Anda di halaman 1dari 48

Soalan Contoh

Masyarakat digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam kerana


banyak kelebihannya.
Huraikan kelebihan-kelebihan pengangkutan awam kepada masyarakat.
Rangka Karangan
Pendahuluan
- Inovasi dalam sistem pengangkutan
Isi-isi Penting
i. mengurangkan kesesakan lalu lintas
ii. menjimatkan masa dan kos perjalanan
iii. memudahkan perjalanan seseorang
iv. mengurangkan pencemaran alam
Penutup
- lebih banyak kebaikan menggunakan pengangkutan awam
Karangan Contoh
Dunia sentiasa mengalami inovasi dalam sistem pengangkutan dari
semasa ke semasa. Dalam era globalisasi kini, pelbagai jenis kenderaan
yang moden telah dicipta bagi menggantikan kenderaan yang
konvensional. Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis kenderaan awam
seperti monorel, ERL, komuter, bas, teksi, kapal terbang dan sebagainya.
Pengangkutan awam yang moden itu pula mampu untuk memainkan
peranan yang penting kepada sesebuah negara untuk menuju ke arah
kemajuan. Dengan perkataan lain, pengangkutan awam yang terdapat di
negara kita juga tidak kurang pentingnya kerana terdapat pelbagai
kelebihan yang akan diperoleh apabila masyarakat menggunakannya.
Kelebihan utama pengangkutan awam adalah dapat mengurangkan
kesesakan lalu lintas di ibu kota atau bandar-bandar besar yang lain. Hal
ini demikian kerana, kebanyakan rakyat Malaysia gemar menggunakan
kenderaan sendiri terutamanya ketika ingin menuju ke tempat kerja. Di
samping itu, mereka kebiasaannya bersikap bagai enau di dalam belukar,

melepaskan pucuk masing-masing ketika berada di jalan raya. Perkara ini


akhirnya mengakibatkan kesesakan jalan raya yang serius. Oleh hal yang
demikian, pengangkutan awam seperti komuter, monorel, ERL (Express
Rail Link), LRT (Light Rail Transit)) dan sebagainya dapat memainkan
peranan yang penting untuk membendung masalah kesesakan jalan raya
yang semakin kronik di ibu negara kita.

Penggunaan pengangkutan awam juga dapat menjimatkan masa dan kos


perjalanan. Sebagai contohnya, ERL dapat memendekkan masa
perjalanan jika dibandingkan dengan penggunaan kereta. Tambang
pengangkutan awam seperti komuter dan LRT juga amat berpatutan
berbanding dengan masa perjalanannya yang telah disingkatkan. Oleh itu,
jika dibandingkan antara pengangkutan awam dengan kenderaan biasa,
masyarakat akan mendapat manfaat sekiranya menggunakan
pengangkutan awam. Harga petrol yang tidak menentu di pasaran global
telah memberi impak yang negatif kepada rakyat yang menggunakan
kenderaan peribadi. Oleh hal yang demikian, banyak perbelanjaan boleh
dijimatkan sekiranya orang ramai menggunakan pengangkutan awam.
Selain itu, pengangkutan awam juga akan memudahkan perjalanan
seseorang. Dengan adanya pengangkutan awam seperti ERL dan LRT,
sistem pengangkutan yang lebih efisien berbanding dengan kenderaan
persendirian dapat diwujudkan tambahan pula banyak tempat di ibu kota
yang termasuk dalam jaringan pengangkutan awam tersebut. Perkara ini
sekali gus dapat meningkatkan kadar ketepatan atau kepantasan
seseorang ke sesuatu destinasi. Perkara ini seharusnya diberikan
pertimbangan oleh anggota masyarakat agar menggunakan kenderaan
awam untuk ke sesuatu destinasi. Oleh itu, kenderaan awam sepatutnya
menjadi pilihan utama masyarakat kerana kelebihannya banyak sekali.
Penggunaan pengangkutan awam yang lebih mesra alam pula akan dapat
mengurangkan pencemaran alam sekitar. Pengangkutan awam seperti
monorel, LRT dan ERL ialah kenderaan awam yang mesra alam kerana
tidak mengeluarkan asap. Hal ini secara langsung dapat membendung
pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran udara di negara kita.
Perkara yang di sebaliknya pula akan berlaku jika seseorang
menggunakan kenderaan persendirian mereka seperti kereta atau
motosikal yang terbukti menyebabkan pencemaran alam sekitar. Jadi,

pihak berkuasa perlulah mengambil langkah yang sewajarnya bagi


menghalang pencemaran udara yang semakin serius pada masa ini,
seperti kata pepatah, Sediakan payung sebelum hujan.
Intihanya, pengangkutan awam mempunyai kelebihan yang lebih banyak
jika hendak dibandingkan dengan penggunaan kenderaan persendirian.
Oleh itu, anggota masyarakat digalakkan untuk menggunakan
pengangkutan awam jika hendak pergi ke tempat kerja. Sekiranya langkah
ini tidak diikuti sudah tentu banyak masalah yang terpaksa dihadapi oleh
anggota masyarakat akibat pencemaran alam yang berpunca daripada
asap kereta dan motosikal. Jadi, kita perlulah menyokong langkah kerajaan
yang menggalakkan penggunaan pengangkutan awam melalui kempen
kongsi kereta untuk ke tempat kerja. Sekiranya kempen ini mendapat
sokongan daripada masyarakat, sudah tentu masalah pencemaran udara
dapat diatasi, di samping dapat menjimatkan perbelanjaan anggota
masyarakat.
Soalan 2
Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita
lihat sejak akhi-akhir ini. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi
kepentingan semangat ini diamalkan.Pada pendapat anda, apakah
langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dan
kepentingannya.
.............Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat
setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka.
Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat
kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak
kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini
berterusan kerana memang ada kepentingannya.
.............Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep
rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi
untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam
hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum
yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan
bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun
tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.

.............Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan


pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah
terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang
murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain
melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya
tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini.
.............Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan
kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa
seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik
perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal
tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan
serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya
kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk
semangat mulia ini.
.............Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu
berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini
sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat
ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan
oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat
kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.
.............Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan
semangat perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di
negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategik. Sesuatu
masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling
berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat
kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional.
............Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui
beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha
untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di
negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran
kita?

Soalan 3
Amalan

berjimat

cermat

dan

menabung.

............Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan


seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah
lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan
daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika
berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga.
Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk
menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.
............Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk
mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan
menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi
memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan
kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan
masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan.
............Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada
anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai
tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan
sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin
membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun
simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan
Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat
menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat
digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang.

............Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim


saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah
menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur
dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan
peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat
dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan
mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang
bahagia
mempunyai
masa
depan
yang
terjamin.
...........Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah
dilakukan terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu
disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi
mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli
barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja,
penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah
beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami
masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada
peribahasaberjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena.
............Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan
melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai
sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa
hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah
untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai
pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi
budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.

Soalan 4
Kejadian Buli Dalam Kalangan Remaja
Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan
masyarakat semakin gusar. Huraikan punca-punca dan langkahlangkah
yang
tercetus.
(ubah suai karangan isi agar sesuai dengan SPM)
............Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang
meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk,
memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap
pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli
yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah
mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan
pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan
lain-lain
lagi.
............Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap
tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. Jika tidak
kerana angin masakan pokok bergoyang. Oleh itu, setiap masalah yang
berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah
dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.
............Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang
ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka
sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain
dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Ringkasnya, mereka
semakin ketandusan nilai kemanusiaan dalam diri mereka sendiri.
............Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang
dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini
berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik
telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.

............Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun


jagungdan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan
tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli,
pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat
diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan yang longgar di sekolah
juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang
ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain.
............Bak
kata
pepatah tiada
penyakit
yang
tiada
penyembuhnya.Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan
untuk membendung dan membanteras kemelut ini. Antaranya ialah pihak
kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus
menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui
mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam,
Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari
bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga
didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada
perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit
dalam
kes
buli
ini.
............Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga
boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke
semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala
buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai
salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini.
............Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan
bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di
belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat
supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai
keinginan
untuk
membuli
mangsanya.
............Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya
menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana
para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang caracara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa
dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang
diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu
akannya.

............Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih
kawan kerana para pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan
perbuatan kawannya. Contohnya, jika kawannya minat membaca buku,
maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersamasama. Perkara ini sama juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri
dalam
kes
buli
di
sekolah.
............Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan
pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar
yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus
memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera
agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi
kesejahteraan
sekolah.
............Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan
daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan
bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu
dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah
kes
buli
akan
semakin
bertambah
dan
berleluasa
lagi.
.............Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki
melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan
masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan
keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal
kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan
juga
dijadikan
sebagai
iktibar
kepada
pelajar
yang
lain.
............Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam
usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan
teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan
mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak
mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti.
Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja,
sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan
sebagainya. Bak kata pepatah bapa borek, anak rintih, ketam mengajar
anaknya
berjalan lurus sedangkan dirinya
berjalan senget.

............Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam


kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil
perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan
memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka
supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus
memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari
rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang
dihadapi
kepada
mereka
bagi
mengatasinya
bersama-sama.
............Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita
yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya
maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin
mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat
Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara
yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata
peribahasa Melayu pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh
itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha
menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi likuliku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang
gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama
negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.

