Anda di halaman 1dari 34

Bimbingan dan Kaunseling

2011

1.0 PENGENALAN

Kemahiran Kaunseling sangat penting diaplikasikan semasa pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan dan pengaplikasian kemahiran kaunseling dalam pengajaran dan pembelajaran akan member impak yang berterusan kepada guruguru dan murid. Di dalam tugasan ini diserta beberapa contoh mengenai jenis-jenis kemahiran yang ada di dalam sesuatu proses kaunseiingitu. Antaranya adala, kemahiran mendengar, kemahiran membina hubungan, kemahiran membalas, kemahiran penstrukturan dan banyak lagi. Seterusnya hasil tugasan ini dilengkapi dengan penulisan kritikal mengenai penggunaan kemahiran asas kaunseling dalam pengajaran dan pembelajaran. Tidak dilupakan juga dimuatkan bersama penulisan yang menghurai kepentingan kemahiran asas kaunseling.

1|

Bimbingan dan Kaunseling

2011

2.0 PETA MINDA BAGI MENGENAL PASTI JENIS-JENIS KEMAHIRAN KAUNSELI

2. Kemahiran membina hubungan

3. Kemahiran membalas

4. Kemahiran pnstrukturan

1. Kemahiran mendengar

5. Kemahiran menyoal

10. Kemahiran konfrontasi

6. Kemahiran berkomunikasi

9. Kemahiran interpretasi

8. Kemahiran membuat refleksi perasaan

7. Kemahiran maemberi dorongan minima

2|

Bimbingan dan Kaunseling

2011

1. Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling.

Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik

Proses mendengar melibatkan seluruh deria yang terdapat pada diri kaunselor.

Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan.

Telinga digunakan untuk mendengar apa yang diperkatakan. Mata untuk melihat bagaimana gerak laku semasa perkataan atau ayat dituturkan Hidung juga turut menghidu baubau yang ada di sekeliling Kadang kala deria sentuhan sebagai bersalaman dan sebagainya.

Kaunselor boleh menunjukkan kemahiran mendengarnya dengan beberapa cara seperti berikut ; 1. Menyatakan semula 2. Menggambarkan semula 3. Memberikan respons

3|

Bimbingan dan Kaunseling

2011

2. Kemahiran Membina Perhubungan

1.

Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang.

2.

Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan.

3.

Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, s uasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, dan kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, dan enyuman cara duduk dalam kaunseling.

4.

Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan lisannya.

4|

Bimbingan dan Kaunseling

2011

Dengan membalas kata-kata, manusia dapat mewujudkan hubungan yang baik antara satu dengan lain.

Secara umumnya kemahiran membalas terdiri daripada sub kemahiran iaitu kemahiran penstrukturan, dorongan minima dan kemahiran mendengar

3. Kemahiran membalas (responding)

Tujuan utama seseorang bertindak balas ke atas katakata orang lain adalah untuk menggalakkan penglibatan masingmasing di dalam perbualan itu.

Contoh : Klien :Macam-macam yang saya rasaadakah saya akan difahami, diterima, dianggap kawan Macam-macamlah Kaunselor : Macam-macam difikirkan sebelum datang ini.

5|

Bimbingan dan Kaunseling

2011

4. Kemahiran penstrukturan

Jika penstrukturan dilakukan dengan baik dalam sesuatu sesi kaunseling itu, ia akan dapat membina hubungan yang mesra dengan klien. Biasanya, sesi kaunseling akan mengambil jangka masa selama 30 minit hingga 45 minit. Segala perbincangan antara kaunselor dengan klien adalah dirahsiakan.

Proses penstrukturan boleh dilakukan sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal.

Contoh penstrukturan Dalam sesi ini, saya sebagai seorang kaunselor dan anda pula sebagai klien. Sesi ini akan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Peranan saya secara ringkasnya untuk mendengar, memahami dan cuba untuk membantu anda. Peranan anda adalah untuk menceritakan apa yang mengganggu hidup anda. Sesi ini akan dirahsiakan dan kerahsiaan ini terbatas sekiranya isu yang dibincangkan melibatkan keselamatan nyawa anda.

Dalam penstrukturan, kaunselor harus menerangkan peranan/tanggungjaw ab kaunselor dan klien sebelum memulakan sesi kaunseling.

6|

Bimbingan dan Kaunseling

2011

Soalan merupakan kaedah yang paling banyak digunakan dalam sesebuah sesi kaunseling.

Adalah penting untuk kaunselor mengetahui bila dan bagaimana untuk menggunakan kedua-dua soalan terbuka dan tertutup dalam sesi kaunselingnya

Matlamat menyoal adalah untuk mendapatkan maklumat dengan cepat, mendapatkan maklumat lanjut dan akhir sekali untuk mendapatkan kepastian.

Soalan terbuka bertujuan menjemput perbincangan, penjelasan dan huraian yang panjang lebar. Ia tidak memerlukan jawapan yang khusus. Contoh-contoh soalan terbuka adalah seperti bagaimanakah kejadian itu boleh berlaku? Atau sejauh manakah kejadian itu mengganggu hidup anda?

