Anda di halaman 1dari 4

Secara mudahnya, tujuan perlaksanaan ujian formatif ini menurut Mok Soon Sang (2009), Azizi Ahmad, Mohd

Ishak Awang (2008), dan Lee Shok Mee, Mok Soon Sang(1989) adalah : 1. Ujian formatif bertujuan memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran dari sudut guru dan murid : Guru : dapat memperbaiki dan menambahbaik kelemahan dalam sesuatu kaedah dan pendekatan yang digunakan sekaligus dapat menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. Murid : dapat memperbaiki kelemahan dalam sesuatu kemahiran dan unit pembelajaran. 2. Membolehkan murid mendapat keputusan yang terbaik pada peperiksaan sumatif pada akhir penggal persekolahan. 3. Memperbaiki kualiti dan meramal kemampuan pencapaian murid dari semasa ke semasa. 4. Membantu guru mengenalpasti matapelajaran yang murid masih lemah dan yang telah dikuasai. 5. Ujian formatif membantu murid untuk terus terbimbing dan dibimbing untuk meningkatkan penguasaan mereka secara perbincangan atau soal jawab dengan guru secara bersendirian atau berkumpulan terhadap sesuatu kemahiran atau unit pembelajaran yang dikenalpasti masih lemah melalui ujian yang dilaksanakan.

Secara mudahnya, tujuan perlaksanaan ujian sumatif ini menurut Mok Soon Sang (2009), Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008), dan Lee Shok Mee, Mok Soon Sang(1989) adalah : 1. Memberi gred kepada murid-murid berdasrkan pencapaian mereka dalam peperiksaan yang dijalankan sekaligus mengesan pemeringkatan gred mereka dari satu ujian kepada satu ujian yang seterusnya seperti ujian percubaan UPSR dan peperiksaan UPSR yang sebenar. 2. Mengenalpasti kesesuaian dan keberkesanan sesuatu perlaksanaan kurikulum secara menyeluruh seperti program KBSR, PPSMI dan sebagainya. 3. Membolehkan guru membuat ramalan terhadap pencapaian murid dalam peperiksaan seterusnya. 4. Merekod keputusan murid dalam rekod profil. 5. Menempatkan semula murid mengikut kedudukan berdasarkan pencapaian mereka dalam kumpulan yang sesuai. 6. Ujian sumatif yang dilaksanakan secara berpusat seperti PMR dan SPM dapat memberi maklumat berkaitan pencapaian murid seluruh negara. Perlaksanaan ujian sumatif ini seterusnya dilaksanakan ke atas sekumpulan murid secara berkelompok seperti semua murid tahun 6 SK Kuala Medang menduduki peperiksaan akhir penggal dan semua murid tingkatan 3 di seluruh Malaysia menduduki PMR pada bulan 9 ini.Tidak seperti ujian formatif, ujian sumatif hanya boleh dilaksanakan secara formal sahaja seperti ujian kertas-pensel.

Tujuan Penilaian Formatif: memperbaiki pengajaran pembelajaran. meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran. memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada

penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik. menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan. memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa. guru dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal persekolahan. mengubah suai pengajaran seseorang guru. guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian. memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid.

menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topiktopik pembelajaran.

Tujuan Penilaian Sumatif: membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian. memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang

ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan. mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan. dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan. memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai