Anda di halaman 1dari 3

Panduan Solat Qasar Dan Jama'

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat


yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua
rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh
diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu


tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika
kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-


Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan
kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku
telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda,
solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah
kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-
Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin


mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri
daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua
marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh


syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada

Anda mungkin juga menyukai