Soalan 5
Kepentingan Memelihara dan Mengekalkan Bangunan Bersejarah di
Negara Kita.
Malaysia kaya dengan bangunan dan monumen bersejarah. Kerajaan
telah mengambil langkah bijak dengan menjadikan binaan lama
tersebut sebagai salah satu daripada Warisan Kebangsaan.
Bincangkan kepentingan memulihara dan mengekalkan bangunan
bersejarah di negara kita.
.
.
.Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat
seiring dengan nama Malaysia yang kini berjaya menempa nama di
persada antarabangsa. Banyak kilang perindustrian, pusat beli-belah dan
perumahan dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Senario ini telah
menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yang berhektarhektar. Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan adalah sama ada
Stadium Merdeka patut dirohohkan untuk pembangunan kerana bangunan
itu tidak lagi berfungsi sebagai tapak akvtiviti sukan lagi. Isu tersebut
pernah menjadi polemik pelbagai lapisan masyarakat kita. Mengapakah
ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut
diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai
kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang
terdapat di negara kita.
.
.Satu daripada kemaslahatan bangunan bersejarah perlu dikekalkan
ialah bangunan bersejarah dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh
kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen,
mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan
yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa penting.
Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 52 tahun, kesan
yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan
Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk
dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk
generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan
kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah
Malaysia yang telah dicatat merupakan sesuatu yang realistik dan
bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau legenda. Sebagai contohnya,
zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan

abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de


Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain
itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown, Pulau
Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah
suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan bahawa
berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah
Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan
bersejarah dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan.
.
.Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan
bersejarah perlu diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan
bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan dan iktibar
kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat
patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada antara bangunan
bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara, namun jika
kita menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta
mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita
dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah
dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya, Kota A Famosa
di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah
dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat
dijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah
perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera pada
zaman Kesultanan Melaka. Negara kita jugamampu menjadi negara yang
setaraf dengan negara-negara maju yang lain bagai berdiri sama tinggi
duduk sama rendah sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil
iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di negara
kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan
teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
.
.Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan
bersejarah dan monumen dapat menarik pelancong baik pelancong
domestik mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat ke negara
kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan pelancong
bercuti di negara kita selain menyaksikan pemandangan alam yang indah.
Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya
dipulihara dan diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah
diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat
pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di
beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan

Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan


Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada
bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat menarik
lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber
pendapatan negara. Di samping itu, pelancong juga dapat melawat
bangunan bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di
sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam semula jadi negara kita
dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis bagai menyelam
sambil minum air. Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak
langsung dapat membantu industri pelancongan negara.
.
.Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan
peranan yang penting dalam pendidikan di negara kita khususnya para
pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan
memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Sebagai
contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di
sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak
dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja
kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan
dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu.
Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi
kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah
yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga
halnya dengan kepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di
persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan
air Horse dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri
Selangor, iaitu Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan
kemaslahatan bangunan bersejarah persis peribahasa, yakni tak kenal
maka tak cinta. Oleh itu, bangunan bersejarah dan monumen
sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri.
.
.Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam
pembentukan minda generasi muda negara terutamanya ke arah
penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan dan monumen
yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari
satu generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah,
generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan
sejarah negara. Hal ini akan membentuk sebuah masyarakat yang sensitif
terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan bersejarah.
Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan

bersejarah sebagai bangunan yang perlu dikekalkan dan dilestarikan, bak


kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Oleh hal yang
demikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan
bangunan bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan undangundang.
.
Soalan 6
Usaha Menggalakkan Kemajuan Pelancongan Negara
Industri pelancongan membawa sumber pendapatan negara. Huraikan
usaha-usaha yang mampu dilakukan untuk meningkatkan industri
pelancongan
negara.
............Tahun 2007 telah diumumkan sebagai Tahun Melawat Malaysia
oleh kerajaan memandangkan industri pelancongan berpotensi untuk
dimajukan di negara kita. Sektor pelancongan juga perlu dimantapkan
kerana sektor ini mampu memantapkan ekonomi negara kita. Banyak
tempat menarik yang terdapat di negara kita boleh dikunjungi oleh
pelancong-pelancong asing dan tempatan seperti di Cameron Highland,
Genting Highland, bandar raya Melaka, Desaru dan sebagainya. Oleh itu
pelbagai usaha boleh dilaksanakan untuk memajukan industri pelancongan
tersebut sama ada oleh pihak kerajaan sendiri mahupun agensi yang
berkaitan.
............Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah
menambah kemudahan pengangutan dan perhubungan ke destinasidestinasi yang menarik di negara kita. Kemudahan pengangkutan ini dapat
memberi peluang yang lebih banyak kepada pelancong untuk pergi ke
destinasi yang mereka sukai. Sebagai contohnya, kerajaan telah membina
kemudahan lebuh raya baru ke Cameron Highland agar pusat pelancongan
ini mudah dikunjungi pelancong. Jadual penerbangan ke Malaysia juga
perlu ditambah terutama dengan mengadakan promosi tambang murah
kepada pelancong asing yang ingin melawat ke Malaysia. Dengan cara ini,
para pelancong akan berasa selesa apabila berkunjung ke Malaysia.

............Selain itu, usaha untuk meningkatkan jumlah tempat-tempat


penginapan seperti hotel dan chalet perlu ditingkatkan. Usaha ini boleh
dilaksanakan dengan memperbanyakan pembinaan hotel lima bintang
yang mengenakan kadar bayaran berpatutan diiringi dengan bilik yang
selesa untuk menarik minat pelancong. Sebagai contohnya, usaha yang
dijalankan oleh Hotel Seri Malaysia memperkenalkan pakej penginapan
murah berserta makanan tradisional tempatan telah berjaya meningkatkan
jumlah pelancong menginap di hotel tersebut.Justeru, sekiranya usaha
seperti ini dilaksanakan secara berterusan, jumlah pelancong asing yang
akan kembali semula ke Malaysia akan bertambah di samping
menggalakkan
kedatangan
pelancong
baru.
............Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu mengadakan lebih
banyak promosi untuk menjelaskan aktiviti pelancongan yang diadakan di
negara kita. Promosi tentang destinasi pelancongan yang menarik,
kebudayaan dan karnival jualan boleh di laksanakan dengan giat sama ada
di dalam mahupun di luar negara. Sebagai contohnya, kementerian
Pelancongan telah mengadakan promosi kebudayaan bagi menarik
pelancong dari Asia Barat seperti di Dubai dan Arab Saudi. Usaha
mempromosikan negara ini juga boleh dijalankan melalui penggunaan
teknologi maklumat seperti internet bagi menyebarkan maklumat tentang
pelancongan di negara ini. Penggunaan internet dapat memastikan semua
pelancong memperoleh maklumat berguna mengenai destinasi
pelancongan menarik dan aktiviti pelancongan di Malaysia. Jelasnya,
promosi yang giat dapat memastikan semua maklumat pelancongan
disebarkan secara berkesan bagi menarik kunjungan pelancong.
............Salah satu aspek penting yang ditekankan oleh pelancong terutama
pelancong asing ialah aspek kebersihan dan kemudahan prasarana.
Kawasan pelancongan mestilah sentiasa bersih dan diselenggarakan
dengan baik. Petugas- petugas di kawasan pelancongan perlu ditambah
bagi memastikan kebersihan sentiasa terkawal. Begitu juga halnya dengan
kemudahan prasarana bagi membolehkan pelancong membeli-belah
dengan selesa. Sebagai contohnya, kemudahan seperti bank, insuran
serta pusat membeli belah perlu dibina di kawasan pelancongan. Langkahlangkah seperti ini mampu menjadi daya tarikan pelancong untuk terus
menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang diminati.

............Selain usaha tersebut, usaha menarik pelancong ini turut dipikul


oleh rakyat negara ini. sikap ramah dan suka membantu pelancong harus
diutamakan oleh rakyat Malaysia. Keramahan rakyat negara ini harus
dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan tetamu kita itu. Umpamanya,
pemandu teksi yang dianggap duta pelancongan negara haruslah
bersikap ramah, mesra dan menjauhi amalan ingin mengambil kesempatan
atas kehadiran pelancong asing bagi mengaut keuntungan mudah. Rakyat
perlulah menunjukkan nilai sopan santun dan lembut bahasa kerana
bahasa menunjukkan bangsa. Jadi, rakyat negara ini harus mengubah
sikap mereka dengan melayan pelancong tempatan atau asing ini dengan
lebih baik agar kunjungan mereka ke Malaysia sentiasa memberi kenangan
manis di sepanjang hidup mereka.
............Memandangkan persaingan dalam industri pelancongan semakin
sengit, agensi-agensi pelancongan perlu bersikap lebih kreatif bagi
menerokai bidang pelancongan baru. Konsep pelancongan perlu
diperluaskan dengan memperkenalkan pelbagai jenis pelancongan seperti
ekopelancongan, pelancongan alam sekitar, pelancongan pendidikan,
pelancongan perubatan dan sebagainya. Hal ini sesuai dengan pepatah
Melayu, tak kenal maka tak cinta. Jika pelancongan versi baru ini tidak
dicuba di negara kita, kita tidak akan mengetahui potensi yang dapat
diperoleh daripada industri pelancongan tersebut. Pada masa yang sama,
pelbagai aktiviti sukan seperti Le Tour De Langkawi serta persidangan
antarabangsa seperti Persidangan APEC yang diadakan di Kuala Lumpur,
mampu menarik jumlah pelancong berkunjung ke Malaysia.
.
............Tuntasnya, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya, jika usaha yang dilakukan amat kurang dan terbatas,
bagaimanakah hasrat untuk melihat sektor pelancongan di negara kita
merentasi benua dan dunia menjadi nyata? Segala tindakan yang
dirancang dan direncana memerlukan bantuan dan kerjasama daripada
semua pihak. Semoga melalui keprihatianan dan rasa bertanggungjawab
dan cinta akan negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan
utama seluruh penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda
mereka. .

Soalan 7
Faktor Menggalakkan Pelancongan di Malaysia.
Sektor pelancongan merupakan salah satu industri perkhidmatan
terpenting di negara kita. Bincangkan faktor-faktor yang merangsang
perkembangan
industri
pelancongan
tersebut.
............Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di
dunia. Saban tahun, jumlah pelancong yang direkodkan semakin
bertambah bukan sahaja pelancong dari negara jiran seperti Singapura,
Thailand dan Indonesia malah turut menjadi tumpuan pelancong asing dari
Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat. Industri pelancongan ini juga
mempunyai potensi besar dan mampu dijadikan sumber ekonomi baharu
yang menguntungkan. Justeru, banyak syarikat besar yang tumbuh bak
cendawan selepas hujan mahupun agensi kerajaan yang giat
melaksanakan usaha bagi menarik pelancong berkunjung ke Malaysia.
Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi
tumpuan
pelancong.
............Antara faktor tersebut adalah kerana Malaysia mempunyai banyak
tempat menarik untuk dilawati. Tempat menarik tersebut lazimnya menjadi
tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke negara kita. Sebagai
contohnya, Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang
mempunyai suhu sejuk seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands.
Di kawasan ini, para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula
jadi yang unik di samping melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu
sayur-sayuran serta buah-buahan tropika. Malaysia juga mempunyai hutan
semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta
tahun. Di kawasan hutan semula jadi ini pelancong dapat menjalankan
aktiviti riadah sambil menikmati keindahannya mahupun menjalankan
kajian tentang flora dan fauna yang terdapat di situ. Justeru, kewujudan
kawasan reakrasi seperti ini dapat menarik pelancong dari dalam dan dari
luar
negara.

