Anda di halaman 1dari 24

Sains,Teknologi dan ICT Menurut Perspektif Islam

NUR ANIQ TASNIM

DEFINISI SAINS,TEKNOLOGI DAN ICT MENURUT ISLAM


SAINS sains dan islam mempunyai banyak persamaan dengan penakrifan ayat-ayat Al-Quran iaitu tanda-tanda kebesaran Allah SWT.

Penciptaan Manusia

Alam Sekitar Pelbagai Makhluk Lain

Cakrawala

Sains juga boleh dikaitkan dengan penakrifan sunnah Allah SWT: Sistem alam Sistem pekembangan manusia Sistem cakrawala Semuanya tidak berubah hingga hari kiamat melainkan kehendakNYA.

TEKNOLOGI
Teknologi dalam islam boleh dikaitkan dengan pengetahuan tinggi manusia untuk mencipta pelbagai kemudahan untuk kehidupan dunia. Merupakan satu tuntutan dalam islam. contoh: Teknologi perkapalan, dikaitkan dengan mukjizat Nabi Nuh A.S. Teknologi pembuatan jam.

ICT(Information and communications


technology) ICT dalam islam berkaitkan dengan teknologi maklumat dan komunikasi. Berkait rapat dengan penyimpanan dan pengurusan maklumat dalam pelbagai peralatan dan perantaraan.

ICT
Penting dalam tuntutan ibadah. Mengetahui waktu ibadah Penyampaian dakwah berkesan

RAHSIA KEMAJUAN SAINS, TEKNOLOGI DAN ICT


Daya inisiatif dan kreativiti
Dibangunkan di peringkat social dan dapat dikaitkan dengan kemahiran, kebolehan individu secara semula jadi.

Insentif dan Ganjaran


Perlu telus dan objektif supaya individu yang mempunyai daya kreativiti tinggi dapat bekerja atau mencipta sesuatu karya sains, teknologi ICT dengan teguh dan berkesan.

Ilmu pengetahuan
Memudahkan sistem perantaraan antara satu sama lain dengan lebih teliti dan faham,

ILMU SEBAGAI PRASYARAT PEMBANGUNAN SAINS,TEKNOLOGI DAN ICT


ILMU dalam islam berteraskan kesedaran tauhid dan akidah seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran. Sumber akidah dalam islam adalah Al-Quran dan Hadis. Sama ada ilmu duniawi, keduniaan atau ukhrawi, keakhiratan berlandaskan tauhid. Oleh itu, ilmuwan islam terbilang lahir daripada golongon intelektual yang mempunyai asas akidah yang kuat.

ILMU UKHRAWI SEBAGAI NADI PEMBAGUNAN SAINS,TEKNOLOGI DAN ICT


Ukhrawi dimaksudkan dengan akhirat.

Dalam tamadun islam dahulu, ilmu ukhrawi menuntut setiap umat islam peka, analikal atau kritikal terhadap ilmu duniawi

Aspek analitikal dalam ilmu ukhrawi


Tauhid atau akidah mewajibkan umatnya peka terhadap kejadian alam mengikut keupayaan intelek individu muslim untuk mengetahui keesaan dan kekuasaan Pencipta. Dalam akhlak terdapat desakan kemahiran berfikir secara rasional dalam menyelesaikan masalah sosial terutama masalah kejiranan dan lain-lain

Dalam syariat terdapat permasalahn kritikal seperti Kemahiran matematik dalam penentuan dan pembahagian pusaka

Kemahiran falak dalam penentuan masa dan hari untuk beribadat

Kemahiran dan teknologi pengankutan dalam ibadat haji.

ILMU DUNIAWI SEBAGAI MEKANISME PEMBANGUNAN SAINS,TEKNOLOGI DAN ICT


Merupakan serpihan daripada ilmu ukhrawi kerana ia tidak boleh dibina pada prinsip keduniaan atau materialisme yang kosong daripada tuntutan ketuhanan.

Dilihat oleh islam sebagai memenuhi rubuniah dan uluniah pencipta.

Rubuniah pengakuan dan penyaksian hamba bahawa Allah SWT yang mencipta alam ini dan alam lain yang wujud diluar pemikiran manusia tetapi dinyatakan dalam Al-Quran. Uluniah - penggunaan ilmu duniawi tersebut sebagai jambatan untuk mencapai kehidupan abadi di akhirat.

ASPEK PEMBANGUNAN SAINS,TEKNOLOGI DAN ICT

Aspek yang dapat membangunkan agama, umat, negara, dan ekonomi islam.

Sektor pendidikan
Dijadikan kemudahan asas dalam sistem pendidikan oleh umat islam dan dibangunkan seterusnya

Sektor perhubungan awam dan pentadbiran negara


Menambahkan kecekapan negara islam bagi terus maju berbanding negara bukan islam

Sektor komunikasi dan telekomunikasi


Dalam islam, individu mesti bersikap jamaI, kolektif dan tidak boleh wujud bersendirian. Oleh itu, setiap individu perlu menjalinkan hubungan sosialnya secara islam dengan masyarakatnya.

