Anda di halaman 1dari 24

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR KARNIVAL SUKAN TRADISIONAL TAHUN 2013

AJK perasmian dan sambutan bersedia untuk menyambut tetamu kehormat.

Karnival sukan ini dirasmikan oleh penolong ketua jabatan iaitu Tuan Syed Kamal.

Semua peserta beratur dan bersedia untuk perasmian Karnival Sukan.

Peserta sedang bersedia untuk pertandingan permainan.

Permainan Tarik Upih dijalankan menggunakan sistem secara perlumbaan dengan 4 orang wakil dari setiap kumpulan dipilih untuk bermain. 3 orang sebagai penarik pelepah dan seorang akan menjadi penumpang.

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR KARNIVAL SUKAN TRADISIONAL TAHUN 2013 PROGRAM TARIKH TEMPAT OPSYEN TERLIBAT : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN : 18 MAC 2013 PADANG IPG KTI : SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2011 IAITU PISMP BC/PJ/PSK 1, PISMP BC/PJ/PSK 2, PISMP SN/PJ/BC. PISMP MT/PJ/BC, PISMP MT/PJ/BT dan PISMP BT/PJ/PSK

TAJUK : KARNIVAL SUKAN TRADISIONAL (A) LAPORAN AKTIVITI / PERISTIWA Karnival Sukan Tradisional ini disertai oleh guru dari semester 5 Ambilan Januari 2011 iaitu PISMP BC/PJ/PSK 1, PISMP BC/PJ/PSK 2, PISMP SN/PJ/BC. PISMP MT/PJ/BC, PISMP MT/PJ/BT dan PISMP BT/PJ/PSK Karnival sukan ini dirasmikan oleh penolong ketua jabatan iaitu Tuan Syed kamal dan aktiviti sesi pertama dijalankan sejurus upacara perasmian tamat. Permainan tradisional sesi pertama yang dijalankan ialah Permainan

Harimau dan Kambing(Aade-puli-atem')dengan wakil kelas kami iaitu Tan Yen Ping, Tarik Upih diwakili oleh Yip Sung Yu, Lee Siaw Ning, Kenny Moses Ak Beruin dan Karen Lim Hui Chze dan Permainan Galah Panjang oleh Gan Yi Ting, Tiong Wei Wei, Vivien Ting Tien Fong, Loh Yi Qi dan Lim Qi Hui. Permainan Ketiting pula diwakili oleh Wong Wan Yan dan Sia Kee Hie dan permainan Laga Ayam oleh Ong Yu Jun dan Tea Ann Soon. Permainan Harimau dan Kambing(Aade-puli-atem' ) dimainkan hampir sama dengan permainan catur dan menggunakan biji-biji saga atau manikmanik yang kecil berperanan sebagai kambing dan biji-biji asam jawa atau manik-manik yang lebih besar berperanan sebagai harimau. Permainan ini dimainkan oleh dua orang dengan seorang berpihak pada harimau dan seorang lagi berpihak pada kambing. Permainan Tarik Upih pula menggunakan sistem secara perlumbaan dengan 4 orang wakil dari setiap kumpulan dipilih untuk bermain. 3 orang sebagai penarik pelepah dan seorang akan menjadi penumpang. Seterusnya, permainan Galah Panjang dimainkan dengan membahagikan kepada kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan iaitu 6 orang satu kumpulan. Permainan ketiting pula diwakili oleh 2 orang setiap opsyen dengan mencampakkan buah ke dalam petak dan melompat dengan sebelah kaki berpandukan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Selepas itu, guru pelatih mengambil kudapan sebelum meneruskan pertandingan untuk sesi kedua. Pertandingan permainan tradisional sesi kedua iaitu Kabadi diwakili oleh Lee Siaw Ning, Bong Chiew Lee, Vivien Ting Tien Fong, Loh Yi Qi dan Wong Wan Yan. Permainan Seremban diwakili oleh Karen Lim Hui Chze, Gan Yi Ting dan Lim Qi Hui, Permainan Tali Getah oleh Ong Yu Jun dan Kenny Moses Ak Beruin serta Permainan Sepak Raga yang diwakili oleh Boon Wei Shen, Ng Hao Jie, Tiong Wei Wei, Diana LO Kang Joo dan Sia Kee Hie. Permainan Guli pula diwakili oleh Yap May Chewn dan Tea Ann Soon.