............Selain itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga

disebabkan oleh keadaan iklim semula jadinya yang panas sepanjang


tahun. Corak iklim seperti ini amat digemari oleh pelancong asing
khususnya pelancong dari negara-negara barat seperti negara Eropah dan
Amerika Syarikat. Ramai pelancong barat yang mengambil kesempatan
bercuti di Malaysia untuk berjemur di bawah sinaran matahari terik
terutamanya di kawasan pantai yang terdapat di Malaysia. Hal ini
disebabkan juga oleh keadaan pantai yang terdapat di Malaysia amat
cantik, bersih dan berpasir putih. Di kawasan pantai ini juga disediakan
pelbagai aktiviti untuk para pelancong seperti berkayak, berperahu layar
mahupun mandi-manda. Oleh itu, keistimewaan tersebut berjaya
menambat hati para pelancong untuk terus berkunjung ke negara kita.
............Di samping itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita
juga turut disebabkan oleh kewujudan banyak pulau yang indah dan
menarik. Di antara pulau yang menjadi tumpuan para pelancong di negara
kita termasuklah Pulau redang, Pulau Kapas dan Pulau Tioman.
Kemudahan prasarana di kawasan ini dijaga dengan rapi bagi memastikan
kawasan ini sentiasa bersih dan selesa untuk kunjungan para pelancong.
Para pelancong juga akan dapat merasai syurga dunia dengan
melakukan aktiviti skuba di kawasan batu karang yang terletak di Pulau
Kapas sehingga diakui sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia. Bagi
memastikan pelancong dapat menikmati keindahan semula jadi di kawasan
pulau tersebut, kerajaan telah mewartakan kawasan itu sebagai Taman
Laut. Jadi, dengan adanya keistimewaan tersebut, Malaysia dapat menarik
lebih ramai pelancong yang sekaligus dapat menjana kemajuan industri
pelancongan
negara.
.............Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air
dibantu oleh wujudnya keunikan budaya di negara kita. Memandangkan
Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk
maka pelbagai budaya menarik terdapat di sini. Gabungan budaya
masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan
pelancong asing ke Malaysia. Kaum Melayu umpamanya terkenal dengan
tarian inang dan zapin manakala kaum Cina pula terkenal dengan tarian
naga. Selain itu, Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional
yang dapat dinikmati oleh para pelancong. Masyarakat Melayu misalnya
terkenal dengan makanan seperti Sate, ketupat dan rendang manakala
kaum India pula terkenal dengan masakan kari, tosei, idali dan lain-lain.
Justeru keunikan budaya masyarakat di Malaysia telah berjaya menjadi
daya tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara kita.

.............Peranan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan


dengan pelancongan juga turut memajukan sektor pelancongan di
Malaysia. Sebagai contohnya, Kementeria Pelancongan telah mengadakan
pelbagai pertunjukan kebudayaan dan destinasi pelancongan Malaysia ke
beberapa buah negara sebagai usaha mempromosikan Malaysia kepada
pelancong asing. Tumpuan promosi bukan sahaja terhad ke negara-negara
Eropah atau Amerika Syarikat malah meliputi semua negara di dunia
termasuk di Asia Barat dan di Asia Timur. Pada masa yang sama, kerajaan
juga turut mengadakan pelbagai aktiviti tahunan bagi menarik lebih ramai
pelancong seperti mengadakan Pesta Flora Kuala Lumpur, Pesta Makanan
Tradisional Malaysia, sukan Le Tour De Langkawi dan sebagainya.
Malaysia juga turut memperkenalkan konsep pelancongan baru seperti
ekopelancongan, agrotourism, pelancongan perubatan, pelancongan
pendidikan dan lain-lain. Dengan usaha yang berterusan ini maka sektor
pelancongan
di
Malaysia
semakin
berkembang
maju.
.............Intihanya, sektor pelancongan merupakan sektor baru yang
berpotensi untuk menyumbang pada ekonomi negara. Industri ini masih
perlu diterokai kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya. Justeru, peranan kerajaan dan agensi pelancongan berserta
dengan kerjasama daripada semua masyarakat adalah amat diperlukan.
Semoga melalui keprihatianan dan rasa bertanggungjawab dan cinta akan
negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan utama seluruh
penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka.

Soalan 8
Masalah Pengangkutan Awam Di Negara Kita

Pengangkutan awam merupakan salah satu pengangkutan yang amat


penting di negara kita. Namun begitu, masih banyak kelemahan yang
kerap menjadi sungutan orang ramai. Terangkan kemelut yang
melanda sistem pengangkutan awam di negara ini.
.
.
..........Dalam sistem perhubungan, pengangkutan awam menjadi pilihan
orang ramai untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain.
Sistem pengangkutan ini turut menjadi pilihan golongan marhaen
khususnya bagi mereka daripada golongan masyarakat pertengahan dan
yang kurang berkemampuan. Rangkaian pengangkutan awam di negara
kita adalah seperti pengangkutan bas awam, teksi, Sistem Transit Tren
Ringan (LRT), monorel dan sebagainya. Memang sudah banyak usaha
yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi
kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda
sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani
masalah
yang
sudah
berlanjutan
sekian
lama.
.
..........Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap
sistem pengangkutan awam kita ialah kos atau tambangnya yang agak
mahal. Kadar tambang terutamanya bagi penumpang teksi dan LRT adalah
dianggap mahal terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah
serta menghalang mereka daripada menggunakan sistem pengangkutan
itu dengan lebih kerap. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna
pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh.
Kebanyakan daripada mereka hanya menggunakan pengangkutan awam
hanya apabila terdesak atau hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut
utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat
rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan pengangkutan awam
tersebut.
.
...........Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan dengan
amalan pengurusannya yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem
pengangkutan awam terutamanya bas awam tidak boleh diharap dari segi
ketepatan waktu operasinya. Kelewatan bas kerap berlaku dan tidak
mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan
masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan
yang bakal mereka hadapi. Masalah kelewatan sampai ke tempat kerja
menjadi isu utama akibat kegagalan pihak pengurusan mengatasi masalah
tersebut. Masalah penjagaan bas awam, LRT dan teksi turut dikatakan

termasuk
dalam
kategori
yang
mengecewakan
kerana
penyelenggaraannya yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan
sahaja kecewa melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadual
perjalanan malah pada masa yang sama kegagalan untuk menjaga kualiti
perkhidmatan
pengangkutan
awam
turut
dirasai.
.
..........Kita juga sering terdengar rungutan orang awam yang mengatakan
bahawa tumpuan perkhidmatan awam di negara kita tidak menyeluruh.
Kemudahan stesen LRT umpamanya hanya terletak di kawasan tertentu
yang kadang-kala menyukarkan orang ramai tiba ke pejabat. Hal ini
bertambah rumit kerana masalah kekurangan pengangkutan tambahan
atau fider bus di kawasan itu. Kalau anda sering menggunakan
pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk
menukar sistem pengangkutan, contohnya di antara stesen monorel
dengan stesen LRT atau di antara stesen bas dengan tesen monorel. Hal
ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa
beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang
lain pula. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah
pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu
sistem tiket yang bersepadu harus diadakan oleh kerajaan sebelum
kemelut
ini
menjadi
semakin
rumit
untuk
diselesaikan.
..
..........Malah, pengangkutan awam turut turut terjejas akibat tindakan
segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang
tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan
pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh
meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap
tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua
pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara kerana
seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Ada di antara mereka
yang masih mengamalkan sikap ingin menjadi sang juara di jalan raya. Hal
ini bukan sahaja membahayakan penumpang kenderaan tersebut malah
pada masa yang sama turut membahayakan keselamatan pengguna jalan
raya yang lain. Justeru, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi
satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan
bukannya dibenci oleh pelanggan serta masyarakat awam yang lain.
.
..........Banyak juga aduan yang sering kita baca di dada-dada akhbar
mengenai rungutan orang awam tentang kekurangan tempat letak kereta di
stesen LRT dan komuter. Hal ini berlaku kerana kurangnya perancangan

yang teliti sebelum projek tersebut dilaksanakan. Kelemahan ini bukan


sahaja menyukarkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka malah
menghalang orang ramai untuk menaiki kemudahan awam tersebut. Di
beberapa buah stesen komuter dan LRT di ibu kota Kuala Lumpur
umpamanya, kekurangan tempat untuk meletakkan kenderaan
menyebabkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka sesuka hati
atau di tepi-tepi jalan. Hal ini bukan sahaja menyebabkan berlakunya
kesesakan malah kadang-kala boleh menyebabkan berlakunya
kemalangan. Lebih malang pula, ada sebahagian kenderaan tersebut turut
di saman oleh pihak polis biarpun masalah ini timbul akibat kelemahan
pengurusan terbabit. Jelasnya, rungutan pengguna pengangkutan awam
tersebut perlu ditangani dengan baik agar pengangkutan awam di negara
kita
tidak
menjadi
indah
khabar
dari
rupa.
.
..........Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam di negara kita amat
perlu diambil berat oleh pihak yang terbabit. Sekiranya perkara tersebut
masih terus didiamkan tanpa sebarang tindakan, kita bimbang hasrat
kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai salah satu
pengangkutan utama di negara kita akan terkubur. Kesungguhan pihak
kerajaan untuk mengambil langkah awal dalam menangani masalah ini
amat ditagih dan pihak berwajib tidak harus bertindak hanya apabila isu itu
menjadi tatapan masyarakat dalam media massa negara. Mungkin sudah
sampai masanya kerajaan bertindak tegas dalam kemelut ini dan bukan
bersikap sudah terhantuk baru terngadah.

Soalan 9
Langkah Untuk Menggalakkan Orang Ramai Menaiki Pengangkutan
Awam di Negara Kita.

Pengangkutan awam di negara kita sedang berkembang maju.


