Anda di halaman 1dari 315

KERAJAAN NUN

PERKARA YANG PASTI

I.T. GOVERNMENT
THE IMMINENT EVENTS

Abstract
This writing, in following of verses found in holy book, is dedicated to human throughout the world. The teaching may also be utilized upon many disciplines of human practices mainly in regard of environment awareness. Things must happened are something imminent to the history of mankind in near future. This writing provides information about what is going to happen, the estimate time to happen and by the signs of happening. The main reason of the catastrophic inevitable events are due to continuous unavoidable mistake throughout human activities toward their environment and society either directly or indirectly.

Surahs Included i. Al Mulk (Government) ii. Nun (I.T) iii. Al Haqqah (Imminent Events)

Amaran Kepada Pembaca Kandungan yang dipersembahkan dalam buku ini mengandungi perkara-perkara yang menyentuh politik, ekonomi, sosiobudaya, pemerintahan, tanggapan beragama, kerohanian serta kepercayaan tentang ketuhanan, yang mungkin akan menyebabkan berlaku 'salah' tafsir terhadap cara berfikir seseorang. Oleh itu, pendekatan secara professional diperlukan sebelum sebarang pertimbangan diambil. Penerangan dalam buku ini juga mungkin mengakibatkan perubahan terhadap polisi ekonomi dan cara berfikir individu, persyarikatan, institusi atau jabatan dan pada skala yang besar mungkin melibatkan negara. Oleh itu perincian teliti diperlukan sebelum sebarang perubahan polisi dilakukan. Buku ini menyediakan pembacaan terbuka dan hanya sesuai untuk mereka yang berfikiran bebas.

Sekapur Sirih Oleh Penulis


Huraian-huraian dalam buku ini bukanlah merupakan terjemahan terus daripada ayat-ayat Al-Quran dan tidak juga merupakan tafsiran berdasarkan rujukan-rujukan muktabar. Penulis sekadar memberi pandangan secara peribadi berdasarkan pengalaman yang penulis tempuhi sepanjang kehidupannya dan mengambil ayat-ayat AlQuran sempena kefahamannya. Oleh itu buku ini harus dianggap menyediakan bacaan rujukan semata-mata dan tidak harus dianggap sebagai teks. Adapun ayat-ayat rujukan Al-Quran dalam buku ini haruslah diterima sebagai sempena semata-mata yang boleh jadi berkaitan atau tidak berkaitan langsung dengan penerangan sesudahnya. Penerangan-penerangan dalam bacaan rujukan ini lebih bercorak mencabar minda pembaca. Pembaca boleh sahaja bersetuju atau berlawanan pendapat dengan penulis. Oleh itu pembacaan ini harus menjurus kepada pandangan semata-mata daripada seorang penulis. Terlalu banyak bentuk terjemahan dalam Al-Quran yang ingin penulis ubah mengikut kesesuaian kefahaman penulis sendiri tetapi penulis khuatirkan usaha sedemikian akan berhadapan bangkangan besar-besaran pihak-pihak tertentu. Oleh yang demikian penulis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jua yang benar atau tersalah penerangan daripada buku ini. Untuk memudahkan kefahaman, penulis telah menyertakan terjemahan yang agak terkini daripada Mushaf Tajwid dengan terjemahan daripada Sheikh Abdullah Basmeih cetakan Darul Fikir, Kuala Lumpur.

Penulis menyatakan terimakasih dan penghargaan yang tinggi terhadap guru-guru yang mengajar sepanjang persekolahan penulis dari sekolah agama rendah, sekolah kebangsaan, sekolah menengah, matrikulasi sehingga ke universiti. Juga kepada ustaz-ustaz yang memberi tunjuk ajar melalui program usrah, muzakarah, tamrin, gash, taalim, muktamar serta seminar-seminar sama ada yang berkaitan dengan urusan agama, kerohanian, kaedah dakwah serta perniagaan. Juga kepada penulis-penulis tersohor seperti Ustaz Zainal Abidin, Mr. Maurice Bucaille, Fazlur Rahman, Muhammad Isa Daud, Maulana Zakaria, Ahmad Deedat, Sayyid Qutb serta lain-lain lagi. Lantaran rujukanrujukan daripada mereka membuatkan penulis berani melakukan anjakan paradigma tersendiri untuk memandang Al-Quran pada sudut pandangan pelbagai. Semoga usaha kecil kita semua diredhai Tuhan hendaknya. Selawat dan salam terhadap junjungan besar RasululLah S.A.W. serta ahli-ahli keluarga, para sahabat, pengikutpengikut sahabat (tabi'in), pengikut-pengikut tabi'in, yang menuruti mereka dari masa ke semasa hingga menjelang hari kebangkitan. Semoga keislaman kita, terdapat pihak-pihak yang sanggup mengambil kesaksian daripada seorang ke seorang, menyusun susur galur hingga ke junjungan besar RasululLah S.A.W.

Penafian
i.

Apa-apa jua yang tertulis dalam lembaranlembaran berikut ini, hanyalah merupakan pendapat penulis semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan hukum hakam agama ataupun perlembagaan dalam mana-mana fasal yang diamalkan. hujatul Islam atau guru, sama ada yang menyentuh perkara agama, ideologi, teologi, sains atau kerohanian. Oleh itu apajua pendapat yang ditulis sama ada tersirat atau tersurat tidak boleh dianggap sebagai suatu kenyataan atau untuk tujuan pendakwaan.

ii. Bahawa penulis bukan ulama terkini atau

iii. Bacaan terbuka ini bukan suatu hakcipta dan

hanya boleh dibawa ke perbincangan dan tidak ada pihak harus menuntut bahagian keuntungan dan royalti berganda daripadanya.
iv. Tiada paksaan bagi pembaca untuk menerima

atau menolak segala perkara yang penulis tuliskan. Penulis mengharapkan pembaca dapat melakukan kajian tersendiri terhadap apajua kenyataan yang disentuh.

(Penulis)

KERAJAAN
dengan pengajaran daripada surah ( Kingdom )

Kandungan
Kerajaan Yang Barakah 67:01 Pengenalan Kepada Tuhan i. Yang Dikatakan Berkuasa ii. Yang Dikatakan Kerajaan

Baraqah

67:02 Erti Mati dan Hidup i. Analogi Mati dan Hidup ii. Mati Adalah Yang Mematikan iii.

Dan Hidup Adalah Yang Menghidupkan Contoh Kerajaan Yang Mati dan Umat Yang Hidup

67:03 Kerajaan Tuhan dengan Sistem 7 Lapisan Langit i. Nama-nama Lapisan Lelangit Dan Peranannya ii. Lapisan Yang Tiada Kebocoran iii. Lapisan Yang Akan Dibocori 67:04 Perhatikan Lelangit Secara Bersungguh-sungguh
i. Pemerhatian Yang Memukaukan Tentang Astrosfera Tentang Ionosfera Lapisan Kepenatan Tentang Atmosfera Secara Umum

ii. iii. iv. v.

Kegagalan Memulihkan Bumi Menidakkan Kelayakan Mereka Mengekalkan Kerajaan 67:05 Langit Rendah Yang Dihiasi i. Tentang Mesosfera ii. Nama-nama Objek Angkasa iii. Meteroid Sebagai Perejam Syaitan 67:06 Mengingkari Kerajaan Tuhan Menempah Jahanam 67:07 Jahanam : Relau Yang Menggelegak 67:08 Jahanam : Suatu Tempat Seksaan i. Tempat Tertutup dan Kedap, Panas dan Bertekanan
Tinggi

ii.

Penjaga Yang Bertanya

67:09 Jawapan Ahli Neraka Jahanam i. Menuduh Pengikut Ajaran Tuhan : Sesat ii. Sebab-sebab Seksaan Gagal Menggunakan
Pendengaran Dan Akal

67:10 Menggunakan Pendengaran Dan Akal i. Akal Yang Membenarkan Wujud Akhirat ii. Konsep Kehidupan Selepas Mati iii. Mereka Tidak Tahu Mereka Sedang Mati
Hanya Sedar Setelah Kebangkitan

67:11 Mengiktiraf Kesalahan Diri Terus Masuk Neraka i. Kesalahan Menjalani Hidup Yang Merosakkan ii. Tidak Wajar Menuntut Sesuatu Menjadi Hak Milik 67:12 Takutkan Tuhan Yang Ghaib Perolehi Keampunan i. Cara Untuk Takutkan Tuhan Ghaib ii. Langkah Pertama : Bebaskan Minda iii. Yang Dapat Difikirkan Sains dan Logik iv. Yang Tidak Dapat Difikirkan Agama v. Merenung Kembali Kitab Al-Quran 67:13 Menyampaikan Ayat-ayat Tuhan i. Sampaikan Secara Sembunyi-sembunyi ii. Sampaikan Secara Terang-terangan iii. Ilmu Bukan Dengan Ph.D Tetapi Penghayatan 67:14 Secara Maha Halus Tuhan Maha Mengkhabar i. Manusia Memilih Sendiri Cara Memerhati ii. Manusia Memilih Sendiri Cara Mentadbir Wahyulxxvi Tuhan Memperbetul Sistem Pentadbiran di Bumi Ini 67:15 Asas Peraturan Tuhan i. Peristiwa Dan Rentetannya ii. Perintah Mengembara Untuk Mengkaji
Peristiwa Dan Rentetannya iii. Melakukan Simulasi Peristiwa Silam

67:16 Keupayaan Langit Mengkambus Bumi Ke Atas Manusia.


i. ii. iii. Perbezaan Terjemahan Biasa Dan Terjemahan Harfiah Mengkaji Fir'aun Dikambus Air Akibat Tekanan Udarakasa Peristiwa Taufan Morakot, Selut-selut Gunung Menenggelami Bangunan

67:17 Langit Yang Berupaya Mengutus Debu Yang Mengancam Manusia


i. ii. iii. Debu Dari Bahagian Bumi Yang Lain Debu Akibat Perubahan Cuaca Debu Yang Mengakibatkan Hujan Bersangatan

67:18 Pengingkaran Kaum Terdahulu Sehingga Mereka Menderita Kesempitan Dalam Hidup i. Bencana Kepada Umat Terdahulu ii. Hujan Yang Membinasa Tanaman 67:19 Peraturan Tuhan Terhadap Sayap Burung
i. Peraturan Bentuk Larus Peraturan Bentuk Aerofilik Peraturan Tekanan Kelajuan Udara

ii. iii. iv. v. vi.


i.

Bencana dan Manfaat Daripada Peraturan Tuhan


Fenomena Riak, Gelora Dan Taufan Perbezaan Tekanan Dan Perubahan Monsun Apa Yang Berlaku Semasa Perubahan Cuaca Bantuan Kepada Mujahideen Afghanistan Letusan Udara Yang Memusnahkan Fir'aun Kerosakan Alam Sekitar Di Negara Barat

67:20 Udara dan Cuaca Menjadi Tentera Al-Rahman ii. iii.

67:21 Tuhan Mengawal Rezeki Manusia Melalui Perantaraan Cuaca dan Keadaan Udarakasa
i.

ii. iii. iv.

Kesan Suhu Yang Stabil Pembentukan Cuaca Yang Terkawal Usaha Bersungguh-sungguh Manusia Melanggar Peraturan Tuhan Sehingga Mengakibatkan Perubahan Cuaca Dan Bencana Alam

67:22 Perbezaan Berjalan Merangkak dan Berjalan Secara Menegak Di Atas Jalan Yang Lurus
i. ii. Golongan Ingkar Bekerja Secara Gelojoh Golongan Beriman Bekerja Secara Berhati-hati Golongan Ingkar Secara Cuba Dan Jaya Golongan Beriman Merujuk Panduan Tersedia

Perlunya Manusia Kembali Kepada Peraturan Tuhan 67:23 Tuhan Yang Membelai Manusia, Sila Gunakan Pendengaran, Pengelihatan dan Hati Untuk Jadi Manusia Bersyukur.
i. ii. iii. i. Hanya Yang Bersyukur Sanggup Mulai Baca Al-Quran Hanya Yang Bersyukur Sanggup Bertukar Ke Cara Beragama Yang Baru. Nyatanya Amat Sedikit Yang Bersyukur Keperluan Manusia Untuk Hidup Keperluan Menuruti Panduan Tuhan Untuk Hidup Segala Pekerjaan Ada Batasan Manusia Telah Melampaui Batasan Pekerjaan

67:24 Manusia Dibiakkan dan Dikumpulkan Di Bumi Ini ii. iii. iv.

67:25 Manusia Mencabar Bilakah Kedatangan Bencana ? i. Bumi Rebah dan Gunung Runtuh Sebelum As-Saah ii. Kejadian Yang Sia-sia Dinantikan 67:26 Ilmu Tentang Perkara Yang Dijanjikan Ada Di Sisi Tuhan
i. ii. iii. Mereka Mendesak RasululLah S.A.W. dan Golongan Beriman Bencana yang Menyebabkan Mereka Saling Memandang Sesungguhnya Ilmu Itu Hanya Di sisi Allah

67:27 Bencana Yang Dekat Yang Dapat Dilihat, Itulah Hari Yang Dijanjikan
i. ii. iii. Mereka Enggan Mengkaji Peristiwa Silam Mereka Mengulangi Perlakuan Umat Silam Mereka Akan Ditimpa Perkara Yang Menimpa Umat Silam

67:28 Golongan Beriman Mungkin Juga Terkena Bencana

Akibat Pekerjaan Golongan Ingkar 67:29 Siapakah Antara Dua Golongan Ini Yang Sesat? 67:30 Tanda Mula Apabila Air Yang Ada Menjadi Sia-sia
i. ii. Banjir Atau Keracunan Dalam Air Air Jadi Masin Akibat Pencemaran Baja Di Udarakasa

Sesuatu Yang Memenatkan Usaha Yang Memenatkan Sedikit Tentang Susunan Tajuk Ayat Dalam Versi Kerajaan Nun Penyusunan tajuk-tajuk ayat adalah berdasarkan susunan surah, yang tujuannya adalah untuk memperkenalkan kerajaan yang harus terbentuk berdasarkan pengajaran surah. Susunan ayat-ayat telah disusun sedemikian rupa, dengan terlebih dahulu memperkenalkan sifat Tuhan yang telah menjadikan alam kediaman manusia, yang membawa sifat-sifat baraqah. Seterusnya dengan sifat-sifat kejadian alam yang dapat diteliti, manusia harus bersyukur dan mengambil iktibar daripada peristiwa silam. Kefahaman daripada keadaan alam dan pergolakannya harus menjadi panduan kepada pemerintahan agar manusia dapat diarahkan untuk melakukan kerja-kerja mereka tanpa memberi kesan kerosakan nyata kepada alam kediaman mereka sendiri. Namun atas keingkaran pihak-pihak tertentu, kekalutan yang dapat dipelajari telah berlaku. Kini telah sampai giliran manusia untuk merujuk kembali kepada kitab Tuhan supaya mereka dapat memperbetul semula keadaan, atau mereka akan melihat tanda mula berlaku apabila air yang ada tidak dapat dimanfaatkan secara ketara.

Memulai Pembacaan (Perlu Dibaca)


Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Pengasih

67:01 Pengenalan Kepada Tuhan Maha Berkati yang di tanganNya kerajaan dan Dia atas segala sesuatu Maha Kuasa .
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan Yang Menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; i. Yang Dikatakan Berkuasa

Terdapat banyak ayat yang menerangkan tentang sifat Tuhan Maha Kuasa. Kekuasaan Tuhan meliputi segala sesuatu. Istilah Maha Kuasa telah dijadikan perdebatan hangat suatu masa dahulu oleh golongan falsafah lxiv yang gemar bertanya soalan-soalan memerangkap. Antaranya adakah Tuhan berkuasa untuk menjadikan sesuatu itu diam dan gerak pada masa yang sama dan tempat yang sama? Untuk menjawab persoalan seperti ini, seseorang perlu melihat kepada soalan itu sendiri iaitu adakah persoalan sedemikian itu relevan?ii Pada hukum adatiii, sesuatu yang diam tidak bergerak dan suatu yang bergerak tidak diam. Oleh itu pada hukum adatnya, perkataan sedemikian adalah dua perkataan yang berlawanan yang tidak akan terjadi serentak. Memberi jawapan kepada persoalan sedemikian adalah seperti mengiktiraf sesuatu yang ada sebagai tiada dan sesuatu yang tiada sebagai ada. Persoalan bersifat falsafah lxiv sematamata sedemikian (tanpa ilmiah) hanya mahukan jawapan antara 'ya' dan 'tidak'. Sekiranya jawapan adalah 'ya' akan ada persoalan-persoalan lain untuk menguji persoalan

selanjutnya dan sekiranya 'tidak' maka kekuasaan Tuhan akan dinafikaniv. Mereka (ahli falsafahlxiv) itu sendiri tidak dapat memberi penjelasan tentang 'sesuatu' itu dapat berada pada dua atau lebih tempat pada masa yang sama lalu bagaimanakah persoalan mereka itu boleh ditimbulkan? Sebenarnya persoalan sedemikian tiada jawapan 'ya' dan tiada juga jawapan 'tidak' lantaran itu, persoalan sedemikian tidak harus diketengahkan. Persoalan seperti ini seperti bertanya tentang kebangkitan semula kepada jiwa dalam situasi mati dengan persoalan sama ada kebangkitan semula itu benar atau tidak. Seseorang yang waras tidak akan bertanya tentang soalan sedemikian kerana ia mengetahui persoalan sedemikian tidak memerlukan jawapan.
ii. Yang Dikatakan Kerajaan Baraqah

Pada sudut pengamatan manusiawi, kekuasaan dapat ditakrifv melalui kerajaan. Sebuah kerajaan yang menguasai sesebuah negara, berkuasa mengubah kawasan tandus menjadi kawasan pertanian, mengubah ruang angkasa yang kelihatannya kosong itu, menjadi berpenghuni dan sebagainya. Semua itu menjadi mungkin disebabkan oleh kuasa. Oleh kerana sedemikian sifatnya maka kekuasaan itu menjadi rebutan manusia sehingga mereka sanggup berbalah dan berperang sesama mereka untuk memperolehi atau mengekalkan kuasa. Tuhan telah memperkenalkan kekuasaanNya adalah sesuatu yang Maha Berkat. Keberkatan terserlah daripada kekuasaan Tuhan di bumi ini. Kekuasaan Tuhan kepada ruang angkasa, sehingga Dia berkuasa menurunkan kembali air hujan daripada wap-wap air yang terlepas dari permukaan bumi kembali kepadanya. Manfaat air sedemikian memberi suatu kehidupan kepada tumbuhan dan haiwan di permukaan bumi darihal air yang segar serta

pembersihan udara. Kemudian manusia mengotori air hujan berkenaan. Manifestasivi kekuasaan Tuhan yang diajari kepada manusia perlu manusia pelajari supaya amanah kekuasaan yang diserahkan kepada manusia memerlukan tindakan keberkatan ke atas manusia seluruhnya dan kepada alam kehidupannya. Sekiranya mereka memilih suatu sistem kekuasaan yang menghilangkan keberkatan, secara beransur-ansur kekuasaan sedemikian tidak akan bertahan lama. Tuhan yang menentukan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan dan bukan semestinya melalui pilihanraya atau serangan ketenteraan. Dia meletakkan kebaikan sebagai ukuran (3:26) dalam memilih individu lxxvii yang layak untuk diangkatNya sebagai pemimpin. Pemimpin-pemimpin berkenaan boleh jadi sesiapa sahaja.

67:02 Erti Mati dan Hidup Yang telah merekabentukvii mati dan hidup supaya ia menguji kamu, mana-manakah kamu (yang) terlebih molek amalan? Sedang Ia Maha Perkasa Maha Pengampun.
Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan ke-adaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat); i. Analogi Mati dan Hidup

Dalam ayat ini dinyatakan terlebih dahulu bahawa Tuhan yang mencipta mati. Sekiranya tidak dimulai dengan mati, sesuatu itu tidak dapat dibezakan antara mati dan hidup.

Perbezaan mati dan hidup barangkali merupakan sesuatu takrifan yang relatifviii merujuk kepada pengamatan seseorang. Perkara yang semudah robot ciptaan manusia seperti asimolxxiii, barangkali dapat dinyatakan hidup oleh seseorang kanak-kanak. Robot yang berupaya menjawab soalan, mengulangi nama si penanya, melakukan aktiviti menari dan berjalan serta memanjat tangga, kelihatan seperti suatu rekaan hidup padanya. Yang membezakannya dengan benda-benda yang mati dan 'hidup'nya robot asimolxxiii barangkali dirujuk kepada keupayaan bergerak dengan sendirinya. Benda mati tidak dapat bergerak dengan sendirinya sedangkan robot asimo lxxiii dapat bergerak dengan 'sendiri'nya. Seseorang dewasa tentunya tidak dapat menerima kenyataan bahawa robot asimolxxiii adalah sesuatu yang 'hidup'. Seseorang itu akan memberi takrifan yang lain tentang hidup iaitu sesuatu yang hidup haruslah berupaya untuk berkembang biak, tidak seperti robot asimo lxxiii yang tidak memiliki anggota seksualix dan organ peranakan atau sebagainya. Robot asimolxxiii mungkin suatu ciptaan yang berupaya 'makan' tenaga elektrik melalui pengaturcaraan program arahan tertentu yang tersedia padanya. Oleh itu seseorang dewasa hanya akan menganggap robot asimo lxxiii sebagai suatu benda mati yang menakjubkan. Begitu juga seorang ahli biologi yang berusaha mentakrif erti hidup dan mati terhadap sesuatu organisma x. Manusia secara umumnya akan menganggap subjek seni seperti virusxi adalah sesuatu yang hidup, subjek ini dapat membiak, menyerap sejumlah nutrienlxxxii dan tenaga sebagai pemakanannya yang semata-mata bertujuan untuk membiak. Apabila bilangannya menjadi sangat banyak, subjek ini pula berupaya untuk berpindah ke perumahperumah yang lain melalui jangkitan tertentu dan ber-

terusan membiak. Oleh yang demikian, virus xi dinyatakan sebagai sesuatu yang hidup. Takrifan sedemikian tentunya akan disangkal oleh ahli bioteknologi yang menyatakan virusxi bukanlah suatu organismax yang terdiri daripada sel. Virus xi didapati tidak beraktiviti apabila berada di luar perumah dan dikatakan sebagai subjek mati lantaran tidak dapat bergerak dengan sendirinya. Lalu bagaimanakah subjek seni ini dapat dikatakan sebagai hidup? Subjek seni ini tidak mengandungi sel yang berupaya mengawal kadar metabolismaxii sekalipun berupaya untuk menduplikasixiii dirinya. Sel-sel melakukan pembelahan sel untuk perkembangannya, sedangkan virusxi tidak bersifat sedemikian. Seterusnya sel-sel melakukan kerja-kerja tertentu secara sendirinya seperti menyerap bahan makanan dan oksigen, melakukan pembakaran untuk mendapatkan tenaga dan menggunakan tenaga berkenaan untuk perkembangan terkawal. Virusxi tidak dapat mengawal dirinya lalu bagaimanakah dapat dinyatakan sebagai hidup? Lalu takrifan hidup akan berbeza antara ahli bioteknologi dengan manusia secara umumnya. Hidup sebagai sesuatu yang berupaya untuk beraktiviti, berkembang biak serta mengawal perkembangan kolonixivnya. Perkara sedemikian berlaku terhadap hidupan seni seperti bakteria yang dapat berkembang biak secara terkawal. Virus xi terus berkembang biak secara tidak terkawal sehingga mencapai keadaan tepu dan akhirnya lenyap. Virusxi cacar adalah satu-satunya virusxi yang mengakibatkan penyakit yang dikenalpasti telah lenyap dengan terhasilnya vaksin yang dapat menumpaskannya. Sekiranya virusxi ditakrif sebagai sesuatu yang hidup, membiak sekalipun pada keadaan tidak terkawal maka virusxi ciptaan manusia yang tersebar melalui media komputer, layak dinyatakan sebagai sesuatu yang hidup. Virusxi ini terdiri daripada kod-kod binari xv yang

dapat melaksanakan aktiviti berkembang biak apabila berada dalam perumah iaitu komputer. Virusxi ini berjangkit dan membawa mudharat kepada pengguna-pengguna komputer sehingga mengakibatkan mereka kerugian.
ii. Mati Adalah Yang Mematikan Dan Hidup Adalah Yang Menghidupkan

Bermula takrifan hidupan adalah daripada sel (organisma x). Demikian itu masih lagi takrifan saintis secara umum. Apabila sampai ke tahap ilmu perubatan secara lebih teliti, takrifan tentang hidup dan mati sekali lagi berubah. Seorang yang berada dalam keadaan pengsan atau koma sedangkan organ otaknya masih menunjukkan aktiviti, dinyatakan sebagai masih lagi hidup secara klinikal manakala seorang yang koma dalam keadaan tiada lagi aktiviti otak yang dapat dikesani dikatakan sebagai telah mati secara klinikal. Namun terdapat kes, seseorang yang telah mati secara klinikal dengan tiada aktiviti otak serta tiada sebarang denyutan jantung, kemudiannya didapati masih hidup dan dapat 'hidup semula' setelah melalui proses kematiannya itu. Yang demikian itu, takrifan hidup dan mati terhadap sesuatu subjek atau individulxxvii masih dinyatakan sebagai sesuatu yang samar. Namun seorang manusia yang hidup didapati dapat menyaksikan kejadian-kejadian mati dan hidup. Tuhan sendiri mengagendakan kematian dan kehidupan dengan tujuan tertentu iaitu untuk menguji siapakah dalam kalangan hamba-hambaNya yang terlebih molek amalannya? Tentunya ada tujuan tertentu yang Tuhan lakukan sedemikian yang hanya Dia sahaja yang mengetahui. Takrifan hidup dan mati pada ukuran tubuh fizikallxxv didapati tidak selari dengan takrifan kerohanianxvi. Terdapat ayat dalam surah Al-Baqarah yang memberitahu bahawa Tuhan melarang umat ini memperkatakan terhadap

jiwa seseorang yang terbunuh pada jalan Tuhan sebagai mati, bahkan ia hidup di sisi Tuhan dan mendapat rezeki (2:154). Orang-orang yang beriman tidak harus menyebut 'mati syahid' terhadap individulxxvii yang terbunuh pada jalan Tuhan. Begitu juga dengan arahan untuk umat ini berperang pada jalan Tuhan dengan menyerbu musuh, sebenarnya adalah sesuatu yang membawa kepada kehidupan dan bukannya kematian. Hidup perlu ditakrif semula sebagai sesuatu yang dapat membawa kehidupan dan mati bagi sesuatu yang berjasad yang bernyawa adalah lantaran ke'hidupan'nya hanya membawa kepada kematian. Oleh itu adalah wajar untuk menyatakan bahawa bakteria yang dapat memberi sesuatu kebaikan yang membawa kepada kehidupan perumah seperti laktobasillus xvii adalah bakteria yang benar-benar hidup sedangkan virus xi yang tindakannya membawa kematian perumah maka virus xi itu sendiri adalah sesuatu yang mati. Lalu di antara yang hidup, yang manakah akan benar-benar membawa kebaikan? Demikian itulah ujian yang Tuhan mahu lakukan ke atas kita semua, sedang Dia Maha Menguasai Maha Pengampun. Demikian itulah kekuasaan Tuhan, memberi kehidupan kepada hidupan yang ada serta mendatangkan sesuatu yang lebih baik.
iii. Contoh Kerajaan Yang Mati dan Umat Yang Hidup

Praktikal seperti ini sebenarnya harus dicontohi oleh golongan pemerintah. Sejarah telah membuktikan bahawa negara yang paling besar di dunia ini serta gagah darihal persenjataan iaitu Soviet Union, akhirnya runtuh disebabkan oleh sifat-sifat pemerintahan yang tidak membawa kehidupan kepada manusia bahkan kematian yang dahsyat. Pemerintah Soviet Union di bawah pimpinan Leonid Breznev telah mengakibatkan lebih sejuta umat Islam di Afghanistan terbunuh dan lebih dua juta umat

manusia di Vietnam dan Kemboja maut. Pemerintahan sedemikian tidak diakui sebagai baik lantaran jumlah yang terbunuh sangat ramai. Umat Islam Afghanistan tidak ditewaskan dengan jutaan rakyatnya yang terkorban lalu mereka berjihad bermatimatian siang dan malam sehingga mengakibatkan kerajaan Soviet Union bangkrap, sekalipun tenteranya tidak ditewaskan. Akhirnya pemerintahan komunis Soviet runtuh digantikan dengan sistem pemerintahan alademokrasi lxxxi seperti Amerika Syarikat. Kita sering dapati suatu pemerintahan itu sering digantikan dengan pemerintahan lain yang lebih baik disebabkan kegagalan pemerintahan terdahulu membawa sesuatu yang bersifat menghidupkan serta memberi keadaan yang lebih baik kepada rakyat serta kehidupan manusia seluruhnya.

67:03 Kerajaan Tuhan dengan Sistem Tujuh Lapisan Langit Yang telah merekabentuk Ia tujuh (petala) langit xviii bertindih-tindih. Tidak engkau lihat, pada ciptaan AlRahman daripada (sebarang) berlebih kurang. Maka kembalilah oleh engkau akan pandangan itu, adakah engkau lihat daripada (yang) terbuka?
Dia lah Yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit Yang berlapis-lapis; Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan Yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika Engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan (mu) - Dapatkah Engkau melihat sebarang kecacatan?

i.

Nama-nama Lapisan Lelangit Dan Peranannya

Penciptaan langit adalah sedemikian rupa sebenarnya adalah agenda Tuhan untuk menampung hidupan di bumi ini. Tujuh lapisan langit yang setiap lapisan itu memainkan peranannya yang tersendiri. Lapisan langit yang tertinggi adalah astrosferaxix. Lapisan ini terdiri daripada medan magnetik bumi. Terkandung dalam lapisan ini adalah bulan (71:16) dan meteoroidxx yang sentiasa mengelilingi bumi. Lapisan ini memainkan peranan menepis cas-cas besar dari matahari untuk dipesongkan ke bahagian sisi dan tidak terkumpul di langit bumi sehingga mengakibatkan kilatkilat besar berlaku. Sekiranya bumi mengalami pengurangan medan magnetik barang sedikit maka, sinar-sinar bercas seperti positron xxi, proton dan sebagainya akan terkumpul pada bahagian yang menghadap permukaan matahari membentuk tompokan radikal bebasxxii yang berupaya melepasi lapisan ozon. Mana yang melepasinya akan membentuk awan-awan bercas sehingga menghasilkan kilat-kilat besar. Fenomenaxxxiv sedemikian sebenarnya dapat berlaku juga selepas letusan matahari secara menghadap ke permukaan bumi dengan kadar yang bersangatan. Kesan ribut petir dapat dijangkakan akan berlaku selang 24 jam hingga 36 jam selepas itu. Astrosfera menindih ionosferaxxiii di bawahnya. Ionosfera terdiri daripada cas-cas positif dan negatif radikal bebasxxii yang membezakan antara vakum angkasalepas dan lapisan bergas mesosfera di bawahnya. Cas-cas ini sebenarnya bergerak secara terheret dari barat ke timur mengikut pergerakan bumi. Dengan sifat bercas dan secara relatifnya meredah medan magnet ke arah barat menyebabkan cas-cas positif ringan seperti proton lebih cenderung untuk ditolak semula ke bawah ke arah permukaan bumi dan cas yang lebih berat daripada ion-ion negatif ke arah yang lebih

tinggi. Tetapi cas-cas negatif yang berat akan berada di sana tidak terlepas ke angkasa-lepas yang sentiasa diimbangi dengan semburan proton dari matahari. Cas-cas negatif memainkan peranan menahan proton daripada terus terlepas ke angkasalepas. Sekiranya kekuatan medan magnet bumi mengalami pelemahan maka ketebalan lapisan ionosfera akan meningkat dengan ketara. Kita harus bersyukur lantaran Tuhan yang telah menciptakan matahari menyembur cas secara agak tetap sehingga atmosfera bumi didapati agak tebal dan dapat menampung hidupan. Selain daripada peranannya menahan henjutan frekuensi rendah, ionosfera amat berfaedah sebagai media perambatan elektromagnetik frekuensi tinggi dari 3 Mhz hingga 30 Mhz. Komunikasi radio dapat berlaku antara dua tempat yang sangat berjauhan dan kaedah komunikasi ini adalah kaedah yang paling boleh diharap, yang tidak akan terganggu walaupun pada ketika peperangan. Ionosfera menindih mesosferaxxiv. Lapisan ini adalah merupakan lapisan paling sensitif lxvii terhadap perubahan yang berlaku di bumi ini. Sekiranya lapisan ionosfera merupakan lapisan yang panas hingga mencapai 350 darjah celcius, lapisan mesosfera pula merupakan lapisan yang sangat sejuk kurang daripada 150 darjah celcius di bawah paras beku. Kesejukan lapisan ini berperanan menghalang wap-wap air yang meninggalkan permukaan bumi daripada terus dilepaskan ke angkasalepas. Geosaintisxxv telah lama mengetahui bahawa keadaan bumi dengan jisim sedia ada, sebenarnya tidak mampu menahan komponen air daripada terus terlepas ke angkasalepas. Namun dengan perlindungan tertentu dan berbetulan air dapat berada pada ketiga-tiga tahapxxvi di bumi ini, menjadikan keadaan air dapat bertahan di sini dan ini merupakan suatu fenomenaxxxiv yang amat-amat menakjubkan. Sekiranya terjadi

sesuatu terhadap lapisan ini sehingga suhunya meningkat, air akan terus dapat melepasinya ke angkasalepas sehingga mengakibatkan tekanan di permukaan lautan akan jatuh dan lautan akan membuakxxvii (81:06) kerananya. Mesosfera menindih stratosferaxxviii dengan suhu sekitar 150 darjah celcius di bawah paras beku. Antara lapisan ini terdapat lapisan ozon. Lapisan ozon berupaya menghalang sinar bahaya lampau lembayung dari matahari dan daripada sinaran kosmik yang banyak terdapat di angkasaraya. Lapisan ini bukan lagi merupakan lapisan berion seperti ionosfera dan mesosfera, tetapi benar-benar terbina daripada gas sepenuhnya. Hanya pesawat tertentu seperti helios yang direkabentuk oleh NASA mampu mencapai ketinggian ini sekitar 30,000 meter dari aras laut. Keadaan sedia ada yang melindungi bumi ini telah memungkinkan hidupan dapat bertahan di mukabumi ini dalam tempoh yang sangat lama mencapai jutaan tahun. Hanya kemudian ini apabila perindustrian pesat telah dilakukan oleh manusia, bumi ini mulai menunjukkan perubahan yang membinasakan.
ii. Lapisan Yang Tiada Kebocoran

Melihat kali kedua terhadap fenomena xxxiv langit adalah dengan melihat isi kandungan lapisan langit berkenaan. Gas-gas paling ringan seperti gas hidrogen dan helium sebenarnya berada pada kedudukan paling tinggi. Gas-gas ini membentuk radikal bebasxxii. Dengan suhu yang sangat sejuk sekitar suhu ruang angkasa itu sendiri, gas-gas ini terbiar berkeadaan sedemikian berada di bawah pengaruh graviti bumi dan berada di sekitar bumi ini. Sekalipun hidrogen dapat mengadakan ikatan hidrogen terhadap sebatian-sebatian lain yang mengandungi unsur nitrogen, oksigen dan flourin, namun paduan atom-atom hidrogen yang membentuk gas hidrogen dapat terlepas daripada

sebatian berkenaan dan terus berada pada kedudukan yang paling tinggi. Semua sebatian ringan yang tidak membentuk ikatan hidrogen seperti gas klorin serta gas nadir dapat melepasi lapisan mesosfera sehingga berada pada kedudukan yang tinggi tetapi di bawah lapisan astrosfera. Pada kedudukan melebihi 150 km, nun tinggi di atas sana, gas-gas ini kurang berinteraksi antara satu jenis dengan jenis gas yang lain dan keadaan sebenarnya yang terbentuk adalah ion-ion daripada gas-gas berkenaan. Gas-gas bertukar bentuk daripada keadaan molekul kepada ion dengan tenaga pengionan. Tenaga pengionan datang daripada sinaran matahari serta sinaran kosmik yang datang dari kedudukan yang jauh di angkasalepas. Lapisan berion lebih bersifat seperti api atau wap asid yang membakar. Oleh itu suhu ketinggian pada paras lapisan langit yang berbeza adalah berubah-ubah daripada suhu sangat rendah sekitar 2 kelvin, kepada suhu yang tinggi sekitar 350 darjah celcius dan kepada suhu yang rendah bawah 150 darjah celcius di bawah paras beku dan meningkat semula apabila semakin menghampiri permukaan bumi kepada suhu bumi sekitar 25 darjah celcius. Sekali kali tidak akan berlaku lapisan mesosfera akan terbuka kepada astrosfera dan tidak juga lapisan stratosfera terbuka kepada ionosfera. Begitu juga lapisan ozon dan atmosfera tidak akan terbuka kepada mesosfera. Semuanya bagaikan kuih lapis yang saling melindungi antara satu lapisan dengan lapisan yang lain yang tidak akan bercampur semasa pembikinan. Semakin rendah suatu lapisan langit, tidak akan terdapat banyak ion-ion radikal bebasxxii yang terbentuk. Lapisan ozon sendiri adalah merupakan molekul-molekul oksigen O3 yang bertindak sebagai lapisan penampan sinar-sinar bahaya dari matahari dan bintang-bintang. Sebenarnya lapisan yang nipis ini sendiri merupakan molekul-molekul

baru ozon yang sentiasa terbentuk kesan daripada pancaran berterusan sinar lampau lembayung ke atas molekul oksigen. Sebenarnya stratosfera bermula dari bahagian bawah lapisan mesosfera ke lapisan yang lebih rendah, adalah tempat terkumpulnya gas-gas seperti nitrogen, oksigen, ozon, flourin dan kloroflorokarbon secara relatifnya terdiri daripada campuran-campuran gas yang mempunyai pelbagai berat molekul. Gas nitrogen dengan berat molekul 28, oksigen 32, ozon 48, flourin 34 dan kloroflorokarbon dengan berat molekul berubah sekitar 60 hingga ke 100 u.j.axxix. Lapisan ini dikenali sebagai lapisan interaksi Nitrogen-Oksigen-Flourin (NOF). Lapisan stratosfera ini yang suhunya kurang daripada 150 darjah celcius di bawah paras beku memainkan peranan yang amat penting untuk menghalang wap-wap air daripada melaluinya. Tidak akan berlaku kebocoran antara lapisan hidrosfera iaitu tempat terjadi aktiviti air hingga ke lapisan mesosfera melaluinya.
iii. Lapisan Yang Akan Dibocori

Sehingga kini belum pernah terjadi secara nyata kejadian kebocoran antara lapisan bawah atmosfera dengan lapisan mesosfera melalui stratosfera. Lapisan interaksi NOF daripada campuran radikal bebasxxii pada lapisan mesosfera akhirnya membentuk gas-gas neutral sepenuhnya pada lapisan stratosfera. Campuran seperti ini dikenali sebagai plasma. Plasmaxxx memberi interaksi pewarnaan tertentu sebagai suatu fenomenaxxxiv yang sering terjadi di kawasan kutub-kutub bumi. Apabila kapal angkasa memulakan tujahan ke angkasalepas, wap-wap air yang terlalu banyak lagi panas dilepaskan kembali ke bumi sehingga ke altitud yang paling tinggi. Wap-wap air ini bertenaga tinggi dan dapat berada dalam tempoh yang agak lama sehingga beberapa hari pada

lapisan mesosfera disebabkan wujud ikatan hidrogen antara molekul air dan komponen-komponen gas lapisan interaksi NOF. Wap-wap air ini dapat bergerak ke kutub membentuk awan polar mesosfera pada ketinggian kira-kira 80 hingga 85 kilometer. Kilauan awan sedemikian pada waktu malam memberi pandangan yang menggerunkan akibat pembentukan hablur ais yang kecil. Kejadian seperti ini memberi gambaran apabila berlaku pelemahan lapisan langit suatu masa nanti, wap-wap air akan dapat berada pada lapisan mesosfera yang sangat tinggi itu. Sehingga sekitar jam 9:30 malam suatu tompokan besar awan berkilauan dapat dilihat di ufuk barat dan seawal jam 4:30 pagi di ufuk timur menjelang akhir riwayat bumi ini.

67:04 Perhatikan Lelangit Secara Bersungguh Kemudian kembalilah oleh engkau akan pandangan itu dua kali (nescaya) ia kembali kepada engkau akan pandangan itu akan (suatu) yang memukau sedang ia (pandangan itu suatu) yang memenatkan*.
kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu Dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga Dengan sia-sia). i. Pemerhatian Yang Memukaukan

Pandangan tadi dinyatakan pada pertimbangan kandungan lapisan-lapisan tertentu. Kini kita bawa pandangan pada pertimbangan interaksixxxi setiap lapisan langit terhadap perubahan. Kajian tentang astrosfera sebenarnya menjurus kepada keadaan luar dari lapisan ionosfera bumi. Pelbagai peralatan dari bumi telah dihantar ke angkasalepas, untuk

memerhati serta menjawab persoalan yang timbul daripada beberapa fenomenaxxxiv yang berlaku di angkasa. Sebagai contoh, penentuan aktiviti medan magnet yang sering berubah-ubah dapat diperhatikan daripada perubahan magnetik bumi yang berlaku sepanjang masa. Sebenarnya terdapat interaksi antara medan magnet bumi dengan medan yang tersedia dari matahari yang juga sentiasa mengalami perubahan-perubahan tertentu.
ii. Tentang Astrosfera

Perubahan medan magnetik matahari memberi herotan tertentu kepada medan magnetik bumi. Selain daripada kehadiran medan ini yang sentiasa menjuruskan gas-gas ionosfera supaya sentiasa cenderung untuk dikembalikan semula ke bumi, perubahan magnetik juga mengakibatkan ketumpatan ionosfera sering berubah-ubah. Perubahan ini mengakibatkan kekuatan isyarat radio yang diterima dari suatu stesen pemancar turut berubah-ubah. Perkara ini menimbulkan kesukaran untuk mendapatkan suatu isyarat yang memberi output yang stabil supaya berita lebih mudah difahami. Untuk mengatasi masalah ini, banyak peralatan penerima isyarat frekuensi tinggi dibekalkan dengan tombol 'fading' supaya julat masa pelambatan isyarat dapat dipadankan.
ii. Tentang Ionosfera

Selain daripada perubahan siang dan malam, yang memberi perbezaan secara nyata terhadap ketebalan dan ketumpatan lapisan ionosfera, lapisan ini sering berubah-ubah akibat perubahan musim dan kitaran sekitar 11 tahun aktiviti 'sunspot'xxxii matahari. Semua pertimbangan faktor ini iaitu aktiviti sunspot matahari, keamatan fluks cahaya matahari, masa dalam sehari serta perubahan musim sentiasa memberi perubahan berlainan terhadap keupayaan penerimaan isyarat frekuensi tinggi. Sebenarnya kajian

demi kajian terus dilakukan disebabkan sentiasa terdapat faktor-faktor lain yang terlepas pemerhatian untuk mendapatkan keadaan yang boleh dijangka berlaku terhadap lapisan ionosfera untuk mendapatkan manfaatnya. Pemerhatian-pemerhatian terhadap lapisan langit telah dilakukan sejak sekitar 100 tahun dahulu dan setiap faktor baru yang ditemui sentiasa tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan untuk mengetahui interaksi lapisan langit berkenaan secara jitu. Frekuensi Boleh Guna Pertengahan MUF, yang diperolehi sekalipun dapat juga dijadualkan sentiasa perlu diubahsuai yang tentunya disebabkan oleh faktor-faktor lain yang tidak diketahui. Saintis astrosfera, sentiasa mencari peluang keadaan-keadaan tertentu seperti semasa kejadian gerhana matahari untuk mengkaji fenomena perubahan sedemikian terhadap kebolehgunaan lapisan ionosfera untuk tujuan penghantaran isyarat frekuensi tinggi.
iii. Lapisan Kepenatan

Saintis-saintis atmosfera, telah sedia mengetahui kesan perlepasan gas-gas rumah hijau seperti metana lxx, kloroflorokarbon, freon, karbon monoksida, sebatian sulfur, nitrogen dan fosforus ke ruang angkasa. Mereka mengetahui gas-gas berkenaan memberi kesan langsung terhadap lapisan langit tertentu seperti lapisan ozon, peningkatan suhu atmosfera, kejadian hujan asid dan sebagainya. Dengan itu mereka giat mempromosi kempen penanaman semula secara besar-besaran pelbagai tumbuhtumbuhan yang dijangka dapat menyerap kembali gas-gas karbon dioksida sehingga dapat menyejukkan persekitaran bumi serta memulihkan keadaan. Penanaman pertanian giat dijalankan dan sekali lagi mereka melupai kesan-kesan penggunaan baja sintetik seperti nitratlxxix, sulfat, fosfat yang memberi kesan yang besar terhadap lapisan atmosfera

sehingga mengakibatkan kejatuhan tekanan udarakasa serta mengakibatkan kejadian-kejadian yang membinasakan seperti taufan, banjir kilat, tanah runtuh dan sebagainya. Gas-gas ini sekalipun secara relatifnya agak ringan, seperti juga molekul air, namun keupayaan pembentukan ikatan hidrogen dengan wap air, membolehkan gas-gas sedemikian sentiasa didapati pada altitud yang rendah. Gasgas ini berupaya bertindakbalas secara endothermik xxxiii dan menyejukkan udarakasa serta menurunkan tekanan secara tiba-tiba apabila berlaku penumpukan awan tebal.
iv. Tentang Atmosfera Secara Umum

Pada situasi kering, gas-gas ini dapat naik sehingga ke lapisan stratosfera dan berperanan menambah kesejukan kepada lapisan berkenaan. Akhirnya gas-gas ini akan turun semula ke bumi apabila sampai di kawasan yang lembab sehingga banyak menimbulkan bencana di belahan-belahan bumi yang lain. Semua ini menunjukkan di sebalik pengamatan saintis terhadap lapisan langit, mereka masih gagal mengenal pasti punca-punca yang merosakkan lapisan langit sehingga langit membawa bencana kepada permukaan bumi. Mereka masih lagi menyalahkan perubahan cuaca tanpa menyedari pemberitahuan sedemikian dapat diperjelas secara terperinci melalui kitab suci.

Kegagalan Memulihkan Bumi Menidakkan Kelayakan Mereka Mengekalkan Kerajaan


Saintis yang dihasilkan daripada corak pemerintahan sedia ada, sebenarnya hanyalah sebagai penyaksi kepada fenomenaxxxiv kemusnahan demi kemusnahan. Mereka membentuk ilmuwan-ilmuwan teoritikal yang mengetahui tentang masalah yang terjadi, lalu mengadakan kempenkempen namun kempen-kempen mereka tidak berkesan. Akibatnya, kehidupan manusia bukan lagi merupakan suatu

manifestasi keberkatan. Walhal yang dinyatakan Tuhan, kerajaanNya adalah merupakan kerajaan yang membawa baraqah. Serta kebaikan-kebaikan kepada manusia dan seluruh hidupan yang terdapat di alam ini. Pemerintahan yang benar, yang layak menerajui kekuasaan haruslah merupakan pemerintahan yang memanifestasikan kekuasaan Tuhan dalam bentuk keberkatan hidup. Penemuan ilmuwan-ilmuwan mereka haruslah merupakan sesuatu yang praktikal yang dapat dipraktikkan lxvii oleh sebahagian besar umat dan akhirnya menjurus kepada sebuah pemerintahan yang baraqah serta kehidupan yang harmoni. Kerosakan telah berlaku di seluruh dunia. Bumi semakin panas, bencana alam semakin meningkat. Kecelaruan dalam kehidupan manusia semakin menjadi-jadi. Seolaholah bumi ini merupakan sebuah planet yang amat merbahaya didiami.

67:05 Langit Rendah Yang Dihiasi Dan demi sesungguhnya telah menghiasi Kami akan langit dunia dengan pelita-pelita dan telah menjadikan Kami akannya pelempar-pelempar terhadap syaitansyaitan dan telah menyediakan Kami bagi mereka seksa yang menyala.
dan Demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit Yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) Dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap syaitan-syaitan dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka Yang menjulangjulang.

i.

Tentang Mesosfera

Kekuasaan Tuhan sebenarnya meliputi yang nyata (alam manusia) dan juga yang ghaib (alam jin). Langit dunia adalah merupakan langit yang rendah dan yang dikatakan langit yang rendah adalah bahagian-bahagian yang berketumpatan gas dengan ketumpatan yang tinggi iaitu di bawah lapisan mesosfera iaitu stratosfera, lapisan ozon serta lapisan atmosfera itu sendiri. Hanya pada langit bahagian ini batu meteor dapat bergeser dengan udarakasa serta terbakar menjadi pelita yang terang. Pada masa-masa tertentu aluran meteor xxxv dapat dilihat sebagai suatu yang indah menghiasi langit malam. Jarak dari permukaan bumi adalah sekitar 70 kilometer. Dalam beberapa terjemahan dinyatakan sebagai bintang, namun sebenarnya bintang yang paling hampir adalah matahari dan yang lainnya berada pada kedudukan sangat jauh dari bumi ini. Sebenarnya terdapat perkataan khusus yang ayatayat Al-Quran nyatakan sebagai merujuk kepada objekobjek yang berlainan. Perkataan-perkataan tersebut adalah
ii. Nama-nama Objek Angkasa

1. 2. 3. 4. 5.

Al-Khunnas An-Nujm Kaukab Mishbah Syihab

Komet (81:15)

Bintang & Komet (16:12/16 & 86:3) - Planet (12:4 & 24:35) Pelita & Meteor (67:5) Panah-panah Api atau Peluru Berpandu (72:08)

An-Nujm boleh diterjemahkan sebagai bintang dan dapat juga difahami sebagai komet. Ahlul Nujum adalah seseorang yang dinyatakan pakar tentang pergerakan bintang

serta komet yang dikaitkan dengan perkara-perkara mistik serta perkhabaran sesuatu yang akan datang. Kedua-dua bentuk terjemahan haruslah disesuaikan dengan hubungan ayat. Yang dikatakan sebagai pelita pula adalah juga suluh api yang terang sebagai-mana dinyatakan dalam surah Al-Jin. Ayat ini menjurus kepada ciri-ciri lengkap bumi yang Tuhan sediakan dengan perlindungan-perlindungan tertentu dan adapun perlindungan daripada gangguan ghaib yang disebabkan oleh usaha syaitan mencuri dengar perkhabaran langit adalah dengan menyediakan pelita yang menyala yang akan menyiksa mereka dengan nyalaan (72:8/9). Sistem perlindungan yang terdapat pada langit bumi telah dijelaskan sebelum ini dan juga dalam surah AlBurujxxxvi. Demikian itu seksa yang membakar yang mereka perolehi dalam dunia ini lagi atas keingkaran mereka.
iii. Meteroid Sebagai Perejam Syaitan

Adapun persoalan yang menjurus kepada kegunaan meteoroidxx yang sentiasa terapung-apung di angkasa-lepas yang akan jatuh apabila mencapai kerendahan tertentu di atas permukaan bumi, membentuk meteor, tentunya merupakan sesuatu persoalan dan perancangan ghaib Tuhan yang Maha Mengetahui. Tuhan yang Maha Mengetahui menjelaskan segala-galanya darihal kegunaan sesuatu yang tampak indah pada pandangan mata manusia adalah azab yang disediakan kepada syaitan daripada bangsa jin terhadap keingkaran mereka. Begitu-lah perkara ghaib yang tidak tercapai oleh pancaindera manusia sama ada melalui peralatan tertentu yang dapat direkodkan dan disaksikan oleh keseluruhan manusia. Sekiranya Tuhan yang membentuk kerajaan langit dan bumi ini, memberitahu manusia perkara yang tidak manusia ketahui darihal pencegahan terhadap sesuatu yang dapat memudharatkan

kehidupan manusia, hal sedemikian harus dipelajari manusia agar melakukan yang terbaik dalam membentuk kepimpinan mereka.

67:06 Mengingkari Kerajaan Tuhan Menempah Jahanam Dan bagi orang-orang yang mengingkari terhadap Tuhan mereka, seksa Jahanam dan (demikian itu adalah) seburuk-buruk tempat kembali.
dan bagi orang-orang Yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Sebenarnya apakah yang dikehendaki Tuhan dalam kehidupan manusia ini? Adakah Tuhan menghendaki untuk membiarkan sahaja umat manusia menempuh kehidupan tanpa kawalan sehingga mereka boleh melakukan apa sahaja dan merosakkan alam kediaman mereka sendiri sesuka hati? Untuk mereka yang gemarkan kerosakan sebegitu, neraka Jahanam itulah seburuk-buruk tempat bagi mereka yang mengingkari bahawa kerajaan Tuhan adalah kerajaan yang memberkati. Sesungguhnya Al-Quran adalah sebuah kitab yang diturunkan sejak sekian lama lebih 1400 tahun yang lalu. Sebenarnya manusia lebih terpegun dengan catatan daripada Nostradamusxxxvii yang baru berusia sekitar 500 tahun yang lalu dan begitu juga mereka sanggup mengkaji catatan-catatan Injil lama yang ditemui sekitar Tasik Galileilxxii yang lebih dahulu daripada AlQuran dan juga catatan-catatan kaum Maya, kaum Inca dan kerajaan Aztec silam. Namun apabila berhadapan dengan Al-Quran yang merupakan kitab lama yang masih terpelihara, mereka menerimanya dengan rasa meluat.

Sedangkan Al-Quran adalah kitab yang membenarkan kitab-kitab terdahulu yang ada di sisi mereka. Menjelaskan tentang permasalahan mereka serta dapat menyelesaikan segala permasalahan manusia. Berkenaan dengan seksa Jahanam, pernah suatu ketika dahulu suatu bunyian berupa jeritan disiarkan melalui radio penyiaran BBClxxi, memberitahu suatu penemuan bunyi dari bawah bumi menyerupai bunyi yang keras seperti sekumpulan orang yang sedang diseksa bahkan di latar belakang bunyi itu terdapat puluhan atau ribuan jeritan yang serupa bersama bunyi mesin pengorek. Adakah bunyian sedemikian merupakan bunyi yang benar? Kerana pengadilan Tuhan hanya berlaku di akhirat nanti terhadap jiwa-jiwa yang telah menempuh kematian, penulis hanya dapat memberi pandangan, sekiranya suara jeritan itu benar, tentunya itu merupakan bunyian yang akan disaksikan nanti di akhirat.

67:07 Jahanam : Relau Yang Menggelegak Tatkala telah dicampak mereka padanya, telah (pasti) mendengar mereka baginya (suatu) jeritan sedang ia (suatu yang) menggelegak.
apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.

Kerana gambaran sedemikian merupakan suatu gambaran yang dapat diterima akal manusia yang berada di dunia ini. Al-Quran selalu memberi gambaran suatu yang dapat diterima akal atau menjadi suatu kebiasaan manusia menerimanya. Namun gambaran sebenar di akhirat nanti adalah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan oleh mana-

mana manusia di dunia ini. Masakan seseorang itu dapat menerima, sesuatu pengalaman jiwa yang tidak lagi terdiri daripada tubuh, semasa diseksa, akan mengeluarkan suatu suara atau bunyian yang dapat diterima oleh deria pendengaran manusia secara nyata! Namun sebagai golongan beriman, harus menerima bahawa sememangnya terdapat sesuatu yang dinamakan seksa kubur, dalam suatu bentuk yang tidak tercapai oleh akal fikiran manusia masakini. Penerangan-penerangan ini hanya berusaha membawa suatu huraian munasabah seberapa hampir yang boleh, tentang suatu perkara ghaib namun perkara sebenar hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Yang menjadi persoalan ialah, mengapakah peristiwa sedemikian harus dikhabarkan kepada manusia yang berada di alam nyata ini? Dan lxix pada masa yang sama mengapakah agama ini dan juga tentang Al-Quran yang sedemikian adanya telah dijadikan suatu ajaran yang amat dibenci daripada didengari oleh manusia? Seolah-olah mereka tidak akan menghadapi apapun yang telah dikhabarkan darihal bencana yang akan menimpa mereka di akhirat nanti dan berita-berita bencana terhadap kejadian yang akan berlaku kemudian hari. Padahal pada masa yang sama mereka sibuk dan terkial-kial dalam membuktikan sesuatu tentang kehidupan dan sebahagian pengalaman kematian individu-individulxxvii tertentu.

67:08 Jahanam : Suatu Tempat Seksaan Ia hampir-hampir terpecah/meledak/meletup daripada (sebab) kemarahan, setiap kali, dicampakkan ke dalamnya satu golongan, telah bertanya ia akan mereka oleh penjaganya, adakah telah tidak ia datang akan kamu peringatan?

hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), Bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?" i. Tempat Tertutup dan Kedap

Sesuatu yang sedang menggelegak adalah apabila dipanaskan dengan punca haba yang amat panas. Apabila suatu bahan panas, ditindakbalaskan dengan sesuatu sehingga mengakibatkannya hampir pecah atau meledak atau meletup adalah disebabkan tekanan hasil tindakbalas yang berlaku secara serta merta. Kemampatan tekanan yang dihalang oleh dinding yang terbina daripada bekas yang kuat dapat menghalangnya daripada meletup.
ii. Panas dan Bertekanan Tinggi

Keadaan yang sedemikian dapat diperhatikan pada periuk tekanan yang ditutup rapat semasa sedang mendidihkan sesuatu. Tekanan kemuncak dilepaskan melalui suatu mekanismaxxxviii iaitu lubang yang terbuka disebabkan oleh tekanan berlebihan. Daripada penerangan ayat ini dapat difahami bahawa neraka Jahanam adalah suatu tempat azab yang tertutup rapat dan bertekanan sangat tinggi.
iii. Penjaga Yang Bertanya

Setiap kali sekumpulan golongan yang ingkar diarak masuk ke neraka Jahanam, pasti penjaga daripada kalangan malaikat akan bertanya mereka adakah telah tidak ia datang kepada kamu peringatan? Suatu persoalan dapat ditimbulkan iaitu bagaimanakah nasib seseorang yang dilahirkan daripada keluarga yang ingkar lalu ia tidak pernah terdedah dengan sesuatu yang berbentuk wahyu lxxvi Tuhan dan tidak pernah ada sepanjang hayat hidupnya

seseorang yang menyampaikan ayat-ayat Tuhan? Adakah ia akan dikecualikan, diadili atau turut serta diazab? Persoalan seperti ini sebenarnya amat sulit untuk dijawab. Dalam surah Al-Baqarah (2:06) menjelaskan bahawa golongan yang ingkar itu sama sahaja bagi mereka sama ada diberi peringatan atau tidak diberi peringatan tetap mereka tidak akan beriman. Oleh itu ukuran sama ada beriman atau ingkar, hal yang demikian telah tersedia dalam jiwa manusia. Kehidupan dunia ini tidak lain dan tidak bukan adalah ujian Tuhan kepada seseorang untuk mensahihkan perkara yang telah diketahui Tuhan darihal keimanan atau kekufuran seseorang.

67:09 Jawapan Ahli Neraka Jahanam Telah berkata mereka, bahkan sesungguhnya telah datang ia akan kami peringatan, lalu telah mendustai kami dan telah berkata kami tidak telah menurunkan Ia oleh Allah daripada sesuatu, sungguh (tidaklah) kamu melainkan dalam kesesatan yang besar.
mereka menjawab: "Ada! sebenarnya telah datang kepada Kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu Kami dustakan serta Kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (Wahai orang Yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada Dalam kesesatan Yang besar! i. Menuduh Pengikut Ajaran Tuhan : Sesat

Mengapa ancaman seksa yang sedemikian dijadikan ugutan kepada golongan yang ingkar? Apakah peranan mereka sehingga mereka diancam untuk didatangkan seksa? Sebenarnya, mereka adalah makhluk yang Tuhan ciptakan di

dunia ini, sama seperti makhluk-makhluk yang lain. Mereka makan, minum, berkeluarga dan berkediaman di mukabumi ini. Tidak seperti makhluk-makhluk lain, mereka diberi akal fikiran, supaya mereka pergunakannya. Namun mereka mempergunakannya untuk melakukan kerosakan demi kerosakan, sehingga bumi ini menjadi kawasan yang bahaya untuk didiami. Mereka mempengaruhi manusia lain untuk melakukan perkara yang sama iaitu kerosakan. Mereka sombong dengan anugerah akal fikiran yang diserahkan kepada mereka sehingga menuruti suatu kefahaman bahawa Tuhan tidak diperlukan dalam agenda kehidupan. Mereka menafikan segala bentuk ancaman yang akan Tuhan datangkan kemudian nanti. Bagi mereka ancaman sedemikian sesuatu yang diada-adakan dengan tujuan menakut-nakutkan semata-mata. Bahkan mereka mengeluarkan kenyataan yang besar iaitu tiada sesiapapun yang berhak menerima sebarang petunjuk ataupun ancaman daripada Tuhan. Sesiapapun jua yang mendakwa sedemikian, adalah berada dalam 'kesesatan' yang besar.
ii. Sebab-sebab Seksaan Gagal Menggunakan Pendengaran Dan Akal

Mereka menyamakan semua agama dalam rumpun kepercayaan yang serupa. Maka akhirnya kita dapati kehidupan manusia semakin porak peranda. Masalah jenayah meningkat. Bilangan manusia yang menjadi penagih ubat-ubat anti kemurunganxxxix dan ketenangan jiwa semakin bertambah, demi menghilangkan kegelisahan dalam hidup dan memperolehi keseronokan. Mengapakah mereka tidak menggunakan akal fikiran dengan sebenarnya? Mengapakah mereka memilih untuk tidak beragama atau beragama dengan agama yang mencelarukan? Sekiranya benar-benar mereka memikirkan, mereka haruslah

berasa takjub dengan kesempurnaan ciptaan Tuhan terhadap diri mereka. Lalu bagaimanakah mereka boleh mendakwa bahawa penciptaan diri mereka berlaku dengan sendirinya? Atau mereka menyatakan bahawa Tuhan hanya tahu menciptakan dan kemudian membiarkan ciptaan itu menempuh laluan masing-masing. Sekiranya demikian mereka haruslah bersungguh-sungguh memikirkan darihal penciptaan. Mereka sendiri tidak pernah mengetahui daripada bahan apakah dan bagaimanakah penciptaan awal itu bermula lalu bagaimana pula mereka dapat memikirkan ke manakah mereka akan dibawa selepas daripada kehidupan mereka ini? Kesesatanxl apakah yang mereka anuti?

67:10 Menggunakan Pendengaran Dan Akal Dan telah berkata mereka, kiranya telah adalah kami, kami mendengar atau kami memikirkan, tidak telah adalah kami, pada golongan (yang menghuni) (neraka yang) menyala.
dan mereka berkata: "Kalaulah Kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang Yang mencari kebenaran), tentulah Kami tidak termasuk Dalam kalangan ahli neraka". i. Akal Yang Membenarkan Wujud Akhirat

Mereka akan dapat menggunakan akal fikiran secara benar nantinya sebagai tanda penyesalan. Tidakkah mereka pernah memikirkan, sekiranya azab yang dijanjikan itu tiada atau balasan kebaikan yang dijanjikan itu tiada, maka tiadalah keperluan kebangkitan semula? Maha Suci Tuhan daripada melakukan sesuatu itu tanpa tujuan. Sekiranya kebangkitan semula itu hanya sebagai kehidupan yang

seperti kehidupan di dunia ini iaitu ada kematian dihujungnya, maka apakah ertinya nilai kehidupan sebelumnya? Dalam menghadapi kehidupan di dunia ini pun, tiada siapa dapat mendakwa bahawa kehidupan ini merupakan suatu kehidupan semula, hampir tiada siapapun dapat mendakwa atau mengingati bahawa ia pernah dihidupkan sebagai sesuatu makhluk lain sebelum ini. Sekiranya kehidupan sebelum ini ada, apalah ertinya nilai kehidupan sedemikian yang langsung tidak dapat diingati? Tanpa mengambil rekod kehidupan silam, kiranya ada sekalipun, jadilah kehidupan di dunia ini sendiri merupakan pengalaman baru**. Jadilah kehidupan ini tempat menempuh pengalaman hidup yang dapat dicatat sebagai ingatan. Yang akan dibawa oleh setiap jiwa dan tidak akan diwarisi kepada jiwa yang lain.
ii. Konsep Kehidupan Selepas Mati

Dalam hal catatan kehidupan, manusia sendiri dapat memaklumi bahawa perkara sedemikian adalah wujud. Catatan wujud dalam bentuk bekas-bekas peninggalan pada media tertentu. Catatan wujud pada kertas yang ditandai dengan dakwat. Catatan juga dapat dibuat melalui kod-kod binarixv dalam teknologi komputer dan dipindahkan kepada komputer yang lain. Sekiranya seorang ahli biologi dapat mempercayai bahawa catatan dapat disimpan dalam rekod tertentu, juga melalui susunan kod-kod genetik tertentu dalam DNA yang akan dipindahkan dalam kehidupan sel anak yang baru, lalu bagaimana mereka dapat menidakkan bahawa analogi catatan yang seumpama akan disimpan dalam roh urusan Tuhan, yang Tuhan sediakan dalam setiap jiwa**. Sekiranya seseorang anak, mewarisi sifat genetik daripada generasi sebelumnya, ia didapati tidak mewarisi pengalaman hidup generasi yang lalu itu. Ia akan menempuh kehidupannya dan membawa pengalamannya**(xli) masing-masing.

iii.

Mereka Tidak Tahu Mereka Sedang Mati Hanya Sedar Setelah Kebangkitan

Kemudian jiwa itu menempuh pengalaman kematiannya. Sepanjang kematiannya itu tidak akan ada sebarang catatan pengalaman. Jiwa yang menempuh kematian itu sendiri tidak menyedari bahawa ia sedang melalui tempoh mati (sekiranya ia sedar, ia tidak dapat dikatakan mati). Ia sendiri tidak berupaya untuk menyoal dan tidak juga berupaya untuk menerima jawapan. Sekiranya tempoh kematian itu adalah selama-lamanya maka benarlah sesuatu yang dikatakan kehidupan semula itu sebenarnya tiada, namun, mampukah jiwa yang mati itu menyaksikan sedemikian? Iaitu menyaksikan bahawa ia sedang melalui kematian yang selama-lamanya, dengan lain perkataan bahawa kehidupan semula itu tiada. Sebaik sahaja ia sedar, mati selama-lamanya yang dirasai sebagai dirinya telah tiada semasa kematiannya itu, tidak lagi dapat diistilahkan. Perkara yang semudah ini tentang konsep kehidupan selepas mati, mereka enggan memikirkan. Jadilah mereka golongan yang terpedaya dengan kehidupan maya di dunia ini yang tidak menjanjikan apa-apa melainkan kematian di hujung hayat mereka. Pelaburan yang mereka lakukan bersungguh-sungguh darihal tanaman, perusahaan, kewangan dan sebagainya akhirnya menjadi seperti fatamorgana. Semuanya membawa kerosakan dalam kehidupan mereka sendiri dan generasi selanjutnya yang merupakan anak-anak mereka sendiri. Mereka mengajari anak-anak keturunan mereka perkara yang sama iaitu bagaimanakah permulaan alam ini dicipta, daripada apakah alam ini dicipta, siapakah kita, bagaimanakah kesudahannya, apakah hasil kesudahannya, semuanya itu adalah suatu bentuk persoalan yang tidak releven untuk ditanyai dalam kehidupan ini. Mereka mendakwa bahawa mereka manusia yang paling mahir tentang kehidupan, dapat menjawab

segala-galanya tentang erti dunia fizikallxxv dan mereka meletakkan perkara metafizikal dan paranormal seperti suatu subjek yang lucu untuk diperbincangkan. Memperbincangkannya meletakkan seseorang pada tahap psikotikxlii. Seolah-olah memperbincangkan suatu tajuk kesesatan, pada kesesatan yang besar. Setelah jiwa 'mati' mereka tidak dapat menyaksikan bahawa kematian itu selama-lamanya, serta merta mereka menyedari yang mereka telah dihidupkan kembali (sedar = hidup). Tempoh kematian yang terlalu lama seolah selama-lamanya itu pada istilah kematian mereka, mereka tidak dapat menyaksikannya. Tiada erti tempoh kematian itu sekalipun telah berlalu tempoh yang terlalu lama! Yang bererti adalah bahawa jiwa mereka telah merasai menempuh kematian yang amat sekejap sahaja. Kehidupan semula yang dipercayainya dahulu tidak menjanjikan apa-apa itu, telah tersedia di hadapan mereka. Apakah yang dapat mereka lakukan kini? Hanya bersedia menanti suatu ketentuan yang mereka telah jangkakan bentuk ketentuan itu. Kerana mereka menyimpan maklumat tentang pengalaman hidup yang lalu dan mereka telah melakukan pekerjaan, amalan mereka perlu diteliti. Supaya mereka mengerti untuk apakah tujuan alam itu disediakan? Untuk apakah mereka diciptakan? Dan mereka melihat sendiri kesan amalan-amalan mereka terhadap alam kehidupan mereka dan kehidupan mereka masa lalu dan kini.