Permainan Kabadi dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada lima pada setiap kumpulan. Satu pasukan akan bertindak sebagai pasukan penyerang manakala pasukan yang satu lagi bertindak sebagai pihak pertahanan. Permainan Seremban dimainkan dengan menabur dan mengutip buah dan berbeza pada setiap pusingan dengan kesukaran bermain ditingkatkan. Kemudiaan untuk Permainan Tali Getah, pemain dikehendaki lompat dan melepasi tali yang dihadkan pada ketinggian yang berbeza dengan meningkat ketinggian pada setiap pusingan. Permainan Sepak Raga pula dengan setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang pemain ( 2 orang pemain lelaki 3 orang pemain perempuan). Permainan dimainkan dalam bulatan yang dihadkan dengan pemain boleh menimang bola menggunakan bahagian peha, dada, kaki dan kepala sahaja. Bagi Permainan Guli pula, Pemain pertama akan menjentik dengan mengguna ibu gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Pertandingan permainan tradisional ini dijalankan secara serentak bagi setiap sesi dan diwakili oleh wakil yang berlainan bagi setiap opsyen. Pertandingan permainan tradisional ini dijalankan dengan lancar dengan mendapat kerjasama dan penglibatan yang aktif oleh semua guru pelatih. Guru-guru pelatih mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk keadilan dan kesaksamaan pertandingan dijalankan. (Lampiran 1: Buku Peraturan sebagai rujukan. Masjis penutupan dijalankan pada pukul 4.30 petang dan disempurnakan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani iaitu Puan Rasidah binti Suib. Penyampaian hadiah juga dijalankan dengan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Keputusan bagi karnival sukan tradisional ini adalah seperti berikut: Johan Naib Johan Tempat Ketiga : PISMP BT/PJ/PSK : PISMP MT/PJ/BT : PISMP MT/PJ/BC

Tempat Keempat : PISMP BC/PJ/PSK 2 Tempat Kelima Tempat Keenam : PISMP SN/PJ/BC : PISMP BC/PJ/PSK 1

Kesimpulannya, karnival sukan tradisional ini dijalankan dengan berjaya dan menjadi batu loncatan kepada bakal-bakal pendidik ini untuk mengenali permainan-permainan tradisional di Negara kita dengan lebih mendalam.

(B) ISU / MASALAH Tiada

Analisis SWOT (C) KEKUATAN 1. Cuaca yang cerah dan sesuai Cuaca yang sesuai dan cerah membantu pertandingan bagi permainan tradisional dijalankan dengan lancar. 2. Guru pelatih menyertai secara aktif Setiap opsyen menghantar wakil dalam permainan tradisional yang berlainan. Guru pelatih bermain dengan bersungguh-sungguh untuk

memenangi pertandingan. 3. Guru pelatih dapat mempelajari tentang permainan tradisional kaum

Lain-lain Guru pelatih dapat melibatkan diri dalam pelbagai jenis permainan tradisional kaum Guru pelatih dapat mempelajari dan memhami dengan lebih mendalam lagi tentang permainan tradisional kaum lain 4. Mampu menampilkan ciri-ciri nilai, etika dan akhlak sebagai seorang guru. Semua guru pelatih memakai baju dengan kemas dan sopan semasa menyertai pertandingan. Guru pelatih mematuhi peraturan-peraturan pertandingan.

(D) KELEMAHAN 1. Tidak dapat menyertai semua permainan yang diadakan Oleh kerana pertandingan yang dijalankan serentak, guru pelatih tidak dapat menghayati semua permainan tradisional yang diadakan atau menyertainya. (E) PELUANG 1. Bakal guru meningkatkan pengetahuan mengenai pelbagai jenis permainan tradisional kaum-kaum di Malaysia. 2. Bakal guru dapat melibatkan diri dalam permainan tradisional pelbagai jenis kaum. 3. Bakal guru mendapat pengalaman dalam mengendalikan sesuatu kejohanan atau karnival sukan.

