Anda di halaman 1dari 45

WABAK SEPANJANG JALAN

OBJEKTIF

1. Membongkar masalah yang sering dihadapi gerakan Islam sepanjang


zaman iaitu masalah dalaman yang mengganggu perjalanan gerakan
Islam
2. Memberi jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi berkaitan ahli
dan pendukung gerakan Islam sendiri.
3. Memberi suntikan baru kepada ahli untuk lebih komited dalam perjuangan
dengan memahami tentang cabaran dan dugaan yang akan dihadapi.

WABAK PERTAMA : AL-FUTUR (terhenti dan melengah-lengah)


Pengertian
Dari sudut bahasa :(1) Terputus atau terhenti sesudah berjalan, atau diam sesudah bergerak.
(2) Malas, menangguh, melengah-lengahkan sesudah bergerak aktif dan
bersungguh-sungguh.
Dari sudut istilah :Tahap al-Futur dibahagi kepada dua iaitu
(1) Paling rendah malas, menangguh-nangguh, dan melengah-lengahkan
(2) Paling tinggi berhenti terus atau diam sesudah bergerak cergas secara
berterusan
Sebab berlakunya al-Futur
I. Sikap keterlaluan dan berlebih-lebihan di dalam agama

Sikap melampaui batas dalam melakukan ketaatan kepada Allah


atau menafikan hak kerehatan yang diperlukan oleh badan. Ini boleh
membawa kepada keletihan dan kejemuan. Seterusnya melahirkan sikap
cuai, lalai dan sambil lewa. Manusia mempunyai kemampuan dan
keupayaan yang terhad, apabila ia bertindak melapaui keupayaannya, ia
pasti akan berhadapan dengan al Futur dan tidak mampu meneruskan
perjuangan.
II. Membazir dan melampaui batasan dalam menggunakan sesuatu yang
diharuskan
Sikap ini akan memberi kesan negatif kepada tubuh badan; seperti
badan

menjadi

gemuk

dan

meningkatnya

rangsangan

syahwat.

Akibatnya, dia merasa malas bertindak. Allah berfirman yang bermaksud:


Wahai anak Adam ambillah (pakaian) perhiasan kamu (tutup aurat) pada
setiap kali memasuki masjid. (sembahyang) Makan dan minumlah kamu
asalkan jangan berlebihan. Sesungguhnya Allah tidak kasih atau suka
orang-orang yang boros (orang yang melampaui)
(al-Araaf-31)
III. Mufaraqah (meninggalkan) jemaah dan memilih hidup beruzlah dan
berseorangan
Meninggalkan perjuangan bersama jemaah dengan memilih untuk
berjuang sendirian akan menyebabkan kehilangan teman yang dapat
memberansangkan , menggalakkan dan menasihati diri tentang Tuhan.
Lama-kelamaan akan menyebabkan ia lemah dan jemu. Islam sentiasa
menegaskan agar kita sentiasa bersama jemaah sebagaimana firman
Allah S.W.T yang bermaksud :
Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (agama) dan jangan kamu
berpecah belah.
IV. Kurang mengingati mati dan hari akhirat

(Ali Imran : 103)

Sikap ini akan menyebabkan tumpulnya keazaman dan hasrat,


juga akan menjadikannya lengah dalam melakukan tindakan amal
jamaah. Justeru kita haruslah memperhatikan suruhan Rasulullah S.A.W
yang menganjurkan kita menziarahi kubur dalam sabdanya yang
bermaksud :
Aku telah melarang kamu menziarah kubur, sekarang ziarahlah,semoga
kamu mendapat pengajaran.
V. Pengabaian melakukan ibadat harian
Pengabaian terhadap ibadah harian seperti ibadah fardhu dan lainlain ibadah sunat akan meninggalkankesan yang negatif. Thap yang
paling rendah bagi kesan tadi ialah al Futur di mana ia akan malas dan
begitu berat untuk menunaikan tugas atau berhenti terus dari menjalankan
tugasnya.
VI. Mengambil makanan yang haram atau syubahah
Sikap kurang berhati-hati dalam hal ini akan menyebabkan sifat
malas untuk melakukan ibadah atau tidak melakukannya langsung, atau
tidak merasai kelazatan beribadah hasil dari sumber haram yang menjadi
darah daging. Islam menyeru umatnya menjauhkan diri dari mengambil
makanan yang haram sekalipun makanan itu di tahap syubhahnya yang
paling rendah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
Wahai manusia makanlah pa yang ada di dunia, makanan yang halal dan
baik

(bersih),

janganlah

kamu

mengikuti

jejak

syaitan

kerana

sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata.