67:11 Mengiktiraf Kesalahan Diri Terus Masuk Neraka Lalu telah mengiktiraf mereka terhadap kesalahankesalahan mereka maka amat buruk bagi golongan (yang menghuni) (neraka yang) menyala.

akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang Yang kufur ingkar), maka tetaplah JauhNya rahmat Allah dari ahli neraka. i. Kesalahan Menjalani Hidup Yang Merosakkan

Apakah ertinya kesudahan suatu kesalahan yang mereka lakukan sehingga amat-amat membawa kerosakan? Mereka tidak akan dapat memulihkan keadaan yang sudah terlanjur yang mendatangkan kerosakan, lalu mereka menyesali. Begitulah sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian tiada gunanya. Sekiranya mereka diberi peluang untuk diselamatkan adakah mereka dapat menggunakan pengalaman mereka yang merosakkan itu untuk mendiami syurga-syurga yang telah Tuhan janjikan sebagai tempat yang damai serta kediaman abadi untuk golongan yang beriman? Bahawa kediaman dunia ini hanyalah tempat untuk menimba pengalaman yang dinamai sebagai amalan.
ii. Tidak Wajar Menuntut Sesuatu Menjadi Hak Milik

Kehidupan ini memang Tuhan sengajakan sebagai tempat kediaman yang tidak kekal supaya manusia yang mendiaminya sentiasa menyedari bahawa ia tidak berhak untuk menuntut segala sesuatu sebagai hak miliknya. Tidak harus seseorang itu menganggap ahli keluarganya adalah miliknya, hartanya adalah miliknya, status dan kedudukan adalah hak mutlaknya sehingga segalanya perlu diselesaikan di mahkamah! Mereka harus menyedari bahawa mereka tidak memiliki apa-apapun walaupun diri mereka sendiri dan segala yang ada dalam tangan mereka hanyalah merupakan amanah yang diserahkan kepada mereka dan akan diminta kembali dan diminta untuk dipertanggungjawabkan. Tuhan menguji siapakah antara manusia yang sanggup mengakui hakikat ini sehingga sanggup mengorbankan segala-galanya untuk Tuhan? Siapakah dalam kalangan manusia yang sanggup menuju ke suatu jalan

untuk melakukan amalan yang lebih baik serta memperbaiki kerosakan yang ada? Itulah tujuan hidup ini, yang kita sendiri akan menyaksikannya kemudian nanti.

67:12 Takutkan Tuhan Yang Ghaib Perolehi Keampunan Sesungguhnya orang-orang yang, mereka takut akan Tuhan mereka dengan (keadaanNya yang) ghaib, bagi mereka keampunan dan ganjaran yang besar.
Sesungguhnya orang-orang Yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala Yang besar.

Pada suatu ketika, dalam sesuatu keadaan yang secara umumnya tidak dapat difikirkan, iaitu tentang kehidupan semula dan tentang ketuhanan, lalu bagaimanakah penerimaan sedemikian dapat diterima oleh manusia melainkan mereka yang dapat menggunakan akal secara bebas? Oleh sebab kecenderungan manusia akhirnya menjurus kepada perkara agama, mereka harus meletakkan sempadan dalam pemikiran mereka antara suatu yang dapat dijawab melalui pertimbangan sains dan logik akal dengan suatu yang tidak dapat dijelaskan melalui sains dan akal fikiran. Hanya jawapan daripada Al-Quran, dapat memuaskan hati manusia tentang segala persoalan mengenai sesuatu yang dapat difikirkan dan sesuatu yang harus diterima oleh akal tanpa berterus-terusan mempersoalkannya. Tuhan sendiri berjanji dengan ganjaran yang besar untuk mereka yang takutkan akanNya, dalam keadaan Ia tidak pernah menyatakan diriNya. Takut akan Tuhan, meyakini kehadiranNya

dapat menyediakan suatu ikatan dalam hati manusia untuk melakukan sesuatu dengan matlamat yang kukuh. Mungkin suatu persoalan suka ditimbulkan oleh golongan yang ingkar daripada golongan atiesxliii dan dalam kalangan penganut kerohanian tertentu dalam menyatakan bahawa Muhammad (S.A.W) itu sebenarnya manusia yang mengagendakan perkara agama, atas nama Tuhan dan nama nabi-nabi dan rasul-rasul sebelumnya serta atas nama malaikat, yang semua itu dijadikan watak-watak ghaib tertentu dalam mempengaruhi manusia serta jalan pemikiran mereka. Jawapan yang mudah yang penulis dapat sediakan ialah mengapakah perkara-perkara yang amat bertepatan dengan penemuan yang bersifat ilmiah telah sedia tertulis dalam Al-Quran sejak lebih 1400 dahulu, hanya baru-baru ini diiktiraf, ditemui pada zaman moden dan zaman teknologi maklumat? Lalu dapatkah mereka menulis sebuah kitab seumpama AlQuran yang langsung tidak dapat dipertikaikan kebenarannya sejak dari dahulu lagi serta bernilai mukjizat yang bukan sekadar saintifik, futuristik xliv, linguistik serta sangat teliti cara susunannya? Perkara Al-Quran terbukti pernah memberi sumbangan yang besar dalam penemuan-penemuan dan pembentukan tamadun serta pernah membentuk beberapa kerajaan yang mengangkat martabat manusia yang sehingga kini hak kebebasan manusia dijadikan kempen-kempen politik dalam membentuk pemerintahan.

67:13 Menyampaikan Ayat-ayat Tuhan Dan sama ada kamu rahsiakan akan perkataanmu atau sama ada kamu nyatakan dengannya, sesungguhnya Ia Maha Mengetahui dengan kandungan dada.

dan tuturkanlah perkataan kamu Dengan perlahan atau Dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan Segala (isi hati) Yang terkandung di Dalam dada.

Dia yang Maha Mengetahui untuk apa tujuan seseorang itu menyampaikan perkataannya sama ada untuk tujuan keredhaan Tuhan atau tujuan yang lain daripada itu. Semua itu bergantung kepada sejauh mana ketakutan seseorang akan Tuhannya yang berkeadaan ghaib. Seseorang yang kurang takut kepada Tuhan, tentunya akan melakukan pekerjaan atau mengeluarkan perkataan yang kurang menggambarkan pendirian berhati-hati terhadap Tuhannya dan seseorang yang lebih takut kepada Tuhannya, tentunya akan melakukan pekerjaan atau mengeluarkan perkataan dengan lebih berhati-hati lantaran takut akan Tuhannya. Danlxix sesungguhnya yang takut akan Tuhannya di antara hamba-hambaNya adalah ulama atau golongan yang berilmu. Oleh itu pencapaian ilmu dapat dijadikan ukuran dalam mengetahui tahap ketakutan seseorang kepada Tuhannya. Ulama tidak diukur dengan pencapaian akademi kerana ramai daripada ahli akademi bahkan yang diiktiraf hingga ke tahap doktor falsafah (Ph. D.) yang diberi tanggungjawab memikul amanah tertentu, sanggup melakukan perbuatan pecah amanah. Ilmu harus diukur dengan penghayatan seseorang terhadap ayat-ayat Tuhannya, sekalipun ia bukanlah seseorang yang fasih dalam berbicara tentang ayat-ayat Tuhan.

67:14Secara Maha Halus Tuhan Maha Mengkhabar Adakah tidak Ia mengetahui sesiapapun iaitu (orang yang) telah mencipta Ia (akannya), sedang Ia Maha Halus Maha Mengkhabar?

tidakkah Allah Yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? sedang ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha mendalam PengetahuanNya!

Sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui tentang manusia seluruhnya. Pemberitaan ayat-ayat seperti ini dari awal ayat daripada surah ini, menggambarkan kepada manusia tentang kekuasaan Tuhan, yang telah mencipta alam ini dengan kesempurnaan tertentu sehingga manusia sendiri berasa lemah mengkajinya. Tujuan alam ini diciptakan sedemikian dan manusia dihidupkan serta dimatikan di dunia ini adalah bertujuan menguji manusia siapakah antara mereka yang terlebih molek amalannya?
i. Manusia Memilih Sendiri Cara Memerhati

Sifat daripada nama Tuhan adalah Maha Halus, Maha Memberitahu iaitu Tuhan yang Maha Mengetahui perkara yang sehalus-halusnya tentang manusia ciptaanNya dan sentiasa mengkhabarkan kepada ciptaanNya itu tentang perkara-perkara tertentu. Manusia mempelajari tentang kejadian dirinya sedikit demi sedikit, memindahkan ilmu untuk diwarisi daripada satu generasi ke generasi selanjutnya. Manusia diberi keupayaan mengingati tentang perkara-perkara tertentu dan merekodkan dalam bentuk catatan atau konsep-konsep ilmu. Terpulang kepada manusia itu untuk mensyukuri anugerah Tuhan sedemikian atau mengkufurinya. Daripada bahan asas tubuhnya, manusia mempelajari tentang susunan zarah yang membina tubuhnya sehingga suatu peringkat dapat mengenali zarah-zarah tertentu yang menjadi blok-blok binaan yang melengkapi tubuhnya. Berdasarkan kefahaman ini, manusia mengetahui keperluannya darihal pemakanan serta perkara-perkara perlu yang lain untuk sokongan hidupnya. Oleh kerana penciptaan manusia itu sendiri

merupakan suatu perkara yang amat rumit, terdapat banyak perkara yang hanya boleh dipelajari melalui perantaraan wahyulxxvi Tuhan. Lalu Tuhan mewahyulxxvikan manusia melalui RasulNya tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan dan ditinggalkan, termasuk makanan yang dihalalkan serta yang diharamkan. Selain daripada manfaat untuk manusia itu sendiri terdapat hikmah tertentu bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari hikmah berkenaan. Bagaimanakah hikmah itu dapat dipelajari sekiranya manusia itu sendiri yang memilih untuk mengingkari pemberitahuan daripada Tuhan? Bagaimanakah manusia dapat bergabung menjadi umat yang satu, sekiranya mereka mengambil panduan yang lain untuk ditaati?
ii. Manusia Memilih Sendiri Cara Mentadbir

Himpunan ayat bahagian pertama ini menjelaskan betapa terdapat sebahagian manusia yang akan menyesali, atas konsep kepercayaan mereka tentang ketuhanan yang menjurus kepada perlakuan amalan tertentu. Mereka dihumban ke neraka Jahanam atas kegagalan mereka mengambil pendengaran atau menggunakan akal tentang ketuhanan dan kekuasaanNya. Namun apakah faedahnya kesedaran itu yang akan berlaku di akhirat nanti? Sedangkan tujuan Tuhan adalah untuk mendapatkan kepatuhan manusia dalam tidak melihat keadaan Dia yang ghaib. Dia yang berjaya mencipta mereka sedangkan mereka sendiri tidak mampu memikirkan tentang langkah yang menjurus kepada penciptaan itu. Seterusnya manusia yang menyedari tentang hakikat ini akan melakukan sesuatu yang terbaik untuk dirinya dan ahli-ahlinya dalam menempuh kehidupan ini. Demi mendapatkan suatu bentuk kehidupan yang diredhai Tuhan. Setelah runtuhnya sistem kekhalifahan, manusia terumbang ambing dalam memahami matlamat hidup dan seterusnya mereka memilih

sistem hidup berdasarkan cara kapitalis atau komunis, yang terbukti kedua-duanya membawa mudharat tersendiri. Kemudian mereka memilih sesuatu yang bersifat antara keduanya dengan sistem tata susunan dunia baru atau perestroika, yang juga tidak pernah menyatakan hasil sebagaimana yang dijanjikan. Manusia perlu kembali kepada pengajaran Tuhan, untuk memperbetul peranan mereka sebagai khalifahlxv yang diamanahkan untuk mentadbir cara hidup di bumi ini dengan lebih bermaruah. Adakah mereka masih perlu menanti hari esok yang lebih menjanjikan azab?

(Seterusnya: Pengajaran Surah Al-Mulk)

Wahyulxxvi Tuhan Memperbetul Sistem Pentadbiran di Bumi Ini


Surah ini membincangkan perkara-perkara berkaitan pemerintahan. Sejak dari awal masehi, pemerintahan dunia adalah lebih dipengaruhi oleh unsur keagamaan daripada agama semitik iaitu Yahudi dan Kristian sehingga kepada agama yang tunduk kepada pelbagai objek seperti Arab Jahiliyah, Hindu, Katolik, Budha (ajaran Budhi suci) dan Shinto serta agama adat seperti Tao, Confusius dan sebagainya. Yang demikian adalah kecenderungan manusia untuk memilih agama bagi memenuhi naluri kerohaniannya. Belum ada sesuatu yang digelar falsafah lxiv yang ditunjangi atas dokongan ilmu sains. Oleh itu pentadbiran ke atas manusia telah terpecah kepada berbagaibagai bentuk menurut nilai-nilai setempat yang berbeza. Perbezaan ini membawa perselisihan kepada umat manusia sehingga mencetuskan suasana peperangan antara negara, perbalahan antara kelompok dan kabilah, krisis antara keluarga dan akhirnya pertelingkahan antara individulxxvii. Agama Islam datang kepada umat manusia pada zaman pertengahan yang lalu, mempertahankan nilai-nilai tertentu dalam agama semitik dan telah menyingkirkan aktiviti tunduk kepada banyak objek kepada satu objek. Agama Islam juga datang dengan nilai falsafah lxiv tersendiri (sekalipun bukan merupakan agama falsafah) serta memperkenalkan konsep menyembah satu subjek dan antara yang agak bernilai, agama ini telah melahirkan ramai saintis serta ilmuwan. Nilai-nilai kebebasan individu lxxvii mula diperkenalkan. Apabila sampai ke zaman Renaissance, berlaku krisis kepercayaan umat manusia terhadap peranan gereja sehingga kepada konsep ketuhanan. Konsep ketuhanan mula dipertikaikan di Eropah bermula zaman Revolusi Perindustrian dan telah hilang peranannya dalam pentadbiran. Pentadbiran Barat akhirnya terpecah

kepada dua bentuk iaitu kapitalis dan sosialis yang ditentukan oleh faktor ekonomi dan peranan pekerja. Manusia diperkenalkan dengan konsep 'ketuhanan' yang baru iaitu nilai falsafahlxiv dan penemuan saintifik. Ideologixlv demokrasilxxxi dan komunis telah dipaksakan ke atas umat manusia di seluruh dunia melalui penjajahan dan perebutan wilayah. Kini, hampir sebahagian besar umat manusia telah dipaksa memilih salah satu agama baru dalam pentadbiran negara mereka iaitu sama ada bertunjangkan ideologi demokrasilxxxi atau ideologi komunis. Berkat persefahaman dua ideologi ini yang cuba mengelak perselisihan antara mereka, dunia ini telah aman selama lebih 50 tahun. Apabila ideologi komunis mula mengalami keruntuhan, ideologi demokrasilxxxi telah dipaksakan ke atas negara-negara kecil yang pada asalnya menganut ideologi komunis seperti Iraq dan Korea Utara melalui sekatansekatan tertentu dan juga kerajaan beraja yang terasing daripada dua ideologi berkenaan seperti Afghanistan. Akibatnya, berlakulah peperangan yang dahsyat serta kejam yang menyaksikan kematian berjuta-juta umat manusia selepas Perang Dunia Kedua. Ideologi demokrasilxxxi yang menjanjikan penguasaan ekonomi kapitalis tanpa batasan dan kebebasan manusia mula menampakkan kejelekan dalam kehidupan sosial manusia. Mereka memerlukan perluasan wilayah demi untuk menyerap sumber hasil ekonomi bagi menampung dan menampal kepincangan ekonomi kapitalis yang berlaku. Kebebasan yang dilaung-laungkan telah menyaksikan banyak persengketaan antara manusia dan telah wujud semula peperangan antara negara, kebencian antara kelompok dan kumpulan, krisis antara ahli keluarga dan antara individulxxvii serta konfliklxxx peribadi yang amat meruncing masakini. Sehingga ada manusia yang hampir-hampir tidak mengetahui adakah ia seorang lelaki atau perempuan?

Di negara-negara yang pada asalnya terikat dengan pengaruh agama, Tuhan dan ajaran ketuhanan semakin dibenci dan di negara-negara yang pada asalnya ketuhanan telah diketepikan dalam hidup, kesucian agama mula diberi perhatian dan mereka dapat melihat bahawa hanya agama Islam sahaja yang dapat menyediakan tempat selamat dalam krisis kemanusiaan mereka. Suatu fenomena terbalik mula berlaku apabila umat Islam mulai murtad xlvi beramairamai manakala umat manusia daripada golongan ingkar pada asalnya, telah menerima Islam secara beramai-ramai.

67:15 Asas Peraturan Tuhan Dia yang telah mengadakan Ia bagi kamu akan bumi itu, suatu rentetanxlvii (peristiwa), maka mengembaralah olehmu pada tempat-tempat peristiwanya dan makanlah olehmu daripada rezekiNya dan kepadaNya kebangkitan.
Dia lah Yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki Yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).

i.

Peristiwa Dan Rentetannya

Perkataan diterjemahkan sebagai suatu rentetan, tetapi dalam terjemahan yang lain dinyatakan sebagai suatu yang mudah. Perkataan asalnya dalam bahasa Arab merujuk kepada jelaan kain (trail). Perkataan daripada kata asal iaitu telah menimpa susah ia, oleh

itu adalah lebih sesuai diterjemahkan sebagai tempat atau masa berlaku suatu peristiwa, iaitu tempattempat bersejarah. Peristiwa Nakba adalah peristiwa penyingkiran rakyat Palestin dari tanah air mereka. Dalam terjemahan lain dinyatakan sebagai segenap penjuru.
ii. Perintah Mengembara Untuk Mengkaji Peristiwa Dan Rentetannya

Perkataan dipasangkan dengan adalah sesuai untuk diterjemahkan sebagai rentetan iaitu suatu kesinambungan peristiwa bersejarah diikuti tempat-tempat bersejarah. Cuba bandingkan dengan terjemahan yang biasa ditemui iaitu Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagimu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya dan hanya kepadaNya kamu dibangkitkan. Penulis hanya sekadar memberi komentar bahawa terjemahan yang biasa sedemikian akan menjurus perintah kepada manusia, melalui kemudahan yang Tuhan sediakan pada mukabumi ini, supaya mereka banyak melancong! Setiap langkah adalah sejarah, bumi mengalami rentetan pergerakan geologi sehingga yang terkini adalah pemandangan yang dapat dilihat oleh manusia sekarang ini. Manusia mencatat rentetan sejarah dan terdapat tempattempat bersejarah yang dapat disaksikan agar perkara yang demikian dapat dipelajari. Kemudian mereka akan mengetahui apakah peristiwa-peristiwa besar yang menjadi sejarah terhadap peradaban dunia masakini? Mengapakah peradaban sering kali berubah? Sebagai contoh, dunia kepulauan Melayu sebelum ini dihubungkan dengan tulisan Sanskrit pada masa pemerintahan Sri Vijaya, kemudian beralih kepada penulisan Anacaraka pada masa pemerintahan Majapahit sebaik sahaja Sri Vijaya dikalahkan. Kerajaan Melayu berpindah ke Melaka dan

mula mengambil tulisan Jawi daripada pengaruh Arab dan terkini adalah tulisan Roman dengan pernomboran Arab yang dibawa oleh penjajah Barat. Tulisan Sanskrit dan Anacaraka telah luput ditelan zaman, yang tinggal hanyalah catatan sejarah yang dapat dipelajari. Demikianlah Tuhan perintahkan agar umat ini mempelajari rentetan sejarah dari tempat-tempat bersejarah agar mereka memahami masa silam, perkara-perkara yang berlaku sehinggalah masakini tentang latar belakang cara kehidupan yang ditempuhi umat. Bukan sekadar membawa pelancong-pelancong luar masuk untuk membawa dan memperkenalkan budaya mereka kepada masyarakat tempatan yang tidak dapat dinilai secara ekonomi.
ii. Melakukan Simulasi Peristiwa Silam

Daripada penjelajahan sedemikian seseorang dapat mempelajari peradaban silam dan membandingkannya dengan peradaban masakini, kehebatan-kehebatan keagungan silam serta kesalahan-kesalahan mereka sehingga mengakibatkan keruntuhan peradaban mereka. Sebagai contoh, suatu perkara penting yang dapat dipelajari ialah bagaimana peradaban Islam telah melalui zaman kegemilangan kesan daripada kebersihan iman mereka kepada Tuhan membawa kepada usaha bersungguh-sungguh memainkan peranan sebagai khalifahlxv Tuhan di mukabumi ini. Kemudian mereka mengambil pendirian mempersekutukan Tuhan, sehingga mereka bertelingkah tentang agama mereka dan juga perkara-perkara keduniaan, bekerja bersungguh-sungguh mengumpul harta benda dan memenuhi kehendak hawa nafsu. Akhirnya mereka ditimpa kelemahan sehingga terjerat dengan perangkap musuh yang sentiasa mencari-cari peluang menjatuhkan pemerintahan mereka. Hendaknya mereka terus mempersekutu Tuhan sekiranya mereka menghendaki jadi umat yang terhina lagi terlaknat.

67:16 Keupayaan Langit Mengkambus Bumi Ke Atas Manusia. Adakah telah (merasa) aman kamu, subjek (yang ada) pada langit itu, bahawa ia menutup dengan kamu akan bumi itu lalu tiba-tiba ia melitupi.
Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan Yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu Dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?

Cuba sekali lagi bandingkan dengan terjemahan yang biasa ditemui Adakah kamu merasa aman, terhadap siapa yang ada di langit, bahawa kamu akan ditenggelamkannya ke dalam bumi, ketika ia bergoncang dengan kerasnya.
i. Perbezaan Terjemahan Biasa Dan Terjemahan Harfiah

Terjemahan biasa memberi kefahaman bahawa terdapat suatu subjek yang berada di langit yang besar kekuatannya, dapat melakukan kegoncangan besar terhadap bumi sehingga mengakibatkan manusia ditenggelamkan. Kejadian seperti ini adalah seperti kejadian gempa bumi yang disebabkan oleh sesuatu yang jatuh dari angkasalepas, membawa gegaran yang besar. Walaupun terjemahan seperti ini tampak munasabah dan penulis tidaklah berkelayakan menafikannya, namun penulis lebih suka mengambil suatu bentuk kefahaman ayat yang menjurus kepada hubungkait himpunan ayat. Perkataan bermakna tutup dan adalah kata kerja muannas bagi bumi yang melakukan kerja melitupi.

Iaitu bumi itu bergerak dengan cara menimbusi sesiapa yang berada pada laluannya. Pergerakan bumi sedemikian dapat ditujukan kepada pergerakan lava gunung berapi atau tanah longsor yang runtuh dari bahagian bumi yang lebih tinggi. Penyebab kepada kejadian ini adalah sesuatu atau subjek yang terdapat pada langit dan subjek itu pula adalah sesuatu yang dapat dipastikan sebagai yang berada pada lapisan udarakasa yang terdapat di luar permukaan bumi. Kefahaman seperti ini, penulis dapat nyatakan sebagai sesuatu yang berkaitan dengan sistem pentadbiran manusia sepertimana yang disebutkan dalam ayat awal sebelum ini.
ii. Mengkaji Fir'aun Dikambus Air Akibat Tekanan Udarakasa

Iaitu apabila manusia, melalui sistem pentadbiran, mereka tidak berminat untuk mengkaji kesan-kesan peristiwa silam darihal kemusnahan umat-umat terdahulu, maka bagaimanakah mereka dapat memahami apa yang sebenarnya yang berlaku masakini? Sebagai contoh, dengan mengkaji hasil kerja yang dijalankan oleh pemerintahan Fir'aun pada masa silam, kita akan dapati mereka melaksanakan cara pemerintahan pecah belah dan perintah. Akibatnya, hubungan sesama masyarakat menjadi kacau bilau sehingga membangkit permusuhan antara puak. Kaedah pertanian yang mereka jalankan menggunakan terlalu banyak baja yang dibekalkan oleh pembesar Ammon. Akibatnya, perubahan cuaca berlaku dan langit terkesan sehingga menjadi bencana sama ada mengakibatkan taufan, kilat-kilat besar serta air laut yang menenggelamkan. Bencana alam yang membinasakan seperti yang dinyatakan berdasarkan kefahaman ayat sedemikian telah berlaku masakini.
iii. Peristiwa Taufan Morakot, Selut-selut Gunung Menenggelami Bangunan

Kejadian Taufan Morakot di Taiwan, beberapa tahun yang lalu telah mengakibatkan aliran selut dan lumpur dari tanah-tanah tinggi, melitupi kawasan-kawasan kediaman sehingga mengakibatkan banyak kematian. Kejadian yang suatu masa dahulu amat jarang sekali terjadi tiba-tiba pada sekitar waktu ini, menjadi peristiwa yang kerap berlaku. Seolah-olah ayat ini telah mula menunjukkan takwilnya sekitar waktu ini. Selain itu keruntuhan sebahagian gunung yang berlaku akibat perubahan cuaca, kesan daripada perubahan lapisan langit, menampakkan kekalutan yang sering menjadi-jadi. Contoh kejadian yang berlaku adalah pemecahan batu-batu gunung yang mengandungi perafrosxlviii, akibat kesan daripada kenaikan suhu bumi sehingga mengakibatkan berlaku keruntuhan tanah-tanah tinggi. Kejadian ini juga memberi pandangan fatamorganaxlix sebagaimana disebutkan dalam penerangan surah Al-Muzammil.

Akan sampai zaman, taufan-taufan besar dapat menyerap air yang terdapat di bawah gunung. Akibatnya, gunung menjadi kering kerananya dan ikatan tanah pada permukaan gunung menjadi lemah dan debudebu gunung berhamburan. Ayat berikut ini memberi gambaran akan datang peristiwa yang mengakibatkan pencemaran udara menjadi sangat teruk. Semua ini adalah disebabkan salah tadbir manusia yang memegang amanah daripada mengambil berat tentang pemuliharaan alam sekitar mereka. 67:17 Langit Yang Berupaya Mengutus Debu Yang Mengancam Manusia

Adakah telah aman kamu, subjek (yang ada) pada langit itu, bahawa ia mengutus atas kamu, butiranbutiran kecil maka nanti kamu (akan) mengetahui bagaimana (kesan) ancaman?
atau Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah Yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut Yang menghujani kamu Dengan batu; maka Dengan itu, kamu akan mengetahui kelak Bagaimana buruknya kesan amaranKu? i. Debu Daripada Bahagian Bumi Yang Lain

Butiran-butiran kecil boleh jadi debu (dukhan) atau jerebu atau ribut pepasir atau butiran halus meteorit yang jatuh ke bumi. Perkataan tidak bererti ia menjatuhkan atau ia menimpakan tetapi lebih kepada ia mengutus. Apabila man di langit menjadi pengutus kepada butiran-butiran kecil kepada manusia, yang demikian itu, sesuatu di langit itu menjadi media penghantaran. Butiran-butiran kecil tidak semestinya diutuskan kepada hidupan di bumi ini datangnya dari langit, bahkan boleh juga dari satu kawasan bumi ke kawasan yang lain tetapi melalui man di langit selaku medium penghantaran. Man boleh jadi malaikat atau komet yang jatuh atau lapisan langit itu sendiri.
ii. Debu Akibat Perubahan Cuaca

Akibat daripada tindakan rakus manusia tidak memelihara alam sekitarnya sehingga mengakibatkan bumi mengalami perubahan cuaca. Sebahagian permukaan bumi menjadi bersangatan kering dan sebahagian yang lain menjadi bersangatan lembab. Dengan tiupan angin yang kuat, debudebu halus yang terdiri daripada butiran kecil pepasir dapat diapungkan dari kawasan yang sangat kering hingga ke altitud yang tinggi menghampiri lapisan stratosfera dan

bergerak ke sebahagian besar permukaan bumi. Debu-debu ini menjadi punca kepada pengumpulan wap-wap air sehingga mengakibatkan pembentukan awan yang sangat tebal pada bahagian atas permukaan bumi yang lembab. Kelembapan mengakibatkan kesan hujan bersangatan semasa El-Ninol terutamanya di bahagian pantai barat sepanjang pantai Amerika Latin. Keadaan kemarau di Asia Tenggara, diburukkan lagi dengan pembakaran terbuka menghasilkan suasana berjerebu dalam tempoh yang panjang. Fenomenaxxxiv angin panas bersama debu kemerahan juga dapat terjadi di kawasan-kawasan gurun sehingga mengakibatkan penyakit yang memeritkan tekak. Pencemaran udara yang boleh diakibatkan daripada debudebu halus, jerebu atau asap pekat, sebenarnya dapat mendatangkan azab kepada manusia. Pencemaran seperti ini menyebabkan manusia menjadi mengantuk, barangkali supaya manusia dapat mengurangkan aktiviti mereka di luar rumah. Keadaan yang bersangatan dapat mengakibatkan penyakit pneumonia atau sesak nafas. Namun debu-debu pada kadar tertentu yang stabil berada di bumi ini sebenarnya membantu pembenihan awan sehingga terjadinya hujan. Debu-debu ini larut dalam air hujan dan jatuh ke laut, menyediakan media nutrien lxxxii yang sesuai untuk pemakanan planktonli. Hidupan laut dapat hidup dan bertindak sebagai suatu sumber pemakanan manusia.

67:18 Pengingkaran Kaum Terdahulu Sehingga Mereka Menderita Kesempitan Dalam Hidup Dan demi sesungguhnya telah mendustakan ia, orangorang yang dari sebelum mereka, lalu bagaimanakah telah adalah ia, kekurangan?

dan Demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) Yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasulrasulnya lalu mereka dibinasakan); Dengan Yang demikian, (perhatikanlah) Bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu. i. Bencana Kepada Umat Terdahulu

Sekiranya perkhabaran yang sedemikian iaitu ayat-ayat ini, telah diingkari oleh sebahagian umat manusia pada masa ini, sesungguhnya umat-umat terdahulu telah mengingkarinya. Cukuplah bekas-bekas peninggalan mereka menjadi peninggalan yang harus dikenang menjadi saksi kesan keingkaran mereka. Kejadian mayat-mayat beku akibat daripada debu piroplastiklii debu yang dibawa angin akibat daripada letusan gunung Visuvius di Italy, memberi gambaran yang cukup menggerunkan. Adakah manusia pada zaman ini tidak memperolehi pelajaran? Dalam penerangan daripada surah-surah selepas ini akan banyak menyentuh darihal kaum-kaum yang ingkar serta pengamalan mereka yang akhirnya membawa bencana kepada diri mereka sendiri.
ii. Bencana Yang Membinasa Tanaman Dan Sebagainya

Bencana yang menimpa mereka telah mengakibatkan mereka menderita kekurangan harta benda, makanan dan kemudahan yang selama ini mereka nikmati dalam kehidupan. Dalam surah Al-Haqqah dan Al-Maarij terdapat pembelajaran khusus peristiwa yang berlaku zaman mutakhir ini. Pembaca hendaklah menyusuri bacaan daripada surah-surah ini secara teliti untuk mendapatkan gambaran peristiwa yang akan berlaku pada masa akhir nanti kesan daripada amalan-amalan buruk yang dilakukan oleh manusia. Kesan-kesan keingkaran memberi jawapan yang buruk pada akhir kehidupan mereka.

67:19 Peraturan Tuhan Terhadap Sayap Burung Adakah dan telah tidak mereka melihat kepada burung di atas mereka, telah mengapung ia dan telah mengepit keduanya? Tiada yang ia mengawal akan keduanya melainkan Al-Rahman. Sesungguhnya Ia terhadap segala sesuatu Maha Melihat.
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung Yang terbang di atas mereka, (siapakah Yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? tidak ada Yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya ia Maha melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Terjemahan penulis sedemikian tentunya akan menjurus kepada penerangan sifat aerofil terhadap sesuatu yang berlaku kepada sayap burung semasa penerbangannya. Cuba bandingkan dengan terjemahan yang biasa ditemui iaitu Tidakkah mereka memerhatikan burung di atas mereka terbang mengembangkan sayapnya dan mengepitkannya? Tiada sesiapapun yang menahannya selain daripada Tuhan yang Pemurah. Sesungguhnya Dia melihat segala sesuatu. Terjemahan sedemikian seperti membayangkan Tuhan meletakkan tanganNya di bawah burung untuk menahan burung itu daripada jatuh! Terdapat hikmah yang Tuhan sebut bahawa sifatNya yang Maha Melihat. Pengajarannya, manusia perlu memerhatikan ciptaan Tuhan sedemikian rupa kerana terdapat manfaat yang akan diperolehi daripada pemerhatian berkenaan. Selain daripada tujuan mendapatkan manfaat

dengan meniru bentuk sayap burung untuk membina teknologi penerbangan, manusia harus memerhatikan pergerakan udarakasa yang memainkan peranan penting yang dapat mengubah tekanan udarakasa setempat.

Mengkaji Contoh Peraturan Tuhan Pada Makhluk Ciptaannya


i. Peraturan Bentuk Larus

Bentuk Larusliii - Burung diciptakan Tuhan memiliki bentuk larus, bentuk ini akan membolehkan haiwan ini dapat meredah udara dengan kesan geseran udara yang rendah. Bentuk seperti ini didapati pada ikan dan manusia meniru dalam menghasilkan peralatan yang merempuh udara seperti pesawat udara, peluru berpandu dan peralatan merempuh air seperti kapal selam dan senjata torpedo. Untuk pesawat udara yang bergerak pada kelajuan yang sangat tinggi seperti pesawat Sukkoi yang direkacipta oleh pihak Russia, muncung yang sangat keras seperti titanium diperlukan. Kelajuan bersangatan pesawat, akan merempuh udara seperti pisau yang memotong pepejal. Dengan titanium, aliran udara dapat ditepis menjauhi jasad pesawat membentuk larus dan mengurangkan kesan geseran udara terhadapnya.
ii. Peraturan Bentuk Aerofilik

Bentuk Aerofilliv - Semua sayap burung, sayap pesawat terbang memiliki bentuk aerofil iaitu cembung ke atas dan menirus di bahagian belakang. Tujuannya adalah supaya aliran udara dapat bergerak lebih jauh pada kedudukan atas berbanding kedudukan bawah. Dengan demikian

tekanan udara adalah lebih rendah pada bahagian atas dan pada kelajuan tertentu, sayap akan berjaya diangkat ke atas. Bentuk larus bersama bentuk aerofil memungkinkan burung dan pesawat udara selain dapat diangkat ke atas, juga dapat meluncur ke hadapan pada kelajuan tertentu. Apabila sayap kekal diapungkan tanpa dikibarkan ataupun enjin pesawat dimatikan, burung dan pesawat masih berupaya untuk meluncur laju bergerak pada jarak tertentu sebelum mencecah bumi.
iii. Peraturan Tekanan Kelajuan Udara

Lebih Laju Pergerakan Lebih Rendah Tekanan Bukan sahaja terhadap pergerakan udara, sifat ini ditunjukkan oleh pergerakan air. Kajian kesan tekanan dan aliran bendalir merupakan subjek penting dalam pembelajaran mekanik bendalir lv yang diajar di universiti. Kajian sedemikian menjurus kepada kefahaman perkisaran angin di permukaan bumi sehingga mengakibatkan kajian cuaca dapat dilakukan. Taufan dapat dijangkakan dengan perubahan tekanan tertentu udarakasa bumi pada tempat-tempat berlainan.

Bencana dan Manfaat daripada Peraturan Tuhan


iv. Fenomena Riak, Gelora Dan Taufan

Tekanan setempat bendalir dapat disebabkan oleh perbezaan kelajuan bendalir berkenaan di tempattempat tertentu. Perbezaan yang ketara pada kelajuan bendalir tertentu boleh mengakibatkan terhasilnya riak atau gelora. Pada saiz yang besar dinyatakan sebagai taufan. Kajian riak dan gelora sangat penting untuk mengkaji kesan bentuk tiang jambatan ke atas tanah atau pasir di dasar sungai. Pengabaian kesan gelora aliran air boleh

mengakibatkan jambatan runtuh dengan tiba-tiba. Sempena keadaan sedemikian, tapak jambatan Pulau Pinang telah mengambil bentuk larus bagi mengurangkan kesan gelora yang dapat merosakkan struktur tanah. Gelora juga mengakibatkan terhasilnya kekeruhan. Sungai yang mengalami kekeruhan tentunya memberi gambaran terdapat aktiviti gelora pada aliran sungai di bahagian hulu mungkin disebabkan kesan aktiviti pembalakan haram atau penggalian bijih secara haram.
v. Perbezaan Tekanan Dan Perubahan Monsun

Pergerakan yang menghasilkan kelajuan tertentu pada bahan bendalir boleh disebabkan oleh perbezaan tekanan pada dua tempat yang berbeza. Tekanan ini terhasil disebabkan perbezaan suhu yang wujud antara dua tempat berbeza. Di negara Malaysia, perbezaan suhu antara hemisfera Utara dan hemisfera Selatan, menghasilkan dua monsun iaitu monsun timur laut pada hujung dan awal tahun dan monsun barat daya pada pertengahan tahun. Kejatuhan suhu secara tiba-tiba dapat berlaku pada tempat-tempat tertentu sehingga mengakibatkan fenomenaxxxiv letusan udara (air burst) yang amat merbahaya kepada pemanduan pesawat di kawasan tertentu. Sekiranya melibatkan tempat yang luas di atas permukaan bumi, dapat memberi amaran akan berlaku kejadian ribut sepertimana ribut Greg suatu masa dahulu yang sengaja diabaikan amarannya oleh pihak pemerintah sehingga mengakibatkan korban nyawa yang tinggi di pantai barat Sabah.

vi.

Apakah Yang Berlaku Semasa Perubahan Cuaca?

Kejatuhan suhu secara tiba-tiba sehingga mencapai perbezaan 13 celcius merupakan petanda akan berlaku kejadian taufan besar-besaran. Kejatuhan dapat disebabkan oleh tindakbalas komposisi lvi kimia udarakasa yang akan dibincangkan dalam surah-surah terkemudian daripada surah ini atau disebabkan oleh kesan radiasi hebat dari matahari. Demikianlah sifat Tuhan Al-Rahman yang mengajar manusia berdasarkan Al-Quran dan sentiasa mengajar manusia perkara-perkara baru yang manusia tidak mengetahuinya sebelum itu. Perbezaan tekanan setempat antara permukaan bumi yang berlainan, adalah agenda Tuhan sehingga dapat memindahkan wap-wap air dari laut ke daratan. Ia juga berupaya memindahkan debu-debu halus dari satu permukaan bumi ke bahagian yang lainnya sehingga mendatangkan mudharat kepada hidupan atau mendatangkan manfaat tertentu. Tuhan Maha Berkuasa, melalui peraturan tabii ciptaanNya sehingga manusia tidak dapat menyedari bahawa segala kejadian yang berlaku sebenarnya adalah agenda Tuhan. Namun sekiranya Tuhan Yang Maha Merekacipta (AlRahman) itu berupaya mencipta sayap burung dengan ukuran tertentu supaya dapat berada di angkasa, yang demikian Tuhan Al-Rahman mampu mengawal kejadiankejadian tertentu di bumi ini sehingga umat manusia mendapat rahmat atau ditimpa azab, menurut kehendak Tuhan. Tuhan Al-Rahman mengajari manusia akan peraturanNya (55:04). Manusia mempelajarinya lalu mereka merekacipta sesuatu untuk kemudahan mereka. Mereka mencipta pesawat terbang untuk mengembara dengan lebih cepat.

Mereka mencipta peralatan yang dapat mengukur tekanan udarakasa untuk mengkaji perubahan cuaca. Peralatan satelit dengan kemudahan pengesanan suhu dan tekanan udarakasa dapat meramal perubahan cuaca yang berlaku di bumi pada kedudukan yang besar. Mereka juga mencipta peralatan yang dapat mencerap pergerakan debu yang dipindahkan dari satu benua ke benua yang lain. Semua idea ini diperolehi daripada kerja-kerja kejuruteraan teliti yang Tuhan laksanakan terhadap sayap burung, sehingga manusia membuka ruang pengkajian terhadap mekanik bendalir. Tuhan Al-Rahman amat menggalakkan manusia melakukan pengamatan terhadap segala rekaciptaan Tuhan. Semuanya harus dipelajari berdasarkan sifat Tuhan AlRahaman Maha Melihat Segala Sesuatu.

67:20 Udara dan Cuaca Menjadi Tentera AlRahman Adakah siapa lagi (daripada) ini yang ia adalah tentera bagi kamu, ia menolong kamu daripada selain Al-Rahman? Sesungguhnya (tidaklah) golongan yang ingkar melainkan dalam (keadaan) terpedaya.
bahkan siapa Dia Yang menjadi tentera bagi kamu, Yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (sebenarnya) orang-orang Yang kafir tidak lain hanyalah berada Dalam keadaan terpedaya. i. Bantuan Kepada Mujahideen Afghanistan

Kisah perjuangan Mujahidin yang berjuang di Afghanistan memerangi tentera Soviet Russia, Soviet Russia yang dilengkapi dengan pesawat canggih sering mengebom kedudukan Mujahidin dari udara, namun bantuan AlRahman telah terlebih dahulu datang melalui sekumpulan

burung putih atau awan yang melindungi, yang mengkhabarkan tentang kedatangan pesawat pejuang UniSoviet, sehingga membolehkan pasukan Mujahidin membuat persiapan awal. Serangan pasukan udara Soviet telah meminimumkan bencana di pihak Mujahidin.
ii. Letusan Udara Yang Memusnahkan Fir'aun

Tuhan Al-Rahman mendatangkan bantuan tentera melalui perkara-perkara yang dapat dipelajari oleh manusia. Kejadian laut terbelah semasa Firaun mengejar Bani Israel adalah suatu mukjizat Tuhan, tidak difahami pada zaman itu tetapi dapat dijangkakan kejadian berkenaan berdasarkan pengamatan saintifik pada zaman ini. Kefahaman saintifik sedemikian tidaklah dapat dikatakan sebagai satu kaedah supaya mukjizat sedemikian dapat diulangi, tetapi untuk tujuan pengajaran penting umat masakini supaya berhati-hati dalam pekerjaan mereka. Sila rujuk ke surah Al-Muzammil untuk mengetahui tentang pengamatan saintifik mukjizat Tuhan pada zaman Nabi Musa A.S. Pada zaman ini teknologi lebih dipelopori oleh golongan yang ingkar, umat ini telah meninggalkan suatu kepentingan penyediaan persiapan peperangan daripada kekuatan besi dan mereka menjadi lemah atas kesalahan saling bertelingkah dan berperang sesama mereka. Namun golongan yang ingkar masih terkebelakang darihal penjagaan alam sekitar sehingga mengakibatkan negara mereka paling teruk dilanda bencana saban tahun. Sekalipun mereka merupakan umat paling kayaraya di dunia ini, seringkali mereka mengalami kerugian kehilangan kekayaan dan ditimpa pelbagai penyakit yang memudharatkan. Oleh itu masih terdapat perkara-perkara yang mereka boleh pelajari daripada umat Islam pada waktu ini, sekalipun umat ini tidak menyedari bahawa mereka ada melakukan sesuatu yang dapat memulihkan alam sekitar

mereka. Di kebanyakan negara-negara umat Islam, mereka masih banyak menggunakan baja asli dalam aktiviti pertanian mereka. Yang perlu mereka lakukan adalah kembali semula kepada kitab suci dan bermuhasabah mengikhlas diri kepada Tuhan akan agama mereka.
iii. Kerosakan Alam Sekitar Di Negara Barat

Golongan yang ingkar menolak keimanan. Mereka cuba memberi jawapan terhadap semua bencana yang mengenai mereka sebagai kuasa alam, seolah-olah Tuhan tidak memainkan peranan langsung dalam menimpakan bencana pada tempat-tempat tertentu di kediaman mereka. Tidakkah mereka mengkaji bagai-mana umat-umat terdahulu dimusnahkan Tuhan melalui perantaraan cuaca yang memudharatkan? Mereka harus mengkaji peristiwa Firaun, kaum Iram dan sebahagian umat terkemudian seperti kejadian ribut Greg yang menimpa kaum pendatang di Sabah, taufan Billis yang menimpa penduduk Myanmar dan sebagainya. Bukankah yang demikian itu merupakan sebahagian daripada bencana yang Tuhan turunkan lantaran dosa-dosa yang mereka lakukan? Padahal penduduk di negeri-negeri berkenaan bukanlah umat yang melakukan kerosakan terhadap alam sekitar secara ketara, seperti yang dilakukan oleh masyarakat di negara Barat. Tuhan sengaja membiarkan golongan ingkar sehingga sampai masa mereka terperangkap hasil daripada pekerjaan mereka sendiri. Mereka mengusahakan semahu-maunya segala sumber yang mereka perolehi dan melaksanakan kerja secara gelojoh tidak berhati-hati. Bukankah telah banyak kerugian yang mereka alami setiap tahun akibat daripada bencana sedang mereka masih bermain-main dengan bencana Tuhan?

67:21 Tuhan Mengawal Rezeki Manusia Melalui Perantaraan Cuaca dan Keadaan Udarakasa Adakah siapa lagi (daripada) ini yang Ia memberi rezeki kepadamu, bahawa telah mengawal Ia akan rezekiNya? Bahkan telah terus laju mereka dalam kesombongan bersangatan dan menjauhi diri.
atau siapa Dia Yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus Dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran). i. Kesan Suhu Yang Stabil

Ayat ini dihubungkan dengan ayat sebelum ini dan ayatayat sebelumnya, menjurus kepada kefahaman bahawa Tuhan Al-Rahman, Dialah yang memberi rezeki serta mengawal rezeki pada kadar tertentu. Segala-galanya tunduk kepadaNya dengan kiraan tertentu dan kadar tertentu. Sebelum adanya manusia yang mendiami bumi ini, telah terdapat penghuni-penghuni daripada haiwan-haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Semuanya saling berinteraksi pada kadar tertentu sehingga terbentuk kestabilan hidupan.
ii. Pembentukan Cuaca Yang Terkawal

Kemudian manusia yang jahil diciptakan Tuhan untuk memakmurkan bumi dan atas sikap tergesa-gesa manusia (70:19), menyebabkan mereka memerlukan panduan daripada Tuhan Al-Rahman (55:1~7) untuk memakmurkannya. Kemudian jadinya mereka menempuh kehidupan dan melanggar pertimbangan dalam mengurus alam kehidupan mereka (55:8). Tuhan Al-Rahman yang menyedia-

kan rezeki untuk hidupan. Melalui air hujan yang diturunkan, Tuhan mengeluarkan rezeki dari bumi. Lalu bagaimanakah hujan, yang merupakan suatu fenomena xxxiv alam, menurut peraturan Tuhan, sebelum ini dapat turun dengan kadar tertentu sesuai dengan keadaan setempat, dapat kekal sedemikian adanya, kiranya manusia sendiri melalui tindakan gelojoh mereka, mengakibatkan keseimbangan alam terganggu? Manusia melakukan pekerjaan tanpa panduan daripada Tuhan, sehingga mengakibatkan terhasilnya suatu keadaan yang dinamai sebagai perubahan cuaca.
iii. Usaha Bersungguh-sungguh Manusia Melanggar Peraturan Tuhan Sehingga Mengakibatkan Perubahan Cuaca Dan Bencana Alam

Mereka mahukan hasil pertanian dan penternakan memberi pulangan yang cepat, dengan usaha yang sedikit dan hasil yang banyak, dengan kerja-kerja yang dibantu peralatan yang menyenangkan. Pembakaran hidrokarbon berlaku sangat berleluasa bahkan perlepasan gas metana lxx yang memerangkap haba di atmosfera tidak juga dikawal. Akibatnya suhu bumi meningkat, ais-ais di kutub semakin mencair, kelembapan udara di permukaan bumi meningkat dengan ketara dan kuantiti hujan semakin banyak. Dengan tenaga haba yang tinggi di persekitaran dan kuantiti air yang banyak di udarakasa, terlalu banyak kejadian hujan dan taufan yang membinasakan ladang-ladang pertanian telah terjadi. Manusia masih mengingkari Tuhan AlRahman daripada berhati-hati dalam menempuh kehidupan dan beriman kepadaNya dengan cara meneliti ayatayatNya. Mereka berterus-terusan melaksanakan pertanian intensif, menggunakan baja terlarang, semata-mata untuk mendapatkan pulangan yang sangat banyak. Akibatnya, akan sampai masanya, bumi menjadi terlalu panas, kuantiti air di udarakasa menjadi berkurangan disebabkan tiada lagi pencairan ais, hujan yang turun adalah hujan yang panas

serta membinasakan atau berlaku kemarau yang amat berpanjangan mencapai tempoh tahun. Bukankah Tuhan Al-Rahman yang paling mengerti dengan kadar rezeki yang harus Dia sediakan kepada semua hidupan di bumi ini? Sedangkan yang dikehendaki oleh golongan yang ingkar adalah monopolilvii. Sebahagian mereka menghendaki bahawa mereka menjadi pengeluar terbanyak hasil pertanian supaya mereka dapat memonopolilvii harga pasaran dan mereka sanggup memusnahkan hasil ladang dan ternakan mereka semata-mata untuk mengawal harga pasaran. Mereka menjauhi pengajaran-pengajaran Tuhan yang mengajar manusia supaya banyak membantu umat mendapatkan keredhaan Tuhan. Dengan kemewahan yang sedikit, yang mereka perolehi dalam kehidupan dunia ini, mereka berlaku sombong dengan kesombongan yang bersangatan seolaholah mereka ingin memberitahu, lantaran mereka golongan yang kaya, jadi mereka adalah lebih benar jalannya daripada golongan yang berhati-hati dalam pekerjaan.

67:22 Perbezaan Berjalan Merangkak dan Berjalan Secara Menegak Di Atas Jalan Yang Lurus Adakah maka sesiapa yang ia berjalan yang tersungkur (merangkak) atas mukanya (seperti haiwan) lebih berpetunjuk ataukah sesiapa yang ia berjalan (dengan) betul atas jalan yang lurus?
maka Adakah orang Yang berjalan (melalui jalan Yang tidak betul, Yang menyebabkan Dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah atau orang Yang berjalan tegak betul, melalui jalan Yang lurus rata?

Itulah perbezaan antara golongan yang ingkar, mendapatkan suatu kehidupan dengan cara terkial-kial berbanding dengan golongan yang beriman, yang mendapatkan kehidupan cara betul dengan berpetunjuk daripada petunjuk Tuhan.
i. Golongan Ingkar Bekerja Secara Gelojoh Golongan Beriman Bekerja Secara Berhati-hati

Mempelajari petunjuk Tuhan, memudahkan kerja golongan beriman supaya mereka lebih berhati-hati dengan kehidupan mereka. Mereka tidak perlu menghabiskan masa mereka di ladang-ladang untuk mendapatkan hasil yang dapat ditukarkan dengan wang ringgit semata-mata untuk membayar hutang riba mereka. Mereka tidak perlu tergesagesa dalam mengurus kehidupan mereka sehingga mereka menjadi hamba kepada suasana atau sesiapa sahaja. Mereka melakukan pekerjaan lantaran perkara demikian adalah tuntutan dalam agama, supaya setiap individulxxvii bekerja. Mereka merujuk kepada panduan Tuhan, dalam menyelusuri pekerjaan mereka. Oleh itu mereka bukanlah penyumbang kepada kerosakan alam ini. Mereka melakukan kerja-kerja pemulihan dalam segenap bidang kehidupan. Dalam keadaan golongan yang ingkar berebut-rebut menggunakan baja nitratlxxix sintetik dalam pekerjaan ladang, mereka mengambilnya dengan cara yang sangat berhati-hati supaya tidak merosakkan struktur bumi serta tanah yang digunakan untuk projek pertanian. Dalam keadaan golongan yang ingkar menggunakan ammonialviii yang beracun untuk tujuan pembajaan secara terdedah dan mencemari alam sekitar, mereka mengambilnya secara tertutup supaya keseluruhan ammonia lviii dapat digunakan. Dalam pada golongan yang ingkar memperkenalkan klorin untuk tujuan rawatan air, mereka menggunakan logam berat seperti perak (76:15) atau titanium untuk pemendakan

keladak dalam air. Sebenarnya klorin yang terbebas daripada air yang dididih atau melalui peruapan akan bertindak dengan wap metanalxx yang lambat laun sampai ke lapisan stratosfera. Klorometana yang bergabung dengan gas flourin akhirnya dapat membentuk gas kloroflorokarbon yang dapat memusnahkan lapisan ozon. Dalam keadaan golongan ingkar mengamalkan aktiviti ekonomi secara riba yang berleluasa, golongan yang beriman menghindar diri daripada sistem riba. Dalam surah-surah selanjutnya ada menerangkan secara terperinci kesan pengamalan ekonomi riba yang amat memudharatkan kehidupan masyarakat serta menyebabkan inflasi tak terkawal. Kehidupan masyarakat yang dicengkam dengan aktiviti riba adalah kacau bilau manakala mereka yang menghindari diri daripada aktiviti riba adalah harmoni. Golongan yang ingkar amat berbangga dengan projekprojek yang memusnahkan kawasan habitat fauna lix dan pertumbuhan floralx untuk mengaut sumber hasil hutan manakala golongan yang beriman tahu akan dosa yang akan mereka tanggung akibat memetik daun tumbuhan tanpa sebab.
ii. Golongan Ingkar Secara Cuba Dan Jaya Golongan Beriman Merujuk Panduan Tersedia

Setiap kali bencana berlaku akibat perlakuan golongan yang ingkar, yang tidak memilih sesiapa jua menjadi mangsa, mereka akan meneliti serta mengkaji sebab-sebab kejadian itu. Lalu mereka mewujudkan peraturan-peraturan tertentu untuk menghindari kejadian berkenaan daripada berulang. Hampir-hampir mereka berputus asa lantaran terkial-kial mendapatkan kaedah terbaik, namun bencana demi bencana tetap juga berlaku. Perlukah mereka merangkak dengan muka mereka dekat dengan lantai untuk mengelakkan kaki mereka terpijak sesuatu yang me-

mudharatkan, sedang bumi yang Tuhan ciptakan adalah sesuai untuk manusia berjalan betul? Golongan yang beriman pernah diberi peranan memakmurkan mukabumi ini selama hampir 1000 tahun dan mereka memberi sumbangan-sumbangan besar dalam penjagaan alam sekitar. Golongan ingkar mula menguasai dunia sekitar 200 tahun lalu lihatlah kerosakan yang mereka telah lakukan. Segala-galanya perlu diperbetul kembali, namun bilakah kedurjanaan mereka akan berakhir?

Manusia Perlu Kembali Kepada Peraturan Tuhan 67:23 Tuhan Yang Membelai Manusia, Sila Gunakan Pendengaran, Pengelihatan dan Hati Untuk Jadi Manusia Bersyukur. Katakanlah olehmu, dia yang telah memelihara (membelai) Ia akan kamu dan telah mengadakan Ia bagimu pendengaran dan pengelihatan dan perasaan (hati). Sedikit sekali (daripada) kamu (yang) bersyukur.
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Allah Yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".

Adakah Tuhan yang sedemikian sifatNya, mengajari manusia melalui banyak peristiwa silam, menggalakkan manusia menziarahi tempat-tempat peristiwa silam, memberitahu fenomenaxxxiv langit yang dapat memberi kesan kebinasaan terhadap manusia, serta fenomena pergerakan udara sehingga dapat membantu manusia dalam

banyak perkara, sehingga memberi panduan mudah kepada manusia mengkajinya, tidak memberi sebarang erti buat manusia yang diberi pengelihatan, pendengaran dan perasaan? Hanya manusia yang bersyukur sahaja dapat melihat, mendengar dan mengambil pengertian terhadap panduan Tuhan sedemikian. Hanya yang bersyukur sahaja dapat mengambil pelajaran dan memulai usaha memperbaiki amalan manusia supaya menjaga pemberian Tuhan kepada manusia darihal keseimbangan alam, pengajaran daripada sejarah-sejarah silam dan sebagainya.
i. Hanya Yang Bersyukur Sanggup Mulai Baca Al-Quran

Hanya yang bersyukur sahaja mahu mengambil langkah mula membaca Al-Quran dengan sebenar-benar pembacaan (2:121) dan bukannya terikut-ikut disiplin akademi semasa yang sengaja menjadikan Al-Quran itu suatu kitab yang terlalu suci, sehingga sukar dipelajari dan disampaikan kepada umat manusia. Mengingkari pengajaran sedemikian akan mengakibatkan seseorang sentiasa berada dalam keadaan merugi.
ii. Hanya Yang Bersyukur Sanggup Bertukar Ke Cara Beragama Yang Baru.

Perkataan sekiranya diterjemah secara terus daripada bahasa Arab bererti sedikit sekali apa yang. Namun terjemahan sedemikian akan menyebabkan pengertian suatu perkataan tertentu didapati berlaga dengan kefahaman ayat tentang sesuatu. Perkara ini telah dibincangkan dalam surah-surah awal sebelum ini sehingga penulis dapat simpulkan bahawa penguasaan bahasa Arab semata-mata tidak mampu untuk memahami ayat-ayat tertentu dalam AlQuran. harus diterjemahkan sebagai sedikit sekali daripada. Iaitu sangat sedikit daripada manusia yang mahu bersyukur.

iii. Nyatanya Amat Sedikit Yang Bersyukur

Perkataan bersyukur, Tuhan nyatakan selepas daripada pendengaran, pengelihatan dan perasaan yang Ia sediakan kepada manusia. Oleh yang demikian bersyukur, ada kena mengena dengan mempergunakan pendengaran, pengelihatan dan perasaan dengan sebaik-baiknya untuk memahami ayat-ayat Tuhan. Oleh kerana mereka yang bersyukur merupakan jumlah yang sangat sedikit daripada umat manusia, peranan mereka amat penting dalam mengendalikan urusan alam ini sebagaimana yang diperintah Tuhan. Kepada mereka jualah diharapkan untuk menjadi pimpinan umat, menyedarkan mereka betapa pentingnya umat kembali.

Memulai Langkah Pemuliharaan


Wajarkah dalam keadaan umat yang sedemikian adanya pada waktu ini, para ulama memberi kesedaran kepada manusia umumnya, akan kepentingan merampas kembali amanah pemerintahan? Sedangkan mereka sendiri tidak akan sanggup melaksanakan amanah, tanpa terlebih dahulu membuat persiapan rapi terhadap umat sebagaimana risalah kerasulan yang diterap oleh RasululLah S.A.W. kepada para sahabat baginda. RasululLah S.A.W. terlebih dahulu menyampaikan kepentingan syahadah kepada yang sudi menerimanya dan kemudian menunjukkan kepada sahabat baginda kepentingan amalan tertentu berdasarkan ajaranajaran Tuhan yang baginda perolehi melalui Al-Quran. Pada peringkat awalnya baginda sendiri melarang perkataan baginda dituliskan dan yang perlu ditulis hanyalah Al-Quran. Supaya umat tidak keliru antara perintah Tuhan dan perintah Rasul. Kewajiban pertama adalah penyampaian Al-Quran semata-mata, beriman kepada Tuhan semata-mata dan baginda sendiri memberi contohnya.

67:24 Manusia Dibiakkan dan Dikumpulkan Di Bumi Ini Katakanlah olehmu, Dia yang telah memperkembang biak Ia akan kamu di bumi dan kepadanya kamu (semua) dihimpunkan.
Katakanlah lagi: "Dia lah Yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan". i. Keperluan Manusia Untuk Hidup

Kerana urusan kehidupan manusia meliputi keperluan makanan, pakaian dan tempat kediaman, mereka melalui kehidupan secara berkeluarga sehingga mereka dapat berkembang biak. Sudah tentu urusan kehidupan manusia disibukkan dengan usaha mendapatkan suatu penghidupan untuk memenuhi semua keperluannya. Tiga keperluan asas yang manusia perlu dapatkan iaitu makanan, pakaian dan kediaman dan terdapat keperluan lain yang disediakan kepada mereka oleh Tuhan iaitu keperluan pernafasan dan pengekalan keadaan persekitaran yang seimbang yang mereka sebenarnya tidak perlu menyediakannya dan hanya perlu menjagainya. Terdapat keperluan untuk mereka berkembang biak yang dengannya mereka melalui kehidupan yang tenteram dan dapat membuat persediaan menghadapi kehidupan yang mendatang. Yang demikian itu mereka menempuh asas kehidupan bertamadun.
ii. Keperluan Menuruti Panduan Tuhan Untuk Hidup

Oleh kerana manusia menempuh kehidupan, tidak hanya secara kumpulan mereka sahaja, bahkan mereka perlu melalui kehidupan dengan makhluk-makhluk lain yang terdiri daripada haiwan, tumbuh-tumbuhan serta kehadiran makhluk-makhluk ghaib yang lain yang tidak dapat mereka

melihatnya dengan mudah. Dalam menghadapi kehidupan ini Tuhan tidak membiarkan manusia terkial-kial cuba menyelesaikan masalah mereka hanya semata-mata dengan keupayaan akal dan usaha mereka sahaja bahkan Tuhan telah memberi panduan kepada mereka melalui utusan Rasul-rasulNya diikuti dengan panduan suci daripada kitabkitab yang beserta mereka. Namun atas kesombongan dan keingkaran sebahagian manusia, mereka cuba menguasai pentadbiran urusan dunia ini berdasarkan semata-mata kepada akal dan hawa nafsu sehingga mengakibatkan keperluan makanan manusia terjejas, begitu juga dengan keperluan pakaian mereka dan juga keperluan tempat kediaman mereka. Itu belum lagi dinyatakan dengan keadaan udara pernafasan mereka serta keseimbangan alam persekitaran mereka. Tentunya yang menyedari tentang semua permasalahan ini adalah mereka yang bersyukur, yang tahu menggunakan perasaan, pengelihatan dan pendengaran.
iii. Segala Pekerjaan Ada Batasan

Terhadap semua keperluan yang berkenaan, manusia melakukan perjalanan di atas mukabumi sehingga mereka perlu mendapatkan kemudahan peralatan untuk tujuan perjalanan tersebut. Di sana dipersiapkan peraturan-peraturan tertentu supaya mereka dapat melaluinya dengan selamat dan tenteram. Sekiranya atas tujuan sedemikian, manusia memerlukan peraturan tertentu, bagaimanakah pula keperluan memelihara kebersihan diri dan keperluan terhadap kebersihan serta keseimbangan alam sekitarnya? Tentunya Tuhan telah sediakan panduan yang sebaikbaiknya. Manusia mencipta teknologi pengangkutan, kemudian mereka berasa hebat atas keupayaan teknologi pengangkutan yang mereka hasilkan. Begitu juga dengan segala teknologi yang lain. Disebabkan keingkaran, mereka mula memperkenalkan penggunaan teknologi sedemikian tanpa mengambil kira batas-batas tertentu dalam kepeng-

gunaannya. Mereka perlu ingat bahawa setiap perkara pasti terdapat kesinambungannya, setiap tindakan pasti akan ada tindakbalas. Demikian itu peraturan Tuhan yang menciptakan alam ini dengan peraturan sebab dan akibat. Secara ringkasnya, penggunaan teknologi tanpa panduan Tuhan, pasti membawa akibat kerosakan dan penggunaannya dengan panduan Tuhan akan menjurus kepada kebaikan dengan izinNya. Sekurang-kurangnya mereka harus menempuhi suatu kaedah supaya penggunaan teknologi menjurus kepada kebaikan dalam mereka menempuh kehidupan berkeluarga sebagai unit asas kepada pembinaan masyarakat dan negara yang bertamadun. Bukan dengan permasalahan sosial masakini yang berlaku merata-rata?
iv. Manusia Telah Melampaui Batasan Pekerjaan

Cukup untuk diperkatakan pada waktu ini, manusia menggunakan bahan-bahan tertentu untuk tujuan penyucian yang sebenarnya membawa mudharat kepada kehidupan mereka dan alam sekitar mereka sendiri. Mereka melaksanakan kempen hijau dan penanaman semula yang akan membawa mudharat terhadap kehidupan mereka dan bukannya membawa kebaikan kepada alam sekitar. Beberapa surah selepas ini membicarakan secara teliti bagaimanakah perlakuan yang manusia perlu hadapi agar mereka dapat melalui sesuatu yang dapat memulihkan keadaannya, kehidupan kekeluarganya serta memulihkan semula keadaan alam sekitar yang telah dirosakkan akibat daripada kerja tangan golongan yang ingkar? Mereka perlu ingat bahawa mereka hidup di dunia ini hanya sekadar untuk menimba pengalaman hidup yang ada catatan amal. Pengalaman sedemikian akan mereka gunakan apabila menempuh kehidupan semula di akhirat nanti. Lalu bagaimanakah golongan yang hanya tahu membawa kerosakan dapat dikumpulkan bersama dengan golongan yang tahu melakukan pemulihan?

Bantahan Golongan Ingkar (Selalunya Yang Berada Dalam Pentadbiran Manusia) 67:25 Manusia Mencabar Bilakah Kedatangan Bencana? Lagi-lagi mereka bertanya bilakah janji itu sekiranya telah adalah kamu, golongan yang benar?
dan mereka (yang ingkar) berkata: "Bilakah datangnya (hari kiamat) Yang dijanjikan itu, jika betul kamu orangorang Yang benar?"