(F) ANCAMAN TIADA

(G)PENAMBAHBAIKAN 1. Boleh membuka pertandingan permainan tradisional ini kepada guruguru pelatih lain di Insititut untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada orang yang lebih ramai dan menghayati serta menghargai khazanah yang begitu berharga ini.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

________________ ( ) (

______________________ )

REFLEKSI BONG CHIEW LEE Pada 18 MAC 2013, IPG Kampus Temenggong Ibrahim telah menganjurkan Karnival Sukan Tradisional. Karnival Sukan Tradisional ini disertai oleh guru pelatih dari semester 5 Ambilan Januari 2011 iaitu PISMP BC/PJ/PSK 1, PISMP BC/PJ/PSK 2, PISMP SN/PJ/BC. PISMP MT/PJ/BC, PISMP MT/PJ/BT dan PISMP BT/PJ/PSK. Dalam Karnival Sukan Tradisional, setiap opsyen hendak memilih permainan tradisional sesuatu kaum dan mengedalikan permainan tradisional yang dipilih dalam Karnival Sukan Tradisional. Saya dan ahli kumpulan saya telah membuat perbincangan dan akhirnya telah memilih permainan

tradisional laga ayam. Kami telah mencari maklumat tentang permainan tradisional ini seperti cara permainan, peraturan dan cara mengira markah dan sebagainya. Selepas permaianan tradisional laga ayam ini telah berjaya dilulus dan boleh dijalankan dalam Karnival Sukan Tradisional , saya dan ahli kumpulan saya pun menyediakan alat peralatan yang hendak digunakan seperti kon, tali dan jam randik. Kami juga membuat borang penyertaan dan juga borong pemarkahan. Pada hari tersebut, saya dan ahli kumpulan saya pun menyediakan alat peralatan sebelum permainan dimulakan. Apabila peserta-peserta

semuanya telah berkumpul, ahli kumpulan saya memberikan penerangan peraturan dan permainan dimulakan. Saya sebagai pegawai mengawasi sepanjang permainan dan menentukan peserta pemenang. Permainan laga ayam dijalankan dengan lancar dan Berjaya. Semua peserta melibatkan diri dalam permainan laga ayam dengan bersungguh-sungguh. Tempat pertama bagi permainan ayam laga adalah PISMP MAT /PJ/BT. Ini adalah kali pertama saya melibatkan diri dalam mengendalikan sesuatu aktiviti dan permainan. Saya mendapati mengendalikan sesuatu aktiviti atau membuat permainan bukanlah perkara yang mudah kerana hendak yang banyak. Selain itu, berkomunikasi dan

persediaan

bekerjasama antara ahli kumpulan juga amatlah penting untuk menjayakan sesuatu aktiviti atau permainan. Dalam melibatkan diri dalam aktiviti ini, saya telah mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman yang amat berfaedah kepada saya untuk menjalankan dan mengendalikan sesuatu aktiviti. Selain menjadi pegawai bagi permainan tradisional laga ayam , saya juga telah menyertai permainan Kabadi dengan rakan saya. Permainan

Kabadi adalah permainan tradisional kaum India dan ini adalah kali pertama saya bermain permainan ini. Permainan Kabadi dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada lima pada setiap kumpulan. Satu pasukan akan bertindak sebagai pasukan penyerang manakala pasukan yang satu lagi

bertindak sebagai pihak pertahanan. Walaupun pasukan saya telah kalah dalam permainan ini, tetapi saya sangat berminat dalam permainan ini. Permainian ini amat pentingkan kerjasama antara ahli kumpulan. Ahli kumpulan hendak bekerjasama dan hendak mempunyai strategi untuk menang permainan ini. Saya berasa sangat gembira kerana dapat mempelajari dan memahami tentang permainan tradisional kaum lain dan telah mempelajari nilai murni melalui permainan ini. Oleh kerana masalah masa yang tidak cukup dan pertandingan permainan dijalankan serentak, saya tidak dapat melibatkan diri dalam semua permainan tradisional yang dijalankan. Tetapi, saya dan rakan-rakan saya saling berkongsi pengalaman selepas menyertai permainan lain-lain. Perkongsian pengalaman antara masing-masing telah menambahkan ilmu pengetahuan saya dan lebih memahami permainan tradisional kaum lain walaupun saya tidak dapat melibatkan diri dalamnya. Kesimpulannya, karnival sukan tradisional ini dijalankan dengan berjaya dan menjadi batu loncatan kepada bakal-bakal pendidik ini untuk mengenali permainan-permainan tradisional di Negara kita dengan lebih mendalam. Sebagai seorang pendidik pada masa depan, saya akan berusaha untuk mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang telah pelajar dalam aktiviti ini untuk mendidik pelajar-pelajar masa depan demi pembangunan diri, pelajar, sekolah, masyarakat dan juga negara. REFELKSI BOON WEI SHEN Tugasan mata pelajaran Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan kali ini berkaitan dengan merancangkan satu

pertandingan permainan tradisioanal. Dalam tugasan ini, guru pelatih diminta mengelolakan satu pertandiangan permainan tradisional.
Permainan

tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek

moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat.