Soalan tertutup - ialah soalan yang menghadkan kepada satu atau beberapa perkataan sahaja dan jawapan ini dapat memberikan maklumat yang khusus. Contohnya adakah anda datang bekerja semalam?. Dan siapakah yang pergi bersama awak ke Langkawi?

7|

Bimbingan dan Kaunseling

2011

6. Kemahiran berkomunikasi

1. 2.

Dalam kemahiran berkomunikasi kaunselor perlu mengelakkan daripada menggunakan perkataan-perkataan yang sukar difahami oleh klien.

Kaunselor patut menggunakan ayat-ayat yang biasa dan bukannya dari buku-buku akademik

3.
4. 5.

kaunselor perlu cuba untuk menggunakan perkataan yang mudah supaya klien tidak berasa rendah diri bila berdepan dengan kaunselor.

Komunikasi bukan lisan pula melibatkan gerak badan, kontak mata dan postur badan kaunselor. Kaunselor boleh menggangguk kepalanya, membesarkan matanya bagi menunjukkan minat, memberikan postur duduk yang mencodong ke hadapan sedikit dan lainlain lagi gerak balas. Lima cara utama dalam menghantar komunikasi: Mesej lisan, Mesej vocal, Mesej badan, Mesej sentuhan dan Mesej yang berbentuk aksi.

8|

Bimbingan dan Kaunseling

2011

7. Kemahiran melakukan dorongan minima

Dorongan minima merupakan respons atau ungkapan ringkas ataupun pergerakan positif yang menggalakkan klien terus bercakap dan memberikan penjelasan.

Dorongan minima diperlukan untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada klien untuk meneruskan perbincangan

Tujuan kaunselor mengadakan dorongan minima adalah untuk memberangsangkan klien untuk terus bercerita.

Selain itu, ia menunjukkan kaunselor sedang mendengar dan faham apa yang sedang diperkatakan oleh klien.

Contoh dorongan minima adalah seperti hmm, teruskan, lepas itu, kemudian, jadi, terangkan lagi, oh., sentuhan, angguk kepala, kerutan di dahi, senyuman, ya dan lain-lain lagi.

9|

Bimbingan dan Kaunseling

2011

8. Kemahiran Membuat Refleksi Perasaan

Refleksi perasaan merupakan pengulangan atau menyebut semula percakapan klien dalam satu rangkai kata yang pendek tetapi padat.

Jones (2004) mendapati kemahiran membuat refleksi perasaan melibatkan keupayaan kaunselor berkomunikasi dan mengalami perasaan klien

Refleksi isi - pernyataan semula oleh kaunselor mengenai idea yang disampaikan oleh klien. Idea ini dinyatakan semula oleh kaunselor dengan menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan tepat.

Refleksi perasaan - penyataan semula oleh kaunselor tentang perasaan dan sikap yang dinyatakan oleh klien. Tujuan kaunselor melakukan refleksi perasaan adalah untuk memberi tumpuan kepada klien mengenai perasaan atau sikap yang sedang dialami oleh klien. Refleksi pengalaman - dibuat setelah kaunselor memerhatikan gerak-geri tubuh badan semasa sesuatu pengalaman diperkatakan oleh klien.

10 |

Bimbingan dan Kaunseling

2011

9. Kemahiran Membuat Interpretasi

Kemahiran membuat interpretasi merupakan satu proses yang digunakan oleh kaunselor untuk memberikan maklum balas atau feedback kepada klien supaya klien berupaya untuk melihat masalahnya dari satu sudut berbeza.

Selain itu, interpretasi digunakan untuk merujuk dan membuat tafsiran untuk maksud tersirat dalam mesej klien.

Tujuan kaunselor membuat interpretasi adalah untuk membantu klien mentafsir peristiwa hidup mereka. Selain itu, ia membantu klien melihat perkara yang tidak dapat dilihatnya dengan mudah, tersorok atau tidak disedarinya.

Interpretasi dalam bentuk metafora Dalam banyak keadaan saya melihat anda sebagai teddy bear yang lembut dan besar yang berada di satu tempat dengan pelbagai posisi.

Interpretasi dalam bentuk fantasi Saya berfantasi tentang apa yang Rizal katakan tadi. Saya gambarkan Rizal menelusuri jalan kayu yang rapuh, menuju ke simpang jalan, dan tidak dapat memutuskan mana satu jalan yang ingin ditujui. Rizal tidak pasti, lantas melambung syiling dan berlari girang ke arah jalan yang telah diputuskan berdasarkan syiling tersebut. Adakah ia sesuai?.

11 |

Bimbingan dan Kaunseling

2011

Kemahiran ini hanya dilaksanakan setelah terbentuk hubungan yang baik antara klien dengan kaunselor

Semasa kemahiran konfrontasi dijalankan, kaunselor harus menggunakan nada yang lembut yang mengandungi unsurunsur ambil berat agar mesej yang disampaikan tidak tersalah tafsir oleh klien.

Tujuan kaunselor mengadakan kemahiran konfrantasi adalah untuk memberikan klien satu pandangan lain dalam usaha meneliti diri dan membantu mengurangkan blind sport dalam membantu klien melihat dirinya dengan lebih tepat.

Contoh: Tadi saya dengar anda rasa kecewa dengan pensyarah itu, tapi dalam masa yang sama , anda rasa takut berhadapan dengan pensyarah itu untuk mengetahui isu yang sebenar.

