Anda di halaman 1dari 13

Apresiasi Alam

MASA : 45 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
Kertas A4
Bata
Belon
Tali

OBJEKTIF :
Mewujudkan kejelitikan
Memberi kesedaran akan pentingnya sifat kerjasama
Mencungkil kemahiran dan kekuatan kognitif peserta
Memberi ruang kegembiraan kepada peserta
Melepaskan perasaan yang tidak menepati dengan bengkel

MODUS OPERANDI :
Mengapungkan bata
Peserta akan dikehendaki mengapungkan bata dengan menggunakan 4 helai
kertas A4. Apungan bata tersebut hendaklah melepasi tangan yang dihulurkan
melaluinya
Belon Sifat
Peserta dikehendaki meniup belon dan mengikatnya dengan cantik dan paling
kreatif. Belon tersebut akan dijaga agar tidak dipecahkan oleh ahli yang lain.

ULASAN :
Setiap kerja yang dilakukan secara kerjasama akan menghasilkan
produk yang bernilai tinggi
Setiap orang perlu tanamkan sifat amanah dalam diri.
Saling bantu membantu dan jangan suka bersikap balas dendam

MODUL UMUM
( Riadah )

Di sana Menanti di sini menunggu


MASA : 45 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
Sebiji telur & Sebungkus maggi
Batu-bata
Bekas untuk memasak & batang mancis

OBJEKTIF :
menggalakkan peserta bekerjasama bekerja dalam kumpulan
untuk memantapkan ketahanan fizikal dan kecekapan peserta.
Menguji kepantasan dan membuat keputusan dalam masa yang singkat.

MODUS OPERANDI :
peserta dibahagikan kpd beberapa kumpulan (gabungan lelaki dan

perempuan )
peserta perempuan perlu menyiapkan masakan dengan menggunakan

bahan yang ada disekeliling.


Sementara memasak, peserta lelaki perlu menjulang 2 biji batu-bata

diatas dan berdiri ditengah panas.


Selagi peserta perempuan belum siap memasak, peserta lelaki tidak

dibenarkan menurunkan batu-bata.


Peranan fasilitator ialah memastikan peserta lelaki menjulang batu

sambil memprovokasi peserta perempuan supaya mengambil berat tentang


peserta lelaki.
Setelah selesai memasak, pastikan mereka menghabiskan semua

makanan yang diberikan ( makan )

ULASAN :
Telur diibaratkan sebagai nyawa/barang amanah
yang perlu dijaga.

Setiap ahli kumpulan bertindak sebagai satu


keluarga
Untuk menjaga amanah/nyawa perlu kepada
perancangan yang teliti, kerjasama dan kesepakatan.
Perlu patuh kepada pemimpin.

MODUL UMUM
( Riadah )

DRAGON BALL
MASA :
PERALATAN / BAHAN :
Bola

OBJEKTIF :
Menguji

tahap

ketangkasan

para

peserta

memikirkan

sesuatu

yang

memerlukan kepada keputusan yang drastik.


Melatih sifat kepimpinan para peserta.
Menyelesaikan masalah secara berkumpulan

MODUS OPERANDI :
Fasilitator akan memberi sebiji bola kepada para peserta.
Mereka di minta untuk memastikan bola tersebut akan di pegang oleh semua
peserta dalam masa 10 saat.
Fasilitator dilarang membantu kumpulan tersebut.

ULASAN :
Dalam melaksanakan kerja yang memerlukan kepada perancangan walaupun
untuk mencapai keputusan yang drastik.
Kerjasama amat diperlukan dalam menghasilkan keputusan yang cemerlang
Saling memahami dan bantu-membantu amat perlu serta sabar dalam
mentaati urutan perjalanan dalam kehidupan

MODUL UMUM
( Riadah )

Flying Without Wings


MASA : 45 Minit
PERALATAN / BAHAN :

Tiada

OBJEKTIF :
Untuk mengaplikasikan peraturan yang telah ditetapkan oleh
Allah s.w.t dalam situasi dan keadaan sekarang dalam kehidupan.
Utk meningkatkan pengetahuan berkenaan dgn kepentingan
peraturan dlm kehidupan.