Sebelum kami memulakan kerja khusus ini, pensyarah telah menjelaskan kerja kursus ini kepada kami dengan teliti dan mendalam sepanjang menyiakan tugasan kami. Bimbingan beliau amat berguna dan memanfaat kami. Selepas mendengar penjelasan daripada pensyarah

tentang kerja kursus ini. Kami telah pergi ke perpustakaan institut untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan permainan tradisioanal. Selain daripada mencari maklumat daripada buku rujukan, kami juga mencari

maklumat melalui internet .Selepas mencari maklumat saya dan kawan sekumpulan saya berbincang dan memilih maklumat yang kami dapati melalui internet dan buku rujukan. Melalui tugasan ini, saya sedar bahawa untuk mengelolakan satu pertandingan terdapat banyak perkara yang kena dipertimbangkan. Antara perkara yang kena diambil kira ialah kesesuaian permainan tradisional yang hendak dipertandingkan dari segi keselamatan dan peraturan. Selain daripada permainanan yang hendak dimanakan, tempat menganjurkan pertandingan juga kena dipertimbangkan. Selain itu, tarikh juga perlu diambil kira kerana jika tarikh ditetapkan di musim hujan maka kemungkinan besar akan hujan semasa pertandinagan dijalankan. Walaubagaimanapun, saya juga menghadapi pelbagai masalah semasa menjalani kerja khusus ini. Masalah perdana yang saya hadapi semasa menjalankan kerja kursus ini ialah saya tidak boleh membezakan permaianan tradisional dengan permainan kecil. Dengan bantuan daripada pensyarah dan rakan-rakan akhirnya saya dapat mengatasi masalah ini. Kesimpulannya, saya akan mengguna pengetahuan yang saya dapat melalui kerja khusus ini pada masa depan dengan sebaik mungkin dan menganjurkan pertandingan yang bermutu tinggi .

REFLEKSI DIANA LO KANG JOO Guru pelatih PISMP semester 5 telah berjaya merancang dan mengelolakan satu Karnival Permainan Tradisional. Karnival untuk

melengkapkan tugasan Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan pada semester ini. Guru pelatih dari semester 5 telah berjaya melaksanakan pertandingan ini dengan jayanya bermula dengan pelantikan

AJK sehingga berakhirnya karnival ini pada 18 Mac 2013 Sebelum menjalankan kejohanan ini, kami telah mengadakan

beberapa mesyuarat. Perjumpaan yang pertama melibatkan aktiviti pelantikan ahli jawatankuasa tertinggi seperti pengerusi dan sebagainya. Perlantikan ini adalah bertujuan bagi pengurusan hari kejohanan akan berjalan dengan lancar. Mesyuarat-mesyuarat seterusnya diadakan bagi mengemaskini aktiviti serta perkara-perkara yang berkaitan dengan pertandingan ini. Melalui aktiviti seperti ini, Saya dapat melatih diri saya supaya lebih memahami akan aspek pengurusan dan juga mengelolakan sesuatu program yang diberikan sebagai amanah untuk disempurnakan. Kami juga telah menjalankan perjumpaan pemilihan permainan tradisional yang bersesuaian untuk karnival kami. Setiap opsyen perlu membuat 3 cadangan permainan tradisional untuk dimainkan pada hari tersebut. Perkara yang harus ditimbangkan adalah seperti berikut :1. Cara bermain 2. Peraturan 3. Masa yang diperlukan 4. Keselamatan 5. Peralatan Undian dijalankan untuk memilih permainan tradisional yang bersesuaian dengan karnival kami. Permainan yang dipilih daripada kelas kami adalah Laga Ayam dan Lompat Getah.