Sekiranya persoalan daripada ayat ini, merujuk pernyataan yang telah berlalu, iaitu telah bertanya mereka, soalan sedemikian hanya layak diajukan oleh orang-orang yang terdahulu daripada golongan ingkar pada zaman RasululLah S.A.W. dan para sahabat atau rasul-rasul terdahulu. Ayat ini bukan bermaksud mereka telah bertanya bilakah akan terjadinya hari kehancuran sebagaimana yang dijanjikan Tuhan?. Ayat ini yang mengkhabarkan pernyataan mereka sentiasa bertanya bukan sahaja akan diajukan oleh sebilangan manusia yang tidak pernah menerima Al-Quran bahkan juga diajukan oleh segolongan berkepentingan dalam masyarakat Islam yang kononnya ada menerima Al-Quran. Sebenarnya mereka bertanyakan soalan mencabar iaitu bilakah perkara yang dijanjikan Al-Quran akan berlaku? Sebenarnya merkeka menanyakan perkara yang sedang berlaku tetapi mereka tidak menyedari.
i. Bumi Rebah dan Gunung Runtuh Sebelum As-Saah

Mereka sengaja menanyakan suatu persoalan sia-sia apabila sampai masa yang akan berlaku dalam masa terdekat ini. Al-Quran menjanjikan akan berlaku kejadian bumi rebah

dan gunung runtuh sebelum berlaku As-Saah (73:14) dan kejadian itu sedang berlaku sekarang ini. Mereka masih mencabar bilakah akan berlaku keruntuhan semua itu? Walhal telah terdapat kejadian gunung runtuh ditimpa hujan di Filipina yang mengorbankan ramai penduduk kampung. Mereka masih bertanya bilakah akan terjadi semua itu? Walhal telah berlaku keruntuhan beberapa buah gunung di negara-negara Barat akibat pencairan perafros yang didakwa disebabkan oleh perubahan cuaca. Mereka masih bertanya bilakah akan berlaku keruntuhan itu sedangkan telah terjadi keruntuhan gunung di Pulau Jawa (pagi 2/9/2009) akibat gegaran gempa padahal gegaran sedemikian selama ini tidak pernah didengari mengakibatkan keruntuhan gunung?
ii. Kejadian Yang Sia-sia Dinantikan

Mereka masih mempertikaikan kebenaran Al-Quran dan bertanya bilakah akan berlaku keruntuhan sebagaimana yang dijanjikan Al-Quran? Walhal mereka menyaksikan sendiri kejadian keruntuhan tanah lereng lebuhraya berhampiran Gua Tempurung, keruntuhan Bukit Antarabangsa dan juga keruntuhan Highland Tower tidak lama dahulu. Barangkali mereka ingin melihat kejadian keruntuhan secara besar-besaran sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Al-Haqqah dan surah Al-Qari'ah lalu mereka akan mendapati bagaimanakah sia-sianya persoalan sedemikian diajukan dan alangkah sia-sianya kejadian sedemikian dinantikan? Lantaran tidak terdapat usaha baik pulih pada ketika usaha itu dapat memberi kesan pemulihan. Sebenarnya usaha pemulihan yang memberi kesan adalah sekarang ini, umat harus kembali membaca AlQuran dengan sebenar-benar pembacaan (2:121) bukan sekadar memberi tumpuan kepada pembacaan tajwid meskipun merupakan suatu kewajipan, bukan sekadar membaca terjemahan, sekalipun usaha itu amat dialu-alukan.

67:26 Ilmu Tentang Perkara Yang Dijanjikan Ada Di Sisi Tuhan Katakanlah olehmu, sesungguhnya tidak lain hanya, ilmu itu di sisi Allah dan sesungguhnya tidak lain hanya aku pemberi amaran yang terang.
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan Sesungguhnya Aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran Yang terang nyata".
i. Mereka Mendesak RasululLah S.A.W. Dan Golongan Beriman

Mereka menghendaki supaya RasululLah S.A.W. serta orang-orang yang beriman dapat mengkhabarkan kepada mereka masa akan terjadi janji peristiwa yang sedemikian. Mereka benar-benar mendesak RasululLah S.A.W. dan golongan yang beriman seolah-olah RasululLah S.A.W. mengetahui perihal yang sedemikian. Mengapakah mereka beria-ia benar untuk mengetahui tentang masa akan terjadinya kehancuran? Adakah di sisi mereka kekuatan untuk membina penempatan-penempatan yang jauh dari mukabumi ini sehingga mereka dapat melarikan diri semasa kejadian berkenaan berlaku? Ataukah bagi mereka suatu penempatan yang kukuh di bawah permukaan bumi, yang kebal terhadap gegaran atau apa-apa perubahan yang berlaku di permukaan bumi ini?
ii. Bencana yang Menyebabkan Mereka Saling Memandang

Apabila berlaku bencana yang dijanjikan kepada mereka (73:14 & 70:8/9), mereka saling memandang sesama

mereka, agar mereka terpilih untuk dicalonkan dalam golongan yang diselamatkan. Mereka tidak lagi mempedulikan hubungan kekeluargaan sesama mereka dan tidak kepada sahabat handai dan tidak juga kepada rakan taulan. Masing-masing mereka hanya mementingkan diri sendiri yang selama ini begitulah sikap mereka yang sentiasa mengutamakan diri sendiri tanpa mempedulikan nasib manusia sejagat. Mereka tidak mempedulikan amaranamaran melalui risalah kerasulan, tidak juga mereka mempedulikan amaran yang disampaikan orang-orang yang paling berakal dalam kalangan mereka sendiri. Iaitu tentang bencana yang akan berlaku kesan daripada usaha mereka merosakkan alam persekitaran mereka sendiri.
iii. Sesungguhnya Ilmu Itu Hanya Di sisi Allah

Secara umumnya ayat ini menjelaskan bahawa ilmu itu adalah pengetahuan tentang As-Saah. Dalam memahami ayat sedemikian, pendirian umum para ulama adalah menidakkan terus ilmu yang sedemikian itu ada pada sebahagian manusia sekalipun ada ayat yang menjelaskan bahawa pengetahuan tentang As-Saah ada pada Nabi Isa A.S. Terdapat ayat lain iaitu dalam surah Al-Jin (72:27) yang menyatakan tentang pengetahuan sedemikian diberi kepada utusanNya yang terpilih serta yang diredhai. Seterusnya mereka berhujah sekiranya Nabi Muhammad S.A.W. mengetahui tentunya baginda tidak akan merahsiakannya. Sebenarnya baginda mengetahuinya pada tahap-tahap tertentu dan baginda merahsiakannya kecuali kepada sahabat-sahabat tertentu seperti Abu Hurairah R.A. dan Saidina Ali R.A. yang akan menjaga rahsia berkenaan dan memberitahunya kepada mereka dengan pemberitahuan terpilih. Adakah RasululLah S.A.W. tidak memberitahu semua perkara kepada semua sahabat baginda? Sedangkan dalam hal-hal yang berkaitan dengan peng-

amalan syariat Islam sebelum ini, umat sedia terbahagi kepada empat mazhab kefahaman yang utama. Setiap mazhab mengamalkan syariat Islam dengan cara yang sedikit berbeza disebabkan sumber-sumber penerimaan AsSunnah yang berbeza dan juga kefahaman yang berbeza. RasululLah S.A.W. telah memberitahu semua perkara yang diterima, hanya ada di antara perkara-perkara tertentu tidak sampai kepada sahabat-sahabat baginda yang lain. Yang demikian mengakibatkan jalan memahami satu-satu perintah Tuhan menjadi berbeza antara umat. Perbezaan ini tidak harus menyebabkan mereka bertelingkah dan ikhtilaflxi dalam kalangan umat adalah suatu rahmat. Sekiranya seseorang ingin mengetahui perkara ghaib berkenaan, hendaklah ia mendapatkannya dari sisi Tuhan yang demikian itu kerana Isa Al-Masih mendapatkannya dari sisi Tuhan. Perkataan haruslah difahami sebagai pembatas iaitu ilmu As-Saah merupakan ilmu yang ada di sisi Tuhan dan untuk mendapatkannya perlulah seseorang itu mendapatkannya dari sisi Tuhan dan tiada larangan.

67:27 Bencana Yang Dekat Yang Dapat Dilihat, Itulah Hari Yang Dijanjikan Maka tatkala telah melihat mereka akannya secara dekat, telah buruk ia akan wajah orang-orang yang telah ingkar mereka (selama ini) dan dikatakan, inilah yang telah adalah kamu, kamu dijanjikan.
kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) Yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang Yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): "Inilah Dia Yang dahulu kamu Kerap kali minta disegerakan kedatangannya!".

i.

Mereka Enggan Mengkaji Peristiwa Silam

Golongan yang ingkar tidak mahu mengambil pelajaran daripada peristiwa sejarah silam, sekalipun mereka mengetahui tentang kejadian silam itu. Mereka menafikan kejadian yang akan menimpa mereka merupakan ulangan perkara yang pernah berlaku pada peristiwa silam. Sebagai contoh, lihatlah bagaimana mereka mengkaji tempat-tempat bersejarah Firaun. Yang menjadi minat mereka untuk mengkaji adalah peninggalan silam serta Firaun itu sendiri. Mereka tidak ingin mengkaji, bagaimanakah Firaun dimusnahkan dan juga apakah pekerjaan Firaun yang mengakibatkan kerajaannya binasa? Seterusnya golongan yang ingkar ini membentuk pemerintahan mencontohi Firaun yang membawa perpecahan dalam kalangan manusia serta membawa akibat buruk alam persekitaran mereka.
ii. Mereka Mengulangi Perlakuan Umat Silam

Sejak dari zaman pertengahan yang lalu, selepas proses perindustrian berlaku di dunia ini, manusia mengejar sesuatu yang diistilahkan sebagai kebahagian hidup melalui kuasa pemilikan serta kemewahan. Sistem-sistem pemerintahan demokrasilxxxi dan ekonomi kapitalis telah diperkenalkan dan manusia dijanjikan dengan kemewahan supaya mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk memperkayakan pihak kapitalis. Sehingga akhirnya manusia mencemari alam persekitaran mereka dengan pencemaran yang hebat. Undang-undang yang diwujudkan, sekalipun berjaya mengawal suasana alam supaya sentiasa cerah, namun atas kejahilan manusia menolak petunjuk Tuhan, akhirnya alam ini telah teruk tercemar. Bencana terjadi akibat perlepasan bahan-bahan kimia tertentu yang membawa mudharat secara perlahan-lahan. Bahkan, Tuhan tidak mengajari manusia menolak penggunaan teknologi, kemusnahan yang dijanjikan kepada golongan yang ingkar

adalah disebabkan oleh tindakan mereka menjalani pekerjaan mereka secara tidak berhati-hati dan menggunakan bahan-bahan berbahaya secara bebas tanpa kawalan. Adakah mereka tidak mengetahui bahan-bahan berbahaya tertentu? Bahkan mereka mengetahuinya namun di atas desakan kerakusan serta tamak haloba, panduan Tuhan diketepikan begitu sahaja sehingga menyebabkan bumi ini semakin dicemari.
iii. Mereka Akan Ditimpa Perkara-perkara Yang Menimpa Umat Silam

Sebenarnya perkara yang dijanjikan Tuhan adalah disebabkan oleh tindakan tangan mereka sendiri. Namun mereka tidak mempercayai suatu kejadian buruk akan berlaku dalam waktu yang terdekat. Peristiwa-peristiwa yang sering terjadi seperti keruntuhan tanah tinggi dan kejadian hujan lebat yang bersangatan serta taufan yang memusnahkan dianggapkan sebagai faktor alam atau kuasa alam semula jadi untuk mengimbangi kesan perubahan cuaca. Seolaholah kejadian berkenaan menyerupai ulangan air pasang yang pasti akan surut suatu masa nanti (70:02). Mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa waktu yang dijanjikan sudah terlalu hampir. Semakin banyak kejadian tanah rebah, gunung runtuh telah berlaku dan gunung dapat runtuh hanya akibat suatu gegaran kecil gempa. Perkara sedemikian jarang terjadi suatu masa dahulu melainkan jika gegaran yang sangat kuat telah berlaku. Terlalu banyak kejadian taufan yang mengakibatkan aliran lumpur yang memusnahkan kediaman dan mengorbankan nyawa. Tiba-tiba manusia jadi panik, mengapa alam menjadi sedemikian lalu kempen demi kempen dijalankan supaya manusia menanam lebih banyak pokok, mengurangkan penggunaan bahan bakar, berkongsi kenderaan, mengelakkan pembuangan bahan cemar dan sebagainya. Adakah

usaha ini akan berjaya? Berapa ramaikah yang akan menyahut kempen sedemikian? Apa benarkah kejadian yang berlaku disebabkan oleh bahan kimia tertentu yang mereka kenalpasti? Mereka masih berbalah, apakah benar karbon dioksida mengakibatkan peningkatan suhu bumi?

67:28 Golongan Beriman Mungkin Juga Terkena Bencana Akibat Pekerjaan Golongan Ingkar Katakanlah olehmu, adakah telah melihat olehmu, sekiranya telah membinasakan Ia akan daku oleh Allah dan sesiapa sahaja besertaku atau telah memberi rahmat Ia akan kami, maka siapakah yang ia membela akan orang-orang yang ingkar itu daripada azab yang pedih?
Tanyalah (Wahai Muhammad, kepada mereka): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang Yang bersama-sama denganku (sebagaimana Yang kamu harap-harapkan), atau ia memberi rahmat kepada Kami (sehingga Kami dapat mengalahkan kamu), - maka siapakah Yang dapat melindungi orang-orang Yang kafir dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?".

Sekiranya bencana yang diusahakan oleh golongan yang ingkar, turut menimpa golongan yang beriman dalam kehidupan di dunia ini, siapakah yang akan menjadi pembela terhadap golongan yang beriman daripada bencana yang menimpa mereka dan begitu juga bencana yang menimpa golongan yang ingkar, siapakah yang akan membela mereka daripada azab yang pedih sedang mereka sendiri selamanya menidakkan adanya pembelaan Tuhan? Perkataan daripada daripada ayat ini dan per-

kataan daripada pada (72:22) harus diterjemahkan berdasarkan kontak ayat. Kedua-duanya memberi makna utus atau wakil dan pada ayat ini lebih tepat untuk diertikan sebagai pembela. Golongan ingkar mendiami bumi ini, begitu juga golongan yang beriman. Golongan yang ingkar berusaha sedaya upaya sehingga membawa kerosakan kepada bumi ini, sedangkan golongan yang beriman yang sedikit jumlahnya, sentiasa berusaha memperingati golongan ingkar akan keadaan perbuatan mereka sehingga akan terjadi bencana yang bukan sahaja menimpa mereka bahkan pihak yang lain juga. Lalu golongan yang ingkar tidak mempercayai semua itu. Kemudian berlaku bencana sedikit demi sedikit dan masih juga golongan yang ingkar mendakwa bahawa kejadian berkenaan merupakan suatu fenomena biasa atau kuasa alam atau kesan anomalilxvi daripada perubahan cuaca. Adakah golongan yang beriman mampu untuk melakukan sesuatu usaha kerja baik pulih, sedangkan jumlah mereka hanyalah sedikit? Melainkan hanya sekadar membentuk amalan hidup berjamaah secara kecil-kecilan untuk mematuhi peraturan Tuhan menurut sesuatu yang terdaya mereka lakukan. Secara umum, bencana akan mengenai mereka yang melakukan kesalahan-kesalahan serta penderhakaan kepada Tuhan (69:11). Dengan fenomena alam yang sama, Tuhan pernah menyelamatkan Bani Israel dan mendatangkan bencana kepada Firaun. Sebagai contoh, mengapakah kejadian-kejadian bencana taufan yang merosakkan tanaman dan juga kediaman banyak menimpa golongan yang ingkar sehingga mengakibatkan mereka menderita kerugian? Dengan yang demikian mereka terpaksa mengimport keperluan mereka dari negara-negara umat Islam

sehingga ekonomi umat Islam sedikit terbantu. Yang sebenarnya, golongan ingkar tidak memahami Al-Quran (17:45-46) sekalipun mereka adalah ahli yang pakar darihal fenomena alam yang berlaku. Sekalipun mereka itu pakar darihal perkara agama yang mereka pelajari dari negaranegara Timur Tengah. Mereka tercari-cari punca kepada permasalahan yang berlaku yang banyak mendatangkan bencana kepada mereka. Bagaimana dapat mereka memahami Al-Quran kerana antara mereka dan golongan yang beriman, Tuhan telah sediakan suatu hijab yang tertutup (17:45). Terdapat suatu sumbatan dalam telinga mereka sehingga mereka berasa sangat sukar untuk memahami AlQuran. Mereka terkial-kial dalam mendapatkan jawapan daripada fenomena alam atau daripada guru-guru mereka yang pakar, seolah-olah mereka adalah manusia yang berjalan secara menelungkup (67:22) dan bukannya berjalan secara betul dengan panduan Tuhan. Adakah mereka ini dapat diharap untuk memakmurkan bumi ini? Sedangkan mereka sendiri tidak dapat diharap untuk mengambil berat terhadap masalah yang berlaku ke atas bumi dan mereka sendiri sentiasa menjadi mangsa terhadap percaturan mereka. Siapakah sebenarnya yang akan membela mereka akibat daripada perbuatan mereka sendiri? Mereka selama ini sentiasa diperingati dengan ayat-ayat suci Tuhan lalu bagaimanakah mereka dapat mengambil pelajaran yang berguna kalau keadaan mereka selama ini sentiasa menutup telinga mereka? Bagaimanakah petunjuk Tuhan dapat sampai sedangkan mereka bukanlah golongan yang bersedia?

67:29 Siapakah Antara Dua Golongan Ini Yang Sesat?

Katakanlah olehmu, Dia Al-Rahman, telah beriman kami denganNya dan ke atasNya telah berserah kami maka nanti kamu (akan) mengetahui siapakah (antara kita) adalah ia dalam kesesatan yang nyata?
Tegaskan (Wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, Yang Kami beriman kepadaNya, dan Yang kepadanya Kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah Yang berada Dalam kesesatan Yang nyata".

Tuhan Al-Rahman adalah Tuhan yang telah mengajar AlQuran, Tuhan yang merekabentuk manusia dan Tuhan yang telah mengajar kepada manusia penerangan-penerangan. Kita dapati Al-Quran telah lengkap pada waktu ini. Namun tiadalah yang berupaya untuk mengungkapkannya kembali daripada tulisan-tulisan yang sedemikian adanya melainkan Dia jua. Oleh kerana telah menjadi budaya dalam masyarakat nusantara, mereka menubuhkan pusat-pusat pengajian Al-Quran, maka Al-Quran perlu dikaji. Sekiranya kerja-kerja pengajian Al-Quran hanya layak dilakukan oleh mereka yang diiktiraf telah mencapai tahap ilmu pengetahuan tertentu, nilai-nilai budaya setempat yang menggalakkan penubuhan pusat pengajian Al-Quran haruslah dilupakan begitu sahaja. Dengan membataskan sesuatu yang telah membudaya dalam kalangan masyarakat maka suatu konfliklxxx dalam masyarakat tentunya akan timbul. Melakukan kerja-kerja penggalakan yang kemudiannya diikuti dengan larangan perkara yang sama, tentunya mencetuskan suatu konfliklxxx. Beriman kepada Al-Rahman adalah beriman dengan Tuhan yang telah mengajarkan bahawa Al-Quran itu mudah. Siapakah pula yang mengajari bahawa Al-Quran itu teramat-amat sukar untuk dipelajari seolah-olah ia suatu kitab yang perlu dijauhi (17:41 & 25:30)? Pembelajaran Al-Quran tidak perlu terlalu diberati dengan ketepatan membacanya secara tajwid. Sekiranya

diajarkan kepada umat bahawa membaca Al-Quran yang tersalah bacaan tajwid akan mengakibatkan ia menanggung dosa dan dilaknat Al-Quran itu sendiri dan nantinya akan dicampak ke neraka, tentunya pengajaran yang sedemikian mengakibatkan umat akan lari daripada pengajaran AlQuran. Sebenarnya tanggapan negatif sedemikian telah diwarisi secara turun temurun sejak zaman silam lagi. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan melainkan yang berkata-kata sedemikian memperolehi autoriti untuk berkata-kata tentang Al-Quran dan umat jangan cuba hendak memandai-mandai dan mereka menghendaki umat, cukup bertaqlidlxii melalui mereka terhadap perkara agama. Sekiranya seseorang mula mendalami pembelajaran agama di institusi pengajian tinggi selepas tamat zaman persekolahannya dan tempoh yang diperlukan untuk mempelajari Bahasa Arab adalah empat tahun, ianya akan hanya layak membuka lembaran pengajian Al-Quran ketika berusia 22 tahun. Lalu bagaimanakah pula dengan tempoh ia perlu mempelajari pengajian tajwid, tarannum beserta latihan yang juga mengambil masa empat tahun, pengajian sorof dan bayan yang juga mengambil masa empat tahun? Adakah setelah berusia 30 tahun baru ia layak membaca Al-Quran secara benar bacaannya untuk dipertandingkan di pertandingan musabaqah tilawah Al-Quran? Setakat ilmu tersebut, belum melayakkan ia menyampaikan pengajian tafsir Al-Quran lalu ia perlu sekali lagi mempelajari asbabun nuzul sehingga diiktiraf mahir setelah melalui tempoh pengajian empat tahun lagi. Ia perlu dilengkapi dengan ilmu Al-Hadith serta selok-belok Al-Hadith yang layak dinamai As-Sunnah juga memerlukan masa selama empat tahun lagi. Usia 38 tahun sebenarnya sepatutnya sudah melayakkan ia memiliki Ph. D. yang didukung oleh orientalis Barat dalam menyampaikan hal-hal yang berkaitan dengan agama! Tidak cukup dengan itu, ia harus

mempelajari usuluddin dan usul fiqh untuk memperkukuhkan aqidah dan ibadahnya juga setiapnya memerlukan masa empat tahun. Pengajian kemudian menjadi lengkap setelah ia mempelajari tentang falsafahlxiv dan kerohanian meliputi gerakan-gerakan kerohanian dan tareqah juga selama empat tahun. Ia harus juga mahir sekurang-kurangnya satu cabang ilmu fardu kifayah seperti pengajian kimia atau geofizik selama empat tahun juga. Kemudian menjelang usianya 54 tahun barulah ia layak menyampaikan pelajaran tafsir AlQuran. Sekiranya ia melalui disiplin yang sama untuk menyampaikan dakwah melalui pengajian tafsir kepada pelajar-pelajarnya, tentunya ia akan wafat terlebih dahulu sebelum berkesempatan menyaksikan pelajar-pelajarnya menerima pengiktirafan ijazah sepertinya. Beginilah disiplin ilmu yang diamalkan suatu masa dahulu di Cordoba, Andalusia yang kemudiannya mereka menerima tamparan sehingga dapat ditewaskan dengan mudah sekali oleh tentera Frank di bawah pimpinan Isabella. Umat menjadi rosak disebabkan oleh pengaruh budaya Kristian yang terserap masuk lantaran tidak dapat ditepis oleh ulama yang tidak habis-habis dengan pengajian mereka. Sekiranya prinsip the end justifies the mean digunapakai, tentunya kaedah sedemikian merupakan kaedah yang amat-amat salah diamalkan kerana kaedah sedemikian akhirnya menyebabkan sebuah kerajaan tumbang terlebih dahulu sebelum suatu ilmu itu dapat dipraktikkanlxvii. Adakah ahli-ahli tafsir seperti itu mampu mendapatkan kupasan daripada Al-Quran supaya masalah perubahan cuaca dapat diatasi? Adakah mereka dapat diharap untuk memberi rumusan-rumusan terbaik bagi menghasilkan pesawat terbang yang dapat terapung di udara tanpa kipas? Sesungguhnya apa yang berlaku terhadap masyarakat Islam di Andalusia adalah suatu yang

menyayat hati. Mereka adalah kesinambungan sejarah kerajaan Bani Umayyah yang merampas hak kekhalifahan dan keimaman di bawah Ahlul Bait. Mereka telah terbiasa melantik ulama-ulama untuk mengeluarkan fatwa bagi menyusahkan disiplin agama kerana khuatir akan terdapat pengajaran-pengajaran benar daripada Al-Quran dan AsSunnah yang menjurus kepada kewajiban menyerahkan kekuasaan pemerintahan kepada Ahlul Bait. Dengan mencengkam kaedah pengajaran agama dan memperkenalkan disiplin agama dengan cara sebegitu akhirnya kaedah seperti yang dinyatakan ini telah diterima pakai dalam pentadbiran dan masyarakat. Jadilah umat mempelajari agama dengan disiplin yang amat ketat serta mencengkam sehingga mereka tidak lagi mengetahui tujuan solah dan zakat. Terdapat pada zaman mutakhir ini, kesan daripada kaedah pengajaran sedemikian sehingga ada ulama-ulama yang bermesyuarat untuk membuang amalan selawat kepada RasululLah S.A.W. dan Ahlul Bait daripada menjadi salah satu kewajiban ajaran agama. Mengapa tidak mereka menerima sahaja pengajaran Tuhan secara benar? Sekiranya mereka menyerahkan ketaatan kepada individulxxvii yang diiktiraf Tuhan, tentunya mereka akan dilingkungi dengan rahmat yang luas daripada Tuhan dengan izinNya. Siapakah yang mengakibatkan kepentingan menyediakan persenjataan diabaikan sehingga mengakibatkan negara-negara umat Islam hampir semuanya menjadi negara-negara jajahan yang kekal sehingga kini mengekalkan nilai-nilai penjajah? Siapakah yang mencengkam disiplin ilmu sehingga umat Islam kini menghadapi zaman fitnah yang amat dahsyat? Kesucian muslimah dirobek begitu sahaja oleh golongan ingkar tanpa sedikitpun diberi perhatian oleh ulama-ulama masakini. Mereka hanya memikirkan persoalan kemewahan hidup dan bersenang lenang dan meredhai sistem penjajah kekal

menguasai negara. Akhirnya kesesatan bukan sahaja melanda golongan yang ingkar bahkan kepada umat ini juga apabila pengamalan agama dihadkan sebagai amalan individulxxvii atau kumpulan. Ulama-ulama yang dilantik menuduh sesat pihak lain tetapi dalam kalangan penganut agama yang manakah paling ramai sekali murtad? Mereka menjadi bingung dengan sistem agama yang diperkenalkan dengan restu ulama-ulama sedemikian yang tidak langsung menunjukkan rasa takut kepada Tuhan untuk dipertanggungjawabkan tentang hal umat di hadapan Tuhan nantinya. Ketahuilah kemuncak daripada pengingkaran akan berlaku apabila generasi terdahulu iaitu RasululLah S.A.W., para sahabat dan Ahlul Bait menjadi bahan laknat umat masakini, kerana dianggap memperkenalkan agama yang sebegini rupa, yang sedikitpun tidak menunjukkan ciri-ciri pembelaan terhadap umat dan juga kitab suci AlQuran, dijadikan bahan kejian dan bukannya kajian.

67:30 Tanda Mula Apabila Air Yang Ada Menjadi Sia-sia Katakanlah olehmu, apakah telah memandang kamu, sekiranya telah muncul ia oleh air kamu (suatu yang) sia-sia maka siapakah yang ia mendatangkan kepadamu dengan air mata air?
Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) Yang dapat mendatangkan kepada kamu air Yang sentiasa terpancar mengalir?".

Dalam terjemahan yang biasa didapati diterjemahkan sebagai kering. Iaitu ketika berlaku suatu yang mengakibat sumber air tidak lagi mengeluarkan air disebabkan oleh

keadaan kemarau atau berlaku keracunan air sehingga air bersih tidak dapat dibekalkan. Keadaan yang seperti ini dapat berlaku pada zaman ini akibat daripada kerja-kerja kerosakan yang manusia lakukan sehingga punca air menjadi tercemar. Inilah akibatnya yang terjadi apabila amanah kekuasaan diserahkan kepada mereka yang hanya tahu merosakkan alam sekitar dengan penebangan terbuka kawasan hutan yang menjadi kawasan tadahan air.
i. Banjir Atau Keracunan Dalam Air

Air tidak dapat bertahan lama di sungai disebabkan oleh kesan banjir kilat lalu bagaimanakah sejumlah air yang mencukupi dapat dikumpulkan? Inilah juga yang dapat berlaku akibat daripada masalah pencemaran air yang disingkirkan oleh kilang-kilang perusahaan dengan kaedah penyelesaian melalui habuan wang ringgit. Bagaimanakah suatu hari nanti, bahan yang mencemar air adalah bahan radioaktiflxxiv yang beracun? Dapatkah air yang seperti ini dibersihkan? Di manakah penguatkuasaan yang berkesan dapat dilaksanakan agar umat dapat berada dalam pemerintahan yang diberkati? Terdapat kes-kes air perbekalan dicemari dengan bahan nitratlxxix sehingga mengakibatkan kelahiran bayi biru. Lalu air seperti inikah yang layak dijadikan minuman atau keperluan bersuci? Ketahuilah bahan nitratlxxix dalam air perbekalan tidak dapat disingkirkan oleh apa jua jenis penapis air dan hanya kaedah osmosislxxii balikan dengan kos yang tinggi dapat mengasingkannya.
ii. Air Jadi Masin Akibat Pencemaran Baja Di Udarakasa

Bagaimanakah kesan pemerintahan sekarang ini sekiranya suatu masa nanti, pencemaran udarakasa yang teruk dengan lebihan haba daripada bahan bakar hidrokarbon dan peralatan-peralatan elektrik mengakibatkan kuantiti hujan menjadi sangat sedikit? Bagaimanakah pula sekiranya air

hujan yang turun rasanya masin (56:70) disebabkan kesan penggunaan baja ammonialviii dan nitratlxxix, sulfat dan fosfat yang berlebihan diperolehi melalui proses sintetik? Lalu siapakah yang dapat menanggung kos pembersihan yang sentiasa meningkat dan terus meningkat sepanjang tahun? Dapatkah mereka menggunakan kaedah pembersihan yang disyorkan Tuhan melalui Al-Quran dan sekiranya mereka dapat lakukannya sekalipun, mampukah mereka menanggung kos yang sentiasa meningkat akibat daripada pencemaran berterusan tanpa kawalan? Lihatlah bencana yang sedang terjadi di negara-negara Barat. Hujan di negara mereka berasid sehingga mencemari kawasan flora dan fauna dan sehingga kawasan tadahan air terjejas teruk. Tasik Michigan sebagai contoh menyediakan air yang beracun sehingga ikan-ikan yang dapat hidup tidak boleh dimakan. Penggunaan baja NPKlxiii yang berlebihan mengakibatkan sungai-sungai di negara mereka menjadi sangat subur sehingga menumbuhkan rumpair-rumpair yang memenuhi dan menutup permukaan air dan menghabiskan bekalan oksigen dalam air berkenaan. Hidupan air seperti ikan dan sesiput mati secara mengejut disebabkan kekurangan oksigen untuk pernafasan. Adakah air yang dipenuhi dengan bekalan nitratlxxix seperti ini sesuai dijadikan minuman? Kegelojohan apakah yang mereka amalkan dalam aktiviti pertanian, perusahaan dan pembangunan di negara mereka? Beginilah kesannya apabila suatu negara mengambil sistem ekonomi riba yang menjadi kelarangan Tuhan. Umat di negara mereka menjadi sangat sibuk membangunkan negara, demi kemajuan kononnya. Tanah air mereka, mereka sendiri rosakkan dan kehidupan mereka, mereka sendiri musnahkan.

*Sesuatu Yang Memenatkan


Perkataan yang bermakna sedang ia (sesuatu yang) memenatkan, dapat diterjemahkan sebagai (sesuatu) kepenatan. Ruangan langit mengandungi gas-gas kepenatan (exhaustion) yang terdiri daripada gas-gas pembakaran seperti karbon dioksida, oksida nitrogen dan gas nitrogen. Karbon dioksida adalah gas hasil tindakbalas pembakaran bahan-bahan bakar kayu api, hidrokarbon dan juga baki hasil pernafasan hidupan. Oksida nitrogen dan nitrogen pula adalah hasil pembakaran ammonialviii yang juga terhasil daripada pereputan bangkai. Metanalxx yang menjadi bahan asas pembentukan kloroflorokarbon, dapat merosakkan lapisan ozon, terhasil daripada sampah sarap buangan. Gas-gas nadir yang menyumbangkan peratusan yang sangat kecil terhasil daripada aktiviti perindustrian dan juga kesan pereputan radioaktiflxxiv. Gas-gas kepenatan ini perlu berada pada kuantiti yang terkawal kecuali nitrogen dan oksigen. Peningkatan ketara gas karbon dioksida adalah kesan daripada peningkatan suhu bumi akibat daripada pembakaran yang berlebihan. Manusia kini hampir menyumbangkan separuh daripada pembentukan gas karbon dioksida di udarakasa. Peningkatan peratusan yang tinggi gas karbon dioksida daripada 0.04 kepada 0.08 peratus, mengakibatkan bumi ditumbuhi dengan cendawan pada kuantiti yang banyak. Lebih daripada separuh perlepasan wap ammonialviii ke udarakasa adalah akibat daripada usaha manusia terutama dalam aktiviti pertanian. Peningkatan wap ammonia lviii dapat juga terhasil akibat daripada pemanasan bumi yang mengakibatkan hidupan-hidupan di lautan mati dan mereput serta menyingkirkan sebatian ini. Kandungan ammonialviii yang tinggi membawa akibat bencana alam seperti ribut taufan dan penghasilan kilat-kilat besar.

Peranan manusia dalam mentadbir alam ini amatlah penting agar gas-gas yang memudaratkan lapisan langit dapat dikurangi dengan berkesan. Atau mereka memilih untuk menghadapi bencana akibat daripada kerja tangan mereka sendiri. Usaha asas manusia untuk mendapatkan makanan melalui projek-projek pertanian dan penternakan haruslah mengambil kira kesannya terhadap alam sekitar mereka. Kita dapati pada waktu ini, kesedaran manusia untuk melaksanakan projek penanaman semula pokok-pokok untuk mengurangkan peningkatan suhu bumi adalah sesuatu yang amat dialu-alukan. Namun penanaman semula pokok-pokok semata-mata, sebenarnya tidak mampu mengimbangi perlepasan haba yang terlalu banyak akibat daripada aktiviti perkilangan, pengangkutan dan penggunaan tenaga elektrik. Oleh itu, apakah langkah wajar, yang harus manusia ambil supaya bumi yang semakin panas ini tidak mendatangkan mudharat kepada kehidupan manusia? Ayat-ayat selanjutnya daripada penerangan surah-surah mendatang akan memperincikan setiap tindakan manusia yang dapat mengakibatkan kerosakan alam sekitar mereka sendiri. Suatu anjakan paradigma yang besar perlu berlaku terhadap manusia itu sendiri. Mereka perlu menakrif semula erti kehidupan mereka untuk membuang tingkahlaku mereka yang sangat gelojoh dalam berpenghidupan.

Kesimpulan
Usaha Yang Memenatkan

Oleh itu usaha yang memenatkan yang dapat membawa kepada kesedaran manusia tentang hakikat kehidupan perlu dilakukan. Riwayat kehidupan di bumi ini kini mula menempuh tempoh genting dan sebarang pengabaian terhadap kekhalifahan manusia akhirnya akan membawa kepada suatu kejadian buruk yang tidak akan ada jalan undur. Penulis menyeru kepada diri sendiri dan juga pembaca sekalian untuk memulai langkah itu dengan mulai memerhatikan ayat-ayat Tuhan melalui wahyu lxxvi Al-Quran yang Tuhan telah turunkan kepada nabi dan rasul terakhir yang Tuhan utuskan kepada umat manusia.

Daftar Kata i. ii. iii. iv. v vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii. berkat relevan adat nafi takrif manifestasi rekabentuk relatif seksual organisma virus metabolisma duplikasi koloni binari rohani, roh laktobasillus berbaki kena mengena, berkaitan kebiasaan, hukum adat sebagai istilah dalam subjek usuluddin tidak, sanggah kenalpasti jelmaan, gantian ubah-ubah keadaan secara bandingan kelamin hidupan dari sel subjek seni berkod bukan organisma, majal proses penguraian makanan yang rencam dan terkawal mengganda (dua) pengikut, ahli, rakyat jajahan dua sistem perduaan (urusan Tuhan) bakteria berbentuk rod terdapat dalam hasil tenusu kedudukan ruang pada atau melebihi ketinggian pucuk tumbuhan lapisan lelangit bumi

xviii. langit

xix.

astrosfera

xx.
xxi. xxii. xxiii. xxiv.

meteoroid positron radikal bebas ionosfera mesosfera

xxv. geosaintis xxvi. tiga tahap xxvii. membuak xxviii. stratosfera xxix. xxx. xxxi. xxxii. u.j.a plasma interaksi sunspot

xxxiii. endothermik xxxiv. fenomena xxxv. meteor xxxvi. buruj xxxvii. Nostradamus

xxxviii. mekanisma xxxix. ubat murung

paling luar, magnetosfera batuan angkasa sebelum jatuh konjugat bagi elektron (sukar didapati di bumi) ion-ion bebas lapisan lelangit terdiri daripada ion-ion (api) lapisan lelangit sangat sejuk pakar kaji bumi pepejal, cecair dan gas mendidih pada suhu rendah lapisan lelangit tertinggi yang menahan wap air unit jisim atom campuran gas dan ion saling hubungkait tompokan gelap pada matahari penyerapan tenaga fakta yang dapat dilihat batuan angkasa yang sedang jatuh kota terkurung, kediaman terlindung penulis silam yang terkenal dengan ramalan masa depan kaedah berturutan seperti A.T.C., ICE,

xl. xli. xlii. xliii. xliv. xlv.


xlvi.

sesat ** psikotik aties futuristik ideologi murtad

xlvii. rentetan xlviii. perafros xlix.


l. li. lii. liii. fatamorgana El-Nino plankton piroplastik larus

ketamin dan sebagainya sebut kecelaruan huraian induktif dalam teknik berfikir suatu subjek paranormal zindiq perkhabaran perkara akan datang agama daripada kefahaman akal tanpa tuhan berundur daripada agama Islam peristiwa-peristiwa yang berlaku secara jujukan fros air yang mengikat butir-butir dalam batuan anomali udara / wap yang terkesan kerana haba kesan cuaca akibat pemanasan lautan Pasifik hidupan seni dalam laut, makanan untuk ikan kecil debu panas beracun yang cepat mengeras bentuk seperti ikan,

cembung di hadapan, tirus di belakang liv. aerofil bentuk larus dengan cembung sedikit ke atas cekung di bawah lv. mekanik bendalir kajian tentang pergerakan udara dan air lvi. komposisi kandungan melebihi dua atau lebih unsur atau sebatian lvii. monopoli menguasai, membolot lviii. ammonia pati baja yang disingkirkan oleh hati lix. fauna haiwan lx. flora tumbuh-tumbuhan lxi. ikhtilaf perselisihan pendapat lxii. taqlid menurut secara membabi buta lxiii. NPK baja berasaskan nitrogen, fosforus dan kalium lxiv. falsafah ilmu kalam lxv. khalifah pengganti Tuhan lxvi. anomali ketaktentuan, kelainan lxvii. praktik amal lxviii. sensitif peka lxix. Dan melalui kesempatan ini lxx. metana gas hidrokarbon paling ringan lxxi. BBC British Broadcasting Corporation

lxxii. lxxiii.

osmosis asimo

lxxiv. Galilei lxxv. radioaktif lxxvi. fizikal lxxvii. wahyu lxxviii. lxxix. lxxx. lxxxi. individu nitrat konflik demokrasi

lxxxii. nutrien

serapan air oleh sebab perbezaan kecairan larutan peralatan mekanikal menyerupai bentuk manusia nama tasik di Palestin sisa beracun bahan isotop nyata, boleh sentuh perutusan Tuhan yang dimuat turunkan seseorang NO3pertikaian sistem pemerintahan mengikut suara ramai pemakanan

NUN
dengan pengajaran daripada surah


(Noon - By The Pen)

Kandungan
Tentang Penulisan Dan Wahyu
68:00 Tentang Surah Nun
Wahyu Selepas Tiga Tahun Daripada Awal Kerasulan, Tertangguh Dalam Period Yang Lama

68:01 Nun, Dakwat, Bekas Dakwat, Pena, Penulisan i. Takrifan Bagi Nun ii. Sejenis Ikan pada Peristiwa Yunus iii. Kepentingan Penulisan 68:02 Antara Nikmat Tuhan dan Gila i. Wahyu Tuhan Sebagai Nikmat Tuhan ii. Gila Lantaran Memperolehi Nikmat iii. Nikmat dan Kesan Perutusan 68:03 Ganjaran Yang Tidak Putus i. Muhammad (S.A.W) Dituduh Gila Dapat Bina Negara ii. Kegilaan Umat Masakini Yang Dianggap Normal 68:04 Muhammad (S.A.W) Membawa Akhlak Mulia i. Telah Dikenali Dengan Gelaran Al-Amin ii. Dituduh Gila Kerana Kerja-kerja Baginda Menggugat
Kedudukan Pemuka-pemuka Makkah

68:05 Kamu Melihat Mereka Juga Melihat i. Golongan Ingkar Merancang Penuh Untuk Aniaya ii. Sebelum Umat Islam Dapat Dileburkan, Golongan iii. iv. v.
Ingkar Lebur Terlebih Dahulu Manusia Yang Memerlukan Petunjuk Tuhan Komunis Yang Mengongkong Demokrasi dan Kapitalis Yang Merosakkan

68:06 Siapakah Sebenarnya Yang Terkial-kial? i. Golongan Ingkar Yang Menguasai Keadaan ii. Umat Islam Yang Kehilangan Arah dan Pedoman

Mengenali Golongan Sesat


68:07 Tuhan Lebih Mengetahui Golongan Berpetunjuk dan Golongan Yang Sesat
i. ii. Golongan Sesat Adalah Yang Terkial-kial Golongan Berpetunjuk Adalah Yang Berpanduan

68:08 Jangan Mentaati Golongan Pendusta 68:09 Bercita-cita Besar Untuk Mendapatkan Sokongan i. Untuk Kepentingan Politik atau Perjawatan, ii. iii.
Pengiktirafan dan Sebagainya RasululLah S.A.W Yang Tidak Dapat Dibeli Contoh : Amerika Syarikat Membeli Rakyat Afghanistan

68:10 Banyak Bersumpah dan Suka Sangat Menghina i. Mengambil Sumpah-sumpah Sebagai Pelindung ii. Zaman Wang Adalah Segala-galanya 68:11 Suka Mencela Berjalan Ke Hulu dan Ke Hilir dengan Perkhabaran i. Suka Sangat Menimbun Harta ii. Mereka Adalah Wartawah-wartawan, Penceramah dan iii.
Pemilik Berita Contoh-contoh Berita Palsu * 11 September * Provokasi Terhadap PejuangPejuang Agama * Berhati-hati Terhadap Berita Yang Disebarkan

68:12 Menegah Kebaikan Dan Melampaui Dalam Dosa i. Yang Tidak Wajar Dituduh Sesat ii. Penganut Sesuatu Agama Atau Kefahaman Tidak iii.
Wajar Dituduh Sebagai Sesat Menghalang Sadaqah (Zakat) Daripada Sampai Kepada Pihak Yang Layak

68:13 Sangat Keras Serta Diketahui Kejahatannya

68:14 Bangga Memiliki Harta Dan Anak-Anak Lelaki


Hanya Suatu Contoh : Kerja-ker ja Kontrak

68:15 Menyatakan Ayat-Ayat Tuhan Sebagai Kisah Silam i. Prinsip Archimedis ii. Masalah Perubahan Cuaca 68:16 Golongan Sesat Ada Tanda
Keberadaan Mereka Sentiasa Diuji Tuhan Agar Mereka Mudah Dikenali Manusia Lain

68:17 Golongan Sesat Diuji Seperti Sahabat Kebun Diuji. i. Mereka Terlalu Yakin Memperolehi Hasil ii. Ketamakan Mereka Dalam Pekerjaan 68:18 Mereka Tidak Mahu Menyisihkan i. Tidak Menyerahkan Urusan Mengikut Ketentuan ii. Darihal Tenaga Kerja Golongan Miskin iii. Kekuasaan Tuhan Mendatangkan Bencana 68:19 Bencana Menimpa Kebun Sahabat-sahabat Kebun 68:20 Pusingan Crop Circle
Tuhan Yang Menumbuhkan Hak Tuhan Untuk Membinasakan

68:21 Mereka Berteriak-teriak Seawal Pagi 68:22 Mereka Menganjurkan Menuai Awal-awal Pagi
Mengapakah Sikap Tamak Wujud?

68:23 Berangkat Dengan Rasa Takut-takut i. Terjenguk Sana Terjenguk Sini Khuatir Diketahui ii. Menunjukkan Sikap Merahsiakan Sesuatu 68:24 Supaya Golongan Miskin Jangan Memasuki Kebun i. Ramai Daripada Rakyat Jelata Adalah Miskin ii. Mengabaikan Mereka Menimbulkan Masalah Sosial 68:25 Mereka Cuba Menguasai Kegusaran Mereka i. ii.
Mereka Didapati Rasa Bersalah Golongan Sesat dan Perancangan Ketamakan Mereka

iii. iv.

Peranan Institusi-institusi Agama Akhirnya Golongan Sesat Menyedari Kesesatan Mereka Sendiri

68:26 Akhirnya Mereka Menyedari Kesesatan Mereka i. Mereka Bukan Sesat Jalan Tetapi Menganut Cara
ii. Beragama Yang Menyesatkan Mereka Bukan Berterusan Ingkar Tetapi Tersalah Cara Beragama (Sesat)

68:27 Mereka Tidak Memperolehi Hasil Atas Pilihan Sesat i. Ekonomi Negara Menjadi Tidak Stabil ii. Huruhara, Konflik, Defisit Yang Meningkat iii. Perpaduan Masyarakat Terjejas 68:28 Dalam Kalangan Golongan Sesat Masih Ada Mereka Yang Condong Kepada Agama i. Mereka Ada Pakar Nasihat Agama ii. Umumnya Nasihat Pakar Mereka Kurang Didengari 68:29 Golongan Sesat Menyedari Bahawa Mereka Zalim i. Sesat Adalah Kezaliman ii.
Syirik Adalah Juga Kezaliman Panduan Mana Yang Perlu Mereka Cari

68:30 Mereka Yang Sesat Saling Cela-Mencela i. Umat Yang Sesat Mencela Pemimpin ii. Pemimpin Yang Sesat Mencela 'Ulama' iii. 'Ulama' Yang Sesat Mencela Umat iv. Umat Yang Sesat Mencela Kembali 'Ulama' v. 'Ulama' Yang Sesat Mencela Pemimpin vi. Pemimpin Yang Sesat Mencela Umat vii. Umat Yang Sesat Mencela Kembali Pemimpin viii. Pemimpin Yang Sesat Mencela Kembali 'Ulama' ix. 'Ulama' Yang Sesat Mencela Kembali Umat 68:31 Mereka Sebenarnya Golongan Melampau
2.5% iaitu Peruntukan Untuk Golongan Susah Mereka Sapu

68:32 Merasa Tak Cukup, Mereka Masih Mengharapkan Habuan Daripada Tuhan

68:33 Azab Di Akhirat Adalah Lebih Berat i. Golongan Sesat Adalah Golongan Terkial-kial ii. Pembawa Ajaran 'Sesat' Bukanlah Golongan Sesat iii. Golongan Sesat Adalah Yang Melakukan 6 Perkara iv. Akibat Besar Kesesatan
Segala-galanya Memerlukan Harta Umat Yang Tidak Terbela Akan Murtad Kontrak Sosial Tergugat dan Ancaman Huruhara Ekonomi Merudum Penjenayah Menjadi Raja Pembunuhan Merata dan Berlaku Setiap Hari

Balasan Di Akhirat Untuk Diambil Pengajaran 68:34 Golongan Berhati-hati Dalam Syurga Kenikmatan i. Pemilikan Manusia Adalah Amanah Tuhan ii. Amalan Riba Yang Menyesatkan iii. Kecurangan Sistem Kapitalis iv. Golongan Berhati-hati Harus Ada Peruntukan Infak 68:35 Muslimin Tidak Sama Dengan Mujrimin i. Sadaqah Bukan Charity ii. Jatuh Bangunnya Ekonomi Sesebuah Negara iii. Ekonomi Umat Adalah Suatu Survival 68:36 Apakah Ukuran Yang Kamu Buat? i. Sistem Ekonomi Riba Menjadikan Mereka Memilih ii. iii.
Hidup Sendiri-sendiri Tiada Jaminan Pemilikan Dalam Sistem Kapitalis Kerosakan Alam dan Sosial Akibat Kapitalis

68:37 Apakah Kitab Rujukan Mereka i. Pembangunan Berterusan Tanpa Had ii. Negara Sosialis Sendiri Menolak Ekonomi

Kapitalis

68:38 Tiada Kitab Yang Mengajar Rakus Sebagai Baik 68:39 Adakah Mereka Ada Hujah Atas Perlakuan Mereka? i. Adakah Mereka Memiliki Akta Yang Jelas Yang
Sampai Kepada Tuhan Bahawa Mereka Lebih Berhak Atas Pilihan Mereka?

ii.

iii.

Mereka Mengubah Peraturan * Zakat Untuk Pembangunan Dan Bukan Untuk Golongan Susah * Maksiat Didenda, Untuk Bayar Gaji Pegawai-pegawai * Harta Warisan Umat Islam Dijadikan Rebutan Badan Yang Dinamai Amanah Akhirnya Umat Ramai Yang Kecewa

68:40 Siapakah Yang Harus Didakwa? i. Umat Mendakwa Golongan Agama ii. Umat Berlaku Syirik Mengambil Golongan Beragama
Sebagai Sekutu Tuhan

68:41 Umat Mempunyai Sekutu Dalam Beragama i. Mereka Menyembah Pemimpin-pemimpin, ii.

'Ulamaulama', Ustaz-ustaz, Lebai-lebai Serta Kiyai 'Ulama' Masakini Lebih Memahami Wang Ringgit Berbanding Agama

68:42 Pada Hari Yang Mereka Diseru Untuk Sujud i. Diperintah Sujud Tapi Mereka Tak Sanggup Buat ii. Sebagai Suatu Manifestasi Penyerahan Kepada Tuhan iii. Gambaran Pusat Lesi Orang Yang Tidak Bersujud 68:43 Tunduk Menekur Pandangan Mereka Dilitupi Kehinaan Sedangkan Dulu Mereka Mampu Untuk Bersujud Biarkan Sahaja Si Pendusta Itu, Tuhan Sedang Istidraj Mereka Dari Arah Yang Mereka Tak Tahu i. Mereka Mengambil Sekutu Dalam Beragama ii. Mereka Mengharamkan Apa Yang 'Ulama' Haramkan iii. Mereka 'Halalkan' Apa Yang Ulama Mereka Halalkan iv. Implikasi Penyekutuan v. Perintah Menggauli Orang Ramai dan Dua Jenis
Manusia Yang Diarahkan Untuk Ditinggalkan

68:44

68:45

Rencana Tuhan Yang Amat Kukuh i. Menghina Pendakwah Akibatnya Ditinggalkan ii. Mengikut Cara Beragama 'Ulama' Yang Menyesatkan

iii. iv. v. 68:46

Zakatnya Tidak Pernah Sampai dan Pemakanannya Memudharatkan Hidup Nafsi-nafsi Dengan Sistem Riba Kejadian Murtad Semakin Menjadi-jadi

Mereka Tidak Diminta Bayaran Untuk Beriman i. Amat Berat Untuk Mereka Beriman Pengesaan
Amat Ringan Untuk Mereka Beriman Penyengutuan Syahadah Beragama Tidak Ada Kesaksian Bersolah Tapi Mereka Sendiri Tak Faham Berpuasa Tetapi Boros, Menjerit-jerit Dalam Ibadah Berzakat Tetapi Zakat Diserahkan Kepada Asnaf Yang Lain vi. Ibadah Haji Mereka Untuk Melancong Semata. vii. Cara Beragama Yang Merugikan Yang Mereka Mahu viii. Sanggup Bertuankan Golongan Ingkar

ii. iii. iv. v.

68:47 Adakah Di sisi Mereka Perkara Ghaib lalu Mereka Menulis Perkara Ghaib itu? i. Jabatan Meteorologi Dengan kaedah Tertentu ii. Rujukan Kepada Kitab-kitab Silam iii. Tiga Perkara Yang Dinyatakan Ghaib Dalam Al-Quran iv. Ramalan Cuaca dan Peristiwa D-Day v. Ramalan Peristiwa Mendatang Melalui Hadith Marfu' vi.
dan kata-kata Sahabat. Ramalan Berdasarkan Kerasihan ilmu

Cara Golongan Sesat Menyediakan Diri Untuk Kejadian Mendatang 68:48 Bersabarlah dan Jangan jadi Seperti Nabi Yunus A.S. i. Golongan Sesat Akan Terperangkap Jangan ii. iii.
Tinggalkan Mereka Mereka Buat Kerja Angkut-Angkut Kisah Nabi Yunus Meninggalkan Kaum Baginda

68:49 Nabi Yunus Diluah Keluar Dari Perut Ikan i. Keadaan Baginda Yang Terdedah Tanpa Kulit dan
Menderita Sakit

ii.

Bersabar Dengan Sikap Umat Suka Mencemuh dan Menuduh Gila dan Sebagainya

68:50 Nabi Yunus Tergolong Dalam Kumpulan Yang Melakukan Perbaikan i. Keadaan Zaman Ini ii. Siti Khadijah Yang Berjuang Berhabis-habisan iii. iv.
Membantu RasululLah S.A.W. Sahabat-Sahabat RasululLah S.A.W Korbankan Harta Perjuangan RasululLah S.A.W Bertahan 1292 Tahun

68:51 Golongan Ingkar Yang Hampir Menggelincirkan Golongan Beriman Dengan Pandangan Mereka i. Mereka Menuduh Gila Walhal Mereka Yang Gila ii. Mereka Menempuh Sistem Hidup dan Ekonomi Yang iii.
i. ii. iii. iv. v. Menyempitkan Amalan Bersadaqah Yang Dianggap Gila Para Sahabat Menerima Al-Quran Sebagai Ayat-ayat Suci Tuhan Hampir Setiap Sahabat Adalah Huffaz Sahabat-Sahabat Bertempur Dalam Memahami AyatAyat Tuhan Mematuhi Fatwa Ulama Tidak Menjamin Apa-apa Disiplin Menuntut Ilmu Agama Yang Gila

68:52 Al-Quran Merupakan Peringatan Ke Seluruh Alam

68:00 Tentang Surah Nun


Wahyu Sekitar Tiga Tahun Daripada Awal Kerasulan, Tertangguh Dalam Period Yang Lama

Surah Nun, adalah antara surah awal, yang diturunkan kepada junjungan RasululLah S.A.W, selepas terhenti seketika wahyulxviii yang diturunkan melalui malaikat Jibrail A.S. Dalam sebahagian penerangan dinyatakan bahawa selepas surah Al-Alaq, adalah surah Al-Mudaththir selang beberapa ketika turunnya wahyulxviii pertama sebagaimana yang didapati dalam kitab Sirah Nabawiyah karangan AlMubarakfuri. Ada juga yang berpendapat selepas turunnya surah Al-Alaq adalah surah Ad-Dhuha sebagaimana yang dinyatakan oleh Hussein Haekal. Namun dalam tafsir AlMaraghi, surah Ad-Dhuha turun sesudah surah Al-Fajr yang kedudukannya sangat jauh jarak dari masa surah AlAlaq diturunkan. Adapun surah Nun adalah selepas surah Al-Mudaththir dan tempohnya selepas surah Al-Alaq secara tepat tidaklah diketahui.

68:01 Nun, Dakwat, Bekas Dakwat, Pena, Penulisan Nun, demi pena dan apa-apa yang mereka tuliskan.
Nuun. Demi Pena dan apa Yang mereka tulis, i. Takrifan Bagi Nun

Nun ,dalam sebahagian besar salinan mashaf ditulis sedemikian adanya. Terdapat juga yang mengatakan bahawa ada sebahagian mashaf, nun ditulis sebagai . Huruf nun tidak dapat dipastikan sama ada merupakan hanya perwakilan abjad seperti Qaf - atau Alim, Lam, Mim atau sebagainya atau merupakan perkataan?

Sekiranya 'Nun' merupakan abjad, penulis sendiri tidak dapat menggarap maknanya. Hanya Tuhan lebih mengetahui. Sekiranya dinyatakan sebagai perkataan, 'nun' bermakna tempat dakwat atau dakwat itu sendiri. Sesuai dengan perkataan seterusnya demi pena. Pena pada zaman RasululLah S.A.W. memerlukan dakwat untuk melakukan kerja-kerja penulisan. Pena pada zaman ini adalah seperti papan kekunci tidak mengandungi dakwat fizikallxvi. Tulisan yang dapat dibentuk adalah pada paparan monitor komputer dan sebagainya.
ii. Sejenis Ikan pada Peristiwa Yunus

Nun ,juga dinyatakan sebagai sejenis ikan (21:87). Iaitu sebangsa ikan paus yang menelan Nabi Yunus A.S. sebagaimana yang terdapat dalam kisah selanjutnya daripada surah ini.
iii. Kepentingan Penulisan

Walaupun tulisan hanyalah sesuatu yang terdiri daripada dakwat di atas kertas atau lekukan pada batu bersurat atau tandaan pikseli pada paparan monitor ataupun perwakilan binariii pada ingatan cakera kerasiii atau pemacu penaiv, namun tulisan memberi makna. Tulisan boleh jadi gambaran atau perwakilan simbol-simbollxiv. Dakwat di atas kertas tidak membawa apa-apa erti, yang memberi pengertian adalah tanggapan manusia sendiri. Sebagai contoh wang yang ditakrifxlv sebagai tandaan-tandaan dakwat pelbagai warna di atas dan di bawah permukaan kertas, sebenarnya tidak membawa apa-apa erti. Yang menerima kertas sedemikian sebagai wang adalah manusia dan bukannya makhluk-makhluk lain. Itupun bergantung kepada kesesuaian masa dan tempat. Wang pisang, kertas bercetak zaman penjajahan Jepun di Malaya, hanyalah diterima pada masa tertentu suatu masa dahulu dan kini nilai yang tinggal adalah nilai sejarah dan bukannya nilai

wang itu sendiri. Tujuan dakwat-dakwat sedemikian ditandakan di atas kertas-kertas tertentu adalah sematamata untuk menyampaikan maklumat daripada Tuhan kepada manusia, daripada manusia kepada manusia atau dari Bank Negara kepada rakyat. Sekiranya maklumat berjaya disampaikan, tandaan-tandaan dakwat sedemikian atau apajua yang menyerupainya dinamai sebagai tulisan, sama ada dalam bentuk simbollxiv atau gambaran. Tulisan sedemikian membawa erti. Tandaan yang membawa erti yang dapat memindahkan maklumat sudah barang tentu membawa maksud bahawa terdapat sumber yang memberi maklumat dan terdapat sasaran yang menerima maklumat berkenaan. Tanpa sumber pemberi maklumat, sesuatu tandaan itu tidak dapat dikatakan sebagai tulisan bererti.

68:02 Antara Nikmat Tuhan dan Gila Sekali-kali bukanlah engkau, dengan nikmat Tuhan engkau, yang gila.
Engkau (Wahai Muhammad) - Dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana Yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan Engkau adalah seorang Yang bijaksana). i. Wahyu Tuhan Sebagai Nikmat Tuhan

Nikmat Tuhan adalah perutusan daripada Tuhan yang dapat dituliskan. Ayat ini yang telah disediakan Tuhan, tersimpan pada malaikat Jibril A.S., yang memberitahu bahawa Muhammad RasululLah S.A.W. akan dituduh sebagai gila lantaran menyampaikan perutusan Tuhan. Perkataan gila atau waras, sebagaimana sempena ayat ini adalah ukuran manusia semata-mata. Apabila sekumpulan manusia menghadapi suatu perkhabaran baru yang tidak selari dengan

kebiasaan mereka, kepentingan mereka atau kefahaman mereka, maka dengan serta merta mereka akan membuat tuduhan gila. Contoh, apabila kesaksian syahadah xlviii seorang muslim adalah perkara yang dituntut kesaksiannya sepertimana saksi dalam nikah kahwin, maka pernyataan sedemikian dianggap sebagai pernyataan gila. Siapakah di antara kita yang disaksikan keislamannya dan berapa ramai daripada kita yang telah mengambil kesaksian syahadah xlviii seseorang? Mereka dengan segera menerima pernyataan sedemikian sekiranya yang menerima Islam itu adalah daripada golongan mualafv yang baru menerima agama Islam. Tuduhan sedemikian adalah disebabkan oleh ukuran rutinvi masyarakat masakini serta kefahaman kebiasaan mereka. Ukuran seperti inilah sebenarnya ukuran gila.
ii. Gila Lantaran Memperolehi Nikmat

Kita biasa mendengar istilah kaya mengejut. Pemperolehan yang bukan dikeranakan oleh usaha bersungguh-sungguh. Nikmat sedemikian boleh mengakibatkan seseorang menjadi gila. Seseorang akan mengalami perubahan tingkahlaku serta mengambil sikap sehingga memutuskan silaturahim lantaran merasakan dirinya dimuliakan (89:15). Dalam hidup kita, tentunya kita biasa menyaksikan tentang kedudukan seseorang yang memenangi hadiah pertaruhan perjudian, yang dengan segera melakukan sesuatu yang akhirnya mengakibatkan kerugian kepada dirinya sendiri. Ia tidak dapat menggunakan kesempurnaan akalnya disebabkan pemperolehan nikmat sedemikian. Namun gila seperti ini bukanlah gila lantaran kehilangan akal tetapi gila lantaran tidak dapat menggunakan akal. Gila nikmat seperti ini adalah perkara lumrahlxxii dalam kehidupan manusia. Lantaran manusia telah diciptakan dengan lumrahlxxii sedemikian (70:19/20/21) terangsang seperti bangsa jin (72:13). Mereka cepat bertindak tanpa memikirkan akibat yang bakal terjadi.

iii. Nikmat dan Kesan Perutusan

Perutusan Tuhan adalah merupakan wahyu lxviii. Sebahagian yang lain adalah daripada ilham yang kuat. Ceritera xlvi pernah mengkhabarkan tentang penemuan prinsip Archemidisxliv iaitu tentang ilham yang ia perolehi untuk menentukan ketulenan emas yang digunakan untuk membentuk mahkota raja. Atas penemuan sedemikian yang diperolehinya, semasa ia sedang berada di tab mandi, menjadikan ia sangat gembira sehingga berlari tidak sedarkan dirinya bertelanjang bulat. Kita juga biasa menerima perkhabaran gembira sama ada melalui surat atau melalui khabar yang disampaikan oleh pihak lain dan perkhabaran sedemikian sedikit sebanyak mengubah tingkahlaku kita. Perkhabaran yang RasululLah S.A.W. terima adalah perkhabaran daripada Tuhan, Yang Maha Tinggi, pencipta seluruh alam. Apakah yang tidak mewajarkan baginda menerimanya dengan rasa gembira? Perutusan memainkan peranan penting dalam membentuk tingkahlaku. Peristiwa serangan 11 September, yang kononnya didalangi oleh umat Islam, pada permulaannya banyak disambut dengan rasa gembira oleh sebahagian besar manusia di kebanyakan negara dengan sikap benci mereka atas pentadbiran Amerika Syarikat. Namun, apabila perkhabaran yang diperolehi selanjutnya tidak memihak kepada 'pengganas' berkenaan, kita dapati istilah pengganas kini merupakan istilah ciptaan Amerika Syarikat yang digeruni oleh ramai pihak sehingga sebahagian besar manusia tidak lagi berani menyatakan sokongan kepada 'pengganas' secara terangterangan.

68:03 Ganjaran Yang Tidak Putus

Dan sesungguhnya bagi engkau benar-benar ganjaran yang bukan putus.


dan Sesungguhnya Engkau tetap beroleh pahala Yang amat besar, Yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam); i. Muhammad (S.A.W) Dituduh Gila, Dapat Bina Negara

Yang demikian segala perbuatan RasululLah S.A.W. adalah ibadah, oleh itu adalah wajar segala amalan RasululLah S.A.W. dijadikan contoh dan iktibarxlvii untuk diamati dan dicontohi. Walaupun terdapat pengecualianpengecualian tertentu, secara umumnya amalan-amalan baginda, dinamai sebagai sunnah yang harus dicontohi oleh umat ini. Dengan nikmat perutusan yang baginda perolehi daripada Tuhan semesta alam, Tuhan Maha Mengetahui kepada individulxix yang diutuskan, baginda sendiri menerima ganjaran yang tidak putus-putus. Adakah wajar dengan nikmat sedemikian RasululLah S.A.W. dikatakan sebagai gila? Wajarkah kerja-kerja menerima ayat Tuhan sebagai kerja gila? RasululLah S.A.W. menghimpunkan golongan yang beriman lalu baginda menduplikasi vii amaliviii baginda kepada sahabat-sahabat baginda. Sehingga sebahagian besar sahabat-sahabat baginda itu turut menghafazliii ayat-ayat Tuhan yang dibawa dalam solah mereka. Adakah amalan sedemikian adalah amalan gila? Kemudian baginda menyampaikan pengajaran ayat-ayat Tuhan yang baginda perolehi supaya turut sama dipraktikkanxvi. oleh sahabat-sahabat baginda. Adakah sahabat-sahabat sedemikian adalah sahabat gila? Umat yang berhimpun bersama pada zaman baginda membentuk suatu masyarakat yang saling membantu serta saling memperkukuh bersama-sama menghayati ajaran Tuhan, adakah masyarakat sedemikian adalah masyarakat yang gila? Sehingga mereka membentuk suatu kehidupan

bernegara yang mementingkan ikatan perpaduan sesama warganegara sekalipun berlainan agama, dengan kehidupan yang dijamin, terdapat sistem pengadilan dan sistem ekonomi serta sistem pertahanan yang kukuh dan sebagainya. Apakah benar itu kerja gila?
ii. Kegilaan Umat Masakini Yang Dianggap Normal

Sekiranya agama Muhammad S.A.W. mengajar kita semua bagaimana caranya supaya seseorang sentiasa menang perjudian, sehingga mengakibatkan individu lxix terkejut menjadi kaya segera, itu barangkali kerja gila. Ataupun menggalakkan umatnya melakukan pergaulan bebas supaya anak-anak luar nikah lebih banyak dilahirkan dan akhirnya ahli masyarakat tidak mengetahui nasablxxiii keturunan mereka (68:13), sehingga bapa saudara tidak mengenali anak saudara, saudara sekandung ibu atau bapa saling tidak mengenali sesama mereka, sehingga banyak penyakitpenyakit kelamin tersebar, itu baru barangkali kerja gila! Lihatlah kini apabila pengajaran yang tidak pernah dipaksakan kepada manusia, dijadikan sesuatu yang dibenci, Tuhan dimusuhi, kitab-kitab suci dikeji, di manakah lagi nilai kemanusiaan yang kononnya memiliki kecanggihan akal?

68:04 Muhammad (S.A.W) Membawa Akhlak Mulia Dan sesungguhnya engkau, benar-benar atas akhlak yang mulia.
dan Bahawa Sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak Yang amat mulia. i. Telah Dikenali Dengan Gelaran Al-Amin

Muhammad RasululLah S.A.W. telahpun digelar AlAminlxii iaitu seseorang yang dipercayai lama sebelum masa

kerasulan baginda sehingga semasa pembaik pulihan Ka'abah. Baginda telah diberi amanah untuk meletakkan Hajarul Aswadlii kembali ke tempat asalnya daripada banyak antara pemuka-pemuka Quraisy. Tugas sedemikian adalah merupakan penghormatan besar masyarakat Arab Mekah pada ketika itu. Baginda merupakan seorang yang mengambil berat tentang nasib masyarakat, membantu golongan susah yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal, anakanak yatim serta miskin serta ringan tangan dalam memberi bantuan. Keunggulan akhlak baginda telah diiktiraflxxiv sebelum baginda dilantik sebagai rasul lagi.
ii. Dituduh Gila Kerana Kerja-kerja Baginda Menggugat Kedudukan Pemuka-pemuka Makkah

Kemudian baginda dituduh sebagai gila lantaran melaksanakan tugas dakwah yang diperintahkan Tuhan. Tuduhan sedemikian adalah bersebab. Dengan dakwah Muhammad RasululLah S.A.W, mereka mengetahui bahawa keberadaan mereka dalam kalangan masyarakat Makkah pada ketika itu akan tergugat. Bahkan mereka dapat merasakan kepentingan perniagaan mereka juga tergugat disebabkan kerja-kerja dakwah. Dengan kekuatan pengaruh serta harta yang mereka miliki, mereka akan menentang dakwah RasululLah S.A.W. seberapa terdaya untuk menewaskan baginda.