MODUS OPERANDI :

Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang melibatkan


peserta lelaki dan perempuan.

Arahan akan diberikan iaitu setiap kumpulan dikehendaki mencipta satu


permainan yang tidak mempunyai peraturan atau undang-undang.

Masa akan diberikan kepada peserta untuk berbincang selama 20 minit.

Setiap kumpulan diminta mempersembahkan permainan tersebut dengan


menekankan bahawa permainannya tiada peraturan.

Setiap kali selesai perbentangan kump., reaksi/komen/pandangan ahli


kump akan diminta utk mengesahkan bhw permainan tersebut memang tiada
peraturan.

Selesai perbentangan, fasilitator akan meminta pandangan peserta


berhubung falsafah modul ini.

Fasilitator akan membuat kesimpulan.

ULASAN :
Manusia yang Allah cipta mesti ada undang-undang yang mengawal
kehidupannya. Mana undang-undang itu?
Di dalam kehidupan, kita sebenarnya terikat dengan peraturan.
Kepentingan peraturan:
- Sbg penunjuk jalan atau landasan kehidupan bagi mengelak daripada
terbabas.
- Untuk membina sahsiah diri.
- Sebagai muslim kita memang tahu ada peraturan yang wajib kita ikuti. Jika
ingkar maka akan mendapat laknat dari Allah s.w.t.

MODUL UMUM
( Riadah )

HOLDING ON YOU
MASA :
PERALATAN / BAHAN :

3 Biji telur

sehelai kertas mahjung

OBJEKTIF :
Melatih sifat pemimpin di dalam diri peserta.
Membantu peserta merangsang daya pemikiran yang kreatif
Kepentingan kerjasama antara ahli.

MODUS OPERANDI :

Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Setiap kumpulan dibekalkan dengan 3 biji telur dan sehelai


kertas mahjung.

Setiap seorang perlu melantik seorang ketua.

Semua ahli kumpulan akan menutup mata menggunakan


kain penutup mata kecuali ketua kumpulan.

Sebiji telur akan diletakkan di atas kertas mahjung dan


setiap kumpulan diminta utk membawa telur itu dgn selamat ke destinasi yg
telah ditetapkan oleh para urusetia.

Semua ahli kumpulan dikehendaki untuk memegang kertas

mahjung tersebut dalam keadaan mata tertutup dengan mengikut arahan


ketua kumpulan.
Para fasilitator akan bertindak sebagai pengacau dalam

perjalanan yang ditetapkan.

ULASAN :
Telur diibaratkan sebagai nyawa/barang amanah
yang perlu dijaga.
Setiap

ahli

kumpulan

Untuk

menjaga

bertindak

sebagai

satu

keluarga.
amanah/nyawa

perlu

perancangan yang teliti, kerjasama dan kesepakatan.


Perlu patuh kepada pemimpin .

MODUL UMUM
( Riadah )

INTIFADA
MASA :
PERALATAN / BAHAN :

Tiada

OBJEKTIF :
Menguji kepantasan kumpulan
Melihat kepekaan dan kerjasama setiap ahli dalam kumpulan

MODUS OPERANDI :

Bahagikan kepada beberapa kumpulan

Namakan kumpulan masing-masing dengan nama binatang.

Letakkan kumpulan agak jauh antara satu sama lain.

Untuk memulakan: Contoh : Kumpulan Kambing


Kambing beekkambing beekkambing beek:

kepada

Ulang ikut suka dan selepas itu sambung dengan


Kambing beek to kucing miau atau kambing beek boom kucing miau
Kumpulan kucing pula perlu mengulangi lagu yang sama dan bom

kumpulan lain pula.


Lakukan hingga ada kumpulan yang tersilap dan tidak sekata dalam

kumpulan.