Setiap kelas telah dibahagikan tugas untuk mengurus dua permainan bagi setiap kelas. Jadi, setiap ahli kelas perlulah bertanggungjawab terhadap permainan yang akan dikelolakan. Setiap kelas dapat melaksanakan dengan jayanya dan perjalanan setiap permainan adalah lancar. Setiap guru pelatih memberikan bantuan dan kerjasama yang baik. Setiap permainan dijalankan

di Padang IPGKTI. Ini memudahkan pergerakan peserta dan juga urusetia. Jadi, ini menunjukkan betapa pentingnya pengurusan tempat dan juga pembahagian jawatankuasa untuk memastikan permainan dapat dijalankan tanpa menggunakan masa yang lama untuk bergerak dari satu tempat permainan ke satu tempat permainan yang lain. Permainan dimainkan dalam dua sesi. Setiap sesi merangkumi enam permainan Jelaslah bahawa pengurusan masa itu sangat penting dalam merancang sesuatu program supaya masa yang diperuntukkan untuk setiap permainan dapat dijalankan mengikut perancangannya. Karnival ini sebenarnya banyak memberi pengalaman dan

pendedahan kepada saya berkenaan permainan tradisional yang telah wujud sebelum ini. Mungkin ada di antara rakan-rakan guru pelatih semester 5 yang belum pernah mencuba permainan tradisional ini. Jadi, dengan karnival ini, satu pengalaman dapat diperolehi dan ianya sangat berguna untuk kita aplikasikan atau kelolakan karnival seperti ini di sekolah nanti Secara keseluruhannya, karnival ini telah banyak membantu membina jati diri sebagai seorang guru yang bakal mendidik anak bangsa pada masa akan datang. Kejohanan ini juga turut mendidik diri saya dan guru pelatih yang lain dalam melakukan pengurusan dari segi pelbagai aspek yang akhirnya dapat menyempurnakan sesuatu program. Kesimpulannya, Karnival Sukan Tradisional yang dijalankan serta dikelolakan oleh kami memberikan impak yang positif dalam melahirkan modal insane guru yang beraspirasi tinggi lantas menjayakan hasrat melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di samping meneruskan warisan permainan tradisional yang dimainkan oleh masyarakat yang lama. Saya dan juga rakan-rakan guru pelatih sangat berpuas hati denga hasil yang telah berjaya kami laksanakan ini. Semoga, segala perancangn, pengurusan dan pengelolaan karnival ini akan dapat kami aplikasikan apabila kami berada di sekolah nanti.

REFLEKSI- TEA ANN SOON Pertandingan Permainan Tradisional bagi pelajar-pelajar semester lima Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) telah diadakan pada 18

MAC 2013 di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim secara tertutup. Sebanyak enam buah kelas telah diberikan tugasan untuk menganjur dan mengelolakan pertandingan di mana setiap kelas diminta memilih 12 jenis permainan tradisional yang berbeza bagi setiap kelas. Bagi kelas kami iaitu PISMP semester 5, SN/PJ/BC telah melalui perbincangan dan dipersetujui semua pelajar, 2 jenis permainan tradisional yang dipilih oleh opsyen saya ialah permainan laga ayam dan tali getah. 12 permainan telah diadakan pada hari tersebut. 6 permainan dalam satu sesi. Pertandingan ini telah berlangsung selama lebih kurang 3jam. Makanan dan minuman telah disediakan untuk semua orang. Semasa pertandingan, tiada kemalangan yang telah berlaku pada hari tersebut. Kami semua bermain dengan gembira dan ceria. Walaupun sesuatu permainan telah kalah, kami juga tidak akan berasa sedih kerana kalah dan menang merupakan satu proses dalam kehidupan yang biasa. Jika ingin menang, kami perlu berusaha dengan lebih supaya dapat mencapai matlamat yang diingini. Pada hari itu, cuaca sangat panas, kerana ia merupakan waktu petang, tiada angin dan matahari terik. Saya telah menggunakan krim perlindungan cahaya uv untuk menjaga kesihatan. Krim ini adalah untuk mencegah cahaya UV terus ke atas permukaan kulit. Selain itu, kulit tidak akan cedera atau hitam jika berada di bawah matahari yang terik. Sedikit masalah yang telah timbul pada hari itu merupakan dalam permainan Tarik upih. Daun yang digunakan mempunyai batang yang tajam, tangan peserta yang menarik batang daun itu akan mengalami kesakitan. Hanya beberapa opsyen yang menyediakan sarung tangan sendiri, manakala opsyen lain yang tiada sarung tangan akan mengalami kesakitan. Ia akan menjejaskan keputusan permainan dan akan mencederakan tangan peserta jika tidak berhati-hati. Saya berharap pada masa yang akan datang, sarung tangan disediakan bagi semua peserta digalakkan atau melicinkan bahagian