68:05 Kamu Melihat Mereka Juga Melihat Maka kelak kamu (akan) melihat dan mereka (juga akan) melihat.
maka (tidak lama lagi) Engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat, i. Golongan Ingkar Merancang Penuh Untuk Aniaya

Ayat seperti ini seolah-olah menganjurkan golongan yang beriman mengambil sikap tunggu dan lihat. Walhal golongan ingkar, mengambil sikap melihat sebenarnya melakukan apa jua yang terdaya untuk menghalang-halangi kerja yang dilakukan oleh golongan yang beriman. Orangorang yang ingkar merancang dengan penuh ketelitian untuk menganiayai, memerangi serta merugikan golongan yang beriman dan perkara sedemikian berlaku sepanjang zaman (71:22). Sedangkan orang-orang yang beriman sentiasa mematuhi dan menunggu-nunggu arahan Tuhan dari sejak dahulu lagi sehingga mereka diperangi oleh golongan yang ingkar. RasululLah S.A.W. telah berlalu dan begitu juga khalifah-khalifahxl selepas baginda. Kini tiada lagi khalifahxl dan kesultanan yang sedia ada tidak berupaya menjagai umat ini sehingga sebahagian besar mereka diperangi oleh golongan yang ingkar. Sekalipun agama Islam telah tersebar, namun mereka kini seolah-olah semakin lemah ikatan perpaduan mereka, menunggumenunggu bencana sebelum bertindak sesuatu memperbetul keadaan.
ii. Sebelum Umat Islam Dapat Dileburkan, Golongan Ingkar Lebur Terlebih Dahulu

Belumpun umat ini hancur lebur, kini kita dapati hasil usaha golongan yang ingkar telah kembali kepada mereka. Sistem ekonomi mereka huru-hara atas sebab pengamalan riba. Kehidupan sosialxxv mereka tergugat sehingga meretakkan hubungan kekeluargaan. Maruah mereka rosak seolah-olah mereka anjing yang berkeliaran. Mereka ke hulu dan ke hilir menampakkan kehidupan mereka seolaholah mereka itu manusia bebas tanpa sebarang panduan hidup. Mereka memulakan peperangan membunuh jutaan umat Islam, tetapi mereka juga menderita kerugian akibat belanja peperangan yang sangat besar dan mereka tidak pernah menang. Mereka terus masih berusaha dengan

sepenuh harga kerana mereka menyedari peranan keingkaran sebenarnya amat-amat mempengaruhi tingkahlaku manusia dalam memilih keimanan dan keingkaran.
iii. Manusia, Yang Memerlukan Petunjuk Tuhan

Agama Islam tidak pernah dipaksakan kepada manusia sejak dari zaman RasululLah S.A.W. dan umat Islam sendiri tidak pernah dipaksakan mengekalkan pendirian mereka dalam agama ini. Mereka sebenarnya berhak memilih agama apajua yang mereka suka dan Tuhan membebaskan pilihan manusia atas perkara itu. Namun kesaksian manusia atas perkara-perkara yang berlaku akhirnya membuatkan mereka sendiri mengakui untuk menuruti suatu petunjuk dan memilih agama yang benar pada ukuran mereka.
iv. Komunis Yang Mengongkong

Sebagai contoh, apabila kekhalifahan Islam terakhir digulingkan, manusia tercari-cari sistem hidup sehingga dua tunjang sistem kehidupan utama telah muncul iaitu sistem demokrasiix dan sistem komunisx. Dengan kejatuhan sistem komunis yang mengongkong akhirnya manusia memilih sistem demokrasi.
v. Demokrasi dan Kapitalis Yang Merosakkan

Namun sistem demokrasiix mendedahkan manusia kepada keporakan apabila salah laku orang-orang tertentu, tidak dapat diadili dan menggugat sistem kehidupan manusia sendiri. Dengan memegang prinsip hak asasi diri, manusia masih lagi terkial-kial dalam mendapatkan kehidupan yang bermakna. Golongan yang dhaifxli amat mudah dipengaruhi untuk mengikuti mana-mana ajaran dan kefahaman dan mereka akan memilih ajaran yang lebih bersifat membela. Kekekalan suatu sistem kehidupan tergantung atas nilainilai kebaikan namun setakat ini belum pernah ada suatu

sistem yang meliputi seluruh manusia yang diakui dapat membela nasib kehidupan manusia itu sendiri dan juga alam ini. Dengan sistem demokrasiix dan ekonomi kapitalis, manusia dapat menyaksikan kerosakan demi kerosakan yang menggugat keselamatan kehidupan manusia. Adakah nasib akhir manusia seperti haiwan-haiwan yang memegang peraturan-peraturan tertentu semata-mata demi kendiri kehidupan mereka, sebelum mereka menyedari perlunya kembali kepada ajaran Tuhan?

68:06 Siapakah Sebenarnya Yang Terkial-kial? Dengan mana-manakah (antara) kamu yang terkial-kial.
siapakah orangnya Yang gila di antara kamu semua. i. Golongan Ingkar Yang Menguasai Keadaan

Peraturan yang mudah. Mereka yang berpandukan dengan panduan Tuhan serta berhati-hati menjalani kehidupan dan mereka yang menjalani kehidupan tanpa panduan tertentu dan bertindak semahu-mahu mereka, siapakah antara mereka yang terkial-kial? Umat ini telah melalui masa pelemahan disebabkan mereka dalam keadaan jahil daripada petunjuk Tuhan. Kesempatan ini telah digunakan sepenuhnya oleh golongan yang ingkar untuk memanipulasixi keadaan sehingga umat ini seolah-olah telah kehilangan segala-galanya darihal penguasaan mereka dahulu dari sudut ilmu. Kebebasan mereka untuk mendapatkan pendapatan sara diri telah dikuasai secara sistematik xii oleh pihak lain, bermula daripada sistem kewangan, perniagaan hinggalah sistem pertanian. ii.
Umat Islam Yang Kehilangan Arah dan Pedoman

Kebebasan mereka untuk mempelajari ilmu-ilmu agama daripada peringkat sekolah rendah hingga ke universiti, silibusxii pendidikan, juga dikuasai oleh golongan yang ingkar. Sehingga sekiranya umat ini perlu mempelajari Islam dari madrasah utama seperti universiti Al-Azhar, Mesir, mereka perlu menurut acuan silibusxiii yang ditentukan kuasa-kuasa lain seperti Yahudi dan Amerika Syarikat. Seolah-olahnya umat Islam kini adalah umat yang terkial-kial dalam berpenghidupan.

Mengenali Golongan Sesat


68:07 Tuhan Lebih Mengetahui Golongan Berpetunjuk dan Golongan Yang Sesat Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lebih mengetahui, terhadap sesiapa jua yang telah tersesat ia dari jalanNya dan Dia lebih mengetahui dengan orang-orang yang berpetunjuk.
Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat petunjuk. i. Golongan Sesat Adalah Yang Terkial-kial

Orang yang telah tersesat adalah orang yang terkial-kial dan orang yang berpetunjuk adalah orang yang memperolehi nikmat Tuhan. Dalam kehidupan ini kita telah biasa dengan istilah ajaran sesat. Istilah sesat - adalah merupakan tuduhan ampuhlxxv yang digunakan pihak-pihak tertentu untuk menunjukkan bahawa pihak yang dituduh telah kafir atau syirik. Seolah-olah pihak yang menuduh itu tidak kafir dan tidak syirik. Tuduhan seperti ini sebenarnya

telah muak didengari oleh banyak pihak. Pihak yang menuduh sendiri tidak pernah memberi contoh yang sebaikbaiknya sehingga umat ini dapat pembelaan. Mereka lebih selesa melaksanakan aktivitixix pencegahan berbanding pemulihan kerana pencegahan memberi pulangan hasil atau sekurang-kurangnya meningkatkan pandangan masyarakat bahawa mereka berada di pihak yang 'tidak sesat'. Tidakkah mereka mengetahui bahawa Muhammad RasululLah S.A.W, sekiranya tidak berpetunjuk dengan petunjuk Tuhan adalah Muhammad yang sesat 93:07 ( ,)suatu istilah yang datang daripada kata dasar kata kerja yang sama ?Dan baginda sebenarnya pernah melalui tempoh itu. Oleh itu istilah sesat perlu ditakrifkan xiv secara berhati-hati agar tidak menjurus kepada tuduhan sebagai pembawa ajaran 'sesat', syirik, tahyul atau perkaraperkara Harut dan Marut (karut mengarut) dan sebagainya. Kedua-dua ayat 93:07 dan 68:07 menyatakan dua istilah yang berlawanan. Iaitu lawan bagi ( yang tersesat) adalah ( berpetunjuk) dan lawan bagi ( orang yang tersesat) adalah ( orang-orang yang berpetunjuk).
ii. Golongan Berpetunjuk Adalah Yang Berpanduan

Oleh itu perkataan tidak memerlukan istilah lain contohnya 'yang tersalah jalan' sebagai ganti perkataan yang kononnya lebih sopan untuk ditujukan kepada Muhammad RasullulLah S.A.W., sekiranya tidak berpetunjuk dengan petunjuk Al-Quran. Hanya oleh kerana istilah 'sesat' telah menjadi mainan mulut, golongangolongan tertentu untuk menyatakan 'kebenaran' pihak diri mereka! Wajarkah kita menyamakan 'sesat' itu adalah sesuatu ajaran yang menyamai ajaran menyembah berhala, membawa perkara-perkara tahyul, jampi serapah atau menyamakannya dengan ajaran 'kerajaan langit' atau

amalan tawassul atau sebagainya? 'Sesat' haruslah difahami sebagai tidak berpetunjuk dengan petunjuk yang benar dan sebaliknya 'berpetunjuk' adalah mengambil panduan benar untuk sesuatu tujuan.
Siapakah dia yang dikatakan sebagai golongan yang sesat itu?

Pertama : Golongan yang mendustakan. 68:08 Jangan Mentaati Golongan Pendusta Maka janganlah kamu mentaati golongan yang mendustakan.
oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam Yang sedang Engkau amalkan, dan) janganlah Engkau menurut kemahuan orang-orang Yang mendustakan (ugama Allah).

Perkataan bermakna telah mendustai ia. Iaitu suatu perbuatan sengaja. adalah merujuk kepada orang-orang yang (sengaja) mendustakan. Iaitu sengaja mengatakan sesuatu yang benar sebagai dusta, atau ia mengambil sikap mendustai terlebih dahulu sebelum meneliti sesuatu keterangan (68:15). Istilah adalah arahan Tuhan yang wajib dipatuhi. Jangan mentaati merujuk kepada perintah jangan mengikuti atau mematuhi terhadap arahan atau syor yang dikemukakan. Yang dilarang dipatuhi adalah golongan yang mendustakan. terdapat penerangan dalam ayat-ayat yang lain dapat diambil untuk dijadikan pengajaran. Siapakah ? Kedua : Mereka yang inginkan orang-orang yang beriman bersikap lunak.

68:09 Bercita-cita Besar Untuk Mendapatkan Sokongan Telah bercita-cita (besar) mereka, kiranya kamu berlaku lunakxv lalu mereka berlaku lunak.
mereka suka kalaulah Engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu). i. Untuk Kepentingan Politik atau Perjawatan, Pengiktirafan dan Sebagainya

Lalu siapakah dia golongan yang mendustakan dan pada masa yang sama mahu orang-orang bersikap lunak? Iaitu mereka yang dapat melihat di sana ada kepentingan sekiranya mereka dapat menundukkan golongan yang beriman untuk menyertai mereka. Penyertaan boleh jadi darihal yang ada hubungkaitnya dengan perniagaan ataupun kepentingan untuk mendapatkan sokongan politik, jawatan atau kepentingan-kepentingan yang lain. Bahawa mereka itu bercita-cita besar, menunjukkan mereka sanggup melakukan apa sahaja supaya golongan yang beriman memihak kepada mereka dan mereka sebenarnya tidak inginpun untuk beriman.
ii. RasululLah S.A.W Yang Tidak Dapat Dibeli

Sejarah menunjukkan kejayaan RasululLah S.A.W., yang berusaha mempraktikkanxvi ajaran Al-Quran, adalah merupakan ajaran yang sangat-sangat dibenci oleh golongan yang ingkar. RasululLah S.A.W. dan sahabat-sahabat baginda tidak dapat 'dibeli' dengan harta serta pangkat demi untuk meninggalkan ajaran Tuhan. Masakan golongan ingkar bersedia membentangkan permaidani indah supaya golongan yang beriman merasa terhutang budi kepada mereka.

iii. Amerika Syarikat Membeli Rakyat Afghanistan

Sebagai contoh, apabila musuh umat Islam iaitu Amerika Syarikat merasai bahawa mereka perlu melakukan sesuatu untuk mencengkam umat Islam, mereka merencana tipudaya supaya dapat menyerang Afghanistan, satu-satu negara umat Islam yang tidak pernah dijajahi sepenuhnya oleh mana-mana kuasa luar. Penyerangan mengakibatkan korban jiwa yang besar terhadap umat Islam. Sehingga ke suatu peringkat apabila belanja peperangan mereka terlalu besar, sebenarnya mereka sudah tidak sanggup untuk terus berada di negara berkenaan. Lalu mereka menawarkan pengampunan kepada pejuangpejuang Islam supaya dapat menyertai mereka dalam pilihanraya yang mereka adakan. Gunanya adalah supaya Amerika Syarikat serta kepentingannya tidak akan diserang selepas ini. Adakah mereka, yang sejak awal-awal lagi mengambil sikap menolak petunjuk Tuhan secara terangterangan dan melakukan pembunuhan beramai-ramai umat Islam apabila memperolehi peluang? Bahkan musuh umat Islam ini harus diserang habis-habisan sekalipun mengorbankan seluruh jiwa raga umat ini. Sebenarnya sikap lunak mereka yang inginkan umat Islam lunak adalah petanda awal bahawa mereka tidak sanggup untuk terus menindas umat ini dan mula melembutkan pendirian kepada perdamaian sebelum nyata kemenangan golongan yang beriman. Sudah cukup pengajaran diperolehi atas keburukan pemerintah-pemerintah umat ini yang amat tidak bertanggungjawab mengabaikan umat ini secara keseluruhan sehingga di kalangan umat ini telah terdapat golongan yang malu mengaku muslim. Ketiga : Setiap yang gemar bersumpah, menghina

68:10 Banyak Bersumpah dan Suka Menghina

Dan janganlah kamu mentaati setiap (individu lxix) yang banyak bersumpah (lagi) menghina.
dan janganlah Engkau (berkisar dari pendirianmu Yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang Yang selalu bersumpah, lagi Yang hina (pendapatnya dan amalannya), i. Mengambil Sumpah-sumpah Mereka Sebagai Pelindung

Individulxix yang banyak bersumpah, sekalipun tidak diasak untuk berbuat demikian adalah individulxix yang banyak berbohong. Tabiat bersumpah dituruti dengan sikap menghina adalah merupakan suatu tabiat yang biasa ditemui dalam kehidupan kita sehari-hari. Mengapakah seseorang itu perlu bersumpah? Yang demikian adalah untuk meyakinkan kepada pihak lain bahawa ia berada pada jalan yang lebih benar serta lawannya adalah merupakan pihak yang sentiasa berada pada jalan yang salah. Mereka sanggup mengambil sumpah-sumpah mereka sebagai pelindung sama ada sumpah itu benar atau dusta (63:02).
ii. Zaman Wang Adalah Segala-galanya

Pada zaman ini, manusia secara umumnya sudah menganggap bahawa wang adalah segala-galanya dan segalagalanya memerlukan wang. Jalan untuk mendapatkan harta sama ada dengan jalan benar atau jalan salah sudah tidak penting. Yang penting adalah memperolehi harta atau kedudukan walau dengan jalan apajua sekalipun. Mereka yang tidak sanggup melakukan kepalsuan sekali-kali tidak akan menikmati kehidupan yang mewah. Pada mereka ini, balasan akhirat itu kalau ada! Apabila harta dan kedudukan menjadi matlamat, kemanusiaan sudah tidak bererti lagi. Harta dan kedudukan telah mengambil alih tempat Tuhan,

sehingga tiada yang lebih disayangi daripada Tuhan melainkan harta dan kedudukan. Matlamat kepada harta dan kedudukan melebihi matlamat kepada Tuhan. Akhirnya jalan bersumpah palsu sanggup diada-adakan dengan bermatlamatkan bahagian dunia. Keempat : Suka mencela, berjalan (ke hulu ke hilir) dengan perkhabaran.

68:11 Suka Mencela Berjalan Ke Hulu dan Ke Hilir dengan Perkhabaran Yang suka mencela, berjalan ke sana ke mari menyebarkan khabar berita.
Yang suka mencaci, lagi Yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), i. Suka Sangat Menimbun Harta

Sifat mencela dan sebab-sebab seseorang itu mengambil pendirian suka mencela sebenarnya diterangkan dalam surah Al-Humazah yang ada hubungkaitnya dengan pemilikan harta. Dengan hartanya (kenderaannya) ia ke hulu dan ke hilir mendapatkan perkhabaran berita serta mencanangnya. Pada zaman ini, perkhabaran dapat berlaku dengan berbagai-bagai kaedah. Selain daripada perutusan melalui posmen, perkhabaran secara harian tercatat pada kertas-kertas akhbar yang dicetak dan diedarkan secara harian. Semuanya memerlukan pergerakan yang aktif. Secara khususnya ayat ini ditujukan kepada penceramahpenceramah atau wartawan-wartawan yang bergerak dari satu tempat ke tempat-tempat yang lain untuk mendapatkan dan membawa khabar berita. Berita yang dibawa adalah berita tentang sumpahan dan tindakan menghina, banyak menyampaikan berita-berita dusta dan sebagainya.

ii.

Mereka Adalah Wartawah-wartawan, Penceramah dan Pemilik Berita

Kita dapati penguasaan berita dunia dikuasai oleh Yahudi melalui firma-firma perniagaan yang melibatkan komunikasi. Dalam menguasai perhatian orang ramai, mereka sanggup melaporkan berita-berita palsu yang sentiasa diulang-ulangkan. Mereka mempelajarinya daripada Hitler pada suatu masa dahulu bahawa kepalsuan yang diulangulangkan adalah suatu kebenaran. Untuk jangka pendek, berita sedemikian akan dianggap sebagai benar dan rakyat mereka akan menyokong polisilxxvi penguasa berita untuk suatu tempoh masa.
iii. Contoh-contoh Berita Palsu

Sebagai contoh, apabila mereka merencana peristiwa 11 September suatu masa dahulu, matlamat mereka adalah membunuh umat Islam seberapa ramai yang boleh. Media massa mereka segera melaporkan suatu tuduhan bahawa kejadian itu didalangi oleh 'pengganas' Islam dan penyampaian berita tentang kejadian letupan menara berkembar WTC dan pusat strategik yang lain, diulang tayang sehingga beberapa ratus kali. Penyaksian sedemikian akan segera dipercayai oleh rakyat Amerika Syarikat dan dunia pada keseluruhannya. Pihak kepimpinan mereka tidak memerlukan mandat rakyat untuk menyerang Afghanistan dan Iraq. Penyerangan berterusan sejak dahulu lagi yang mengakibatkan lebih sejuta kematian umat Islam telah berlaku sebagaimana yang dirancangkan. Selang beberapa ketika setelah kesahihan peristiwa serangan 11 September dipertikaikan oleh ahli-ahli profesional dalam kalangan mereka sendiri, terbukti pentadbiran Amerika Syarikat tidak dapat mempertahankan tuduhan peristiwa berkenaan didalangi oleh umat Islam. Namun mereka tidak mempedulikan semua itu, yang pastinya mereka telah berjaya

membunuh jutaan umat Islam di Afghanistan dan Iraq dan menguasai negara-negara berkenaan untuk memuaskan hati kejam mereka. Itulah satu-satunya matlamat mereka, sekalipun dengan cara menipu rakyat mereka sendiri. Kini musuh-musuh Islam berasa amat selamat kerana mereka menyangka mereka berjaya membatalkan perancangan Tuhan sebagaimana yang pernah dinyatakan dalam keterangan Al-Hadith tentang peristiwa akhir zaman. Fitnah terhadap pejuang-pejuang agama tempatan juga berlaku dalam bentuk provokasixvii yang menampakkan seolah-olah pejuang-pejuang berkenaan adalah pembelot bangsa dan negara. Dengan demikian kedudukan pejuangpejuang agama akan dimanipulasikanxi sebagai musuh rakyat. Selagi berita-berita berkenaan tidak menimbulkan kesan, langkah menghindari dalam membuat sebarang ulasan haruslah diambil kira. Oleh itu, umat ini perlu sensitif terhadap berita yang disebarluaskan kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah kepada mereka. Mereka harus mengambil langkah berjaga-jaga dan langkah perlu, untuk menghindari diri mereka daripada menjadi mangsa percaturan manifestoxviii pihak lain. Bukan dengan cara mengabaikan sahaja fitnah-fitnah berkenaan tetapi dengan cara yang amat berhemah yang tentunya amat sukar dihadapi.

68:12 Menegah Kebaikan, Melampaui Dalam Dosa


Kelima : Suka menegah kepada sesuatu kebaikan dan melampaui dalam dosa.

Yang menegah kepada (sesuatu) yang baik (serta) melampaui dalam dosa.
Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, Yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi Yang amat berdosa, -

i.

Yang Tidak Wajar Dituduh Sesat

Adalah tidak wajar untuk umat ini atau sesiapapun menuduh sesat terhadap golongan yang tidak menegah umat ini melakukan kebaikan seperti tidak menentang pembiayaan membina rumah-rumah anak yatim, tidak menentang dalam mewujudkan pusat-pusat didikan kepada generasi muda dengan didikan agama dan tidak menentang dalam mengimarahkan masjid-masjid dengan majlis ilmu bagi menghampiri diri mereka kepada ajaran Tuhan. Yang wajar dituduh sesat adalah individulxix yang menentang sesuatu kebaikan itu dilaksanakan. Yang dikatakan individulxix yang sesat, sebagaimana yang dinyatakan dengan enam sifat dalam ayat-ayat ini, dapat dikenali dengan sifat melampaui dalam melakukan kerja-kerja dosa. Mereka yang merelakan diri mereka melakukan dosa secara berterus-terusan dan pada masa yang sama mengambil pendirian memusuhi orang-orang yang berusaha mematuhi ajaran agama, adalah wajar dilabelkan sebagai sesat.
ii. Penganut Sesuatu Agama Atau Kefahaman Tidak Wajar Dituduh Sebagai Sesat

Tuduhan sesat tidak harus ditujukan kepada penganutpenganut sesuatu agama yang lain daripada agama Islam kerana label sedemikian akan menjauhkan mereka daripada mendengar ayat-ayat Tuhan. Termasuk yang sesat itu yang menegah dirinya daripada melakukan perkara-perkara kebaikan ,juga merujuk kepada harta pemilikan (70:21). Yang tertegah dengan harta pemilikan adalah mereka yang menolak untuk melakukan kebaikan dengan harta berkenaan seperti bersadaqah dan menggunakannya secara sebaik-baiknya pada jalan Tuhan. Dalam surah AlMaarij ada diterangkan salah satu ciri golongan yang tidak bersolah adalah mereka yang apabila telah menyentuh mereka perkara-perkara kebaikan seperti harta dan

kedudukan, mereka menegah diri mereka daripada bersadaqah atau mengagihkan harta untuk sama-sama membantu umat. Keenam : Sangat keras, (adapun) sesudah itu, sangat diketahui kejahatannya.

68:13 Sangat Keras Serta Diketahui Kejahatannya Keras kepala sesudah itu samseng pula.
Yang jahat kejam, Yang selain itu tidak tentu pula bapanya.

Mengapakah Tuhan mengkhabarkan kepada kita tentang ciri-ciri golongan yang sesat ini? Mengapa tidak terus dihukumkan bahawa penyembah-penyembah selain Tuhan adalah sesat atau sesiapa sahaja yang tidak mengambil sistem yang Tuhan sediakan, adalah sesat? Apabila RasululLah S.A.W. dituduh sebagai sesat sehingga Tuhan menafikannya (68:02), lantas melalui ayat-ayatNya Tuhan tidak membalas kembali pengisytiharan sesat terhadap penuduh daripada golongan yang ingkar itu (68:06). Kemudian Tuhan mencirikan siapakah yang sebenarnya sesat berdasarkan ayat-ayat yang selanjutnya daripada itu? Dengan lain perkataan, perisytiharan sesat yang Tuhan tujukan adalah kepada sebahagian daripada manusia, yang antaranya bersikap sangat keras serta sangat-sangat diketahui kejahatannya. Dalam kalangan manusia yang sangat diketahui kejahatannya adalah seperti samseng yang hidupnya dilingkungi aktiviti-aktivitixix durjana, banyak menaja kerosakan dan melarang atau bertindak kepada manusia yang melakukan kebaikan. Di negara yang penguatkuasaan undang-undang tidak berlaku secara menyeluruh, aktiviti samseng menjadi sesuatu yang lumrahlxxii didengari. Penguatkuasaan undang-undang hanya

ditujukan kepada golongan yang lemah sahaja disebabkan kedudukan serta kepentingan individulxix samseng berkenaan. Dalam terjemahan lain, dinyatakan sebagai tak tentu bapa. Iaitu menunjukkan individu lxix berkenaan sebagai tidak diketahui nasablxxiii keturunannya.

Mencari Golongan yang Sesat


Enam ciri utama kesesatan yang dinyatakan dalam surah ini, tidak pernah menggambarkan bahawa mereka ini (1) mengamalkan ajaran 'sesat' seperti melakukan jampi-jampi serapah yang bukan-bukan, (2) mengajak manusia mengabdikan diri kepada selain daripada Tuhan, (3) menaja pembentukan kerajaan langit atau sidang parlimen roh, (4) melakukan peribadatan menyeru roh-roh tertentu ataupun (5) menambah kalimah syahadahxlviii serta (6) melakukan amalan tawasul dan zikir sebagaimana yang biasa kita dengar tuduhan sesat yang dikeluarkan oleh pihak tertentu. Oleh itu, pertuduhan sesat harus didefinisikan xx dengan secara berhati-hati lantaran masyarakat telah terbiasa dengan tuduhan sedemikian sinonim dengan kufur dan syirik. Mengapakah pihak penguasa agama tidak benarbenar berkempen untuk menyedarkan muslimah yang diberi tanda pada dahinya dan mengahwini pemudapemuda Hindu serta beribadah di kuil-kuil sebagai individulxix yang 'sesat', yang harus dipulih akidahnya? Sekiranya benar mereka memerangi ajaran-ajaran kerohanian yang dituduh sebagai sesat! Mengapakah mereka tidak mengeluarkan arahan kepada ahli-ahli jawatankuasa masjid untuk mendapatkan senarai nama terkini mereka yang masih mengekalkan pengamalan Islam dan seterusnya memberi peruntukan-peruntukan tertentu supaya tenaga mereka dapat digembleng lxxvii untuk tujuan dakwah? Bukan membiarkan suasana sedia ada berlaku sehingga akhirnya mereka dapati terlalu ramai penganut

asal agama ini telah murtad memilih agama lain lantaran habuan dunia atau kekecewaan. Tumpuan kesesatan harus ditujukan kepada :Pertama adalah golongan yang mendustakan. Yang mendustakan bahawa Al-Quran adalah wahyu lxviii Tuhan kepada Muhammad RasullulLah S.A.W. yang harus sampai kepada setiap individulxix supaya mereka dapat beramal dengan perintah-perintah Tuhan. Yang mendustakan AsSunnah adalah contoh-contoh pengamalan RasululLah S.A.W. dalam usaha menafsir Al-Quran pada diri baginda dan para sahabat. Kedua adalah mereka yang inginkan orang-orang yang beriman bersikap lunak lalu mereka akan bersikap lunak. Mereka yang mahukan agama adalah sesuatu yang menurut pandangan mereka dan bukannya mereka yang berpandangan dengan pandangan agama. Ketiga adalah kepada setiap mereka yang gemar bersumpah (lagi) menghina. Mereka yang menghina pengamalan agama dipraktikkanxvi dalam jabatan-jabatan dan institusi. Mereka ini tidak harus diberi tempat sebagai pemimpin sesuatu jabatan atau institusi. Keempat adalah kepada mereka yang suka mencela, berjalan (ke hulu ke hilir) dengan perkhabaran. Praktik xvi terhadap golongan ini adalah kepada wartawan-wartawan, juru-juru bicara yang suka mencela sama ada di layar televisyen, video atau sebagainya. Mereka ini menjadi sesat lantaran menghambur fitnah yang dapat merosakkan perpaduan dalam masyarakat dan juga umat Islam. Kelima adalah kepada mereka yang suka menegah kepada sesuatu kebaikan dan melampaui dalam dosa. Mereka yang menghalang peruntukan zakat daripada sampai kepada pihak-pihak yang memerlukan (iaitu asnafxxxix yang lapan

itu), adalah merupakan mereka yang suka menegah kepada sesuatu kebaikan. Mereka ini dapat dilihat bermegahmegah dengan harta. Mereka yang bersifat sedemikian seharusnya dijadikan sasaran dakwah untuk memperbetul kesesatan mereka. Bukannya mengekalkan mereka dalam jabatan yang ada kaitan dengan pengagihan wang zakat sehingga diserahkan kepada badan perniagaan sekalipun yang dinamai dengan nama Baitul Mal atau sebagainya. Keenam adalah kepada mereka yang bersikap sangat keras, (adapun) sesudah itu, sangat diketahui kejahatannya. Individulxix inilah merupakan individulxix yang sesat yang harus diberi kesedaran dan bukannya menuduh pihak yang menganjur kebaikan sebagai sesat walau sesiapapun jua.

68:14 Bangga Memiliki Harta Dan Anak-Anak Lelaki Bahawa telah adalah ia memiliki harta dan anak-anak lelaki.
Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anakpinaknya (maka ia mendustakan ugama Kami)?

Pemilikan harta amat-amat mempengaruhi jiwa seseorang. Orang yang mengetahui dirinya miskin, selalunya memilih merendah diri dan orang yang mengetahui dirinya memiliki harta atau kedudukan selalunya tidak begitu. Resipixxix kesombongan dapat diperhatikan melalui tingkahlaku dengan enam ciri yang dinyatakan. Ia menafikan bahawa harta adalah merupakan amanah Tuhan yang harus diserahkan kepada pihak-pihak tertentu atas lebihan harta itu. Ia menegakkan pendirian selain harta, anak-anak yang berada di bawah jagaannya adalah miliknya dan bukan merupakan amanah Tuhan yang perlu dididik dan diberi ilmu pengetahuan untuk menjadi hamba Tuhan.

Hanya Suatu Contoh : Kerja-ker ja Kontrak

Salah satu kaedah yang mudah memperolehi harta adalah melalui kerja-kerja kontraklxxi. Apabila seseorang diamanahkan untuk melakukan kerja-kerja tertentu sama ada melalui jalan permohonan tender atau pemberian terus. Kaedah memperolehi pekerjaan sedemikian selalunya melalui pelbagai cara, sama ada jalan benar atau melalui pintu belakang. Jalan benar memerlukan seseorang kontraktor itu memiliki kelayakan tertentu serta disokong dengan kekukuhan aset serta kecairan tunai tertentu. Namun atas sebab usaha-usaha sedemikian memerlukan persaingan yang tinggi, pengagihan seringkali memerlukan seseorang mendapatkan projek-projek kontraklxxi dengan jalan rasuah atau menggunakan saluran-saluran tertentu. Dalam hal yang sedemikian, kesesatan berlaku atas sebabsebab pendustaan (68:08) dalam menyatakan kelayakan memperolehi projek. Projek-projek yang memerlukan kemahiran, pengalaman serta kelayakan tertentu seringkali diserahkan kepada mereka yang tidak berkelayakan sehingga mengakibatkan kelancaran sesuatu projek mengalami masalah. Kejayaan mendapatkan projek diperolehi melalui pujuk rayu dengan cuba melunakkan hati pegawai-pegawai kerajaan berkenaan melalui habuan-habuan tertentu (68:09). Demikian itulah dua ciri kesesatan semata-mata bertujuan mendapatkan sesuatu projek iaitu melalui pendustaan yang disertakan dalam profailxxi syarikat dan kaedah rasuah atau pujuk rayu untuk melunakkan hati seseorang. Untuk menutup tembelang bahawa projekprojek sedemikian diserahkan kepada individu lxix khusus, mereka mewujudkan sejumlah tertentu syarikat-syarikat lain yang sebenarnya di bawah penguasaan yang sama, untuk disertakan dalam tender terbuka.

Syarikat-syarikat itu sebenarnya perlu diwujudkan melalui kaedah sumpah di hadapan pegawai undang-undang tertentu atau di hadapan kamar hakim dengan bayaran tertentu (68:10). Borang-borang tender pihak lain yang lengkap yang tidak harus dibuka melainkan pada hari pengundian, telah terlebih dahulu dibuka. Tujuannya adalah untuk mengetahui isi kandungan borang-borang pemohon tender daripada pihak lain, untuk dijadikan hujah penghinaan oleh individulxix yang akan diserahkan projek-projek berkenaan supaya permohonannya diluluskan. Hujah-hujah ini akan digunapakai oleh pegawai-pegawai yang membuat penilaian demi mengelakkan keputusan yang akan dibuat kelihatan berbaur rasuah. Untuk menguatkan hujah, individulxix berkenaan akan berjalan ke sana dan ke mari mendapatkan maklumat-maklumat bergambar dan berdokumen serta maklumat-maklumat pesaingnya untuk melaksanakan kerja-kerja memburukkan (68:11). Akhirnya ia akan memperolehi projek berkenaan setelah sejumlah besar wang perlu dilesapkan demi memperolehi projek. Ia kini menghadapi masalah untuk menjimat kos pembinaan dan ia tiada pilihan melainkan melakukan penipuan. Sejumlah wang yang seharusnya dapat digunakan dengan membayar gaji pekerja-pekerja tempatan dengan bayaran yang memuaskan mereka, terpaksa dilupakan dan tenaga pekerja asing dengan gaji lebih murah telah diambil bekerja. Rakyat tempatan kurang memperolehi peluang pekerjaan dengan bayaran yang seharusnya diperolehi daripada kerja-kerja pembinaan yang dijalankan lantaran terhalang oleh polisilxxvi rasuah yang tinggi (68:12). Sejumlah wang dialirkan keluar negara sama ada melalui pembayaran upah kepada pekerja-pekerja dengan permit atau tanpa permit, akhirnya mengakibatkan defisit xxii perbelanjaan dalam negara yang cukup besar sehingga

menyusahkan kehidupan rakyat. Bagaimanakah ia mengurus pekerjaan mereka yang mengambil pekerja asing itu yang kurang memahami bahasa tempatan? Ia melayannya dengan menggunakan bahasa yang kesat dan kasar. Untuk mengekalkan kekuasaan perniagaannya agar tidak digugat oleh pihak saingannya, ia mendapatkan khidmat samseng-samseng yang melaksanakan tugas-tugas mengugut serta mengancam. Bahkan ia sendiri terancam akibat daripada kerja melewat-lewatkan gaji dan pembayaran kos-kos projek yang ia laksanakan dan sebagainya (68:13). Beginilah yang ia ulangi setiap kali ia berkehendak untuk menimbun-nimbun lagi pemperolehan harta. Semuanya ia lakukan lantaran penguasaannya terhadap harta dan disokong lagi dengan kehadiran anak-anaknya yang menyaksikannya yang diberi tugas-tugas tertentu (68:14). Prinsip-prinsip amanah, kesungguhan dalam melaksanakan kerja serta bersikap berhati-hati yang harus diamalkan dilupakan begitu sahaja. Sama ada projek-projek berkenaan memberi kebaikan atau keburukan kepada alam sekitar dan manusia tidaklah ia pedulikan.

68:15 Menyatakan Ayat-Ayat Tuhan Sebagai Kisah Silam Apabila dibacakan ke atasnya ayat-ayat Kami, telah berkata ia, cereka-cereka silam.
apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan kami, ia berkata: " (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala". i. Prinsip Archimedis

Para ilmuwan sendiri mengakui bahawa prinsip-prinsip ilmu yang menjadi pengamalannya masakini adalah merupakan sumbangan penemuan-penemuan masa silam. Kapal selam dicipta menggunakan prinsip Archemidis xliv, dikenalpasti sejak beribu-ribu tahun silam, sekalipun penciptaannya adalah sekitar zaman moden ini. Tetapi penemuan-penemuan silam ini tidak dihayati oleh golongan yang sesat. Apatah lagi untuk membicarakan tentang teknologi penghasilan pelampung medan adalah dianggap dongengan silam! Apatah lagi tanda-tanda kekuasaan Tuhan. Apakah ia akan mengambil berat terhadap gerak kerja pemulihan alam sekitar yang disampaikan secara terperinci melalui ayat-ayat suci?
ii. Masalah Perubahan Cuaca

Mereka yang sesat ini sanggup menempuh huru-hara permasalahan akibat perubahan cuaca daripada berusaha mengambil langkah penyelesaian masalah sedemikian, yang ada pengajarannya dalam kitab suci. Barangkali ia menganggap kaedah penyelesaian masalah perubahan cuaca daripada ayat-ayat suci Tuhan adalah ketinggalan zaman. Pernahkah ia sendiri mengusahakan sesuatu yang dapat memulihkan alam sekitar sekarang ini? Mungkin perkara sedemikian tidak penting baginya kerana pada anggapannya bencana itu tidak akan menimpa dirinya pada waktu ini. Apabila sampai bencana itu, yang akan menanggung derita itu adalah anak cucunya dan ia telahpun terlepas tanggungan itu akibat kematiannya. Lihatlah, apabila berlaku keruntuhan tanah seperti yang menimpa lebuhraya, keruntuhan bangunan-bangunan tertentu disebabkan tiada usaha mengambil panduan daripada ayatayat suci, mudah sahaja ia menuding jari kepada pihak berkuasa lantaran bajet pembinaan berkenaan yang tidak mencukupi atau menyalahkan jurutera-jurutera profesional yang dirasuahnya kerana meluluskan projek.

Golongan Yang Sesat Mudah Dikenalpasti 68:16 Golongan Sesat Ada Tanda Nanti Kami beri tanda akannya atas belalai.
(orang Yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) - Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu). Keberadaan Mereka Sentiasa Diuji Tuhan Agar Mereka Mudah Dikenali Manusia Lain

Individulxix yang suka berkeliaran dalam masyarakat. Kelihatan individulxix ini kaya raya dengan pemilikan tertentu serta dituruti oleh ramai pengikut. Suka mencerca dan menghina dan diketahui keburukannya. Sebenarnya individulxix ini mencari pengaruh lantaran ingin mendapatkan kedudukan setelah ia menguasai harta. Individu lxix ini bukanlah semestinya daripada kalangan pihak penguasa. Sekadar individulxix biasa yang cuba meningkatkan statusnya dengan 'memijak kepala' yang lain. Golongan yang beriman tidak perlu melayani kerenah individu lxix seperti ini, biarkan sahaja perlakuannya kecuali perlu sedikit berhati-hati terhadap fitnah yang dihamburkan. Perkara kesesatan yang dilalui oleh individulxix seperti ini selalunya akan berkesudahan dengan terserlah kesalahannya dalam masa terdekat yang dapat diperhatikan oleh ahli masyarakat. Sesungguhnya setiap manusia sentiasa diuji Tuhan bukan sahaja terhadap golongan yang beriman.

68:17 Golongan Sesat Diuji Seperti Sahabat Kebun Diuji.

Sesungguhnya Kami, telah pasti mendatangkan bala Kami akan mereka, sebagaimana telah mendatangkan bala Kami akan sahabat kebun, tatkala telah bersumpah mereka, benar-benar mereka menuai (hasil) daripadanya seawal-awal pagi.
Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka Dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum Yang telah lalu), ketika orangorang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi; i. Mereka Terlalu Yakin Memperolehi Hasil

Demikian itulah kesombongan atas segolongan manusia yang menyangka akan menjadi kaya raya dengan hasil tanaman, sedangkan pemberian sedemikian adalah usaha Tuhan menumbuhkan tanam-tanaman berkenaan. Mereka ini tidak langsung memikirkan untuk mengurangkan bebanan golongan yang menghadapi kesukaran hidup. Mereka menganggap golongan dhaifxli hanyalah merupakan golongan yang mendatangkan bebanan kepada mereka. Sedangkan Tuhan tidak menciptakan bumi ini semata-mata untuk mereka sahaja yang mendiami.
ii. Ketamakan Dalam Pekerjaan

Bukan sahaja sebahagian manusia sungguh tamak darihal pekerjaan-pekerjaan ladang, bahkan mereka sangat tamak darihal pekerjaan perniagaan dan kerja-kerja pembangunan. Dalam industri pertanian, mereka sanggup membunuh lebihan-lebihan hasil tani dan ternakan demi untuk mengawal harga pasaran. Mereka tidak bersedia bersadaqah terhadap lebihan hasil pekerjaan mereka. Akibatnya, golongan yang dhaifxli akan berusaha dengan apajua cara sekalipun demi mendapatkan makanan dan keperluankeperluan yang lain sehingga mengakibatkan mereka

dipergunakan untuk melakukan pekerjaan yang merosakkan. Di banyak negara, golongan dhaif xli terpaksa mengambil upah melaksanakan kerja-kerja di kilang-kilang perusahaan yang mencemari alam sekitar dan manusia, dengan bahan-bahan kimia tertentu, mengakibatkan perbelanjaan besar negara untuk tujuan pembersihan dan perbelanjaan kesihatan.

68:18 Mereka Tidak Mahu Menyisihkan Dan tidak mereka menyisihkan, (menyerahkan urusan mengikut ketentuan Tuhan).
serta mereka tidak menyebut pengecualian.

Tindakan sedemikian datangnya daripada sikap tamak mereka dengan hasil yang dijangka akan mereka perolehi. Sebenarnya manusia hidup bermasyarakat dan keperluan bermasyarakat adalah suatu kewajiban. Dalam kalangan ahli masyarakat terdapat mereka yang kaya, ada juga yang sederhana dan ramai juga yang miskin. Sekiranya golongan yang mewah hanya mementingkan kemewahan mereka sahaja dan dengan sengaja mengabaikan golongan fakir dan miskin, akan wujud permasalahan sosial xxv yang menimpa umat. Sesungguhnya kefakiran menghampiri kekafiran. Kebanyakan mereka yang miskin tidak akan merayu-rayu golongan yang kaya dan mereka sanggup melakukan apa sahaja kerja yang dibayar upah. Di negara ini, tenaga kerja daripada pekerja yang datang daripada golongan miskin ditempatkan di kilang-kilang pelaburan asing yang mengupah mereka bekerja sebagai buruh sama ada buruh elektronik, buruh pembinaan atau buruh pembangunan intensif. Majikan-majikan itu tentunya mengarahkan mereka melakukan kerja-kerja yang banyak mengakibatkan kerosakan alam sekitar seperti projek-projek perumahan

atau yang menggunakan bahan-bahan pencemaran tertentu seperti penggunaan plumbum, asid sulfurik dan bahan pencuci ammonia dari kilang elektronik atau pembikinan kenderaan. Pekerjaan sedemikian tidak harus dilakukan melainkan dengan cara yang cermat untuk tujuan mengurangi kesan pencemaran. Umat yang tidak dijagai oleh ahli masyarakatnya sendiri sebenarnya lebih terdedah kepada risiko tertentu yang mengakibatkan permasalahan sosialxxv berlaku. Apabila lebihan daripada kemewahan yang diperolehi diinfakkan xxiii pada jalan Tuhan, golongan fakir dan miskin akan terbela. Mereka tidak perlu melakukan jenayah semata-mata untuk mendapatkan makanan. Mereka tidak perlu menyamun atau merompak semata-mata untuk mendapatkan wang yang mereka perlukan untuk membayar harga kenderaan atau rumah yang dibeli melalui kaedah riba pada saat-saat kegawatan ekonomi. Sesungguhnya Tuhan Maha Berkuasa mendatangkan bencana kepada hasil pekerjaan seseorang bahkan pada skala yang besar, Tuhan biasa mendatangkan bencana dalam bentuk banjir, ribut, taufan serta kemarau panjang selain daripada kerosakan tanaman akibat penyakit yang tersebar.

68:19 Bencana Menimpa Kebun Sahabat-sahabat Kebun Lalu telah memusing Ia atasnya suatu pusingan daripada Tuhanmu sedang mereka tidur.
maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur.

Perkataan adalah kata kerja bagi perkataan tawaf iaitu pusing. Kini aktiviti menuai telahpun menggunakan peralatan mesin yang melakukan pusingan untuk menuai dan membanting yang dengannya biji-bijian dapat diasingkan. Dalam terjemahan yang biasa didapati dinyatakan sebagai telah mendatangkan Ia atasnya bencana .... Namun yang menariknya, bencana sedemikian menyebabkan ladang mereka meninggalkan kesan seolah-olah hasil kebun berkenaan telah dituai!

68:20 Pusingan Crop Circle Lalu telah menimpa ia seolah-olah suatu tuaian.
lalu menjadilah ia sebagai kebun Yang telah binasa semua buahnya.

Tuhan biasa mendatangkan bencana dalam bentuk belalang yang dapat memusnahkan hasil tanaman dalam masa yang singkat. Ataupun haiwan-haiwan yang dapat memakan dan memusnahkan hasil tanaman dengan cara lain seperti gajah, kera dan sebagainya. Demikian itu, bentuk bencana adalah lantaran sikap tamak pengusaha-pengusaha yang ingin membolot sepenuhnya hasil yang diusahakan.
Tuhan Yang Menumbuhkan Hak Tuhan Untuk Membinasakan

Wajarkah seorang yang berusaha itu, mahu memonopoli lxv segala-galanya, sedangkan hasil yang diperolehi adalah dengan kekuasaan Tuhan? Dengan contoh seperti ini, Tuhan sebenarnya mengajari golongan yang beriman bahawa penolakan daripada golongan yang sesat yang merasa bangga dengan kekayaan dan pemilikan ahli keluarga yang ramai sebenarnya merupakan kesombongan tak kesampaian. Mereka dengan kelebihan yang mereka

miliki akan kecundang jua akhirnya dengan takdir Tuhan. Hendaknya golongan beriman bersabar dalam menghadapi mereka ini.

68:21 Mereka Berteriak-teriak Seawal Pagi Lalu telah saling memanggil mereka seawal-awal pagi.
kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu Dengan Yang lain -

Kesempatan masa yang dimiliki seawal-awal pagi sebegini adalah perancangan peladang-peladang bagi mendapatkan peluang meraih hasil tanpa diketahui oleh golongan yang berhak memperolehi bahagian sadaqah. Begitu juga kesempatan ruang yang menyediakan akaun pembayaran diperolehi pemegang-pemegang akaun, seawal-awal bulan, yang menerima pembayaran hasil kerja kontrak lxxi yang disiapkan dan sebagainya. Mereka boleh merancang pelbagai tipudaya untuk mendapatkan habuan mereka. Begitu juga bendahari sesebuah institusi yang sanggup memendam sejumlah bayaran untuk tujuan lain, kemudian dilaburkan dalam satu institusi lain agar ia dapat memperolehi habuan keuntungan riba dan sebagainya. Mereka ini yang gemar mengambil kesempatan sebenarnya menyediakan diri dimusuhi oleh manusia dan dimurkai Tuhan. Lalu bagaimanakah sekiranya perancangan mereka menjadi sia-sia lantaran sikap mereka yang menyesatkan?

68:22 Mereka Menganjurkan Menuai Awal Pagi Bahawa (bersedia) waktu pagi kamu (adalah) atas ladangmu, sekiranya telah adalah kamu yang (mahu) menuai.

(setengahnya berkata): "Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya".

Yang demikian itu adalah perancangan mereka yang cuba menafikan bahagian golongan yang lain.
Mengapakah Sikap Tamak Wujud?

Sikap tamak atau mementingkan bahagian diri adalah disebabkan menyayangi habuan dunia lebih daripada Tuhan. Lebih menyayangi sesuatu yang lain berbanding kesayangan terhadap Tuhan adalah merupakan kesyirikan. Menyingkirkan sikap sedemikian daripada diri seseorang bukanlah kerja yang mudah, walhal bukanlah Tuhan yang menghendaki supaya seseorang itu menyerahkan segalagalanya dalam tangannya melainkan sekadar lebihan daripada hartanya sahaja. Di sini seseorang teruji sama ada bersedia menyerahkan sesuatu yang disayangi untuk tujuan bersungguh-sungguh pada jalan Tuhan atau sekadar kata-kata sahaja atau sekadar menunjuk-menunjuk seolah-olah seperti orang yang tekun beragama. Oleh itu memang kena tempatnya pengajaran ayat-ayat sedemikian, menjuruskan kepada pengenalan sikap sesat yang datang daripada kematu xxiv kesyirikan yang ada pada sebahagian manusia. Adakah kerana kemewahan hidup ia meninggalkan perintah Tuhan dan tanggungjawab bermasyarakat?

68:23 Berangkat Dengan Rasa Takut-takut Lalu telah berangkat mereka sedang mereka bertakuttakut.
lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya):

bukanlah bermakna takut, lantaran mereka berangkat ke ladang mereka dengan sejumlah orang tertentu yang seperti mereka. Mereka berangkat ke ladang mereka dengan cara berhati-hati terjenguk sana dan terjenguk sini, mengkhuatiri sekiranya perancangan rapi mereka diketahui oleh pihak lain. Salah satu sifat sesat yang ditonjolkan oleh manusia adalah tindakan mereka yang melakukan sesuatu perkara dengan mengumpulkan individu-individulxix tertentu, melakukan perancangan rapi sambil menunjukkan sifat takut-takut mereka, mengkhuatiri rahsia perancangan mereka diketahui oleh pihak lain. Danlviii apabila mereka melaksanakan sesuatu, mereka akan menghindari diri daripada orang-orang tertentu dan kadangkala menunjukkan sikap cuba berahsia terhadap sesuatu. Ayat yang seperti ini dapat memberi penjelasan kepada kita secara umum bahawa semuanya disebabkan terlalu mengutamakan kepentingan diri mereka sendiri tanpa memikir akibat besar yang akan menimpa mereka kemudian hari. Pengajaran yang diperolehi daripada ayat Tuhan sebenarnya menjurus hakikat perkara yang akan berlaku. Bencana mungkin tidak akan berlaku serta merta tetapi apabila sampai masanya kesannya amat memudharatkan.

68:24 Supaya Golongan Miskin Jangan Memasuki Kebun Bahawa sekali-kali tidak mereka memasuki akannya pada hari itu atas kamu oleh orang-orang miskin.
"Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu".

ii.

Ramai Daripada Rakyat Jelata Adalah Miskin

Ramai daripada rakyat jelata, pada keseluruhannya adalah daripada golongan yang miskin. Dan lviii ramai daripada golongan yang berada adalah mereka yang berkedudukan yang memperolehi pembayaran gaji atau projek-projek dan juga mereka yang menguasai badan-badan perundangan serta kedudukan politik yang tinggi.
ii. Mengabaikan Mereka Menimbulkan Masalah Sosial

Mereka ini adalah pihak yang wajar bertanggungjawab terhadap keadaan sosialxxv masyarakat. Namun selalunya. apabila terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan, yang menganggap amanah politik adalah habuan, akan muncul pihak-pihak tertentu yang akan berkata-kata bagi pihak rakyat ataupun golongan miskin, sehingga mengakibatkan golongan penguasa membuat sesuatu untuk mengukuhkan cengkaman kuasa politik mereka. Dengan ini mereka terpaksa merencana serta berpakat untuk menjatuhkan kedudukan atau menghilangkan jawatan amanah yang telah diserahkan kepada pihak-pihak tertentu. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan sokongan pihak-pihak berkepentingan dari sesebuah institusi kerajaan. Sogokan habuan tertentu dikeluarkan untuk menutup apa jua salah laku daripada dibangkitkan di mahkamah atau diketahui oleh rakyat umum. Sudah tentu peruntukan untuk rakyat umum akan berkurangan dan dengan demikian sedikit sebanyak menimbulkan permasalahan dalam kehidupan rakyat.

68:25 Mereka Cuba Menguasai Kegusaran Mereka Telah berpagi-pagi mereka atas kegusaran yang (mereka) kuasai.

dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, Dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu. i. Mereka Didapati Rasa Bersalah

Mengeluarkan zakat adalah perintah Tuhan dan menghalangnya daripada sampai kepada yang layak adalah suatu kesalahan. Oleh yang demikian, merancang untuk menolak perintah Tuhan, akan menimbulkan kegusaran di pihak mereka sendiri akhirnya. Demikian itulah Tuhan menyediakan rasa bersalah di hati pelaku-pelaku yang melakukan kesalahan. Demikian itulah yang mereka rancangkan dan demikian itu juga mereka menghadapi kegusaran sekiranya perancangan mereka diketahui oleh pihak lain.
ii. Golongan Sesat dan Perancangan Ketamakan Mereka

Kita dapati masalah yang rencam pada waktu ini melibatkan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada pihak-pihak tertentu dalam pengurusan pengagihan zakat. Kutipan zakat sebenarnya harus digunakan sepenuhnya untuk kegunaan asnafxxxix yang lapan. Antaranya termasuklah fakir, miskin, ibnu sabil, si berhutang yang diberati, yang dijinakkan hati, yang mengutip zakat, serta anak-anak yatim. Tuhan tidak pernah menyatakan peruntukan zakat harus digunakan untuk didirikan pusat-pusat rawatan kesihatan, diperniagakan melalui pelaburan tertentu untuk menambah-nambahkan lagi jumlah atas kutipannya, bahkan tidak juga harus dijadikan peruntukan untuk pembangunan masjid. Sebagaimana zakat diambil dari tangan pengeluar zakat maka zakat perlu diserahkan ke tangan penerima zakat, asnafxxxix yang lapan itu dan bukannya asnafxxxix yang lain. Zakat (yang diistilahkan sebagai sadaqah) diperintah Tuhan

untuk diambil oleh RasullulLah S.A.W. melalui wakilwakil yang dilantik oleh baginda. Selepas RasullulLah S.A.W, maka pengganti-pengganti baginda harus melaksanakan tanggungjawab memungut zakat, juga melalui pegawai-pegawai lantikannya. Pada satu-satu masa dan satu-satu tempat, perintah mengutip zakat hanya boleh dilaksanakan oleh satu pihak sahaja. Selepas RasullulLah S.A.W. adalah khalifah melalui wakil-wakil baginda dan selepas khalifah yang terakhir, yang telah digulingkan oleh Mustafa Kamal At-Tarturk, maka tanggungjawab mengutip zakat haruslah dilaksanakan oleh Yang Dipertuan Agong melalui sultan-sultan setiap negeri, melalui pegawai lantikan Majlis Agama Islam Negeri-negeri.
iii. Peranan Institusi-institusi Agama

Oleh kerana terdapat pengagihan kuasa antara Yang Dipertuan Agong yang hanya terhad atas perkara-perkara agama dan adat dan juga Kerajaan Pusat melalui kementerian atas perkara-perkara lain, maka hak memungut atau mengagihkan zakat tidak harus diagih-agihkan antara Yang Dipertuan Agong dan kementerian melalui Jabatan Agama Islam Negeri yang dilantik di bawah Kerajaan Negeri. Kutipan atau pengagihan zakat yang terpecah dua antara Majlis dan Jabatan menyebabkan perintah mengutip zakat yang wajib tertakluk di bawah satu pengawasan iaitu Majlis Agama Islam, telah tidak berlaku secara menyeluruh. Jabatan sebenarnya tidak pernah menerima tauliah secara terus daripada Yang Dipertuan Agong dan jabatan hanya melapor kepada kementerian dan bukannya kepada Yang Dipertuan Agong. Kita tidak menyatakan bahawa restu kementerian adalah restu Yang Dipertuan Agong sekalipun kuasa Yang Dipertuan Agong melantik kementerian untuk mengurus negara atas perkara-perkara yang tiada kaitan dengan

'agama' dan adat. Buktinya, Yang Dipertuan Agong tidak harus masuk campur dalam urusan politik yang menjadi tunggak pentadbiran kerajaan dan kementerian tidak boleh masuk campur urusan Yang Dipertuan Agong dalam hal ehwal istana, agama dan adat. Yang menjadi masalah adalah, apabila kutipan atau pengagihan zakat turut dilakukan oleh pihak Jabatan dan peruntukan zakat telah diserahkan kepada asnafxxxix tambahan yang lain seperti perbadanan Baitul Mal yang merupakan suatu badan perniagaan didaftarkan di bawah pentubuhan pendaftar. Secara langsung, urusan zakat telah diambil alih daripada kuasa pengurusan mutlak Yang Dipertuan Agong kepada kuasa pengurusan teragih antara Yang Dipertuan Agong dan kementerian. Perbadanan Baitul Mal telah memperuntukkan peruntukan zakat yang diserahkan kepadanya, untuk membina prasarana-prasarana seperti pusat rawatan kesihatan dan institusi pengajian di bawah urusan perbadanan Baitul Mal. Bahkan juga untuk tujuan pelaburan dengan syarikat-syarikat yang tersenarai di bursa saham, kilang-kilang pembuatan dan sebagainya atau dijadikan sumber bantuan pinjaman kepada peniaga-peniaga serta peruntukan pembangunan masjid-masjid dan surau-surau. Apabila kehidupan umat tidak terbela dengan peruntukan yang seharusnya diperolehi, maka mereka akan berkhidmat dengan majikan-majikan yang tidak seagama. Mereka akan terdedah dengan dakyah serta pembelaan daripada pihak luar dan dengan ketiadaan program-program kerohanian agama Islam akhirnya mereka akan hanyut dengan suasana masyarakat. Sekiranya anak VVIPxxvi sendiri berjaya memurtadkan ratusan muslimah yang lain, apalagi yang akan tinggal pada generasi akan datang selain daripada kecelaruan identiti dan pegangan. Malang sungguh umat ini, sebahagian wang peruntukan negara umat Islam ini telah digunakan untuk memurtadkan umat ini juga.

Perangkaan menunjukkan jumlah yang telah murtad daripada umat ini telah mencapai ratusan ribu orang dan majoritinya adalah muslimah. Demikian itu adalah disebabkan amanah kutipan dan penyerahan zakat telah diserahkan kepada golongan yang bukan ahlinya yang menjadi suatu tanda yang pasti, menjelang hari As-Saah. Sebenarnya, apakah yang diingini oleh golongan yang sesat ini dalam menguruskan wang zakat? Adakah mereka mahu menjadi pejuang-pejuang agama yang ingin menunjukkan jasa, membantu pembangunan masjid melalui peruntukan zakat yang dirompak itu? Adakah itu caranya untuk mendapatkan sokongan politik yang diperolehi melalui peti-peti undi? Malang sungguh umat ini, bukan sahaja harta mereka tersalah dizakatkan, bukan sahaja mereka telah diperbodohkan, bahkan agama mereka turut diperbodohkan.
iv. Akhirnya Golongan Sesat Menyedari Kesesatan Mereka Sendiri

Kumpulan yang murtad daripada penganut asal umat Islam, bersama pejuang-pejuang agama mereka, akhirnya membentuk suatu kumpulan pendesak dalam komponen parti pemerintah. Mereka meminta sesuatu yang amat merbahaya kepada pemimpin-pemimpin negara ini supaya agama mereka dijadikan agama rasmi negara, sesuatu yang bertentangan dengan kontraklxxi sosialxxv yang mereka persetujui selama ini. Kemudian mereka mendesak lagi kaum mereka diiktiraflxxiv sebagai kaum bumiputera demi mendapatkan status istimewa dalam negara ini. Kegagalan menuruti kemahuan mereka akan mengakibatkan kepimpinan negara ini kehilangan kuasa suatu masa nanti. Menuruti kemahuan mereka pula akan mengakibatkan kepimpinan negara ini hanya seperti kuda tunggangan yang akan ditentang oleh rakyat. Apakah sebabnya golongan sesat, iaitu yang memiliki kepentingan harta, kedudukan

dan sejumlah anak-anak serta pengikut, sejak awal-awal lagi menolak petunjuk Tuhan? Mereka melihat status diri mereka lebih tinggi berbanding status yang lain, dengan mudah memandang rendah manusia lantaran kemiskinan mereka. Menolak untuk mengagihkan zakat sepenuhnya dan tidak peduli akan nasib si miskin! Akhirnya kejatuhan menimpa mereka di atas sikap mereka sendiri (92:11).

68:26 Akhirnya Mereka Menyedari Kesesatan Mereka Maka tatkala, telah melihat mereka akannya, telah berkata mereka, sesungguhnya kami, benar-benar orang-orang yang sesat.
sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: "Sebenarnya kita sesat jalan, (Ini bukanlah kebun kita)". i. Mereka Bukan Sesat Jalan Tetapi Menganut Cara Beragama Yang Menyesatkan

Adakah mereka mengatakan mereka telah tersesat jalan? Mereka pada jumlah yang ramai wajarkah tidak mengetahui di manakah kebuh-kebun mereka berada? Mereka bukan mengakui sebagai orang yang tersesat jalan, tidak sampai ke tujuan, tetapi mengakui telah mengambil pendirian sesat sehingga mereka tidak memperolehi apajua yang mereka usahakan. Demikian itu adalah suatu pengajaran silam, supaya golongan pendakwah tidak melabel terus golongan sesat yang tidak mahu menerima seruan Tuhan melalui Al-Quran, sebagai golongan yang ingkar berterus-terusan. Suatu masa nanti, dengan perencanaan Tuhan, mereka akan jatuh akibat perlakuan mereka kesan daripada pengamalan mereka yang dalam kesesatan itu. Mereka akan dapati kedudukan dan harta mereka tergugat.

ii. Mereka Bukan Berterusan Ingkar Tetapi Tersalah Cara Beragama (Sesat)

Kesedaran akan berlaku terhadap kebanyakan mereka yang mengampu pemerintah yang merasakan kedudukan diri mereka lebih istimewa dengan pemilikan harta dan sebilangan anak-anak. Kesedaran akan sampai kepada mereka untuk kembali kepada jalan Tuhan. Pemimpinpemimpin mereka berada dalam keadaan amat tergugat. Sehingga suatu masa, mereka melihat keperluan penyatuan parti-parti umat sebangsa mereka. Malangnya, ramai daripada anak bangsa mereka telah murtad dan mahukan pergabungan akan benar-benar memberi keuntungan yang memihak kepada mereka, demi kebebasan beragama, mereka mahukan hak untuk memurtadkan lebih ramai umat Islam. Lalu muncullah pejuang-pejuang di bawah nama pertubuhan 'kebajikan' untuk memperbetul keadaan memulakan huru-hara dalam kalangan rakyat. Yang mereka mahukan adalah dharurat, sehingga keadaan ekonomi bertambah meruncing. Pemerintah terpaksa mengeluarkan biaya untuk memulihkan kembali sokongan rakyat.

68:27 Mereka Tidak Memperolehi Hasil Atas Pilihan Kesesatan Mereka Bahkan kami yang terlarang.
(setelah mereka perhati Dengan teliti, mereka berkata: "Tidak! kita tidak sesat), bahkan kita orang-orang Yang dihampakan (dari hasil kebun kita, Dengan sebab ingatan buruk kita sendiri)". i. Ekonomi Negara Menjadi Tidak Stabil

Terlarang daripada mendapatkan bahagian daripada semua hasil usaha mereka. Apabila berlaku huru-hara, golongan

yang beriman tidak harus masuk campur. Mereka harus meneruskan kerja-kerja mereka menyampaikan dakwah Tuhan. Kebergantungan tidak harus diletakkan pada wang ringgit. Usaha-usaha perladangan dan penternakan adalah merupakan usaha yang dituntut, haruslah dimulai sejak awal-awal lagi.
ii. Huruhara, Konflik, Defisit Yang Meningkat

Kesan kegawatan keamanan adalah peningkatan perbelanjaan keamanan. Pelabur-pelabur akan lari meninggalkan negara ini dan aktiviti ekonomi akan berkurangan. Banyak daripada bahan-bahan keperluan yang diimport akan meningkatkan defisitxxii perbelanjaan dengan ketara. Nilai wang menjadi sangat mengecil dan penyimpan-penyimpan wang di institusi-institusi kewangan mengalami kerugian serta kekecewaan. Mereka sanggup mengeluarkan wang seberapa banyak yang boleh, untuk dilaburkan di luar negara dan kesannya adalah inflasi xlii tidak terkawal serta kejadian jenayah yang meningkat.
iii. Perpaduan Masyarakat Terjejas

Apa lagi yang boleh diharapkan daripada pelaburan perindustrian? Pemberontakan dan peningkatan jenayah memaksa pemerintah terpaksa mengeluarkan arahan dharurat untuk mengukuhkan cengkaman kuasa. Tentera mengambil alih pentadbiran negara. Negara yang baik, Tuhan Maha Pengampun, rakyat hidup dalam ketakutan.

68:28 Dalam Kalangan Golongan Sesat Masih Ada Mereka Yang Condong Kepada Agama Telah berkata ia oleh yang paling pertengahan (daripada) mereka, adakah telah tidak aku berkata kepada kamu, mengapa tidak kamu bertasbih?

berkatalah orang Yang bersikap adil di antara mereka: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya): amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu Yang jahat itu) ?" i. Mereka Ada Pakar Nasihat Agama

Dalam kalangan golongan berkepentingan terdiri daripada yang berpengetahuan agama. Mengakui kekuasaan Tuhan atas segala sesuatu. Yang hanya mampu memberi nasihat dengan cara lemah lembut, yang selama ini lebih mengambil sikap merendah diri. Mereka mengingatkan kembali betapa Tuhan Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu dan mendatangkan akibat yang besar. Mereka akan melihat kemuncak permasalahan besar yang berlaku.
ii. Umumnya Nasihat Pakar Mereka Kurang Didengari

Namun golongan yang sesat itu tidak meyakini ancaman Tuhan sejak dari mulanya. Mereka lebih gemar menanti sesuatu bencana yang besar lalu menyatakan perkara sedemikian terjadi disebabkan oleh fenomena alam atau pergolakan sosialxxv. Rujukan apakah yang harus mereka akui bahawa kesan perbuatan mereka itu sebenarnya sentiasa ada dalam catatan pengajaran daripada kitab suci? Mahu atau tidak, mereka perlu kembali kepada pengajaran Al-Quran. Mereka perlu merenung pengajaran suci pada suatu sudut pandangan yang lain, yang bukan pandangan yang mereka fahami selama ini. Dari situ ahli-ahli akademi agama akan dapat melihat kebenaran dan kesilapan mereka, begitu juga usahawan-usahawan dan ahli-ahli politik yang dahulunya sentiasa megah dengan pembinaan prasarana rumah-rumah ibadat tanpa mereka sama-sama dapat memakmurkannya sehingga memenuhi ruang-ruang solah setiap kali solat fardhu dilaksanakan.

