Anda di halaman 1dari 25

Kebimbangan Dalam Sukan (anxiety)

KEBIMBANGAN (ANXIETY)
Menurut Wann (1997), kebimbangan ialah sesuatu yang negatif dan boleh
mempengaruhi pencapaian atlit dalam sukan. Ia merujuk kepada tafsiran kognitif
yang dibuat oleh individu terhadap apa yang terdapat di persekitarannya. Jika
tafsiran tesebut menjurus kepada sesuatu yang mendatangkan kesan negatif, maka
ia menghasilkan kebimbangan.
Apabila memperkatakan kebimbangan di kalangan atlit maka perlu dijelaskan
mengenai kebimbangan tret dan kebimbangan seketika. Berdasarkan kepada Silva
dan Stevens (2002) kebimbangan tret adalah merujuk kepada personaliti seseorang
individu di mana ia bersifat stabil dan mereka sering mentafsirkan situasi
persekitaran dengan perasaan risau atau bimbang yang boleh meningkatkan tahap
kebangkitan (arousal). Ini menunjukkan kebanyakan masyarakat mempunyai tahap
kebimbangan tret yang sederhana dan sedikit sahaja yang tinggi atau rendah tahap
kebimbangan tret. Manakala kebimbangan seketika merujuk kepada tahap
kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan
yang terdapat di persekitaran pada waktu itu (Shaharudin 2001).
JENIS-JENIS KEBIMBANGAN
1.

Kebimbangan Seketika (State Anxiety)

Kebimbangan seketika adalah tahap kebimbangan semasa yang terhasil atau


berlaku dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di
persekitarannya pada waktu itu seperti perasaan khuatir/bimbang, takut, tekanan dan
kebangkitan fisiologikal.
2.

Kebimbangan Tret (Trait Anxiety)

Kebimbangan tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu yang sering mentafsir
situasi di persekitaran mereka sebagai menekan atau menggugat diri dan situasi ini
akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka.

3.

Kebimbangan Kognitif ( Cognitive Anxiety)

Kebimbangan kognitif merupakan proses mental yang bersifat kognitif yang berlaku
akibat dari tafsiran terhadap situasi semasa.Sebagai contoh ketakutan terhadap
penilaian sosial, takut terhadap kegagalan dan kehilangan harga diri(self esteem).
4.

Kebimbangan Somatik (Somatic Anxiety)

Kebimbangan somatik pula merujuk kepada aspek fisiologikal dan afektif individu
yang terbabit kesan dari kebimbangan kognitif yang wujud dalam diri individu
tersebut. Sebagai contoh peningkatan kadar degupan jantung, pernafasan dan
ketegangan otot-otot. Ini akan mengakibatkan individu hilang, rasa marah-marah,
kurang yakin serta mendatangkan kesan kepada prestasi individu.

PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN
Selain mempersembahkan cabaran dan rangsangan, pada masa yang sama sukan
juga membangkitkan ketidaktentuan. Pada saat seorang pemanah melepaskan anak
panah daripada busurnya, seorang pemain bola sepak sedang menyepak bola pada
kedudukan penalty dan seorang pemain badminton ingin melakukan pukulan deras
(smash) pada kedudukan mata akhir, hasil daripada perlakuan tersebut belum
diketahui. Tekanan dalam sukan adalah menjadi perkaitan yang tidak dielakkan
berlakunya sifat ketidakpastian.
Tekan dan ketidakpastian boleh memotivasikan sebahagian atlit kita, sebaliknya
akan meningkatkan kebimbangan pada yang lain. Terdapat beberapa beberapa
faktor yang jelas meningkatkan tahap kebimbangan. Sebagai contoh, semakin
penting sesuatu pertandingan, semakin tinggi tekan dan seseorang akan mudah
menjadi bimbang.
Seorang individu yang berdarah gemuruh secara semula jadi mempunyai ciri-ciri
mudah tertekan serta mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi. Justeru itu, segala
tindak balas atau respons yang diambil terhadap situasi di persekitaran akan
meningkatkan lagi kadar kebimbangan kerana tindakan mereka kini telah
dipengaruhi oleh kebimbangan berasaskan situasi.

Menurut

Endler

(1978,

1983),

terdapat lima faktor

mengakibatkan

tahap

kebimbangan meningkat dalam suatu situasi yang teruja.


1.

Seseorang atlit akan menjadi takut menerima kekalahan daripada lawan yang
lemah yang boleh mengugat ego atlit tersebut.

2.

Bimbang tentang penilaian yang negatif diterima daripada sosial atau ribuan
penonton yang mengancam harga diri seseorang.

3.

Bimbang akan ancaman fizikal daripada pihak lawan. Contoh permain bola lisut,
dimana seseorang pemukul akan berasa bimbang terkena balingan yang deras
daripada pitcher yang boleh mencederakannya.

4.

Seseorang atlit berada dalam situasi kesamaran atau serba salah untuk
memulakan perlawanan, persediaan atlit sama ada hendak mula atau tidak
kekadang boleh menimbulkan tekanan dan kebimbangan.

5.