pegangan tangan batang daun tersebut. Secara keseluruhannya, pertandiangan permainan tradisional ini berlansung dengan lancar. Cuaca jaga dikira baik kerana tidak hujan semasa permainan diadakan. Dalam pertandingan ini, saya telah mengetahui cara pengelolaan dan pengurusan permainan tradisional ini. Pada masa yang akan datang, saya akan cuba menggunakan ilmu yang diperolehi untuk menguruskan masalah dalam sekolah. Selain daripada itu, saya juga telah mengetahui cara bermain setiap jenis permainan yang telah diadakan pada hari itu. Ia merupakan satu pengalaman yang amat bermakna. Ini kerana, pada zaman yang moden ini, kanak-kanak dan generasi muda kurang mempunyai masa dan peluang untuk memainkan permainan tradisional ini. Oleh itu, saya berharap kerajaan atau pihak NGO dapat mengadakan pertandingan permainan tradisional secara terbuka kepada orang remain untuk menyertai. Maka, permainan tradisional ini dapat diperkenalkan kepada mereka.

REFLEKSI NG HAO JIE Pada 18 Mac 2013, Karnival permainan tradisional telah dijalankan dengan lancar dan berjaya di padang IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Pengelolaan karnival ini adalah satu usaha ke arah perkembangan diri dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial. Kejayaan ini adalah disebabkan oleh kerjasama dan toleransi antara semua ahli jawatankuasa serta sokongan dari semua peserta. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli kumpulan saya dan jawatankuasa karnival permainan tradisional tersebut. Saya juga hendak berucap ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing yang sanggup mengorbankan masa dan memberi tunjuk ajar yang amat berguna sepanjang merancang dan menjalankan karnival ini. Sebelum karnival ini, saya berasa agak gembira kerana saya akan diberi peluang untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional. Selain dapat bermain permainan tradisional yang biasa saya main semasa kecil, saya juga diberi peluang bermain permainan tradisional kaum lain yang tidak pernah saya main seperti kabaddi, tarik upih dan lain-lain. Sepanjang karnival ini, saya telah melibatkan diri dalam pelbagai permainan tradisional. Walaupun saya tidak dapat bermain semua permainan yang dipertandingkan, saya masih dapat belajar cara bermain dan strategi permainan melalui pemerhatian serta menanya rakan yang berpengalaman. Permainan ini amat memerlukan strategi, kekuatan fizikal dan kerjasama kumpulan. Saya akan memperkenalkan permainan-permainan ini kepada murid-murid semasa saya mula berkhidmat di sekolah-sekolah pada masa depan. Semasa merancang dan menjalankan karnival ini, saya telah menghadapi masalah dalam pengurusan masa saya atas sepanjang beberapa minggu itu, pelbagai aktiviti perlu dijalankan seperti Mini Olahraga, Lawatan serta Forum Jabatan Sains. Untuk mengatasi masalah tersebut,

saya telah membuat jadual tugas individu saya supaya tugasan dan tanggungjawab saya dapat dijalankan dengan sempurna. Kerjasama antara saya dengan AJK yang lain membolehkan tugasan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun karnival ini telah dirancang dengan agak rapi, tetapi pengelolaan ini masih terdapat beberapa kekurangan. Pengurusan

permainan-permainan perlulah dibuat dengan lebih sistematik dan perlu ditetapkan sebelum peraturan dijalankan supaya pemain tidak keliru dengan peraturan semasa pertandingan dijalankan. Cara penyampaian mesej yang ringkas perlu pendek, tepat dan jelas. Demonstrasi perlu dijalankan supaya pemain dapat memahami dengan lebih jelas. Karnival ini memberikan pengalaman yang amat untuk bernilai kepada saya aktiviti semasa kokurikulum saya atau

dipertanggungjawabkan

mengelolakan

permainan kecil pada masa depan. Selepas menghasilkan tugasan projek ini, saya telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan. Saya akan menggunakan

pengalaman dan pengetahuan ini untuk membantu murid-murid saya pada masa hadapan. Dengan ini, saya mampu melahirkan murid-murid yang cemerlang dan sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Di samping itu, saya juga memahami tentang kepentingan bekerjasama dan toleransi dalam menjayakan sesuatu tugasan. Tanpa adanya semangat bekerjasama dan toleransi, sesuatu tugasan tidak mungkin dapat

dilaksanakan dengan berjaya. Nilai murni ini akan saya semaikan dalam diri saya. Saya akan menggunakan nilai murni ini semasa menjalankan apa-apa aktiviti atau program di sekolah pada satu hari nanti. Saya akan menunjukkan tahap kerohanian yang tinggi terhadap kerjaya ini bagi melahirkan insan berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara pada masa hadapan.

