Anda di halaman 1dari 3

BERMALAM DI KATIL SEORANG LELAKI

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila
sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan tempat yang
tidak dikunjung sesiapa...lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada ditempat tersebut. Pada
permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah

yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka
sukai.

Nak jadi ceritaaaaa, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang
maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar dah tertinggal.

Trainer yang lak ingat semua cikgu cikgi dah ada dalam bas, so mereka balik.

Cikgu pelatih yg tertinggal tu mula gabra..... menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan
dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa. So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan
menuju kekampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Cikgu pelatih

tersebut mulalah letih dan menangis memanggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so

dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya:
"siapa kamu? " Jawab lah cikgu tadi yg dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.

berkata lah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin dituju nya berletak di selatan dan tempat mereka
berada di utara, dan tempat tu memang takder didiami sesiapa. Maka menangis lah cikgu tadi bagai
org hilang akal...

Disebabkan kesian, lelaki tadi suruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh
utk hantar di pulang.
Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan
kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu
tu.

Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yg cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan
kain gebar menahan menangis dek takut dan tak rhenti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala terus bakar jarinya satu persatu.

Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamal
kan ilmu songsang.. mengeletar giler maut... Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga
lagi...........???????

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ke tempat asalnya.

Bila dah sampai rumah, bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku,
sebab tengok anak dia nampak sakit pucat lesi dan takut amat lah sangat. Cikgu tadi pun
menceritakan apa yg terjadi kat mak bapak dia.

Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang
tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi heran tengok jari-jari tangan lelaki tadi
berbalut dan bertanya kenapa...??????

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa
untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah
berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau
membakar jari nya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa
perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang ke
rumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki
tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang
tidur dikatilnya 2 malam yang sudah.....................
MORAL OF THE STORY..... MOTIF CERITA....................

Beruntung lah lelaki tersebut kerana menghindarkan diri dari melakukan

benda haram satu malam, dan dia berjaya mendapat sesuatu yang indah dan

halal seumur hidup...............

Anda mungkin juga menyukai