Anda di halaman 1dari 2

TEKNIK LARI PECUT

Terdapat dua teknik yang digunakan untuk memulakan larian iaitu gaya berdiri
dan gaya dekam. Kebiasaanya atlit menggunakan larian gaya berdiri bagi acara
pecut.

a. Gaya berdiri

i. Persediaan
peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum
arahan 'ke garisan' diberi.

ii. Ke garisan
Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat
kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang,
kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan.
bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.
condongkan badan ke hadapan.
kedua-dua belah tangan berada di sisi dengan tangan bertentangan
dengan kaki hadapan.



Rajah 1.3: Gerakan ke garisan

iii. Sedia
condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan.
bengkokkan lutut kaki hadapan dan kaki belakang tolak ke tanah.
badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol
ataupun tiupan wisel.


Rajah 1.4: Gerakan sedia

iv. Mula
pelari mula bergerak apabila mendengar bunyi tembakan dengan
menolak kuat kaki hadapan.


Rajah 1.5: Gerakan mula

Anda mungkin juga menyukai