Seseorang atlit terganggu konsentrasi apabila diarah untuk menukar cara yang
telah diamalkan dalam latihan kepada cara yang tidak pernah dilakukan dalam
latihan semasa pertandingan.
MENGUKUR KEBIMBANGAN
Menurut Richard H. Cox (1998, 2007.6 th ed) Anshell (1997) dan Wann (1997), cara
yang paling popular untuk mengukur kebimbangan dengan menggunakan borang
soal selidik. Cara ini mudah ditadbirkan kerana responden cuma perlu menjawab
soalan yang berkaitan dalam inventori yang disediakan. Cara ini memungkinkan
penyelidik mendapatkan bilangan responden yang ramai dalam kajiannya serta amat
praktikal dari sudut psikologi sukan gunaan.
Di samping itu terdapat juga cara lain yang lebih berkesan untuk mendapatkan
maklumat tentang tahap kebimbangan seseorang individu. Antara cara yang boleh
digunakan adalah dengan pemerhatian terhadap perubahan tingkah laku serta
perubahan fisiologikal individu. Pemerhatian yang teliti terhadap perubahan tingkah
laku

seperti

perubahan

corak

pernafasan,

tangan

berpeluh,

sering

kali

membasahkan bibir yang kering serta tanda-tanda keresahan yang lain boleh
dikaitkan dengan perlakuan yang berkaitan dengan peningkatan tahap kebimbangan.
Kaedah ini telah digunakan oleh Lowe (1973) dalam kajiannya ke atas pemukul
dalam sukan besbol peringkat rendah.

Perubahan dari segi fisiologikal juga boleh diukur serta dikaitkan sebagai tandatanda kebimbangan. Peningkatan kadar nadi, perubahan tekanan darah serta
tekanan pada otot merupakan tanda-tanda fisiologikal yang dikaitkan dengan
kebimbangan. Kemampuan untuk mengukur kebimbangan dari sudut fisiologikal buat
masa ini agak terhad kerana kesukaran menggunakan alatan untuk tujuan ini.
Bagaimanapun dengan perkembangan pesat dalam dunia sains, penggunaan alat
telemetri secara lebih meluas dalam masa yang terdekat ini akan memungkinkan kita
menggunakan kaedah ini untuk mengukur kebimbangan.
Landers (1980) mengutarakan pandangan agar pengukuran dari sudut psikologikal
dan fisiologikal digunakan untuk mengukur kebimbangan. Bagaimanapun menurut
Karteroliotis dan Gill (1987) perkaitan antara aspek psikologikal dan fisiologikal
dalam mengukur kebimbangan seketika adalah rendah. Justeru itu, ia bukanlah satu
cara yang sesuai untuk mengukur kebimbangan seketika. Kemungkinan besar,
pengu-kuran

serentak

aspek

psikologikal

dan

fisiologikal

untuk

mengukur

kebimbangan seketika akan memberikan maklumat yang bercanggah.


Gagasan Endler (1978) tentang lima faktor atau dimensi yang berkait rapat dengan
kebimbangan menjelaskan tentang sifat multidimensi kebimbangan itu sendiri.
Justeru itu, kebimbangan perlu dilihat dari dimensi yang pelbagai dan bukannya
secara unidimensi. Kajian yang telah dilakukan oleh Fisher dan Zwart (1982) serta
Gould, Horn dan Spreeman (1983) menyokong sifat multidimensi kebimbangan.
Mengukur Sifat Multidimensi Kebimbangan
Penerimaan konsep multidimensi kebimbangan telah melahirkan beberapa inventori
(soal selidik) yang cuba untuk melihat dan mengukur kebimbangan dari sudut ini.
Antara yang terkenal adalah Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2) yang
dihasilkan oleh Martens, Vealey dan Burton (1990). CSAI-2 mengukur kebimbangan
kognitif seketika (cognitive state anxiety) dan kebimbangan somatik seketika
(somatic state anxiety).

Dalam

konteks

sukan,

kebimbangan

sebenarnya

wujud

sebelum

sesuatu

pertandingan itubermula. la dikenali sebagai kebimbangan pra pertandingan (Cox,


1998). CSAI-2 membantu kita menilai tahap ke-bimbangan atlit pada tahap
prapertandingan ini. Hasilnya, kini kita memahami bahawa terdapat perubahan dari
segi tahap kebimbangan para pemain sebelum serta beberapa ketika semasa
sesuatu pertandingan bermula.
Berdasarkan kajian, kebimbangan kognitif prapertandingan lazimnya bermula tinggi
dan berterusan tinggi sehingga beberapa minit sebelum pertandingan bermula.
Kebimbangan somatik pula bermula rendah sehingga kira-kira 24 jam sebelum
sesuatu pertandingan bermula (lihat Rajah 1). Pada tahap ini, kebimbangan somatik
akan terus meningkat sehingga hampir pada waktu pertandingan. Bagaimanapun,
selepas beberapa minit perlawanan berlangsung, kebimbangan somatik akan
menurun manakala kebimbangan kognitif akan sentiasa turun naik, bergantung
kepada kedudukan semasa sepanjang tempoh permainan.
Perbezaan Kesan Kebimbangan Somatik dan Kebimbangan Kognitif ke atas
Prestasi
Bagi memudahkan kefahaman tentang perkaitan di antara kebimbangan seketika
kompetitif dan kaitannya dengan prestasi, kita perlu melihat serta mengukur dimensi
kebimbangan seketika individu. Contohnya, perkaitan di antara kebimbangan kognitif
seketika dan prestasi sukan adalah dalam bentuk linear (Burton, 1988; Gould,
Petlichkoff, Simons dan Vevera, 1987), manakala perkaitan di antara kebimbangan
somatik seketika dan prestasi pula dalam bentuk U-Terbalik (Cox, 1998).