12 |

Bimbingan dan Kaunseling

2011

3.0

APLIKASI

KEMAHIRAN

KAUNSELING

DALAM

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN

3.1 Penggunaan kemahiran asas kaunseling dalam pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat pelbagai kemahiran asas dalam bimbingan yang boleh digunakan oleh seorang kaunselor mahupun seorang guru biasa dalam mengenalpasti masalah atau tingkahlaku pelajar. Misalnya, masalah pelajar yang sering tidur di dalam kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sebagai seorang guru bimbingan yang peka terhadap masalah pelajarnya, guru tersebut seharusnya mengenalpasti masalah dan tingkahlaku pelajar tersebut supaya masalah masalah ini tidak berlanjutan dan dapat segera diatasi. Terdapat beberapa kemahiran asas bimbingan dan kaunseling yang boleh digunakan oleh guru tersebut. Antaranya ialah kemahiran menyoal. Kemahiran menyoal ialah antara kemahiran terpenting yang harus dikuasai oleh seseorang kaunselor ataupun guru bimbingan. Kemahiran ini merupakan satu cara yang digunakan oleh seorang guru bimbingan untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih spesifik mengenai diri klien, ataupun tentang isu yang sedang dibincangkan. Kemahiran ini juga adalah cara yang paling mudah untuk digunakan oleh guru untuk menyoal klien, ataupun menggalakkan klien untuk bercakap dan juga cara untuk meneroka diri klien. Misalnya, dalam konteks pelajar tidur di dalam kelas. Guru seharusnya pandai memanipulasi keadaan dengan menggunakan kemahiran menyoal untuk mengetahui sebab dan perkara yang ingin disampaikan.
13 |

Bimbingan dan Kaunseling

2011

Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan oleh guru tersebut iaitu soalan jenis tertutup dan soalan jenis terbuka dalam memastikan perbincangan berjalan dengan lancar dan tersusun. Soalan tertutup ialah soalan yang memerlukan jawapan yang pendek sahaja dan tidak memerlukan penjelasan seperti ya dan tidak. Soalan berbentuk tertutup ini bertujuan untuk menghalang klien dari terpesong dari isu yang sedang dibincangkan ataupun menghentikan klien yang bercakap terlalu banyak dalam sesi ini tanpa membantu dalam mengembangkan sesi ke arah yang mencapai matlamat yang sebenarnya. Soalan terbuka pula ialah soalan yang lebih mendorong kepada penjelasan ataupun jawapan yang lebih panjang dan mendalam. Hal ini membolehkan klien akan merasa bebas dalam meluahkan perasaannya, memberi maklumat tanpa berasa defensif serta

membolehkan klien mengeluarkan pendapat sendiri mengikut cara klien itu sendiri. Namun, guru haruslah bijak dalam menyoal pelajarnya kerana sekiranya soalan yang disoal oleh guru adalah tidak sesuai, hal ini mampu membantutkan lagi sesi bimbingan yang sedang dijalankan. Kemahiran menyoal yang ditunjukkan di bawah ini ialah menggunakan soalan terbuka. Contoh kemahiran menyoal:

Guru

: FIrdaus, kenapa dengan kamu? Kamu selalu tertidur di dalam kelas. Kamu ada masalah ke?

Firdaus

: Maafkan saya, cikgu. Sebenarnya saya tak cukup tidur di rumah, cikgu.

Guru

: Kenapa pula, FIrdaus? Cuba terangkan pada cikgu.


14 |

Bimbingan dan Kaunseling

2011

Firdaus

: Saya terpaksa menolong ayah saya berniaga setiap petang dan malam, cikgu. Selepas habis menolong ayah saya, barulah saya

berpeluang untuk menyiapkan kerja sekolah saya, cikgu. Setiap hari, saya terpaksa tidur pada pukul 2 pagi untuk memastikan semua kerja sekolah saya siap, cikgu. Maaf, cikgu.

Seterusnya, ialah kemahiran mendengar. Sebagai seorang guru bimbingan, kita mahu memberi gambaran kepada klien bahawa kita berupaya melihat dan sama-sama merasa perasaan di sebalik mesej yang disampaikan oleh klien ataupun pelajar tersebut. Dengan ini, klien atau pelajar tersebut akan lebih berasa selesa dan berminat untuk menceritakan segala masalah ataupun perkara yang ingin dibincangkan bersama kaunselor ataupun guru bimbingan. Contohnya, dalam konteks pelajar sering tidur di dalam kelas, guru sepatutnya menggalakkan pelajar tersebut menceritakan segala perkara yang ingin diceritakan oleh beliau dan guru hendaklah mendengar dengan aktif. Hal ini supaya guru dapat memahami segala penjelasan dan perkara yang diterangkan oleh pelajar tersebut. Mendengar dengan berkesan juga sangat membantu dalam mewujudkan hubungan rapport dan memberikan pemahaman yang tepat tentang perkara yang dibincangkan. Contoh kemahiran mendengar:

Guru kamu.