68:29 Golongan Sesat Menyedari Bahawa Mereka Zalim Telah berkata mereka, Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya kami, telah adalah kami, orang-orang yang zalim.
mereka berkata (dengan sesalnya): "Maha suci Tuhan kami! Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Yang berlaku zalim!" i. Sesat Adalah Kezaliman, Syirik Adalah Juga Kezaliman

Ayat Tuhan menyatakan golongan yang sesat ini sebagai golongan yang zalim. Akhirnya mereka akan mengakui kezaliman mereka. Terdapat banyak pengajaran ayat AlQuran yang menjurus kepada penafsiran terhadap golongan yang zalim. Menyayangi sesuatu lebih daripada kesayangan kepada Tuhan adalah suatu bentuk kesyirikan dan kesyirikan adalah merupakan suatu kezaliman yang besar (31:13). Tidak berhukum dengan hukum Tuhan juga suatu kezaliman. Enggan bersadaqah bererti melanggar hukum Tuhan. Khalifah Abu Bakar R.A. pernah memerintahkan perang ke atas golongan yang enggan mengeluarkan zakat, yang merupakan sadaqah yang wajid diserahkan. Mereka yang mengingkari sadaqah adalah golongan yang membeza-beza antara perintah solah dan zakat.
ii. Panduan Mana Yang Perlu Mereka Cari

Kesedaran terhadap salah laku mereka akan sampai masanya. Adakah mereka termasuk yang terlambat dalam memperbetul keadaan? Panduan manakah yang akan mereka cari? Adakah melalui kefahaman-kefahaman hukum yang mereka dapat pelajari daripada 'ulama-ulama' mereka, yang dahulunya sentiasa meredhai amalan-amalan kedurjanaan mereka, dapat diharap untuk memperbetul

keadaan? Apakah faedahnya pelajaran tinggi 'ulama-ulama' mereka selama ini, yang memperolehi pengiktirafan lxxiv dari universiti-universiti Islam di negara-negara sekular, dapat digunapakai, pada masa gejala riddah lix menjadi bersangatan? Adakah kata-kata suci 'ulama' mereka dapat dijadikan panduan memulihkan suasana masyarakat serta kestabilan negara? Di manakah roh pengajaran agama yang harus terbit daripada pengajaran 'ulama-ulama' sedemikian, sekiranya ulama-ulama itu sendiri diberi gaji hasil daripada kutipan cukai daripada aktiviti riba atau aktiviti maksiat? Pemakanan mereka dari sumber yang buruk pasti mewujudkan kesan keburukan berpanjangan dalam perlakuan mereka. Bukankah RasullulLah S.A.W. pernah berpesan bahawa akan terdapat ulama-ulama akhir zaman yang merupakan seburuk-buruk ulama di bawah kulit langit? Islam hanya tinggal pada nama, Al-Quran hanya tinggal resam. Pendiripendiri Al-Kitab dan As-Sunnah pada waktu itu, ganjaran mereka adalah lima puluh kali ganda. Berbanding dengan usaha sahabat RasululLah S.A.W., ganjaran mereka menjadi lima ratus kali ganda.

68:30 Mereka Yang Sesat Saling Cela-Mencela Maka telah menghadap sebahagian mereka atas sebahagian yang lain, mereka saling mencela.
kemudian setengahnya mengadap Yang lain, sambil cela-mencela. i. Umat Yang Sesat Mencela Pemimpin

Umat mencela pemimpin lantaran tidak mengagih peruntukan zakat sebagaimana yang diperintah Tuhan.

ii.

Pemimpin Yang Sesat Mencela 'Ulama'

Pemimpin mencela ulama lantaran mengharuskan kerjakerja mereka mengalihkan peruntukan zakat untuk tujuan lain daripada yang diperintahkan Tuhan sekalipun untuk tujuan yang kelihatannya baik pada agama seperti pembangunan masjid dan prasarana-prasarana yang lain. Sehingga nasib umat tidak terbela.
iii. 'Ulama' Yang Sesat Mencela Umat

'Ulama' mencela umat kerana tetap memberi sokongan 'padu' kepada pemimpin sedemikian atas kejahilan mereka sendiri.
iv. Umat Yang Sesat Mencela Kembali 'Ulama'

Umat mencela kembali 'ulama', lantaran mengabaikan tanggungjawab untuk memberi pengajaran yang benar sebagaimana yang diperintahkan Tuhan, supaya mereka dapat memilih pemimpin yang benar.
v. 'Ulama' Yang Sesat Mencela Pemimpin

'Ulama' kembali mencela pemimpin lantaran cengkaman pemimpin ke atas mereka supaya berkata-kata dan berhukum bagi pihak pemimpin, diugut dengan perlepasan jawatan, seolah-olah rezeki ditentukan oleh pemimpin.
vi. Pemimpin Yang Sesat Mencela Umat

Pemimpin pula mencela umat lantaran sokongan padu mereka sekalipun mereka merupakan pihak yang bersalah.
vii. Umat Yang Sesat Mencela Kembali Pemimpin

Umat kembali mencela pemimpin, disebabkan tipu daya pemimpin, serta kempen mereka siang dan malam, memperdaya mereka menjauhi diri daripada pengajaran Tuhan.

viii. Pemimpin Yang Sesat Mencela Kembali 'Ulama'

Pemimpin kembali mencela ulama, lantaran meletakkan kepercayaan kurniaan rezeki di tangan mereka dan bukannya kepada Tuhan, yang merupakan suatu pendirian mempersekutu Tuhan, sehingga sanggup mengenepikan perintah Tuhan.
ix. 'Ulama' Yang Sesat Mencela Kembali Umat

Seterusnya ulama mencela umat, walhal mereka harus mengambil tanggungjawab menyampaikan ayat-ayat Tuhan secara yang benar dan berani. Cela-mencela sesama mereka lantaran kerja-kerja sesat yang mereka semua lakukan. Begitulah mereka cela-mencela berterusan sehingga dalam keadaan terdesak dan di neraka, masih mereka celamencela.

68:31 Mereka Sebenarnya Golongan Melampau Telah berkata mereka, aduhai malangnya kami, sesungguhnya kami, telah adalah kami golongan yang melampau.
mereka berkata: "Aduhai celakanya kita! Sesungguhnya kita adalah orang-orang Yang melampaui batas. 2.5% iaitu Peruntukan Golongan Susah Mereka Sapu

Mengapa mereka tidak mahu berzakat atau bersadaqah atau menyelewengkan peruntukan sadaqah daripada kutipan zakat, sedangkan peratusan zakat hanyalah 2.5% daripada harta yang umat perolehi. 2.5% daripada perolehan umat diambil untuk diagih-agihkan kepada golongan yang wajib menerimanya. Amat melampau mereka mengambil peruntukan yang sedikit itu, demi kepentingan diri mereka sendiri. Sememangnya Tuhan mencipta manusia bersifat

suka membolot disebabkan sifat keluh kesah, gelisah dan menegah. Dalam hal yang sedemikian maka tidak hairanlah urusan dunia ini selalu direbut oleh golongan yang sesat. Mereka mundar mandir membawa kempen yang merosakkan umat. Beginilah kaedahnya Tuhan menempatkan golongan yang beriman daripada umat ini dalam keadaan kekurangan supaya mereka sentiasa merendah diri mereka di hadapan Tuhan.

68:32 Merasa Tak Cukup, Mereka Masih Mengharapkan Habuan Daripada Tuhan Mudah-mudahan Tuhan kami, bahawa Ia menggantikan akan kami yang lebih baik daripadanya, sesungguhnya kami kepada Tuhan kami, yang mengharap pengembalian.
"Semoga Tuhan kita, (dengan sebab kita bertaubat) menggantikan bagi kita Yang lebih baik daripada (kebun Yang telah binasa) itu; sesungguhnya, kepada Tuhan kita sahajalah kita berharap".

Namun adakah memadai dengan mereka bersedia mengharapkan yang lebih baik darihal kurniaan Tuhan? Mereka harus mengharapkan kurniaan yang baik melalui pengorbanan harta dan diri mereka kepada Tuhan. Begitulah keadaan Nabi Ibrahim A.S., yang sanggup melakukan pengorbanan besar daripada yang sangat-sangat disayanginya. Danlviii sesiapapun akan 'raghiba' atau termotivasixxvii kepada Tuhannya (94:06) sepertimana cara Nabi Ibrahim A.S. (2:130) melainkan mereka yang memperbodohkan diri mereka sendiri. Tuhan telah memilih Nabi Ibrahim A.S. sebagai peneraju umat ini dan juga Nabi Ismail A.S. yang mempersediakan diri dikorbankan.

68:33 Azab Di Akhirat Adalah Lebih Berat Seperti itulah seksaan dan pastinya seksaan di akhirat adalah lebih besar, kiranya telah adalah mereka, mereka mengetahui.
Demikianlah azab seksa (yang telah ditimpakan kepada golongan Yang ingkar di dunia), dan Sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar lagi; kalaulah mereka orang-orang Yang berpengetahuan (tentulah mereka beringat-ingat). i. Golongan Sesat Adalah Golongan Terkial-kial

Himpunan ayat adalah bermula daripada ayat pertama sehingga ayat ke 32 ini. Pengajaran secara umumnya, Tuhan memberitahu tentang erti merujuk kepada golongan manusia yang terkial-kial iaitu yang menuduh RasullulLah S.A.W. dan orang-orang yang beriman sebagai sesat.
ii. Pembawa Ajaran 'Sesat' Bukanlah Golongan Sesat

Telah menjadi sebutan lidah manusia merujuk sesat kepada yang tidak sealiran kefahaman dengan mereka walhal yang diajar Tuhan, istilah sesat tidak harus disebut sebegitu.
iii. Golongan Sesat Adalah Yang Melakukan Mana-mana Antara 6 Perkara Yang Disebutkan

Terdapat enam (6) sifat utama golongan yang sesat yang semuanya dapat dibaca daripada bahagian awal surah ini. Semua yang sesat ini merujuk kepada mereka yang berharta diikuti dengan pemilikan anak. Mereka amat berbangga dengan keberadaan mereka sehingga sanggup menafikan hak golongan yang kekurangan dan orang-orang miskin.

Bahagian yang harus diserahkan kepada golongan yang susah, diabaikan sama ada secara kecuaian atau melalui cara yang sistematik. Kesudahannya, mereka yang sesat ini tidak memperolehi apa-apa bahagian yang mereka rancangkan. Barulah mereka mengakui kesesatan serta kezaliman mereka. Perkataan lawan bagi yang dikaitkan dengan kesesatan, adalah iaitu golongan yang berpetunjuk. Berpetunjuk adalah mengambil panduan Tuhan dalam berpenghidupan. Mereka yang berpetunjuk, menunjukkan sikap sanggup berkorban demi menuruti jalan yang diredhai Tuhan.
iv. Akibat Besar Kesesatan

Kesesatan yang dinyatakan dalam surah ini adalah tentang pengurusan harta. Jelasnya pada zaman ini kepentingan harta adalah sangat ketara. Walaupun harta bukanlah segala-galanya namun segala-galanya memerlukan harta. Kerana harta, manusia sanggup menyamun untuk menyelamatkan pemilikan riba. Tatkala ekonomi gawat, mereka masih perlu membayar hutang bulanan yang dibeli dengan kaedah riba, sekiranya gagal, pemilikan mereka terhadap harta berkenaan akan lenyap begitu sahaja. Di negara ini tiada kaedah sistem bantuan terhadap mereka yang bermasalah seperti ini, bahkan di mana-mana juapun. Oleh itu sistem riba wajar dihapuskan sama sekali. Menghalang peruntukan zakat daripada sampai ke tangan mereka yang berhak adalah suatu kesalahan jenayah. Mereka yang fakir dan terdesak mungkin sanggup membuat keputusan menukar agama lantaran amat-amat memerlukan pembelaan. Dengan sebab bilangan murtad telah mencapai jumlah ratusan ribu bahkan mungkin mencapai setengah juta, mereka ini akan membentuk kumpulan terbesar bersama penganut-penganut asal agama

berkenaan, mengasak pemerintah membenarkan mereka terus mengadakan kempen pemurtadan. Pelanggaran kontraklxxi sosialxxv berlaku dan mereka telah menuntut menggunakan istilah-istilah tertentu dalam agama supaya agama mereka tampak seperti agama Islam. Antara perkara pasti yang tidak dapat dibendung adalah tindakan huru hara yang akan dicetuskan oleh ahli-ahli pertubuhan kebajikan yang akan memusnahkan rumahrumah ibadat agama-agama lain, yang merupakan suatu kelarangan dalam agama. Kesesatan seperti ini akan mengakibatkan suatu masa nanti sokongan rakyat dalam mengukuhkan parti pemerintah akan terjejas teruk, diikuti dengan masalah kestabilan politik yang tidak boleh diharap. Di negara yang polisilxxvi ekonomi sangat diharapkan bergantung kepada pelabur-pelabur asing dan bukannya dengan keupayaan sendiri negara, pelabur-pelabur menjadi penentu kepada kestabilan ekonomi. Jatuhnya prestasi lxx ekonomi akan menimbulkan suasana yang berlaku seperti sekarang ini apabila penjenayah menjadi raja yang menyebabkan kadar peningkatan jenayah meningkat dengan ketara. Kes kematian akibat pembunuhan berlaku hampir setiap hari dan rakyat hidup dalam kebimbangan.

Balasan Di Akhirat Untuk Diambil Pengajaran 68:34 Golongan Berhati-hati Dalam Syurga Kenikmatan Sesungguhnya, bagi golongan yang berhati-hati, di sisi Tuhan mereka, kebun kenikmatan.
Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman syurga Yang penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka.

i.

Pemilikan Manusia Adalah Amanah Tuhan

Golongan yang berhati-hati menyedari bahawa yang dinyatakan pemilikan dalam tangan mereka adalah merupakan amanah Tuhan. Tuhan menguji mereka untuk mentadbir sejumlah harta dalam perkiraanNya. Mereka berhatihati terhadap harta yang mereka belanjakan.
ii. Amalan Riba Yang Menyesatkan

Mereka mengelakkan perniagaan berunsur riba yang memudharatkan itu. Mereka tidak akan tersesat dengan sistem riba sehingga menggagalkan mereka bersadaqah dan berjihad pada jalan Tuhan. Dengan suasana semasa yang penguasaan golongan yang ingkar lebih terzahir dalam pentadbiran di bumi ini pada masa ini, mereka lebih menonjolkan sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan riba. Mahu tidak mahu, umat ini dalam keadaan terpaksa, menerima cara percaturan ekonomi sedemikian.
iii. Kecurangan Sistem Kapitalis

Sistem kapitalis mendedahkan kepada pemilikan tidak terbatas menurut kemahuan seseorang, asalkan mereka sanggup membayar harga melebihi harga yang ditawarkan. Akibatnya, pemperolehan seseorang akan dihabiskan semata-mata untuk membayar nilai yang dicagarkan daripada harta benda yang ingin dimiliki. Kesesatan pengamalan sistem sedemikian, menyebabkan manusia secara umumnya berada pada keadaan yang amat memerlukan kecairan yang akan digunakan untuk membayar hutang riba. Mereka sanggup menggelapkan peruntukan zakat serta sadaqah yang harus diserahkan kepada golongan yang memerlukan. Ketidak seimbangan ekonomi semakin menjadi-jadi di kalangan manusia.
iv. Golongan Berhati-hati Harus Ada Peruntukan Infak

Golongan yang berhati-hati tidak harus terperangkap dengan cara sedemikian. Mereka harus amat membataskan pemilikan berasaskan riba yang mereka tiada pilihan lain, selain mengambilnya. Mereka harus memperuntukkan sebahagian yang mereka perolehi untuk tujuan infak pada jalan Tuhan. Kelebihan daripada harta yang harus diinfakkan, tidak harus dileburkan begitu sahaja untuk tujuan riba sehingga mereka gagal melakukan amalanamalan sadaqah dan berjihad pada jalan Tuhan.

68:35 Muslimin Tidak Sama Dengan Mujrimin Apakah maka Kami jadikan orang-orang yang patuh itu, seperti orang-orang yang bersalah?
Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat), sama seperti orangorang Yang berdosa (yang kufur ingkar)? i. Sadaqah Bukan Charity

Atas pertimbangan apakah mereka menyamakan antara sadaqah itu dengan 'charity'? Atas pertimbangan sedemikian, mereka menyamakan zakat dengan cukai! Mereka menyamakan perniagaan dengan riba. Lalu mereka menyamakan kerja-kerja golongan yang patuh dan kerjakerja golongan yang berdosa. Apakah ukuran mereka? Barangkali mereka meletakkan ukuran bahawa pemilikan membuktikan kebenaran. Yang berjaya adalah mereka yang berada dan yang gagal adalah mereka yang miskin. Ajaran manakah yang mengajar mereka berpendirian sedemikian?
ii. Jatuh Bangunnya Ekonomi Sesebuah Negara

Sejarah membuktikan bahawa jatuhnya ideologi serta kerajaan komunis Uni-Soviet adalah disebabkan runtuhnya sistem ekonomi komunisnya akibat perbelanjaan besar

mereka berusaha menakluki Afghanistan. Sejarah juga membuktikan apabila ekonomi Jerman runtuh, mereka cuba menyelamatkannya melalui perluasan ideologi Nazi dengan menyerang seluruh Eropah dan Russia, akhirnya mereka dikalahkan apabila ekonomi mereka menuju ke keadaan yang amat parah tanpa sumber bekalan bahan mentah. Jepun dengan perluasan wilayahnya semakin terjejas akibat keruntuhan ekonomi di negara-negara jajahan mereka akibat meluasnya penggunaan wang pisang. Indonesia kehilangan timur Timor, lantaran serangan ekonomi ke atas sistem kewangannya. Lama sebelum ini, kekuasaan kerajaan Islam runtuh akibat keruntuhan ekonomi, akibat salah laku pemimpin-pemimpin yang membazirkan peruntukan negara untuk perbelanjaan yang bukan-bukan. Akhirnya Britain kehilangan hampir keseluruhan tanah jajahan apabila terlalu banyak perbelanjaan telah dikeluarkan lantaran peperangan dalam Perang Dunia Kedua.
iii. Ekonomi Umat Adalah Suatu 'Survival'

Oleh itu ekonomi adalah 'survival' xxviii bagi sesebuah kerajaan. Amerika Syarikat yang pernah menguasai sekitar dua per tiga penguasaan ekonomi dunia adalah gergasi ekonomi yang terlalu besar, terlalu besar untuk menjadi kuasa utama ekonomi dunia dan terlalu besar untuk mengalami keruntuhan ekonomi. Namun dengan sistem riba yang mereka agung-agungkan banyak syarikat gergasi mereka menjadi muflislxiii dan kerajaan Amerika Syarikat itu sendiri terpaksa mengeluarkan sejumlah dana mencapai trillion dollar sebagai pakej rangsangan ekonomi. Tanpa pakej rangsangan sedemikian tentunya ramai jutawan mereka akan jadi papa kedana apatah lagi yang seawalnya berkeadaan susah. Dengan kedudukan ekonomi yang merudum, segala usaha ekonomi seperti pertanian, penternakan dan perusahaan akan terjejas teruk. Betapa pentingnya peranan ekonomi sesebuah masyarakat se-

hingga disebutkan pada awal-awal surah Al-Baqarah bahawa golongan adalah golongan yang berhati-hati dalam soal ekonomi.

68:36 Apakah Ukuran Yang Kamu Buat? Mengapakah bagimu, bagaimanakah kamu menghukum?
apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)? i. Sistem Ekonomi Riba Menjadikan Mereka Memilih Hidup Sendiri-sendiri

Dengan sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan riba, telah terbukti lebih membawa keburukannya terhadap alam sekitar sehingga keupayaan pembangunan dilaksanakan lebih daripada keberadaan ekonomi itu sendiri. Umat secara keseluruhannya memilih hidup nafsi-nafsi xliii apabila keperluan membayar hutang melebihi keperluan bersadaqah dan berjihad di jalan Tuhan. Mereka memilih 'survival'xxviii kehidupan mereka dan melupai tentang hakikat penciptaan mereka yang merupakan agenda Tuhan.
ii. Sebenarnya Tiada Jaminan Pemilikan Dalam Sistem Kapitalis

Adakah pemilikan maya yang dijanjikan oleh sistem kapitalis menjamin hak-hak seseorang dalam pemilikan harta benda? Adakah hasil pertanian dari ladang-ladang mereka mampu membuatkan setiap rakyat dapat tidur dengan perut yang berisi makanan?
iii. Kerosakan Alam dan Sosial Akibat Kapitalis

Dapatkah sistem seperti ini merangsang penurunan kadar jenayah yang meningkat setiap tahun? Mereka yang me-

milih pemilikan tanpa batasan, hutang tanpa batasan dan pembangunan tanpa batasan adalah sebenarnya mengadun resipixxix kepada kerosakan. Dapatkah mereka melakukan sesuatu untuk membayar balik kos kerosakan yang mereka usahakan? Sehingga keadaan bumi pulih walaupun tidak sepenuhnya dapat mencapai separuh daripada keadaan sedia kala.

68:37 Apakah Kitab Rujukan Mereka Adakah bagimu suatu kitab padanya kamu bertadarusxxx?
Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari Allah) Yang kamu baca dan pelajari? i. Pembangunan Berterusan Tanpa Had

Kitab manakah yang menjurus manusia kepada sesuatu tanpa batasan? Kitab saintifik manakah yang mengizinkan pembangunan berterus-terusan tanpa had? Secara fakta xxxi, setiap pembangunan memberi kesan kepada alam sekitar. Sekiranya tidak, tidak perlu diwujudkan kajian kesan persekitaran - EIA - Environment Impact Assesment yang menjadi suatu kewajiban laporan oleh pemaju-pemaju.
ii. Pengabaian Golongan Dhaif

Kitab kajian sosialxxv manakah yang mencadangkan golongan dhaifxli diabaikan menempuh nasib kehidupan mereka sendiri? Akibat sistem ekonomi riba yang dipelopori oleh golongan berdosa itu, adalah kegagalan umat bersadaqah membela golongan yang dhaif xli serta peningkatan kadar jenayah. Sistem ekonomi riba mengakibatkan pembangunan tanpa had sehingga membawa kesan kerosakan alam.

iii. Negara Sosialis Sendiri Menolak Ekonomi Kapitalis

Negara sosialis sendiri tidak membenarkan sistem penindasan sedemikian lalu sistem ekonomi sedemikian dipelopori oleh negara-negara kapitalis. Golongan yang patuh melaksanakan projek-projek pembangunan seadanya, sesuai dengan suasana alam sekitar serta keperluan semasa dan bukannya kehendak manusia semasa. Mereka menghadkan pemilikan sekadar perlu. Lebihan daripada perolehan disadaqahkan kepada yang memerlukan. Golongan dhaifxli terbela dan mereka tidak perlu melakukan kerosakan untuk hidup. Kadar jenayah berada pada tahap minimum dan manusia bebas bergerak ke tempat tujuannya tanpa terlalu merasa bimbang menjadi mangsa peras ugut, ragut, rompak, samun dan sebagainya.

68:38 Tiada Kitab Yang Mengajar Rakus Sebagai Baik Sungguh bagi kamu, padanya mana-mana kamu pilih!
Bahawa di Dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja Yang kamu pilih?

Kitab manakah yang menghalalkan tindakan rakus sebagai baik? Tiada ajaran daripada mana-mana kitab sekalipun untuk membina masjid yang dihiasi dengan kecantikan bangunan. Di negara ini, pembangunan dijadikan kemegahan sehingga tender untuk membuat masjid sedemikian diurus tadbir oleh golongan yang ingkar seolaholah mereka adalah yang paling layak me-makmurkan masjid, tempat sujud kepada Tuhan. Lalu jadilah bangunanbangunan sedemikian berdiri daripada pepasir yang dibangunkan tetapi runtuh daripada petunjuk Tuhan. Hati manusia tidak tergerak untuk memenuhi serta memakmurkan masjid sedemikian.

68:39 Adakah Mereka Ada Hujah Atas Perlakuan Mereka? Adakah bagi kamu sumpah atas Kami yang sampai kepada hari pembangunan, bahawa bagi kamu (lebih berhak) terhadap apa yang kamu putuskan?
atau Adakah kamu mendapat akuan-akuan Yang ditegaskan Dengan sumpah dari kami, Yang tetap hingga hari kiamat, menentukan Bahawa kamu dapat mencapai apa Yang kamu putuskan? i. Adakah Mereka Memiliki Akta Yang Jelas Yang Sampai Kepada Tuhan Bahawa Mereka Lebih Berhak

Perkataan juga diterjemahkan sebagai perjanjian. Aplikasi perkataan sedemikian adalah kepada mereka yang mengambil suatu peraturan iaitu mengambil peraturan golongan yang berdosa ke atas umat yang patuh dan begitu juga sebaliknya. Wajarkah mereka mengurus tadbir hak yang diambil daripada golongan yang patuh, untuk tujuan yang bukan diperintahkan? Mengambil peruntukan sadaqah atau zakat lalu disalurkan untuk pembangunan masjid serta prasarana-prasarana yang lain. Mengambil denda daripada umat Islam seperti denda maksiat dan judi untuk di'sadaqah'kan kepada pentadbir-pentadbir agama.
ii. Mereka Mengubah Peraturan

Adakah ini merupakan perjanjian yang mereka ambil daripada Tuhan? Ayat manakah yang menjelaskan sedemikian? Mereka membuka pintu ke arah maksiat seluas-luasnya dengan lesen-lesen premis perjudian, hiburan-hiburan yang menggalakkan pergaulan bebas serta kempen-kempen media massa yang menggalakkan perlakuan lucah. Mereka mempersembahkan tayangan-

tayangan penyembahan berhala, unsur-unsur jenayah dan sebagainya. Kesan berpanjangan tayangan seperti ini akhirnya diterima oleh masyarakat dan masyarakat mencontohinya. Kemudian tindakan diambil ke atas mereka yang melanggar peraturan 'agama' dengan denda yang membebankan. Mereka yang menggalakkan perlakuan sedemikian lalu mereka mendenda untuk mengutip hasil. Harta umat Islam diambil daripada peruntukan zakat, peninggalan warisan dan sebagainya. Kemudian harta ini diniagakan, sehingga tidak diserahkan kepada golongan yang berhak pada masa-masanya.
iii. Akhirnya Umat Ramai Yang Kecewa

Umat menjadi terlalu kecewa lantaran 'syariat' Tuhan yang sedemikian akhirnya sebahagian mereka sanggup murtad untuk menempah azab Tuhan di akhirat. Pada mereka yang bertanggungjawab adalah ahli-ahli 'agama' yang memperkenalkan 'agama' sedemikian rupa.

68:40 Siapakah Yang Harus Didakwa?


Tanyalah kepada mereka, siapa-siapakah (antara) mereka terhadap yang demikian, akan pendakwaan?
Bertanyalah kepada mereka: "Siapakah orangnya di antara mereka Yang menjamin benarnya hukum: Bahawa mereka akan mendapat di akhirat apa Yang didapati oleh orang Islam?" i. Umat Mendakwa Golongan Agama

Siapakah di antara mereka yang dapat membuat pendakwaan di hadapan Tuhan nantinya? Tentunya umat akan mendakwa golongan yang bertanggungjawab dalam hal agama sebagai sekutu mereka, bagi pihak Tuhan, yang memperkenalkan suatu 'syariat' agama yang mereka anuti.

ii. Umat Berlaku Syirik Mengambil Golongan Beragama Sebagai Sekutu Tuhan

Apabila umat hanya tahu menurut sahaja apa jua yang diputuskan oleh 'ulama-ulama' tanpa hujah yang harus mereka ketahui, sebenarnya umat telah mengambil 'ulama ulama' sedemikian sebagai tandingan Tuhan, dalam hal yang berkaitan dengan 'syariat'. 'Ulama-ulama' sedemikian sanggup menguasai kerohanian umat ini, dengan hukumhakam yang tidak pernah mereka terangkan kepada umat ini daripada Tuhan dan RasulNya, melalui hujah yang jitu, sama ada mereka ada mengambil syariat sedemikian atau mengambil dari sumber yang lain.

68:41 Umat Mempunyai Sekutu Dalam Beragama Adakah bagi mereka sekutu-sekutu, maka hendaklah mereka datangkan dengan sekutu-sekutu mereka, sekiranya telah adalah mereka, orang-orang yang benar?
atau Adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu (yang sefaham Dengan mereka? kalau ada) maka hendaklah mereka membawanya, jika betul mereka orang-orang Yang benar. i. Mereka Menyembah Pemimpin-pemimpin, 'Ulamaulama', Ustaz-ustaz, Lebai-lebai Serta Kiyai-kiyai

Terdapat pengajaran As-Sunnah, apabila RasullulLah S.A.W. mengarahkan Ady bin Hatim melemparkan arka salib yang digantungkan di tengkuknya, seraya baginda membacakan ayat daripada Al-Quran, bahawa penganut Nasrani mengambil paderi-paderi dan rahib-rahib mereka sebagai pendidik-pendidik selain daripada Tuhan. Pernyataan sedemikian disangkal oleh Ady bin Hatim dengan menyatakan penganut Nasrani tidak mengambil paderi-

paderi dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan. RasullulLah S.A.W. kemudiannya menjelaskan bahkan apabila paderipaderi dan rahib-rahib mengeluarkan fatwa hukum-hakam agama, lalu mereka menurutinya tanpa sebarang penjelasan daripada ayat-ayat Tuhan. Demikian itulah penyembahan. ii. 'Ulama' Masakini Lebih Memahami Wang Ringgit Berbanding Agama Seperti itulah umat ini apabila menerima fatwa ulamaulama dalam menjatuhkan hukum sesat terhadap satu-satu individulxix atau golongan tanpa bertunjangkan nas-nas AlQuran. Yang dapat dijadikan sesuatu yang putus tidak dapat dipertikaikan lagi. Begitu juga dalam hal halal atau haram sesuatu pemakanan. Bahkan Jabatan Agama sanggup mengeluarkan fatwa halal terhadap penggunaan ammonia tanpa kawalan dalam makanan serta bahan-bahan pewarna makanan melalui sintesis bahan nitrat, iaitu antara bahan kimia yang terdapat banyak pada bangkai, nanah dan buangan manusia dan haiwan, yang telah difatwakan sebagai najis dalam kitab-kitab silam. Ulama-ulama silam lebih memahami ayat-ayat Al-Quran, berbanding 'ulamaulama' masakini yang lebih memahami wang ringgit. Ayatayat daripada surah ini menjelaskan sejelas-jelasnya kepada siapakah individulxix sesat itu wajar dilabelkan? Bahkan kesyirikan dapat berlaku apabila umat ini menyembah 'ulamaulama sedemikian dalam menetapkan suatu hukum agama.

68:42 Pada Hari Yang Mereka Diseru Untuk Sujud Hari yang ia didedahkan darihal hambatan dan mereka diseru kepada sujud lalu tidak akan mereka berkesanggupan.

(ingatkanlah orang-orang Yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya, i. Diperintah Sujud Tapi Mereka Tak Sanggup Buat

Dalam banyak terjemahan adalah merujuk hari berlaku bencana, suasana azab hari kehancuran. Dalam surah AlQiyamah (75:29) merujuk kepada suasana pada peringkat pengadilan. Yang diperintah hanyalah untuk sujud iaitu mematuhi arahan Tuhan, mereka gagal untuk mematuhi arahan Tuhan di dunia dahulu, lalu di akhirat nanti, bagaimanakah mereka dapat melakukan sedemikian?
ii. Sebagai Suatu Manifestasi Penyerahan Kepada Tuhan

Antara perkara yang diperintahkan kepada manusia semasa berada di mahkamah Tuhan nanti, adalah perintah bersujud, sebagai suatu manifestasi ketaatan seorang hamba semasa hayatnya di dunia ini. Sujud adalah mematuhi semua arahan Tuhan sebagai suatu bentuk penyerahan diri. Sujud adalah sebahagian daripada amalan solah. Solah yang benar bagi seseorang hamba adalah yang mengimani ayat-ayat Al-Quran daripada surah yang sedemikian iaitu melaksanakan amanah menyampaikan peruntukan sadaqah atau zakat. Menggelapkan peruntukan sedemikian bukanlah merupakan suatu manifestasi bagi orang yang bersolah dan bukan juga layak bagi seseorang yang bersujud kepada Tuhan. Oleh itu perintah sujud harus difahami meliputi solah yang ada hubungan dengan sadaqah. Tiada solah bagi mereka yang tidak bersadaqah dan tiada sujud bagi yang tidak termasuk dalam golongan bersolah. Lalu lihatlah gambaran lesinya wajah seseorang yang gagal melaksanakan arahan Tuhan di hadapan Tuhan nanti. Mereka gagal sujud sekalipun mereka cuba bersujud lantaran kerasnya jiwa mereka untuk bersujud semasa hayat mereka di dunia ini.

iii. Gambaran Pusat Lesi Orang Yang Tidak Bersujud

Betapa pucatnya wajah mereka semasa mereka gagal mematuhi arahan Tuhan pada ketika itu. Seperti resahnya seseorang yang tertuduh terhadap keputusan hakim yang akan menjatuhkan suatu keputusan terhadap seseorang yang merasakan dirinya bersalah.

68:43 Tunduk Menekur Pandangan Mereka Dilitupi Kehinaan Sedangkan Dulu Mereka Mampu Untuk Bersujud Tunduk (menekur) pandangan mereka, teraniaya mereka oleh kehinaan, demi sesungguhnya telah adalah mereka mereka diseru kepada sujud sedang mereka (dalam keadaan) sejahtera.
sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan; dan Sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka Dalam keadaan sihat.

Pucat lesinya wajah mereka menampakkan wajah yang pucat seolah-olah tiada darah mengalir di kepala mereka disebabkan kegagalan mereka sujud. Dahulu dalam kehidupan mereka, mereka diberi peluang untuk sujud, agar darah dapat mengalir masuk ke keseluruhan kepala mereka sehingga sampai setiap bahagian saraf otak mereka tetapi mereka enggan, sebagai suatu pilihan keingkaran. Lalu bagaimanakah rasa beragama dapat mereka perolehi lantaran keingkaran mereka itu sehingga mereka rasa benci kepada hujah-hujah keimanan dan suka kepada hujjahhujjah keingkaran? Hanya dengan sujud seseorang mampu bersungguh-sungguh dalam ketaatan.

Perintah Tuhan Kepada Golongan Yang Beriman Dalam Menghadapi Golongan Sesat 68:44 Biarkan Sahaja Si Pendusta Itu, Tuhan Sedang Istidraj Mereka Dari Arah Yang Mereka Tak Tahu Maka biarkan olehmu akan Daku dan sesiapa yang ia mendustai terhadap perkhabaran ini, nanti Kami 'istidraj'' mereka dari arah (yang) tidak mereka ketahui.
biarkanlah Aku sahaja (Wahai Muhammad) Dengan orang Yang mendustakan keterangan Al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit Demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah Yang mereka tidak mengetahuinya. i. Mereka Mengambil Sekutu Dalam Beragama

Sesungguhnya golongan sesat itu kelak, mereka akan mengetahui. Mereka mempunyai sekutu dalam kehidupan mereka. Darihal agama mereka menyerahkan kepatuhan kepada 'ulama-ulama' atau lebai-lebai atau kiyai-kiyai.
ii. Mereka Mengharamkan Apa Yang 'Ulama' Haramkan

Apabila 'ulama-ulama' mereka mengeluarkan fatwa bahawa menubuhkan jamaah baru setelah jamaah sedia ada adalah 'haram', lalu mereka menurutinya tanpa nas atau hujah yang sahih, merujuk panduan suci Al-Quran atau penerangan AsSunnah. Apabila 'ulama' mereka mengeluarkan fatwa memakan haiwan sembelihan 'ahli kitab' yang lain adalah haram, lalu mereka menurutinya tanpa penjelasan sahih daripada nas Al-Quran atau penerangan As-Sunnah. Sedangkan Tuhan telah menghalalkan sembelihan ahli

kitab daripada kitab-kitab terdahulu lalu bagaimanakah mereka menghukum? Tidakkah mereka mengetahui implikasixxxiinya? Tindakan mereka menyebabkan umat berpecah, satu kepada fahaman mereka dan satu lagi kepada kefahaman sekular.
iii. Mereka 'Halalkan' Apa Yang Ulama Mereka Halalkan

Apabila 'ulama-ulama' mereka mengeluarkan fatwa bahawa bahan-bahan najis, halal diambil dalam pemakanan, lalu mereka patuhinya dengan memakan bahan-bahan berkenaan yang dibalut logo halal, tanpa terlebih dahulu dibahaskan dengan sumber-sumber rujukan Al-Quran dan penerangan As-Sunnah terhadap keputusan ilmiah mereka.
iv. Implikasi Penyekutuan

Tidakkah mereka mengetahui implikasixxxiinya? Tindakan mereka menyebabkan ramai umat ini menghidap pelbagai penyakit daripada tiga serangkai kepada penyakit alahan seperti sesak nafas dan sebagainya. Yang demikian itu kerana mereka menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
v. Perintah Menggauli Orang Ramai dan Dua Jenis Manusia Yang Diarahkan Untuk Ditinggalkan

Terdapat perintah Tuhan yang menyuruh menggauli orangramai dan bersabar dengan kerenah mereka dan terdapat perintah Tuhan yang menyuruh meninggalkan mereka. Yang diperintahkan untuk mereka ditinggalkan adalah dalam urusan agama. Dua golongan manusia yang Tuhan perintahkan untuk ditinggalkan dalam urusan dakwah, pertama adalah manusia yang merasakan dirinya kaya dengan pemilikan harta dan sejumlah anak-anak, memiliki status hidup yang bersikap mendustakan ayat-ayat Tuhan iaitu daripada golongan yang sesat dan keduanya manusia 'fir'aun' seperti yang berada pada tampuk pemerintahan

yang menyebut-nyebut jasa, memberi makan kepada rakyat serta pembangunan negara. Dengan meninggalkan mereka, golongan yang beriman akan dapat menyaksikan 'istidraj' yang Tuhan laksanakan kepada mereka sedikit demi sedikit menuju kepada bencana. Sesungguhnya bencana yang menimpa negara Mesir di bawah kekuasaan Fir'aun harus diambil iktibarxxxiii, tentang bagaimana kerosakan alam terjadi akibat kerja-kerja golongan yang ingkar yang merasa cukup canggih dengan kehebatan mereka.

68:45 Rencana Tuhan Yang Amat Kukuh


Dan telah merencana Aku bagi mereka, bahwasanya, tipudayaKu kukuh.
dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka; Sesungguhnya rancangan sulitKu (terhadap golongan Yang kufur ingkar itu), amatlah kuat kukuh. i. Menghina Pendakwah Akibatnya Ditinggalkan

Apabila seseorang mengelak daripada beriman kepada Tuhan, lalu ia memilih jalan hidup yang lain daripada yang dianjurkan Tuhan, ia akan tersepit dengan pilihannya itu. Atas kesombongannya, ia memilih untuk menghina pendakwah dengan alasan pendakwah itu rendah ilmu pengetahuannya atau kurang pemilikannya atau tidak setaraf dengannya. Lantaran itu ia ditinggalkan pendakwah berkenaan kerana tumpuan dakwah harus diteruskan untuk menyeru orang lain. ii. Mengikut Cara Beragama 'Ulama' Yang Menyesatkan Ia memilih cara beragamanya sendiri berdasarkan fatwafatwa ulama tanpa ia mengetahui sumber ambilannya. Apabila ulama-ulama berkenaan mengeluarkan fatwa mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram,

atas kapasiti mereka sebagai ulama, segera ia mengambil pendirian mematuhi fatwa 'ulama' sedemikian.
iii. Zakatnya Tidak Pernah Sampai dan Pemakanannya Memudharatkan

Sentiasa ia melalui hidup sedemikian sehingga penyerahan zakatnya tidak pernah sampai kepada yang layak menerimanya. Ia sendiri memakan makanan haram yang dihalalkan dan mengelak daripada memakan makanan halal yang diharamkan. Akibatnya ia menelan makanan yang memudharatkan sehingga dihidapi dengan pelbagai penyakit. Pendiriannya menghindari makanan halal yang diharamkan menyebabkan ia diketepikan oleh ahli masyarakat menempuh hidup nafsi-nafsixliii.
iv. Hidup Nafsi-nafsi Dengan Sistem Riba

Dengan sikap sedemikian sebenarnya ia tidak dapat melarikan diri daripada permasalahan sosialxxv seperti terjejas hubungannya dengan masyarakat dan masalah kesempitan hidup. Atas kebiasaan masyarakat seperti ini yang mengambil riba dalam kehidupan mereka, ia mungkin kelihatan kaya dengan pemilikannya yang diperolehi dengan jalan hutang dan sebagainya, namun ia tidak akan dapat membelanjakannya untuk tujuan bersadaqah atau berjuang pada jalan Tuhan. Dengan kesempitan hidup yang melanda ahli masyarakat menyebabkan masa mereka dihabiskan dengan kerja-kerja mencari wang untuk membayar hutang. Kepincangan berlaku ke atas ahli-ahli masyarakat sehingga sebahagian ahli masyarakat memilih haluan masing-masing lantaran tiada tempat mengadu apabila berlaku kesusahan. Penyakit-penyakit masyarakat seperti penagihan, perzinaan dan permusuhan dalam kalangan mereka dibiarkan begitu sahaja dan masalah diserahkan kepada pihak polis dan pegawai undang-undang negeri.

Pada masa ini apabila ulama-ulama sendiri mengambil sikap membolot harta seberapa banyak yang mampu, untuk menjelaskan hutang-hutang riba akibat pembelian aset-aset seperti rumah mewah dan kenderaan mewah, lalu bagaimanakah nasib umat pada keseluruhannya? Peruntukan zakat juga diselewengkan untuk tujuan yang lain dan diserahkan kepada golongan-golongan tertentu dalam kalangan mereka melalui persatuan-persatuan 'ulama' dan sebagainya. Golongan fakir dan miskin, hidup melarat dalam kesempitan tanpa pembelaan dan mereka menghampiri diri mereka kepada kekufuran akibat daripada kefakiran. Sebahagian mereka yang mahukan pembelaan, lebih terpedaya dengan dakyah-dakyah daripada badanbadan agama yang lain yang akhirnya atas perangkap hidup yang disediakan oleh ulama-ulama berkenaan yang bergelumang dengan sistem riba dan penyelewengan wang zakat, peruntukan dakwah telah diabaikan begitu sahaja. Perkara ini mengakibatkan umat tidak terbela dan tiada program kerohanian yang mencukupi dapat diberikan.
v. Kejadian Murtad Semakin Menjadi-jadi

Kejadian murtad semakin menjadi-jadi sehingga didalangi oleh artis-artis dan anak VVIP. Murtad adalah bencana besar kepada negara. Kejadian huru-hara dapat terjadi akibat perselisihan agama yang tidak akan dapat dihentikan sama ada oleh pihak polis atau tentera. Seterusnya ekonomi akan merudum disebabkan oleh kejadian huru-hara berkenaan. Pemilikan kemewahan yang sebelum ini dianggap sebagai kemegahan dan contoh, untuk dituruti umat dalam mendapatkan suatu kehidupan, sebenarnya lebih menjurus kepada rasa tidak puas hati ahli-ahli masyarakat. Atas kecelaruan hidup, mereka memilih dadah, murtad, hubungan bebas, memberontak secara senyap dan sebagainya sehingga peranan ulama-ulama sendiri akan dipertikaikan.

68:46 Mereka Tidak Diminta Bayaran Untuk Beriman Ataukah kamu meminta daripada mereka ganjaran, lalu mereka daripada hutang, suatu yang berat?
Pernahkah Engkau (Wahai Muhammad) meminta sebarang bayaran kepada mereka (mengenai ajaran Islam Yang Engkau sampaikan), lalu mereka merasa berat menanggung bayaran itu (sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu)? i. Amat Berat Untuk Mereka Beriman Pengesaan Amat Ringan Untuk Mereka Beriman Penyengutuan

Adakah mereka dikenakan yuran untuk beriman? Amat berat kepada mereka untuk menyahut seruan beriman kepada Tuhan semata-mata, tetapi amat ringan pada mereka apabila mereka diajak beriman kepada Tuhan dalam keadaan Tuhan dipersekutukan.
ii. Syahadah Beragama Tidak Ada Kesaksian

Mereka ingin beragama, syarat beragama mereka dengan bersyahadahxlviii, tidak pernah ada kesaksian, dengan lain perkataan tidak akan ada sesiapa yang sanggup untuk menyaksikan keislaman mereka di akhirat nanti, bahkan di dunia ini, tiada siapa yang akan mengambil peduli keislaman mereka.
iii. Bersolah Tapi Mereka Sendiri Tak Faham

Kemudian mereka melaksanakan solah, tiada siapa mengambil peduli sama ada mereka memahami apa jua yang mereka sebut dalam solah mereka atau sebaliknya. Mereka tidak pernah memaklumi untuk mengetahui tujuan solah dan tuntutan solah.
iv. Berpuasa Tetapi Boros, Menjerit-jerit Dalam Ibadah

Kemudian mereka berpuasa, namun mereka sendiri tidak dapat menyelami erti puasa melainkan dengan berlaku boros. Berbelanja semaunya untuk meraikan majlis-majlis berbuka puasa mereka dan menjerit-jerit dalam ibadah tarawih, serta bergembira menyambut hariraya pada masa umat Islam lain berduka, lantaran disembelih oleh musuhmusuh Islam.
v. Berzakat Tetapi Zakat Diserahkan Kepada Asnaf Yang Lain.

Kemudian mereka berzakat, tanpa mengetahui prasyarat kutipan zakat dan kepada siapa pengagihan harus dilakukan, adakah daripada jabatan atau majlis? Mereka tidak mengetahui pengagihan zakat perlu sampai kepada asnafxxxix yang lapan dan bukan kepada asnaf tambahan lain. Peruntukan zakat perlu dilunaskan sebab itu, penyerahan zakat setelah tamat tempoh adalah tidak diterima sebagai zakat melainkan sadaqah semata-mata. Kemudian kita mendengar wang zakat digelapkan untuk tujuan pembelian kenderaan pacuan 4 roda untuk setiap pegawai-pegawai agama supaya dapat digunakan untuk mengutip lebih banyak zakat. Kemudian peruntukan zakat digunakan untuk pembangunan masjid! dan prasarana yang lain, kononnya tindakan yang 'baik' sedemikian diizinkan agama. Kemudian digunakan lagi sebagai biaya pinjaman perniagaan dengan prasyarat seseorang itu perlu menjadi ahli kepada persatuan 'ulama' tertentu.
vi. Ibadah Haji Mereka Untuk Melancong Semata.

Kemudian mereka mengerjakan haji, semata-mata untuk melancong, tanpa mengetahui tujuan sebenar ibadah haji berkenaan. Mereka menafsir perintah bagi barangsiapa yang berkuasa kepadanya jalan sebagai mampu dari sudut kewangan, aman perjalanan dan kesihatan semata-mata.

Mereka lupa perbelanjaan yang memerlukan belanja sekitar yang sedikit di kebanyakan negara telah dieksploitasi sehingga mereka perlu membayar lebih 10 kali ganda untuk tujuan ibadah berkenaan. Wang mereka sebenarnya telah disamun sebelum mereka menjejakkan haji ke tanah suci dan keuntungan yang diperolehi pelabur-pelabur saham haji telah juga diserahkan kepada golongan yang tidak diketahui agama mereka. Bahkan mereka dipaksa disuntik dengan vaksin anti meningitislvii yang diperolehi daripada babi yang difatwakan halal. Keadaan sedemikian sebenarnya menidakkan kekuasaan mereka untuk sampai kepadanya jalan. Iaitu melaksanakan ibadah haji dalam keadaan berkemampuan, aman perjalanan dan berkeadaan sihat dan bersih tubuh badan.
vii. Cara Beragama Yang Merugikan Yang Mereka Mahu

Cara beragama yang merugikan seperti ini yang mereka mahu, iaitu cara beragama yang mempersekutukan Tuhan dengan 'ulama-ulama' tertentu. Adapun cara beragama yang sebenarnya, yang menyuruh beriman kepada Tuhan semata-mata, mereka memandangnya dengan pandangan yang getik, meluat, benci dan sinis. Mereka tidak mahu mengetahui, bahawa umat Islam dahulu adalah umat yang kayaraya, dihormati lantaran ilmu mereka serta digeruni musuh atas sifat mereka yang amat keras kepada musuh.
vii. Sanggup Bertuankan Golongan Ingkar

Yang mereka mahu tahu adalah, umat Islam yang sekarang ini miskin, dungu dan bersikap lunak kepada golongan yang ingkar. Mereka sanggup bertuankan kepada golongan yang ingkar yang kesudahannya mereka membiarkan kaum wanita mereka serta muslimat lain dianiayai, dihamilkan dan dimurtadkan oleh penyembah-penyembah berhala, mempersilakan diri dihumban ke neraka Tuhan.

68:47 Adakah Di sisi Mereka Perkara Ghaib lalu Mereka Menulis Perkara Ghaib itu? Adakah di sisi mereka (perkara) ghaib, lalu mereka, mereka menulis?
atau Adakah di sisi mereka (Lauh Mahfuz Yang mengandungi) perkara-perkara Yang ghaib lalu mereka menyalin (daripadanya untuk menentang ajaran dan peringatanmu)?

Adakah mereka mengetahui perkara yang ghaib, antara perkara-perkara yang akan berlaku pada masa mendatang, sehingga masa akan datang, menyebelahi mereka? Lantaran itu mereka memekakkan telinga daripada mendengar sebarang pengajaran-pengajaran yang lain.
i. Jabatan Meteorologi Dengan Kaedah Tertentu

Sekiranya Jabatan Meteorologi menggunakan kaedahkaedah tertentu untuk mengetahui anggaran turunnya hujan serta perubahan cuaca untuk beberapa jam lagi, esok hari dan juga hari seterusnya, apakah kaedah yang digunapakai untuk menyatakan seseorang dapat mengetahui kejadian ghaib yang akan berlaku?
ii. Rujukan Kepada Kitab-kitab Silam

Adakah di sisi mereka kitab-kitab silam yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabat tertentu sehingga mereka dapat membaca peristiwa akan datang? Lalu mereka menempatkan diri mereka sebagai orang yang diramalkan, supaya mereka melaksanakan agenda tertentu dan pasti berjaya! Apakah perkara yang menjadi amalan mereka masakini adalah merupakan suatu agenda untuk mereka berjaya pada masa akan datang? Umat-umat seperti Yahudi dan Nasrani, banyak didapati dalam kalangan mereka, cuba

memberitahu peristiwa yang akan berlaku pada masa mendatang. Itupun tidak dapat dinyatakan pengetahuan berkenaan menyebabkan mereka berada di jalan yang benar kerana ternyata kebenaran yang mereka tunggu-tunggu tidak datang daripada kalangan kaum mereka, tetapi daripada kaum yang lain yang mendiami padang pasir.

Keperluan Mereka Yang Mengetahui Untuk Menulis Perkara Yang Ghaib


iii. Tiga Perkara Dinyatakan Ghaib Dalam Al-Quran

Tiga perkara yang dinyatakan dalam Al-Quran tentang perkara ghaib, pertama, perbuatan yang akan dilakukan oleh seseorang esok hari secara pasti iaitu mengetahui perkara akan datang, keduanya, masa akan berlaku kejadian hujan secara pasti dan ketiga, perkara yang terkandung dalam rahim wanita secara pasti. Seseorang hanya boleh merancang untuk esok . Membayangkan pekerjaan oleh seseorang, tentang perbuatan yang akan dilakukan esok hari (59:18), sebenarnya dapat meningkatkan motivasi bekerja. Selalunya, seorang yang berjaya adalah seorang yang merancang untuk berjaya sehingga dinyatakan kegagalan untuk merancang sama ertinya merancang untuk gagal.
iv. Ramalan Cuaca dan Peristiwa D-Day

Tentang kejadian hujan, manusia sentiasa semakin canggih dalam melakukan kerja-kerja peramalan. Pada permulaannya, mereka melakukan kutipan data hidrologixxxiv secara bulanan dan tahunan, kemudian diikuti cerapan keadaan awan semasa dan yang terkini adalah melalui pengesanan satelit, yang dapat memerhati keadaan semasa. Peristiwa D-Day dalam Perang Dunia Kedua dinyatakan sebagai kemenangan dengan bantuan ramalan keadaan cuaca, yang meramalkan kabus akan terbentuk dalam masa yang singkat untuk memberi peluang tentera

Bersekutu berlabuh di kawasan jajahan Jerman. Begitu juga terhadap perkara ghaib yang terkandung dalam rahim wanita, sebenarnya memberi pengajaran yang baik supaya seseorang tidak mudah membuat kesimpulan tentang peribadi seseorang saudara muslimahnya.
v. Ramalan Peristiwa Mendatang Melalui Hadith Marfu' dan kata-kata Sahabat.

Mengetahui perkara mendatang adalah melalui beberapa kaedah. Pertama adalah dengan jalan menerima perkhabaran melalui Al-Hadith, malangnya kebanyakan pemberitahuan perkara akan datang disampaikan melalui perkhabaran hadith marfu', hadith yang disandarkan kepada RasullulLah S.A.W., melalui sahabat tertentu secara peribadi, yang hanya diperolehi melalui lembaran-lembaran yang disorokkan. Banyak perkhabaran daripada Abu Hurairah R.A. dan Saidina Ali R.A. disorokkan oleh pihak tertentu lantaran dikhuatiri akan jatuh ke tangan pihak yang tidak menjagainya secara teliti. Hadith ini tidak dapat dinyatakan mutawatir atau sahih atau hasan atau dhaifxli atau maudu' atau palsu. Penulis sendiri banyak menerima perkhabaran sedemikian dan penulis mengambil pendirian tidak mengiakan dan tidak menafikan.
vi. Ramalan Berdasarkan Kerasihan ilmu

Kedua, adalah dengan suatu kaedah tertentu yang dinyatakan daripada ayat-ayat Al-Quran berdasarkan pengajaran 73:25/26/27/28. Pengetahuan sedemikian memerlukan kerasihan seseorang dalam ilmu. Ketiga adalah melalui perkhabaran ghaib secara terus dan penulis enggan memberi sebarang ulasan.

Cara Golongan Sesat Menyediakan Diri Untuk Kejadian Mendatang

Antara perkara yang menjadi perancangan golongan ingkar adalah melakukan pekerjaan untuk menetapkan diri mereka menelurusi perkara akan datang. Kajian-kajian mereka yang menyentuh teknologi sedia ada adalah merupakan persiapan mereka untuk menghadapi kemungkinan peristiwa yang akan berlaku pada masa mendatang. Oleh itu mereka suka untuk mereka dikagumi dengan pencapaian mereka hasil daripada penemuan mereka. Sebagai contoh, dengan melakukan serangan peristiwa 11 September oleh pentadbiran Amerika Syarikat, mereka sudah menjangkakan pentadbiran mereka akan memperolehi mandat rakyat untuk menyerang negara lain. Penguasaan Afghanistan dan Iraq dijangka dapat dijadikan dua tapak perlindungan (dua lapisan) terhadap sebarang kemungkinan kebangkitan pejuang-pejuang Islam yang berusaha menguasai negara beraja Arab Saudi, yang dikatakan sebagai punca umat Islam bersatu padu memerangi dunia. Namun mereka melupai suatu perkara bahawa perkara akan datang bukanlah suatu perkara yang dapat ditentukan dengan tepat masa kejadiannya. Tuhan yang lebih mengetahui serta mengatur rancanganNya. Selepas serangan mula pada tahun 2001 dan serangan terhadap Iraq pada tahun 2003, sehingga kini (2011) peristiwa yang dijangkakan berlaku, masih juga belum berlaku dan belanja peperangan mereka telah melebihi 1 trillion dollar U.S. dan wang mereka menjadi sangat mengecil. Mereka akan terus mengekalkan ratusan ribu tentera di negara-negara berkenaan sehingga mereka menghadapi apa yang mereka percayai sebagai peristiwa yang akan berlaku. Lantaran belanja peperangan yang sangat besar, dengan segenap tenaga, mereka terpaksa cuba memperolehi sumber komoditi dari negara lain seperti Sudan secara percuma. Akhirnya mereka berjaya melakukan porak peranda dengan memecahkan negara berkenaan demi untuk menyedut hasil

petroleum negara terbabit. Kini mereka memperolehi dua kekuatan iaitu petroleum dan punca air bersih yang dapat menekan negara Sudan dan Mesir. Penggunaan bahan bakar petroleum yang banyak oleh warga dunia akhirnya mengakibatkan lebih banyak pencemaran haba yang mempengaruhi cuaca. Meskipun bekalan bahan asas ini mencukupi, perbekalan yang berterusan dapat memberi kesempatan kepada negaranegara baru yang rancak ekonominya seperti India dan China menyediakan keupayaan lebih besar kepada rakyat mereka untuk berbelanja. Perkara ini tentunya akan terus meningkatkan harga minyak di persada dunia. Kedua-dua negara ini, yang kini tidak lagi memperkenalkan subsidi bekalan petroleum kepada rakyat mereka, akan menjadi penentu terhadap permintaan minyak yang tinggi. Pembangunan angkut-angkut turut berlaku di kedua-dua negara ini. Berkat daripada sistem ekonomi riba yang diamalkan oleh kedua-dua negara ini juga, harga minyak dunia dijangka akan terus meningkat sedikit demi sedikit, tanpa menunjukkan penurunan ketara dalam jangka panjang. Permintaan terhadap produk berasaskan petroleum seperti kenderaan dan jentera, terus menjadi keutamaan sehingga memudharatkan cuaca dunia. Sekiranya, keduaduanya dapat bertahan, dalam membentuk ekonomi domestik dalam negara mereka sendiri, pastinya syarikatsyarikat besar di Amerika Syarikat dan Eropah akan gulung tikar lantaran kos pengeluaran yang sangat tinggi disebabkan oleh harga bahan bakar petroleum yang terus meningkat. Akhirnya Amerika Syarikat dan Eropah akan mengalami kemurungan ekonomi dan turut sama menghadapi masalah bencana cuaca yang membinasakan. Mampukah negara ini menghadapi cabaran ini? Peningkatan harga bahan bakar mengakibatkan daya saing produk-produk pembuatan untuk tujuan eksport akan

merosot dan ini menjurus kepada kejatuhan ekonomi berasaskan sumber manusia. Sekalipun pulangan jangka panjang akan diperolehi daripada komoditi asas seperti petroleum, getah, kelapa sawit serta galian-galian berharga, namun ketidak seimbangan ekonomi amat mempengaruhi kehidupan rakyat di bandar-bandar.

Sabar Dalam Menghadapi Golongan Yang Sesat 68:48 Bersabarlah dan Jangan Seperti Nabi Yunus A.S. Maka bersabarlah olehmu terhadap hukum Tuhanmu dan janganlah kamu jadi seperti teman ikan tatkala telah meraung ia sedang dia (dalam) kedukaan.
maka Bersabarlah (Wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), dan janganlah Engkau bersikap seperti orang Yang telah ditelan oleh ikan. (ingatlah kisahnya) ketika ia berdoa merayu Dengan keadaan sesak sebak terkurung Dalam perut ikan. i. Golongan Sesat Akan Terperangkap Jangan Tinggalkan Mereka

Keengganan golongan yang sesat, yang terkial-kial dalam berkehidupan, akhirnya mereka akan menempuh kehidupan yang memerangkap mereka kembali. Akibat hidup bergelumang dengan riba tanpa batasan menjadikan mereka seperti angkut-angkut melakukan kerja membina, memasang, menyiap dan meninggalkan.
ii. Mereka Buat Kerja Angkut-Angkut

Pagi dan petang dipenuhi dengan masa bekerja sehingga kedua-dua suami isteri tiada peruntukan masa untuk

mengasuh anak-anak mereka sendiri. Sebenarnya mereka membancuh resipixxix untuk menempuh masa depan generasi mendatang dengan keadaan lebih huru-hara. Atas kesibukan mereka menghimpun dan terus menghimpun, mereka memandang remeh ayat-ayat Tuhan sehingga akhirnya mereka tersepit sebagaimana telah dikhabarkan awal-awal lagi daripada penerangan ayat. Tindakan mereka meremeh pendakwah-pendakwah kepada ayat-ayat Tuhan, sudah tentunya menyangat hati pendakwah-pendakwah itu sendiri. Sehingga akhirnya pendakwah perlu bersabar atas kejahilan umat serta kemabukan mereka dalam mengejar kehidupan dunia ini.
iii. Kisah Nabi Yunus Meninggalkan Kaum Baginda

Golongan yang beriman diseru untuk tidak mencontohi tindakan Nabi Yunus A.S. yang bertindak meninggalkan kaumnya atas kekecewaannya diingkari oleh kaumnya sendiri. Sehingga suatu ketika, kaumnya itu menyedari kesalahan tindakan mereka, sepertimana ahli-ahli kebun kehilangan hasil tuaian. Ketika itulah, mereka akan kembali kepada pengajaran-pengajaran Tuhan.

68:49 Nabi Yunus Diluah Keluar Dari Perut Ikan Sekiranya tidak bahawa ia sampai akannya oleh nikmat daripada Tuhannya, pasti telah dibuang ia dengan (berkeadaan) terdedah sedang dia (berkeadaan) tercela.
kalaulah ia tidak didatangi nikmat pertolongan dari Tuhannya, nescaya tercampaklah ia ke tanah Yang tandus (di tepi pantai) Dalam keadaan ia ditempelak (kerana salah silapnya).

Kisah Nabi Yunus A.S. dinyatakan dalam surah As-Saffat (37:138-147) dan Al-Anbia (21-87/88) ketika baginda menjauhi diri daripada kaum baginda ke kapal yang penuh muatan. Baginda termasuk dalam kumpulan yang diundi untuk disingkir ke laut sehingga ditelan ikan yang besar.
i. Keadaan Baginda Yang Terdedah Tanpa Kulit dan Menderita Sakit

Perkataan adalah kata kerja pasif yang bermakna dibuang oleh sesuatu yang tidak dikenal pasti. Ayat dengan kata dasar yang serupa disebut pada (37:145) dan dapat difahami baginda dibuang oleh ikan! Iaitu baginda diluah keluar dari perut ikan. Perkataan seterusnya adalah merujuk kepada keadaan baginda yang terdedah iaitu bukan sahaja tidak berpakaian bahkan tidak berkulit, ini diikuti oleh ayat selanjutnya yang bermakna (berkeadaan) tercela dan (37:145) berkeadaan sakit. Namun dalam terjemahan lain dinyatakan baginda dibuang ke tanah yang tandus! dan terdapat juga terjemahan yang menyatakan tanah lapang.
ii. Bersabar Dengan Sikap Umat Suka Mencemuh dan Menuduh Gila dan Sebagainya

Kerja dakwah adalah kerja yang menempah rasa yang menyangat di hati sama ada rasa sedih, kecewa dan marah disebabkan oleh tindakan penolakan oleh ahli masyarakat yang didekati. Oleh itu rasul-rasul terpilih sahaja dapat mengharungi dengan penuh kesabaran. Atas pengajaran yang dapat diperolehi daripada surah ini, seorang pendakwah harus bersedia dengan tindakan cemuhan, tuduhan sesat serta dianggap sebagai gila. Perkara yang sedemikian dialami sendiri oleh RasululLah S.A.W. dalam kerja-kerja dakwah baginda. Demikian itu adalah hukum Tuhan yang harus ditempuhi dengan rasa kesabaran. Sesungguhnya Tuhan bersifat Maha Memelihara hambaNya yang

menyungguhkan diri, melaksanakan perintahNya, sepertimana Dia menyembuhkan Nabi Yunus A.S. daripada derita yang ditanggung baginda.

68:50 Nabi Yunus Tergolong Dalam Kumpulan Yang Melakukan Perbaikan Maka telah memilih Ia akannya oleh Tuhannya, maka telah menjadikannya daripada golongan perbaikan.
selepas itu Tuhannya memilihnya, serta menjadikan Dia dari orang-orang Yang soleh. i. Keadaan Zaman Ini

Tugas kerasulan adalah tugas pemulihan, iaitu setelah berlaku kerosakan demi kerosakan yang dilakukan oleh umat. Itu pada zaman itu. Pada zaman ini telah nyata kerosakan yang dilakukan oleh umat manusia. Perubahan cuaca yang mengakibatkan bencana alam berlaku hampir setiap hari, kesan daripada pengamalan riba. Keporakan nasablxxiii keturunan manusia berlaku kesan daripada 'kemajuan' teknologi komunikasi. Sehinggalah kepada kepelbagaian penyakit yang memudharatkan seperti AIDSl, selsema H1N1li atau permasalahan sosialxxv yang mudah menular tanpa kawalan. Masih adakah lagi rasul? Sedangkan keutuhan kitab Al-Quran masih kekal sedemikian sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Apa yang perlu adalah pengamalan terhadap isi kandungan Al-Quran yang memerlukan kesungguhan ulama-ulama yang ikhlas, yang sanggup memperjuangkannya, tanpa mengharapkan imbuhan sama ada dalam bentuk gaji atau sumbangan-sumbangan, bahkan mereka sendiri perlu mengorbankan sebahagian besar harta mereka untuk tujuan sedemikian.

ii.

Siti Khadijah Yang Berjuang Berhabis-habisan Membantu RasululLah S.A.W.

RasullulLah S.A.W. sendiri berhabis-habisan dalam usaha dakwah sehingga isteri baginda Khadijah R.A.H., telah wafat dalam keadaan miskin, tidak memiliki apa-apapun. Dakwah baginda yang sedemikian rupa juga dituruti oleh sahabat-sahabat baginda seperti Abu Bakar R.A. yang turut mengorbankan seluruh hartanya, Umar R.A. yang mengorbankan separuh daripada hartanya, demi untuk keperluan dakwah agama. iii. Sahabat-Sahabat RasululLah S.A.W Korbankan Harta Mereka telah berkorban berhabis-habisan sehingga dapat mengumpulkan seberapa ramai golongan miskin daripada ahli sufah, yang tenaga mereka diperlukan untuk menyebarkan agama Islam. Dengan berkumpulnya golongan miskin di sisi baginda, kekuatan golongan yang ingkar, dalam memanipulasixi tenaga golongan miskin telah direnggut dan perniagaan mereka turut terjejas. Demikian itu telah menambah-nambah kebencian golongan ingkar yang asalnya berada pada kedudukan mewah, terhadap dakwah RasullulLah S.A.W. sehingga mereka sanggup mengumpul kekuatan memerangi umat Islam. Setelah kekuatan umat Islam meningkat sehingga dapat menguasai semula pusat-pusat strategi penting seperti Makkah, pengajaran-pengajaran suci Al-Quran mula dipraktikkan xvi oleh umat manusia untuk memperbaiki keadaan umat. Bangsa Arab yang terkenal dengan sifat jahiliyah, telah berubah menjadi sebuah masyarakat bertamadun, membentuk tamadun besar dunia sebelum ini.
iv. Perjuangan RasululLah S.A.W Bertahan 1292 Tahun

Kekuatan daulah Islam telah bermula sejak tahun 632 Masehi dan tamat pada 1923 Masehi. Daulah Islam telah melalui tempoh bermula daripada penubuhan,

pengembangan, keagungan, kemerosotan dan akhirnya lenyap, melalui tempoh masa selama 1292 tahun. Ilmuwanilmuwan Barat yang ingkar, telah bersungguh-sungguh menafikan tamadun Islam dalam tempoh sekian lama. Setelah melalui tempoh penjajahan ke atas negara umat Islam serta merompak hasil mahsulnya, mereka membentuk teknologi bermula dari zaman Reinessance sekitar tahun 1500 Masehi sehingga kini, sehingga terhasilnya kerosakan demi kerosakan serta kecelaruan nasablxxiii keturunan manusia. Mereka melakukan pembangunan tanpa kawalan di atas permukaan bumi sehingga lapisan langit mulai lemah kerananya. Akibatnya, terjadi pelbagai bentuk bencana yang mengakibatkan penyakitpenyakit yang memudharatkan seperti kanser, penularan penyakit dan kecelaruan identiti. Manusia melakukan sebebas-bebasnya dengan apajua yang mereka suka sehingga mengakibatkan hubungan sesama manusia berada pada tahap yang kritikal. Peperangan sentiasa terjadi atas perebutan kawasan-kawasan strategik yang memberi pulangan besar. Sekarang ini adalah masa yang manusia amat-amat memerlukan keadaan untuk berpetunjuk dengan petunjuk Tuhan, setelah mereka menderita akibat kedurjanaan pihak-pihak berpengaruh daripada golongan yang ingkar. Semoga rahmat dan kasih sayang Tuhan meliputi seluruh mukabumi ini.