http://mikepjeduworld.blogspot.com/2012/09/kebimbangan-dalam-sukananxiety.html

ANXIETY IN SPORTS

PRINT
May 6, 2010 | By LindaPurves

Photo Credit stretching image by Mitchell Knapton from Fotolia.com


Anxiety in sport is most common in competitive sports environments and could also
be termed competitive stress. A lack of consensus makes it difficult to clearly define
anxiety and stress in sport, but one definition, proposed by sport psychology
consultant Dr. Graham Jones in the book "Sport Psychology: A Self-Help Guide," is
that it's "the result of an interaction between the individual and the environment ... an
emotional response to the demands placed upon the individual by the environment."

STRESS
Not all competitive stress is bad, and not all competitive athletes suffer from anxiety.
The stresses of competition can be perceived by a competitor as either positive or
negative. Positive stress is considered to be an important element of an athlete's
preparation, heightening the senses and leading to a feeling of being "psyched up"
both physically and mentally.
According to the Drive Theory, a physically skilled athlete can gain a psychological
edge over competitors by harnessing the power of positive stress. Conversely,
negative stress can promote feelings of self-doubt, directly affecting an athlete's
ability to cope with the regular stresses of a competitive environment, ultimately
leading to a drop in performance.
TYPES
Anxiety has two main types:
State anxiety is transient and specific only to the particular situation an athlete finds
herself in.
Trait anxiety is more general and enduring, suggesting a predisposition to anxiety in
all areas of life, not just in sport.
SYMPTOMS
Symptoms of anxiety are varied and individual to each athlete, but they can generally
be recognized on three levels:
Cognitive symptoms relate to thought processes, including fear, indecision, poor
concentration, loss of confidence and defeatist self-talk.
Somatic (physical) symptoms include muscular tension, clammy hands and feet,
increased heart rate, sweating and butterflies in the stomach.
Behavioral symptoms relate to patterns of behavior, including inhibited posture,
fingernail biting, avoidance of eye contact and uncharacteristic displays of introverted
or extroverted behavior.
CAUSES
Competitive stress becomes negative, potentially leading to symptoms of anxiety,
when an athlete perceives what is being asked of him to be beyond his capabilities.
Anxiety is often linked to a fear of failure, and an athlete's perception of his abilities

may be based on a previous performance, his beliefs regarding the opposition or the
perceived importance of the competition. His perception can also vary greatly from
event to event, depending on his perceived state of physical and mental preparation
in each case.
EFFECTS
An athlete suffering symptoms of anxiety will inevitably underachieve. The physical
and psychological effects experienced will have a negative impact on performance,
and continued exposure can lead to burnout, often prompted by growing feelings of
dissatisfaction, which can develop into a decision to leave sport completely. The
results of a 2009 study published in the online sports psychology journal Athletic
Insight highlight the correlation between competitive trait anxiety and burnout in
young athletes.
REFERENCES

"Sport Psychology: A Self-Help Guide"; Stephen J. Bull; 1995

Athletic Insight: The Associations of Competitive Trait Anxiety and Personal


Control with Burnout in Sport

Article reviewed by Tim Horneman Last updated on: May 6, 2010

Read more: http://www.livestrong.com/article/117970-anxiety-sports/#ixzz2LnlMkU2L

http://www.livestrong.com/article/117970-anxiety-sports/

Overcoming Performance Anxiety with Sports Psychology


Sports psychology tips can help you overcome performance anxiety
in sports
By Elizabeth Quinn, About.com Guide
Updated July 26, 2010
About.com Health's Disease and Condition content is reviewed by
the Medical Review Board

Many athletes who perform well during training or practice can suffer from
performance anxiety on game day. If feelings of nervousness, anxiety or
fear interfere with your sports performance, learning to use a few tips from
sports psychology may help you get your anxiety under control and reduce
game day nerves.
Performance anxiety in sports, sometimes referred to as 'choking,'is
described as a decrease in athletic performance due to too much
perceived stress. Perceived stress often increases in athletes on game day
because (1) they have an audience and (2) they have extremely high
expectations of their success. This type of stress is often based upon the
way the athletes interpret the situation. It is rarely the external situation
that causes stress, but rather the way the athlete's self talk describes the
situation that creates feelings of stress, anxiety and fear. For athletes who
choke during competition it is important to understand that the thoughts
you have regarding the event can be modified, adjusted or controlled with
appropriate sports psychology and mental practice.
An athlete should first determine if thoughts of doubt, failure or a lack of
confidence are due to a perceived lack of ability. If so, the self talk will
generally lead to continued feelings of anxiety, nervousness, and tension.
Athlete need to realize that it's tough to do your best in a sport when your
own internal voice is telling you otherwise.