(Al Baqarah : 168)
VII. Penumpuan amilin ke atas sudut tertentu dari ajaran Islam
Sikap menekankan sudut tertentu sahaja dalam ajaran Islam
dengan menolak sebahagian yang lain contohnya menumpukan usaha
kepada

amal

akhirat

dan

tata

susila

kemasyarakatan

dengan

mengenepikan sudut-sudut laindalam agama boleh mendorong kepada al


Futur. Keaadaan ini berlaku lantaran kurangnya penghayatan Islam dalam
bentuk yang syumul dan menyeluruh. Firman Allah yang bermaksud :
Wahai orang yang beriman masuklah islam secara keseluruhan dan
janganlah mengikut jejak syaitan, sesungguhnya syaitan bagi kamu
adalah musuh yang nyata.
(Al Baqarah : 208)
VIII. Gagal memahami sunnatullah tentang alam dan penghidupan
Tindakan ini biasanya terjadi lantaran salah faham terhadap
sunnatullah bagi alam dan penghidupan iaitu keperluan kepada
melakukan kerja secara bertahap. Sunnatullah meletakkan kemenangan
itu diberi kepada mereka yang paling bertakwa dan kalau tidak yang
bertakwa, yang paling kuat dan setiap sesuatu itu ditentukan masa yang
tidak

mungkin

didahulukan

atau

dikemudiankan.

Apabila

mereka

berhadapan dengan realiti bahawa tindakan mereka itu tidak menepati


apa yang dicita dan diharapkan, berlakulah al Futur dalam gerak kerja
mereka sama ada dalam bentuk malas, melengah-lengah atau berhenti
terus.
IX. Mengabaikan hak tubuh badan kerana bebanan tugas dan tanggungjawab
di samping kekurangan tenaga amilin
Sikap ini akan menyebabkan mereka tidak mampu bertahan untuk
meneruskan gerak kerja lantaran kelemahan tubuh badan mereka
sendiri.Rasulullah S.A.W sentiasa menegaskan tentang memberi hak ke
atas tubuh badan sekalipun terdapat pelbagai alasan sebagaimana
sabdanya :
Sesungguhnya

kepada Tuhan

kamu

hendaklah

diberi

hak dan

sesungguhnya kepada diri kamu hendaklah diberi hak dan kepada


keluarga kamu hendaklah diberi hak, maka berilah hak kepada mereka
yang mempunyai haknya.

X. Tidak bersedia dalam menghadapi halangan dan cabaran dalam


perjuangan
Terdapat pelbagai halangan yang bakal dihadapi dalam perjuangan
yang kadangkala datangnya dari kalangan keluarga, juga ujian dan
tekanan

dalam

bentuk

kesusahan

dan

lain-lain

lagi.

Kegagalan

mengatasinya akan menyebabkan patah di pertengahan jalan dan


menjurus pula kepada tidak aktif dan malas untuk turut serta dalam amal
jamaah dan yang berkemungkinan meninggalkan terus perjuangan yang
diceburi selama ini. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
Ketahuilah harta kamu dan anak-anak kamu adalah fitnah

(al

Anfaal : 28)
XI. Mendampingi golongan yang tidak berjiwa besar
Tindakan ini boleh menyebabkan ia dijangkiti penyakit golongan
tadi iaitu dengan kata lain, mereka akan menjadi al Futur. Rasulullah
sendiri menekankan untuk memilih sahabat yang baik sebagaimana
sabdanya :
Seseorang itu mengikut deen (cara hidup) sahabatnya, maka hendaklah
salah seorang dari kamu melihat dengan siapa ia bersahabat.
XII. Sambil lewa menjalankan tugas sama ada di peringkat individu atau
peringkat jemaah
Mengenepikan manhaj amal dan tidak bersistematik dan memberi
keutamaan kepada perkara-perkara yang kurang penting ke atas perkara
pokok yang lebih utama adalah antara contoh sikap sambil lewa. Keadaan
yang timbul hasil dari sikap ini akan menjadikan seseorang itu malas dan
terhenti (al Futur) dari meneruskan kerja jamai.
XIII. Terlibat dengan perbuatan jahat dan maksiat terutamanya melakukan
dosa kecil serta memandangnya sebagai remeh

Kesan perlakuan di atas sudah pasti berakhir dengan terhenti (al


Futur) dari meneruskan perjuangan. Amaran tentang perkara ini dapat
difahami melalui sabda Rasulullah S.A.W :
Hendaklah

kamu

berjaga-jaga

dari

melakukan

dosa-dosa

keci.