68:51 Golongan Ingkar Yang Hampir Menggelincirkan Golongan Beriman Dengan Pandangan Mereka

Dan sesungguhnya ia hampir orang-orang yang telah ingkar mereka, agar dapat mereka mengelincirkan engkau dengan pendapat mereka, tatkala telah mendengar mereka akan peringatan dan mereka (sentiasa) berkata sesungguhnya ia benar-benar gila.
dan Sesungguhnya orang-orang Yang kafir itu, hampirhampir menggelincir dan menjatuhkanmu Dengan pandangan mereka (yang penuh Dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: "Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguhsungguh orang gila". i Mereka Menuduh Gila Walhal Mereka Yang Gila

Mereka benar-benar mesyuarat sesama mereka, bertukartukar pandangan dan hujjah, memandang rendah RasullulLah S.A.W. serta memperlecah orang-orang yang beriman (2:212), agar orang-orang yang beriman terpedaya dan tergelincir dari jalan keimanan mereka melalui pernyataan mereka. Tatkala mereka mendengar peringatan, mereka memberi pandangan serius mereka, bahawa sesungguhnya peringatan sedemikian benar-benar suatu peringatan gila. Pada mereka peringatan Tuhan bukan sesuatu yang dapat dinilai secara nyata, semuanya adalah abstraklxiv, sukar dibuat pertimbangan. Mereka mahukan pertimbangan yang ada nilai saintifik atau bertepatan dengan logik akal serta keuntungan ekonomi atas aktiviti manusia.
ii. Mereka Menempuh Sistem Hidup dan Ekonomi Yang Menyempitkan

Pertimbangan gila adalah pada tahap dangkal ukuran fikiran mereka, yang mahukan sesuatu yang waras, adalah suatu yang menguntungkan mereka, sekalipun dengan jalan menindas golongan yang susah. Pertimbangan golongan

yang sesat adalah seperti perpatah bahasa Inggeris the end justifies the mean iaitu hasil sesuatu kesudahan menghakimi cara usaha. Sebagai contoh, untuk memenangi peperangan adalah dengan cara membunuh orang awam negara musuh, sekalipun dengan senjata pemusnah besar. Apabila kemenangan telah diperolehi dan terlalu ramai orang awam negara musuh terkorban, lalu mereka menyimpulkan bahawa tindakan sedemikian adalah benar dan langkah memerangi negara musuh yang lain adalah dengan terlebih dahulu membunuh seberapa ramai orang awam. Mereka tidak mempertimbangkan langsung bahawa saling pembunuhan orang awam akhirnya menjadi perangkap kepada mereka untuk terus kekal di negara jajahan. Sehingga berterusan mengeluarkan belanja untuk mengamankannya supaya hasil bumi negara berkenaan dapat mereka bolot dan negara jajahan tidak jatuh ke pemberontak. Teknik pembunuhan orang awam seperti ini telah diaplikasixxxv oleh Saddam Husayn dan pemberontak Algeria, sehingga penjajah terpaksa berbelanja besar dalam peperangan dan akhirnya berundur dari negara jajahannya dalam keadaan rugi.
iii. Amalan Bersadaqah Yang Dianggap Gila

Agama ini terus tersebar dan mendapat sambutan daripada golongan dhaifxli. Kebajikan mereka adalah merupakan kewajiban golongan yang mampu dalam kalangan golongan beriman dan melalui peruntukan zakat. Golongan yang ingkar menyatakan bahawa tindakan sedemikian adalah merupakan suatu kerugian kerana membantu golongan dhaifxli tidak dapat diukur pada nilai ekonomi. Bukankah mereka tidak memahami bahawa mereka memperolehi pulangan yang tinggi melalui penindasan terhadap golongan yang dhaifxli? Apabila kehidupan golongan dhaif

dibela oleh golongan beriman, golongan ingkar terpaksa meningkatkan perbelanjaan upah yang lebih baik kepada pekerja-pekerja upahan, yang secara tidak langsung, pengagihan ekonomi akan lebih merata dalam kalangan rakyat dan seterusnya pertumbuhan ekonomi negara akan dapat meningkat. Pada mereka, matlamat menghalalkan cara, dengan membayar gaji upah rendah kepada pekerjapekerja asing, mereka memperolehi labaxxxvi yang lebih tinggi. Akibatnya, pengaliran wang ke negara asing akan memperkecilkan nilai wang tempatan dan dalam jangka masa tertentu akan mengakibatkan defisit dagangan negara. Inilah yang berlaku sekarang ini apabila setiap unit wang yang digunakan pada awal tahun tidak sama nilainya pada hujung tahun, jatuh hingga 5%.

68:52 Al-Quran Merupakan Peringatan Ke Seluruh Alam Dan tidaklah ia melainkan peringatan bagi seluruh alam.
padahal Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya. i. Para Sahabat Menerima Al-Quran Sebagai Ayat-ayat Suci Tuhan

Peringatan Al-Quran bukanlah perkara khusus kepada RasullulLah S.A.W. sahaja. Baginda menyampaikannya kepada para sahabat dan dalam kalangan para sahabat, penerimaan setiap mereka adalah pelbagai. Bukanlah layak baginda mengajari mereka, lantaran baginda merupakan pesuruh Tuhan yang menyampaikan pengajaranNya dan dengan contoh sunnah, itu sahaja. Sahabat-sahabat RasululLah S.A.W. daripada golongan Muhajirinliv atau golongan Ansarlv atau kaum Badwilvi, mereka mendapatkan

ayat-ayat suci daripada RasullulLah S.A.W. untuk mendapatkan pengajaran. Kadang-kadang berlaku perbalahan sesama mereka dalam memahami satu-satu ayat. Tujuan mereka adalah mendapatkan pengajaran benar dan bukan untuk menegakkan pendirian kefahaman masing-masing. ii. Hampir Setiap Sahabat Adalah Huffaz Hampir setiap sahabat adalah para huffaz xxvii, sehingga mereka mengetahui selok belok ayat-ayat Al-Quran hanya mereka tidak berani mencatatkannya secara pembukuan. Pembukuan dilakukan pada zaman Khalifah Umar R.A, dilakukan oleh sahabat Usman R.A. sehingga kini dikenali sebagai Rasm Usmani, rahmat Allah ke atas mereka berdua. Dalam kalangan para sahabat, mereka memahami Al-Quran pada sudut pandangan masing-masing. iii. Sahabat-Sahabat Bertempur Dalam Memahami AyatAyat Tuhan Masakan tidak, dalam usaha mereka menafsir Al-Quran, mereka bertempur sesama mereka sehingga mengorbankan banyak nyawa. Sebahagian usaha sahabat, menjadi sia-sia amalan mereka dalam usaha menafsir Al-Quran (2:253). Yang demikian itu lantaran sebahagian mereka tidak menyembah sebahagian yang lain (68:41). Adapun tentang perselisihan mereka adalah disebabkan mereka berusaha mentakwillxxviii Al-Quran dalam diri masing-masing dan tidak timbul perkara dendam mendendam. Buktinya, apabila peperangan sesama mereka tamat dan kemenangan dicapai oleh satu pihak, mereka bersama-sama menguruskan jenazah mereka yang terkorban dan menyembahyangkan jenazah bersama-sama. Kemudian mereka saling menangisi atas perbezaan mereka. Bagaimanakah sikap kita pada masa ini? Kita harus berdoa kepada Tuhan untuk mengampuni diri-diri kita dan mereka semua yang telah mendahului kita dalam urusan iman dan bukan membeza-

kan mereka dalam kumpulan yang berbeza seperti kaum Khawarij dan Rafidhah yang menolak perdamaian antara para sahabat RasullulLah S.A.W. Kepatuhan kita sekarang ini kepada fatwa-fatwa ulama baik daripada pihak mana sekalipun tidak menyelamatkan kita daripada unsur kesyirikan. iv. Mematuhi Fatwa Ulama Tidak Menjamin Apa-apa Sekiranya para sahabat dahulu, bersungguh-sungguh memahami ayat-ayat Tuhan selepas RasullulLah S.A.W. wafat, sehingga mengakibatkan kejadian yang amat serius iaitu pertempuran sesama mereka, mengapa pula kita umat Islam kini, dengan secara murahan, menyerahkan ketaatan buta kepada ulama-ulama yang berfatwa, yang dengan fatwanya itu sekiranya ditaati tidak langsung dapat memberi jaminan seseorang terlepas daripada seksaan Tuhan? Tanyalah kepada ulama-ulama sedemikian, kiranya kita mematuhi fatwa mereka dan fatwa mereka didapati benar, dapatkah benarnya fatwa sedemikian sekiranya dipatuhi, menjamin pengamalnya terlepas daripada seksaan Tuhan (68:40)? Mereka sendiri tidak dapat menjamin diri mereka dan seperti itu RasullulLah S.A.W. tidak dapat menjamin diri baginda terlepas daripada seksaan Tuhan (67:28). v. Disiplin Menuntut Ilmu Agama Yang Gila Oleh yang demikian, mengapakah kita perlu menerima fatwa ulama, bahawa seseorang itu perlu dilengkapi dengan ilmu mantiqlxi, balaghah, nahu, sorof, bayan, asbabun nuzul, bahasa Arab (69:26), usuluddin, tasawuf, feqah, tajwid, sirahlx, falsafah, syarah-syarah daripada ulama-ulama tertentu dan sebagainya untuk bermati-matian diiktiraflxxiv sebagai seseorang yang layak berbicara tentang usaha memahami ayat-ayat Tuhan? Seolah-olah ayat-ayat Tuhan hanya khusus kepada ulama-ulama atau hujjatul

Islam atau tok-tok guru sahaja yang mampu memahaminya. Sebahagiannya berpendapat yang diberatkan lagi sekiranya 4 tahun diperlukan untuk menjadi graduan setiap kepakaran yang disebutkan, tentunya seseorang memerlukan lebih 50 tahun, bermula dari usianya 7 tahun, sekitar usianya 60 tahun baru layak berbicara tentang kefahaman!.

Kesimpulan
Surah Nun memberikan pengajaran betapa teknologi penulisan telahpun diamalkan oleh negara-negara yang mengejar kemajuan. Namun manusia lupa sebenarnya dalam mengejar kemajuan, mereka, sama ada golongan profesional, ulama-ulama serta penjawat-penjawat tadbir telah memilih kaedah yang membawa mereka kepada kesesatan. Buktinya keberadaan rakyat semakin kurang terbela, alam kediaman semakin banyak yang binasa serta permasalahan sosial semakin meningkat dan kehidupan beragama umat semakin bercelaru. Dalam menghadapi suasana negara seperti ini Tuhan telah memerintahkan supaya setiap kita dapat membaca perkaraperkara yang bakal terjadi menurut kefahaman masingmasing. Seterusnya Tuhan telah memerintahkan kita agar terus bersabar dengan polisi pemerintahan sedemikian. Seterusnya kita harus memerhati ayat-ayat Tuhan, mempelajari, memahami, membuat kajian serta menyampaikannya kepada manusia. Kita tidak seharusnya mengikat diri kita dengan disiplin yang menyusahkan usaha kita daripada memahami ayat-ayat Tuhan.

Daftar Kata i.
ii.

piksel (pixel) binari cakera keras pemacu pena mualaf rutin duplikasi amali demokrasi komunis manipulasi sistematik silibus takrif lunak praktik provokasi manifesto aktiviti definisi profail

iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii. xviii. xix. xx. xxi.

sasaran tandaan pada skrin pemapar sistem nombor perduaan penyimpan maklumat dalam komputer penyimpan maklumat dari komputer yang dilembutkan hati terhadap Islam kebiasaan harian salin perbuatan agama bertunjangkan perundangan majoriti agama bertunjangkan ideologi tanpa tuhan suatu pembolehubah tersusun dan terkawal modul atau persembahan ilmu kenal, erti mengiktiraf kedudukan boleh usaha, usaha mengacah-acah ungkapan kempen kegiatan huraian maklumat lengkap

xxii. xxiii. xxiv. xxv. xxvi. xxvii.

defisit infak kematu sosial VVIP motivasi

xxviii. survival xxix. resipi xxx. tadarus xxxi. fakta xxxii. implikasi xxxiii. iktibar xxxiv. hidrologi xxxv. aplikasi xxxvi. laba xxxviii. huffaz xxxix. asnaf xl. xli. xlii. xliii. xliv. xlv. xlvi.
xlvii. xlviii. xlix. l.

khalifah dhaif inflasi nafsi-nafsi simbol takrif ceritera iktibar syahadah Archemidis AIDS

imbangan berkurangan belanja keras, memejal perkongsian kehormat rangsangan, semangat yang tinggi talian hayat rumus, adunan sering kali rujuk nyata kesan berpanjangan pengajaran kajian air gunapakai keuntungan pemelihara Al-Quran pihak yang layak menerima peruntukan sadaqah (zakat) pengganti Tuhan lemah kejatuhan nilai wang sendiri-sendiri lambang kenal bukan catatan rasmi pengajaran perakuan kukuh ahli fikir Greek silam sindrom kurang daya tahan penyakit

li. lii. liii. liv. lv. lvi. lvii. lviii. lix. lx. lxi. lxii. lxiii. lxiv. lxv. lxvi. lxvii. lxviii. lxix. lxx. lxxi.

H1N1 hajarul aswad hafaz muhajirin ansar badwi meningitis Dan riddah sirah mantiq Al-Amin muflis abstrak monopoli fizikal silaturahim wahyu individu prestasi kontrak lumrah nasab iktiraf ampuh polisi gembleng takwil

lxxii. lxxiii. lxxiv. lxxv. lxxvi. lxxvii. lxxviii.

selsema babi rukun pelihara pihak yang berhijrah pihak penolong kaum asli Arab radang otak melalui kesempatan ini murtad sejarah logik yang dipercayai bangkrap kabur menguasai, membolot nyata, boleh sentuh hubungan baik perutusan Tuhan yang dimuat turunkan seseorang kecapaian persetujuan yang diperoleh melalui pembidaan kebiasaan jaringan akui kuat percaturan, cagaran kerah menyatakan

PERKARA YANG PASTI


dengan pengajaran daripada surah

( The Imminent Events )

Kandungan
Tentang Perkara Yang Pasti
69:00 Tentang Al-Haqqah iaitu Gabungan Beberapa Peristiwa 69:01 Al-Haqqah Yang Dikatakan Haqqah i. Merupakan Perkara Benar dan Mustahak Disebarkan ii. Rentetan Akibat Kecuaian Manusia 69:02 Apakah Al-Haqqah? i. Persoalan Yang Memberikan Tunjuk Ajar ii. Pembaca Akan Lebih Tertanya-tanya 69:03 Adakah Pembaca Tahu Apakah Al-Haqqah itu? i. Persoalan Demi Persoalan Demi Persoalan ii. Seperti Kempen Aedes Suatu Masa Dahulu 69:04 Kaum Tsamud Dan A'ad Mendustai Al-Qari'ah
Kaum Tsamud dan A'ad Ditimpa Bencana Al-Qariah

69:05 Kaum Tsamud Dibinasakan Oleh Sesuatu Yang Melampaui i. Pekerjaan Kaum Tsamud Yang Membinasakan ii. Mereka Ditimpa Oleh Batu-batu Gunung iii. Beberapa Contoh Kaum-kaum Yang Lain 69:06 Kaum A'ad Ditimpa Angin Sejuk Bersambungsambungan
Kota Iram Untuk Menandingi Keindahan Syurga

69:07 Yang Membinasakan Dalam Tempoh Tujuh Malam Lapan Hari Berterusan i. Bencana Yang Bermula Pada Waktu Pagi ii. Agenda Tuhan Pada Bencana Waktu Pagi Seolah-olah Mereka Pangkal Pokok Kurma Lohong iii.
Bencana Dengan Kepanasan Dan Kesejukan Melampau-lampau

69:08 Langsung Tiada Lagi Yang Berbaki i. Gambaran Peristiwa Al-Qari'ahiii Menjurus Peristiwa ii.
Al-Haqqah Dalam Al-Haqqah Wujud Peristiwa Al-Qari'ah

69:09 Dalam Al-Haqqah Terdapat Peristiwa Seperti Yang Menimpa Kerajaan Fira'un Dan Negeri-negeri Yang Sebelumnya i. Pemerintahan Kerajaan Fir'aun Mesir ii. Kisah Umat Nabi Nuh Yang Dikaramkan 69:10 Menderhakai Tuhan Menerima Pengambilan Berganda-ganda i. Agenda Besar Tuhan Memusnahkan ii. iii.
Umat-umat Dahulu Yang Derhaka Senarai Peristiwa Al-Haqqah Hujah Penyenaraian Peristiwa Al-Haqqah

69:11 Ulang Tayang Kisah Nuh A.S. dan Umat Baginda Seperti Peristiwa 2012 i. Pengajaran Dakwah Nabi Nuh A.S. - Dakwah Bukan ii.
Kerja Mudah 'Peristiwa Yang Akan Berulangan'

69:12 Pengajaran Buat Manusia Yang Ada Telinga i. Kesan Mempelajari Peristiwa Akan Datang ii. Pengajaran Besar Daripada Peristiwa Fir'aun dan Umat
Nabi Nuh

Perkara Yang Pasti Akan Berlaku


69:13 Bermula Bencana Al-Haqqah i. Bunyi Seperti Siren Yang Menggemparkan ii. Mekanisma Yang Menghasilkan Bunyi iii. Apakah Penyebab Bunyi Itu iv. Menanti Permulaan Bencana Atau Bertindak
Melakukan Sesuatu Sekarang!

69:14 Peristiwa Gunung Berganjak Dengan Sekali Goncangan

69:15 Itulah Hari Kejatuhan Besar i. Apa Yang Jatuh? ii. Kejatuhan Yang Membawa Jeritan iii.

Sonik Yang Berpanjangan Pelbagai Pendapat Tentang Kejatuhan

69:16 Lapisan Langit Pada Hari Itu Terpisah dan Terbuka, Mereput Dan Rapuh i. Huraian Kesan Langit Yang Terpisah Dan Terbuka ii. Huraian Kesan Langit Yang Mereput Dan Rapuh iii. Mengkaji Fasa Kejadian Peristiwa Al-Haqqah, AlQari'ah, Al-Waqiah dan Yaumil Fasl

69:17 Lapan Malaikat Menanggung Arasy Pada Hari Itu


Adakah Arasy ialah Mesosfera?

Kejadian Yang Memisahkan Amal


69:18 Tiada Seorangpun Yang Kehilangan Pada Hari Itu i. Apakah Yang Kekal Pada Seseorang? ii. Merujuk Kepada Catatan Amalan atau Pengalaman iii. Analogi Catatan Amal Dengan Teknologi Komputer iv. Pengajaran Peristiwa Al-Waqiah v. Komet Yang Pernah Jatuh

Balasan Yang Bakal Diterima


69:19 Menerima Kitab Catatan Amal dari Sebelah Kanan i. Siapakah Yang Menerima Kitab Dari Sebelah Kanan? ii. Persiapan Mereka Semasa Hidup iii. Mereka Yang Turut Mencatat Amalan Mereka 69:20 Mereka Telah Menjangka Kiraan Amalan Mereka i. Perlunya Pengiraan Dalam Amalan ii. Sebagai Motivasi Beramal iii. Balasan Akhirat, Perkara Yang Sebenarnya Tidak
Boleh Dibayangkan

69:21 Kehidupan Yang Menyenangkan i. Senang Adalah Kerja Hati

ii.

Sesuatu Yang Dapat Memulihkan Keadaan Dapat Melihat Pada Sudut Pandangan Yang Luas

69:22 Kedudukan Yang Tinggi Dalam Syurga 69:23 Petikan / Tuaian Yang Rendah i. Tanaman Jangka Pendek dan Hasil Jangka Pendek ii. Berhati-hati Terhadap Pencemaran 69:24 Hasil Daripada Pekerjaan Silam i. Perintah Makan Baru Minum ii. Sedikit Teknik Huraian Untuk Golongan Kanan
iii. Contoh Pemperolehan Golongan Kanan dan Perkara Yang Berkaitan

69:25 Menerima Kitab Catatan Amal Dari Sebelah Kiri i. Menyesali Atas Penerimaan Kitab Amalan ii. Mengamalkan Sistem Hidup Yang Porak iii. Kesilapan Perundangan iv. Projek-projek Yang Tidak Menurut Piawaian 69:26 Mengharap Untuk Tidak Mengetahui Amalan i. Bentuk Terjemahan Yang Berubah ii. Melanggar Peraturan Untuk Mendapatkan Habuan iii. Akhirnya Bencana Yang Dapat Disaksikan iv. Pelbagai Jenis Kerosakan 69:27 Alangkah Baiknya Semua Selesai Begitu Sahaja i. Bagaimana Dengan Proses Pengadilan? ii. Siasatan Forensik Atas Segala Sesuatu 69:28 Harta Yang Sudah Tiada Guna i. Harta Yang Dapat Dilihat Tetapi Tiada Manfaat ii. Bicara Tentang Mangsa Ekonomi Riba 69:29 Kekuasaan Yang Telah Binasa i. Kekuasaan Untuk Memperkukuh Kedudukan ii. Peruntukan Zakat Dijadikan Pelaburan iii. Salah Guna Kuasa iv. Pendakwaan Yang Berkait-kait

69:30 Tangkap Ia Dan Ikat i. Contoh-contoh Dakwaan Pihak Yang Manjadi Mangsa ii. Rantaian Pendakwaan Yang Bertalu-talu iii. 'Ulama-ulama' Yang Merestuinya 69:31 Salaikannya Ke Neraka Jahanam i. Akibat Merampas Harta Simiksin Secara Sistematik ii. Kepanasan Tanpa Disentuh Api 69:32 Lilitkan Akannya Dengan Rantai 70 Sukatan i. Nasib Rakyat Dengan Masalah Kehidupan Yang ii. iii.
Melilit-lilit. Mereka Hilang Kebebasan Gambaran Masalah Yang Berleretan Suatu Pengadilan Yang Pasti

69:33 Kerana Mereka Golongan Yang Tiada Iman i. Aktiviti Yang Merosakkan dan Penindasan ii. iii. iv. v.

Secara Merata-rata Kesan Perbuatan Mereka Akan Melilit Mereka Kembali Mereka Mengarah Serta Mengulangi Perbuatan Gila lagi Jahil. Amalan Kerosakan Sehingga Mempamerkan Kemudaratan Keperluan Kembali Kepada Petunjuk Tuhan

69:34 Mereka Mengakibatkan Golongan Miskin Sukar Mendapatkan Makanan


i. ii. Mengabaikan Golongan Miskin Adalah Pengabaian Alam Sekitar Peningkatan Kadar Jenayah

69:35 Hari Yang Mereka Tiada Teman Setia i. Kepentingan Tidak Lagi Diperoleh Daripada Mereka ii. Mereka Dahulu Didekati Kerana Harta dan Kedudukan 69:36 Tiada Pemakanan Melainkan Kumbahan i. Polisi Hidup Mereka Dahulu, Orang Ramai Dibiarkan ii.
Memakan Makanan Sisa Mereka Memperolehi Kumbahan seperti Air Longkang, Baki Pepejal atau Terampai, Bahan Larut Lesapan

iii. iv.

Bukan Sahaja Tanggung Jawab Beragama Bahkan Mereka Meninggalkan Tanggung Jawab Sosial. Wujudnya Generasi Makan Sampah

69:37 Tiada Yang Memakan Melainkan Mereka Yang Bersalah i. Igauan Dalam Kehidupan ii. Kitaran Syaitan Yang Wujud Secara Merata iii. Apabila Peraturan Tuhan Dicabar

Penyebab Mula Peristiwa Al-Haqqah


69:38 Sesuatu Yang Sentiasa Dapat Dilihat 69:39 Sesuatu Yang Selalu Tidak Dapat Dilihat i. Melihat dan Tidak Melihat ii. Sumpah Tuhan Darihal Kejadian Al-Haqqah 69:40 Benar-benar Perkataan Yang Mulia
Berbagai-bagai Pendapat Tentang Perkataan

69:41 Bukan Perkara Syair Tetapi Sedikit Yang Mahu Beriman i. Bukan Seperti Perkataan Nostradamus ii. Hanya Sedikit Daripada Manusia Yang Percaya 69:42 Bukan Perkataan Tukang Tenung Tetapi Sedikit Yang Mahu Mengambil Pelajaran i. Bukan Perkataan Ahlil Nujum ii. Apakah Sebenarnya Itu? iii. Sedikit Sekali Yang Beriman dan Sedikit Sekali Yang
Berperingatan

69:43 Diturunkan Daripada Tuhan Seru Sekalian Alam


Perkhabaran Yang Bukan Diada-adakan

69:44 Kiranya Ia Berkata Atas Kami Sebahagian PerkataanPerkataan Itu i. Nabi Bukan Penokok Tambah Perkataan Tuhan ii. Pertikaian Tentang Al-Quran dan As-Sunnah iii. Kedudukan Rasul Dalam Kalangan Umat

69:45 Kami Akan Memegang Tangan Kanannya


i. ii. iii. Kata-kata RasululLah S.A.W. bukan Al-Quran Dua Yang Tidak Terpisah Membentuk Satu Yang Tidak Bercantum Hubungan Perkataan Perkhabaran Al-Haqqah Dengan xli Wahyu Tuhan

69:46 Memotong Urat Tangan i. Membunuh Atau Menghilangkan Keupayaan Menulis ii. Perkataan Manusia dan Perkataan Tuhan iii. Ukuran Perkataan Manusia iv. Ukuran Perkataan Tuhan v. Pertimbangan Saintifik Terhadap Perkataan Tuhan 69:47 Tiada Seorangpun Yang Dapat Menahan i. Tiada Usaha Yang Pernah Berjaya Untuk ii. iii.
Perkataan Tuhan Al-Quran Sebuah Kitab Yang Dijauhi lvii Mukjizat Al-Quran Mengkaji Ayat-ayat Tuhan, Seterusnya Mengambil Langkah Berjaga-jaga Mengubah

69:48 Peringatan Kepada Yang Berhati-hati

69:49 Sebahagian Manusia Mendustainya i. Pendustaan Kerana Kejahilan dan Kesombongan ii. Kesan Pengamalan Riba Secara Tak Terkawal 69:50 Al-Quran Menjadi Kekesalan Kepada Golongan Yang Ingkar i. Mereka Meninggalkan Petunjuk Tuhan Sejauh-jauhnya. ii. Akibat Yang Terjadi atau Bakal Terjadi iii. Bencana Yang Memparahkan Suasana Al-Qari'ah 69:51 Kejadian Yang Pasti
i. ii. Kejadian Yang Berlaku Secara Beransur-ansur Ukuran Kebenaran Al-Quran Ukuran Pada Sudut Sastera Ukuran Pada Sudut Sejarah Ukuran Pada Sudut Ilmu

iii. iv. v.

69:52 Bertasbihlah Dengan Mensucikan Nama Tuhan

Tentang Perkara Yang Pasti


69:00 Tentang Al-Haqqah iaitu Gabungan Peristiwa Surah ini mengkhabarkan perkara-perkara yang berlaku menjelang hari Al-Haqqah. Namun yang disampaikan pada bahagian permulaan daripada surah ini adalah awal-awal peristiwa hari Keputusan (Al-Fasl lxii), selepas itu diikuti dengan peristiwa Al-Waqi'ahlv. Oleh itu dapat difahami bahawa Al-Haqqah, adalah gabungan antara peristiwa hari Keputusan dan peristiwa Al-Waqi'ahlv. Penerangan ayatayat selanjutnya adalah sedemikian rupa sehingga pelajaran yang sama diperolehi daripada kebanyakan surah-surah awal dalam juzxxxiv terakhir iaitu Juz Amma. Penulis mencadangkan pembaca, terlebih dahulu membaca ayat-ayat Al-Quran daripada surah Al-Qari'ahiii. 69:01 Al-Haqqah Yang Dikatakan Haqqah

Perkara Yang Pasti


saat Yang tetap berlaku itu i. Merupakan Perkara Benar dan Mustahak Disebarkan

Al-Haqqah. perkataan asal sedemikian bermakna benar, hak, yakin, betul, mustahak. Merujuk kepada surah ini adalah sesuatu yang benar, yang diyakini akan berlaku masanya, merupakan perkara betul untuk dibincangkan dan perkara mustahak yang harus disebarkan sehingga semua manusia mengetahuinya. menyentuh perkara khusus, suatu kejadian yang pasti benar akan berlaku, yang perlu dibahaskan, perbahasan diiktirafxliv sebagai betul serta sangat layak untuk dinyatakan dan merupakan sesuatu yang sangat penting untuk dinyatakan.

iii.

Rentetan Akibat Kecuaian Manusia

Penerangan kejadian ini adalah rentetan daripada kesan pengabaian manusia akibat kecuaian mereka dalam membentuk sistemxxxii pemerintahan yang diberkati, yang menjurus kepada perlakuan yang merosakkan kehidupan manusia serta nasib alam persekitaran, tempat kediaman mereka. Mereka sebenarnya sudah terlambat untuk memulihnya.

69:02 Apakah Al-Haqqah? Apakah Yang Pasti?


apakah Dia sifat dan keadaan saat Yang tetap berlaku itu? i. Persoalan Yang Memberikan Tunjuk Ajar

Suatu persoalan. Gaya penyampaian seperti ini, seolah-olah mahu memberi tunjuk ajar. Pendengar atau pembaca tentunya akan lebih tertanya-tanya tentang mesej i yang ingin disampaikan. Ada sesuatu yang besar, yang akan dinyatakan. Telah dua kali persoalan diajukan dan jawapan belum diberikan.
ii. Pembaca Akan Lebih Tertanya-tanya

Sekiranya pengajaran dihentikan sehingga ke takat ini, pendengar tentunya akan lebih tertanya-tanya, apakah meseji yang ingin disampaikan? Pemberitahuan perlu diteruskan atau pendengar akan mengambil sikap bosan terhadap pemberi penerangan. Apatah lagi, sekiranya pendengar dikehendaki mengusahakan sendiri untuk mengetahui tentang perkara yang harus diperdengarkan. 69:03 Adakah Pembaca Tahu Apakah Al-Haqqah itu?

Dan adakah telah tahu engkau, apakah itu AlHaqqah?


dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat Yang tetap berlaku itu? (Saat itu ialah hari kiamat). i. Persoalan Demi Persoalan Demi Persoalan

Sekali lagi, suatu cabaran persoalan ditimbulkan. Demikian itulah kaedah Tuhan mengajari hambaNya. Suatu tajuk kejadian diperkenalkan. Kemudian, suatu persoalan ditimbulkan dan seterusnya, diikuti persoalan yang sama dan seterusnya adalah gambaran bencana! Kaedah ini banyak diperkenalkan dalam memulai suatu kempen dalam usaha menarik perhatian orang ramai. Tajuk yang dinyatakan pada ayat awal daripada surah ini, seolaholahnya adalah tajuk kempen.
ii. Seperti Kempen Aedes Suatu Masa Dahulu

Penulis masih ingat semasa melalui zaman kanak-kanak, bagaimana kempen kerajaan dahulu, tentang nyamuk aedesxxxiii, dipersembahkan melalui televisyen, dengan terlebih dahulu memaparkan tulisan yang menyatakan tajuk AEDES pada permulaan persembahannya. Kemudian diikuti dengan gambaran penunjuk tangan kanan yang digenggam jari-jari yang lain, kemudian dengan kata-kata tahukah kamu .... Seterusnya ditunjukkan gambaran pesakit-pesakit dengan kulit mereka berbintik seolah-olah melepuhii akibat terkena jangkitan penyakit tertentu. Seperti itulah gambaran selanjutnya yang tentunya menyatakan tentang bencana!

69:04 Kaum Tsamud Dan A'ad Mendustai AlQari'ah

Telah mendustai Tsamud dan A'ad terhadap AlQariahiii (hari Penderaan).


kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) Yang menggempar dan mengharukan itu. i. Kaum Tsamud dan A'ad Ditimpa Bencana Al-Qariah

Penerangan tentang kejadian Al-Qari'ahiii akan diperjelas melalui surah Al-Qari'ahiii (101:01 11). Disebut AlQari'ahiii adalah merupakan suatu kejadian yang didustai oleh kaum Tsamud dan kaum A'ad. Pelajaran yang diperolehi adalah, sebahagian peristiwa hari Penderaan itu telah dirasai sendiri oleh kaum Tsamud dan kaum A'ad. Demikian itu adalah merupakan pengajaran yang Tuhan sampaikan kepada manusia seluruhnya, tentang peristiwa Al-Qari'ahiii.
ii. Beberapa Contoh Kaum-kaum Yang Lain

Peristiwa hari Penderaan (Al-Qari'ah) berlaku apabila sampai masa bencana yang berterusan dalam tempoh yang panjang sehingga mengakibatkan kemusnahan terhadap tempat-tempat kediaman manusia serta diri manusia sendiri. Bentuk bencana itu boleh jadi pelbagai, sama ada bencana akibat daripada rentetan perubahan cuaca, atau peristiwa yang dapat berlaku secara mengejut seperti gempa bumi atau seumpamanya ataupun akibat daripada kejatuhan objek besar dari angkasa atau apajua dari arah atas, yang menimpa manusia yang mendiami bumi ini. Gambaran seperti ini merupakan rentetan peristiwa sebagaimana yang pernah disebutkan sebelum ini daripada pengajaran surah Al-Mulk dan surah Nun. Masih adakah lagi pilihan untuk manusia, sekiranya mereka memilih untuk mengingkari perkhabaran sebelum ini? Adakah mereka benar-benar telah bersedia?

69:05 Kaum Tsamud Dibinasakan Oleh Sesuatu Yang Melampaui Maka adapun Tsamud, maka telah dibinasakan mereka dengan (sesuatu) yang melampaui (had) itu.
maka (masing-masing menerima azab dunianya) adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan Dengan (petir) Yang melampau dahsyatnya. i. Pekerjaan Kaum Tsamud Yang Membinasakan

Situasi bencana penderaan yang mengenai kaum Tsamud merupakan siri hukuman luar biasa. Kisah kaum Tsamud telah diulang berkali-kali dalam Al-Quran seperti dalam ayat 11:61 68 dan 7:73 79. Kaum Tsamud terkenal dengan aktivitixxxv menebuk gunung untuk tujuan membina kediaman. Mereka melakukan dua kerja serentak iaitu menebuk gunung untuk dijadikan tempat kediaman dan juga mengangkut batu-batu gunung itu untuk dijadikan kediaman di lembah-lembah (89:09).
ii. Mereka Ditimpa Oleh Batu-batu Gunung

Disebabkan keingkaran mereka kepada Tuhan dan kerjakerja kerosakan yang mereka lakukan, akhirnya berlaku gempa yang kuat dan ditimpakan batu-batu gunung itu secara berterusan kepada mereka sehingga pagi-paginya (89:04), mereka telah bergelimpangan dalam kediaman mereka sendiri. Timbul suatu persoalan, mengapakah hanya seperti kaum Tsamud, kaum A'ad, umat Nabi Nuh, kaum Luth dan Fir'aun, telah Tuhan nyatakan daripada banyak kaum yang dibinasakan? Sedangkan terdapat bukti-bukti sejarah yang menimpa kaum-kaum lain, tidak dinyatakan dalam kitab suci. Yang demikian itu, corak bencana yang

menimpa mereka adalah seumpama nasib yang menimpa kaum-kaum yang disebutkan itu. Sebagai contoh, bencana yang menimpa penduduk Pompeixxxvii akibat daripada letupan gunung berapi Vesuvius di Italy suatu masa dahulu. Kerja-kerja arkeologiiv telah menemui mayat-mayat yang bergelimpangan, mengeras dan terdapat anjing yang mati terikat. Mereka telah ditimpa bencana sepertimana umat nabi Luth, tetapi yang menimpa mereka adalah berupa jatuhan debu daripada letusan gunung berapi piroplastikv.
iii. Beberapa Contoh Kaum-kaum Yang Lain

Bencana yang berlaku kini pula seperti tsunami xxxvi Asia Selatan yang melanda utara Sumatera, Sri Lanka, India, Bangladesh, Thailand dan Malaysia adalah seumpama kejadian banjir yang menimpa umat Nabi Nuh, yang disebutkan dalam kitab suci. Kejadian taufan yang membinasakan, yang sering kali mengenai negara-negara seperti Amerika Tengah, Amerika Syarikat, Filipina, Taiwan, China dan Jepun, adalah natijahxxxix daripada kerjakerja kerosakan yang mereka lakukan terutama dalam projek-projek pertanian mereka yang menyerupai projekprojek pertanian di bawah kekuasaan Fir'aun. Mereka ditimpa malapetaka pusaran angin yang mengakibatkan ketulan ais jatuh menimpa ladang-ladang pertanian dan juga kediaman mereka. Sebahagian mereka terkorban sepertimana kaum A'ad terkorban. Tuhan sebenarnya tidak lupa kejadian berkenaan, hanya pengajaran yang serupa seumpama kejadian itu telah dinyatakan dalam kitab suci melalui contoh-contoh yang diberi.

69:06 Kaum A'ad Ditimpa Angin Sejuk Bersambung-sambungan

Dan adapun kaum A'ad (11:50 11:60), maka telah dibinasakan mereka dengan angin yang sangat sejuk lagi bersambung-sambung melampaui.
adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan Dengan angin ribut Yang kencang, Yang melampau kencangnya, Kota Iram Untuk Menandingi Keindahan Syurga

Sepertimana yang menimpa kepada Firaun dan juga kaum Luth, kesejukan bersangatan hanya dapat berlaku kesan daripada letusan udara atau pusaran angin yang merendahkan lapisan bertekanan rendah lagi sejuk. Kaum A'ad pula yang terkenal dengan projek pembangunan (89:07 89:08) kota Iramxxx yang cuba dibina supaya dapat menandingi keindahan syurga yang dikhabarkan oleh nabi Hud A.S. Mereka berusaha mendapatkan suatu kediaman yang nyaman sebagaimana syurga yang tentunya memerlukan kos pembinaan yang tinggi dan juga penggunaan bahan-bahan yang dapat merosakkan alam sekitarnya.

69:07 Yang Membinasakan Dalam Tempoh Tujuh Malam Lapan Hari Berterusan Memperbinasa ia akannya atas mereka tujuh malam dan delapan hari, yang amat malang (berterusterusan).
Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; i. Bencana Yang Bermula Pada Waktu Pagi

Daripada bilangan hari dan malam, suatu kesimpulan dapat dibuat, bahawa bencana yang menimpa mereka telah

bermula waktu pagi hari pertama dan bersambungan sehingga waktu petang hari kelapan. Bencana yang Tuhan mulakan waktu pagi, juga didapati pada kejadian-kejadian lain yang menimpa kaum Tsamud (15:83), kaum Fir'aun dan kaum Luth (15:73). Kita harus mengambil tahu tentang bencana yang berlaku pada atau awal waktu pagi yang juga dapat terjadi pada waktu ini. Terdapat pengajaran besar tentang bencana yang berlaku pada waktu pagi yang berkait rapat dengan agenda besar daripada Al-Quran.
ii. Agenda Tuhan Pada Bencana Waktu Pagi

Terdapat agenda Tuhan tentang bencana yang berlaku pada waktu pagi yang akan dibincangkan kemudian nanti apabila menyentuh ayat berkenaan. Kejadian ini merupakan rahsia Tuhan yang dapat diperjelas melalui teknikxvi pengiraan (74:32/33/34/35/36). Dua daripada contoh kaum ini telah menerima bencana yang merupakan sebahagian daripada peristiwa Al-Qari'ahiii. Berdasarkan nasakhvi ayat daripada surah ini (darihal peristiwa Al-Qari'ah), diikuti dengan peristiwa dalam surah Al-Qari'ah itu sendiri, penjelasan ayat yang ada hubungannya dengan kejadian bukit atau gunung menjadi seperti bulu mengembang menunjukkan suatu rentetan peristiwa bakal terjadi. Penerangan ini akan dibahaskan lebih lanjut dalam surah selepas ini. Pada peristiwa AlQari'ahiii ada disebut kejadian berkenaan adalah akibat daripada kerosakan lapisan langit. Penyebab kerosakan adalah disebabkan oleh usaha manusia sendiri ke atas alam kediaman mereka.

Seolah-olah Mereka Pangkal Pokok Kurma Lohong

Lalu engkau lihat, akan kaum itu padanya bergelimpangan seolah-olah mereka pangkal pokok kurma lohong.
maka Engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma Yang (tumbang dan) lompang.

(Sebutan pula adalah merujuk kepada salah satu neraka yang merupakan lohong tanpa dasar - 101:9). Demikian itu, salah satu peristiwa yang merupakan sebahagian dari hari penderaan Al-Qari'ahiii.
iii. Bencana Kepanasan Dan Kesejukan Melampau

Kepanasan yang melampaui sehingga mengakibatkan nyalaan yang membakar serta kesejukan yang bersangatan sehingga mengakibatkan manusia tumbang menjadi seperti tunggul korma kering. Dua perubahan suhu ketara dapat terjadi pada peristiwa Al-Haqqah, yang telah dinyatakan sebagai contoh sebahagian kejadian Al-Qari'ah, yang pernah menimpa umat-umat terdahulu daripada kaum A'ad dan kaum Tsamud. Perkataan yang bermakna lalu engkau lihat, 'melihat' dalam ayat ini bukanlah melihat dengan mata, lantaran RasululLah S.A.W. sendiri tidak pernah menyaksikan kemusnahan kaum Tsamud yang dahsyat itu, tidak juga manusia masakini yang dapat membaca Al-Quran. Melihat di sini adalah dengan hati nurani, sesuatu yang boleh dibayangkan bagaimana mayatmayat beku itu mengalami kekecutan tubuh, kesan kesejukan bersangatan. Sekiranya pembaca mahu sendiri melihat keadaan seumpama itu, tayangan filem Lusa xxxviii mungkin memberi gambaran sedemikian.

69:08 Langsung Tiada Lagi Yang Berbaki

Lalu adakah sesiapa? Engkau lihat bagi mereka daripada yang berbaki.
Dengan Yang demikian, Dapatkah Engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)? i. Gambaran Peristiwa Al-Qari'ahiii Menjurus Peristiwa Al-Haqqah

Persoalan yang suka manusia bangkitkan ialah, bilakah peristiwa itu dan bagaimanakah peristiwa itu? Siapakah yang terlibat? Apakah kategori yang dapat digunakan untuk membezakan antara hari-hari mendatang? Semua persoalan ini akan dijawab apabila sampai ayatnya kelak bermula dari surah Al-Ma'arijlxxi selepas ini. Tentang bagaimana itu? Penjelasan dari bahagian awal daripada surah ini telahpun memberi sedikit gambaran. Senarai peristiwa Al-Qari'ah dapat diketahui apabila pembaca membaca bahagian tertentu daripada surah Al-Qari'ah itu sendiri. Oleh kerana Peristiwa Al-Haqqah merupakan tajuk daripada surah ini, rentetan peristiwa yang melibatkan peristiwa Al-Qari'ah iii diikuti dengan peristiwa Keputusan dan kesinambungan peristiwa Al-Waqi'ahlv akan dinyatakan sebagai suatu peristiwa percantuman membentuk peristiwa Al-Haqqah. Gabungan semua peristiwa daripada pelbagai bentuk bencana seperti peristiwa kaum Tsamud, kaum A'ad, Fir'aun dan umat Nabi Nuh, memberi gambaran gabungan peristiwa yang bakal terjadi.
ii. Dalam Al-Haqqah Wujud Peristiwa Al-Qari'ah

Contoh-contoh pendustaan yang dilakukan oleh kaum A'ad dan Tsamud menjurus kepada pendustaan peristiwa AlQari'ah. Dua contoh sebahagian peristiwa yang menimpa kepada dua kaum yang disebutkan adalah peristiwa objek berjatuhan dan juga peristiwa angin yang bertiup secara terus menerus. Pada surah Al-Qari'ah ada dinyatakan

peristiwa lain iaitu tentang kejadian kerosakan lapisan langit yang mengakibatkan manusia berhadapan dengan masalah nyalaan api yang membakar. Ini juga merupakan bahagian Al-Haqqah. Ayat tentang Al-Haqqah dilanjutkan dengan ayat-ayat selanjutnya iaitu manusia dikaramkan oleh limpahan air seperti Fir'aun dan umat Nabi Nuh.

69:09 Dalam Al-Haqqah Terdapat Peristiwa Seperti Yang Menimpa Kerajaan Fira'un Dan Negeri-negeri Yang Sebelumnya Dan telah datang Fir'aun dan orang-orang sebelumnya dan negeri-negeri yang runtuh dengan kesalahan.
dan (selain dari mereka) datanglah Firaun, dan orangorang Yang terdahulu daripadanya, serta penduduk negeri-negeri Yang telah ditunggang balikkan - Dengan melakukan perkara-perkara Yang salah. i. Pemerintahan Kerajaan Fir'aun Mesir

Siapakah yang tidak mengenali keagungan Fir'aun suatu masa dahulu? Ia memerintah negara Mesir, menguasai bangsa Qibtivii dan Bani Israel. Memiliki teknologi terkini pada masa itu dan dikelilingi oleh ahli-ahli sihir. Sehingga kini, kesan peninggalannya di Mesir dapat dilihat dan sentiasa dipelajari oleh masyarakat moden. Fir'aun memiliki tenaga-tenaga pakar dalam meramal cuaca sebelum melakukan projek penanaman gandum. Dengan menggunakan sungai Nil sebagai sumber pengairan dan penguasaan kekunci air terhadap aktiviti xxxv pertanian rakyatnya, Fir'aun mengangkat dirinya sebagai tuhan yang kononnya memberi kehidupan kepada warga Mesir. Ia memerintah menggunakan dasar pecah belah dan perintah

antara bangsa Qibtivii dan bani Israel. Akhirnya ia mati semasa mengejar Nabi Musa A.S. dan kaumnya di dasar air laut yang dibelah. Kisah terperinci kemusnahan Fir'aun banyak didapati dalam ayat-ayat Al-Quran. Karamnya Fir'aun dalam laut yang dibelah adalah melalui fenomena xxv cuaca menurut kehendak Tuhan. Kita dapat mempelajari fenomenaxxv berkenaan dengan mempelajari aktivitiaktivitixxxv penduduk Mesir sebagaimana diperjelas dalam surah Al-Muzammil.
ii. Kisah Umat Nabi Nuh Yang Dikaramkan

Sebelum itu, terdapat kisah kemusnahan umat Nabi Nuh yang dikaramkan akibat daripada limpahan air laut akibat gempa bawah laut daripada aktivitixxxv gunung berapi yang membentuk tsunamixxxvi (11:40). Kejadian seperti yang berlaku kepada umat Nabi Nuh sebenarnya banyak berlaku sepanjang zaman dalam kehidupan manusia. Begitulah Tuhan mendatangkan azab kepada manusia dan mereka dibalas menurut amal masing-masing. Namun tentang bencana yang menimpa Fir'aun dan umat Nabi Nuh tidak dinyatakan sebagai peristiwa Al-Qari'ah, lantaran tidak melibatkan tiupan angin yang berlaku berterusan dan tidak juga kejatuhan objek dari arah atas. Namun hujan api dikatakan berlaku pada masa Fir'aun.

69:10 Menderhakai Tuhan Menerima Pengambilan Berganda-ganda Lalu telah menderhakai mereka akan rasul Tuhan mereka, lalu telah mengambil Ia akan mereka suatu pengambilan yang berganda-ganda.
Iaitu masing-masing menderhaka kepada Rasul (yang diutuskan oleh) Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka Dengan azab Yang sentiasa bertambah.

i.

Agenda Besar Tuhan Memusnahkan Umat-umat Dahulu Yang Derhaka

Sebagaimana agenda Tuhan terhadap Fir'aun yang melakukan kerosakan demi kerosakan, perkara demikian dapat dipelajari melalui penerangan daripada surah AlMuzammil. Begitu juga dalam kalangan umat Nabi Nuh yang keras hati, lalu telah menimpa mereka suatu azab yang tidak diduga. Semuanya menunjukkan Tuhan memiliki agenda lebih besar daripada agenda manusia yang ditimpa bencana berkenaan. Sesungguhnya Tuhan mengatasi atas segala urusanNya akan tetapi kebanyakan manusia tidak menyedari. Oleh itu, menyerahkan segala perkara dan kejadian atas ketentuan Tuhan, sebenarnya dapat melatih diri seseorang untuk sentiasa bersyukur lvi kepada Tuhan. Yang dengan demikian mudah-mudahan, memudahkan seseorang, menghindari diri daripada berada dalam keadaan menderhakai Tuhan secara berterusan.
ii. Senarai Peristiwa Al-Haqqah

Peristiwa Al-Haqqah sebenarnya merupakan gambaran azab yang lebih besar daripada bencana yang telah dinyatakan sebelum ini. Peristiwa Al-Haqqah adalah gabungan daripada peristiwa Al-Qari'ahiii dan ditambah lagi dengan kejadian limpahan air yang mengakibatkan kematian hidupan di mukabumi ini pada skala besar. Oleh itu peristiwa Al-Haqqah adalah kejadian Al-Qari'ah ditambah lagi dengan peristiwa tambahannya iaitu
1. Peristiwa manusia bertebaran seolah-olah mereka rerama / kalkatu bertebaran (101:4) 2. Mereka bertebaran untuk sampai ke tempattempat yang dikatakan selamat (70:43) 3. Punca manusia bertebaran adalah akibat daripada kerosakan lapisan langit (70:08/69:16) 4. Adalah peristiwa yang didustai oleh kaum A'ad dan Tsamud dan telah menimpa

5. 6. 7. 8. 9. iii.

mereka sebahagian daripada bencana seperti bencana Al-Qari'ah (69:04). Peristiwa kedatangan angin kencang lagi sejuk yang menumbangkan (69:06/07) Peristiwa berlaku keruntuhan atau jatuhan seperti yang berlaku terhadap kaum Tsamud (69:05) Peristiwa kepanasan atau nyalaan yang membakar (70:15) Peristiwa bumi dan gunung-gunung menyingkirkan bebanan (69:14). Peristiwa melimpahnya air yang mengaramkan sebahagian hidupan (69:09).

Hujah Penyenaraian Peristiwa Al-Haqqah

Daripada senarai peristiwa di atas, peristiwa 1 hingga 7 merupakan peristiwa Al-Qari'ahiii dan daripada 1 hingga 9 adalah keseluruhannya merupakan peristiwa Al-Haqqah. Untuk membezakan hari-hari yang demikian sebenarnya memerlukan suatu pembacaan yang teliti dan kajian ayat demi ayat daripada surah-surah yang berlainan tidak dapat dielakkan. Pembacaan Al-Quran sebenarnya menjurus kefahaman kepada peristiwa-peristiwa sebegini supaya pengajarannya dapat dipelajari secara mudah oleh mereka yang inginkan petunjuk Tuhan. Tidak banyak penjelasan tentang hari AsSaah, lantaran kejadian berkenaan tidak banyak membawa pengajaran kepada manusia, melainkan untuk menyedarkan manusia akan wujudnya hari yang dinamai sebagai hari kehancuran bumi dan manusia yang berada padanya. Namun apakah penyebab peristiwa Al-Haqqah yang mengakibatkan semua kejadian di atas berlaku?

69:11 Ulang Tayang Kisah Nuh A.S. dan Umat Baginda Seperti Peristiwa 2012

Sesungguhnya Kami, tatkala telah melampaui ia oleh air itu, telah memuatkan Kami akan kamu (golongan yang beriman) dalam pelayaran.
Sesungguhnya kami, - ketika air (banjir) melampaui hadnya (serta menenggelamkan gunung-ganang), telah mengangkut (serta menyelamatkan nenek moyang) kamu ke Dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju pelayarannya). i. Pengajaran Dakwah Nabi Nuh A.S. - Dakwah Bukan Kerja Mudah

Demikian itu kisah pelayaran nabi Nuh A.S. suatu masa dahulu, membawa pengikut yang beriman serta muatan lainnya. Kisah dakwah nabi Nuh A.S. dapat diketahui dengan lebih jelas melalui pembacaan daripada surah Nuh. Betapa gigih baginda melaksanakan perintah Tuhan sekalipun menempuh tempoh yang sangat lama bersama mereka sekitar 950 tahun. Daripada pengajaran yang dapat diperolehi, dakwah kepada golongan berkepentingan serta golongan yang merasa mereka berkelebihan darihal kehidupan adalah sukar, disebabkan oleh sifat kesombongan yang mereka miliki. Oleh itu urusan dakwah hendaklah dimulai dari golongan dhaifviii daripada ahli keluarga, diikuti dengan golongan yang lemah daripada ahli masyarakat sebelum dilanjutkan kepada manusia seluruhnya. Suatu bentuk pengajaran yang lain adalah bahawa Tuhan berkuasa mendatangkan bencana secara umum dan pada masa yang sama memilih untuk menyelamatkan golongan yang beriman secara khusus.
ii. 'Peristiwa Yang Akan Berulangan'

Bermula kefahaman sedemikian, penulis perolehi daripada perkataan daripada ayat ini. Secara khususnya, sekiranya peristiwa ini hanya merujuk kepada golongan

yang beriman pada zaman Nabi Nuh A.S. maka ayat yang sesuai yang seharusnya didapati pada ayat ini adalah .Perkataan yang bermakna 'telah memuat Kami akan kamu' mengandungi makna yang luas. Dalam sebahagian terjemahan, perkataan 'kamu' merujuk kepada generasi terdahulu iaitu 'nenek moyang kamu' dan dalam terjemahan yang lain pula diertikan sebagai 'golongan yang beriman secara umumnya khususnya yang mengakui Nabi Nuh A.S. pada suatu masa dahulu. Sekalipun merujuk kepada kata kerja telah berlalu, perkataan ini terpakai juga kepada peristiwa akan datang dengan terjemahan sedikit berubah. Perkataan akan bermakna 'telah pasti memuat Kami' sekiranya merujuk kepada peristiwa akan datang. Sama ada golongan beriman adalah merupakan yang diselamatkan Tuhan pada peristiwa Al-Haqqah, seperti gambaran tayangan peristiwa 2012, memerlukan pengamatan teliti terhadap kejadian berkenaan yang memerlukan rujukan lanjut daripada ayat-ayat lain serta penerangan Al-Hadith. Bacaan ini hanya menjurus kepada perkara yang berlaku secara umum pada peristiwa Al-Haqqah dan terpulang kepada pembaca untuk menilai.

69:12 Pengajaran Buat Manusia Yang Ada Telinga Supaya Kami jadikan akannya untuk kamu suatu pengajaran dan ia mendengar akannya oleh telinga yang sanggup menerima.
(Kami lakukan Yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu, dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) Yang mahu menerima pengajaran.

i. Kesan Mempelajari Peristiwa Akan Datang

Kita sebenarnya tidak perlu menunggang 'kapsul masa' untuk mengetahui peristiwa akan datang sepertimana yang banyak digembar-gemburkan dalam kisah-kisah tayangan filem oleh artis-artis Barat. Kita hanya perlu memikirkan untuk mendapat maklumat sedemikian daripada kitab suci yang diwahyuxlikan Tuhan melalui perantaraan rasul-rasul terdahulu. Mengkaji secara teliti atau sanggup mendengar pengajaran sedemikian memerlukan kesegaran minda dalam melakukannya. Mengkhabarkan sesuatu peristiwa yang akan datang, sesuatu yang belum dapat dikatakan pengalaman yang boleh direkodkan oleh seseorang, seringkali dianggap sebagai sesuatu yang akan mengakibatkan paranoia dalam kehidupan seseorang. Kesediaan manusia terhadapnya seringkali berbeza antara kesudian menerimanya ataupun penentangan yang ketara. Tugas kerasulan yang mengkhabarkan tentang kehidupan hari akhirat, telah mengakibatkan paranoia yang sangat hebat terhadap masyarakat Arab Jahiliyah suatu masa dahulu dan pada awalnya, tidak ramai yang sanggup menerima.
ii. Pengajaran Besar Daripada Peristiwa Fir'aun dan Umat Nabi Nuh

Peristiwa umat nabi Nuh merupakan peristiwa yang telah lama berlalu dan begitu juga dengan peristiwa Fir'aun. AlQuran banyak mengulangi kejadian-kejadian yang serupa pada tempat-tempat yang berlainan, gunanya untuk memudahkan bacaan itu diingati dan juga pelajaran diambil. Oleh itu, skop contoh dapat diperkecilkan dan perbezaan-perbezaan pengajaran daripada peristiwa yang sama dapat dikaji. Terdapat pengajaran yang berlainan, sekalipun daripada contoh kejadian yang serupa.

Dalam surah Nuh, tentang dakwah nabi Nuh A.S. kepada umat baginda, antara pengajaran yang besar adalah, bahawa kerja dakwah adalah kerja sukar yang memerlukan kesabaran yang bersangatan. Untuk memudahkan dakwah bergerak lancar, seseorang hendaklah memulai daripada golongan yang dhaifviii dan dalam kalangan ahli keluarga atau individuxlii terdekat. Tentangan adalah dijangkakan, tidak semestinya daripada masyarakat bahkan dalam kalangan ahli keluarga sendiri. Petunjuk Tuhan sebenarnya tidak memilih status kekeluargaan namun ramuan kejayaan dakwah selalunya bermula daripada golongan yang miskin. Kisah umat nabi Nuh A.S. dalam surah ini pula memberi pengajaran bahawa peristiwa Al-Haqqah yang akan berlaku nanti, adalah peristiwa yang menyerupai kejadian yang menimpa umat nabi Nuh. Mereka ditenggelamkan sebagaimana Fir'aun ditenggelamkan. Peristiwa Al-Haqqah sebenarnya mengandungi kejadian yang lebih daripada itu, iaitu peristiwa penenggelaman yang disertai dengan peristiwa Al-Qari'ahiii. Tuhan tidak mengemukakan terlalu banyak contoh daripada umat yang lain, cukup dengan beberapa contoh kejadian yang serupa yang mengenai satu umat tertentu. Dakwah nabi Musa A.S. kepada Fir'aun pula memberi pengajaran bahawa dakwah kepada ketua kerajaan dan pembesar-pembesar dapat dilakukan dengan bantuan mukjizat daripada Tuhan. Sekiranya pada zaman itu, mukjizatlvii yang didatangkan adalah berupa kejadian-kejadian bencana dan tongkat nabi Musa A.S. sendiri, mukjizatlvii terkini adalah kitab AlQuran itu sendiri. Rentetan peristiwa yang berlaku terhadap alam sekitar yang berlaku pada zaman Fir'aun adalah serupa dengan peristiwa yang berlaku pada masa ini. Semua dapat berlaku akibat daripada kerja-kerja penerokaan tanah yang tidak dilakukan secara berhati-hati. Akibat daripada perbuatan umat masa ini, yang menyerupai

aktivitixxxv umat zaman Fir'aun, akan mengakibatkan kejadian seumpama Al-Qari'ahiii dan Al-Haqqah yang perlu diperjelaskan secara terperinci akan kejadiannya. Tentunya mukjizatlvii yang dipertontonkan melalui nabi Musa A.S. kepada Fir'aun bukanlah beria-ia bertujuan untuk mengajak Fir'aun beriman kepada Tuhan, lantaran disebabkan oleh keangkuhan Fir'aun itu sendiri, tetapi menjurus kepada perubahan ketaatan pengikut Fir'aun daripada bertuhankan Fir'aun kepada bertuhankan Tuhan Yang Maha Esa. Bermula dari situ, kepercayaan kepada 'ketuhanan' Fir'aun akan lenyap sedikit demi sedikit sehingga ia tercabar untuk melakukan sesuatu yang mengakibatkan kemusnahan dirinya. Meseji seperti ini sepertimana dalam risalah ini, bertujuan meningkatkan kesedaran pembaca, daripada terkongkong dengan situasi kehidupan sekarang ini, yang pasti akan mengakibatkan kerosakan nantinya, kepada suatu kesedaran untuk bertindak melakukan suatu pemulihan sebenar.

Perkara Yang Pasti Akan Berlaku 69:13 Bermulanya Bencana Al-Haqqah Maka apabila telah ditiup pada sangkakalalix, sekali tiupan!
kemudian (ketahuilah bahawa) sangkakala Dengan sekali tiup, apabila ditiup

i. Bunyi Seperti Siren Yang Menggemparkan

Terdapat pelbagai bentuk ayat yang menjurus kepada tiupan sangkakalalix. Ayat yang serupa, dinyatakan pada surah Al-Mudaththir 74:08 dan 80:33. Bencana Al-Haqqah yang terdiri daripada kejadian-kejadian seperti yang dinyatakan pada ayat-ayat yang terdahulu, akan dimulai dengan tiupan yang menghasilkan bunyi.

ii.

Mekanisma Yang Menghasilkan Bunyi

Daripada ayat 69:16, kejadian ini dapat diketahui dengan jelas berlaku menerusi surah Al-Insyiqaq (84:1-5) iaitu bermula proses kehancuran adalah dimulai dengan lemahnya lapisan langit. Apakah yang dikatakan ?Terjemahan secara terus adalah sangkakalalix. Kata dasar adalah daripada iaitu telah bergema rincing (bunyi) ia dan kata nama adalah sesuatu yang menggemparkan atau mencetus suasana haru biru seperti bunyi siren sebelum peperangan. Kalimatix yang ditulis dengan alif lam makrifah merujuk sesuatu yang khusus, iaitu suatu peralatan atau perkara yang melakukan kerja khusus mengeluarkan bunyi yang menggemparkan.
iii. Apakah Penyebab Bunyi Itu?

Setiap kita adalah maklum bahawa sesuatu yang menghasilkan bunyi yang kuat adalah akibat daripada pembentukan gelora pada aliran udara akibat daripada kerja pemotongan udara oleh sesuatu yang laju. Sebagai contoh, kelajuan pesawat Sukkoix yang memotong udara pada kelajuan sangat tinggi, menghasilkan bunyi nyaring memekakkan telinga. Itu terhadap objek yang bergerak. Untuk objek yang tidak bergerak, perlu terdapat pergerakan tiupan angin pada kelajuan tinggi kepadanya. Cukup untuk dimaklumi, ribut dapat menghasilkan bunyi yang kuat dan pusaran angin taufan pada skala kecil dapat menghasilkan bunyi seperti keretapi yang bergerak. Bunyi memekakkan adalah datangnya daripada pengerakan pemotongan udara atau tiupan angin yang amat kuat.
iv. Menanti Permulaan Bencana Atau Bertindak Melakukan Sesuatu Sekarang!

Apakah yang boleh dilakukan apabila bencana telah mula berlaku? Apakah yang dapat dilakukan apabila semua hidupan di mukabumi ini akhirnya mati disebabkan oleh

bencana pada skala yang amat besar? Apakah gunanya persediaan sekiranya akhir sesuatu kejadian itu adalah kemusnahan segala sesuatu? Demikian itu adalah perbezaan antara mereka yang beriman dan mereka yang ingkar. Golongan ingkar menanti suatu kejadian akan berlaku sekalipun mereka mengharap, kejadian buruk tidak akan berlaku. Daripada kejadian berkenaan, mereka mengkaji sebab-sebab kejadian serta impak lviii yang terjadi akibat daripada kejadian itu. Mereka hanya cenderung untuk mengelak daripada ditimpa bencana atau meminimumkan bencana, sekiranya kejadian yang serupa, berulang lagi. Berbeza dengan golongan yang beriman, mereka tidak menafikan sesuatu kejadian itu akan berlaku. Segalanya adalah ketentuan Tuhan yang mengatur seluruh alam ini. Bezanya, mereka bersedia mendengar pengajaran daripada kitabkitab suci Tuhan. Mereka itulah sebenarnya yang memperolehi manfaat daripada ayat-ayat Tuhan. Antaranya, tentang bagaimana corak kehidupan yang harus mereka lalui. Mereka sanggup melakukan sesuatu agar mereka memperolehi pembelaan daripada Tuhan di akhirat kelak.

69:14 Peristiwa Gunung Berganjak Dengan Sekali Goncangan


Dua ayat yang berturutan ini, adalah dinyatakan secara bersambungan dengan menjadi kata sendi. Oleh itu berlaku semua kejadian daripada dua ayat ini adalah serentak sehingga mengakibatkan kejadian seterusnya iaitu goncangan bumi dan langit terpisah. Dan dibebani akan bukit itu dan gunung ganang itu lalu bergoncangan (dengan) sekali goncangan,
dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya Dengan sekali hancur,

menunjukkan terdapat suatu daya luaran yang membebani bumi dan seterusnya gerakan mukabumi menjadi penyebab kepada bebanan ke atas gunung. Semuanya berlaku serentak dengan sekali kejadian. Persoalan seterusnya, apakah penyebab kepada berlakunya kejadian yang membebani bumi dan bukit serta gunung dengan sekali kejadian, yang mengiringi tiupan sangkakalalix? Perkara yang akan diperjelaskan berdasarkan surah-surah selanjutnya ialah...

69:15 Itulah Hari Kejatuhan Besar


Maka, pada hari itu adalah suasana Al-Waqi'ahlv.
maka pada saat itu berlakulah hari kiamat, i. Apa Yang Jatuh?

Terdapat banyak terjemahan terhadap perkataan ini. Kata dasar bermakna suasana, jatuh, gugur, hinggap, turun. Terjemahan dapat juga ditulis sebagai maka pada hari itu (berlaku) suasana kejatuhan. Dalam surah Al-Waqi'ah lv disebutkan tempat/masa jatuh komet - nujm (56:75).
ii. Kejatuhan Yang Membawa Jeritan Sonik Yang Berpanjangan

Kejatuhan objek besar dari angkasalepas pada hari itu dapat mengakibatkan bunyi gema rincing yang amat kuat lantaran terdapatnya objek yang menghempas udarakasa pada kelajuan sangat tinggi. Pergeseran dengan udarakasa berlaku sehingga menghasilkan jeritan sonikxi yang dapat memecahkan batu-batu gunung.
iii. Pelbagai Pendapat Tentang Kejatuhan

Namun itu bukanlah maksud mengakibatkan tiupan (tiup 69:13) yang menghasilkan bunyi. Kejatuhan objek besar sebenarnya memberi kesan memisahkan langit sehingga

mengakibatkan lapisan langit menjadi lemah. Kaedah kefahaman ayat sedemikian dapat menjawab banyak persoalan yang timbul daripada susunan ayat sedemikian rupa. Satu ayat sebenarnya dapat difahami pada pelbagai sudut dan setiap makna pada sudut terjemahan berlainan semuanya dapat memberi pengajaran kepada pembaca. Penulis bukanlah penghukum yang dapat memberi komen suatu bentuk terjemahan sedia ada. Yang penting sekali pembacaan Al-Quran memberi pengajarannya yang tersendiri. Matlamat penulisan ini adalah untuk menggarap suatu kefahaman dan bukan pertikaian.

69:16 Lapisan Langit Pada Hari Itu Terpisah dan Terbuka, Mereput Dan Rapuh Dan terbelah ia oleh langit itu, lalu adalah ia pada hari itu mereput.
dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh), i. Huraian Kesan Langit Yang Terpisah Dan Terbuka

Kejatuhan objek besar berkenaan pada hari itu mengakibatkan langit terpisah mereput rapuh. Keadaan langit pada hari itu menjadi lemah. Kepanasan objek besar yang bergeser dengan atmosfera bumi mengakibatkan lapisan langit dibocori. Atmosfera yang panas mengakibatkan wap-wap air tidak dapat membentuk frosxii untuk dikembalikan ke bumi. Gas-gas atmosfera akan turut terlepas ke angkasalepas disebabkan tiada lagi perlindungan pada lapisan berkenaan. Perubahan tekanan akan berlaku dengan serta merta. Tekanan atmosfera setempat yang rendah akan segera menarik udara dari bahagian permukaan bumi yang lain untuk menyerbu ke kawasan berkenaan.