To overcome performance anxiety, traditional coaches and trainers may


try to help the athlete understand why those thoughts and feelings
develop and then try to change or modify that process with limited
amounts of success. Why such thoughts arise may be of interest, but
knowing the answer isn't always necessary to overcome them.
Sports Psychology Tips to Help Reduce Performance Anxiety
Here are a few tips that may help change or redirect the negative self-talk.
Reduce Performance Anxiety Before the Event

Recognize that pre-race jitters are normal. Accept, rather than


fight, the nervous energy you feel. Don't misinterpret it by thinking
that it is fear. That adrenaline rush you feel is normal and it is part of
your body's natural preparation for the competition. Notice it, but
don't focus on it. Once the race starts, that feeling will subside, as it
always does.

Prepare both mentally and physically. Arrive at the event with


plenty of time so you aren't rushed, which only increases your stress.
Get a thorough warm-up. Do some easy stretching. Know the course.
Dress for conditions.

Visualize. Allow a few minutes to practice visualization. During this


time you mentally rehearse, showing yourself doing everything right.
Breathe easy, close your eyes and use mental imagery to visualize
yourself performing well. This positive self-talk can change your
attitude. While athletes need to be flexible enough to react during the
event, you should enter the event with a general strategy of how you
want to race. Your strategy can be simple (maintain a steady pace or
maintain a steady heart rate) or complex.

Reduce Performance Anxiety During the Event

Focus on the task at hand rather than the outcome. Stay


present in the moment and avoid thinking too far into the event or
thinking about the finish.
If you find yourself thinking negative thoughts or negative self-talk,
stop and focus only on your breathing. Focusing on your breathing
rhythm will automatically pull you back into the present.

Force a smile. Really. If you are struggling with negative thoughts


and can't break out of the cycle, simply force yourself to smile, even if
only for a few seconds. This simple action will change your attitude in
a split second. Perhaps that is all the time you need to relax back into
your performance.

Race like you don't care about the outcome. If you find yourself
caught up in negative thoughts and find that you suddenly expect the
worst it will be impossible to perform at your peak. If you begin to
race like you don't care about the outcome, you may relax and enjoy
the event for what it is - another day in your life. Not the most
important thing in your life.

Reduce Performance Anxiety After the Event:

Review the race and recall the things you did well. Focus on
actions, thoughts and behaviors that helped you perform.

Acknowledge, but quickly dismiss things that hindered your


performance. This is the same principle as avoiding an obstacle
while driving - look where you want to go, not where you don't. When
you focus on the pothole, you invariably hit it. Focusing on the
negative aspects of the event will not help you improve in the future.
Rather, you want to focus on the times when you 'got it right.' This is
a form of mental rehearsal where you practice skills that will be used
in the next event.

Design a training program that mimics race-like


conditions. Teams and clubs often do such training. If you always

train alone, consider joining a group so you can do this type of


simulation. Practice is most effective if you can mimic the conditions
you will be faced with in competition. Coaches can also help or hinder
an athlete's ability to overcome choking during competition. Coaches
often inadvertently reinforce a pattern of choking when trying to
encourage ("the next shot is critical"). Such talk only increases the
pressure an athlete feels to perform.
Remember that choking can be dealt with if you are aware of the pattern
of negative thoughts that snowball before and during competition. If you
find yourself in such a downward spiral, simply acknowledge those
thoughts and let them go. Focus on your breathing and play as though you
are enjoying it. Chances are you will realize that you are enjoying it
despite the occasional less than perfect performance.
http://sportsmedicine.about.com/cs/sport_psych/a/aa010603a.htm

KAJIAN SUKAN-TESIS KEBIMBANGAN


BAB 1

PENDAHULUAN

1. Pengenalan

Kebimbangan dan prestasi dalam sukan merupakan antara topik


yang diminati di kalangan ahli sukan sejak beberapa tahun dahulu (Duda,
1998). Kebimbangan sentiasa menyelubungi diri atlet sebelum, semasa
dan selepas sesuatu pertandingan (Mohd Sofian Omar Fauzee, 2003).
Kenyataan ini disokong oleh Klaffs dan Arnheim (1981), yang menyatakan

bahawa sesuatu pertandingan sememangnya akan menyebabkan


gangguan emosi; atlet merasa tertekan dan bimbang sebelum
pertandingan, seterusnya menghalang pencapaian dan menjatuhkan
prestasi atlet. Kebimbangan adalah keadaan emosi negatif ditandai
dengan kegugupan,
kecemasan dan ketakutan dan berkaitan dengan pengaktifan atau kebang
kitan tubuh badan (Weinberg dan Gould, 2007).

