Anda di halaman 1dari 11

STUDI AL-QURAN

Disusun oleh : AFINA BINTI MOHAMMAD BORHAN

Prodi : STUDI AGAMA-AGAMA

Nim : 11830325292

Kelas : SAA. A

PEMBIMBING : Ali Akbar M.Ag

PEKANBARU UIN SUSKA, RIAU

T.A 2018/2019
BAB I

PENDAHULUAN

Sedasawarsa ini meniti dari bibir ke bibir umat manusia dari segenap empat penjuru

dunia tentang isu kemukjizatan al-quran dan segala isinya. Seluruh dunia sering menimbulkan

tentang kesahihan al-qur’an dan isinya terutama sekali orang- orang yahudi. Hal ini kerana, dari

nenek moyang mereka lagi iaitu Namros (zaman nabi Ibrahim) bercita-cita untuk merosakkan

aqidah manusia dengan teologi kemusyrikan kepada Allah yang berkonsepkan agama trinity dan

paling utama mereka merupakan musuh Allah dan juga umat islam sepertimana yang telah

dicatat di dalam al- qur’an pada pembukaan surah( ummul kitab)

“Tunjukkilah kami jalan yang lurus iaitu jalan yang engkau beri nikmat kepada mereka

bukan jalan mereka yang dimurkai (yahudi) dan bukan pula jalan mereka yang sesat (nasrani).

Sudah jelas lagi, Allah memberi amaran keras dan awal bahawa mereka ini sangatlah licik

dengan membawa kesesatan kepada manusia di dalam muka bumi ini. Hal ini kerana, agama

sebelum datangnya agama islam semua sudah habis dicemari oleh mereka sehinggakan mereka

lari dari landasan yang betul kerana pada asalnya agama terseut dibawa oleh para utusan Allah,

rasul-rasul dalam menyampaikan dakwah seperti agama yahudi. Sebelum ini agama ini pada

awalnya merupakan agama yang diwahyukan Allah berlandaskan satu tuhan dan diturunkan

kitab taurat sebagai kitab panduan. Akan tetapi, agama ini telah dicemari oleh tentera tentera

syaitan iaitu keturunan Namros. Intinya, hanya agama Islam sahaja yang masih dipelihara malah

kitab Al-quran masih tidak berjaya diubah oleh manusia walaupun ada pelbagai cubaan mencipta

surah-surah baru. Hal ini berbalik kepada tajuk kita “KEMUKJIZATAN AL-QUR’AN”
BAB II

PEMBAHASAN

1. ILMU PENGETAHUAN
a) DEFINISI:

Pandangan Al-Qur’an tentang ilmu pengetahuan dan teknologi dapat diketahui prinsip
prinsipnya dengan menganalisis wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW.

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah


menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang paling pemurah,
Yang mengajar ( manusia ) dengan perantaraan Kalam. Dia mengajarkan kepada manusia
apa yang tidak di ketahuinya”

Kata ilmu berasal dari bahasa Arab (ilm). Dalam bahasa inggeris, kata ilmu memiliki
padanan kata science. Sementara dalam bahasa jerman, kata ilmu memiliki padanan kata
wissencschaft, dan dalam bahasa belanda sepadan dengan kata wetenschap (M.dawam
Rahardjo, 1996: 572). Dalam Al-qur`an, kata (ilm) diulang sebanyak 105 kali, lebih banyak
dari penyebutan kata (din: agama,keyakinan) yang sebanyak 103 kali. Kalu dihitung dengan
kata jadiannya, kata `ilm disebut tidak kurang dari 744 kali dalam Al-qur`an. Secara terperinci
bentuk dan frekuensi penyebutan kata tersebut adalah sebagai berikut;

 ( alima: 35 kali) - (ya`lamu: 215 kali),


 (i`lam: 31 kali), - (yuklamu: 1 kali),
 (`ilm: 105 kali), - (`alim: 18 kali),
 (ma`lum: 13 kali), - ( `alamin: 73 kali),
 ( `alam: 3 kali), - ( a`lam: 449 kali),
 (`alim atau `ulama: 163 kali) - (`allam: 4 kali),
 ( allama: 12 kali), - ( yu`allimu; 16 kali),
 ( `ullima: 93 kali), - ( mu`allam: 1 kali),
 ( ta`allama: 2 kali).

Sebelum turun Al-qur`an, kata `ilm dalam bahasa arab dipakai untuk menunjukkan
makna pengetahuan biasa. Tetapi turun melalui ayat-ayat Al-qur`an yang turun secara mutawatir.
Pengertian yang tepat tentang ilmu, setidaknya dapat dilihat dari dua segi, yaitu segi bahasa dan
istilah.

Bahasa: `Ilm memiliki makna yang sangat beragam meliputi berbagai bidang
pengetahuan manusia.

