu ta’rif yang baik hendak ta’rif yang jami’ lagi mani’. Jami’ bermaksud ia
menghimpunkan unsur-unsur utama dalam ta’rif, sementara mani’ bermaksud ia menghalang
unsur-unsur yang tidak berkaitan masuk ke dalamnya.

9 Kata al-Imam al-Sayuti (w 911H): “Ibn Taimiyyah, seorang syaikh, imam, al-`allamah
(sangat alim), hafizd (dalam hadith –pen), seorang yang kritis, faqih, mujtahid, seorang
penafsir al-Quran yang mahir, Syaikh al-Islam, lambang golongan zuhud, sangat sedikit
sepertinya di zaman ini,..salah seorang tokoh terbilang..memberi perhatian dalam bidang
hadith, memetik dan menapisnya, pakar dalam ilmu rijal (para perawi), `illal hadith
(kecacatan tersembunyi hadith) juga fiqh hadith, ilmu-ilmu Islam, ilmu kalam dan lain-lain.
Dia daripada lautan ilmu, daripada cendikiawan yang terbilang, golongan zuhud dan tokoh-
tokoh yang tiada tandingan..”( Al-Imam al-Sayuti, Tabaqat al-Huffaz, m.s. 516, cetakan
Maktabah Wahbah, Mesir.).

10 Lihat: Dr. Ibrahim ‘Amir al-Ruhaili, Mauqif Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah min Ahl al-Ahwa wa
al-Bida’, 1/90-92, cetakan Maktabah al-Ghuraba` al-Athariyyah, Madinah.
11 Al-Syatibi, Al-I’tisam, m.s 27, cetakan Dar al-Kitab al-‘Arabi, Beirut.

12 Ibid, m.s.27-28.

13 Maksudnya batasan-batasan yang tidak diletakkan oleh syariat.

14 Saya katakan: Ini seperti jamaah tertentu pada zaman kini yang ada di kalangan mereka
yang menganggap pakaian fesyen baju negeri atau bangsa tertentu seperti kurta India, atau
gaya serban guru tarikat mereka sebagai pakaian agama.

15 Maksudnya yang tiada dalil syarak.

16 Saya katakan: Di sana adanya hadith yang sahih mengenai kelebihan nisfu syaban, iaitu
hadith:
‫طلع ال إلى خلقه في ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إل لمشرك أو مشاحن‬
Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua
hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci
membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini
dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (3/135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh). Namun
hadith ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan seperti yang dilakukan
oleh sesetengah masyarakat. Justeru itu para ulama seperti al-Imam al-Syatibi ini
membantahkan amalan-amalan khas malam tersebut.

17 Al-Syatibi, Al-I’tisam, m.s. 28.

18 Ibid, m.s. 29.

19 Ibid, m.s. 30.

20 Hadith ini sahih. Diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi


dengan menyatakan ianya “hasan sahih”, Ibn Majah dan al-
Darimi dalam sunan mereka. Demikian juga Ibn Hibban dalam
sahihnya dan al-Hakim dalam dalam al-Mustadrak ********
dengan menyatakan: “Hadith ini sahih”. Ini dipersetu

Anda mungkin juga menyukai