Kajian-kajian terdahulu menunjukkan bahawa faktor mental


(kebimbangan) dan motivasi boleh menyebabkan seseorang atlet berada
pada tahap terbaik (peak) semasa pertandingan dan pada masa yang
sama juga boleh menjadi penyebab kegagalan mereka (Duda, 1998).
Kebanyakan ahli psikologi sukan seperti Arent dan Landers
(2003); Weinberg dan Gould (2007), menyatakan bahawa tahap
kebimbangan yang optima dapat membantu atlet mencapai prestasi yang
memberangsangkan, manakala tahap kebimbangan yang terlalu tinggi
dan terlalu rendah membawa masalah dalam mencapai prestasi yang
baik. Wann (1997) pula berpendapat bahawa kebimbangan sebagai satu
keadaan negatif yang memberi kesan penentu kepada pencapaian
prestasi atlet. Menurut Mahoney, Gabriel dan Perkins (1987), sesetengah
kebimbangan adalah baik serta membantu prestasi, malah ada atlet
mengharapkan adanya kebimbangan bagi membolehkan mereka
bertanding dengan jayanya. Selain menjejaskan prestasi, kebimbangan
juga menyebabkan seseorang hilang minat untuk menyertai pertandingan.
Menurut Gould, dan Tuffey, (1996), sesetengah kanak-kanak tidak mahu
terlibat dalam pertandingan kerana mereka menganggap pertandingan
dalam sukan merupakan sesuatu yang menakutkan lebih daripada sesuatu
yang menyeronokkan dan sukan merupakan sesuatu yang mencabar.
Selain daripada itu, pelatih dan pengamal perubatan sukan juga telah
membuat pemerhatian terhadap sesuatu pertandingan. Mereka mendapati
kebimbangan yang wujud dalam situasi-situasi pertandingan, mudah

mendatangkan kecederaan berbanding mereka yang tidak mempunyai


kebimbangan (Weinberg dan Gould , 2007).

Keupayaan seseorang atlet untuk mengatasi tekanan (stress) dan


kebimbangan merupakan perkara penting dalam pertandingan sukan
kerana kedua-dua faktor tersebut dipercayai mempengaruhi prestasi. Oleh
yang demikian matlamat utama para ahli psikologi sukan ialah
menghasilkan program mental yang berkesan untuk atlet supaya dapat
memaksimumkan prestasi. Matlamat ini mungkin tidak dapat dicapai
sekiranya tiada pengetahuan asas mengenai teori-teori kebimbangan dan
situasi atau keadaan kebimbangan yang boleh mempengaruhi prestasi.
Pengetahuan teori dan situasi kebimbangan dalam sukan penting dalam
usaha menghasilkan kajian yang dapat memberi makna agar boleh
diaplikasi secara praktikal. Model yang digunakan dalam kajian ini sebagai
rujukan utama bagi menjelaskan perkaitan antara kebimbangan dan
prestasi ialah Model Multidimensional (Marten, Burton, Vealey, Bump, dan
Smith, (1990). Model ini menerangkan bahawa kebimbangan terdapat
dalam bentuk kebimbangan somatik (dapat dilihat melalui komponen
fizikal seseorang seperti berpeluh, degupan jantung) dan kebimbangan
kognitif (merupakan komponen mental seperti takut untuk gagal, hilang
estim kendiri). Kedua-dua bentuk kebimbangan ini mempunyai hubungkait
dengan kebimbangan stet (dipengaruhi oleh emosi yang dapat dilihat
seperti takut, stres dan peningkatan tahap fisologi) dan kebimbangan tret
(dipengaruhi oleh personaliti).

Kebimbangan merupakan satu keadaan negatif yang dialami oleh


manusia dan merupakan gabungan antara perasaan takut, seram, gentar,
runsing, cemas, bimbang, risau, gelisah, khuatir dan pelbagai emosi lain
(Mohd. Sofian Omar Fauzee, 2002). Perasaan ini akan terus berlaku bila
seseorang itu merasa khuatir akan kebolehan dan kepakarannya.
Seseorang jurulatih tidak kira di peringkat mana sekalipun harus

mengetahui dan mengambil berat tentang faktor psikologi atlit mereka.


Biasanya atlit tidak hanya dilengkapi dengan persediaan fizikal tetapi
harus juga seimbang dengan persediaan mental.

Wann (1997) mendefinisikan kebimbangan sebagai interpretasi


negatif yang dibuat terhadap bentuk tekanan atau bebanan yang terdapat
di persekitaran sama ada yang telah, sedang dan yang akan dihadapi oleh
seseorang individu. Kebimbangan merujuk kepada tafsiran kognitif yang
dibuat oleh individu tersebut terhadap apa yang terdapat
dipersekitarannya. Sekiranya tafsiran tersebut mendatangkan sesuatu
yang negatif maka ia merupakan kebimbangan.

