Anda di halaman 1dari 29

BAHAGIAN B

(40 markah)

Bahagian A
( 30 markah )
30 soalan ANEKA PILIHAN
Jawab semua soalan
Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 45 minit. Sekiranya kamu tidak
dapat menjawab sesuatu soalan, teruskan menjawab soalan berikutnya.

Bahagian B
( 20 markah )
4 atau 5 soalan SUBJEKTIF
Jawab semua soalan
Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit. Sekiranya kamu tidak dapat
menjawab
sesuatu soalan, teruskan menjawab soalan berikutnya.

1. MEMBUAT INFERENS
2. MENGAWAL PEMBOLEHUBAH
3. MEMBUAT HIPOTESIS
4. MERAMAL
5. MENTAFSIR DATA

Bahagian B
Jenis-jenis Soalan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Pembolehubah
Inferens (sebab/alasan)
Hipotesis
Hubungan
Maklumat
Ramalan/Anggarkan
Tujuan
Corak Perubahan/Pola Perubahan
Pemerhatian/Pemerhatian Lain
Kesimpulan

Jawapan Yang Baik


Jawapan yang baik ialah jawapan yang ringkas, tepat,
teratur dan lengkap serta memenuhi kehendak soalan
dan peraturan pemarkahan.

Memberi satu penerangan (sebab) yang


munasabah tentang pemerhatian.
Biasanya pengalaman atau pengetahuan
lalu (pemerhatian) dijadikan asas untuk
membuat kesimpulan awal tersebut.

1. Soalan Inferens
Maksud inferens - Nyatakan sebab yang munasabah/logik
berdasarkan pemerhatian.
Contoh jawapan
1.
Suhu bertambah
2.
Kerana suhu bertambah
3.
Disebabkan oleh pertambahan suhu yang sangat banyak.

3. Membuat Hipotesis
Pernyataan tentang sesuatu objek/peristiwa
berdasarkan pemerhatian yang berupa
penerangan yang mungkin betul atau tidak.
Hipotesis dibina berdasarkan inferens yang
dibuat. Hipotesis juga boleh merupakan
pernyataan hubungan antara pembolehubah
manipulasi dengan pembolehubah
bergerakbalas.

Elakkan membuat pernyataan hipotesis yang


terlalu umum melalui penggunaan perkataan
seperti bergantung / mempengaruhi /
berkadar terus

2. Soalan Hipotesis
Maksud hipotesis - Perbandingan di antara dua pembolehubah
iaitu pembolehubah manipulasi dan
pembolehubah bergerakbalas.

Contoh jawapan
-

Eksperimen penyejukan air

1.

Semakin bertambah masa semakin berkurang suhu.


corak perubahan

2.

pm

corak perubahan

Jika bertambah masa maka berkurang suhu


corak perubahan

pm

corak perubahan

pb

pb

Ringkasan jawapan
-

Ada dua cara :

1.
2.

Semakin........... semakin
Jika ............... maka

1.

Semakin _____________ ____________ semakin ___________ ____________.


corak/pola
pm
corak/pola
pb

2.

Jika _____________ ____________ maka


corak/pola
pm

___________ ____________.
corak/pola
pb

3. Soalan Hubungan

- sama seperti jawapan hipotesis -

4. Soalan Pembolehubah
i) Pembolehubah yang dimanipulasikan sengaja dikawal oleh orang yang
melakukan eksperimen/ujikaji
- berbeza
ii) Pembolehubah bergerakbalas

- hasil eksperimen

iii) Pembolehubah yang dimalarkan

- tidak mengganggu keputusan


eksperimen

- sama
Syarat

Objek tidak boleh berdiri sebagai pembolehubah.


Mesti ada parameter/sifat objek saiz batu, berat batu, jenis batu, bilangan
batu

Contoh Jawapan
1. air
jenis air, berat air, isipadu air, warna air, jumlah air
2. masa dan suhu - tidak memerlukan parameter

5. Soalan Maklumat
-

Sama seperti jawapan pembolehubah

Jawapan
pm dan pb sahaja
Jangan jawab pembolehubah malar

Contoh Jawapan :
1.

Isipadu air
(parameter) (objek)

2.

Ketinggian pokok
(parameter)

(objek)

6. Ramalan
Jawapan:
1.
2.

Angka / nombor
Ayat

Contoh Jawapan :
1.

Angka / nombor
20 cm, 50 m, 2 jam

2.

Ayat
- Haiwan S akan bertambah

7. Tujuan
Jawapan:
Untuk mengkaji hubungan antara____________ dengan ________________.
pm

pb

Untuk menyiasat hubungan antara _____________ dengan _______________ .


pm
pb

Contoh Jawapan :
1.

Untuk mengkaji hubungan antara masa dengan suhu air


pm

2.

pb

Untuk mengkaji hubungan antara kuantiti baja dengan kesuburan pokok.


parameter objek
pm

parameter objek
pb

(Calon tidak boleh tertinggal satu patah perkataanpun semasa menjawab soalan ini )

8. Corak / Pola Perubahan


Jawapan :
1.
2.
3.

Bertambah, menaik, meningkat


Berkurang, menurun
Mendatar, seragam, sama, tidak berubah

9.