: Firdaus, jelaskan pada cikgu sekarang apa sebenarnya masalah

15 |

Bimbingan dan Kaunseling

2011

Firdaus cikgu. Guru Firdaus

: Sebenarnya, cikgu..erm..saya sebenarnya kurang tidur di rumah,

: (mendengar sambil menganggukkan kepala) : Saya terpaksa menolong ayah saya berniaga pada setiap petang dan malam, cikgu.

Selain itu, kemahiran memberi perhatian juga merupakan kemahiran yang perlu ada pada seorang kaunselor dan guru bimbingan. Dengan memberikan perhatian sepenuhnya kepada situasi awal pertemuan dengan klien akan memberi peluang dan juga masa bagi klien untuk menyesuaikan dirinya dengan keadaan. Kemahiran ini merangkumi menentukan kedudukan klien, relaks secara fizikal, posture kaunselor, perawakan muka, pertemuan mata dan ikuti setiap percakapan klien. Di dalam situasi di bawah, dapat diperhatikan bahawa guru dapat mencungkil masalah pelajar dengan menggunakan kemahiran member perhatian. Contoh kemahiran memberi perhatian:

Guru

: FIrdaus, kenapa dengan kamu? Kamu selalu tertidur di dalam kelas. Kamu ada masalah ke? (melihat ke arah mata dan perawakan muka Firdaus)

Firdaus

: Erm..tak ada apa-apa, cikgu. (menjawab dengan tidak melihat wajah dan mata guru beliau)

16 |

Bimbingan dan Kaunseling

2011

Guru

: Cikgu dengar kamu beritahu cikgu bahawa kamu tiada apa-apa masalah, tetapi cikgu rasa dalam hati kamu, kamu ingin menceritakan sesuatu.

Firdaus

: Sebenarnya, cikgu..erm..saya sebenarnya kurang tidur di rumah, cikgu.

Guru

: (mendengar sambil menganggukkan kepala)

Kemahiran asas kaunseling yang seterusnya ialah kemahiran dorongan minima. Dorongan minima ialah Satu tindak balas spontan yang sedikit sama ada secara verbal atau non-verbal daripada kaunselor kepada klien yang sedang bercerita dalam sesi kaunseling. Contoh dorongan minima ialah seperti senyum, mengangguk kepala, memandang klien, kontak mata, kerutan di dahi, perkataan teruskan, perkataan ooo dan perkataan kemudian. Terdapat beberapa tujuan asas kemahiran dorongan minima ini digunakan. Antaranya ialah mendorong dan menggalakkan klien terus bercerita atau membuat pendedahan kendiri,

menggambarkan kaunselor memahami dan mengikuti percakapan klien dan menolong penerokaan kendiri klien. Contoh dorongan minima di dalam konteks pelajar yang tertidur di dalam kelas ialah:

Guru

: FIrdaus, kenapa dengan kamu? Kamu selalu tertidur di dalam kelas. Kamu ada masalah ke?

17 |

Bimbingan dan Kaunseling

2011

Firdaus

: Maafkan saya, cikgu. Sebenarnya saya tak cukup tidur di rumah, cikgu.

Guru Firdaus

: Ooo..tak cukup tidur di rumah.. : Saya terpaksa menolong ayah saya berniaga setiap petang dan malam, cikgu

Guru Firdaus

: Teruskan, Firdaus. : Selepas habis menolong ayah saya, barulah saya berpeluang untuk menyiapkan kerja sekolah saya, cikgu. Setiap hari, saya terpaksa tidur pada pukul 2 pagi untuk memastikan semua kerja sekolah saya siap, cikgu. Maaf, cikgu.

Kemahiran menguruskan kensenyapan juga merupakan kemahiran yang perlu ada bagi seseorang kaunselor ataupun guru bimbingan. Biasanya kesenyapan berlaku semasa sesi kaunseling apabila klien berfikir tentang beberapa idea yang dibincangkan. Dalam sesetengah situasi, klien akan menjadi senyap semasa sesi kaunseling untuk mengorganisasikan semula pemikirannya. Kesenyapan juga membawa erti bahawa klien sedang mengalami kesulitan dalam meluahkan perasaannya mahupun menceritakan ideanya. Dalam keadaan yang sedemikian, kaunselor seharusnya membantu klien secara lisan. Dalam situasi pelajar sering tertidur di dalam kelas, sekiranya pelajar enggan menjelaskan atau menceritakan kepada gurunya, guru tersebut seharuslah menggunakan kemahiran ini. Contoh kemahiran menguruskan kesenyapan ialah:

18 |

Bimbingan dan Kaunseling

2011

Guru

: FIrdaus, kenapa dengan kamu? Kamu selalu tertidur di dalam kelas. Kamu ada masalah ke?

Firdaus Guru

: (mendiamkan diri) : Firdaus, kamu ada masalah apa-apa yang nak dikongsi dengan cikgu, ke?

Firdaus Guru

: (masih mendiamkan diri) : Jangan risau, Firdaus. Cikgu hanya ingin membantu kamu. Kamu boleh jelaskan pada cikgu apa sebenarnya yang ingin kamu kongsikan bersama cikgu. Kamu ada masalah di rumah ke?