Sekian Terima Kasih.

REFLEKSI SIA KEE HIE Karnival sukan tradisional telah dijalankan dengan lancar pada 18 Mac 2013 ( Isnin ) dengan lancar dan berjayanya dengan mendapat kerjasama yang padu daripada semua pihak. Karnival ini dianjurkan dan disertai oleh guru dari semester 5 Ambilan Januari 2011 iaitu PISMP BC/PJ/PSK 1, PISMP BC/PJ/PSK 2, PISMP SN/PJ/BC. PISMP MT/PJ/BC, PISMP MT/PJ/BT dan PISMP BT/PJ/PSK. Karnival sukan tradisional ini banyak memperkenalkan pelbagai jenis permainan tradisional di Malaysia dan cara permainannya. Permainan tradisional sesi pertama yang dijalankan ialah permainan harimau dan kambing(Aade-puli-atem'), tarik upih permainan galah panjang, permainan ketiting dan permainan laga ayam. Permainan tradisional sesi kedua pula ialah kabadi, seremban, permainan tali getah permainan sepak dan permainan guli. Saya telah terlibat secara langsung dalam aktiviti pertandingan permainan tradisional ini iaitu ketingting dan permainan sepak raga. Pemain bagi permainan ketingting dikira berdasarkan jumlah rumah terbanyak yang dapat dikumpul oleh pemain. Kumpulan yang berjaya mengumpul markah yang tertinggi dalam masa yang diperuntukan (5 minit) akan dikira sebagai pemenang. Melalui aktiviti ini, saya belajar untuk bermain ketingting yang menguji teknik dalam melontar buah ke dalam petak dan menguji kemahiran psikomotor dalam melompat dan keseimbangan badan. Malah, saya juga menyertai dalam permainan sepak raga yang merupakan pengalaman baru saya kerana pertama kali saya terlibat dalam permainan ini. tambahan lagi, permainan ini selalunya dimainkan oleh golongan lelaki. Di samping itu, kelas kami juga memainkan peranan dalam

sesi perasmian dan penutupan. Kami berjaya untuk menunjukkan ciri-ciri yang membawa makna tradisional dengan pemakaian baju-baju tradisional semasa membuat sambutan bagi kedatangan tetamu jemputan. Melalui penganjuran karnival sukan tradisional ini banyak iktibar dan pengalaman yang saya perolehi. Walaupun karnival sukan tradisional ini diadakan antara guru pelatih semester lima sahaja tetapi ia tetap membantu dalam memupuk integrasi nasional antara pelbagai kaum di kalangan siswa guru. Siswa guru saling bersaing membantu dalam membina persaingan secara positif dan membina semangat ingin menang dalam diri guru pelatih. Semangat ini mendorong guru untuk sentiasa berusaha dan sentiasa ingin mencuba untuk perkara yang baru. Malah, kami juga didorongkan untuk berfikir secara kreatif dan inovatif dalam mencipta peralatan permainan apabila kekurangan kemudahan dan peralatan yang sedia ada. Dengan itu, kami dilatih untuk menjadi guru yang berkesan dengan memiliki ilmu pengetahuan yang luas dan sentiasa mengajar dengan menggunakan pelbagai pedekatan yang menarik semasa P&P. Guru boleh menyelit nilai menghargai permainan tradisional dalam pengajaran di samping membina persekitaran bilik darjah yang tidak membosankan. Tambahan lagi, karnival ini menjadi batu loncatan kepada bakal-bakal pendidik dalam mengenali permainan tradisional Negara dengan lebih mendalam. Aktiviti ini juga mewujudkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertanggungjawab dan melahirkan generasi yang aktif. Tetapi, untuk penambahbaikan, pertandingan permainan tradisional ini boleh terbuka kepada orang ramai untuk mewujudkan interaksi dan memupuk semangat internasional antara pelbagai kaum yang lebih luas. Kesimpulannya, pengelolaan karnival sukan ini banyak memberi input bagi seorang bakal guru untuk melaksanakan program di sekolah kelak. Menurut Lieberman, yang merumuskan profesion perguruan iaitu:

Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh seorang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, berdedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi serta mempunyai autonomi dalam tugas dan mematuhi kod etika yang telah ditentukan oleh organisasi.