ULASAN :
Menyedarkan

peserta

nasib

orang

yang

tidak

berkemampuan.
Mewujudkan sikap kerjasama di kalangan peserta.
Menanam

serta

menyedarkan

peserta

kepentingan muafakat dalam segala tindakan.

MODUL UMUM
( Riadah )

ITS LIFE OF TEST


MASA :
PERALATAN / BAHAN :
Tali berukuran 65 cm panjang.

OBJEKTIF :
Memupuk kerjasama ahli-ahli dalam kumpulan
Saling membantu memanfaatkan kelebihan diri masing-masing.
Membuka minda dan mengembangkan idea yang kreatif dan inovatif

MODUS OPERANDI :

akan

Setiap peserta diberi seutas tali dan dikehendaki membuat gari dengan tali
tersebut.

Peserta dikehendaki mencari pasangan dan silangkan tali antara satu sama
lain.

Peserta diminta melepaskan diri dari lingkaran tali itu dalam masa 5 10 minit
tanpa meleraikan ikatan.

ULASAN :

Kesungguhan diperlukan bagi melepaskan diri dari masalah kerana setiap


masalah ada jalan penyelesaiannya.

Kepentingan memanfaatkan akal kurniaan Allah bagi menegakkan syiar Islam


dalam kehidupan.

Belakang parang diasah lagikan tajam apatah lagi akal manusia.

Lingkaran itu boleh dianggap sebagai sifat mazmumah yang sukar dihilangkan
dari diri melainkan dengan ibadah sempurna dan akhlak mulia. Hadith :
Sesungguhnya aku diutuskan utk menyempurnakan akhlak yg mulia.
Al-Quran ( Surah al Quran ):
Dan bhw sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yg sangat mulia.

Kesabaran & ketabahan diperlukan bg menghadapi ujian & dugaan Allah.


Hadith : Sabar itu sebahagian dari iman.
Sirah : Kisah Rasulullah dan para sahabat.

MODUL UMUM
( Riadah )

JALAN BAHAGIA
MASA :
PERALATAN / BAHAN :

Sampul surat yang mengandungi karektor

OBJEKTIF :
Memupuk kerjasama ahli-ahli dalam kumpulan

Saling membantu memanfaatkan kelebihan diri masing-masing.


Mewujudkan rasa prihatin dalam diri peserta.

MODUS OPERANDI :
Berikan peranan-peranan berikut dalam setiap kumpulan.

Orang buta

Orang bisu

Orang pekak

Orang tempang.
Minta setiap ketua kumpulan datang mengambil sampul

surat yang mengandungi

arahan satu perjalanan menuju ke arah satu

checkpoint.
Pastikan orang yang mengambil sampul adalah orang yang

memegang peranan orang bisu dan menjadi ketua kumpulan.


Lepaskan setiap kumpulan dan melaksanakan arahan dalam

sampul surat.

Pastikan peserta menjalankan peranan masing-masing.

ULASAN :
Menyedarkan

peserta

nasib

orang

yang

tidak

berkemampuan.
Mewujudkan sikap kerjasama di kalangan peserta.
Menanam

serta

menyedarkan

peserta

akan

kepentingan muafakat dalam segala tindakan.


Mencungkil daya kreatif dikalangan peserta dalam
menyelesaikan masalah.

MODUL UMUM
( Riadah )

KACA PERMATA
MASA :

PERALATAN / BAHAN :

Tiada

OBJEKTIF :
Menilai kepekaan pelajar dalam setiap arahan yang diberikan.
Melihat sejauh mana para pelajar dapat memikirkan rasionalnya sesuatu
perkara .
Melatih daya kreatif pemikiran pelajar.

MODUS OPERANDI :

Para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Setiap kumpulan diminta untuk mencari bahan/benda yang


diminta oleh fasilitator dan mesti diselesaikan dalam jangka masa yang
ditetapkan.
Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil carian

mereka.

