Anda di halaman 1dari 1

Teknik Menjawab sains UPSR (B) 1. Memahami langkah dan panduan menjawab soalan Sains 2.

Menggunakan teknik dan kaedah yang tepat memperolehi markah maksima Sains 3. Mempunyai keyakinan dan kesungguhan bagi memperoleh A dalam Sains UPSR 4. Mencari kata kunci dalam setiap soalan. a) mencari pembolehubah manipulasi(PM) : Maklumat / perkara / bahan yang berbeza atau diubah-diubah dalam sesuatu penyiasatan. b)Mencari pembolehubah bergerakbalas(PB) : Hasil / tindak balas / kesan di akhir penyiasatan yang dijalankan (etc..selepas 30 minit..) c)Pembolehubah Dimalarkan(PD) : : Perkara / alat / bahan yang ditetapkan (sama) supaya tidak mempengaruhi hasil penyiasatan. 5. Menggunakan kata kunci di atas untuk menjawab soalan tujuan. :contoh, Untuk mengkaji hubungan di antara ____________(PM) dan __________(PB) 6.Menjawab Inferens : Mencari alasan /sebab bagi pemerhatian yang terdapat dalam eksperimens. 7.Menjawab Hipotesis /hubungan/ kesimpulan. : Semakin___________ (PM) , Semakin_____________(PB). @ Jika ______________(PM) maka _______________(PB). 8. Membuat ramalan :Meramal sesuatu peristiwa atau data berdasarkan fakta yang betul. 9.menjawab pola / corak : Menjawab pola berdasarkan pemerhatian pada (PB) :contoh seperti menaik,menurun,bertambah,berkurang,sama atau sekata. 8.Menjawab soalan yang meminta maklumat. : Anda perlu menyatakan pembolehubah (PM) atau (PB) atau (PD) * semoga tips -tips ini dapat memberi panduan untuk semua murid menjawab dengan baik dalam kertas sains bahagian B.

Anda mungkin juga menyukai