Firdaus

: Erm.. Ya, cikgu. Saya terpaksa menolong ayah saya berniaga setiap petang dan malam, cikgu. Selepas habis menolong ayah saya, barulah saya berpeluang untuk menyiapkan kerja sekolah saya, cikgu. Setiap hari, saya terpaksa tidur pada pukul 2 pagi untuk memastikan semua kerja sekolah saya siap, cikgu. Maaf, cikgu

Selain kemahiran menyoal, mendengar, menumpukan perhatian, dorongan minima dan menguruskan kesenyapan, kemahiran menyemak persepsi juga sangat diperlukan oleh seseorang kaunselor mahupun kaunselor ketika sedang bersama klien. Terdapat beberapa tujuan kemahiran ini digunakan ketika sesi bimbingan
19 |

Bimbingan dan Kaunseling

2011

dijalankan. Antaranya ialah membantu klien merasakan dirinya lebih difahami, memberi peluang kepada seseorang untuk membetulkan persepsinya serta memastikan guru bimbingan sedang berada di landasan yang benar ketika membimbing pelajar ataupun klien. Contoh kemahiran menyemak persepsi bagi masalah tidur di dalam kelas ialah:

Guru

: FIrdaus, kenapa dengan kamu? Kamu selalu tertidur di dalam kelas. Kamu ada masalah ke?

Firdaus

: Maafkan saya, cikgu. Sebenarnya saya tak cukup tidur di rumah, cikgu. Saya terpaksa menolong ayah saya berniaga pada setiap petang dan malam, cikgu. Selepas habis menolong ayah saya, barulah saya berpeluang untuk menyiapkan kerja sekolah saya, cikgu. Setiap hari, saya terpaksa tidur pada pukul 2 pagi untuk memastikan semua kerja sekolah saya siap, cikgu. Maaf, cikgu.

Guru

: Ooo..jadi kamu tertidur di dalam kelas disebabkan kamu kurang tidur di rumah dan kerana membantu ayah kamu berniaga sehingga malam. Betulkah begitu, Firdaus?

Firdaus Guru

: Betul, cikgu. : Selepas pula pulang dari membantu ayah kamu berniaga, kamu terpaksa siapkan kerja kamu sehingga lewat malam? Benarkah, Firdaus?

Firdaus

: Benar, cikgu.
20 |

Bimbingan dan Kaunseling

2011

Kesimpulannya, seorang guru bimbingan itu seharusnya peka dengan masalah ataupun perkara yang dibincangkan bersama klien. Kemahiran asas kaunseling yang hendak dilaksanakan mestilah bersesuaian dengan masa, situasi dan keadaan klien. Selain itu, baik buruknya sesuatu kemahiran itu juga haruslah diteliti terlebih dahulu sebelum dilaksanakan bersama klien. Guru bimbingan yang bijak dalam menggunakan kemahiran ini mampu membuatkan klien atau pelajar tersenyum selepas tamatnya sesi dan segala masalah klien dapat diatasi dan dikurangkan.

21 |

Bimbingan dan Kaunseling

2011

3.2 Menghurai kepentingan kemahiran asas kaunseling

Kemahiran kaunseling bukan sahaja perlu dipelajari, dikuasai dan diaplikasikan oleh guru Bimbingan dan Kaunseling sahaja, malah kemahiran ini juga perlu dipraktikkan oleh guru-guru lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana setiap individu adalah unik dan mempunyai minat serta kecenderungan masingmasing. Jadi, seorang guru haruslah memahami setiap anak muridnya supaya mereka berasa selesa dan dapat belajar dengan baik. Selain itu, pengaplikasian kemahiran-kemahiran kaunseling juga akan menjadikan seorang guru itu prihatin dan sentiasa peka dengan kebajikan anak muridnya. Ini akan dapat mewujudkan hubungan yang baik antara guru dan anak muridnya. Apabila huungan baik ini wujud, murid akan berasa selesa dan akan memberikan kerjasama yang baik kepada guru berkenaan. Secara tidak langsung, sesi pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna dan dapat mencapai objektif pembelajaran yang optimum. Situasi murid-murid sekolah hari ini semakin kompleks dan mencabar. Mereka terdedah kepada banyak anasir-nasir negatif yang memerlukan jati diri yang kuat untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan kegiatan-kegiatan yang tidak bermanfaat. Justeru, apabila seorang guru itu sentiasa mengambil berat tentang anak muridnya, sentiasa bertanya dan mendengar, guru tersebut boleh

mendapatkan penjelasan terhadap sesuatu masalah murid-murid dan mencari penyelesaiannya supaya masalah ini tidak berterusan dan membelenggu pelajar lain pula. Pengetahuan serta pengaplikasian kemahiran kaunseling juga dapat mengelakkan tanggapan negatif guru, murid serta seluruh warga sekolah terhadap
22 |