Benda-benda yang dicari adalah benda atau bahan yang

tiada nilai dan tidak patut dari pandangan mata. Contoh : 5 jenis sampah
yang berlainan, 40 ekor semut.(makluman fasilitator)

ULASAN :
Sebelum menerima sesuatu tugas atau arahan perlu
kepada pemahaman dan

kepentingan tugas

tersebut.
Jangan buat perkara buang masa dan sia-sia.
Setiap benda yang dijadikan oleh Allah, adalah
berguna walaupun dikaca mata manusia ia tidak berguna.

MODUL UMUM
( Riadah )

Keliru
MASA : 45 MINIT
PERALATAN / BAHAN :

Tiada

OBJEKTIF :
Melatih sifat kepimpinan dikalangan para peserta.
Meransang daya fikir dikalangan peserta.
Melihat sejauh mana kemampuan sebenar para peserta
Menerapkan nilai hidup bermasyarakat
Mengeratkan kesatuan.

MODUS OPERANDI :

Para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.

Setiap kumpulan dikehendaki membuat satu bulatan kecil.

Tangan kanan akan pegang tangan kiri sahabat yang berada dihadapan.
Manakala tangan kiri pula akan pegang pegang tangan kanan sahabat yg lain.

Para peserta akan diminta untuk meleraikan tautan tangan tersebut tanpa
memutuskan pegangan tangan supaya dapat membentuk satu bulatan yang
besar.

ULASAN :
Tautan dan kesatuan hati amat perlu dalam sesebuah persatuan/kumpulan
dalam menghasilkan produk yang berkualiti.
Perlu kepada usaha yang berulang untuk mendapatkan hasil yang diidamkan.
Kehidupan ini memerlukan orang lain juga untuk melakukan sesuatu
Melatih peserta berbincang dan bermusyawarah
Bantu-membantu

MODUL UMUM
( Riadah )

MANA...?
MASA :
PERALATAN / BAHAN :

Tiada

OBJEKTIF :
Menguji kepekaan peserta
Menghilangkan mengantuk

MODUS OPERANDI :

Ketua fasilitator akan berada di hadapan semua peserta.

Semua peserta berdiri.

Letakkan jari telunjuk di dahi.

Apabila ketua fasilitator menyebut mata, semua peserta turunkan jari


telunjuk dan tunjuk ke arah mata dengan cepat dan pantas.

Kembali semula ke dahi dan ulang beberapa anggota sambil ketua


fasilitator menunjukkan arah anggota yang betul.

Seterusnya, ketua fasilitator akan menyebutkan satu anggota badan tapi


tunjuk ke arah yang salah dan lihat reaksi peserta sama ada mereka
menunjukkan arah yang betul atau mengikut perbuatan salah ketua fasilitator.

ULASAN :
Jangan diikuti jalan yang salah
Boleh main ketika mengantuk dalam kelas tapi jangan mengganggu keadaan.
Perhatian dan tumpuan amat perlu dalam melaksanakan sesuatu tugas

MODUL UMUM
( Riadah )

TAK SEINDAH SENTUHAN MATA


MASA: 45 MINIT
PERALATAN / BAHAN :

Tali

Gambarajah sarang labah-labah

OBJEKTIF :
Membina sifat tolong menolong sesama para peserta
Melatih para peserta berfikir untuk menyelesaikan masalah

MODUS OPERANDI :

Fasilitator akan memberikan 2 gulung tali kepada setiap kumpulan

Masa diberikan selama 20 minit untuk setiap kumpulan menyiapkan web


sepertimana gambarajah yang diberikan

Setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan 2 buah sarang lelabah

Para peserta perlulah menyeberangi rangkaian web tersebut tanpa


terkena walau sedikit pun pada tali tersebut.

Seandainya salah seorang daripada kumpulan tersebut terkena tali,


permainan adalah batal dan perlu dimulakan sekali lagi.

ULASAN :
Kita perlu terbuka dalam perbincangan sepertimana
yang dituntut oleh Islam
Perancangan yang dibuat perlulah sistematik

Anda mungkin juga menyukai