Kegiatan Ekonomi
Dituntut dalam islam umatnya tidak boleh berpeluk tubuh sebaliknya berusaha menyara dan meningkatkan kehidupan diri dan keluarga.

ASPEK PEMBANGUNAN SAINS,TEKNOLOGI DAN ICT ANTI-ISLAM


Merupakan aspek yang merosakkan fitrah manusia, keharmonian alam sekitar dan imej agama Islam. Percubaan sains dan teknologi yang anti islam dalam bidang kedoktoran seperti:

KONSEP IBU TUMPANG


Benih lelaki dan perempuan disenyawakan rahim perempuan lain, ini mengharu biru konsep zuriat dan warisan dalam islam

PENGKLONAN MANUSIA
Menyalahi sunah atau fitrah tentang kejadian dan kelahiran manusia.

BAYI TABUNG UJI


Menggunakan benih pasangan yang belum berkahwin diharamkan dalam islam

FALSAFAH SAINS,TEKNOLOGI DAN ICT


Hubungan ilmu uhkrawi dengan pembangunan sains,teknologi dan ICT boleh diterjemahkan dalam bentuk falsafah. Terdapat beberapa falsafah untuk pembentukan falsafah tersebut:

Diasaskan oleh tauhid atau teologi Falsafah sains,teknologi dan ICT boleh dikaitkan dengan ayat (51:56) iaitu kejadian manusia dan makhluk jin bertujuan ibadat atau khidmat kepada Allah SWT. Dasar dan objektif yang terkandung dalam falsafah sains,teknologi dan ICT tidak melewati larangan Allah SWT.

Seperti ayat (6:4),(107:6) ayat ini melarang manusia daripada tiga perkara: Takbur membesarkan kebolehan diri tanpa mengait kebesaran Allah Ujud kagum dengan keupayaan dan kebolehan diri hingga lupa diri Riya menunjuk- nunjuk dengan kebolehan diri tanpa keikhlasan terhadap Allah

Dasar dan objektif yang terkandung dalam falsafah itu perlu diasaskan pada tiga perkara iaitu; Keikhlasan pemangkin utama pekembangan dan produktiviti keilmuan islam Tazakkur mengingatkan manusia tetang Allah SWT sepanjang masa kerana mampu menghalang kemusnahan dan kezaliman Izzah alternatif terhadap tiga perkara yang memusnahkan manusia iaitu takbur,ujud dan riya Islam tidak menolak secara total apa yang diluar islam, tamadun bukan islam juga perlu diterap dalam falsafah islam.

PENEKANAN FUTURISTIK DAN INOVASI DALAM SAINS,TEKNOLOGI DAN ICT


Potensi akal dalam mencapai sasaran inovasi dan futuristik. Al-Quran mengkategorikan 4 potensi akal iaitu:
Tafakkur fikiran saintifik berdasarkan pengamatan terhadap fenomena alam Aql pengamatan fenomena sosial seperti mengamit sejarah Tadabbur pengamatan dan pengkajian literature atau tulisan Basirah usaha menghasilkan nilai positif yang berpandukan kepada akidah,syariat dan akhlak islam

Potensi Al-Quran dalam mencapai sasaran inovasi dan futuristik. Maklumat Al-Quran tentang astronomi, botani.akeologi dan pelbagai disiplin lain begitu komprehensif walaupun ia bertaburan dalam beberapa surah atau ayat yang berbeza. Penurunan Al-Quran pada era Makkah terfokus kepada aspek sains yang merangkumi teori sistematik tentang alam semester, samawat(astronomi), nabatat(botani) dan kejadian haiwan dan insan (biologi) Teori atau maklumat saintifik Al-Quran konsisten dan terbukti kebenaranya sepanjang masa dan tidak terpengaruh dengan perubahan masa. Surah Yasin ayat 36 Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhlukmakhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. dan surah Al-Qamar ayat 49 Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami). telah menyatakan dengan jelas kejadian smua perkaera dan makhluk dalam bentuk pasangan dari segi jantina.

Potensi Beragama dalam mencapai sasaran inovasi dan futuristik. Kehidupan ilmuwan dan sainstis islam terdahulu mempunyai latar belakang pengajian dan penghayatan agama yang kuat. Seperti Jabir ibn Haiyan boleh dianggap sebagai bapa bidang kimia. Beliau melakukan eksperimen kimia di makmal dan menyumbangkan 22 daripada 100 karya ilmiah dan saintifik kepada bidang kimia.

Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi memberi sumbangan dalam bidang matematik sains moden.
Yaqub ibn Ishaq al-Kindi memberi sumbangan besar dalam kajian dan penulisan terhadap sains moden, sejumlah 12 karya daripada 241 karyanya berkaitan dengan fizik, 16 karya berkaitan dengan astronomi, 11 karya berkaitan dengan arismatik, 32 karya berkaitan dengan geometri dan 22 karya berkaitan dengan perubatan.

Anda mungkin juga menyukai