Kerajaan juga telah mengadakan pelbagai langkah untuk
menggalakkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan
awam bagi mengatasi masalah kesesakan khususnya di kawasan
bandar. Jelaskan langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai
menggunakan pengangkutan awam
.
..........Zaman beralih, musim bertukar, selepas tamat penjajahan asing
selama 446 tahun yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah
menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali. Untuk
menyesuaikan diri di mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat, Malaysia
telah mengalami pelbagai anjakan paradigma. Kerajaan telah berusaha
menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem
pengangkutan awam berjalan lancar. Rangkaian pengangkutan awam di
negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem
Transit Tren Ringan (LRT), Kereta api, komuter dan monorel. Jikalau bukan
kita sebagai warganegara Malaysia yang menyokong pengangkutan awam,
siapakah lagi yang mesti menyokongnya? Lantaran itu, langkah-langkah
yang proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi untuk menggalakkan
rakyat menggunakan pengangkutan awam.
.
..........Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak
pihak mengatakan bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan
rangkaian perkhidmatan awam yang berlainan telah mengurangkan minat
mereka untuk bergerak dari tempat asal ke destinasi lain dengan
penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah
melaksanakan sistem tiket bersepadu dengan harga yang mampu dibeli
oleh orang ramai khususnya mereka yang berpendapatan rendah supaya
dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.
Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam
(PTA) untuk menguruskan pengangkutan awam di negara kita. Pertubuhan
tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket bersepadu
yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus
mengambil contoh pelaksanaannya di negara barat seperti di Melbourne,
Australia. Di Melborune penumpang hanya perlu membeli satu tiket pada
kos yang rendah untuk menaiki kereta api atau menaiki bas. Hal ini
bertepatan dengan peribahasa serampang dua mata. Pendekataan ini
bukan sahaja dapat menjimatkan wang golongan yang kurang berupaya
tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur pejalanan laluan
harian mereka. Jadi jikalau sistem tiket bersepadu ini dapat direalisasikan,

jumlah penumpang pastilah dapat mencapai sasaran yang telah


diramalkan oleh pengendali pengangkutan awam.
.
..........Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk
menaiki pengangkutan awam ialah meningkatkan kuantiti dan kualiti
pengangkutan awam. Bilangan kereta api atau bas awam haruslah
dipertingkatkan jumlahnya bagi memenuhi kehendak rakyat serta
mengatasi masalah kekurangan pengangkutan awam di sesetengah
kawasan yang menjadi rungutan orang ramai. Selain itu, KTM (Kereta Api
Tanah Melayu) haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di negara
Jepun yang telah menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet
train) sehingga mencapai kelajuan melebihi 200 kilometer sejam. Dengan
menggunakan lokomotif berkuasa elektrik, kekerapan KTM di negara kita
pasti dapat ditingkatkan. Kekerapan pengangkutan awam adalah salah
satu unsur untuk menarik perhatian penumpang terutamanya mereka yang
memandu kereta atau menunggang motosikal. Dengan kekerapan
perjalanan pengangkutan awam yang tinggi, penumpang tidak akan
membazirkan masa untuk menunggu ketibaan pengangkutan awam
tersebut. Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan orang ramai secara
keseluruhannya. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan,
kelemahan perkhidmatan dan kelewatan jadual perjalanan pengangkutan
awam akan merumitkan kehidupan masyarakat dan menyebabkan mereka
kurang berkeyakinan terhadap pengakutan awam di negara kita. Lantaran
itu, cara ini haruslah dilaksanakan untuk mendapatkan semula keyakinan
rakyat terhadap sistem perkhidmatan pengangkutan awam.
.
..........Pada masa yang sama, langkah kerajaan menggalakkan
pemasangan televisyen di dalam bas ekspres mendapat banyak komen
yang baik daripada orang ramai. Hal ini kerana langkah ini dapat
menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka. Para penumpang
berpeluang untuk menonton pelbagai siaran televisyen ketika berada
dalam perjalanan mereka dan menjadikan perjalanan lebih menarik.
Perkara ini haruslah diperluaskan dalam pengangkutan awam yang lain
seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang menaiki
pengangkutan awam. Selain menghiburkan para penumpang ketika dalam
perjalanan, siaran televisyen juga mampu menyemarakkan semangat
patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan
cinta akan negara, rancangan yang mengimbas kembali detik-detik
bersejarah di negara kita dan sebagainya. Kemudahan seperti alat
pendingin udara juga perlu dipertingkatkan bagi menjadikan penumpang

berasa lebih selesa apabila menaiki pengangkutan tersebut. Kemudahankemudahan sampingan seperti ini pasti akan dapat meningkatkan bilangan
penumpang pengangkutan awam kerana orang ramai boleh mendapatkan
perkhidmatan yang berkualiti dengan banyaran yang minimum.
Manisfestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat menarik
perhatian para penumpang untuk menaiki pengangkutan awam.
.
..........Bagi mengatasi masalah pekerja pengangkutan awam yang kurang
berdisiplin, sistem perakam perlu dipasang di semua kenderaan awam di
negara kita. Pemasangan alat perakam ini dapat merakamkan bukan
sahaja perkara yang berlaku di sepanjang perjalanan malah dapat
merakamkan kelajuan pengangkutan awam tersebut. Hal ini akan dapat
mengurangkan masalah kenderaan awam seperti bas yang dipandu terlalu
laju sehingga melebihi had yang dibenarkan. Pada masa yang sama,
pemasangan alat ini dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya
khususnya bas yang sering diperkatakan oleh orang ramai. Kerajaan juga
perlu lebih kerap mengadakan pemeriksaan bagi memastikan pemandu
pengangkutan benar-benar mereka yang berkelayakan atau bebas
daripada sebarang penyalahgunaan dadah. Tindakan kerajaan
menyenaraihitamkan pemandu yang kurang berdisiplin akan dapat
mengatasi masalah pekerja pengangkutan awam yang tidak bersopan
sekali gus melenyapkan pekerja yang tidak berkualiti. Pemeriksaan oleh
pihak berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Jalan atau pihak polis juga
perlu menyeluruh bukan sahaja kepada kakitangan pengangkutan awam
tetapi perlu juga melihat pada keadaan dan keselamatan pengangkutan
awam yang digunakan bagi memastikan keselamatan pengguna
pengangkutan tersebut terjamin. Dengan cara itu, keyakinan orang ramai
untuk menggunakan pengangkutan awam di negara kita akan meningkat.
.
..........Pihak pengurusan atau pengendali pengangkutan awam juga
perlulah lebih peka untuk menyediakan kemudahan hiliran bagi mereka
yang menggunakan perkhidmatan ini. Di kawasan stesen komuter atau
LRT umpamanya, tempat meletakkan kenderaan perlu ditambah bagi
mengelakkan orang ramai meletak kenderaan mereka di tepi-tepi jalan
atau di tempat lain yang tidak sesuai. Hal ini sentiasa menjadi rungutan
orang ramai kerana bukan sahaja boleh mengakibatkan kesesakan malah
pada masa yang sama turut menjadi punca berlakunya kemalangan jalan
raya. Begitu juga halnya dengan pengangkutan tambahan atau bas fider
yang dikatakan menjadi masalah kepada pengguna komuter dan LRT.
Kekurangan pengangkutan bas tambahan ini telah menyukarkan pengguna

pengangkutan tersebut jika kawasan stesen tersebut jauh dari pejabat.


Justeru adalah penting sekiranya bas-bas tambahan ditambah bilangannya
bagi memudahkan dan mempercepat perjalanan seseorang dari rumah ke
destinasi yang dituju. Jarak atau lokasi pengangkutan awam seperti
komuter dan LRT juga perlu ditambah dari semasa ke semasa agar
lingkungan pengguna yang dapat menaiki kemudahan awam tersebut turut
meningkat. Biarpun langkah ini memerlukan biaya yang agak tinggi namun
kesannya pada sistem perhubungan di negara kita adalah amat besar.
Oleh itu langkah-langkah menyediakan kemudahan tambahan bagi
meningkatkan kualiti pengangkutan awam tersebut perlu dilaksanakan agar
pengangkutan awam di negara kita tidak dianggap indah khabar dari
rupa.
.
..........Seperti kata peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh
biarlah dari rebungnya, pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu
langkah untuk menggalakkan rakyat tempatan menaiki pengangkutan
awam. Pihak sekolah dicadangkan supaya memberi penerangan tentang
kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan
menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanam konsep yang
mendalam kepada fikiran pelajar agar menaiki perkhidmatan awam. Usaha
ini bukan sahaja perlu ditumpukan kepada para pelajar, tetapi harus juga
diperluas kepada mereka yang dewasa untuk mengubah imej dalam hati
mereka apabila menaiki pengangkutan awam. Melalui pendidikan, kita
dapat melahirkan golongan yang bergantung pada perkhidmatan awam
seperti kereta api dan bas sebagai pengangkutan utama mereka.Hal ini
dapat meningkatkan bilangan penumpang untuk menaiki pengangkutan
awam. Walaupun mereka memiliki kendera sendiri, tetapi mereka tetap
akan menggunakan perkhidmatan awam sebagai pengangkutan utama
mereka jika konsep kebaikan menggunakan pengangkutan awam tertanam
dalam jiwa mereka.
.
..........Kesimpulannya, pengangkutan awam banyak membawa
kemaslahatan kepada masyarakat di negara kita seperti dapat
mengurangkan kesesakan dan kemalangan, mengurangkan pencemaran
udara, menjimatkankan masa malah mengurangkan kos kehidupan kita
sehari-hari. Oleh itu, sebagai pengguna jalan raya yang bijak, kita perlulah
menyahut seruan kerajaan agar menggunakan pengangkutan awam
sebagai kaedah untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang
lain. Kita juga berharap agar dengan langkah-langkah yang telah dan
sedang dilaksanakan ini maka pengangkutan awam di negara kita akan

menjadi lebih maju setanding dengan pengangkutan awam di negaranegara lain seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Australia.
.
Soalan 10
KESAN KEMASUKAN PEKERJA ASING
Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek
pembangunan raksasa berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah
peluang pekerjaan yang meluas dan timbul masalah kekurangan tenaga
kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin
mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin
yang banyak telah menimbulkan pelbagai masalah.
Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk
membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis,
tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk memberkas
mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan sementara.
Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan
mengeluarkan dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya
mereka dapat dihantar balik. Kedutaan asing juga enggan membiayai kos
penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga, wang, dan
masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang
tanpa izin.
Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing
tanpa izin ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak
berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan diri ke Malaysia
supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka.
Malangnya, mereka terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes rompakan,
pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma
sepanjang masa. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki pencuri
setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan
penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga
Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa
lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk
menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk
melakukan rompakan pada siang hari.

Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas.


Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya,
pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka
berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Kesihatan mereka
kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit
kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik
telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi
meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan
sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara
seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS.
Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga
mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan
perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula
membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan
setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem
pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam
sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada mas a akan
datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita
juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan
serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan
perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan
air.
Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih
suka mengupah pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan,
pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah.
Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan
semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak
antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai
makanan, menjual barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya.
Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa
membayar cukai pendapatan. Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan
teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak
adil kepada rakyat kita.
Kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun
kehadiran mereka, terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan
masalah. Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya
rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri.

