Anda di halaman 1dari 2

Perbezaan Ujian Formatif dengan Ujian Sumatif

Perbezaan di antara ujian formatif dengan ujian sumatif dapat dilihat dari beberapa aspek. Penilaian formatif dan penilaian sumatif mempunyai beberapa ciri-ciri perbezaan dari segi pengertian, tujuan, aktiviti, masa, bentuk sasaran, liputan, rekod dan tindakan. Kedua-dua jenis ujian ini boleh digunakan untuk menguji kemahiran bahasa yang dimiliki oleh murid. Dari segi pengertian, ujian formatif adalah satu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas. Manakala, ujian sumatif pula merupakan satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian dalam tempoh tertentu persekolahan seperti ujian pertengahan tahun. Berdasarkan dari perbezaan antara kedua-dua ujian ini dari segi pengertian, kita secara sendirinya akan dapat memahami tujuan dua ujian ini dilaksanakan kepada murid. Tujuan ujian formatif dilaksanakan kepada murid adalah mengenal pasti tahap penguasaan dan kemajuan murid terhadap topik atau kemahiran yang diajarkan dan seterusnya guru akan dapat merancang langkah susulan untuk membaiki kelemahan yang wujud. Manakala tujuan ujian sumatif dilaksanakan kepada murid adalah untuk mengenal pasti tahap pencapaian murid untuk beberapa topik dan seterusnya guru memberikan skor dan gred mengikut pencapaian yang ditunjukkan oleh murid. Perbezaan yang seterusnya adalah dari segi aktiviti ujian. Bagi ujian formatif, guru boleh menjalankan

ujian

formal

atau

tidak

formal

semasa

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran sama ada dibuat secara individu, kumpulan atau menyeluruh. Dengan ini, guru akan dapat mengesan kelemahan yang dihadapi oleh murid bagi memahami pengajaran yang telah disampaikan oleh guru seterusnya guru akan dapat merancang langkah yang sesuai mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid. Manakala bagi ujian sumatif, guru akan menjalankan ujian formal terhadap murid dalam beberapa waktu

berdasarkan ketetapan jadual secara individu mengikut kelas. Hasilnya, guru akan dapat menilai tahap pencapaian murid dalam beberapa topik yang telah diuji. Kita juga boleh melihat perbezaan di antara dua jenis ujian ini dari segi waktu penilaian. Bagi ujian formatif, guru boleh melaksanakan ujian terhadap murid pada setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru boleh menilai murid mengikut kreativiti guru samada melalui lembaran kerja, permainan dan sebagainya. Manakala bagi ujian sumatif pula dilaksanakan selepas beberapa topik pembelajaran diajarkan kepada

murid. Biasanya ujian sumatif dijalanakan dilaksanakan pada pertengahan semester persekolahan, pada pertengahan dan juga pada akhir semester persekolahan. Guru akan merekodkan pencapaian yang ditunjukkan oleh murid dan melaporkannya kepada ibu bapa murid yang terlibat.

Anda mungkin juga menyukai