Anda di halaman 1dari 4

Soalan Tamhidi PENILAIAN KEFAHAMAN : (01) Subjek : Al-Quran 1.

Apakah yang dimaksudkan dengan al Istiiazah dalam surah al-Nas dan kenapakah kita disuruh memohon perlindungan daripada Allah SWT sahaja? Al

2. Nyatakan nilai-nilai dan saranan tarbawi yang terdapat oleh surah al-Ikhlas?
Allah itu tempat pergantungan. Ayat 2 memberi makna segala sesuatu itu Dia yang mencipta,sebab itulah maka segala sesuatu itu kepadaNya lah bergantung. Abu Hurairah mengatakan ,maksud as-shamadu ialah segala sesuatu memerlukan dan berkehendak kepada Allah,berlindung kepadaNya,sedangkan Dia tidak berlindung pada sesiapapun.

3. Huraikan sebab-sebab turunnya surah al-Masad?

4. Apakah yang dimaksud dengan kalimah al Mufasolah dalam surah al -Kafirun? 5. Jelaskan sifat-sifat buruk manusia yang terdapat dalam surah al-Humazah?

6. Apakah hikmah disebalik ikatan iman dan amal solih dan berpesan -pesan dengan kebenaran dan kesabaran berdasarkan kefahaman anda terhadap surah asl -asr?

Subjek : Aqidah 1. Apakah pengertian ilmu tauhid ? serta nyatakan hukum mempelajari ilmu tauhid ? Ilmu Tauhid adalah ilmu yang membentangkan atau membincangkan dalil-dalil aqli (akal) dan naqli (al Quran & Hadith) bagi membuktikan kesahihan dan kebenaran akidah Islam. (Ar Rad:193). Atau dengan kata lainnya, satu ilmu yg membentangkan tentang wujudullah (adanya Allah) dengan sifat-Nya yang wajib, mustahil dan jaiz (harus), dan membuktikan kerasulan para rasul-Nya dengan sifat-sifat mereka yang wajib, mustahil dan jaiz, serta membahas segala hujah terhadap keimanan yang berhubung dengan perkara-perkara samiyat, iaitu perkara yang diambil dari Al-Quran dan Hadis dengan yakin. Hukum mempelajari ilmu tauhid merupakan fardu ain bagi setiap orang Islam, sama ada lelaki atau perempuan untuk mengukuhkan keimanan kepada Allah Taala, para rasul, kitabkitab, para malaikat, hari kiamat serta qadar baik atau buruk. (Muhammad:19) 2. Apakah kesan tidak memahami ilmu tauhid terhadap kehidupan manusia? Kesan dari tidak memahami ilmu tauhid adalah rosaklah akidah manusia itu. Kerosakan ini merebak ke dalam akhlak dan tindakan mereka lalu memudahkan ghazul fiqh untuk menyerang mereka. Org yg tidak memahami ilmu tauhid, imannya akan jadi lemah dan akan sentiasa melakukan dosa. Pada masa yg sama, ini akan menyebakan masyarakat menjadi rosak. Analoginya, org yg tidak mengetahui ilmu tauhid tidak ubah seperti haiwan. Hal ini kerana mereka tidak mengetahui mengapa mereka di hidupkan sehingga mereka. Tujuan hidup tidak diketahui.

3. Apakah sifat Allah yang dapat kita ketahui dengan berfikir mengenai makanan kita? Sifat Allah yg kita dapat ketahui dengan berfikir mengenai makanan adalah sifat seperti Dialah Yang Maha Memberi Rezeki, Yang MahaMengetahui, Yang Amat Mendalam Pengetahuan-Nya, Yang Maha Mengasihani dan lain-lain lagi.

4. Kenapa kesejukan bertambah apabila kita berada ditempat yang lebih tinggi? Bawakan dalil dari firman Allah membuktikan perkara di atas? Logiknya kita di puncak gunung yang tinggi kita semakin dekat dengan matahari tentulah kita bertambah panas tetapi sebaliknya merasa sangat sejuk kerana Allah menjadi udara sejuk yang mencapai ketinggian lapan batu dari aras laut oleh itu suhu kepanasan semakin rendah supaya wap air yang keluar dari laut akan kekal di atmosfera dan tidak berterusan naik sehingga ke langit.
Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya. (al Mukminun:18)

5. Apakah itu mukjizat? Serta nyatakan mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk menyokong baginda?
Mukjizat ialah perkara luar biasa yang Allah SWT berikan kepada nabi- nabi yang dikehendakiNya. Allah SWT. Hal ini utk membuktikan kerasulan para nabi dan rasul. Allah Taala telah menguatkan lagi bukti kenabian Muhammad SAW dengan perkara luar biasa atau lebih tepat sekali disebut sebagai mukjizat. Mukjizat agung yang hanya dikhususkan kepada Rasulullah SAW ialah peristiwa Isra dan Mikraj di mana tidak seorang nabi pun yang telah naik ke langit sehingga sampai ke sidratul muntaha dan memasukinya, kemudian kembali semula ke bumi pada malam yang sama melainkan nabi Muhammad SAW, nabi dan rasul terakhir. Mukjizat lain adalah kelahiran nabi Muhammad diceritakan dalam kitab terdahulu. Al-quran juga merupakan mukjizat terbesar kepada Rasullullah SAW. Pertolongan Allah dalam perang badar dan Ahzab dan lain-lain lagi.