REFLEKSI YIP Q YUEN Karnival Permainan Tradisional telah diadakan dengan jayanya pada 18 Mac 2013 (Isnin), dari pukul 2 petang hingga 6.30 petang, bertempat di padang IPG. Sebanyak 6 opysen yang terlibat dan sebanyak 10 permainan telah dipertandingkan pada hari tersebut. Walaupun saya tidak menyertai sebarang permainan tradisional, saya menjadi hakim bagi permainan laga ayam dan permainan lompat tali getah, serta berpeluang menyaksikan pertandingan yang sengit antara peserta-peserta permainan tersebut. Melalui penyertaan sepenuhnya dalam karnival permainan tradisional ini, saya telah menyedari tentang kepentingan organisasi dan pengelolaan yang sistematik dan berkesan terhadap kejayaan penganjuran sesuatu program atau aktiviti. Sebelum pelaksanaan program atau aktiviti, kerja persediaan yang rapi perlu dijalankan terlebih dahulu seperti pemilihan ahli jawatankuasa kerja, pemilihan tarikh, masa dan tempat yang sesuai, penyusunan perjalanan atau tentatif program, penyediaan peralatan, hadiah, jemputan tetamu kehormat dan lain-lain lagi. Jika semua ini tidak dirancang dengan baik dan teratur, program tidak dapat berjalan dengan lancar. Oleh itu, organisasi dan pengelolaan adalah penting terhadap kejayaan sesuatu program. Selain itu, saya juga menyedari tentang kepentingan permuafakatan dan toleransi dalam proses pengelolaan sesuatu program. Sepanjang

perbincangan yang telah diadakan bersama sebelum program berlangsung, pelbagai masalah dan percanggahan pendapat telah timbul. Jika kami tidak mengamalkan permuafakatan dan toleransi antara satu sama lain,

perbincangan tidak akan membuahkan hasil dan pengelolaan program tidak dapat diteruskan dengan baik. Berkat kerjasama dan kolaborasi yang telah diberikan oleh semua pihak yang terlibat, akhirnya kami berjaya

menyelesaikan semua masalah yang timbul dan mengadakan Karnival Permainan Tradisional ini dengan jayanya. Pada hari Karnival Permainan Tradisional, walaupun cuaca adalah sangat panas, tetapi semua guru pelatih yang terlibat telah menunjukkan kesabaran yang tinggi, malah masih bersungguh-sungguh dan bersemangat tinggi untuk menyertai setiap permainan. Semua peserta juga mempamerkan kegigihan untuk mendapat kemenangan bagi opysen masing-masing, dengan mencuba dan mencabar permainan tradisional dengan sepenuh hati. Walaupun ada yang tidak mendapat kemenangan, tetapi mereka tidak berputus asa dan bersedih kerana mereka telah melakukan yang terbaik. Melalui Karnival Permaian Tradisional ini juga, saya telah mempelajari bahawa semangat kesukanan yang positif, iaitu penyertaan dengan sepenuh hati adalah mengatasi kemenangan. Walaupun opysen kami mendapat tempat kelima sahaja setelah tamatnya semua permainan, kami tidak bersusah hati dan menyalahkan mana-mana pihak. Sebaliknya, kami sangat menikmati keseronokan dan kegembiraan dalam proses penyertaan

permainan. Kami berkesempatan dan berpeluang membebaskan tekanan dan mengosongkan fikiran melalui Karnival Permainan Tradisional ini ketika dibebani oleh banyak tugasan dan aktiviti lain. Maka, penyertaan dengan sepenuh hati adalah lebih penting daripada kemenangan. Saya banyak mendapat kesedaran dan peningkatan diri setelah menyertai Karnival Permainan Tradisional ini. Saya telah mempelajari cara bermain permainan tradisional bangsa yang lain dan menyedari tentang

kepentingan mengenali dan mengekalkan warisan budaya bangsa masingmasing. Program ini telah berlangsung dengan jaya dan berkesan. Terima kasih kepada semua pensyarah dan guru pelatih yang bersama-sama menjayakan Karnival Permainan Tradisional ini. Diharapkan program sebegini dapat terus dianjurkan untuk memberi manfaat yang lebih banyak kepada pihak yang terlibat.

Anda mungkin juga menyukai