Sesungguhnya dosa-dosa kecil akan berlonggok di atas seseorang


sehingga ia membiasakannya.
Kesan al-Futur
Kesan tersebut boleh dirasai sama ada amilin ataupun gerakan Islam itu sendiri.
a) Kesan ke atas para amilin
Kurang perhatian dan tumpuan mereka untuk melakukan ketaatan kepada
Allah (kesan yang minima). Kemungkinan sikap al-Futur ini akan terus
kekal hingga akhir hayatnya. Maka mereka akan berjumpa Allah dalam
keadaan tidak bertanggungjawab dan tidak patuh kepada Allah.
b) Kesan ke atas gerakan Islam
Gerakan

Islam

terpaksa

merempuh

jalan

yang

panjang

dalam

perjuangannya, juga bebanan yang berat dan pengorbanan yang banyak.


Ini kerana Allah tidak akan memberi kemenangan dan kekuasaan kepada
orang yang malas, lalai, dan tidak konsisten dalam perjuangan.
Cara mengatasi al-Futur
Oleh kerana al-Futur boleh meninggalkan kesan negatif dan membahayakan,
maka sewajarnya dihindari. Para amilin hendaklah menjaga dan membersihkan
diri mereka dari penyakit tersebut dengan melakukan perkara berikut :i.

Menjauhkan diri dari melakukan maksiat sama ada yang besar ataupun
yang kecil

Maksiat merupakan api yang membakar hati dan mendatangkan


kemurkaan Allah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
Dan barangsiapa ditimpa oleh kemurkaanKu maka sesengguhnya
binasalah dia.
(Toha : 81)
ii.

Berterusan melakukan ibadat harian


Berterusan melakukan ibadah harian, sama ada berzikir, berdoa,
membaca al Quran, solat dhuha, qiamulail dan lain-lain lagi. Kesemua
bentuk pengabdian ini mencetuskan keimanan yang kukuh serta
menggerak

dan

mencergaskan

jiwa.

Firman

Allah

S.W.T

yang

bermaksud :
Dan Dia pula yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang
yang ingin mengambil pengajaran atau orang yang ingin bersyukur.

(al

Furqan : 62)
iii.

Mengintai waktu-waktu yang afdhal untuk beramal dan melakukan ibadat


Amalan

yang

demikian

akan

mencerdaskanjiwa

dan

menguatkankeazaman. Nabi Muhamad S.A.W bersabda :


Maka hendaklah kamu perbetulkan, hampirkan dan gembirakan (dengan
Allah) dan hendaklah kamu memohonpertolongan (dari Allah) pagi dan
petang dan sedikit masa di waktu malam.
iv.

Membebaskan diri dari begitu keterlaluan di dalam agama.


Tindakan ini dapat membantu menyegarkan dan membantu untuk
terus konsisten dalam amalan. Apa yang dimaksudkan di sini ialah
berjimat dan bersederhana di samping terus memelihara apa yang biasa
dilakukan daripada ibadat, bukan bererti kita meninggalkan terus atau
mengabaikannya.

v.

Meletakkan diri dalam dakapan jamaah.

Meletakkan diri dalam dakapan jamaah dan tidak memencilkan diri


dari jemaah atau melakukan sesuatu yang ganjil dalam apa bentuk
sekalipun. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
Jamaah adalah rahmat, berpecah adalah azab.
vi.

Memberi perhatian kepada sunnatullah yang wujud pada manusia dan


alam seluruhnya.
Melakukan kerja secara bertahap adalah tindakan yang paling baik.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
Maka sesekali kamu tidak akan dapat penggantian bagi sunnah Allah,
dan sekali-kali tidak pula akan menemui penyimpangan bagi sunnah
Allah.
(F
atir : 43)

vii.

Bersedia untuk berhadapan dengan halangan.


Bersedia untuk berhadapan dengan halangan dari mula hari
bekerja menjadikannya sentiasa bersedia di samping dapat mengambil
langkah yang perlu untuk mengatasinya.

viii.

Meneliti dan bertindak secara sistematik dalam pekerjaan.


Bertindak secara sistematik bererti sentiasa melihat kepada
keutamaan dalam melakukan sesuatu termasuklah mendahulukan yang
lebih penting dan mengelakkan diri dari perselisihan sampingan atau
masalah cabang yang tidak begitu penting.

ix.