Pertandingan dalam sukan mempunyai pelbagai peringkat atau


tahap seperti peringkat sekolah/ bahagian, daerah, negeri, kebangsaan
dan antara bangsa. Pada kebiasaannya, semakin tinggi peringkat
pertandingan itu maka semakin meningkatlah tahap kebimbangan yang
dirasai oleh atlet tersebut.
Martens (1997), mengatakan kehebatan pertandingan pada setiap
peringkat akan menyebabkan pelbagai aras kebimbangan pada diri atlet.
Maka terdapat di kalangan atlet yang bertindakbalas secara keterlaluan
lalu mencapai tahap kebimbangan yang melampau dan tidak terkawal.
Keadaan ini menjejaskan kebolehan atlet tersebut untuk mencapai
prerstasi pada paras yang optimum. Kebimbangan pertandingan boleh
dilihat daripada dua aspek iaitu tret dan state. Kebimbangan tret
ditumpukan kepada ciri-ciri perbezaan personaliti yang agak stabil di
kalangan manusia. Manakala kebimbangan state diberi pengertian sebagai
suatu keadaan emosi organisma manusia yang sementara, dilahirkan oleh
persepsi perasaan yang subjektif dan disedari terhadap ketegangan dan
ketakutan serta peningkatan pada sistem saraf autonomik (Spielberger,
1966;Weinberg dan Gould, 2007)

Cratty (1973), menjelaskan kebimbangan tret adalah kecenderungan


seseorang terhadap perasaan takut dalam kebanyakan situasi. Martens
(1977) pula mendefinisikan kebimbangan tret sebagai satu kecenderungan
untuk melihat sesuatu situasi pertandingan dengan perasaan takut. Ini
bermakna individu yang tinggi kebimbangan tret pertandingannya akan
melihat situasi pertandingan dengan lebih mengancam dan perbezaan ini
akan mencerminkan reaksi kebimbangan state yang tinggi.

Spielberger (1966), menyatakan bahawa kebimbangan adalah satu


keadaan emosi yang wujud dan dicirikan oleh kefahaman dan ketegangan
atau pengaruh untuk menganggap sesuatu situasi itu sebagai mengancam
dan bertindakbalas terhadap rangsangan atau situasi pada tahap
kebimbangan yang berlainan. Manakala Walker (1975), mendefinisikan
kebimbangan sebagai reaksi individu terhadap situasi yang dianggap akan
menggugat kesejahteraan. Fossum (1990), mentakrifkan kebimbangan
sebagai jumlah keseluruhan tindak balas psikobiologikal terhadap situasi
yang dianggap tidak kebal dan terdedah kepada bahaya serta ancaman.
Terdapat beberapa simptom yang ditunjukkan oleh atlet yang boleh
dikategorikan dalam ketegangan atau kebimbangan ketika menyertai
sesuatu pertandingan. Kaplan (1989), mendapati apabila seseorang atlet
itu berasa bimbang, sistem saraf autonomik akan diaktifkan dan ini akan
menyebabkan atlet berpeluh secara berlebihan terutamanya di tapak
tangan dan bahagian-bahagian lain, kerap membuang air kecil, perut rasa
tidak selesa, di samping jantung berdenyut lebih hebat dan
terdapat peningkatan pada kadar nadi.
Suasana ini menunjukkan perlunya untuk mengkaji sebab-sebab
mengapa keadaan sedemikian wujud dan telah menarik minat penyelidik
untuk membuat tinjauan terhadap tahap kebimbangan atlet pelapis negeri
Kedah sebelum pertandingan di kejohanan Karnival Pelapis Negeri
peringkat kebangsaan di Negeri Sembilan siri 02/2010 dan seterusnya

dapat membantu para atlet agar dapat menunjukkan prestasi sebenar


mereka. Oleh hal yang sedemikian, hasil kajian yang diperolehi ini nanti
amat penting dan berguna kepada jurulatih dan pegawai sukan negeri
Kedah agar mereka dapat menyediakan program latihan untuk sesi yang
akan datang dengan mengambil kira perbezaan pengalaman,
memperkenalkan beberapa jenis latihan khusus untuk mengatasi masalah
kebimbangan, misalnya latihan mental, meneliti kembali apakah faktorfaktor yang menyebabkan tahap kebimbangan atlet begitu tinggi dan
merancang cara-cara untuk mengatasinya; berusaha untuk meningkatkan
mutu latihan dari segi teknikal dan taktikal sambil menyelitkan unsurunsur sains sukan dengan menghadiri kursus dalam lapangan yang
berkenaan atau melantik jurulatih yang berwibawa dalam bidang yang
berkenaan.

1.2. Kerangka Konsep


Atlet Pelapis Negeri Kedah
Olahraga (14) Tinju (10) Memanah (11) Angkat berat(7) Sepaktakraw(4)

Kebimbangan

Faktor-faktor kebimbangan

Tahap Kebimbangan (SCAT)


Kaedah mengurangkan kebimbangan

3. Pernyataan Masalah

Semasa latihan, atlet akan melalui pelbagai jenis serta bentuk


latihan fizikal untuk memantapkan lagi kemahiran dan secara tidak
langsung ia turut menambahkan lagi keyakinan serta semangat dalam diri
pemain. Tetapi adakah tahap psikologi pemain akan kekal seperti mana
mereka dalam sesi latihan setelah mereka berada di gelanggang
perlawanan?. Atlet mula akan bermain dengan perasaan, apatah lagi
apabila penampilan fizikal pihak lawan kelihatan lebih gagah sedangkan
perlawanan belum bermula. Atlet akan mula rasa cemas, gelisah dan
berdebar-debar ditambah lagi dengan sorakan penyokong-penyokong
yang akan membuat atlet lebih rasa tertekan. Pengurus pasukan boling
padang negara, Jamal Abdul Nasir Bakar mengakui kecewa dengan
kegagalan Siti Zalina, yang bukan sahaja gagal mempertahankan pingat
emas, tetapi gagal dalam penentuan pingat gangsa. Begitu pun dia tak
menyalahkan Siti Zalina, yang mungkin tertekan kerana mengalas
harapan tinggi, sebagai pemain terakhir untuk memenangi pingat emas
(Utusan Malaysia, 14 Oktober 2010.)