Perubahan cuaca bumi terjadi dengan tiba-tiba. Kelajuan tiupan angin yang bersangatan mengakibatkan di semua bahagian bumi mengalami kesan bunyi yang amat kuat. Sekiranya kelajuan angin yang melebihi 120 km sejam, sudah cukup untuk membentuk pusaran, apatah lagi kelajuan yang berlaku lebih daripada itu. Manusia pada hari itu bukan lagi bergelimpangan tetapi terangkat ke angkasa akibat tiupan angin yang sangat kuat, maka bertebaranlah mereka seperti rama-rama atau kalkatu yang ditiup angin (101:04). Pada bahagian yang jauh dari kawasan kejadian hentakan, pusaran angin yang kuat berlaku secara terus menerus. Tidak mudah untuk mendapati kawasan selamat. Pusaran angin menurunkan tekanan menjadi lebih rendah, mengakibatkan banyak hidupan mati sesak nafas (79:01). Kesejukan sesetengah tempat menjadikan peristiwa seperti yang menimpa kaum A'ad berlaku. Kejatuhan objek itu mengakibatkan gempa besar berlaku di seluruh dunia. Runtuhan daripada gempa mengulangi siri kejadian terhadap kaum Tsamud. Air yang melimpah mengakibatkan kematian pada skala besar. Kejadian ini merupakan kejadian yang menyerupai apa yang berlaku ke atas umat Nabi Nuh dan juga peristiwa penenggelaman Fir'aun. Namun rentetan yang berlaku selepas peristiwa ini adalah lebih besar. Lapisan langit yang musnah mengakibatkan pancaran lampau lembayung lx ke permukaan bumi tidak dapat dielakkan lagi. Bumi bukan lagi tempat yang selamat untuk didiami. Adapun kesan yang berlaku, menyerupai peristiwa yang diterangkan dalam surah Al-Maarij selepas ini. Namun dalam surah Al-Maarij tidak ditunjukkan peristiwa berlaku limpahan air yang menenggelamkan, seolah-olah terdapat peristiwa yang serupa iaitu sinar yang merosakkan pada fasa-fasa sebelum itu. Tidak juga didapati berlaku kejadian tiupan angin yang kuat, seolah-olah ia merujuk kepada

kejadian yang berlainan (iaitu kejadian sinaran yang membakar) sebelum berlaku peristiwa Al-Haqqah (70:08).
ii. Peristiwa Langit Terpisah, Mereput dan Rapuh

Penerangan seperti ini, seolah-olah ingin memberitahu bahawa langit terdiri daripada tampalan-tampalan yang melekat yang membentuk lapisan yang saling terikat antara satu sama lain. Penerangan dalam ayat sebelum ini cuba memberitahu bahawa wap-wap air, gagal membentuk fros xii dan terlepas ke angkasalepas. Juga diterangkan gas-gas yang lain akan turut sama terlepas ke angkasalepas. Namun terjemahan harfiah daripada ayat ini menjurus kepada pemberitahuan bahawa langit mengalami kereputan dan menyebabkan lapisan langit saling terpisah. Oleh itu dapatkah menjurus kepada makna reput serta luruh sebagaimana didapati dalam sebahagian terjemahan? Sesuatu yang reput serta luruh sudah tentu merupakan sesuatu yang berat. Tarikan graviti bumi mengakibatkan sesuatu itu dapat luruh ke bawah. Perkara ini sebenarnya tidak bertentangan dengan penerangan sebelum ini kerana pada peringkat permulaan kejadian sebelum lapisan langit dibocori, lapisan langit telah dihempap dengan suatu objek berkelajuan sangat tinggi sehingga menghasilkan letusan sonik. Rempuhan objek berkenaan, sebelum menghasilkan suluh api yang membakar udara, telah terlebih dahulu mengakibatkan peningkatan tekanan udara serta merta pada bahagian udara yang mengalami rempuhan. Kita bahkan pernah menyaksikan persembahan pesawat udara yang melakukan pecutan penerbangan sehingga mencapai kelajuan 1 Mach iaitu kelajuan bunyi. Pada kelajuan ini jelas kelihatan wap-wap air tiba-tiba sahaja terbentuk dan hilang dengan serta merta apabila pesawat tidak lagi mencapai kelajuan 1 Mach. Oleh itu, pada skala yang besar yang melibatkan kejatuhan komet atau asteroid

yang agak besar, tekanan udarakasa setempat akan serta merta meningkat sehingga mengakibatkan pembentukan wap-wap sama ada wap air, oksigen atau nitrogen. Pada tekanan yang terlalu tinggi, wap dapat mencair dan juga memejal dan akhirnya luruh ke bumi pada peringkat awal sebelum udara menyerbu ke angkasalepas.
iii. Mengkaji Fasa Kejadian Peristiwa Al-Haqqah, AlQari'ahiii, Al-Waqiah dan Yaumil Fasl

Tiada yang lebih mengelirukan pembaca barangkali, melainkan apabila terdapat usaha penulis yang memisahkan kejadian yang berlaku menjelang peristiwa As-Saah, melalui fasa-fasa tertentu sebagaimana yang akan diterangkan dalam surah ini dan surah-surah selanjutnya. Danlxiv antara perkara yang menjadi kekeliruan penulis adalah, tiadanya usaha-usaha terdahulu yang membezabezakan fasa As-Saah daripada kitab Al-Quran melainkan melalui penerangan As-Sunnah. Terdapat banyak riwayat daripada Al-Hadith yang memperincikan tentang peristiwaperistiwa sedemikian tetapi tidak didapati penerangan urutan kejadian secara teliti antara setiap peristiwa itu. Oleh itu usaha bersungguh-sungguh penulis akhirnya rentetan peristiwa telah cuba dikenalpasti. Penulis amat mengalu-alukan sekiranya pembaca dapat memberi atau menyediakan suatu penerangan tersendiri berdasarkan ijtihad pembaca sendiri, sedapat-dapatnya disertai dengan hujah sama ada hujah aqli xxvi berdasarkan rujukan ilmu masakini atau hujah naqlixxvii, merujuk kepada ayat-ayat tertentu atau rujukan Al-Hadith tertentu. Tujuan usaha ini adalah semata-mata untuk mendapatkan pengajaran yang barangkali akan membawa manfaat yang besar kepada semua pihak. Mungkin suatu persoalan timbul. Mengapakah hal-hal yang berkaitan kemusnahan bumi perlu diperbincangkan di sini? Jawapan yang serupa dengan persoalan itu ialah mengapakah perkara yang sama

diulang-ulangkan dalam Al-Quran? Pembaca tentunya akan memperolehi manfaat besar dalam kehidupannya sekiranya ia mengetahui penyebab kepada setiap kejadian dalam kehidupan ini dan bersama-sama mengambil langkah perlu untuk menggandakan amal kebaikan dan kerja-kerja perbaikan. Terlalu banyak perkara yang dilalui oleh manusia masakini yang menjurus kepada kerosakan alam dan juga diri mereka sendiri secara tidak disedari. Sebagai contoh, pada masa rekacipta ubat-ubatan semakin banyak serta peralatan perubatan semakin canggih lxi, mengapakah semakin ramai manusia yang menderita dengan pelbagai penyakit? Semua itu adalah disebabkan kecuaian manusia daripada mengambil manfaat ayat-ayat Tuhan.

69:17 Lapan Malaikat Menanggung Arasy Pada Hari Itu Dan malaikat-malaikat atas penjurunya, menanggung arasyxiii Tuhan engkau atas mereka pada hari itu (sejumlah) lapan (semuanya).
sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal Segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat Yang mengawal itu. Adakah Arasy ialah Mesosfera?

Ayat ini adalah menjurus kepada persoalan ghaib. Malaikat yang menanggung arasyxiii Tuhan pada hari itu berjumlah lapan semuanya. Dalam ayat yang lain disebutkan bahawa arasyxiii Tuhan berada di atas air. Wap-wap air di atmosfera bumi sebenarnya berada di bawah lapisan langit tertentu dan lapisan langit yang berada lebih tinggi daripada yang mengandungi wap-wap air adalah mesosfera pada sekitar

ketinggian 80 km dan ke atas. Pada waktu ini, wap air tidak dapat melepasi lapisan stratosfera xiv yang sentiasa berkeadaan sejuk pada suhu kurang daripada -100 darjah celcius. Pada kedudukan ini, wap air akan membentuk fros xii dan dikembalikan semula ke bumi. Namun pada hari berkenaan, kerosakan lapisan ini mengakibatkan wap-wap air dapat melepasi lapisan ini dan tersingkir ke angkasalepas. Lengkungan lapisan langit sebenarnya membentuk struktur 'arc' atau disebut sebagai arash (85:15). Persoalan mungkin timbul, apabila pernyataan sedemikian cuba diperkatakan sebagai mengecilkan skop saiz arasyxiii Tuhan hanya kepada bumi ini. Adakah arasyxiii Tuhan hanya terdapat di sisi bumi ini sahaja? Penulis tidak mahu mengupas lebih lanjut.

Kejadian Yang Memisahkan Amal


Ayat-ayat selanjutnya selepas ini adalah yang membincangkan tentang balasan hasil amalan manusia yang disediakan terlebih dahulu dalam kehidupan dunia. Oleh itu, kejadian Al-Haqqah adalah merupakan kejadian pembatas yang memutuskan masa antara amalan seseorang dicatat dan masa selepas itu iaitu tiada lagi catatan dan yang ada ialah penyediaan pembalasan. Oleh yang demikian, tiada didapati daripada ayat-ayat selanjutnya, yang membicarakan tentang keadaan yang berlaku di bumi selepas itu. Daripada penerangan 69:15 berhubung dengan peristiwa Al-Waqi'ahlv iaitu kesan kejatuhan subjek tertentu dari angkasalepas (Yaumil Fasllxii), sebenarnya terdapat peristiwa lain yang berlaku selepas itu yang semuanya dapat dipelajari daripada penerangan Al-Hadith. Terputusnya catatan amal terhadap aktivitixxxv yang berlaku selepas itu, bukan lagi merupakan sesuatu yang dapat diambil pelajaran. Terputusnya catatan amal menjadikan peristiwa berkenaan dikenali sebagai Yaumil Fasllxii.

69:18 Tiada Seorangpun Yang Kehilangan

Pada hari itu, kamu dihadapkan (dihimpunkan). Tidak ia hilang daripada kamu suatu kehilangan pun.
pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun Yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu Yang tersembunyi. i. Apakah Yang Kekal Pada Seseorang?

Secara logik akal, apabila berlaku suatu bencana yang besar, maka akan berlaku kehilangan sama ada harta benda atau ahli keluarga. Apakah bencana yang tidak menyebabkan sebarang kehilangan? Perkataan dan dapat juga membawa makna tersembunyi suatu yang tersembunyi. Perkara yang tersembunyi adalah perkara yang pada asalnya tersimpan pada suatu tempat tersorok dan dalam hal manusia, sesuatu yang tersorok adalah dalam menyatakan pendirian tentang keimanan kepada Tuhan. Dalam penerangan Al-Hadith, terdapat penerangan peristiwa melatanya haiwan Dabbatul Ar'dlxiii selepas kejadian asap, sehingga setiap manusia telah ditandainya, sama ada mereka itu terdiri daripada golongan beriman atau golongan ingkar.
ii. Merujuk Kepada Catatan Amalan atau Pengalaman

Yang dikatakan kehilangan daripada ayat ini dapat juga dirujuk kepada catatan amalan atau pengalaman. Bagaimanakah catatan amal dapat dilakukan begitu sekali sehingga tidak meninggalkan barang sesuatupun? Kita telah dikhabarkan dengan pencatat daripada kalangan malaikat yang mencatat amalan sama ada kebaikan atau keburukan, yang mengambil tempat di kanan dan kiri kita. Tentunya malaikat akan mencatat amalan yang mereka saksikan lalu bagaimanakah sekiranya amalan itu merupakan kerja hati

sebagai contoh tentang perancangan yang seseorang tekadkan untuk dilakukan pada hari mendatang? Persoalannya, mampukah malaikat itu mencatat amalan sedemikian yang tentunya ia tidak menyaksikannya? Sekiranya malaikat itu mampu melaksanakan, bagaimanakah keadaan malaikat itu yang diutuskan untuk mencatat amalan? Namun itulah yang dikhabarkan melalui ayat ini, iaitu tidak akan ada sesuatu yang tertinggal daripada catatan amal atau pengalaman sama ada sekecil-kecilnya atau sehalus-halusnya. Keyakinan terhadap gambaran sedemikian adalah menjurus kepada keimanan. Danlxiv keimanan memberi kesan terhadap perilaku seseorang. Untuk mencapai keimanan sedemikian adalah dengan ilmu dan untuk mencapai ilmu sedemikian adalah dengan penerimaan akal terhadapnya. Oleh kerana akal dididik dengan perkara-perkara yang dilalui oleh pengalaman seseorang, maka adalah perlu bagi seseorang mendapatkan hujah yang serasi dengan akal supaya penerimaan sesuatu yang berbentuk keimanan dapat berlaku dengan baik. Sebagai contoh, dalam suatu permainan video yang selalu dipasangkan secara perisian daripada satu komputer ke komputer lain, kita dapati, apa yang disediakan oleh pengaturcara atau sekumpulan pengaturcara perisian permainan video tidak pernah hilang daripada program permainan berkenaan.
iii. Analogi Catatan Amal Dengan Teknologi Komputer

Semua maklumat yang tersimpan dalam fail-fail yang merekod setiap gerakan permainan, dapat dipelihara sedemikian rupa sehingga imbasan kembali permainan (flash back) dapat dipersembahkan kembali dan disaksikan daripada pelbagai sudut pandangan. Analogixv terhadap catatan amal oleh seseorang dapat diperlaku oleh pencatat-pencatat amal sedemikian rupa dan tentunya tiada sebarang maklumat darihal perbuatan atau niat seseorang terlepas begitu sahaja tanpa catatan. Maklumat yang barangkali se-

umpama inilah, yang akan dipersembahkan kembali kepada seseorang apabila bangkit kelak daripada kematiannya. Apabila lembaran seluruh pengalamannya semasa hidupnya dahulu, dibuka di atas tengkuknya (17:13), mereka akan dapat melihat segala pengalaman yang mereka perolehi semasa hidup mereka di dunia dahulu. Demikian itu hanya contoh yang penulis dapat bayangkan. Allah Maha Mengetahui.
iv. Pengajaran Peristiwa Al-Waqiah

Dalam meneliti fasa kejadian peristiwa-peristiwa, bermula daripada kejatuhan, perkara sedemikian telah dimuatkan dalam ayat 67:16 tentang sesuatu yang terdapat pada ruang angkasa yang dapat membenam manusia, sekalipun terjemahan ayat ini juga menjurus perkara lain yang telah dibincangkan. Yang demikian adalah disebabkan, sesuatu ayat harus diterima sebagai suatu pernyataan yang dapat difahami secara berbeza pada sudut-sudut pengamatan yang berlainan. Oleh itu, kerja-kerja kefahaman haruslah diterima pada sudut kefahaman yang berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Tidak wajar bagi seseorang ilmuwan atau sesiapa jua memberi pertimbangan salah terhadap suatu bentuk terjemahan atau tafsiran sekalipun pandangan seseorang itu diperkatakan sebagai lemah. Dalam pemahaman ayat-ayat suci Al-Quran, seseorang harus berlapang dada kerana yang mengetahui duduk perkara yang sebenar-benarnya hanyalah Allah S.W.T. Oleh itu perbalahan seseorang tentang sesuatu ayat, tidak akan membawa mereka ke mana-mana. Dalam peristiwa Al-Waqiah, iaitu tentang kejadian kejatuhan suatu subjek dari langit yang boleh jadi subjek besar seperti asteroid atau komet (67:16) atau subjek kecil seperti debu atau zarah mikroskopik (67:17), semuanya memberi suatu pengajaran bahawa peristiwa sedemikian merupakan kejadian yang pernah berlaku kepada umat-

umat terdahulu, bahkan juga akan berlaku kepada umatumat yang terkemudian. Daripada ayat-ayat seterusnya, peristiwa Al-Waqiah yang akan terjadi, dapat difahami sebagai peristiwa yang mengakibatkan kematian besar ke atas manusia sehingga setiap manusia diserahkan kembali kitab catatan tentang amalan masing-masing, supaya setiap mereka memerhatikan akibat serta kesan terhadap setiap amalan. Yang menjadi tumpuan perbincangan di sini, mengapakah ayat-ayat ini disusun sedemikian rupa? Bermula dengan peristiwa Al-Haqqah, dimuatkan di dalamnya peristiwa Al-Qariah serta peristiwa Al-Waqiah, kemudian diikuti dengan penyaksian amalan dan seterusnya pembalasan nikmat dan azab. Sebab-sebab mereka memperolehi balasan setimpal, juga telah dinyatakan. (1) Yang menjadi persoalan, apakah pengajaran yang dapat diperolehi oleh manusia masakini, yang sedang hidup buat masa ini, sekiranya mereka memilih untuk mempercayai perkhabaran sedemikian? Sedangkan peristiwa itu, buat masa ini belum berlaku dan balasan ke atas manusia yang hidup kini, secara keseluruhannya juga belum berlaku. (2) Persoalan yang serupa juga, apakah ancaman yang dapat diberi kepada manusia masakini, sekiranya mereka memilih untuk mengingkari perkhabaran sedemikian? Tentu mereka akan tertanya-tanya apakah gunanya peristiwa-peristiwa seperti ini dikhabarkan kepada manusia.
v. Komet Yang Pernah Jatuh

Cuba pembaca renungkan kenyataan berikut:Beberapa buah komet atau asteroid besar pernah jatuh sebelum ini seperti di Semenanjung Yucatan dan di Kamchatka, Russia sehingga ada yang mengakibatkan kepupusan dinosaur serta pembentukan debu yang mengelilingi bumi. Kejadian-kejadian ini tidak sampai

kepada peringkat hilangnya hidupan di mukabumi ini dan sehingga kini manusia masih dapat hidup di mukabumi ini. Sekiranya kejadian berkenaan berlaku lagi, dapatkah manusia terselamat atau survive sekali lagi dan seterusnya dapat meneruskan kehidupan di mukabumi ini. Penulis ingin memberi penerangan munasabah. Kejadian sebelum ini tidak mengakibatkan kepupusan kepada hidupan lantaran belum terdapatnya pencemaran besarbesaran akibat daripada kerja-kerja tangan manusia. Pada masa ini, pencemaran yang telah berlaku amatlah serius, sehingga dapat disaksikan sendiri oleh manusia. Telah berlaku peningkatan suhu bumi ini serta pencairan ais di kedua-dua belahan kutub yang sebelum ini telah sedia terbentuk sejak ribuan tahun dahulu. Sekiranya berlaku sedikit perubahan kepada lapisan langit akibat komet bersaiz kecil, sudah memadai memberi kesan yang sangat besar terhadap kehidupan manusia. Supaya golongan beriman dapat melakukan sesuatu amalan baik pulih dan mungkin dapat menangguhkan kejadian kemusnahan sedemikian, sehingga pengalaman (pengamalan) sedemikian dapat mereka gunakan dalam menempuh kehidupan di akhirat nanti. Maka gambaran ganjaran kebaikan harus dikhabarkan awal-awal lagi kepada mereka, semasa hidup mereka di dunia ini. Supaya golongan yang ingkar dapat diberi kepada mereka ancaman, bahawa setiap perbuatan mereka, akan merugikan diri mereka sendiri di dunia ini lagi dan mereka tidak akan memperolehi apa-apa ganjaran kebaikan pun di akhirat kelak. Maka gambaran seksa harus dikhabarkan kepada mereka dan mereka memperolehi balasan yang setimpal akibat perbuatan mereka dahulu menganiayai manusia lain serta persekitaran mereka sendiri.

Sebenarnya tingkahlaku manusia sendiri akan menjurus kepada peristiwa Al-Qariah.


Sekiranya tidak berlaku kejadian Al-Waqiah yang melibatkan kejatuhan subjek dari angkasa, manusia tidak akan menyedari tentang bahaya yang dapat mengenai mereka kembali, akibat kerja-kerja kerosakan yang mereka lakukan saban hari. Tanpa kejatuhan berkenaan, langit tetap akan sampai masa kerosakan akibat kerja tangan manusia yang dilakukan secara berterusan. Setiap hari, manusia melepaskan gas-gas merbahaya seperti kloroflorokarbon serta freon yang dapat merosakkan lapisan ozonlxv. Perkhabaran sedemikian mungkin memberi pengajaran kepada manusia agar tidak merosakkan alam sekitar mereka serta meneliti ayat-ayat suci Tuhan. Supaya perkara sedemikian dapat dipelajari dan tindakan tepat dan cepat dapat diambil. Kiranya bukan dengan agen-agen perosak yang disebutkan, alam ini dapat juga rosak akibat kerja-kerja pertanian gelojoh melalui penggunaan baja-baja pertanian secara berlebihan. Sebagai contoh, penggunaan baja ammonium secara berlebihan akhirnya mengakibatkan wap air dapat berada pada lapisan ozonlxv serta melarutkannya dan dapat menyusutkan kuantiti ozonlxv secara perlahan-lahan. Sehingga akhirnya, peristiwa nyalaan yang membakar akan sentiasa berlaku siang hari dan terhenti pada sebelah malam. Demikian itu merupakan peristiwa yang pasti akan berlaku kemudian hari nanti menjelang saat akhir riwayat dunia ini akibat kerosakan langit, sebelum terjadinya hari kehancuran alam. Sebenarnya, kita masih boleh melakukan sesuatu kini supaya amalan perbaikan dapat dilipat gandakan bagi menghadapi kehidupan hakiki di akhirat kelak. Setiap kita harus, berkorban dengan cara menggadaikan sebahagian kehendak kita yang suka bermegah dengan status hidup di dunia ini.

Balasan Yang Bakal Diterima 69:19 Menerima Kitab Catatan Amal dari Sebelah Kanan Maka adapun barang siapa yang diberi kitabnya dengan tangan kanannya. Maka ia berkata inilah dia, bacalah olehmu akan kitabku ini.
maka sesiapa Yang diberikan menerima Kitab amalnya Dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa Yang ada di sisinya): ` Nah! bacalah kamu Kitab amalku ini! i. Siapakah Yang Menerima Kitab Dari Sebelah Kanan?

Seseorang dapat menyaksikan tulisan-tulisan amalan dalam bentuk gambaran yang hidup seperti mengulang tayang peristiwa yang telah berlalu (17:13). Pemberian dari sebelah kanan adalah merupakan penghormatan. Kepada siapakah penghormatan ini diberi? Kepada mereka yang mengimani akan Al-Haqqah dan melakukan sesuatu sebagai persediaan menghadapi hakikat kejadian hari sedemikian. Peristiwa Al-Haqqah merupakan peristiwa yang tidak dapat ditolak. Peristiwa ini berlaku sebagai isyarat berlakunya kerosakan terhadap kehidupan di dunia ini dan berlaku huru-hara ketidak seimbangan lapisan langit bumi. Mereka yang mengimani akan berlakunya kejadian AlHaqqah, adalah mereka yang menyedari betapa pentingnya melakukan amalan perbaikan dan menjaga keseimbangan alam ini, sebelum berlakunya kejadian huruhara berkenaan.
ii. Persiapan Mereka Semasa Hidup

Lantaran sebahagian daripada kejadian berkenaan terbukti telahpun berlaku sebelum itu, contohnya kejadian yang pernah berlaku kepada kaum A'ad, kaum Tsamud, kerajaan

Fir'aun dan umat nabi Nuh dahulu dan juga pada sekitar waktu ini, yang kita dapat mendengar pelbagai bentuk bencana yang sering terjadi. Oleh itu, adalah perlu setiap individuxlii melakukan apa sahaja yang dapat dilakukan untuk mendapatkan akibat yang baik darihal kehidupan. Sekalipun kiranya seseorang itu mengetahui bahawa esok adalah kematiannya, adalah menjadi suatu kemuliaan baginya, sekiranya, ia dapat menanam satu benih hari ini, kerana setiap perbuatan itu sentiasa akan dicatat.
iii. Mereka Yang Turut Mencatat Amalan Mereka

Antara pengajaran yang dapat diperolehi adalah, perlunya seseorang mencatat kitab masing-masing dalam bentuk kerangka kerja yang akan dilaksanakan, kemudian melaksanakan kerja-kerja yang telah dirancang dan merekod prestasilxiii kerja yang telah dilakukan. Tujuannya adalah untuk menyatakan langkah-langkah kerja yang baik, yang dapat membawa akibat kejayaan. Banyak daripada rangka kerja serta teknikxvi penemuan saintifik, telah berjaya direkodkan dan dipelajari oleh ahli-ahli sains yang lain dan kemudiannya suatu rumusan diperolehi supaya dapat membantu suatu penemuan atau langkah kerja yang lebih baik pada masa yang mendatang. Kebanggaan seseorang yang berjaya menghasilkan suatu penemuan yang memberi sumbangan besar terhadap sesuatu, tentunya akan dipersembahkan dalam laporannya secara yang terbaik dan diedarkan kepada pihak lain sebagai penyaksian.

69:20 Mereka Telah Menjangka Kiraan Mereka Sesungguhnya aku, telah menyangka aku, bahwasanya aku yang akan menemui kira-kiraku ini.
"Sesungguhnya Aku telah mengetahui Dengan yakin, Bahawa Aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari Yang ditentukan)!"

i. Perlunya Pengiraan Dalam Amalan

Perkataan adalah perhitungan, kira-kira atau metamatik. Supaya sesuatu dapat dijangkakan hasilnya, suatu perhitungan perlu dilakukan oleh individu xlii itu sebelum melakukan sesuatu. Ayat seperti ini adalah asas kepada keperluan memahami ilmu pengiraan. Tujuan mempelajari pengiraan seperti ini adalah untuk mendapatkan motivasilxvi pekerjaan atau pengamalan. Selalunya akan ada pihak yang akan menyatakan, di manakah keikhlasan sesuatu amalan, sekiranya segala-galanya perlu dimulakan dengan kiraan? Adakah si penanya itu mengetahui apa yang dikatakan dengan ikhlas itu? Sebagai contoh, kita akan biasa mendapati sebahagian umat Islam, sama ada dalam perjalanan atau dalam masjid, memegang rantai biji-biji tasbih untuk tujuan mengira bilangan sebutan zikir mereka. ii. Sebagai Motivasi Beramal Yang memotivasikanlxvi mereka beramal adalah dengan memegang biji-biji tasbih itu dan bukannya bilangan pengiraan yang dilakukan. Sehingga suatu masa, seseorang hanya perlu membawa biji-biji tasbih bersamanya sebagai alat untuk memudahkan ia mengingati Tuhan. Kemudian persoalan baru sengaja ditimbulkan? Mengapakah alat diperlukan untuk memotivasikanlxvi diri mengingati Tuhan!? Memotivasi diri kepada Tuhan adalah sesuatu yang diperintahkan (95:08) dan bukannya melupai peringatan kepada Tuhan lalu menempuh hidup dalam penderitaan (72:18). Bahkan mengingati Tuhan adalah perkara yang lebih besar daripada mengerjakan aktiviti xxxv solah. Kepada sipenanya sedemikian, penulis mencadangkan supaya ia perlu sendiri mendapatkan alam kediaman mereka yang di sana mereka tiada jari jemari untuk dibilang dan tiada alat yang dapat dilihat atau disentuh, supaya mereka dapat berterus-terusan mengingat Tuhan!

iii. Balasan Akhirat, Perkara Yang Sebenarnya Tidak Boleh Dibayangkan

Pembalasan yang diterima seseorang sebagaimana yang difahami daripada ayat-ayat selanjutnya adalah merupakan gambaran syurga yang dapat dibayangkan oleh manusia yang hidup di dunia ini. Namun perkara akhirat adalah merupakan perkara yang sebenarnya tidak dapat dibayangkan oleh sesiapapun jua daripada kalangan manusia. Oleh itu, penulis suka memberi penerangan dengan contohcontoh yang mudah didapati dalam kehidupan ini. Seterusnya, penerangan-penerangan berikut, lebih menjurus kepada sesuatu yang mudah diterima oleh akal manusia.

69:21 Kehidupan Yang Menyenangkan Maka adalah ia pada kehidupan yang senang.
maka (dengan itu) Tinggalah Dia Dalam kehidupan Yang senang lenang lagi memuaskan, i. Senang Adalah Kerja Hati

Pertimbangan terhadap istilah senang adalah merujuk kepada kerja hati. Seseorang yang merasa senang, tidak perlu menghadapi kehidupan dengan resah dan gelisah. Ia tidak akan tertekan dengan matlamat hidup yang direkacipta oleh golongan yang ingkar. Ia ada peruntukan terhadap dirinya, ahli keluarganya, kaum kerabatnya dan juga sahabat-sahabatnya yang merupakan sebahagian daripada ahli masyarakat.
ii. Sesuatu Yang Dapat Memulihkan Keadaan

Ia tidak perlu memberi sumbangan yang membawa kerosakan dalam kehidupannya, bahkan, ia memberi sumbangan kepada pihak lain dan ada masa mengingati pihak lain untuk turut menempuh kehidupan yang

memulihkan keadaan. Kehidupan seperti inilah yang membawa hubungan yang harmoni antara seseorang dengan individuxlii lain.

69:22 Kedudukan Yang Tinggi Dalam Syurga Dalam syurga yang ditinggikan.
di Dalam syurga Yang tinggi (darjatnya), -

Dalam kehidupan dunia ini, seseorang yang memperolehi hidupan yang tinggi bukanlah merujuk kepada keadaan fizikallxvii. Sekiranya dibandingkan dengan keadaan fizikallxvii, adalah berada pada suatu kedudukan yang dapat melihat pandangan yang lebih luas.
Dapat Melihat Pada Sudut Pandangan Yang Luas

Iaitu seseorang yang dapat melihat secara lebih teliti serta menyeluruh dan memiliki sudut pandangan pelbagai sehingga dapat melihat sesuatu pada suatu sudut atau keadaan yang tidak dapat dilihat oleh golongan ingkar. Lantaran golongan ingkar adalah yang berada pada kedudukan rendah. Demikian itulah, mereka yang merapatkan diri dengan peringatan Tuhan dan selalu mengingati Tuhan dalam kehidupannya. Yang demikian itu, mereka sentiasa dapat memandang dengan pandangan Tuhannya yang dipelajari daripada kitab suci. Segala kenikmatan terdapat dalam syurga, daripada yang diingini oleh manusia.

69:23 Petikan / Tuaian Yang Rendah Petikannya (atau tuaian) yang rendah.
buah-buahannya dekat untuk dipetik. i. Tanaman Jangka Pendek dan Hasil Jangka Pendek

Iaitu, dapat mengambil sesuatu hasil usaha seperti tanaman dan buahan-buahan dengan mudah. Kurniaan ini adalah merupakan suatu pembalasan atas kerja perbaikan yang mereka usahakan terdahulu daripada itu. Tanaman yang memberi tuaian atau hasil petikan tentulah tanaman yang dapat ditanam dalam masa terdekat dan hasil yang diperolehi juga dalam masa terdekat. Sebagai contoh adalah penanaman padi, gandum, tebu serta berjenis-jenis sayuran. Untuk mengekalkan perolehan hasil yang berterusan, projek penanaman tanaman sedemikian perlu dilakukan secara kerap. Kekerapan inilah yang membantu membentuk suatu keseimbangan terhadap cara guna tanah. Pepohon dengan tuaian yang mudah seperti cili, tomato, petola, timun serta buahan-buahan pokok kayu yang rendah seperti longan dan jenis-jenis jambu adalah merupakan buahan bermusim atau yang mengeluarkan hasil jangka pendek. Pokok-pokok sedemikian dapat ditanam dalam jangka masa terdekat dan dapat ditanam semula setelah tempoh masa tertentu. Keaktifan penanaman sebegini dapat membantu memanfaatkan baja-baja asli yang banyak disingkirkan daripada haiwan-haiwan atau sisa tumbuhan yang mereput. Pembaziran baja dapat dikurangi ke tahap minimum. Keadaan seperti ini sebenarnya menjadi suatu kaedah pengawalan pertanian supaya alam kediaman manusia ini dapat kekal seimbang dalam tempoh yang sangat lama.
ii. Berhati-hati Terhadap Pencemaran

Dalam pada Tuhan menyediakan tumbuh-tumbuhan yang dapat memberi hasil dalam jangka masa terdekat, umat harus mensyukurinya dan bukan melakukan tindakan gelojoh dengan menanam sebanyak-banyaknya. Sehingga, menggunakan baja yang dapat mengakibatkan pencemaran teruk. Danlxiv bukan juga dengan melakukan sesuatu terhadap hasil tuaian dengan pemprosesan tertentu, melalui penambahan bahan-bahan lain untuk tujuan mengawet dan

menambah perisa. Perkara ini selalu dilakukan untuk memudahkan dan memperbanyak penjualan, sehingga mengakibatkan kemudaratan kepada si pemakannya. Demikian itulah gambaran yang dapat penulis beri berdasarkan analogixv kehidupan di syurga yang dijanjikan Tuhan. Adapun perkara sebenar yang disediakan Tuhan dalam kehidupan syurga, tiadalah dapat penulis bayangkan.

69:24 Hasil Daripada Pekerjaan Silam Makanlah olehmu dan minumlah olehmu, kepuasan dengan apa yang telah silam kamu, pada hari-hari yang ditinggalkan (dahulu).
(masing-masing dipersilakan menikmatinya Dengan dikatakan): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat Yang lazat dan baik kesudahannya, Dengan sebab (amal-amal soleh) Yang telah kamu kerjakan pada masa Yang lalu (di dunia)!" i. Perintah Makan Baru Minum

Perintah makan dan minum dengan kepuasan adalah dengan memanfaatkan sepenuhnya makanan dan minuman yang tersedia. Bukan dengan tujuan pembaziran. Minum dengan kepuasan adalah daripada bejana yang penuh dan bukan seperti bejana hidangan arak pada kuantiti yang sedikit sebagaimana yang biasa kita lihat pada majlis-majlis yang diraikan oleh kaum yang ingkar. Makan dan minum adalah merupakan salah satu kenikmatan yang Tuhan kurniakan, kepada manusia dan hidupan. Berbanding dengan haiwan yang tidak bercita rasa selain daripada yang dihadkan, sama ada haiwan karnivorxxxi, herbivor atau omnivor, manusia boleh memilih sendiri makanan, sama ada sepertimana semua yang disebutkan atau pemakanan

sintetikxviii yang direkacipta seperti pewarna, perisa serta ubatan.


ii. Sedikit Teknik Huraian Untuk Golongan Kanan Darihal Kehidupan Mereka Di Syurga

Penulis sebenarnya berusaha mendapatkan penerangan dengan sesuatu yang ada kaitannya dengan peristiwa AlHaqqah, yang terdiri daripada rentetan peristiwa tertentu, akibat daripada 'persediaan' manusia menghadapi kehidupan ini, sehinggakan, akibat yang berlaku mengenai manusia itu sendiri.
iii. Contoh Pemperolehan Golongan Kanan dan Perkara Yang Berkaitan

Contohnya, daripada ayat 69:22, kedudukan tinggi dalam syurga adalah membolehkan seseorang melihat pandangan yang lebih jauh serta luas. Secara praktikal lxviii, dalam kehidupan di dunia ini, situasi seperti ini hanya dapat berlaku kepada mereka yang berilmu dengan ayat-ayat Tuhan sehingga dapat menempuh kehidupan yang baik serta tidak mengesani alam sekitar dengan pencemaran yang banyak (69:23). Memetik hasil tanaman yang rendah, membayangkan keadaan tanaman sedemikian, sekiranya di dunia ini, adalah daripada yang kerap ditanam. Sehingga dapat dimanfaatkan untuk tujuan keseimbangan alam sekitar. Projek-projek penanaman seperti padi, gandum, sayur-sayuran adalah merupakan projek yang memerlukan tenaga ramai dan manusia dapat saling memanfaati sesama mereka untuk tujuan yang sedemikian. Begitu juga dengan ayat 69:24 ini, yang merupakan arahan Tuhan agar manusia memakan secara keseluruhan daripada hasil yang diperolehi supaya tiada usaha-usaha penghasilan makanan sedemikian menggunakan teknikxvi pengawetan, pewarnaan serta menambah bahan tambah tertentu, sehingga menimbulkan kemudharatan kepada si pemakan-

nya. Yang demikian itu adalah suatu langkah bersyukur yang dianjurkan Tuhan. Penerangan seperti ini adalah menjurus kepada manfaat dalam kehidupan dunia ini. Penulis tiada huraian lebih lanjut tentang kehidupan akhirat memandangkan situasi sebenar akhirat nanti, tidak dapat dibayangkan oleh sesiapapun di dunia ini. Terdapat ayat lain yang menyatakan penyerahan kitab kepada sesesorang dari arah belakang (84:10), merujuk kepada pemeriksaan paling berat.

69:25 Menerima Kitab Catatan Amal Dari Sebelah Kiri Maka adapun barangsiapa yang diserahkan ia akan kitabnya dengan tangan kirinya, maka ia berkata aduhai kiranya daku, telah tidak diserahkan ia akan kitabku ini.
adapun orang Yang diberikan menerima Kitab amalnya Dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau Aku tidak diberikan Kitab amalku, i. Menyesali Atas Penerimaan Kitab Amalan

Demikian itulah bunyi penyesalan. Penyesalan lantaran melakukan amalan di dunia ini secara tidak berhati-hati. Dalam surah Al-Ma'arijlxxi, dijelaskan sikap manusia yang menempuh kehidupan, tanpa mempedulikan akibat yang akan menimpa mereka kemudian harinya. Dengan kebongkakan sebahagian manusia dalam menakrif segala-gala yang nyata darihal kehidupan, ternyata mereka masih gagal dalam mengenal pasti, punca masalah yang menimbulkan suasana haru biru, yang menimpa manusia dan alam persekitaran mereka.

ii. Mengamalkan Sistem Hidup Yang Porak

Sistemxxxii yang mereka perkenalkan, hanyalah menjurus kepada keadaan porak peranda masyarakat. Begitulah keadaan manusia yang menolak petunjuk Tuhan dari awalawal lagi. Begitu, ayat-ayat Tuhan yang mudah difahami oleh golongan yang beriman, tidak difahami oleh golongan yang ingkar. Mereka daripada golongan ingkar, sentiasa tercari-cari kaedah penyelesaian terbaik tanpa bertunjangkan wahyuxli Tuhan namun, segala-galanya dapat dipelajari daripada kitab Tuhan secara mudah sekiranya mereka beriman. Lalu bagaimanakah kempen mereka dapat dipraktikkanlxviii oleh manusia seluruhnya melainkan apajua yang memperlihatkan kepentingan sebahagian pihak?
iii. Kesilapan Perundangan

Sebagai contoh, kempen mengatasi masalah gejala sosial xix. Kita dapati dengan penguatkuasaan undang-undang dan habuan yang akan diterima oleh jabatan dan penggajipenggaji, kempen sedemikian giat dijalankan. Begitu juga kononnya dengan pembenterasan pusat-pusat hiburan tanpa lesen. Semuanya hanya diambil kira apabila terdapat nilai habuan yang akan diperolehi. Oleh itu, kempen seperti penjagaan alam sekitar, tidak dilakukan secara bersungguhsungguh oleh semua pihak, melainkan diserahkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Itupun dilaksanakan lantaran terdapat undang-undang yang mewajibkan penduduk sekitarnya membayar cas tertentu untuk menampung kos pembersihan. Sekiranya bermula punca masalah tidak diambil berat lantaran sikap setiap individu xlii, maka akan berlaku perkara-perkara yang mengakibatkan kemusnahan alam terlepas pandang begitu sahaja oleh pihak-pihak berwajib tanpa sebarang tindakan.
iv. Projek-projek Yang Tidak Menurut Piawaian

Sebagai contoh, peristiwa runtuhnya Bukit Antarabangsa yang mengorbankan ramai penduduk, adalah disebabkan oleh perlepasan sebatian nitrat secara berlebihan ke dalam tanah akibat daripada kebocoran saluran pembetungan. Terjadinya keruntuhan adalah disebabkan pembangunan dilakukan di kawasan tanah tinggi dan kekuatan tanah menjadi lemah. Dua faktor ini saling berkaitan menyebabkan akhirnya berlaku keruntuhan. Sekalipun JAS xl negeri telah mengambil berat dengan sentiasa memerhatikan struktur dan kekuatan tanah, mereka hanya dapat mengambil bacaan tanpa mengetahui punca kepada kejadian sedemikian. Tiada badan yang mengawal selia saluran pembetungan, akhirnya menyebabkan perkara sedemikian diabaikan. Tidak seperti pengawal seliaan terhadap paippaip air untuk mempastikan tiada berlaku kebocoran yang dapat menjejaskan pendapatan syarikat-syarikat perbekalan air. Punca utama kejadian adalah pembangunan yang didirikan di kawasan bukit. Perkara sedemikian harus diambil berat oleh pihak berkuasa lantaran pembangunan di kawasan sedemikian, tidak pernah dianjurkan dalam kitab suci melainkan untuk tujuan pertanian. Tiada ulama yang pernah bertegas dalam perkara sedemikian. Tiada jabatan yang sanggup menerima fatwa ulama sehingga dikuatkuasakan undang-undang, supaya tiada pembangunan dilakukan di kawasan bukit. Undang-undang sedia ada, adalah disebabkan berlaku kejadian terdahulu, seperti keruntuhan Highland Tower suatu masa dahulu yang mengorbankan berpuluh-puluh penduduk dan peristiwa runtuhnya lereng bukit ke atas lebuhraya berhampiran Gua Tempurung, sehingga mengorbankan pemandu. Kemudian penguatkuasaan tidak dilakukan lantaran sikap pemaju-pemaju perumahan, yang melihat kepentingan besar keuntungan yang akan mereka perolehi, sejajar dengan nilai hartanah yang sentiasa

meningkat. Mereka merasuah pihak-pihak berkepentingan sehingga akhirnya didirikan bangunan di kawasan larangan terbabit. Undang-undang diketepikan begitu sahaja, lantaran undang-undang itu sendiri tidak diasaskan keimanan kepada Tuhan.

69:26 Mengharap Untuk Tidak Mengetahui Amalan Dan telah tidak, (kiranya) aku mengetahui akan perkiraanku ini.
"Dan Aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku.

Perkataan bermakna telah tidak. Telah tidak di sini bukanlah bermakna mereka masih belum mengetahui kiraan amal yang akan mereka hadapi sebagaimana yang didapati dalam banyak terjemahan. Telah tidak di sini perlu dihubungkan dengan ayat sebelumnya, iaitu mereka mengharap-harapkan sekiranya mereka telah tidak mengetahui perkiraan amalan mereka. Iaitu sebenarnya mereka mengetahui hanya mereka tidak ingin mengetahui.
i. Bentuk Kefahaman Yang Berubah Berbanding Terjemahan

Kaedah kefahaman seperti ini tentunya bertentangan dengan kefahaman dalam banyak terjemahan sehingga dapat dikatakan, pengetahuan Bahasa Arab semata-mata tidak dapat digunakan dalam memahami pengertian ayat tertentu. Demikian itu adalah kerana penulis mengambil kaedah ijmaklxix, iaitu menghimpunkan ayat agar mesej i yang ada hubungan dengan ayat sebelumnya tidak akan terputus begitu sahaja. Penerangan seterusnya dibuat sedemikian rupa supaya suatu ayat dapat dihubungkan dengan pengajaran utama himpunan ayat ini, dalam hal ini adalah berkenaan dengan Al-Haqqah.

ii.

Melanggar Peraturan Untuk Mendapatkan Habuan

Mereka bukan tidak mengetahui perkiraan terhadap projekprojek pembangunan mereka, bahkan yang mereka hanya mahu mengetahui adalah habuan terdekat yang akan diperolehi dalam kehidupan ini. Mereka mengabaikan kesan jangka panjang yang akan berlaku. Mereka mengabaikan akan terdapat sebilangan nyawa akan terkorban, lalu dipersiapkan insuran untuk menampung sebarang kejadian akibat kecuaian. Mereka tidak mempedulikan nasib akan datang akibat daripada penggondolan kawasan bukit serta usaha-usaha yang merosakkan kawasan tadahan. Mereka tidak mempedulikan akibat banjir kilat dan juga kejadian kemarau yang mengeringkan air dalam masa yang singkat. Mereka juga tidak mempedulikan kesan pembangunan akibat daripada pengambilan bahan mineral yang diambil secara tidak terkawal. Mereka tidak peduli, akan terdapat pencemaran tenaga haba yang banyak ke persekitaran dan kesannya terhadap cuaca. Itu belum dikira pencemaran bahan kimia, pencemaran air dan sebagainya. Demi untuk mendapatkan keuntungan lebih, mereka tidak peduli kepada siapa upah kerja akan dibayar, asalkan jumlah yang perlu dibayar adalah sedikit, sehingga sedikit demi sedikit sejumlah besar wang negara telah dibawa keluar. Mereka tidak mempedulikan kesan defisit xvii dalam perbelanjaan negara. Mereka juga tidak mengindahkan kesan ketidak seimbangan ekonomi dalam kalangan rakyat yang menjurus kepada permasalahan sosial xix, jenayah, politik dan sebagainya. Mereka memegang prinsip 'lantaklah, apa nak jadi jadilah' seolah-olah mereka mewarisi kekuasaan Tuhan darihal 'kun fayakun'. Seolah-olah segala-galanya selesai begitu sahaja. Mereka sebenarnya mengambil sikap tidak mempedulikan kejadian sedemikian.
iii. Akhirnya, Bencana Yang Dapat Disaksikan

Akhirnya, mereka menyaksikan kejadian demi kejadian yang membawa kebinasaan, bahkan mereka akan dapat menyaksikan kejadian kemusnahan yang akan berlaku secara terus menerus, berdasarkan perkiraan mereka. Mereka telah memberi sumbangan besar terhadap kejadian Al-Qari'ahiii, sebelum berlaku kejadian Al-Haqqah. Dengan apakah mereka memusnahkan alam sekitar kediaman mereka? Iaitu dengan penggunaan baja-baja nitrat daripada aktivitixxxv pertanian tidak terkawal dan juga kebocoran pembetungan yang tiada undang-undang tentang hal itu, apatah lagi untuk tujuan penguatkuasaan.
iii. Pelbagai Jenis Kerosakan

Kemudian berlaku keruntuhan demi keruntuhan serta kerebahan demi kerebahan yang membinasakan. Sebahagian mereka terkorban sepertimana kaum Tsamud terkorban. Dengan apakah mereka merosakkan udarakasa mereka? Iaitu dengan baja sintetik xviii ammonia dan juga wap nitrat, sehingga mengakibat kesejukan mengejut kepada lapisan udarakasa. Tiada undang-undang, yang ada hanyalah kempen supaya rakyat menjadi terlalu rajin berada di ladang-ladang mereka, demi untuk menjelaskan pinjaman pertanian yang dikenakan riba padanya. Sebenarnya, tiada halangan untuk mereka rajin, tetapi alangkah baiknya sekiranya mereka diberi ilmu sehingga mereka melaksanakan aktivitixxxv mereka, secara berhati-hati. Kemudian berlaku ribut yang mengangkat bumbungbumbung rumah serta kejadian puting beliung yang merosak kediaman akibat kecuaian mereka selama ini dan kejadian pokok-pokok tumbang yang merosak harta benda dan tanaman. Adakah mereka ingin ditimpa malapetaka, sebagaimana berlakunya kerosakan bendang-bendang pertanian pada zaman Fir'aun? Sehingga kakak-katak yang kesejukan, mencari perlindungan dalam rumah-rumah manusia. Dengan apakah mereka merosakkan lapisan langit

yang selama ini menjadi bumbung perlindungan kepada mereka? Iaitu dengan gas kloroflorokarbon yang banyak digunakan dalam kelengkapan peti ais. Melalui pembebasan wap metana akibat daripada pembuangan sampah dan bahan-bahan pelarut cat untuk tujuan pewarnaan harta-harta mereka, sama ada bangunan atau kenderaan mereka, semuanya menyediakan keadaan penggalak kepada parahnya suasana Al-Qari'ah iii, sehingga mengakibatkan kulit-kulit manusia mengelupas dan sehingga ramai daripada mereka menghidap kanser. Mereka akan menyaksikan kejadian manusia melarikan diri dari rumah-rumah kediaman mereka sendiri dengan berbaris panjang (70:43) atau sehingga memenuhi ruangan langit seperti rama-rama atau kalkatu bertebaran berpindah ke tempat lain, yang dijangka selamat (101:04). Penerangan terperinci akan diterangkan dalam surah Al-Maarij.

69:27 Alangkah Baiknya Semua Selesai Begitu Sahaja Aduhai kiranya ia (catatan itu) telah adalah ia, diputuskan (begitu sahaja).
"Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi); i. Bagaimana Dengan Proses Pengadilan?

Mereka mengharapkan bahawa perkara sedemikian telah selesai semuanya, selesai dengan selesainya kehidupan yang mereka lalui. Sekiranya demikian, di manakah keadilan akan dapat dilaksanakan? Manusia, dengan bebas sebebasnya, melakukan apa sahaja dan mengharapkan segalanya akan selesai begitu sahaja, lalu bagaimana

kedudukan individuxlii yang teraniaya sehingga tidak berkesempatan untuk melaksanakan amal kebaikan (74:38)? Tentunya, ia akan menyatakan alasan supaya ia diganjari atas sesuatu yang tiada kesempatan ia lakukan, sekalipun belum terbukti ia akan termasuk golongan yang melakukan perbaikan. Bagaimana pula individuxlii yang singkat usianya disebabkan oleh pengambilan makanan yang memudharatkan secara jahil, yang disediakan oleh pihak lain?
ii. Siasatan Forensik Atas Segala Sesuatu

Tentunya, ia juga akan diselidiki secara terperinci jalanjalan ia menempuh kematian sebagaimana kes-kes bedah siasat terhadap mayat yang mati dibunuh. Pada masa mereka melakukan pencemaran sebatian nitrat, mereka juga menggunakan asid nitrik yang najis itu untuk menghasilkan bahan-bahan pewarna makanan lalu mereka sajikan kepada orang lain, demi mendapatkan keuntungan segera. Adakah perkara sedemikian akan dibiarkan Tuhan begitu sahaja? Bagaimanakah pula kes-kes kematian akibat keruntuhan atas kecuaian pemaju-pemaju yang melaksanakan projekprojek pembinaan yang sengaja didirikan melalui cara-cara yang tak wajar, di atas tanah-tanah tinggi, serta cuai dalam pengurusannya, sehingga membawa akibat keruntuhan? Bukan sahaja pemaju itu harus dipertanggungjawabkan, bahkan juga mereka yang meluluskan projek sedemikian daripada pihak berkuasa tempatan dan penggubal undangundang. Sekiranya dalam kehidupan di dunia ini, kes-kes pendakwaan turut dilakukan terhadap salah laku kecuaian sehingga mengakibatkan kerugian pada satu pihak, sama ada kerugian harta benda, nyawa dan maruah, bagaimanakah pula dapat dianggapkan di akhirat nanti tidak akan ada sebarang pendakwaan? Manusia mengetahui perkara sedemikian, hanya mereka tidak mahu mengambil peduli. Mereka membeli azab di akhirat dengan habuan yang diterima di dunia ini.

69:28 Harta Yang Sudah Tiada Guna Tidak telah (menjadi) kayaa daripadaku akan hartaku.
"Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun; i. Harta Yang Dapat Dilihat Tetapi Tiada Manfaat

Perkataan bermakna telah kaya ia, menunjukkan bahawa setiap jiwa dapat melihat harta daripada hasil usahanya tetapi ia tidak dapat mengambil manfaat daripadanya. Sesungguhnya setiap manusia pasti membawa setiap apa jua yang diperolehi daripada bahagian dunia dahulu yang terjelma daripada catatannya (69:18). Untuk diberi pengadilan dan akan menyerahkannya sebagai gantian atas keburukan yang ia lakukan. Bagaimana pula nasib yang menimpa pengamal polisi liii ekonomi yang berasaskan riba itu? Mereka mengumpul kekayaan semahumahunya dan mereka tentunya akan membawa catatan kekayaan berkenaan untuk diagih-agihkan nanti sebagai imbangan kepada yang menjadi mangsa atas polisi liii mereka di dunia dahulu.
ii. Bicara Tentang Mangsa Ekonomi Riba

Melalui aktivitixxxv riba, umat manusia yang terpaksa berusaha melaluinya, telah mengabaikan tanggungjawab menyerahkan lebihan harta, daripada disadaqahkan kepada golongan fakir miskin. Semua lebihan itu digunakan semata-mata untuk melangsaikan hutang ribanya. Keadaan yang merata melanda umat sedemikian, mengakibatkan inflasilxxiii secara mendadak dan melahirkan lebih ramai fakir miskin serta meningkatkan kadar jenayah yang melibatkan harta benda. Mangsa atau penjenayah, akan menuntut keadilan kewangan daripada pengamal polisi liii riba, yang harus mereka perolehi daripada sumbangan sadaqah atau zakat yang sepatutnya mampu diberi oleh individu xlii

tertentu, tetapi terhalang akibat aktiviti xxxv riba. Oleh itu, apalah ertinya kekayaan yang dikumpulkan selama hidupnya di mukabumi ini. Aktivitixxxv riba merupakan manifestasixxviii keingkaran yang mengakibatkan bermulanya punca banyak masalah dalam kehidupan manusia. Dengan riba, berlaku peningkatan kadar jenayah, peningkatan keskes penyakit mental akibat stressxxix, inflasilxxiii barangan serta hartanah melambung tinggi. Sekalipun pada pandangan mata, rakyat kelihatan berharta. Seolah-olah mereka itu kaya raya, hakikat sebenar mereka itu adalah miskin dan papa kedana dilingkungi hutang. Aktivitixxxv riba juga mengakibatkan petani-petani sentiasa berada di ladang-ladang mereka, usahawan-usahawan sentiasa berada di pejabat-pejabat mereka dengan meninggalkan kepentingan bermujahadahxx di jalan Tuhan.

69:29 Kekuasaan Yang Telah Binasa Telah binasa ia dariku kekuasaanku.


kuat kuasaku (dan hujjah-hujjahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku". i. Kekuasaan Untuk Memperkukuh Kedudukan

Sesungguhnya kekuasaan adalah amanah. Namun yang dilakukan oleh pemegang-pemegang kuasa adalah membenarkan apajua jenis aktivitixxxv yang dapat memperkukuh kedudukannya. Sudah tentu ia tidak akan mempedulikan batasan-batasan yang telah Tuhan tetapkan. Dengan penguasaan media massa sebagai saluran untuk memperbetul tanggapan masyarakat, mereka 'menyerang' individuindividuxlii yang cuba mengajak manusia beriman kepada Tuhan. Lalu didirikan institusi yang ditampal dengan namanama serba Islamik guna untuk mengambil dana dan pelaburan daripada umat ini.

ii.

Peruntukan Zakat Dijadikan Pelaburan

Unit perniagaan yang menghampiri nama Badan Pelaburan Zakat atau yang seumpama dengannya telahpun ditubuhkan. Tujuannya adalah supaya zakat kutipan dapat diurusniagakan. Perkara ini sebenarnya menafikan hak golongan fakir miskin. Mereka yang miskin terpaksa bekerja dengan majikan-majikan yang memberi sumbangan kerosakan kepada alam sekitarnya.
iii. Salah Guna Kuasa

Institusi agama yang diamanahkan sebagai badan untuk melakukan amar makruf dan nahi mungkar tidak diberi kuasa penuh untuk melakukan dakwah, lantaran usaha ini memerlukan belanja untuk dikeluarkan. Bahkan, mereka hanya diberi kuasa penuh untuk menangkap pelaku-pelaku maksiat atas nama mencegah kemungkaran, atas habuan denda yang akan mereka perolehi. Golongan miskin sedemikian akan memohon perkara-perkara sedemikian diadili atas kesempitan hidup mereka di dunia dahulu.
iv. Pendakwaan Yang Berkait-kait

Siapakah yang akan dipertanggungjawabkan tentang permasalahan alam sekitar, yang mereka menjadi penyebab kepada kerosakan yang berlaku? Pekerja akan mendakwa majikan dan majikan akan mendakwa pihak-pihak berwajib dalam menyediakan batas-batas kerja sama ada darihal peralatan atau bahan-bahan yang digunakan. Pihak Berkuasa Tempatan pula akan mendakwa pihak lain, yang demikian berantai-rantailah pendakwaan sehingga semua yang terlibat perlu menerima habuan pembalasan masing-masing. Bahkan sesiapa sahaja yang mengusahakan keburukan lalu dilingkungi dengan keburukan seluruhnya, maka tempatnya di neraka, kekal di dalamnya buat selama-lamanya (2:81).

69:30 Tangkap Ia Dan Ikat

Ambillah oleh kamu akannya lalu belenggulah oleh kamu akannya.


(lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): "Tangkaplah orang Yang berdosa itu serta belenggulah Dia, i. Contoh-contoh Dakwaan Pihak Yang Manjadi Mangsa

Pendakwaan demi pendakwaan mengakibatkan mereka semua tidak dapat membela diri. Mengapakah sipencuri itu mencuri? Adalah disebabkan ia mahu menyelesaikan masalah hidupnya untuk mendapatkan keperluan makanan yang didapatinya pada harga tinggi, sedangkan beban yang ditanggungnya melebihi pendapatan. Atau ia mahu menyelesaikan masalah hutangnya yang hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk dapat dinyatakan sebagai hak miliknya darihal rumah kediaman atau kenderaan keperluannya. Ia telah melaksanakan tanggungjawab menyelesaikan hutang bulanan pembelian melalui sistemxxxii riba tetapi disebabkan permasalahan yang menyusutkan pendapatan serta nilai wangnya, ia terpaksa melakukan jenayah semata-mata menjaga kepentingan berkenaan.
ii. Rantaian Pendakwaan Yang Bertalu-talu

Lalu pendakwaan dilakukan ke atas firma-firma kewangan yang mengamalkan sistemxxxii riba, tentang polisiliii perniagaan mereka yang menindas. Firma-firma kewangan yang dipersalahkan seterusnya melakukan pendakwaan kepada pemegang lindung nilai kewangan negara (bank pusat) yang menghalalkan tindakannya melaksanakan pengamalan ekonomi secara menindas. Lalu pemegang lindung nilai kewangan negara, segera menyalahkan kepimpinan negara lantaran memperkenal sistemxxxii kewangan yang mengakibatkan inflasilxxiii tak terkawal.

Pemimpin negara pula, yang sentiasa berusaha menjaga kedudukannya, menyalahkan pihak jabatan agama lantaran tidak menyalurkan peruntukan zakat kepada simiskin.
iii. 'Ulama-ulama' Yang Merestuinya

Pihak jabatan agama pula menyalahkan 'ulama-ulama', lantaran mengharuskan mereka menyalah gunakan peruntukan zakat untuk tujuan yang lain seperti pembangunan masjid, pembelian hartanah milik syarikat tertentu, melabur kepada kilang pembuatan dan sebagainya. 'Ulama-ulama' pula akhirnya menyalahkan pencuri berkenaan kerana masih kekal memilih pemimpin yang korup itu melalui peti undi, diumpan dengan cogan kata demi maruah bangsa, 'agama' dan negara. Lingkaran seperti ini mengenai semua pihak yang terbabit dan mereka ditangkap untuk dihumban, bermula daripada 'ulamaulama' mereka terlebih dahulu.

69:31 Salaikannya Ke Neraka Jahanam Kemudian akan neraka Jahim itu, salaikanlah olehmu akannya.
"Kemudian bakarlah Dia di Dalam neraka Jahiim; i. Akibat Merampas Harta Si miksin Secara Sistematik

Ia dahulu tidak pernah mengambil harta orang miskin secara terus menggunakan tangannya, tetapi dengan mewujudkan suatu sistemxxxii yang memaksa harta orang miskin diserahkan kepadanya.
ii. Kepanasan Tanpa Disentuh Api

Kini ia akan menjalani seksaan tanpa perlu disentuhkan api kepadanya melainkan dengan cara memanggangnya. Atas

masalah yang berantai-rantai yang diwujudkan akibat polisiliii pekerjaannya, menyebabkan ia dirantai sambil disalai ke neraka Jahim.

69:32 Lilitkan Akannya Dengan Rantai 70 Sukatan Kemudian pada rantai, sukatlah olehmu akannya tujuh puluh sukatan lalu lilitkanlah olehmu akannya.
"Selain dari itu, masukkanlah Dia Dalam (lingkaran) rantai besi Yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)! i. Nasib Rakyat Dengan Masalah Kehidupan Yang Melilit-lilit. Mereka Hilang Kebebasan

Rantai yang telah disukat setiapnya dengan panjang sukatan tertentu, sebanyak 70 lilitan rantai semuanya, akan dililitkan pada tubuhnya. Ikatan seperti ini tentunya akan menyebabkan seseorang mengalami kesukaran bergerak lalu dengan panas salaian ia akan dipanggang.
ii. Gambaran Masalah Yang Berleretan

Demikian penderitaan yang dialami oleh mangsanya dahulu yang dililit dengan lilitan rantai kehidupan yang disediakan olehnya. Setiap ikatan menggambarkan bilangan masalah yang berleretan yang timbul kesan daripada polisi liii pekerjaannya. Walaupun penulis tidak dapat memberi suatu bentuk gambaran seksaan yang dialami oleh seseorang akibat daripada polisiliii pekerjaannya dalam kehidupan di dunia ini, namun apa yang dapat digambarkan melalui penerangan sedemikian, sedikit sebanyak akan membawa kepada suatu kefahaman bahawa pengadilan Tuhan di

akhirat nanti adalah merupakan perkara yang pasti dilakukan ke atas kepimpinan dan hartawan daripada golongan yang ingkar.

69:33 Kerana Mereka Golongan Yang Tiada Iman Sesungguhnya telah adalah ia, tidak ia beriman dengan Allah Yang Maha Agung.
"Sesungguhnya Dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha besar, i. Aktiviti Yang Merosakkan dan Penindasan Secara Merata-rata

Mereka hanya memilih bertuhankan kertas dengan gambar kepala Agong. Golongan tertentu daripada yang ingkar itu merasai keagungan dalam kehidupan mereka sehingga melakukan sewenang-wenangnya, yang banyak mengakibatkan kerosakan dalam kehidupan di dunia ini. Penindasan secara tidak langsung berlaku secara merata dalam kehidupan manusia dan kepentingan mengumpul harta menjadi tajuk utama dalam kehidupan dan melupai kepentingan bermujahadahxx di jalan Tuhan. ii. Kesan Perbuatan Mereka Akan Melilit Mereka Kembali Mereka melupai keagungan Tuhan, yang akan mengagendakan rancangan membelit mereka kembali suatu masa nanti disebabkan mereka tidak menjaga amanah yang diserahkan kepada mereka. Tuhan telah menyerahkan amanah kepada makhluk-makhluk seperti gunung, langit, lautan dan sebagainya untuk memikul amanah, namun semuanya tidak sanggup berbuat demikian lalu diterima oleh manusia yang jahil itu. Atas kejahilan itulah, yang harus diakui oleh manusia dan bersedia mempelajari

sesuatu daripada kitab Tuhan sebagai manual lxx kehidupan dan penjagaan alam ini. Namun sebahagian manusia yang berkedudukan dan berkepentingan sanggup untuk berterusterusan berkeadaan jahil dan mengarahkan manusia untuk berkelakuan jahil seperti mereka.
iii. Mereka Mengarah Serta Mengulangi Perbuatan Gila lagi Jahil.

Buktinya mudah sahaja, mereka mengarahkan manusia daripada pelbagai agama itu untuk beragama dan melakukan aktivitixxxv penyembahan dalam keadaan mereka tidak memahami sepatahpun perkataan dalam peribadatan mereka itu. Sebenarnya mereka mengulangi kata-kata Tuhan yang ditujukan kepada mereka sebagai manual lxx kehidupan dan rahsia-rahsia penjagaan alam. Lalu aktivitixxxv manusia berlaku berterus-terusan sehingga kepada suatu keadaan, mereka menjadi seperti robot berperasaan, yang hanya tahu membina dan membina dan terus membina dan akhirnya banyak daripada binaan itu ditinggalkan begitu sahaja tidak dimanfaatkan. Memandu dan memandu dan terus memandu dari malam hingga ke malam sebagai rutin harian untuk menyesakkan jalanraya, yang seharusnya dilalui dengan aman, sehingga akhirnya membawa pencemaran. iv. Amalan Kerosakan Sehingga Mempamerkan Kemudaratan Mereka melaksanakan aktivitixxxv sedemikian melalui suatu sistemxxxii gila aktiviti riba yang kononnya memberi manfaat kepada umat manusia secara besar-besaran dan demi pembangunan negara. Wal hasil adalah kerosakan alam, kemusnahan kawasan tadahan air, kemusnahan kawasan hidupan liar, penggondolan kawasan bukit dan pembentukan jerebu dan meningkatnya kejadian banjir kilat dan tanah runtuh, benam dan rebah. Lihat di kiri dan kanan

kita, di mana-mana sahaja sama ada dalam negara ini atau luar negara, kemanusiaan seolah-olah tiada erti, manusia seperti robot bernyawa, melakukan rutin yang sama berulang-ulang kali, dari pagi hingga ke petang, setiap bulan mendapatkan gaji untuk membayar hutang. Majoriti daripada umat ini mengambil sikap dengan apakah yang boleh dilakukan? Kita kini sudah tersepit dengan sistemxxxii sedia ada, ikut sahaja kalau nak turut merasa! Zaman sudah gila, siapa yang tidak gila maka ia tidak merasa. Sebahagian yang lain ambil tak peduli seolah-olah mereka ini tidak akan dipersalahkan nanti di hadapan Tuhan Yang Maha Agung, seolah-olah pada mereka yang bersalah hanyalah pembuat-pembuat polisiliii. Sebahagian yang lain mengambil kesempatan sebagai pejuang politik dan pejuang agama, mengkhabarkan kepada manusia tidak kepada apa yang disampaikan Tuhan.
v. Keperluan Kembali Kepada Petunjuk Tuhan

Siapakah dalam kalangan manusia yang sanggup menerima kalam Tuhan sekalipun bermula daripada Alif, Ba, Ta yang harus dipelajari daripada buku Iqra'? Mengikhlas diri dalam agama untuk sama-sama menghayati pengajaran Tuhan melalui kitabNya. Saling berpesan-pesan sesama mereka tentang kebenaran dan saling betul memperbetul sesama mereka dengan kaedah kasih sayang. Untuk menggantikan kaedah ahli politik semasa yang saling melaknat sesama mereka dengan tuduh menuduh, untuk menggantikan pengamal-pengamal media massa yang suka melondeh kesalahan manusia secara memalukan, sama ada melalui akhbar atau internet. Masalah kehidupan kini, tidak boleh melalui kaedah seperti ini, tetapi kaedah berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kasih sayang serta saling menghormati. Bukankah mereka adalah makhluk Tuhan yang memiliki perasaan kasih?

69:34 Mereka Mengakibatkan Golongan Miskin Sukar Mendapatkan Makanan Dan tidak ia menganjur atas memberi makan golongan yang miskin.
"Dan Dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin. i. Mengabaikan Golongan Miskin Adalah Pengabaian Alam Sekitar

Golongan miskin merupakan kumpulan majoriti manusia di atas permukaan bumi ini. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk kendirixix kehidupan mereka. Mengabaikan kehidupan mereka adalah menyerupai pengabaian terhadap alam sekitar. Oleh kerana mereka sanggup melakukan apa sahaja dalam hidup ini, mereka tidak akan mempedulikan sebarang larangan dalam usaha mereka mendapatkan suatu kehidupan.
ii. Peningkatan Kadar Jenayah

Kita dapati atas desakan hidup ini, sebahagian mereka telah dipergunakan oleh kumpulan-kumpulan samseng untuk tujuan perniagaan yang melibatkan maruah manusia. Aktivitixxxv penyeludupan dan penjualan manusia banyak berlaku di negara-negara maju dan membangun dan mereka diperdagang dalam kegiatan pelacuran dan penyeludupan dadah. Aktivitixxxv seperti ini sebenarnya menjurus kepada kerosakan keturunan dan kehidupan sosialxix manusia sehingga mereka berada dalam kehidupan yang tidak selamat sama ada ancaman kumpulan samseng yang lain atau daripada pelbagai jenis penyakit.