Bimbingan dan Kaunseling

2011

pelajar bermasalah. Kebiasaanya, murid-murid yang bermasalah ini cenderung untuk menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini dan memberontak untuk menarik perhatian rakan-rakan dan guru mereka. Jika guru itu tidak menghiraukan perlakuan sebegitu dan terus membuat persepsi negatif terhadap murid-murid bermasalah ini, masalah akan menjadi semakin buruk dan murid tersebut akan terus diberi persepsi sedemikian. Guru perlulah menggunakan kemahiran menyoal misalnya untuk mencungkil masalah pelajar dan menolong pelajar tersebut utuk berubah dan menjadi seorang yang lebih baik dan mempunyai hala tuju tang jelas dalam hidup. Selain itu, guru yang mengaplikasikan kemahiran kaunseling dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mewujudkan komunikasi dua hala di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna kepada kedua-dua pihak. Sebagai kesimpulannya, pengaplikasian kemahiran kaunseling dalam

pengajaran dan pembelajaran mempunyai banyak kepentingan. Seorang guru seharusnya menguasai dan menggunakan kemahiran-kemahiran kaunseling dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, persefahaman antara guru dan murid akan menjadi lebih baik dan banyak masalah dapat diatasi. Sesi pengajaran akan menjadi lebih bermakna dan akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan kepada murid-murid.

23 |

Bimbingan dan Kaunseling

2011

4.0 REFLEKSI 4.1 Refleksi tentang penggunaan kemahiran asas kaunseling dalam pengajaran dan pembelajaran.

Oleh: Noor Farhana Bini Adnan Kemahiran asas kaunseling seharusnya dikuasai oleh semua insan yang bergelar guru. Hal ini kerana seperti yang dibincangkan mengenai penggunaan kemahiran asas kaunseling dalam pengajaran dan pembelajaran, setiap guru itu akan menghadapi situasai yang sama seperti contoh-contoh yang diberi. Oleh yang demikian, kemahiran-kemahiran seperti kemahiran mendengar, kemahiran menyoal, kemahiran member perhatian dan banyak lagi akan membantu seseorang guru itu mengawal kelancaran perjalanan kelas. Setelah melihat beberapa kemahiran asas kaunseling ini diaplikasikan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, banyak perkara yang telah saya dapati dan peroleh. Pertamanya, saya meihat bahawa kemahiran menyoal ini adalah amat penting bagi seseorang guru kerana, melalui penyoalan seseorang guru itu akan dapat memperoleh maklumat-maklumat seperti kenapa murid tdur di dalam kelas, kenapa murid tidak menyiapkan kerja sekolah, apa yang murid sedang bualkan dan bermacam-macam lagi. Seseorang guru itu boleh menggunakan kaedah penyoalan secara terus mahupun guru itu pergi ke tempat murid itu dan bertanya secara perlahan. Selain itu, pada pendapat saya, sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, bukan hanya murid sahaja yang perlu mendngan apa yang diajar oleh
24 |

Bimbingan dan Kaunseling

2011

guru, malah seseorang guru itu harus juga mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh murid-muridnya. Di sini saya juga merasakan, wujudnya hubungan dua hala jika seseorang guru itu mengaplikasikan kemahiran mendengar di dalam sesi pengajaran dan pembelaharannya. Hal ini kerana, murid-murid akan merasa dihargai jika guru mereka sudi mendengar apa yang ingin diluahkan dan diberitahu oleh mereka. Kemahiran asas kaunseling yang berikutnya iaitu kemahiran memberi perhatian ketika sesi pengajaran dan pembelajaran telah membuka mata dan pemikiran saya. Hal ini dibuktikan dengan berjayanya seorang guru itu memberi perhatian kepada anak muridnya akan dapat membantu guru itu mencunkil masalh yang dihadapi oleh muridnya seperti yang dibincangkan di 3.1 Penggunaan kemahiran asas kaunseling dalam pengajaran dam pembelajaran. Saya juga berpendapat, seseorang guru itu haruslah memberi perhatian kepada semua anak muridnya bukan memberi perhatian kepada sebahagian murid sahaja. Seterusnya ialah kemahiran memberi dorongan minima dan kemahiran menguruskan kesenyapan. Saya mendapati kedua-dua kemahiran ini adalah amat sesuai dipraktikkan apabila guru itu sedang menunggu jawapan atau pendapat daripada muridnya. Bagi saya, keduadua kemahiran ini secara tidak langsung adalah untuk memberi ransangan kepada mrid untuk terus bercakap dan memberi pendapat mereka. Namun begitu, seseorang guru itu, mstilah pandai

mengaplikasikan kedua kemhiran ini agar kemahiran-memahiran ini tidak digunakan pada waktu yang salah. Akhir sekali, kemahiran asas kauseling yang telah dibincangkan tentang pengguaannya di dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kemahiran menyemak
25 |

Bimbingan dan Kaunseling

2011

persepsi. Saya mendapati, melalui kemahiran ini, guru boleh menunjukkan bahawa beliau memahami apa yang disampaikan oleh murid tersebut. Ini seterusnya akan dapat membantu guru itu untuk melaksanakan tindakan yang seyerusnya. Jika guru itu tidak memahami apa yang disampaikan oleh murid, bagaimana guru itu ingin melaksanakan tindakan yang seterusnya? Sebagai kesimpulannya, keenam-enam kemahiran kaunseling ini telah banyak membantu guru untuk mengawal dan mengatasi situasi-situsai yang berlaku di dalam kelas sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Saya selaku bakal guru, berazam akan mngaplikasikan kemahiran-kemahiran kaunseling di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya pada masa akan datang.