Kesimpulannya, tahap kebimbangan akan menjadi semakin tinggi


dan prestasi pemain tidak akan menjadi seperti yang diharapkan. Namun,
ini juga turut bergantung pada atlet itu sendiri, samada ia akan
menjadikan semua pengaruh di persekitarannya positif pada persembahan
prestasinya atau ia akan menjadi sebaliknya jika atlet itu tidak mampu
menerima gangguan persekitarannya dan menganggap ia adalah satu
tekanan dan bebanan yang akan membuat goal setting terkeluar dari
sasaran sebenar.

Masalah kebimbangan semasa menghadapi pertandingan ataupun


kejohanan sukan sering mengganggu perasaan pemain negeri.
Kebanyakan jurulatih yang berperanan sebagai pembimbing kepada atlet
remaja mendapati atlet di peringkat sekolah menghadapi masalah tidak
merasa yakin sewaktu pertandingan. Atlet remaja negeri tidak dapat
menggunakan kemahiran yang telah dilatih semasa berada di gelangang.
Kenyataan ini disokong oleh Mahmood Nazar Mohamed (2005) yang
menyatakan bahawa seseorang individu yang mengalami kebimbangan
hanya berasa bingung, runsing dan bimbang tanpa sebab yang jelas.
Secara kesimpulannya, perasaan bimbang merupakan suatu situasi yang
boleh menyebabkan seseorang itu berasa takut dan gementar seterusnya
boleh menganggu prestasi atlet . Atlet biasanya ingin berada pada tahap
kebangkitan yang rendah untuk mengelakkan kebimbangan.

Oleh yang demikian, seorang jurulatih sama ada di peringkat


sekolah, daerah atau kebangsaan, harus mengenali personaliti atlet
mereka bagi memudahkan mereka menangani sebarang masalah yang
berhubung dengan prestasi. Seterusnya Teori Pembalikan Martens
memperlihatkan bagaimana atlet dapat menghasilkan prestasi cemerlang
apabila mereka mempunyai kedua-dua bentuk tenaga iaitu tenaga positif
dan negatif. Prestasi akan menurun jika kedua-dua bentuk tenaga ini
menurun. Kekuatan yang terdapat dalam teori ini ialah dapat

meningkatkan potensi atlet dan memahami perkaitan antara prestasi dan


kebimbangan. Selain daripada itu teori tersebut juga dapat membantu
atlet membuat interpretasi sendiri tentang tahap kebimbangan.

Manakala, atlet remaja negeri telah menunjukkan tahap kebimbangan


yang boleh menjejaskan prestasi mereka setiap kali ke pertandingan
peringkat daerah dan negeri serta kebangsaan. Kajian saya ingin mengkaji
tentang cara mengurangkan kebimbangan , mengkaji tahap kebimbangan
dan mengkaji faktor-faktor kebimbangan dalam kalangan atlit pelapis
negeri Kedah.

3. Kepentingan Kajian

Kajian ini merupakan satu tinjauan perbandingan mengenai tahap


kebimbangan atlet pelapis negeri di kejohana kebangsaan . Hasil kajian ini
diharapkan akan dapat dijadikan panduan kepada jurulatih untuk
mengenalpasti dan mengetahui tahap kebimbangan atlet mereka.
Maklumat yang diperolehi ini amat berguna kepada jurulatih dalam
merancang program yang lebih efisyen dan sesuai dari segi psikologi atlet
untuk mempertingkatkan prestasi mereka. Di samping itu, hasil kajian ini
diharapkan akan memberi kesedaran kepada para jurulatih dan pegawai
pasukan tentang kaedah latihan yang sesuai dan efektif serta kepentingan
memberi perhatian secara individu kepada setiap atlet demi untuk
kejayaan pasukan, kepuasan diri dan kecemerlangan sukan.

3. Objektif Kajian

1. Mengenalpasti tahap kebimbangan atlet pelapis negeri Kedah


sebelum pertandingan peringkat kebangsaan.

2. Mengkaji perbezaan tahap kebimbangan di antara atlet berumur 14


hingga 16 tahun dan atlet berumur 17 hingga 20 tahun.

3. Mengkaji perbezaan tahap kebimbangan atlet pelapis negeri


Kedah sebelum perlawanan di antara atlet mengikut pengalaman
antara 1 hingga 4 tahun dengan 5 tahun ke atas penglibatan atlet
itu dengan sukan yang diceburi.

4. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap


kebimbangan atlet pelapis negeri.

5. Mengenalpasti kaedah-kaedah yang sering digunakan untuk


mengurangkan tahap kebimbangan sebelum memulakan
pertandingan bagi atlet pelapis negeri Kedah.
3. Persoalan Kajian

Berdasarkan tujuan di atas, kajian ini cuba mendapatkan jawapan kepada


soalan-soalan berikut:
1. Apakah tahap kebimbangan pertandingan atlet pelapis negeri Kedah
sebelum pertandingan peringkat kebangsaan?