Istilah : `Ilm memiliki cakupan makna sangat luas, termasuk di dalamnya pengetahuan
yang berlandaskan pada bukti yang sistematik.

b) Apa ilmu-ilmu pengetahuan berdasarkan kebijaksanaan al-qur’an?

Sudah semestinya di dalam setiap kitab kitab suci yang diturunkan kepada para

rasul, Allah menyelitkan bukan sedikit malah banyak ilmu-ilmu pengetahuan yang kita tidak

jangka ada di muka bumi seperti ilmu sains, fizik, falak, ilmu hisab dan sebagainya. Setiap

kajian-kajian yang dilakukan oleh orang orang barat telah dinyatakan oleh Allah S.W.T di

dalam Al-qur’an 1400 tahun yang lalu. Bayangkanlah ilmu yang diberi oleh Allah pada kita

saat ini sangatlah sikit ibarat setitik air dari 7 lautan. Kenyataan dari Al Quran sebagai sumber

ilmu pengetahuan sudah tidak asing lagi di telinga umat islam . Tapi kalau membaca sendiri

mana ayatnya lalu mana ilmu pengetahuan yang didapatkan dari ayat tersebut mungkin itu yang

akan lebih menggetarkan hati.

 Keunikan cap jari manusia yang berbeza


Rahsia ungkapan tentang jari, iaitu cap jari manusia tidak dirungkaikan melainkan selepas

1000 tahun turunnya al-Quran. Kajian tersebut menunjukkan setiap cap jari adalah sesuatu yang

spesifik bagi setiap manusia, iaitu bentuknya adalah berbeza antara seseorang individu dengan

individu lain. Oleh itu mereka menggunakan cap jari ini sebagai tanda pengenalan bagi

seseorang individu.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Qiyamah ayat 3-4:

Bermaksud:

Patutkah manusia menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan

tulangtulangnya? Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun

jarinya.

- Sebelum tahun 1902 ‘Scotland Yard’ merupakan sebuah institusi penyelidikan dan

pengesanan jenayah di Britain menggunakan sistem Bertillon151 Selain itu institusi yang

mengesan jenayah di New York, Amerika Syarikat menggunakan sistem berkenaan sebelum

tahun 1903. Akibat daripada kelemahan yang wujud dalam sistem ini, antaranya ialah pada

tahun 1903 dapat dikesan dua individu iaitu Will West dan William West di Penjara

Persekutuan Levenworth Kansas, Amerika Syarikat yang mempunyai persamaan kelima-lima

aspek pengenalan diri yang ditentukan oleh sistem tersebut. Secara kebetulan pada tahun yang

sama Biro Siasatan Jenayah di Scotland Yard, England menjumpai penemuan baru bagi

1
Sistem Bertillon direka oleh Alphonse Bertillon seorang warga Perancis, adalah sistem untuk mengenal
identiti seseorang individu yang memerlukan kepada maklumat berikut: gambar muka, lebar dan panjang
muka,panjang kaki kiri, panjang tangan kiri dan panjang jari kelingking kiri.
mengenal identiti seseorang individu melalui cap jari 2. Mulai tahun berkenaan sistem Bertillon

tidak lagi digunakan.

 Kesan melakukan zina


Sesungguhnya ilmu perubatan telah membuktikan bahawa zina boleh merosakkan
kesihatan yang serius dan mengancam manusia dengan penyakit-penyakit venereal
(VDVenereal Disease) yang susah untuk diubati seperti sifilis, gonorea, herpes II dan AIDS.
Ia merupakan penyakit berjangkit hanya melalui sentuhan dan menjejaskan serta memberi
kesan yang buruk terhadap sistem saraf. Malah penyakit ini juga boleh mengakibatkan
kerosakan kekal terhadap tubuh badan dan kesan jangka panjang ia menjadikan mangsanya
menghidap sakit jantung, lumpuh, buta dan gila3
.
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Isra’ (17): 32

Maksudnya :
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan
yang keji dan satu jalan yang jahat.

Selain itu melakukan zina juga boleh menyebabkan kencing bernanah atau dikenali
sebagai penyakit gonorea, iaitu sejenis penyakit kelamin menjadikan yang berbahaya dan sukar
untuk diubati. Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Gonokukus yang boleh berjangkit melalui
perhubungan kelamin seseorang yang menghidapi penyakit ini. Mangsa penyakit ini hidup
dalam keadaan dilema kerana menyebabkan ia sukar untuk bergerak dan mentalnya pula tidak
dapat berfungsi dengan baik