Soalan 11
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dilancarkan oleh pada 16
Februari 2004. Program ini merupakan gabungan daripada latihan
ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke
arah cinta akan negara. Program ini berbeza daripada kerahan tenaga
yang dilaksanakan oleh beberapa buah negara lain kerana program ini
menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan
keadaan sosial, budaya dan ekonomi. Program yang dilaksanakan ini
sebenarnya banyak mendatangkan kebaikan walaupun terdengar suarasuara
yang
meragui
keberkesanannya.
(APA) Melalui PLKN remaja dapat menyemai nilai-nilai patriotik yang
semakin luntur dalam kalangan remaja pada hari ini. (MENGAPA) Hai ini
disebabkan oleh perubahan masa dan cara hidup pada masa kini
menjadikan mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan dan
penderitaan hidup generasi sebelum merdeka. Sesetengah daripada
mereka pula langsung tidak mengetahui nama kementerian dalam
kerajaan. (BAGAIMANA) Jadi, PLKN dilancarkan untuk memupuk
semangat patriotisme dalam kalangan peserta melalui modul kenegaraan
yang didedahkan. (BUKTI) Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara
(JLKN), sebanyak 82 peratus remaja memiliki semangat patriotisme yang
tinggi selepas tamat menjalani kem PLKN. (KESIMPULAN) Hal ini
membuktikan PLKN mampu membina remaja yang memiliki semangat
patrotisme yang tinggi, sekaligus melahirkan generasi yang mengetahui hal
kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaan, kedaulatan negara dan
cabaran dari dalam dan dari luar negara.
(APA) PLKN juga bertindak sebagai satu makanisme bagi pembentukan
disiplin diri remaja. (MENGAPA)Walaupun terdapat segelintir pihak yang
memperlekeh usaha kerajaan ini namun terdapat juga ibu bapa yang
menerima baik program tersebut kerana percaya bahawa PLKN menjadi
titik peralihan yang penting dalam membentuk disiplin anak-anak
mereka. (BAGAIMANA) Hal ini dikatakan demikian kerana masa lapang
peserta selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia diisi dengan
kegiatan yang berfaedah dan dapat mendisiplinkan diri peserta dengan
jadual yang ditentukan. Program ini juga dapat mematangkan fikiran
mereka setelah menjalani latihan dan menguji ketahanan mental dan

fizikal. (BUKTI) Majoriti bekas pelatih telah menunjukkan perubahan


sahsiah yang membina seperti lebih bertanggungjawab terhadap keluarga,
berfikiran
positif
dan
mempunyai
hala
tuju
yang
jelas. (KESIMPULAN) Oleh itu, penekanan aspek disiplin dalam PLKN
telah menyebabkan rata-rata peserta melalui suatu peralihan yang besar
dalam hidup mereka.
(APA) Jika ditinjau dari perspektif lain pula, program ini yang melibatkan
pelbagai
kaum
juga
dapat
memperkukuh
integrasi
nasional. (MENGAPA) Hal ini penting kerana Malaysia mempunyai
pelbagai kaum seperti kaum melayu, cina dan india. Peristiwa hitam 13 Mei
perlu dielakkan daripada berulang lagi dan kerajaan mengambil langkah
pelaksanaan PLKN sebagai satu usaha untuk mewujudkan satu Malaysia
yang adil antara kaum. (BAGAIMANA) Melalui program ini, remaja
daripada berbilang kaum, kebudayaan dan agama dapat dihimpunkan
dalam satu wadah bagi menyuburkan semangat perpaduan kaum. Hal ini
kerana semasa menjalani aktiviti program mereka tinggal bersama-sama.
Jurulatih PLKN juga membantu pelatih memahami cara negara yang
merangkumi tanah air, rakyat dan kadaulatan ini ditadbir melalui satu
sistem pentadbiran.(KESIMPULAN) Rentetan itu, jelaslah bahawa PLKN
mampu memperkukuh ikatan integrasi antara kaum dengan wujudnya bibitbibit kasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain.
Secara tuntas, Program Latihan Khidmat Negara yang dijalankan memang
mendatangkan kebaikan kepada remaja mahupun negara. Sesungguhnya,
sebagai insan, kita ditagih agar menyumbangkan jasa dan bakti, bak kata
pepatah, harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan
tulang dan manusia mati meninggalkan nama. Hal ini samalah dengan
objektif PLKN yang bukan sahaja mahu membentuk semangat cinta akan
negara dalam diri peserta malah turut menggalakkan mereka
menyumbangkan keringat kepada masyarakat. Oleh itu, semua pihak
khususnya para remaja dan ibu bapa perlu menyahut seruan kerajaan
dengan menyertai program ini agar modal insan yang cemerlang, gemilang
dan terbilang dapat dilahirkan.
Soalan 12
Minat membaca perlu dipupuk sejak usia muda agar tabiat suka
membaca dapat direalisasikan oleh masyarakat negara ini.

Jelaskan cara-cara yang berkesan untuk memupuk minat membaca


dalam kalangan kanak-kanak.
Contoh Jawapan:
Tanpa diketahui puncanya minat membaca memang satu tabiat yang sukar
untuk ditanam dalam jiwa masyarakat kita terutama dalam kanak-kanak.
Usaha ini hanya akan berjaya jika pemupukan itu dibuat sejak kecil lagi
oleh ibu bapa tanpa banyak alasan lagi. Jadi, ada pelbagai cara yang boleh
dibuat untuk menanam minat membaca ini dalam jiwa kanak-kanak kita.
Langkah awal ialah kanak-kanak ini perlu didedahkan dengan bahan
bacaan berbentuk hiburan terutama yang berkaitan dengan minat mereka.
Kanak-kanak begitu mudah tertarik ilustrasi kartun terutama siri kartun
yang terkenal kerana inilah jiwa mereka yang sebenarnya. Bahan-bahan
bacaan ini hendaklah dipenuhi dengan gambar dan lawak jenaka yang
boleh menarik perhatian mereka. Kanak-kanak suka membaca bahan yang
menarik, comel dan memberikan mereka pengetahuan umum.
Selain itu, ibu bapa juga boleh membantu dalam menyelesaikan masalah
ini dengan membawa anak mereka ke kawasan kedai buku. Akitviti ini
boleh dijalankan secara berkala seperti setiap hujung minggu atau bulan
melawat kedai buku yang berhampiran rumah mereka. Di kedai buku itu,
anak-anak diberi peluang untuk memilih bahan bacaan yang mereka minati
pula dan menghabiskan masa berjam-jam di sana pula. Anak-anak sudah
pasti akan ternanti-nanti untuk melakukan aktiviti yang serupa pada minggu
hadapan pula.
Malah, sikap berkongsi pembacaan juga boleh dilakukan oleh ibu bapa
untuk menarik minat anak mereka untuk membaca. Sebaik sahaja ibu bapa
selesai membaca akhbar, majalah dan buku, mereka boleh berkongsi
maklumat itu dengan anak mereka pula. Penjelasan daripada ibu bapa
tentang sesuatu perkara boleh mencetuskan minat anak untuk membaca
tentang perkara itu dengan lebih mendalam. Anak juga boleh dilatih
dengan meminta mereka mereka membaca tajuk utama akhbar harridan,
iklan, dan sebagainya pula.
Kewujudan perpustakaan mini di rumah turut membantu mencetuskan
sikap suka membaca dalam jiwa kanak-kanak. Golongan muda ini mudah

meniru perkara yang mereka nampak terutama apabila melihat ibu bapa
sendiri mempamerkan minat membaca di rumah. Kanak-kanak akan
melihat-lihat kulit buku, membelek gambar dan akhirnya akan berminat
untuk mengetahui isi kandungan buku tersebut pula.
Konklusinya, minat membaca dalam kanak-kanak ini boleh dipupuk dengan
mudah jika tahu kaedah yang betul. Kanak-kanak perlu diberi pendedahan
jenis buku yang bersesuaian dengan tahap umur dan minat mereka. Bak
kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya yang
membuktikan betapa pentingnya amalan membaca ini diterapkan sejak
awal.
Soalan 13
Penghayatan nilai-nilai
berketerampilan.

murni

dapat

membentuk

pelajar

yang

Jelaskan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk menerapkan


nilai-nilai murni dalam diri pelajar.
Contoh Jawapan:
Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan satu lapisan masyarakat
yang berilmu, berkemahiran dan bersahsiah tinggi. Kesemua matlamat ini
menyebabkan pihak Kementerian Pendidikan melihat penghayatan nilainilai murni itu sebagai sesuatu aspek penting dalam pendidikan. Kemelut
disiplin yang melanda pelajar kini telah menguatkan lagi hujah yang
memerlukan kewujudan pelajar berketerampilan ini. Maka, pelbagai
tindakan yang bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan
mampu dilaksanakan untuk mencapai hasrat ini.

Tindakan awal ialah kementerian telah mewajibkan konsep penyerapan


nilai merentas kurikulum. Dalam konsep ini semua guru tanpa mengira
subjek yang diajarnya perlu memasukkan nilai-nilai murni kepada pelajar
ketika melaksanakan tugas mereka. Tindakan ini amat bijak kerana
sebelum ini hanya guru-guru tertentu sahaja seperti guru disiplin atau

kaunseling yang perlu memupuk sikap positif dalam jiwa pelajar mereka.
Jelaslah, tindakan ini memastikan semua pihak terutama guru
melaksanakan tugas yang serupa yakni memupuk sikap pelajar yang
terpuji.

Pada masa yang sama, guru-guru juga memberikan teladan yang baik
kepada pelajar mereka. Kelakuan guru perlulah diawasi dengan baik sama
ada ketika mengajar di sekolah atau beriadah di luar sekolah untuk dilihat
oleh pelajar. Keadaan ini juga membuktikan kepada pelajar bahawa semua
nilai-nilai positif yang dinyatakan oelh guru itu bukanlah sukar untuk
dilaksanakan oleh mereka. Sesungguhnya, guru yang mampu memberikan
contoh teladan yang baik berupaya menjadikan pelajarnya lebih bersikap
mulia lagi.

Bukan sahaja pihak sekolah memperkenalkan konsep tertentu kokurikulum


dan guru memberikan teladan yang baik tetapi Unit Kaunseling setiap
sekolah turut boleh memainkan peranan tertentu. Mereka boleh
melaksanakan kem peningkatan sahsiah pelajar secara berkala dan
terancang. Semua pelajar yang dianggap mempunyai masalah disiplin
akan menyertai kem ini untuk memulihkan jiwa mereka semula menjadi
pelajar yang terbilang kelak. Justeru, kewujudan kem peningkatan sahsiah
yang sistematik mampu menjadikan kewujudan pelajar yang
beketerampilan ini sesuatu yang pasti.