26 |

Bimbingan dan Kaunseling

2011

Oleh: Siti Sarah Bini Mohd Nasir Kesempatan mempelajari subjek Bimbingan dan Kaunseling pada semester ini sangat bermanfaat kepada saya dan rakan sekelas yang lain. Ini kerana kemahiran-kemahiran yang dipelajari dalam subjek Bimbingan dan Kaunseling sangat diperlukan apabila mengajar kelak. Melalui sesi kuliah bersama En Rashidi, saya dapat belajar mengenai Teori-teori Kaunseling menurut pakar-pakar kaunseling terkemuka, peranan seorang guru kaunseling, bagaimana untuk mengendalikan sesi kaunseling dan kemahirankemahiran asas dalam kaunseling. Selain sesi kuliah, saya dan rakan yang lain juga diberikan tugasan tutorial. Kami dikehendaki mencari maklumat dan membentangkan maklumat yang diperolehi kepada rakan-rakan yang lain. Pada permulaannya, saya mempelajari definisi dan konsep

bimbingan, kaunseling dan psikoterapi. Pada hemat saya, kaunseling dan psikoterapi merupakan salah satu rawatan alternatif kepada sakit yang berkaitan dengan rohani seseorang manusia. Setelah itu, saya juga belajar bagaimana perkhidmatan kaunseling dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia. Saya juga belajar prosedur melaksanakan sesi kaunseling kepada klien. Saya juga diberi pendedahan mengenai jenis-jenis kaunseling dan etika sebagai seorang guru kaunseling. Seterusnya saya belajar mengenai teori-teori dalam kaunseling iaitu Teori Behavioris yang dipelopori oleh ahli-ahli mazhab behavioris seperti Ivan Pavlov, Thorndike dan Skinner, Teori Pemusatan Perorangan yang dipelopori oleh
27 |

Bimbingan dan Kaunseling

2011

Carl Roger dari mazhab humanistik dan Teori Rasional Emotif yang diasaskan oleh Albert Ellis. Melalui teori-teori ini, saya menentukan strategi dan membuat keputusan berdasarkan teori kaunseling mengenai tingkah laku klien dan cara bagaimana membimbingnya. Saya bersama rakan sekelas yang lain juga berpeluang mempelajari kemahiran-kemahiran asas dalam kaunseling. Kemahiran kaunseling sangat berguna bukan sahaja kepada kaunselor malah kepada semua guru. Pengetahuan berkenaan kemahiran kaunseling ini dapat membantu saya berkomunikasi dan bersosial bersama murid-murid saya dengan lebih baik. Selain itu, kemahirankemahiran ini juga dapat membantu saya mengatasi kecerdasan pelbagai di kalangan murid-murid yang berbeza. Saya juga belajar mengenai Intervensi Kaunseling Kanak-kanak. Selain daripada sesi kaunseling, terapi bermain, terapi bercerita, terapi seni, terapi muzik dan terapi biblio juga boleh digunakan untuk menangani masalah peribadi yang teruk termasuk penyalahgunaan dadah, gangguan makan, mencederakan dirI dan yang paling utama gangguan mental dan emosi. Pengetahuan dan ilmu-ilmu di atas sangat berguna kepada saya. Apabila saya menjadi guru nanti saya akan mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari dalam subjek Bimbingan dan Kaunseling ini bagi memastikan saya dapat menjadi guru yang bukann saja informatif malah juga bermakna kepada murid-murid saya.

28 |

Bimbingan dan Kaunseling

2011

4.2 Refleksi sepanjang melaksanakan tugasan Oleh: Noor Farhana Bini Adnan Pertamanya eloklah kiaranya saya mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana saya dan rakan dapat menyempurnakan tugasan bagi subjek Bimbingan dan Kaunseling (EDU 3107) ini mengikut waktu yang diberi. Tugasan ini dilaksanakan hasil kerjasama antara kami berdua. Segala tugasan dibahagi dan dilakukan sebaiknya bagi menghasilkan tugasan yang berkualiti. Tidak dilupakan juga terima kasih rakan kelas yang lain yang banyak membantu dan terutamanya juga pensyarah bagi subjek ini En. Rashidi Bin Hamzah yang telah banyak membimbing kami dalam menyiapkan tugasan ini. Setelah mendapat tugasan ini, saya dan rakan telah berbincang untuk mengenalpasti aspek-aspek yang perlu disiapkan. Seterusnya kami telah

membahagikan tugas masing-masing. Antara aspek-aspek yang perlu dibincangkan di dalam tugasan ini adalah contoh-contoh kemahiran asas kaunseling, penggunaan kemahiran asas kaunseling di dalam sesi pengajaran dan pembelajran dan kepentingan kemhiran asas kaunseling. Kami juga perlu menyatakan hasil refelksi kami terhadap penggunaan kemahiran asas kaunseling di dalam sesi pengajaran dan pembelajran. Sepanjang menjalankan tugasan ini kami telah menghadapi beberapa persoalan dan kami berbincang bersama-sama. Kami juga telah melakukan kolaborasi bersama pensayarah subjek ini bagi membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga mendapati, melalui tugasan ini saya dan rakan-rakan telah dapat mengukuh dah memperbaiki kemahiran memahami, menganalisis dan mnyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Selain itu, ilmu serta pengetahuan
29 |