2
Whitehead Don (1956) The FBI History. New York: Random House, h. 133.
3
Zulkifli Mohamad al-Bakri (2010),” Zina, Ancaman dan Hukumnya”, Majalah Solusi, Isu No. 21, hh. 101-
102.
 Penciptaan Alam Semesta
Dalam penjelasan umum, Allah menegaskan bahawa Dia lah menciptakan langit dan
bumi selama 6 hari. Allah tegaskan hal ini di tujuh ayat dalam al-Quran:-

“Sesugguhnya Tuhan kalian, yaitu Allah, Dialah yang menciptakan langit dan bumi
dalam 6 hari, kemudian Dia beristiwa di atas Arsy.4”

Keterangan lainnya Allah sebutkan di surah (Yunus : 3) (Hud:7), (al-Furqan: 59), (as-
Sajdah:4), dan (al-Hadid :4) . Para ulama’ telah berbeza pendapat pada menafsirkan ‫فِي ِستَّ ِة أَي َّٖام‬
iaitu penciptaan langit dan bumi pada enam masa dan padanya terdapat dua pendapat yang
disebutkan oleh al-Imam Ibn Kathir di dalam karyanya, al-Bidayah wa al-Nihayah iaitu:

 Pendapat jumhur mengatakan bahawa enam masa yang dimaksudkan itu adalah hari-hari
yang biasa sepertimana hari-hari kita sekarang ini.

 Manakala pendapat Ibn ‘Abbas R.Anhuma, Mujahid, al-Dahhak dan Ka’ab al-Ahbar pula
mengatakan bahawa setiap harinya itu bersamaan dengan 1000 tahun hari yang biasa.5

Apapun pendapat yang terdapat di dalam pembahasan ini, hanya Allah SWT sahaja
yang Maha Mengetahui. Dialah yang Maha menciptakannya dan kita dituntut menghayati
ciptaan-Nya itu adalah untuk kita berfikir dan merenung alam ini sambil bermuhasabah diri
bahawa sesungguhnya kita ini manusia yang tiada apa. Jika kita merenung alam ini dengan
sebaiknya, pasti akan terserlah kehebatan yang Maha Hebat Allah SWT dalam mentadbir
segala urusan. Pada penciptaan langit dan bumi itu akan kita perhatikan keteraturan,
keharmonian serta keindahannya yang tiada tolok bandingnya. Renunglah ke langit tatkala
malam yang dihiasi dengan rembulan dan bintang-bintang. Lihatlah hamparan daratan yang
terbentang luas dihiasi dengan gunung-ganang serta sungai dan lautan. Lihatlah juga pada
penciptaan manusia itu sendiri. Jelas menunjukkan kebesaran dan kehebatan Allah SWT.

c) Apa yang dapat saya pelajari?


4
QS. al-A’raf: 54).
5
[al-Bidayah wa al-Nihayah oleh Ibn Kathir. Dar al-Fikr, 1/15]
Al-Quran terus mengajak manusia menggunakan akal fikiran dan mata hati.
Al-Quran juga menggesa manusia berfikir, merenung dan mengambil iktibar daripada
semua kejadian alam. Renungan yang mendalam akan membawa insan ke arah
kesimpulan bahawa alam semesta ini dicipta oleh Allah s.w.t. Orang-orang yang
berfikir itu dikenali sebagai Ulul Albab di dalam al-Quran merupakan manusia yang
berjaya mengambil pengajaran daripada al-Quran serta dapat mengambil pengajaran
dari alam semesta dan segala penciptaan Allah s.w.t dengan akal dan hati yang
bijaksana . Dalam al-Quran menggunakan perkataan,

 “Apakah kamu tidak berfikir”? “Apakah kamu tidak melihat”?


 “Apakah kamu tidak mendengar”?

Sebagaimana dalam firman-Nya dalam Surah al-Ghashiah, (88:17-20) maksudnya:


Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat? Tidakkah
mereka memperhatikan keadaan unta, bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan
langit, bagaimana ia ditinggikan binaannya? Dan keadaan gunung-ganang
bagaimana ia ditegakkan? Dan keadaan bumi, bagaimana ia dihamparhkan?

Pengaruh dari kajian al-Quran telah meletakkan para ahli sains Islam dan
ilmu mereka di dalam lingkungan ketuhanan atau kerohanian. Ini mendorong mereka
untuk mendalami bidang tersebut. Suatu perkara yang amat penting ialah betapa ahli-
ahli sains Islam mempunyai pegangan dan meletakkan hanya Allah s.w.t sahajalah yang
Maha Mengetahui, Maha Berkuasa dan Maha Pencipta. Oleh itu setiap penyelidikan
yang dijalankan dan segala pengetahuan baru yang diperolehi itu akan membawa
mereka lebih dekat kepada Pencipta-Nya.
Al-Quran juga adalah kitab Allah s.w.t yang menjelaskan setiap sesuatu
ilmu kepada manusia. Sebagaimana firman-Nya dalam Surah Yusof (12:111) yang
berikut maksudnya:
“Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang
mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. Kisah Nabi-
nabi yang terkandung dalam al-Quran bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan,
tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu
daripadanya, dan ia sebagai keterangan menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi
hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang mahu beriman”