6. Apakah ciri dan sifat yang membezakan al-Quran daripada kata-kata manusia? Dalam al-Quran terdapat mukjizat Allah yang menunjukkan bahawa ia adalah Kalam Allah. Antaranya kefasihan dan ketinggian balaghahnya yang tidak dapat ditandingi oleh orang terdahulu mahupun yang terkemudian. Bahasa Al-Quran tidak dapat ditiru oleh mana-mana sasterawan di muka bumi ini. Tambahan pula, ia kekal hingga ke hari ni kerana dipelihara oleh Allah. 7. Al-Quran adalah kitab hidayah dan mendahului ilmu-ilmu moden. Huraikan maksud kenyataan ini serta nyatakan contoh bagi menyokong kenyataan tersebut? Ketika membincangkan tentang manusia, tumbuh-tumbuhan atau mana-mana makhluk ciptaan- Nya, al Quran menjelaskan fakta sebenar perkara tersebut, tetapi ilmu manusia tidak memahami fakta tersebut dan hanya ditemui selepas beberapa kurun daripada penurunannya hasil dari kajian yg dibumi menggunakan technologi sains. Contohnya adalah pendedahkan sistem untuk mengkelaskan sistem embrio manusia. Walaupun Aristotle pengasas ilmu embriologi manusia sedar bahawa embrio ayam dihasilkan melalui beberapa peringkat dari kajiannya tentang telur ayam pada kurun ke 4 sebelum masihi namun dia tidak memberi apa-apa penerangan tentang tahap-tahap ini. Tiada seorangpun didalam sejarah ilmu embriologi pernah memberi penerangan yang jelas tentang ilmu embriologi sehingga kurun ke 20 masihi. Namun Quran memberi penerangan yang begitu jelas tentang tahap-tahap embriologi manusia sebelum manusia pernah menyentuh lagi berkenaan bab-bab embriologi manusia, lagilah mengenai tahap-tahapnya. Surah ke-23 Al-mukmin ayat 12-14 "Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia
dari pati(yang berasal) dari tanah, kemudian kami jadikan pati itu (setitis) air benih pada tempat penetapan yang kukuh, kemudian kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah

beku, lalu kami ciptakan darah beku itu menjadi daging, kemudian kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian kami balut tulang-tulang itu dengan daging. setelah sempurna kejadian itu, kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya, maka nyatalah Allah sebaik-baik pencipta"

8. Apakah pengertian alam Barzakh? Serta jelaskan maksud kehidupan di alam Barzakh? Barzakh bermaksud rintangan atau pemisahan. Alam barzakh ialah alam pertama daripada alam yang kekal abadi di akhirat. Semua orang yang berada di dalam kubur dinamakan hidup di alam barzakh. Alam ini berada di antara mati dan bangkit daripada mati. Kehidupan di alam barzakh adalah satu alam kehidupan yg akan kita lalui selepas kita mati sehingga berlakunya hari kiamat. (Mukminun:99-100) 9. Apakah yang dimaksudkan dengan titian al-Sirat, Syurga dan Neraka? Titian al-sirat adalah jalan yang berada di atas neraka Jahanam, ia menjadi laluan orang terdahulu dan terkemudian dari tempat perhimpunan. Para ahli syurga akan melalui titian terus ke syurga dan ahli neraka pula akan jatuh ke dalamnya. (Maryam:71-72) Syurga bermaksud Syurga adalah tempat kenikmatan bagi orang yang beriman. (Al Baqarah:25) Neraka bermaksud tempat menerima azab bagi orang munafik dan kafir. (Al Qaariah:8-11) 10. Apakah yang dimaksudkan dengan Qadar (Takdir)? Serta nyatakan pendirian mukmin terhadap qadar?. Qadar bermaksud ketetapan yang ditentukan oleh Allah kepada sesuatu perkara. Ketetapan tersebut terlaksana berdasarkan pereturan yang telah ditetapkan oleh Allah untuk perjalanan alam ini. (al Alaa:1-3). Para mukmin wajib beriman dan percaya bahawa Qadar baik dan buruk datang daripada Allah. Ia merupakan rukun Iman yang keenam.

Anda mungkin juga menyukai