Sekiranya aktivitixxxv ini tidak dicegah, tentunya akan mengakibatkan undang-undang negara berada di bawah telunjuk kumpulan samseng sehingga institusi keadilan tidak dapat dimanfaatkan dengan baik. Di negara-negara yang kumpulan samseng mendapat tempat menguasai polisiliii pemerintahan seperti di Columbia, mafia di Italy, di kawasan pedalaman Mexico dan sebahagian negara Asia Timur dan Tenggara, kehidupan rakyat dibelenggu dengan cukai dua arah. Pertama, mereka perlu membayar cukai kepada kerajaan sedia ada dan satu lagi, cukai terpaksa dibayar kepada kumpulan samseng sebagai wang perlindungan.

69:35 Hari Yang Mereka Tiada Teman Setia Maka tiada baginya hari itu, teman yang setia.
"Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini (seorang-pun dari) kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya), -

Mereka ini darihal kepimpinan hanya dirapati dalam kehidupan ini, lantaran penguasaan mereka darihal harta yang dapat diagih-agihkan atas kepentingan tertentu.
i. Kepentingan Tidak Lagi Diperoleh Daripada Mereka

Apabila pemilikan mereka tidak lagi dapat memberi manfaat kepada manusia, sedikit demi sedikit mereka akan dijauhi. Dalam kehidupan dunia ini kita dapat melihat, bagaimana sesuatu usaha sama yang tidak memberi pulangan hasil, sebagaimana yang diharapkan akan berkesudahan ahli-ahli yang awal-awal lagi sanggup berkumpul bersama-sama, meninggalkan sesama mereka saling melaknati. Itulah gambaran yang dapat diberi

terhadap kedudukan orang-orang yang dahulunya berharta dan berkuasa yang mereka akan ditinggalkan keseorangan tanpa teman setia. Ini adalah kerana matlamat mereka hanya satu iaitu habuan kehidupan di dunia tanpa memikirkan akibat terhadap hasil pekerjaan mereka.
ii. Mereka Dahulu Didekati Kerana Harta dan Kedudukan

Bahkan dalam kehidupan ini kita dapat menyaksikan, apabila seseorang telah direnggut kepentingan kedudukan dari dirinya, manusia akan meninggalkannya secara beransur-ansur seolah-olah ia adalah manusia yang tidak dapat diharap apa-apa lagi daripadanya. Kemudian apabila ia memperolehi kembali kedudukannya, dengan tak semenamena manusia menghampirinya. Kemudian apabila ia jatuh miskin, manusia sekali lagi akan menjauhinya.

69:36 Tiada Pemakanan Melainkan Kumbahan


i. Polisi Hidup Mereka Dahulu, Orang Ramai Dibiarkan Memakan Makanan Sisa

Itulah gambaran makanan yang diperolehi oleh mangsa mereka akibat perbuatan dan polisi liii kehidupan yang mereka ambil dahulu atau pemakanan yang lebih buruk lagi. Bahkan pemakanan sedemikian dapat kita perhatikan dalam kehidupan di dunia ini apabila terdapat sebahagian golongan yang curang ini hanya berselera memakan makanan yang sudah terlalu lama diperam. Sebahagian mereka pula gemar memakan sisa yang ditinggalkan ulatulat yang memakan hasil makanan seperti ikan pekasam di samping pemakanan basi yang lain seperti arak atau minuman beralkohol. Polisi kewangan yang mereka laksanakan dalam kehidupan dunia adalah untuk menindas manusia. Manusia disediakan dengan nota janji bohong

yang nilainya sentiasa disusutkan sehingga akhirnya hanya tinggal sisa.

Dan tiada makanan melainkan daripada basuhan.


"Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur

Perkataan daripada kata kerja bermakna basuh dan daripada kata nama adalah baki basuhan ataupun kotoran yang dapat ditanggalkan daripada aktiviti xxxv basuhan. Kita dapat menyaksikan kotoran sedemikian ada dalam saluran longkang yang tentunya tiada sesiapa pun yang sanggup mengambilnya kembali untuk dijadikan bahan makanan.
ii. Mereka Memperolehi Kumbahan seperti Air Longkang, Baki Pepejal Terampai, Bahan Larut Lesapan

Balasan sedemikian adalah suatu gambaran bagaimana golongan berkedudukan daripada golongan ingkar, sanggup melakukan pekerjaan yang mengabaikan tanggungjawab sehingga terbiarnya golongan miskin. Sehingga mengakibatkan apajua yang diperolehi oleh golongan miskin hanya merupakan sisa-sisa peninggalan daripada harta yang tidak dikehendaki mereka.
iii. Bukan Sahaja Tanggung Jawab Beragama Bahkan Mereka Meninggalkan Tanggung Jawab Sosial.

Di manakah tanggungjawab sosialxix mereka, sekalipun jika mereka tidak suka mengambil tanggungjawab agama untuk mengambil berat keadaan masyarakat? Sungguh mereka golongan tidak berhati perut, sanggup membiarkan sahaja pihak lain menanggung derita. Keadaan yang parah seperti ini telah berlaku kini apabila wujud sekumpulan manusia yang masyarakat sekitarnya tidak menghiraukan mereka.
iv. Wujudnya Generasi Makan Sampah

Mereka adalah daripada generasi muda yang sanggup makan sampah. Mereka jadi liar sebagaimana liarnya haiwan-haiwan berkeliaran. Inilah dia masyarakat dalam negara yang dibentuk daripada hasil pendidikan alam persekitarannya sedangkan mereka memiliki ahli-ahli politik yang petah berbicara, guru-guru agama yang memberi ceramah di corong-corong radio dan peti televisyen. Usahawan mereka meneroka pasaran antarabangsa dan angkasawan mereka telah sampai ke angkasa raya. Mereka mendiami negara yang ada peraturan dan undang-undang. Tiba-tiba sahaja mereka melahirkan generasi baru yang apabila menjadi remaja, menjadi ahli kumpulan liar tidak mempedulikan sistemxxxii yang terbina sekian lama. Seolaholah yang demikian itu adalah bibit-bibit yang akan membentuk masyarakat kucar-kacir dalam beberapa generasi mendatang. Mereka tidak lagi dapat melihat mendiami negara bersistematik.

69:37 Tiada Yang Memakan Melainkan Mereka Yang Bersalah Tiada ia memakan akannya melainkan mereka yang bersalah.
"Yang tidak memakannya melainkan orang-orang Yang melakukan perkara Yang salah". i. Igauan Dalam Kehidupan

Kehidupan bermasyarakat menjadi suatu igauan. Mereka lebih takutkan penjenayah daripada berusaha bersama-sama membenteras jenayah. Lantaran golongan sampah masyarakat mereka adalah golongan yang dilindungi. Penagih-penagih dalam kalangan mereka memberi pulangan kewangan kepada pengedar-pengedar. Pengedarpengedar melindungi mereka dengan menyediakan bekalan

yang diperlukan asalkan mereka sanggup memberi wang sekalipun wang itu diperolehi melalui aktiviti xxxv jenayah. Pengedar-pengedar mereka membayar 'cukai perlindungan' kepada pihak berkuasa dan pihak atasan. Yang paling berkuasa menerima habuan wang perlindungan pada jumlah lebih besar. Aktivitixxxv perjudian, maksiat dan kongsi gelap terus sahaja berlaku dan perolehan yang mereka perolehi mereka 'infak'kan pada jalan syaitan agar aktivitixxxv sedemikian terus subur. ii.
Kitaran Syaitan Yang Wujud Secara Merata

Adakah wajar golongan yang berkuasa dan berkepentingan menjamu selera dengan hidangan-hidangan lazat sedangkan sampah-sampah masyarakat mereka, mereka hidangkan dengan najis dadah? Mereka memasukkan diri-diri seperti mereka dalam kumpulan elit sementara yang lain mereka anggap sampah. Mereka memakan hasil penjualan dadah melalui wang perlindungan yang mereka perolehi. Ketua penjenayah pula sanggup membeli ketua hakim agar aktivitixxxv jenayah mereka dapat dihalalkan. Usah fikirkan balasan di akhirat nanti, nasib generasi akan datang, sanggup mereka gadaikan yang tentunya, mereka sendiri tidak akan dapat mendiami kawasan yang selamat nantinya.
iii. Apabila Peraturan Tuhan Dicabar

Situasi seperti ini sebenarnya banyak berlaku di kebanyakan negara sehingga kita kini merasa tidak selamat untuk mengembara berseorangan. Siapakah di antara kita sanggup melepaskan anak-anak kita sama ada lelaki atau perempuan untuk menuju ke tempat-tempat tujuan mereka? Pada bila-bila masa sahaja mereka boleh menjadi mangsa penculikan, keldai tunggangan dadah atau dibunuh begitu sahaja dengan tujuan mendapatkan organ-organ penting dalam tubuh mereka. Yang paling dikhuatiri adalah mereka dipaksa untuk terjebak dalam aktivitixxxv jenayah yang

tentunya akan menghancurkan kehidupan mereka pada masa akan datang. Dunia pada suatu waktu menjanjikan kediaman yang tidak selamat dan sangat merbahaya untuk didiami. Apabila peraturan Tuhan dicabar, maka kehidupan manusia menjadi kacau bilau dan mereka saling menganiayai sesama mereka, menderita dalam azab.

PENYEBAB MULA PERISTIWA AL-HAQQAH


Himpunan permulaan ayat daripada surah Al-Haqqah adalah daripada ayat pertama tamat hingga ayat ke-37. Himpunan ayat yang seterusnya adalah menjurus kepada hal yang berkaitan dengan meseji utama surah tentang peristiwa Al-Haqqah. Iaitu yang menjelaskan kejadian yang mencetuskan suasana panik sebagaimana yang dinyatakan daripada ayat pertama hingga ayat ke-18.

69:38 Sesuatu Yang Sentiasa Dapat Dilihat Maka sekali-kali tidak, Aku bersumpah dengan apa yang (sentiasa) kamu melihat.
maka Aku bersumpah: Demi Segala (yang nyata) Yang kamu melihatnya, -

69:39 Sesuatu Yang Selalu Tidak Dapat Dilihat Dan apa yang tidak (sentiasa) kamu melihat.
dan Segala (yang ghaib) Yang kamu tidak melihatnya, i. Melihat dan Tidak Melihat

Peritiwa-peristiwa yang berlaku di persekitaran kita, tentang kehidupan kita, tentang masyarakat kita, tentang aktiviti-aktiviti manusia dan sebagainya, tentang bencana cuaca, tentang permasalahan sosial, tentang kestabilan negara pada sudut politik dan ekonomi, tentang kemusnahan kawasan flora dan fauna, tentang pembangunan tanpa henti, tentang pencemaran udara, tentang hubungan ahli masyarakat yang semakin serius, tentang jenayah yang berlaku setiap hari, tentang konflik dan

sebagainya, adalah merupakan perkara-perkara yang sentiasa dapat kita lihat atau dengar setiap hari. Tentang ayat-ayat Tuhan dalam kitab suci, tidak semua manusia dapat melihatnya terutama oleh golongan yang ingkar. Tentang objek di angkasa, tidak semua dapat memerhati.
ii. Sumpah Tuhan Darihal Kejadian Al-Haqqah

Dua ayat sebelum ini adalah merupakan ayat sumpah Tuhan. Terdapat dua keadaan sumpahan, pertamanya adalah terhadap subjek yang dapat dilihat dan keduanya adalah subjek yang tidak dapat dilihat. Adakah keduaduanya berhubung kait dengan kejadian yang dinyatakan dalam surah iaitu tentang kejadian Al-Haqqah? Kontak xxii surah mengatakan keadaannya adalah sedemikian! Adakah kedua-duanya merujuk kepada subjek yang sama? Ataukah subjek yang berlainan? Terdapat ayat daripada himpunan awal iaitu 69:15/16 yang memberitahu kejadian kejatuhan. Kiranya jalan perkataan lihat merujuk kepada keadaan bersinambungan, maka subjek itu adalah merujuk kepada peristiwa yang sentiasa atau sering berlaku dan juga peristiwa yang belum berlaku. Teruskanlah menjurus ke surah Al-Kuwirat (81:15/16/17/18) sebelum ayat berikut.

69:40 Benar-benar Perkataan Utusan Yang Mulia Sesungguhnya ia benar-benar perkataan utusan yang mulia.
Bahawa Sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari kami) Yang disampaikan oleh Rasul Yang mulia.

Perkataan adalah ganti nama bagi satu subjek sahaja, iaitu merujuk kepada perkara yang sama dalam kedua-dua ayat sebelumnya. Subjek itu adalah perkara yang dapat manusia lihat dan juga yang tidak dapat manusia lihat,

menjelang masa-masa yang berlainan. Perkataan adalah lebih tepat untuk dinyatakan sebagai pandang, iaitu suatu kata kerja yang memerlukan deria mata. Ayat yang sama juga disebut dalam 81:19 dan dalam banyak terjemahan dinyatakan sebagai Al-Quran itu sendiri. AlQuran adalah merupakan ayat-ayat dalam kitab yang dapat dipandang dengan mata, tetapi untuk sebahagian manusia, mereka tidak dapat memandangnya dengan mata hati. Perkataan dapat juga dirujuk sebagai 'perkataan' berupa subjek lain seperti 'perkataan putus'. (86:13) iaitu merujuk peristiwa hari Keputusan ataupun 'perkataan azab'. Dalam penerangan ini penulis lebih cenderung untuk merujuk perkataan sebagai perkataan peristiwa AlHaqqah itu sendiri yang telah ada perkhabarannya melalui utusan yang mulia sama ada Muhammad RasululLah S.A.W. atau malaikat Jibril A.S.

69:41 Bukan Perkara Syair Tetapi Sedikit Daripada Kamu Yang Mahu Beriman Dan sekali-kali tidak, ia perkataan (peristiwa yang dinyatakan) oleh ahli syair. Sedikit sekali (daripada) kamu (yang) beriman.
dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana Yang kamu dakwakan. tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman.

Terdapat dua pembetulan (perlu baca sebagai cadangan) oleh penulis. Pertama ialah perkataan perlu dirujuk sebagai perkhabaran peristiwa Al-Haqqah.
i. Bukan Seperti Perkataan Nostradamus

Peristiwa Al-Haqqah bukanlah perkhabaran ahli syair. Yahudi memiliki ahli perkhabaran mereka yang bernama

Nostradamus yang banyak mencatatkan perkataan dalam bentuk syair yang mengkhabarkan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang. Sedangkan ia sendiri menerima perkhabaran sedemikian melalui datuknya yang menyimpan manuskrip-manuskripxxiii lama daripada riwayat Saidina Ali A.S. yang ditemui tersimpan dalam perpustakaan di Masjidil Aqsa suatu ketika dahulu.
ii. Hanya Sedikit Daripada Manusia Yang Percaya

Keduanya adalah banyak diterjemah sebagai sesuatu yang bersifat kualiti iaitu 'sedikit sekali apa yang' kamu mempercayai. Terjemahan yang lebih sesuai adalah sangat sedikit (daripada) kamu yang mempercayai, iaitu menjurus kepada sesuatu yang bersifat kuantiti. Terdapat hanya sedikit daripada manusia yang beriman (berilmu) dengan ayat sedemikian. Demikian itu adalah konsep asas iman adalah beriman dengan keseluruhan Al-Quran dan bukannya dengan sedikit daripada ayat-ayat Al-Quran. Seterusnya harus diterjemahkan sebagai 'sedikit sekali' dan bukannya 'sedikit sekali apa yang'.

69:42 Bukan Perkataan Tukang Tenung Tetapi Sedikit Yang Mahu Mengambil Pelajaran Dan tidak sebagai perkhabaran tukang tenung, sedikit sekali (daripada) kamu berperingatan.
dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana Yang kamu katakan. tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan. i. Bukan Perkataan Ahlil Nujum

Selalunya tukang tenung atau tilik mengambil perkhabaran daripada jin yang membisikkan kepada mereka tentang perkara-perkara ghaib melalui curi dengar perkhabaran

malaikat sebelum kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. (72:09). Perkhabaran seperti itu tidak lagi berlaku sekarang ini dan tiada perkhabaran tukang tilik kini dapat dipercayai. Sekiranya apa yang dinyatakan benar terjadi, bahawa hal itu adalah kebetulan belaka. Sedikit sekali (daripada) kamu berperingatan.
ii. Apakah Sebenarnya Itu?

Istilah asas bererti kata, telah berkata ia, perkataan. Namun rujukan apakah kata itu? Dalam istilah ajam, kata dapat dirujuk sebagai word dalam English atau sebutan dalam bahasa Melayu. Bahkan kata (Al-Qaul) juga boleh dirujuk sebagai amaran seperti perkataan jelas atau clear word dan dalam situasi tertentu menulis perkataan kepada seseorang dapat diertikan sebagai mengambil seseorang sebagai pasangan hidup. Katakan adalah istilah bagi membuat andaian. Dalam istilah kearaban, kata atau dapat diertikan kepada banyak terjemahan yang lebih meluas. Qaul yang muktabar dapat diertikan sebagai pendapat yang berasas kukuh, ditimpa perkataan merujuk kepada pengertian ditimpa azab, perkataan yang sampai merujuk kepada nasihat yang memberi bekas kepada jiwa seseorang dan lain-lain lagi. Oleh itu perbincangan berkenaan kata daripada ayat Al-Quran harus membenarkan seseorang memperbincangkannya pada sudut terjemahan dengan pelbagai erti kata yang meluas.
iii. Sedikit Sekali Yang Beriman dan Sedikit Sekali Yang Berperingatan

Surah Al-Haqqah memberitakan kepada manusia, peristiwa-peristiwa yang akan berlaku menjelang As-Saah, bermula sebelum itu yang dikenali sebagai peristiwa AlHaqqah. Terdapat rentetan-rentetan peristiwa yang berlaku sebagaimana yang pernah terjadi kepada kaum A'ad, Tsamud, penenggelaman umat nabi Nuh dan juga Fir'aun.

Semua ini telah dinyatakan dalam surah ini yang menggambarkan peristiwa Al-Haqqah yang akan mengulangi kejadian-kejadian seumpama itu. Namun amat sedikit sekali daripada umat ini, yang sanggup mengimani dan mengambil peringatan supaya mereka mengambil langkah berjaga-jaga dalam kehidupan di dunia ini. Peristiwa AlHaqqah adalah peristiwa yang bakal terjadi dan sebahagian daripada peristiwa sedemikian sering kali dapat kita dengari terjadi pada waktu ini. Terdapat sumpah Tuhan darihal subjek yang akan mengiringi peristiwa Al-Haqqah (69:15) yang harus sama-sama kita perhatikan. Antara perkara yang menarik perhatian penulis untuk dijadikan iktibar, bahawa kejadian-kejadian silam yang menyerupai komponen-komponenxxiv peristiwa Al-Haqqah yang pernah berlaku dahulu daripada peristiwa kaum A'ad, Tsamud dan Fir'aun yang dinyatakan dalam Al-Quran, semuanya berlaku pada waktu pagi. Seperti peristiwa tsunami besar yang melanda Asia Selatan dan Asia Tenggara dahulu, bermula kejadian sedemikian adalah pada waktu pagi. Terdapat peringatan penting terhadap kejadian pada waktu pagi ini yang menjurus kepada huraian berterusan daripada surahsurah selanjutnya. Selain daripada itu, terdapat beberapa surah, daripada surah-surah selanjutnya dalam Juzuk Amma, mengaitkan peristiwa penting sedemikian dengan tanda-tanda jasad kalestial seperti komet sebagaimana huraian penulis dalam surah At-Thoriq dan Surah Al-Kuwirat. Perkara yang paling penting yang menjadi pengajaran utama yang penulis perolehi adalah peri pentingnya pembelajaran AlQuran dipelajari dengan kaedah tartil iaitu pembacaan menurut deretan-deretan dan mengambil pengajaran daripada himpunan ayat sebagaimana yang diperintah Tuhan. Sekiranya pembelajaran Al-Quran mengambil kaedah lain seperti lompatan demi lompatan, sehingga tidak berlaku

pengembalian kepada susunan ayat-ayat asal, dikhuatiri pembelajaran sedemikian akan menyediakan kefahaman yang lari daripada tujuan himpunan ayat. Tartil perlu difahami semula bukan sekadar melalui pembacaan tajwid (sekalipun yang merupakan kewajiban) bahkan pembacaan sebenar menurut himpunan ayat berdasarkan susunansusunan yang saling berkaitan antara ayat sebelumnya dengan ayat sesudahnya. Mendapatkan kefahaman ayat adalah perkara yang lebih wajib berbanding cara baca ayat itu sendiri.

69:43 Diturunkan Daripada Tuhan Seru Sekalian Alam Ia diturunkan daripada Tuhan Pemerihara seluruh alam.
(Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

Perkataan merujuk kepada 'Tuhan' diterjemahkan secara berbeza dalam Al-Quran sebagai Tuan, Tuhan dan Pemelihara. Tuhan Pemelihara sekalian alam, Maha Mengetahui tentang perkara-perkara yang berlaku sama ada perkara yang telah, sedang dan akan berlaku. Siapakah yang lebih mengetahui tentang segala jasad kalestial yang bertebaran di angkasa raya? Bahkan Ia mengetahui masamasa jatuh dan tempat-tempat berlaku kejatuhan sebarang objek kalestial.
Perkhabaran Yang Bukan Diada-adakan

Dalam surah ini dinyatakan peristiwa Al-Waqi'ah lv (69:15), terjemahan waqi'ah dinyatakan sebagai sesuatu kejatuhan dan dalam surah Al-Waqiah ada dinyatakan sumpahan Tuhan tentang tempat jatuh atau masa jatuh 'nujm' iaitu

komet (56:75). Kedua-dua bahagian yang berkaitan tentang perkataan perkhabaran dalam surah ini dan surah AlKuwirat telah dimulai dengan sumpah Tuhan dan darihal subjek yang sering datang dan pergi yang dapat dilihat pada waktu pagi sebelum cahaya menyerlah atau pada waktu petang sebelum cahaya menghilang iaitu sekitar waktu subuh atau maghrib. Penerangan panjang lebar daripada surah ini (69:04-11) dan surah Al-Maarij (70:08-18) selepas ini terkandung suasana Al-Qari'ahiii (101:01-04) memberi gambaran wahyu xli Tuhan darihal kejadian yang akan berlaku dalam tempoh riwayat kehidupan di dunia ini. Semua maklumat ini dimuatkan sendiri daripada Al-Quran dan penulis masih belum memasukkan perkhabaran sedemikian daripada penerangan Al-Hadith. Persoalan yang dapat ditimbulkan, mengapakah tidak disertakan atau didapatkan penerangan secara terperinci melalui As-Sunnah? Nabi Muhammad S.A.W. adalah RasululLah yang diutus untuk membawa perkhabaran sedemikian dan bukan tugas baginda untuk membuat-buat cerita sedemikian atau menokok tambah melalui perkataan baginda dan tidak juga ayat-ayat Al-Quran ini melalui perkhabaran tukang tenung atau tilik yang akan menambahnambah perkhabaran sedia ada (72:22/23). Oleh itu pembaca hendaklah renungkan dengan sendiri bahawa Al-Quran adalah kitab yang didatangkan terus oleh Allah S.W.T. kepada pembaca sendiri. Adapun penerangan yang dapat dibaca daripada buku ini hanyalah kefahaman yang diperolehi penulis yang barang tentu mungkin berbeza dengan kefahaman yang diperolehi oleh pembaca sendiri. Penerangan sedemikian bukanlah AlQuran dan bukan juga sebahagian daripada Al-Quran, sekadar menyampai kefahaman penulis secara peribadi.

69:44 Kiranya Ia Berkata Atas Kami Sebahagian Perkataan-Perkataan Itu Dan jika sekiranya, telah berkata-kata ia atas Kami sebahagian (dari) perkataan-perkataan itu.
dan kalaulah (Nabi Muhammad Yang menyampaikan AlQuran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta sebarang kata-kata rekaan, i. Nabi Bukan Penokok Tambah Perkataan Tuhan

Pada permulaan daripada kerasulan, RasululLah S.A.W. pernah melarang para sahabat daripada menulis perkataan baginda kerana dikhuatiri manusia akan melebih-lebihkan perkataan baginda sendiri daripada ayat-ayat Tuhan walhal RasululLah S.A.W. tidak pernah melakukan sebarang tokok tambah terhadap wahyu xli Tuhan sebagaimana yang kita dapati sekarang ini dalam bentuk mashaf. Namun selepas sekitar 100 tahun dari kewafatan RasululLah S.A.W., kerja-kerja pembukuan Al-Hadith giat dijalankan selepas Al-Quran dibukukan dengan selengkapnya. Sebelum pembukuan Al-Hadith, perkataan-perkataan RasululLah S.A.W. ditulis secara terpisah pada kulit-kulit haiwan dan sebagainya dan disimpan oleh sahabat-sahabat tertentu dan sebahagian lainnya dihafaz oleh sahabat hingga ke tabi'inl. Telah menjadi disiplin dalam agama ini wahyu xli Tuhan dibukukan dalam kitab yang dinamai Al-Quran sementara kata-kata nabi dibukukan dalam kitab-kitab yang dinamai Sunan. As-Sunnah adalah cara nabi memanifestasixxviii pengamalan terhadap perintah Tuhan daripada Al-Quran yang boleh didapati sumbernya daripada AlHadith. Kita tidak wajar membeza-bezakan pengamalan nabi daripada As-Sunnah sebagai sesuatu yang lain sumbernya daripada Al-Quran.

ii.

Pertikaian Tentang Al-Quran dan As-Sunnah

Bermula daripada kitab Tuhan, kemudian diikuti oleh kitab Nabi, kemudian diikuti oleh kitab yang disandarkan kepada sahabat dan tabi'in, kemudian diikuti kitab ulamaulama sama ada ulama usuluddin sehingga ulama feqah, kemudian diikuti dengan kitab-kitab kecil seperti kitabkitab doa yang mempunyai pelbagai nama itu, kemudian diikuti teks pelajaran agama seperti Mutlaq Al-Badrin, Jauhar As-Siniah serta kitab-kitab kerohanian seperti Hazinatul Asrar, Hakikat Insan semuanya dianggap sebagai kitab-kitab agama. Yang menjadi pertikaian antara mazhab yang berlainan sama ada mazhab feqah atau aqidah atau mazhab kerohanian adalah bermulanya daripada kitab selain daripada kitab Tuhan (98:04).
iii. Kedudukan Rasul Dalam Kalangan Umat

Terkini telah wujud golongan yang cuba menafikan peranan As-Sunnah sebagai rujukan agama sehingga mereka cuba mengasingkan antara ajaran Tuhan dan ajaran RasululLah S.A.W. sebagai dua ajaran berbeza dan ajaran RasululLah S.A.W. pula dituduh sebagai sesuatu yang direkacipta oleh ulama-ulama silam. Ini bermakna konsep beriman kepada RasululLah S.A.W. telah cuba dipertikaikan, walhal itu adalah salah satu rukun iman. Muhammad S.A.W. adalah RasululLah dan bukan sekadar 'rasulullah' atau seorang 'rasul'. Muhammad S.A.W. adalah manusia pilihan dan bukan sekadar manusia. Muhammad S.A.W. adalah khalifah Tuhan di mukabumi ini semasa hidup baginda dan kisah-kisah hidup baginda harus dijadikan teladan. Bahawa Tuhan tidak menurunkan malaikat sebagai pimpinan untuk manusia tetapi manusia terpilih dalam kalangan manusia itu sendiri untuk dicontohi akhlaqnya serta dipelajari pengamalan serta pengalaman hidupnya. Daripada susuk tubuh, Muhammad S.A.W. ada-

lah bertubuh seperti kita, berdaging dan berdarah, bertulang dan berurat saraf dan sebagainya dan tidak lebih daripada itu. Tetapi peranannya sebagai salah seorang Nabi serta Rasul, menjadikan kedudukan manusia biasa diri baginda bukan sebarang manusia. Mengapa tidak, kita menghormati Muhammad S.A.W. sebagai manusia keutamaan, sedangkan dalam polisiliii hidup manusia, mereka sanggup memuja pimpinan silam yang sebahagiannya dipatungkan seperti Tunku Abdul Rahman di negara ini dan Adam Malik di Indonesia. Hanya Muhammad S.A.W. tidak pernah memerintahkan kuburnya disucikan, dirinya dipatungkan seperti patung-patung pemimpin sebahagian manusia, itu tidak bermakna baginda tidak wajar diutamakan. Oleh kerana imej baginda itu adalah imej agama, baginda hanya tidak mahu diri baginda di'budha'kan atau di'hindu'kan atau di'kristian'kan sebagaimana penganut-penganut agama sedemikian menghormati patung.

69:45 Kami Akan Memegang Tangan Kanannya Pasti telah mengambil Kami daripadanya dengan tangan kanan.
sudah tentu Kami kekuasaan kami, i. akan menyentapnya, Dengan

Kata-kata RasululLah S.A.W. Bukanlah Al-Quran

Kata-kata, perbuatan dan cita-cita yang datang daripada Muhammad RasululLah S.A.W. sendiri telah dibukukan sebagai Al-Hadith. Al-Hadith secara tulisan, bukanlah AlQuran. Al-Hadith menggambarkan tingkah laku RasululLah S.A.W. sebagai manifestasixxviii baginda dalam mengamalkan Al-Quran. Sunnah RasululLah S.A.W. yang dapat dipelajari daripada pengertian Al-Hadith, bukanlah merupakan suatu yang terpisah daripada Al-Quran. Kita

dapat pelajari tindakan-tindakan RasululLah S.A.W. yang dinamai sebagai As-Sunnah, terdapat rujukannya daripada Al-Quran. ii.
Dua Yang Tidak Terpisah Membentuk Satu Yang Tidak Bercantum

Oleh itu Al-Quran dan As-Sunnah bukanlah merupakan dua yang terpisah. Bahawa kedua-duanya, dua yang tidak terpisah membentuk satu yang tidak bercantum. Adapun firman yang disampaikan kepada RasululLah S.A.W., bukan datang daripada ideaxlvi Nabi. Itu adalah wahyu xli Tuhan, yang tidak ada kena mengena langsung dengan unsur kemanusiaan. Tiada tokok tambah walau satu hurufpun daripada Nabi terhadap Al-Quran. Kesucian Al-Quran terpelihara dan menjadi tanggungjawab Tuhan untuk memeliharanya. Seperti itu juga, penulis tidak akan menyatakan bahawa tulisan ini adalah wahyu xli Tuhan. Penerangan ini adalah kefahaman penulis sendiri yang telah dipelajari terlebih dahulu.
iii. Hubungan Perkataan Perkhabaran Al-Haqqah Dengan Wahyuxli Tuhan

Dalam hal sedemikian, perbincangan tentang Al-Haqqah, juga tidak akan sampai hingga ke muka surat ini, sekiranya sumber perolehan perkhabaran datangnya bukan daripada Al-Quran selaku kalam Tuhan. Perkhabaran Al-Haqqah adalah wahyuxli Tuhan dan penerangan tentang Al-Haqqah sebagaimana dinyatakan oleh si penulis datangnya daripada kefahaman penulis sendiri daripada wahyu xli Tuhan iaitu Al-Quran. Sekiranya Al-Haqqah ini bukan bersifat wahyuxli, penulis yakin, penerangan tentang kejadian AlHaqqah seperti ini tidak akan sampai untuk diterangkan dalam mukasurat ini dan muka-muka surat sebelumnya. Siapakah penulis untuk mengkhabarkan peristiwa akan datang? Tiada seorangpun dapat menjangka dengan pasti

kejadian yang akan berlaku pada masa akan datang. Saintis biosfera yang dilengkapi peralatan canggih lxi sendiripun gagal memberi huraian tentang fenomenaxxv permukaan bumi yang semakin lembab akibat daripada perubahan cuaca. Mereka berdasarkan pengamatan saintifik serta kiraan statistiklxxii sehingga menjangkakan perkara sebaliknya yang akan terjadi. Kini mereka masih tidak memahami mengapakah segala-galanya berlaku bertentangan dengan jangkaan mereka selama ini?

69:46 Memotong Urat Tangan Kemudian pasti telah memotong Kami daripadanya akan urat itu.
kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati Dengan serta-merta); i. Membunuh Atau Menghilangkan Keupayaan Menulis

Usaha menambah-nambah perkataan adalah melalui kerja tangan. Demikian itu apa yang berlaku terhadap kitab-kitab terdahulu sehingga sebahagian penulis menokok tambah dalam kitab mereka, mengikut selera mereka lalu mendakwa bahawa semua itu datangnya daripada Tuhan. Istilah memotong urat tangan adalah tindakan yang dapat ditakrifkan sebagai membunuh atau menghilangkan keupayaan menulis. Bidalan perkataan sedemikian adalah merujuk kepada menghilangkan kuasa, kerana tangan kanan adalah melambangkan kekuasaan.
ii. Perkataan Manusia dan Perkataan Tuhan

Perkataan bukan sekadar dakwat di atas kertas. Penulis pernah membaca sebahagian hasil tulisan pelopor agama lain, yang menyatakan bahawa sesuci manapun sesuatu kitab suci, semua itu ditulis oleh manusia. Perkataan seperti

ini seolah-olah cuba mengungkapkan sesuatu seperti, sebagus manapun suatu karya penulisan itu, ianya hanyalah sekadar dakwat yang ditandakan di atas kertas. Sebenarnya RasululLah S.A.W. yang ummi itu tidak pernah menulis kitab suci dengan tangan baginda sendiri. Yang baginda sampaikan adalah wahyu xli Tuhan yang dicatat oleh sahabat-sahabat baginda pada kertas atau kulit haiwan atau pada pelepah. Sahabat-sahabat baginda menulis perkataan Tuhan, walau apajua kaedah sekalipun, sudah tentu sesuatu yang tidak dapat dipertikaikan adalah, semua sahabat baginda itu manusia. Sekiranya hanya dinyatakan bahawa semua karya penulisan hanyalah dakwat di atas kertas dan tidak lebih daripada itu, seolah-olah mereka yang menyatakan demikian, sengaja melihat sesuatu karya itu sebagai sesuatu yang tidak dapat dinilai atau tidak tertakrif. Sekiranya pendirian itu yang mereka ambil, mereka tidak harus mundar mandir ke hulu dan hilir, membawa kertas berdakwat sebagai wang. Mereka harus menjadi sami yang hanya dibenarkan meminta makanan daripada orang ramai dan bukannya wang!
iii. Ukuran Perkataan Manusia

Kini perkataan-perkataan manusia banyak dijadikan timbunan dakwat di atas kertas dan dijilid menjadi bukubuku ilmiah. Untuk dipelajari hasil penulisan berkenaan, institusi-institusi pengajian telah banyak didirikan sama ada oleh pihak pemerintah atau badan-badan persendirian. Mereka membina tamadun dan kehidupan dengan mempelajari hasil penulisan berkenaan bahkan untuk seseorang mendapatkan pengiktirafanxliv kepakaran dalam bidang masing-masing, mereka memerlukan biaya yang besar dan mereka berusaha bersungguh-sungguh kerananya. Namun perkataan manusia, tetap perkataan manusia. Buku-buku teks, jurnal-jurnal ilmiah serta karya-karya tersohor adalah merupakan hasil kerja manusia dan menunjukkan sifat-sifat

kemanusiaan yang terdedah kepada kritikan dan kurang kesempurnaan apabila dipraktikkan. Sekiranya hasil penulisan manusia merupakan sesuatu yang sempurna, maka tidak perlu ada versi-versi baru daripada hasil penulisan. Tiada istilah penyelidikan dan pembangunan yang menjadi kempen yang perlu dilaksanakan sehingga akhirnya dapat menemui penemuan baru untuk melengkapkan serta menambah jurnal-jurnal sedia ada. Tidak perlu ada bukubuku teks yang menjadi rujukan di sekolah-sekolah yang sering berubah mengikut suasana baru kehidupan yang serba mencabar. Dengan demikian perkataan adalah merupakan sesuatu yang dapat dinilai. Perkataan yang membentuk karya sasterawan tentunya akan dinilai pada sudut kesusasteraan. Perkataan yang membentuk simbol-simbol ungkapan tentunya akan dinilai pada sudut matematik atau analitik. Perkataan yang membentuk simbol-simbol formula tentunya akan dinilai pada sudut saintifik dan sebagainya dan begitulah seterusnya.
iv. Ukuran Perkataan Tuhan

Sekiranya suatu perkataan disandarkan kepada Tuhan, sudah tentu perkataan sedemikian perlu dinilaikan pada suatu yang bersifat ketuhanan. Tulisan tetap tulisan, tiada apa yang dapat dihuraikan daripada tulisan pada masa ini melainkan dakwat di atas kertas, atau piksel pada skreen monitor atau perwakilan binari pada permukaan kepingan cakera keras atau pemacu pena. Itu hanya media penyampai sahaja, sepertimana malaikat Jibril A.S. adalah merupakan media penyampai perkataan-perkataan Tuhan kepada manusia dan seperti itu juga posmen yang mengutus surat. Yang akan menilai perkataan-perkataan itu adalah manusia, kepada manusia perkataan-perkataan itu diutuskan. Asas penilaian yang paling mudah bagi manusia adalah 'tidak' atau 'ya', 'palsu' atau 'benar', 'rendah' atau 'tinggi', 'baik' atau

'buruk' iaitu dua yang sifatnya berlawanan. Kemudian peranan manusia itu sendiri untuk menilai sama ada mereka berdasarkan pertimbangan logik atau matematik atau saintifik atau sastera atau prejudis atau stereotaip. Kesan terhadap manusia dalam menghadapi perkataan-perkataan Tuhan adalah nyata iaitu sama ada 'ingkar' atau 'percaya', 'binasa' atau 'bahagia', 'huru-hara' atau 'aman', 'gelojoh' atau 'sabar', 'musnah' atau 'kekal', 'sementara' atau 'abadi'. Manusia dalam menghadapi perkataan Tuhan akan memilih antara beriman atau ingkar. Kedua-duanya memberi kesan perbezaan yang amat ketara antara mereka sehingga mengakibatkan mereka saling bermusuhan serta bertindak tegas dalam menyatakan pendirian masing-masing. Begitu juga dalam menghadapi golongan yang sama, mereka menyatakan sifat persahabatan mereka secara ketara.
v. Pertimbangan Saintifik Terhadap Perkataan Tuhan

Sebagaimana perkara-perkara yang ditemui daripada AlQuran, pertimbangan saintifik dapat menerimanya sebagai benar. Sebagai contoh, 'sperma' daripada bapa adalah penentu kepada jantina anak adalah suatu hal yang belum ada pertimbangan sedemikian pada zaman RasululLah S.A.W. sendiri. Alam sejagat ini sentiasa berkembang dan matahari sentiasa bergerak di angkasa menuju ke tujuannya. Jisim atom besi adalah 57 u.j.a berbetulan dengan kedudukan surah Al-Hadid (besi) pada kedudukan ke 57. Besi adalah sesuatu yang diturunkan dan bukan tersedia awal-awal lagi pada bumi, ternyata dibuktikan benar bahawa sejumlah tenaga yang dapat diperolehi daripada aktiviti supernova diperlukan untuk menghasilkan besi. Pembakaran pada blok pembakaran enjin terbaik adalah pada kedudukan di tengah-tengah tekanan. Lampau sejuk berupaya menambah kuasa pembakaran dalam enjin. Ammonia adalah penyebab kepada kejadian kerosakan lapisan langit sehingga menghuru-harakan cuaca. Bermula

unsur dengan nombor atom 84 dan selanjutnya mengalami proses pembelahan nukleus secara aktif sesuai dengan tajuk surah ke 84 Al-Insiqaq atau pemisahan. Kesan pinggiran gelombang menjadi semakin ketara untuk jarak gelombang lebih panjang. Hujan turun dari puncak awan membentuk celahan besar dengan kejatuhan suhu melalui lampau penyejukan dan keruntuhan avalance xlvii. Projek makanan golongan ingkar banyak menimbulkan kesan sumbatan dalam tubuh manusia. Semua ini dibuktikan atau dapat dibuktikan benar secara saintifik yang kajian sedemikian belum dapat dilakukan pada zaman RasululLah S.A.W. Sahabat-sahabat Rasulullah R.A.H. beriman tanpa soal. Umat kini belum beriman tetapi sudah banyak soal.

69:47 Tiada Seorangpun Yang Dapat Menahan Maka tidak daripada kamu daripada seorangpun tentangnya yang menahan.
maka tidak ada seorangpun di antara kamu Yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya. i. Tiada Usaha Yang Pernah Berjaya Untuk Mengubah Perkataan Tuhan

Adakah tokok tambah sedemikian (sekiranya ada) adalah merupakan sesuatu perkataan yang menjurus atau bersifat ketuhanan? Kita telah melihat bagaimana usaha-usaha sejak dari dahulu lagi yang cuba mempertikaikan serta mengubah kandungan Al-Quran sentiasa menemui kegagalan. Sehingga tiada suatu kitab pun yang berusia lebih dari 1000 tahun masih kekal sebagaimana keadaan asal melainkan Al-Quran. Itulah salah satu tanda kemuliaan AlQuran itu terpelihara. Muhammad RasululLah S.A.W. tidak mengada-adakan perkataan atas nama Tuhan. Sehingga baginda dilantik menjadi Rasul, baginda tidak pernah

mengetahui sebelum itu tentang kitab dan iman (42:52). Muhammad RasululLah S.A.W. tidak pernah dihukum sedemikian sekiranya baginda ada mengada-adakan perkataan baru yang diselitkan bersama Al-Quran. Oleh yang demikian, Tuhan sendiri mengiktirafxliv bahawa Al-Quran adalah datang dari Dia.
ii. Al-Quran Sebuah Kitab Yang Dijauhi

Umat dan ulama-ulama pada masa ini telah menjadikan AlQuran sesuatu yang dijauhi (25:30). Sekalipun mereka mengakui Al-Quran itu adalah kalam Tuhan, tetapi mereka meletakkannya di tempat yang terlalu tinggi sehingga perkara Al-Quran tidak boleh disentuh. Bukan sahaja mereka tidak memperolehi teknologi baru daripada Al-Quran, bahkan mereka tidak memahami apajua yang mereka sebut dalam solah mereka daripada ayat-ayat Al-Quran.
iii. Mukjizatlvii Al-Quran

11 penerangan tentang penemuan ilmiah sebelum ini hanya merupakan sebahagian sahaja daripada mukjizat lvii AlQuran dan tidak dapat dijadikan ukuran sama ada sesuatu ayat itu ayat asli Al-Quran atau barangkali merupakan ayat tokok tambahan. Kajian-kajian terkini terhadap Al-Quran mendapati susunan Al-Quran adalah sedemikian rupa, sehingga sekiranya terdapat tambahan satu huruf terhadap Al-Quran maka huruf itu akan dapat dikesani begitu juga jika berlaku kehilangan. Huraian panjang lebar telah dilakukan terhadap surah-surah sebelum ini, terutama terhadap surah-surah yang dimulai dengan abjad atau abjadabjad tertentu. Semua ini adalah isyarat bahawa Al-Quran adalah peringatan yang harus diteliti oleh setiap individu xlii. Namun, yang berlaku ialah, umat ini telah meletakkan AlQuran di tempat terlalu tinggi dan dianggap terlalu suci sehingga harus diterima bulat-bulat tanpa perlu kefahaman.

69:48 Peringatan Kepada Yang Berhati-hati Dan sesungguhnya ia benar-benar peringatan bagi golongan yang berhati-hati.
dan Sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang Yang bertaqwa. Mengkaji Ayat-ayat Tuhan, Seterusnya Mengambil Langkah Berjaga-jaga

Ketelitian yang sempurna Al-Quran yang diturunkan Tuhan kepada RasululLah S.A.W. memberi isyarat kepada manusia keseluruhannya bahawa perintah Tuhan perlu dituruti secara berhati-hati. Al-Quran adalah panduan menyeluruh kepada manusia tentang bagaimanakah langkah berhati-hati yang harus mereka lalui? Perkhabaran Al-Quran darihal peristiwa Al-Haqqah benar-benar suatu peringatan untuk golongan yang mahu mengambil jalan berhati-hati. Antara langkah yang perlu mereka ambil, adalah dengan mengkaji ayat-ayat Tuhan tentang peristiwa yang akan berlaku sebagaimana yang disebutkan dalam surah ini dan seterusnya mengambil pelajaran serta mengambil langkah berjaga-jaga dalam pekerjaan mereka. Di samping itu, mereka perlu melaksanakan kempen sebagaimana yang dianjurkan daripada kitab suci dengan berpesan-pesan sesama manusia dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Membentuk amal jamaah untuk menghayati ajaran-ajaran Al-Quran bersamasama dan saling betul memperbetul sesama mereka melalui kaedah kasih sayang. Dakwah yang RasululLah S.A.W. laksanakan berdasarkan pengajaran daripada ayat-ayat suci akhirnya dapat membentuk masyarakat beragama di Madinah yang kekal sehingga kini. Sebaik-baik kediaman adalah di Madinah dan sebaik-baik masyarakat, masyarakat Madinah.

69:49 Sebahagian Manusia Mendustainya Dan sesungguhnya Kami, benar-benar Kami mengetahui, bahawasanya daripada kamu golongan yang mendustakan.
dan Sesungguhnya Kami sedia mengetahui Bahawa ada di antara kamu Yang mendustakan (Al-Quran, maka Kami akan membalasnya). i. Pendustaan Kerana Kejahilan Atau Kesombongan

Bukan sahaja daripada kaum yang jahil, yang pekat dengan unsur-unsur kejahilan, bahkan daripada golongan yang mendakwa ilmuwan, mereka menafikan subjek yang bersifat ketuhanan. Lembaran-lembaran yang mengandungi ilmu yang belum dapat mereka temui sebenarnya tersedia ada dalam lembaran suci. Yang boleh dinilai oleh ilmuwan itu sendiri sekiranya mereka ingin menilainya. Lihat sikap golongan yang ingkar itu bagaimana keruntuhan ekonomi di negara mereka sebenarnya disebabkan oleh pengamalan sistemxxxii riba yang sudah sampai kepada keadaan tidak terkawal. Sistem ekonomi mereka runtuh bermula daripada pasaran hartanah kemudian kepada pasaran pengangkutan dan akhirnya menjejaskan harga komoditi. Harga minyak mentah meningkat kepada USD140 setong dan jatuh sehingga USD28 setong dan kemudian meningkat kembali hanya dalam tempoh 6 bulan. Pasaran saham mereka dimanipulasiliv oleh golongan penjudi-penjudi pasaran derivatifxliv. Sejak sekian lama mereka mengagungkan sistemxxxii riba yang kononnya lebih baik daripada sistem perniagaan benar akhirnya menjurus kepada pengangguran dan peningkatan jenayah pada skala besar. Hampir seluruh dunia mencontohi sistemxxxii mereka yang kesudahannya kita menyaksikan kemelesetan menjalar ke seluruh dunia

dan dana yang sangat besar terpaksa dikeluarkan sebagai pakejxlv rangsangan ekonomi. Pakej xlv sedemikian sebenarnya akan digunakan untuk tujuan pembangunan.
ii. Kesan Pengamalan Riba Secara Tak Terkawal

Namun, melalui kesilapan besar mereka memilih pengamalan sistemxxxii riba, pembangunan dilaksanakan tanpa kawalan, demi untuk merancakkan aktiviti ekonomi. Pembangunan besar-besaran yang belum tentu dapat dimanfaatkan semuanya adalah resipilii kepada kerosakan alam dan meningkatkan defisitxvii imbangan perbelanjaan. Di negara ini, kita menyaksikan kerja angkut-angkut pasang, siap dan tinggal berlaku secara merata-rata. Pengaliran keluar wang negara mengakibatkan mengecilnya nilai wang dan menyesakkan lagi kehidupan golongan dhaifviii. Peningkatan masalah sosialxix, jenayah dan penyalah-gunaan kuasa adalah menjadi suatu yang lumrah li didengari. Kejadian pembunuhan berlaku hampir setiap hari dan setiap individuxlii merasa tidak selamat berada di luar rumah atau dalam perjalanan. Sebut sahaja kerosakan alam, kita menyaksikan kawasan bukit terus digondolkan, kawasan tadahan air dimusnahkan, haiwan-haiwan liar menerjah masuk ke kawasan pertanian dan penempatan untuk mendapatkan makanan. Akibatnya, banjir kilat sering terjadi, kekeringan air dapat berlaku dengan cepat hanya selama sebulan kemarau. Kejadian tanah runtuh kerap berlaku akibat daripada pembangunan kawasan bukit yang giat dijalankan. Pembangunan lebih banyak rumah-rumah kediaman seperti istana dan pusat-pusat membeli belah adalah ibarat cendawan selepas hujan, segera layu apabila berlaku kekeringan atau kemurungan ekonomi. Beban pembangunan akhirnya ditanggung oleh rakyat. Cukai serta harga produk kawalan terpaksa ditingkatkan. Bayaran perkhidmatan seperti kos perjalanan dan cukai pintu juga

ditingkatkan sedangkan peluang-peluang pekerjaan semakin terhad. Pembangunan terus juga dilaksanakan melalui umpanan sistemxxxii riba. Defisitxvii kewangan negara akhirnya menjadi tidak terkawal. Perkara sedemikian menjurus kepada cukai yang tidak munasabah seperti cukai tong sampah, cukai tempat letak kereta, cukai tandas, cukai penyediaan makanan siap, cukai bahan bakar, cukai tambang perjalanan sehingga menambahkan bebanan rakyat yang terpaksa membayar cukai-cukai sedia ada seperti cukai pendapatan, cukai perniagaan, cukai jalan, cukai bot nelayan, insuran kenderaan dan cukai tanah. Kita akan mendengar cukaicukai baru yang akan dikenakan seperti cukai hasil ladang, cukai haiwan ternakan, cukai haiwan peliharaan, cukai joran pancing ikan, cukai khidmat sosial xix seperti kesihatan dan pos, cukai pelupusan barangan terpakai, cukai peralatan komunikasi dan media massa, cukai pembersihan alam sekitar, cukai penanaman semula, cukai perlindungan simpanan di samping peningkatan kos penggunaan elektrik dan bekalan air dan akhirnya, kepala yang dicukai!

69:50 Al-Quran Menjadi Kekesalan Kepada Golongan Yang Ingkar


Dan sesungguhnya ia benar-benar suatu kerugian atas orang-orang yang ingkar.
dan Sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang-orang Yang kafir (semasa mereka menerima balasan). i. Mereka Meninggalkan Petunjuk Tuhan Sejauhjauhnya.

Mereka tidak meredhai melaksanakan perniagaan melalui jalan benar. Mereka menambah-nambah bebanan diri

mereka dengan sistemxxxii riba yang berterusan. Sehingga mereka melupakan kepentingan bersadaqah sesama mereka dan bermujahadahxx di jalan Tuhan. Golongan mewah mereka, hanya mementingkan kemewahan yang akan ditambah secara terus menerus, membuat pelaburan kepada institusi kewangan sehingga melipat gandakan kerja-kerja pembangunan secara berleluasa. Mereka meninggalkan petunjuk Tuhan sejauh-jauhnya.
ii. Akibat Yang Terjadi atau Bakal Terjadi

Akhirnya banyak kejadian tanah runtuh berlaku. Bekalan air terjejas hanya untuk beberapa minggu hujan tak turun. Kepanasan melampau-lampau pada musim kemarau. Pasaran hartanah merudum disebabkan penawaran pasaran melebihi permintaan pasaran benar secara keseluruhannya. Aset kekal sukar untuk dicairkan. Nilai wang berbanding komoditi benar seperti emas mengecil kesan daripada defisitxvii. Kehidupan rakyat secara merata menjadi bertambah susah. Jenayah meningkat dengan ketara meningkatkan belanja keamanan negara. Kestabilan politik dan ekonomi tergugat meningkatkan belanja politik negara. Inflasilxxiii barangan menjadi-jadi menambahkan meluat rakyat kepada pemerintah. Segala usaha adalah bertujuan untuk mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya tanpa mempedulikan kualiti produk. Pemakanan dicemari dengan bahan-bahan tambah yang memudharatkan. Penyakit yang menimpa masyarakat membawa bebanan kepada negara atas peningkatan belanja kesihatan. Atas kesan inflasi lxxiii yang teruk, rakyat mengurangkan perbelanjaan. Kitaran ekonomi terjejas dan cukai yang harus dibayar kepada kerajaan juga merosot dan akhirnya peluang pekerjaan juga merosot. Akhirnya, apabila harga bahan bakar merosot, permintaan terhadap produk berkenaan masih dalam keadaan rendah kerana rakyat kurang wang. Semua penyelesaian masalah, terdapat dalam kitab suci.

iii. Bencana Yang Memparahkan Suasana Al-Qari'ah

Dengan keadaan pencemaran yang teruk, akhirnya menjadi penyebab kepada parahnya suasana peristiwa Al-Waqiah yang ada hubungannya dengan peristiwa Al-Qariah menjurus kepada kejadian Al-Haqqah. Dengan kejadian demikian akan tercatatlah, kerja-kerja kerosakan golongan yang ingkar sebagai suatu amalan yang dicatatkan kepada mereka apabila mereka dibangkitkan nantinya di akhirat kelak. Mereka akan menghadapinya sebagai suatu penyesalan yang tidak ada kesudahan. Sekiranya bumi kediaman mereka, mereka sendiri sanggup rosakkan, betapa mereka akan menggunakan pengalaman sedemikian sekiranya mereka diberi peluang kehidupan sekali lagi di sana nanti. Hanya dengan beriman kepada ayat-ayat Tuhan akan mendorong seseorang untuk berhati-hati menempuh kehidupan. Apabila umat gemar berpuasa, tentu akan terdapat lebihan makanan untuk golongan yang kurang berada (hanya agama mendorong amalan sedemikian). Apabila penggunaan bahan bakar dikawal, satu kenderaan untuk ramai individuxlii dan bergilir-gilir kenderaan (hanya agama mendorong amalan sedemikian), kesesakan lalu lintas dapat dikurangi dengan banyaknya dan pencemaran udara akan berkurangan begitu juga dengan kes-kes kemalangan. Apabila sistemxxxii riba dihapuskan dan digantikan dengan sistemxxxii sadaqah (hanya agama mendorong amalan sedemikian), inflasilxxiii akan dapat dikawal dengan ketat, aktiviti perniagaan akan meningkat dan perkembangan ekonomi berlaku secara mendadak. Pembangunan tidak perlu diperbanyakkan tetapi aktiviti ekonomi di dalamnya akan berlaku secara sihat. Seterusnya kemiskinan tegar dapat dihapuskan dan aktiviti jenayah akan merudum jatuh. Negara yang aman, baik, tenteram

dan Tuhan yang Maha Pengampun. Hukuman hudud, hanya tingal dalam kertas-kertas perundangan dan hakimhakim boleh rehat kurang bekerja. Apabila kepentingan makanan sihat diperkenalkan (hanya agama mendorong amalan sedemikian), belanja kesihatan negara akan dapat dikurangi dan peruntukan negara untuk perbelanjaan strategik dapat ditingkatkan.

69:51 Kejadian Yang Pasti Dan sesungguhnya ia benar-benar kebenaran yang pasti.
dan Sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran Yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya). i. Kejadian Yang Berlaku Secara Beransur-ansur

Sedikit demi sedikit tentang kejadian yang berlaku menjurus kepada peristiwa lebih besar. Zaman ini kita menyaksikan kejadian pembunuhan berlaku setiap hari dan terpampang di dada akhbar. Manusia mengalami penyakit stress akibat melalui sistemxxxii hidup yang memabukkan. Najis dijadikan makanan sehingga mereka ditimpa pelbagai penyakit. Lapisan langit semakin lemah sehingga meningkatnya penyakit-penyakit seperti kanser dan katarak. Lapisan ozonlxv telah terbuka di tempat-tempat tertentu seperti di kedua belah kutub. Sedikit demi sedikit kebenaran Al-Quran semakin terserlah di kalangan manusia. Semakin ramai manusia daripada golongan ingkar mengakui kebenaran Al-Quran dan agama ini, ataupun mereka kembali lantaran suasana kehidupan mereka yang semakin teruk mereka merosakkannya, lalu mereka kecewa dengan sistemxxxii mereka sendiri. Semakin ramai daripada umat ini murtad, meninggalkan panduan Tuhan disebabkan pada mereka tiada jaminan keselamatan

yang dapat diperolehi daripada agama ini lantaran kejahilan mereka sendiri.
ii. Ukuran Kebenaran Al-Quran

Sesuatu yang sangat merbahaya menjadi pegangan umat apabila mereka berpendirian bahawa sesuatu yang benar pastilah merupakan sesuatu yang menyerlah dan sesuatu yang menyerlah pastilah merupakan sesuatu yang benar. Pertimbangan seperti ini seolah-olah memberitahu, atas sebab kebanyakan daripada penganut keingkaran adalah lebih tinggi status hidupnya seperti darihal kekayaan, kedudukan dan kepakaran maka jalan yang mereka tempuh adalah lebih benar. Mereka yang berpendirian seperti ini adalah ibarat lalang yang berubah arah mengikut tiupan angin. Sekiranya suatu masa kekuasaan Islam menguasai dunia, mereka mengakui kebenaran sistemxxxii Islam lalu apabila kekuasaan golongan ingkar mengambil giliran berkenaan, mereka segera mengubah pendirian mengakui bahawa sistemxxxii keingkaran itu adalah lebih benar. Begitu juga apabila kekuasaan Islam kembali, lalu mereka kembali dan akhirnya apabila sistemxxxii Dajjal mengambil alih semula kekuasaan sebagaimana yang dijanjikan suatu masa nanti, mereka kembali ingkar. Antara sebab utama yang memudahkan mereka mengubah pendirian adalah disebabkan oleh tawaran kepentingan yang dijanjikan oleh setiap sistemxxxii. Mereka inilah golongan curang yang tidak harus dihampiri sekalipun untuk mengajak mereka kepada perjuangan yang benar.
iii. Ukuran Pada Sudut Sastera

Sebelum wahyuxli Al-Quran diturunkan kepada RasululLah S.A.W, adalah menjadi kebiasaan masyarakat Arab pada ketika itu melakukan aktiviti syair pada hari-hari tertentu

dan artikel yang dianggap bernilai akan dipamerkan untuk suatu tempoh yang dijadikan tatapan ramai. Mereka sangat menilai karya-karya sasterawan dan kebiasaan ini diteruskan selepas daripada kerasulan. Ahli-ahli bahasa dan sasterawan Arab pada permulaan dari waktu turunnya wahyuxli, memang mengakui bahawa Al-Quran yang disampaikan melalui lidah Muhammad S.A.W. memiliki nilai bahasa yang tinggi namun, perkataan itu bukan perkataan syair.
iv Ukuran Pada Sudut Sejarah

Ilmuwan mengakui bahawa Al-Quran adalah satu-satu kitab yang tidak pernah berubah isi kandungannya sejak lebih 1400 tahun dahulu. Manifestasi Al-Quran yang dipraktikkan oleh Muhammad RasululLah S.A.W. berjaya mengubah agama bangsa Arab hanya dalam tempoh lebih kurang 23 tahun dan daulah Islam yang terbentuk selepas itu meliputi sebahagian besar dunia hampir 1000 tahun. Kekuasaan Islam yang terakhir telah dilucutkan daripada penguasaan pada tahun 1923 Masehi. Dalam keadaan menempuh kelemahan, Islam terus berkembang sehingga melebihi 1.5 billion daripada 7 bilion penduduk dunia pada masa ini. Satu-satunya penganut agama yang kurang terkesan daripada keburukan kemodenan adalah umat Islam, hanya pada saat akhir-akhir ini, pegangan agama mereka semakin pudar. Adakah kesan sistemxxxii yang dibawa berdasarkan penakrifan Al-Quran harus diabaikan begitu sahaja sehingga sistem utama kehidupan kini, telah menyerlahkan keburukannya sebelum cahaya Islam memancar semula? Sistem demokrasi acuan Barat dan komunis telah menggantikan sistem pemerintahan Khalifah Islam. Sistem komunis mula ditinggalkan lantaran kebejatan sistem ini mengongkong manusia dan sistem demokrasi banyak menimbulkan keadaan yang buruk kepada alam sekitar.

v. Ukuran Pada Sudut Ilmu

Ilmuwan Barat adalah antara yang aktif mengkaji bukubuku ilmuwan Islam sejak dahulu lagi. Ilmuwan Islam memperolehi ilmu dengan mengkaji ayat-ayat suci, sedangkan ilmuwan Barat sendiri buta sumber ilmu sedemikian datangnya daripada wahyu xli Tuhan. Terlalu banyak daripada ilmu yang terkandung dalam Al-Quran, masih belum dapat dikupas. Kebenaran Al-Quran pada sudut matematik telah tersebar luas dan contoh yang ditunjukkan pada penerangan surah sebelum ini dapat memberi gambaran sifat-sifat matematik sedemikian sentiasa wujud dalam surah-surah yang lain. Al-Quran lebih menjelaskan sebab-sebab penyakit secara umum dan juga sebahagian perawatan khusus melalui pemakanan terpilih. Amalan-amalan Islam yang dianjurkan menerusi Al-Quran sebenarnya mempunyai manfaat serta kebaikan tertentu dan kajian lebih terperinci perlu dilakukan. Terdapat fakta-fakta sains yang hanya dapat dibuktikan pada zaman ini menggunakan peralatan moden. Contohnya, pengembangan alam sejagat dan proses pengembangan embrio. Sebenarnya masih terlalu banyak ilmu baru dapat diteroka daripada kitab suci namun masih adakah siapa lagi yang sanggup memulai melakukan kajian terperinci terhadapnya? Ulama-ulama Islam dahulu adalah pelopor ilmu dan penemuan mereka diteruskan oleh bangsa Barat. Tanpa mereka, Barat tidak mengenali Aristotle, Plato, Archemedis dan lainnya. 69:52 Bertasbihlah Dengan Mensucikan Nama Tuhan

Maka bertasbihlah olehmu dengan nama Tuhanmu yang Maha Agung.


oleh itu bertasbihlah Dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha besar.

Sebagai contoh perkataan yang dieja dengan empat huruf tetapi kelihatan dieja dengan tiga huruf pada setiap kali Bismillah. Terdapat hikmah tertentu yang diketahui secara terperinci pada zaman teknologi maklumat ini. Dengan bilangan huruf sejumlah sembilan belas pada Bismillah, yang hakikatnya, menjadi asas kepada sistemxxxii perlindungan susunan huruf-huruf dalam AlQuran. Hanya Tuhan lebih mengetahui. Gelaran Rab, Tuhan Pemelihara adalah menunjukkan sifat Tuhan yang merekabentuk bumi ini sedemikian rupa sehingga penuh dengan sistemxxxii perlindungan. Manusia harus mempelajari ayat-ayat Tuhan sehingga mereka berilmu dengan ilmu yang yakin dan seterusnya melaksanakan amanah menjaga alam dan kehidupan mereka. Sebenarnya Tuhan tidak memerlukan manusia dalam hal yang sedemikian dan Ia layak untuk membiarkan manusia menempuh sendiri kehidupan. Sehingga sampai satu masa nanti, bencana akan menimpa manusia atas kejahilan mereka sendiri akibat menidakkan keperluan beriman kepada ayat-ayat Tuhan. Manusialah yang memerlukan Tuhan dan bukan sebaliknya. Tuhan sendiri memberi kebebasan kepada manusia sama ada untuk memusnahkan bumi kediaman mereka atau menjagai sebaik-baiknya. Akibatnya akan sampai kepada manusia itu sendiri. Demikian itu Tuhan telah mengiktirafxliv manusia sebagai khalifah di bumi ini dan Dia sengaja mahu melihat tindakan serta tingkahlaku manusia sebagai makhluk yang diberi amanah. Sekiranya manusia mengiktirafxliv Tuhan (yang Ia tidak memerlukan manusia berbuat sedemikian) maka kebaikan akan menimpa mereka sendiri dan sekiranya manusia enggan mengiktirafxliv Tuhan (yang Ia tidak pernah memaksa manusia meninggalkan perkara sedemikian) maka akibatnya akan menimpa mereka sendiri. Maha Suci Tuhan.

Daftar Kata i. ii. iii. iv. v. vi. vii. mesej melepuh qariah arkeologi piroplastik nasakh Qibti kandungan berita kesan bintik-bintik kemerahan quri (kendi = labu sayung) kajian bahan-bahan purba debu panas beracun yang segera mengeras penjelasan, lawannya mansukh, yang dijelaskan satu kaum di Mesir, menganuti ajaran nabi Musa A.S. bersimbol kunci, mengagungkan taboot iaitu khazanah Bani Israel yang hilang dari simpanan mereka. lemah, susah perkataan pesawat Russia melebihi kelajuan peluru pandu gelombang bunyi ais kering arc, lengkungan atau orbit yang melengkung lapisan langit mengandungi awan tertinggi

viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv.

dhaif kalimat Sukkoi sonik fros arasy (arsy) stratosfera

xv. xvi. xvii. xviii. xix. xx. xxi. xxii. xxiii. xxiv. xxv. xxvi. xxvii. xxviii. xxix. xxx.

analogi teknik defisit sintetik sosial mujahadah kendiri kontak manuskrip komponen fenomena aqli naqli manifestasi stress kota Iram

xxxi. xxxii. xxxiii. xxxiv. xxxv. xxxvi. xxxvii.

karnivor sistem aedes juz aktiviti tsunami Pompei

xxxviii. Lusa xxxix. natijah xl. J.A.S

secara bandingan kaedah imbangan rendah buatan manusia melalui tindakbalas kimia perkongsian bersungguh-sungguh survival talian hayat hubungan, sentuhan catatan bersejarah bahagian pengamatan fizikal akal rujukan nas-nas suatu jelmaan tekanan minda kota yang hilang dari peta dunia, baru ini ditemui bekasbekasnya. pemakan haiwan lain nazam sejenis nyamuk pembawa denggi bahagian kegiatan dinding air sebuah bandar di selatan Italy Day After Tomorrow kesan Jabatan Alam Sekitar

xli. xlii. xliii. xliv. xlv. xlvi. xlvii. xlviii. xlix. l. li. lii. liii. liv. lv. lvi. lvii.

wahyu

lviii. lix. lx. lxi. lxii. lxiii. lxiv. lxv.

perutusan Tuhan yang dimuat turunkan individu seseorang prestasi kecapaian derivatif terbitan pakej bekas, seperti bagasi idea pendapat avalance runtuh bagai salji, lata ummi tidak mengetahui kitabkitab terdahulu iktiraf akui tabi'in generasi sesudah sahabat Nabi S.A.W lumrah kebiasaan resipi rumus, adunan polisi percaturan, cagaran manipulasi suatu pembolehubah waqi' suasana, jatuh syukur terimakasih mukjizat perkara luarbiasa, agenda Tuhan yang tidak dapat dipelajari untuk tujuan ditiru. impak kesan ketara sangkakala bunyi siren berterusan lembayung voilet canggih maju, sofistikated Yaumil Fasl Hari Keputusan (Result Day) Dabbatul Ar'd Yang melata di atas bumi Dan Atas kesempatan ini ozon lapisan perlindungan

pada langit, untuk mengurangkan kebahayaan sinaran lampau lembayung dari angkasalepas. lxvi. motivasi 'raghiba', semangat untuk melakukan sesuatu kerja lxvii. fizikal nyata, boleh sentuh lxviii. praktik, praktikal - mudah diamalkan lxix. ijmak himpunan lxx. manual transkrip panduan lxxi. Al-Ma'arij kenaikan lxxii. statistik kiraan berdasarkan taburan sampel lxxiii. inflasi pengurangan nilai mata wang

Anda mungkin juga menyukai