Terdapat banyak lagi contoh-contoh ayat-ayat al-Quran yang memerihalkan tentang


sains sebagaimana yang disenaraikan antaranya:
1. 11 ayat mengenai kimia
2. 24 ayat mengenai sains pemakanan.
3. 25 ayat mengenai asal usul kejadian manusia dan makhluk.
4. 27 ayat mengenai sains sosial.
5. 41 ayat mengenai kejuurteraan.
6. 60 ayat mengenai bumi
7. 69 ayat mengenai ransangan membuat kajian
8. 73 ayat mengenai Matematik.
9. 90 ayat mengenai pertanian.
10. 113 ayat mengenai astronomi.
11. 140 ayat mengenai geografi.
12. 144 ayat mengenai fizik.
13. 271 ayat mengenai perubatan.
14. 283 ayat mengenai biologi.

Pengkaji juga menyenaraikan beberapa contoh ayat-ayat al-Quran yang


berkaitan dengan sains tabii yang menyentuh berkaitan disiplin-disiplin kajihayat,
astronomi, perubatan, geologi, ilmu bumi, ilmu laut, ilmu angkasa lepas dan
sebagainya. Ayat-ayatnya adalah seperti dalam
 Surah Fussilat: (53 – 54),
 Surah Az-Zariyat : (20-21,)
 Surah Al-Tariq: (5 - 7,)
 Surah Ar-Rahman: (1-13,)

BAB III

KESIMPULAN

Melalui maklumat yang dinyatakan di atas, jelaslah bahawa al-Quran yang telah
diutuskan oleh Allah s.w.t mempunyai pelbagai keunikan khususnya dalam bidang ilmu
pengetahuan. Ayat-ayat yang terkandung dalam kitab suci ini mempunyai makna yang sangat
mendalam dan sudah pastinya membawa makna untuk kehidupan manusia. Bagi mendapatkan
hasil yang efektif sudah tentu kajian terhadapnya perlu dilakukan melalui integrasi teknologi dan
ilmu moden. Seharusnya satu kajian yang lebih komprehensif dalam pelbagai bidang ilmu
moden terhadap sains al-Quran perlu dilakukan ke arah transformasi ilmu demi faedah umat
sejagat.

Natijahnya, al-Quran dan hadis tidak pernah membeza-bezakan antara sains-teknologi


dan ilmu agama, malah kedua-duanya mempunyai pandangan yang jelas terhadap sains-
teknologi dan ilmu agama. Walau apa cara, bentuk dan penyampaian tentang sains-teknologi
dan ilmu agama dapat memberikan manfaat kepada para pencintaan ilmu. Dalam agama Islam
menyatakan sekeras-kerasnya bahawa ilmu perlu dituntut untuk dijadikan sebagai panduan
hidup dan tidak tergolong dalam golongan yang ke-5. Allah SWT dan Rasul tidak menentukan
apa-apa ketetapan untuk menimba ilmu dan dijanjikan kepada para pencinta ilmu akan diangkat
darjatnya oleh Allah SWT

BAB IV

DAFTAR PUSTAKA
 Zaheril Zainudin (2007), “Sumbangan Sains Islam Kepada Tamadun Manusia”,
dalam Nik Salida Suhaila Nik Saleh et. al. (eds.), Sains Islam Merentasi Zaman.
Bandar Baru Nilai: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.

 Zulkifli Mohamad al-Bakri (2010),” Zina, Ancaman dan Hukumnya”, Majalah


Solusi, bil. 21, Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd.

 Zawawi Ahmad.1996. Sains dalam Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka Ziauddin Sardar. 1989. Explorations In Islamic Science.
London & New York: Mansell Publishing Limited.

 Yahaya Jusoh dan Azhar Muhammad (2007), Pendidikan Falsafah Sains al-
Quran, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

 Colleen Belk and Virgina Borden Maier (2010), Biology : Science for Life, San
Francisco : Pearson Benjamin Cummings.

 Farhan Hadi Mohd. Taib, (2010) “Keajaiban kulit Manusia”, Majalah Solusi, bil.
25, Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd.

 John Hard (2000), Buku Besar Tentang Badan Manusia. Wan Fatah Wan
Yussoff (ter.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
 Azrina Sobrina (pnyt.). Membina Kekuatan Sains di Malaysia. Kuala Lumpur:
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
 Scott Freeman (2008), Biological Science, Third Edition, San Francisco:
Pearson Benjamin Cummings.
 Steven A. Koehler et. al. (2004), Crime Scene Investigation, New York: Elwin
Street Limited.

Anda mungkin juga menyukai