Anda di halaman 1dari 2

Pinjaman Bai Al-Inah

(SKIM PEMBIAYAAN PERIBADI)

PENGENALAN
BAI AL INAH bermaksud satu jenis jual beli yang diharuskan oleh Syariah
dimana Koperasi bersetuju untuk menjual suatu asset milik Koperasi kepada
Anggota secara bayaran tertangguh berasaskan kaedah Al Bai Bithaman Ajil
(BBA) dan kemudian sejurus selepasa akad jual beli Al-Bai Bithaman Ajil ini,
Koperasi akan membeli semula asset yang sama dengan membayar secara
tunai.

TUJUAN
Skim ini sebagai Skim Pembiayaan Peribadi dimana Koperasi akan menyediakan
peruntukkan bagi kemudahan Anggota Anggota yang mempunyai keperluan
kewangan tunai dan secara tidak langsung memenuhi Skim Pembiayaan Al Bai
Bitahman Ajil. Antara keperluan tunai Anggota adalah seperti :-

Perbelanjaan

tunai

dalam

urusan

majlis

keramaian

seperti

perkahwinan.

Perbelanjaan persediaan persekolahan anak anak Anggota.


Membayar pelbagai cukai dan pembiayaan sumbangan Takaful
Kenderaan.

Melunaskan hutang piutang sedia ada.


Membayar kos perubatan yang tidak ditanggung oleh skim
perkhidmatan kerja atau insuran / takaful perubatan.

Lain lain keperluan dibawah Skim ini dengan peraturan Syariah.

PERLAKSANAAN
Skim ini dilaksanakan dengan kaedah Bai Al Inah dimana :

Koperasi akan menjual asset atau harta milik Koperasi secara


bayaran tertangguh kepada Anggota berkenaan dengan ditambah
keuntungan keatas harga kos di atas persetujuan kedua belah pihak.

Selepas akad diatas, Koperasi akan akad membeli semula asset tadi
dengan belian secara tunai.

Koperasi adalah pemilik sah kepada harta atau saham yang bernilai,
atas asset ini Koperasi akan mewujudkan Sijil sijil pemilikan asset
atau sijil saham dalam didominasi yang kecil seperti nilai RM 100,
RM 500 dan RM 1,000, Sijil sijil ini akan digunakan dalam akad jual
beli Al Bai Bithaman Ajil.

Anggota Koperasi yang ingin memohon pembiayaan skim ini


hendaklah mengemukakan permohonan kepada Setiausaha dengan
menggunakan borang yang ditetapkan oleh Anggota Lembaga.

Asset yang dibeli oleh Anggota tidak boleh dijual kepada pihak lain
selain Koperasi ini.

Kadar

pengambilan

keuntungan

adalah

sepertimana

yang

ditetapkan oleh Anggota Lembaga Koperasi.

Anggota sanggup dan bersedia mematuhi syarat syarat yang


ditetapkan.

Download Borang Pinjaman Bai Al Inah

KOPERASI PEKERJA FELDA MALAYSIA BERHAD


(KOGUNA)
NO 2F, JALAN GURNEY, 54000 KUALA LUMPUR
TEL : 03 2698 4202 | 03 2693 0427 | FAKS : 03 2693 4511
Website : www.koguna.com | Email : koguna@felda.net.m

Anda mungkin juga menyukai