Bimbingan dan Kaunseling

2011

baru banyak diperoleh sepanjang kami mengikuti kelas bersama En. Rashidi Bin Hamzah dan ianya sangat berguna untukkami menyiapkan tugasan ini.. Maklumatmaklumat ini juga telah banyak kami jadikan sebagai rujukan dalam membuat tugasan ini. Melalui tugasan yang dilaksanakan ini, banyak perkara/ilmu baru dapat saya peroleh iaitu tentang contoh-contoh kemahiran kaunseling dan penggunaannya di dalam sesi pengajran dan pembelajaran. Dari maklumat dan ilmu baru yang saya perolehi, saya berpendapat, seseorang guru itu haruslah menguasai beberapa kemahiran asas kaunseling ini agar guru tersebut dapat mengawal dan mengatasi situasi-situsai yang berlaku di dalam kelas sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Saya selaku bakal guru, berazam akan mngaplikasikan kemahirankemahiran kaunseling di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya pada masa akan datang. Kesimpulannya, saya berharap segala ilmu yang baru diperolehi diharap dapat dgunakan sebaiknya di masa hadapan. Insya-Allah..... Akhir sekali saya harap agar tugasan yang kami laksanakan ini bertepatan dengan kehendak soalan dan yang paling penting sekali kami dapat mengaplikasikan apa yang kami belajar setelah menjadi seorang guru suatu hari nanti

30 |

Bimbingan dan Kaunseling

2011

Oleh: Siti Sarah Bini Mohd Nasir

Kesempatan berpraktikum pada semester ini saya gunakan untuk mengaplikasikan ilmu yang telah saya pelajari dalam subjek Bimbingan dan Kaunseling. Berhadapan dengan karenah 21 orang murid memberikan cabaran kepada guru baru seperti saya. Setiap murid mempunyai kehendak dan tahap pemikiran yang berbeza. Saya perlu menyesuaikan kaedah pengajaran saya supaya semua murid mendapat hasil pembelajaran yang optimum. Jika sebelum ini saya melihat murid yang bermasalah sebagai seorang yang patut dihukum dan perlu bertegas dengannya, namun setelah mempelajari subjek ini saya sedar bahawa murid tersebut sengaja mencetuskan tingkah laku yang negatif kerana inginkan perhatian atau pun meluahkan masalah dan tekanan yang dihadapi di rumah. Apabila saya menemu bua murid tersebut, ternyata beliau datang dari keluarga yang bermasalah dan tidak diberi perhatian yang sewajarnya oleh ibu bapa di rumah. Selain itu, saya cuba mengaplikasikan terapi bermain dalam pengajaran untuk mengatasi masalah murid yang kurang berminat untuk belajar dan tidak dapat memberikan perhatian dalam masa yang lama. Ternyata mereka lebih berminat dan bersemangat untuk belajar. Suasana kelas menjadi lebih aktif dan ceria. Setiap hari mereka tertungu-tungu untuk bermain sambil belajar bersama saya. Jika dahulu mereka menganggap Matematik sebagai subjek yang susah dan bosan, namun persepsi itu telah berubah.

31 |

Bimbingan dan Kaunseling

2011

Pengalaman menyiapkan tugasan ini telah memberikan impak yang besar pada diri saya. Pengetahuan mengenai kemahiran asas kaunseling ini membolehkan saya mengetahui kaedah yang boleh digunakan ketika berada di dalam situasi yang pelbagai sewaktu bersama klien ataupun pelajar. Sebagai seorang guru yang baik, guru tersebut seharusnya peka terhadap segala yang berlaku kepada pelajarnya. Pengetahuan tentang kemahiran asas dalam bimbingan dan kaunseling ini amat membantu terutamanya untuk mengenalpasti murid-murid yang bermasalah pada masa akan datang serta lebih peka terhadap perubahan mereka. Kesimpulannya, setiap guru seharusnya menguasai kemahiran-kemahiran asas ini supaya setiap perubahan yang berlaku pada pelajar dapat segera dikesan dan diatasi.

32 |

Bimbingan dan Kaunseling

2011

RUJUKAN:

Mohd Sidek Bin Mohd Noah,Nordin Bin Kardi, Mohd Yusof Bin Ahmad, Shamsudin Bin Husin & Halimatun Halaliah Bin Mokhtar (2005). Status Dan Keberkesanan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Menengah Di

Semenanjung Malaysia. Mok Soon Sang (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak: Kemahirankemahiran Mengendalikan Kaunseling Individu. Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun (2006). Bimbingan dan Kaunseling Untuk Prasarjana dan KPLI: Amalan Kemahiran kaunseling. Kuala Lumpur: PTS Publications and Distributors Sapora Sipon Kemahiran Asas Kaunseling.

http://www.scribd.com/doc/4657380/Kemahiran-Asas-kaunseling dilayari pada 15 Februari 2011. Sapora Sipon & Hapshah Md Yusof, (2008). Pengantar Kaunseling Individu. Selangor: Arah Publications Sdn. Bhd.

33 |

Bimbingan dan Kaunseling

2011

LAMPIRAN

34 |

Anda mungkin juga menyukai