Tambahan pula, aktiviti kokurikulum perlu ditingkatkan agar keterampilan


pelajar dapat diketengahkan. Pada masa yang sama nilai murni dalam jiwa
pelajar juga turut terbentuk menerusi aktiviti kokurikulum sebegini. Masalah
yang timbul ialah banyak aktiviti kokurikulum ini yang dilaksanakan secara
hangat-hangat tahu ayam sahaja. Sebenarnya, kokurikulum mampu
melahirkan satu golongan pelajar yang bersikap positif dan murni jika
dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Kesimpulannya, semua langkah yang disuarakan tadi boleh dilaksanakan


dengan segera. Kerjasama semua pihak terutama pihak guru amat
diperlukan untuk memastikan visi ini menjadi satu kenyataan yang sejati.
Kegagalan untuk mendapatkan kerjasama yang jitu boleh menyebabkan
jumlah pelajar yang bermasalah di negara ini terus bertambah saban
tahun. Peribahasa orang tua-tua, kanak-kanak itu ibarat kain putih harus
menjadi renungan kita semua untuk bersama-sama mendidik dengan baik
golongan ini.

Soalan 14
Tajuk: Warga tua di negara ini terus bertambah saban tahun terutama
di kawasan bandar.
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk memudahkan
kehidupan warga tua di negara ini.
Contoh Jawpan:
Warga tua sering dikaitkan dengan mereka yang berumur lebih daripada 55
tahun yang juga dikenali sebagai warga emas. Populasi warga ini semakin
hari semakin bertambah di negara ini terutama di kawasan bandar.
Pertambahan jumlah penduduk warga tua ini menyebabkan negara
memerlukan satu perancangan baru untuk menjadikan kehidupan warga ini
lebih baik dan ceria setelah penat bekerja memajukan negara. Maka, ada
beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan, swasta dan
masyarakat untuk menceriakan kehidupan warga emas ini.
Kerajaan boleh mengumumkan bahawa semua warga tua boleh menikmati
pelbagai kelebihan yang boleh meringankan beban kewangan mereka
seperti pemberian diskaun tambang pengangkutan awam, kos hospital dan
juga pembelian barangan yang sering diperlukan oleh mereka. Langkah
kerajaan ini sudah pasti akan meringankan beban kewangan mereka
terutama kos rawatan yang begitu mahal dan risiko mereka yang juga
tinggi kerana sudah berusia lanjut.? Pengumuman dasar ini sudah pasti
akan menjadikan warga tua lebih ceria kerana sedar bahawa negara terus
menghargai mereka walaupun mereka sudah tidak lagi bekerja. Jelaslah,
kerajaan harus mengumumkan satu dasar yang boleh menjadikan
kehidupan warga emas lebih ceria.

Selain mengumumkan hari warga tua, kerajaan juga boleh menganjurkan


pelbagai aktiviti yang melibatkan mereka. Penganjuran lawatan ke tempattempat menarik khas untuk warga tua harus dilakukan dengan kerap
seperti setiap hujung minggu dan sebagainya.? Aktiviti seperti ini mampu
menjadikan kehidupan warga tua lebih menarik dan tidak menjemukan
mereka serta dalam masa yang sama mampu untuk meningkatkan
semangat mereka untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan kerana mereka
bergaul dengan rakan-rakan seusia. Sebenarnya, usaha melakukan
lawatan ini menjadikan kehidupan mereka lebih berharga dan mampu
memberikan satu matlamat untuk mereka meneruskan kehidupan.
Pembinaan rumah warga tua harus diperbanyakkan terutama di kawasan
bandar kerana sudah ada peningkatan permintaan terhadap ruang buat
warga emas ini. Keadaan kehidupan bandar yang penuh cabaran dan
tekanan hidup yang tinggi menjadikan warga emas sasaran mudah
segelintir anak yang menggunakan alasan terlalu sibuk untuk menghantar
ibu bapa mereka ke rumah bantuan kerajaan ini. Kemudahan yang
disediakan di rumah orang tua ini juga perlulah lengkap dan bersesuaian
dengan keadaan fizikal dan kemampuan kewangan warga tua supaya
kehidupan mereka lebih ceria. Sesungguhnya, semakin banyak rumah
orang tua didirikan semakin bermaknalah kehidupan warga tua kerana
mereka mempunyai tempat untuk berlindung pada masa akan datang.
Namun langkah yang paling efektif untuk menjadikan kehidupan golongan
ini bermakna ialah sikap masyarakat terhadap kumpulan umur ini harus
berubah menjadi lebih positif. Kita sering menyaksikan banyak pihak
terutama golongan muda yang menganggap orang tua sebagai penyibuk,
tidak memahami perasaan orang muda, lambat bergerak dan sebagainya.
Pandangan yang sebegini menyebabkan sering berlaku perbezaan
pendapat antara golongan muda dengan tua yang membawa renggangnya
hubungan antara mereka. Jelaslah, masyarakat terutama warga belia
harus menerima hakikat bahawa lumrah hidup akan menyaksikan yang tua
menjadi muda lalu belajar memahami golongan tua ini.
Kesimpulannya, warga tua bukanlah sampah masyarakat yang harus
dibuang setelah penat menabur budi selama ini kepada negara dan
golongan muda. Kumpulan masyarakat ini berhak menerima layanan yang
terbaik mungkin daripada negara dan masyarakat tanpa sebarang alasan.

Semua pihak harus sedar dan menerima kenyataan bahawa tanpa warga
tua tiadalah warga muda. Bayangkan jika anda sudah tua dan disisihkan
oleh anak.

PELAJAR PERLU FIKIR


Sikap masyarakat terhadap warga tua

Masih ada yang tidak peka dengan nasib mereka dengan mencemuh
dan tidak menghormati warga tua

Malah ada anak yang sanggup menghantar ibu bapanya ke Rumah


Orang-orang Tua

Menganggap mereka boleh hidup tanpa warga tua


Kebaikan membantu warga tua

Usaha membalas jasa dan pengorbanan mereka terhadap golongan


muda

Menunjukkan jasa mereka amat dihargai


Memastikan kehidupan warga tua terpelihara dan tidak melarat
memberikan imej yang baik kepada masyarakat dan negara

Soalan 15
Sesetengah bencana alam yang berlaku adalah disebabkan perbuatan
manusia yang tidak bertanggungjawab.
Jelaskan sebab-sebab bencana alam yang berlaku akibat perbuatan
manusia sendiri.
Rangka Karangan
Pendahuluan
- kita sering dikejutkan dengan kejadian bencana alam
Isi-isi Karangan

i. aktiviti pembalakan menjadi faktor berlakunya bencana alam


i. individu-individu yang tidak bertanggungjawab melakukan pembakaran
terbuka
iii. anggota masyarakat membuang sampah ke dalam longkang dan sungai
iv. aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lereng bukit
Penutup
- semua pihak harus bekerjasama dan berganding bahu
Karangan Contoh
Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan bencana alam yang berlaku di
seluruh dunia. Berita-berita yang menyedihkan hati kita ini terpampang di
dada-dada akhbar dan dikongsi bersama-sama oleh manusia sejagat.
Kesannya, bencana alam ini telah meragut banyak nyawa yang tidak
berdosa. Fenomena ini dibuktikan melalui kejadian tanah runtuh, banjir
kilat, jerebu, tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi yang sering
melanda dunia. Malangnya, tiada jalan penyelesaian untuk menghalang
bencana alam ini daripada berlaku. Hal ini demikian kerana, sudah
menjadilumrah alam iaitu apabila tiba saat dan ketikanya, bencana alam ini
pasti akan terjadi. Tiada satu kuasapun yang mampu menangani kuasa
alam, namun kejadian bencana alam yang berpunca daripada sikap
manusia itu sendiri perlu diberikan perhatian agar nyawa manusia tidak
terancam.
Aktiviti pembalakan memang merupakan antara penyumbang ekonomi
negara, namun antara sedar ataupun tidak, aktiviti ini menjadi faktor
berlakunya bencana alam. Individu-individu yang terbabit dalam aktiviti
pembalakan seharusnya memikirkan kesannya sebelum menebang pokok
kerana, sesal
dahulu
pendapatan,
sesal
kemudian
tiada
gunanya. Kawasan hutan yang telah ditebang dan jika tidak digantikan
dengan anak pokok yang baharu, biasanya akan terdedah kepada hujan
dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini akan menyebabkan
berlakunya kejadian tanah runtuh yang akan meragut nyawa dan
menyebabkan kerosakan harta benda. Oleh itu, langkah yang bijaksana
dan efektif perlulah dijalankan untuk menangani masalah ini daripada
berlaku.

Selain
itu,
terdapat
segelintir manusia
yang
tidak
bertanggungjawab yang suka melakukan pembakaran terbuka. Hal ini
nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap
inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan
manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Jerebu ini pula boleh
menyebabkan pesakit asma mengalami masalah dan menyebabkan
penyakit mereka semakin kronik. Oleh itu, kita seharusnya sedar dan
berhati-hati semasa melakukan sesuatu perkara kerana pandang jauh
dilayangkan, pandang dekat ditukikkan supaya tidak berlaku sebarang
bencana. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu kita untuk
mengurangkan pencemaran alam sekitar dan membantu kita untuk
menyelamatkan nyawa manusia sejagat yang tidak berdosa.
Seterusnya, terdapat sesetengah anggota masyarakat yang tidak
bertanggungjawab iaitu dengan membuang sampah ke dalam longkang
dan sungai dengan sesuka hati. Secara sedar atau tidak, golongan ini
sebenarnya menganiayai masyarakat seperti kata pepatah, kapak tak
boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya. Hal
ini demikian kerana, sistem perparitan akan tersumbat oleh sampah sarap
yang dibuang ke dalam sungai dan longkang. Masalah sistem perparitan
yang tersumbat ini pula akan menyebabkan banjir kilat berlaku. Kejadian ini
sudah pastinya akan menyusahkan banyak pihak yang tidak berdosa. Oleh
itu, pihak berkuasa haruslah mengkaji masalah ini hingga ke akar umbinya.
Punca lain yang menyebabkan bencana alam ini berlaku adalah
disebabkan oleh aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lerenglereng bukit. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan keadaan yang tidak
selamat dan boleh menyebabkan tanah runtuh berlaku. Sebagai
contohnya, sebanyak 14 buah rumah banglo di Bukit Antarabangsa
musnah akibat tanah runtuh dan mengorbankan empat nyawa pada 6
Disember 2008 yang lalu. Hal ini disebabkan oleh pihak pemaju yang
membangunkan kawasan tersebut tidak mengambil langkah-langkah
keselamatan untuk mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh.
Mereka tidak membuat sistem perparitan yang sempurna untuk
menyalurkan air atau membina tembok konkrit untuk mengelakkan
kejadian tanah runtuh. Perkara ini penting dilakukan kerana kebanyakan
kejadian tanah runtuh berlaku akibat pergerakan air di dalam tanah yang
menyebabkan tanah itu longgar dan mudah runtuh.

Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah bersama-sama dan


berganding bahu dengan mengamalkan peribahasa seperti aur dengan
tebing untuk menangani masalah ini. Janganlah kita mengamalkan
peribahasa seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing. Jika perkara ini tidak dilakukan, sudah pastinya semua pihak
terpaksa menanggung akibat buruk daripada sikap kita sendiri. Oleh itu,
anggota masyarakat perlulah sedar bahawa tanggungjawab untuk menjaga
alam sekitar tidak terletak di bahu kerajaan semata-mata. Kita harus
sedar bahawa, sebenarnya Allah menganugerahkan alam ini kepada kita
sebagai amanah untuk dijaga. Mahukah kita hidup di dalam kawasan tanah
runtuh, jerebu, banjir dan kemarau? Oleh hal yang demikian, tepuklah
dada, tanyalah selera, sebelum bertindak.

Soalan 16
Teknologi maklumat mendatangkan banyak kebaikan kepada
masyarakat dan negara. Anda ingin menyuarakan pandangan tentang
kebaikan teknologi maklumat untuk dimuatkan dalam majalah sekolah
anda. Tulis pandangan anda selengkapnya.

Teknologi maklumat merupakan agenda baharu yang begitu diberikan oleh


negara kita. Kerajaan telah mengambil langkah yang serius untuk
menerapkan budaya teknologi maklumat kepada masyarakat. Berbagaibagai kempen dijalankan untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang
pentingnya teknologi maklumat. Sejumlah peruntukan yang besar telah
dilaburkan untuk tujuan itu. Berdasarkan usaha dan iltizam kerajaan yang
tinggi itu, nyatalah bahawa bidang teknologi maklumat mempunyai manfaat
yang sangat besar kepada masyarakat dan negara ini.
Teknologi maklumat mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai
sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan
pergolakan dunia. Melalui kemajuan dalam bidang penyebaran maklumat,
masyarakat negara ini tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan.
Maklumat yang disalurkan amat pantas. Hanya dengan memiliki sebuah
komputer peribadi yang disambung dengan perkhidmatan internet,

masyarakat boleh mendapatkan maklumat dari seluruh dunia. Mereka


hanya perlu menggerakkan tetikus untuk mendapatkan maklumat terkini
dalam sesuatu bidang. Contohnya masyarakat Malaysia boleh mengikuti
pergolakan politik di Timur Tengah melalui skrin komputer mereka. Oleh itu
penguasaan teknologi maklumat mampu menjadi masyarakat Malaysia
sebagai masyarakat berinformasi.
Selain itu teknologi maklumat dapat meningkatkan mutu pendidikan negara
kita. Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sekolah-sekolah
bestari yang menjadikan teknologi maklumat sebagai teras pendidikan.
Apabila terlaksana kelak, sumber rujukan yang utama bagi pelajar bukan
lagi guru mereka. Guru akan dianggap sebagai pemudah cara. Segala
proses pembelajaran dan pengajaran akan dikendalikan oleh komputer.
Sumber rujukan pula adalah dari sumber-sumber multimedia. Pelajar perlu
memiliki kemahiran untuk mengendalikan komputer dan mereka sendiri
yang akan meneroka segenap bidang ilmu yang dipelajari oleh mereka.
Malah seseorang pelajar boleh melanjutkan pelajaran sehingga ke
peringkat tertinggi menggunakan media komputer. Contohnya penubuhan
Universiti Tun Abdul Razak merupakan satu langkah ke arah penerokaan
ilmu di ruang siber tanpa menghadiri kuliah secara lumrah. Dengan
penubuhan universiti maya ini, mutu pendidikan negara meningkat setahap
lagi ke arah kemajuan.
Teknologi maklumat juga mampu meletakkan negara kita setanding
dengan negara-negara maju. Dalam zaman ini kemajuan sesebuah negara
diukur dengan pencapaian dalam bidang teknologi. Oleh yang demikian
sebagai sebuah negara yang ingin mencapai status negara maju, Malaysia
mestilah menitikberatkan bidang ini dan menjadikan kita berdiri sama tinggi
duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Oleh sebab itulah
negara kita mengeluarkan belanja yang banyak untuk meningkatkan
segenap aspek yang berkaitan dengan teknologiu maklumat. Contohnya
negara kita telah melancarkan satelit telekomunikasi kita sendiri yang
dikenali dengan nama MEASAT 1 dan MEASAT 11. Baru-baru ini pula
saintis Malaysia berjaya menghasilkan satelit ringan yang dikenali sebagai
Tiongsat-1. Dengan pelancaran satelit-satelit ini, kita mampu menempatkan
diri setanding dengan negara-negara maju dalam bidang telekomunikasi.
Jadi, jelaslah teknologi maklumat menjadikan negara kita setanding
dengan negara maju.

Penekanan dalam kemajuan teknologi maklumat akan menggalakkan


pemindahan teknologi secara langsung dan tidak langsung. Pembinaan
Koridor Raya Multimedia telah membuka peluang pelaburan kepada
syarikat-syarikat antarabangsa untuk beroperasi di sini. Dengan ini mereka
akan memindahkan teknologi canggih ini untuk dipelajari oleh rakyat
negara kita. Kerajaan tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk
menghantar pegawai untuk berkursus di luar negara. Selain itu dengan
pemindahan teknologi ke negara kita lebih banyak pihak yang mendapat
manfaat. Selain kerajaan mendapat hasil cukai, peluang pekerjaan telah
disediakan untuk dimanfaatkan oleh penduduk tempatan. Oleh yang
demikian, kemajuan teknologi dapat menggalakkan pemindahan teknologi
ke negara kita.
Teknologi maklumat juga dapat meningkatkan ekonomi negara. Perniagaan
hari ini dijalankan melalui kaedah e-dagang atau perdagangan elektronik.
Melalui kaedah ini peniaga tidak lagi perlu menyediakan ruang niaga yang
besar dan memerlukan kos yang tinggi. Hal ini kerana pasaran dapat
diperluas melalui internet. Pembeli dari dalam dan luar negara dapat
melihat produk dengan hanya menekan tetikus, di samping membuat
pesanan. Perdagangan cara ini ternyata lebih berkesan kerana
menjimatkan masa dan tenaga pembeli. Peniaga pula hanya perlu meneliti
skrin komputer untuk menjual barangan mereka. Contohnya Amazon.com
merupakan sebuah syarikat penjualan bahan bacaan yang sangat terkenal
dan telah membuktikan kejayaan dalam e-dagang ini. Natijahnya, teknologi
maklumat dapat meningkatkan ekonomi negara.
Kesimpulannya, kita tidak harus ketinggalan untuk menguasai kemahiran
teknologi maklumat kerana bidang ini akan terus berkembang dari semasa
ke semasa. Sistem hidup manusia masa depan akan lebih bergantung
kepada kemajuan dalam bidang ini. Malah pada masa kini pun,
pergantungan manusia terhadap teknologi maklumat sememangnya tidak
dapat dinafikan. Oleh itu, untuk memastikan wawasan negara untuk
menjadi sebuah negara maju boleh direalisasikan dengan penguasaan
dalam bidang teknologi maklumat. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu
menyokong usaha ini di samping menyediakan diri untuk mempelajari
pengetahuan baru berkaitan teknologi maklumat agar kita tidak dianggap
seperti katak di bawah tempurung.

Soalan 17
Kepentingan Pengangkutan Awam
Pendahuluan.
Kesedaran untuk menggunakan pengangkutan awam dalam kalangan
masyarakat agak rendah.
Membimbangkan kerajaan - pelbagai langkah diusahakan - namun belum
berhasil. Pengangkutan awam ada banyak kepentingan.
1. Pengangkutan awam dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas di
bandar-bandar utama.
- penggunaan kenderaan persendirian dapat dikurangkan.
- kesesakan dapat dielakkan.
- menjimatkan masa masyarakat yang berurusan di bandar.
2. Penggunaan pengangkutan awam dapat menjimatkan wang.
- tambang pengangkutan awam lebih murah.
- kenaikan harga minyak sering berlaku.
- kos bahan api kenderaan dapat digunakan untuk perkara yang lebih
penting.
3. Pengangkutan awam menggalakkan interaksi sosial dalam kalangan
masyarakat.
- masyarakat Malaysia dapat berinteraksi antara satu sama lain.
- mengeratkan hubungan antara kaum dan saling menghormati antara satu
sama lain.
- mendokong gagasan 1 Malaysia yang mementingkan perpaduan.
4. Dapat meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di
Malaysia.
- penggunaan yang optimum akan menggalakkan syarikat pengakutan
awam membaiki perkhidmatan.
- wujud persaingan sihat antara syarikat pengangkutan awam.

- pengenalan pelbagai jenis pengangkutan awam moden spt LRT, monorel,


kereta api laju, perkhidmatan penerbangan tambang murah.
5. Dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.
- Lebih ramai orang menggunakan pengakutan awam, bilangan kenderaan
dapat dikurangkan, justeru kemalangan juga berkurangan.
- negara rugi apabila kadar kemalangan yang berlaku tinggi, dari segi
infrastruktur dan modal insan.
- meningkatkan imej negara sebagai negara yang mempunyai
pengangkutan awam yang selamat.
Kesimpulan
- pengangkutan awam memang banyak kepentingannya. Semua pihak
perlu mengubah sikap untuk menggunakan pengangkutan awam. Jika
tidak negara kita akan terus dibelenggu pelbagai masalah pengangkutan.

Soalan 18
Langkah-langkah menyemai semangat patriaotisme dalam kalangan
anak-anak.
Pada zaman atom ini, sifat mementingkan kebendaan dan diri sendiri telah
biasa diamalkan dalam kalangan masyarakat. Tidak kurang sikap seperti
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing terutama di
kawasan bandar. Generasi muda kini pula kurang bersikap patriotik.
Budaya barat diagung-agungkan manakala nilai cinta akan tanah air sendiri
diketepikan. Semangat patriotik memang harus diamalkan dalam jiwa
rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak lagi.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak harus didedahkan
kepada nilai cinta akan negara dan sifat-sifat patriotik. Mereka perlu
disedarkan bahawa kepentingan semangat patriotisme. Ibu bapa harus
mendidik mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan kepahlawanan
tokoh-tokoh terkenal yang berjuang demi tanah air. Kanak-kanak akan
ingat pada pengajaran dan ikut kata ibu bapa. Sikap yang diamalkan

semasa kecil biasanya akan kekal hingga dewasa. Semangat patrotik yang
disemaikan dalam jiwa bakal pemimpin negara turut akan diingati dan
dipraktikkan oleh mereka pada masa hadapan.