Pemerhatian/Pemerhatian lain

Jawapan:
1.
2.

Nyatakan mengikut kehendak soalan.


Jawapan hendaklah berdasarkan apa yang terdapat dalam
soalan.
(Jangan sekali-kali kamu menjawab apa yang kamu tahu)

Contoh
Pemerhatian
1.
2.

Pokok dalam pasu A lebih subur.


Pokok dalam pasu A lebih subur berbanding dalam pasu B.

Pemerhatian Lain (ciri-ciri)


SUBUR

1.
2.
3.
4.

Daun lebih besar


Bilangan daun lebih banyak
Saiz batang lebih besar
Pokok lebih tinggi
TIDAK SUBUR

1.
2.
3.
4.

Daun lebih kecil


Bilangan daun lebih sedikit
Saiz batang lebih kecil
Pokok lebih rendah

10. Kesimpulan
Jawapan :
1.
Buat rumusan tentang pemerhatian/keputusan eksperimen yang
betul.
2.

Ada ketika jawapannya sama dengan jawapan hipotesis.


Sekiranya hipotesis yang dibuat dapat dibuktikan benar pada
akhir eksperimen maka jawapan hipotesis boleh digunakan seb
agai kesimpulan bagi eksperimen tersebut.

3.

Jangan guna istilah yang umum seperti mempengaruhi atau


bergantung.

4.

Gunakan istilah seperti paling atau paling sesuai.

Jawapan Kesimpulan
( Rumusan tentang pemerhatian yang betul )
1.

Bentuk fasa Bulan paling besar / penuh pada 15


haribulan / pertengahan bulan .

2.

Saiz fasa Bulan paling kecil pada awal bulan / 5 haribulan dan
akhir bulan / 25 haribulan.

3.

Bentuk fasa Bulan semakin besar sehingga 15


haribulan / pertengahan bulan dan semakin kecil selepas
15 haribulan.

4.

Pada15 haribulan / pertengahan bulan, Bulan berbentuk


sfera/bulat/purnama dan pada awal bulan/5 haribulan dan
akhir bulan/25 haribulan (Bulan) berbentuk sabit.
Tolak jika menerangkan pemerhatian

SARANAN KEPADA CALON


UPSR SAINS 018
1.

Perlu menguasai kemahiran membuat pemerhatian dan inferens serta dapat membezakan
antara pemerhatian dengan inferens.

2.

Perlu memahirkan diri mencari pemerhatian lain.

3.

Perlu mempunyai kemahiran mengenal pasti pembolehubah dalam setiap penyiasatan


supaya boleh menjawab soalan yang berkaitan dengan tujuan, menyatakan hubungan
antara pembolehubah, membuat hipotesis dan membuat kesimpulan.

4.

Melatih diri menulis parameter bagi setiap pembolehubah yang dikenal pasti.

5.

Memperbanyakkan latih tubi menggunakan frasa/pernyataan bagi menulis ayat tujuan,


hipotesis dan kesimpulan.

6.

Baca dan fahami kehendak soalan serta kenal pasti kata kunci dan maklumat penting yang
terdapat dalam setiap soalan.

7.

Banyakkan latihan menganalisa data daripada jadual dan rajah.

SARANAN KEPADA GURU


1.

Melatih pelajar membuat eksperimen serta menggalakkan pelajar-pelajar menulis laporan sendiri
dengan menulis tujuan, hipotesis, mengenalpasti pembolehubah yang terlibat, membuat jadual dan
kesimpulan.

2.

Menunjukkan kepada pelajar perbezaan antara pemerhatian dan inferens.

3.

Memeperbanyakkan latihan mencari pemerhatian lain.

4.

Memahirkan pelajar mengenalpasti pembolehubah yang terlibat dalam suatu penyiasatan.

5.

Menunjukkan kepada pelajar penggunaan pembolehubah yang sama dalam ayat tujuan, hipotesis
dan kesimpulan.

6.

Memeperbanyakkan latihan menganalisa jadual dan rajah.

7.

Memberi penekanan kepada penggunaan istilah sains yang betul.

8.

Menggiatkan kerja amali dan aktiviti hands-on. Kerja lapangan/Buku skrap/Kuiz sentiasa dimasukkan
dalam kaedah P&P bagi meningkatkan keupayaan minda pelajar-pelajar.

9.

Memeperbanyakkan latihan-latihan pengukuhan dan pengayaan berdasarkan soalan UPSR yang


lepas.

10.

Penguasaan Kemahiran Proses Sains (KPS) hendaklah diterapkan kepada pelajar bermula dari
Tahun Empat lagi.

Sesungguhnya Tidak Ada Pelajar


Merancang Untuk Gagal.
Yang Ada Hanyalah Pelajar Yang Gagal
Untuk Merancang.

HENDAK SERIBU DAYA


MAHU SERIBU UPAYA

WAHAIIIIIIII CALON-CALON
UPSR
SEKELIAN!!!!!!!
KAMU MESTI BERJANJI..

1. PASTIKAN A

2. PASTIKAN
DALAM
GENGGAMAN

5A

SAINS

Anda mungkin juga menyukai