2. Adakah terdapat perbezaan tahap kebimbangan yang signifikan di


antara atlet berumur 14 hingga 16 tahun dan atlet berumur 17
hingga 20 tahun ?

3. Adakah terdapat perbezaan tahap kebimbangan atlet pelapis negeri


Kedah sebelum perlawanan di antara atlet mengikut pengalaman
antara 1 hingga 4 tahun dengan 5 tahun ke atas penglibatan atlet
itu dengan sukan yang diceburi.

4. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kebimbangan atlet


pelapis negeri ?

5. Apakah kaedah-kaedah yang sering digunakan untuk mengurangkan


tahap kebimbangan sebelum memulakan pertandingan bagi atlet
pelapis negeri Kedah?

3. Batasan kajian

Dalam kajian ini terdapat beberapa halangan yang tidak dapat dijangkan
oleh penyelidik. Di antaranya adalah:

1.7.1. Delimitasi

Kajian ini terbatas kepada 46 atlet pelapis negeri sahaja yang


mempunyai kategori berumur antara 14 hingga 16 tahun dan 17 tahun
hingga 20 tahun yang mewakili negeri Kedah dalam Karnival Pelapis
Kebangsaan siri 2/2010 pada 27 hingga 31 Oktober 2010 yang
berlangsung di Seremban Negeri Sembilan.
Kajian ini hanya memberi penekanan kepada beberapa faktor
kebimbangan sahaja. Kajian ini tidak memberi tumpuan kepada faktorfaktor lain seperti taraf sosioekonomi keluarga, orientasi belajar dan

sebagainya yang turut memberi kesan yang positif terhadap kebimbangan


atlit.

Segala penganalisaan data dan perbincangan dilakukan berpandukan


kepada soal selidik kajian yang diubahsuaikan berdasarkan kepada soal
selidik SCAT oleh Martens (1977), serta subjek yang telah ditetapkan dan
ianya tidak boleh digeneralisasikan.

1.7.2 Limitasi

Kajian ini terbatas kepada beberapa limitasi berikut:


i.

Faktor kejujuran dan keikhlasan responden ketika menjawab soal


selidik adalah di luar kawalan penyelidik.

ii.

Walaupun arahan yang jelas telah dinyatakan dalam soal selidik,


masa responden menjawab soal selidik dan prosedur mengumpul
data mungkin mempengaruhi hasil kajian.

8. Definisi Operasional

Dalam konteks kajian ini, terminologi berikut beroperasi sebagai:


Kebimbangan

Walker (1975), mendefinisikan kebimbangan sebagai reaksi individu


terhadap situasi yang dianggap akan menggugat kesejahteraan. Fossum
(1990) pula mentakrifkan kebimbangan sebagai jumlah keseluruhan

tindakbalas psikobiologikal terhadap situasi yang dianggap tidak kebal dan


terdedah kepada bahaya dan ancaman.
Kebimbangan State Pertandingan

Kebimbangan pertandingan diberi pengertian sebagai suatu keadaan


emosi organisma manusia yang sementara, dilahirkan oleh persepsi
perasaan yang subjektif dan disedari terhadap ketegangan dan ketakutan
serta peningkatan pada saraf autonomik (Spielberger, 1966).

SCAT
SCAT atau Sport Competition Anxiety Test direkabentuk oleh Martens
(1977) adalah satu ujian khas untuk mengukur tahap kebimbangan sukan
dalam situasi pertandingan.
Kejohanan Pelapis Negeri

Karnival Pelapis Negeri 2/2010 Kebangsaan pada 27 hingga 31


Oktober 2010 yang berlangsung di Negeri Sembilan. Kejohanan ini anjuran
Majlis Sukan Negara bagi persediaan mengenal pasti atlet-atlet yang
berbakat untuk diserapkan ke dalam pasukan pelapis kebangsaan.

Atlet
Individu lelaki dan perempuan yang menyertai acara olahraga,
memanah, tinju, angkat berat dan sepaktakraw yang berumur antara 14
hingga 16 tahun dan 17 hingga 20 tahun yang mewakili negeri Kedah
dalam Kejohanan Pelapis Kebangsaan pada 27 hingga 31 Oktober 2010
yang berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan.

Kategori Atlet

Pada Karnival Pelapis Negeri siri 2/2010 Kebangsaan itu dua kategori atlet
pelapis dipertandingkan iaitu umur 14 hingga 16 tahun dan umur 17
hingga 20 tahun. Bagi kategori umur 14-16 tahun, hanya peserta yang
lahir diantara tahun 1996 hingga 1994 sahaja yang layak didaftarkan oleh
sesuatu pasukan. Bagi kategori umur 17 20 tahun , hanya peserta yang
lahir diantara tahun 1993 hingga 1990 sahaja yang layak didaftarkan oleh
sesuatu pasukan.
Posted by
http://sainssukanjee.blogspot.com/2011/12/kajian-sukan-tesiskebimbangan.html

Anda mungkin juga menyukai