Bapa borek anak rintik. Ibu bapa wajar menjadi teladan kepada kanakkanak. Mereka harus menerapkan semangat patriotik dalam kehidupan.
Kanak-kanak yang cepat belajar daripada ibu bapa akan mengikut jejak
mereka dengan mengamalkan semangat patriotik . Secara tidak langsung,
perbuatan membelot negara akan dikeji dan lahirlah keinginan rakyat untuk
memberi sumbangan untuk kepada negara. Dengan semangat itu, negara
kita dapat membangun dengan pesat dan menjadi negara maju.
Selain itu, pengaruh guru turut beperanan penting dalam usaha menyemai
semangat patriotik dalam jiwa rakyat negara ini semenjak kanak-kanak.
guru-guru yang mengajar di sekolah patut menekankan unsur-unsur
patriotik terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral.
Mereka perlu mendorong kanak-kanak lahir perasaan bangga dan syukur
terhadap negara serta cinta akan negara. Mereka perlu mendedahkan
amalan yang mengandungi unsur patriotisme kepada kanak-kanak. Maka
wujud patriotisme dalam pembentukan sahsiah insan-insan mulia.
Pihak berkuasa juga boleh mengambil beberapa langkah untuk memupuk
semangat patriotik dalam kalangan kanak-kanak. Pelbagai pertandingan
boleh dianjurkan sempena bulan penghayatan merdeka. Misalnya,
pertandingan menulis esei berkaitan dengan tokoh yang mempertahankan
negara, pertandingan kolaj dengan topik merdeka atau sejarah,
pertandingan kolaj dengan bertemakan topik merdeka atau sejarah,
pertandingan melukis dengan bertemakan "negaraku" dan lain-lain lagi.
Secara tidak langsung semangat patriotik dapat disemaikan dalam jiwa
kanak-kanak semasa mereka mengambil bahagian dalam pertandingan
yang diadakan.

Jika semangat patriotik tidak disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini
semenjak mereka kanak-kanak, kemungkinan mereka akan kurang
perhatian terhadap isu-isu negara dan tidak mempunyai sifat-sifat patriotik.
Mereka akan mengagung-agungkan budaya luar negara serta kurang
kesedaran untuk mempertahankan maruah negara. Sebaliknya, mereka
akan terpikat oleh dunia di luar dan meninggalkan tanah air demi
kepentingan negara sendiri dan tidak mahu melakukan perbuatan tidak
setia kepada negara seperti mambakar bendera negara.
Kesimpulannya, semangat patriotik mesti disemaikan dalam jiwa rakyat
negara ini semenjak mereka kanak-kanak. Demikianlah perbuatan derhaka
dapat dicegahkan dan kukuh semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat. Maka wawasan 2020 dapat dicapai dan Malaysia akan
menjadi negara gemilang. Rasa bangga sebagai warganegara Malaysia
semasa Jalur Gemilang dikibarkan.

Soalan 19
Peranan Ibu Bapa memastikan Kecemerlangan Anak-anak
Anak ibarat kain putih , ibu bapalah yang insan yang bertanggungjawab
mencorakkannya. Jika merah, merahlah ia, jika biru, birulah ia. Corak yang
dihasilkan itu bakal menentukan siapakah anak-anak pada masa hadapan,
Ibu bapa sentiasa mengharapkan dan mendambakan anak-anak mereka
menjadi insan yang berguna serta berbakti terhadap orang tua. Demi
mencapai keinginan tersebut ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja
bagi memastikan hasrat hati mereka itu terlaksana dengan jayanya.
Mereka tega menghabiskan masa dan tenaga bahkan wang ringgit demi

melihat anak-anak mereka berjaya. Kebanyakan ibu bapa menyayangi


anak mereka dengan setelusnya, umpama menatang minyak yang penuh.
Namun, dengan mencurhkan kasih sayang semata-amata tidak mungkin
akan dapat menjadikan anak-anak seorang insan yang berbakti, justeru
usaha-usaha lain harus ditimbal balik dan diambil kira.
Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal Malaysia Dr. H.M Tuah Iskandar
seribu mancis tidak dapat menerangi engkau dalam kegegalapan namun,
cahaya keimanan pasti dapat menyuluh engkau ke jalan kebahagiaan.
Oleh hal yang demikian, langkah awal wajar diambil oleh ibu bapa untuk
meralisasikan hasrat murni itu iaitu dengan cara menerapkan dan
memberikan didikan agama yang sempurna. Rasulullah S.A.W bersabda
yang bermaksud; suruh dan perintahlah anak-anakmu mendirikan solat
sedari umurnya tujuh tahun. Solat merupakan perkara terpenting yang
perlu dipantau oleh ibu bapa. Solat dapat mendidik anak-anak untuk
sentiasa melakukan perkara baik dan menjauhi perkara mungkar. Apabila
anak-anak telah diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti menghormati
oarng tua dan berbudi pekerti luhur, sudah pasti segala apa yang dianganangankan oleh ibu bapa akan menjadi realiti. Insan yang berguna ialah
insan yang tahu nilai diri dan estetika. Jadi apabila benteng pertahanan diri
mereka sudah cukup teguh, segala apa yang dirancang pasti menjadi
nyata.
Seterusnya usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan
harapan melihat anak-anak mereka berjaya itu tercapai adalah dengan
bermain tarik tali dengan anak-anak. Dalam usaha mendidik anak-anak
ibu bapa perlu mengamalkan toleransi, perasaan kasih sayang dan
bertegas dalam bicara perlu menjadi tunjang utama. Ibu bapa tidak perlu
memanjakan anak-anak sehingga mereka merasakan bahawa diri seperti
anak emas dalam keluarga, ibu bapa boleh menuruti rengekkan dan
permintaan anak-anak. Namun, mereka harus berpada-pada, Sedikit
penegasan perlu diberikan. Hal ini bertujuan mengelakkan anak-anak
menjadi manja dan besar kepala. Menghukum apabila anak-anak
melakukan kesalahan tidak bererti ibu bapa membanci, tetapi hal ini
merupakan tanda ibu bapa menyayangianak-anak. Apabila perasaan kasih
sayang dan bertegas sudah menjadi sama rata, maka tidak akan wujud
sebarang kekangan. Anak-anak akan sentiasa mengawal tingkah laku dan
peradaban mereka. Malah, mereka pasti akan melakukan yang terbaik
demi membahagiakan diri sendiri dan ibu bapa yang tercinta. Di mana ada
kemahuan di situ ada jalan. Perpeganglah kepada peribahasa tersebut,

nescaya kesudahan yang baik akan menjadi milik kita.

Lampu Alladdin tidak akan bersinar dengan sendiri tetapi Alladdin akan
mengosoknya terlebih dahulu. Begitulah kata-kata azimat yang ditinta oleh
Alex Osborn. Hasrat ibu bapa untuk menyaksikan anak-anak mereka
menjadi insan yang berguna tidak akan berhasil jika ibu bapa sahaja yang
bertungkus lumus menggembleng tenaga. Dalam konteks ini, ibu bapa
perlu memberi sedikit penekanan terhadap kepentingn pendidikan dalan
sanubari anak-anak. Ibu bapa perlu mengasuh anak-anak untuk
memahami dan mendalami ilmu. Anak-anak pula perlulah berusaha untuk
mencapai keinginan tersebut. Anak-anak umpama jentera yang
memerlukan minyak pelincir bagi menlancarkan pergerakannya. Apabila
minyak pelincir sudah dituang, maka akan lencarlah pergerakannya.
Sehubungan dengan itu, kedua-dua belah pihak perlu melaksanakan
tanggungjawab masing-masnig bagi memastikan kelangsungan perjalanan
hidup mereka.
Tun Dr Mahathir pernah berkata, banyak masalah di dunia ini berpunca
daripada sikap manusia yang tidak pernah berusaha memahami antara
satu sama lain dan berbincang untuk melepaskan diri daripada sebarang
musibah. Oleh yang demikian langkah drastik yang boleh diambil oleh ibu
bapa untuk memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna
ialah dengan menyelami hati dan keinginan anak-anak. Umpama menarik
rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak, ibu
bapa perlu sebaik-baiknya mengetahui rasa hati anak-anak. Cara sebegini
akan dapat menghindari anak-anak daripada berasa tertekan. Tertekan
dalam konteks ini bermaksud bahawa anak-anak akan berasa dalam
dilema sama ada menurut kemahuan diri dan menghancurkan harapan ibu
bapa atau menurut kemahuan ibu bapa dan merobek hati sendiri.
Kebanyakan ibu bapa mengharapkan anak-anak berusaha untuk mencapai
mimpi mereka tanpa memikirkan kemampuan sebenar anak-anak. Anakanak akan memberontak akibat desakan yang bertubi-tubi daripada ibu
bapa. Nah, apabila situasi ini berlaku, lain yang diharap lain yang menjadi,
bak kata pepatah, yang dikejar tidak dapat yang diikendong berciciran.
Oleh itu, ibu bapa perlu memikirkan sedalam-dalamnya atas segala
tindakan yang akan diambil. Setiap insan memiliki paradigma dan
pandangan yang berbeza dalam menentukan hala tuju hidup mereka. Dato
Dr Fadzillah Kamsah, ada menyebut usah direnung ke langit hingga

terlupakan bumi, sedangkan langit tidak mungkin digapai, sedangkan bumi


sedia di tapak kaki.
Selanjutnya ibu bapa haruslah memberikan sedikit ruang kepada anakanak untuk melakukan apa yang mereka hajati, asalkan tidak menyimpang
dan tersasar jauh ke lembah kehancuran. Dalam memastkan anak-anak
berhsil menjadi insan yang berguna, ibu bapa tidak boleh terlalu
mengongkong anak-anak. Tiada paksaan dalam menuntut ilmu. Jika anakanak tidak mampu meneruskannya, ibu bapa tidak boleh terus memaksa.
Sebaliknya dorongan dan kata-kata semangat perlu diberi untuk
menaikkan semula semangat membara anak-anak. Ahli Falsafah Pascal
mengungkapkan kalau kita berusaha mencapai keinginan, mulakan
dengan kata-kata yang lembut kerana kata-kata yang lembut umpama air
yang menyirami tanah yang tandus. Desakan dan paksaan akan
menjatuhkan anak-anak. Sebaliknya dorongan dan nasihat akan
mendorong anak-anak untuk berjaya kerana anak umpama bunga-bunga
yang tumbuh di taman, yang menjadi tanah dan baja ialah ibu bapa.
Justeru mulakan dengan kelembutan dalam memastikan kejayaan menjadi
hak hakiki dan azali anak-anak.

Anda mungkin juga menyukai