Sentiasa mendampingi orang-orang yang soleh yang berjihad dikalangan


hamba Allah.
Mendampingi golongan ini akan memberi peransang kepada diri
untuk meneruskan perjuangan lantaran mereka adalah orang-orang yang
memiliki jiwa yang bersih dan mempunyai keazaman dan himmah yang
tinggi, juga hasrat yang kental.

x.

Memberi hak kepada badan.


Kerehatan serta makan minum dalam bentuk yang sederhana akan
dapat menberi kecergasan kepada badan dan dapat mengembalikan
kekuatan.

xi.

Menghiburkan diri dengan melakukan perlakuan yang harus.


Menghiburkan diri dengan melakukan perlakuan yang harus dapat
menolong menghapuskan rasa jemu juga dapat mengatasi al Futur dan
malas. Apabila seseorang muslim membiasakan dirikan melakukan aktiviti
ini ia akan merasai seolah-olah dilahirkan semula atau menjadi manusia
yang lain.

xii.

Sentiasa merujuk dan mengkaji buku-buku sirah, sejarah dan biografi.


Buku-buku ini mengandungi banyak kisah tentang amilin, almujahidin juga tokoh-tokoh yang berjiwa besar serta menyeronokkan diri
apabila membacanya di samping mencetuskan rasa ingin mengikut jejak
langkah mereka. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi
orang yang mempunyai akal.
(Yusuf : 111)

xiii.

Sentiasa mengingati mati dan soal kubur.


Sentiasa mengingati mati dan soal kubur boleh menyedarkan diri
dari tidur, menghalang diri daripada baring dan mengingati dari kelalaian.
Sebaik-baik perantaraan untuk mengingati mati ialah sentiasa menziarahi
kubur, walaupun seminggu sekali. Nabi S.A.W yang bermaksud :
Aku telah melarang kamu menziarah kubur, sekarang ziarahlah,semoga
kamu mendapat pengajaran.

xiv.

Sentiasa mengingati syurga dan neraka.

Mengingati

kedua-duanya

(syurga

dan

neraka)

akan

menghilangkan mengantuk dari kelopak mata dan menggerakkan himmah


yang kaku dan keazaman yang lesu.
Sentiasa menghadiri majlis ilmu.

xv.

Ilmu dapat menghidupkan hati dan kemungkinan seseorang amil itu


apabila mendengar satu perkataan dari seorang alim yang ikhlas dan
benar maka kalimah tadi akan menggerakkan dia untuk tempoh setahun,
ataupun serpanjang usianya.
Menerima Islam secara keseluruhan.

xvi.

Menerima Islam secara keseluruhan tanpa pengabaian sedikit


pun.Kesemua cara yang sedemikian akan menjamin kelangsungan
amalan yang berterusan hingga ke akhir hayat sehingga bertemu Allah.
Melakukan muhasabah keatas diri dan mengkaji setiap masa.

xvii.

Cara ini membolehkan kita mengenal pasti kelemahan diri sejak


dari awal lagi yang membolehkan mudah untuk diubati. Firman Allah
S.W.T yang bermaksud :
Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah
setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok
(akhirat) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengetahui
apa yang kamu kerjakan.
(al Hasyr : 18)
WABAK KEDUA : Al-Israf (pemborosan)
Pengertian
Dari sudut bahasa :(1) Apa yang dibelanjakan bukan untuk ketaatan kepada Allah
(2) Pembaziran atau tindakan yang melampaui batas

Dari sudut istilah :Mengikut istilah para pendakwah, pembaziran ialah perbuatan yang
melampaui batas kesederhanaan, samada dalam perkara makanan, pakaian,
tempat tinggal, (kediaman) dan seumpamanya yang merupakan naluri yang
tersembunyi dalam diri manusia.
Sebab berlaku al-Israf
i)

Suasana awal ia dibesarkan


Kehidupan awal seseorang muslim itu sekiranya di dalam suasana
keluarga yang boros dan mewah boleh menyebabkannya terikut dan
mencontohi cara hidup itu.

ii)

Kemewahan selepas kesempitan hidup.


Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan orang apabila mereka
berada dalam kesempitan dan kesusahan, mereka dapat bersabar dan
meletakkan harapan hanya pada Allah. Namun apabila kehidupan
berubah menjadi mewah, mereka tidak dapat hidup secara sederhana,
maka berlakulah pemborosan.

iii)

Mendampingi golongan pemboros.


Manusia kebiasaannya terpengaruh dengan akhlak temannya,
terutama sekali apabila persahabatan tadi melibatkan masa yang panjang.

iv)

Lalai dengan bekalan akhirat.

v)

Isteri dan anak


Seseorang amilin kadangkala diuji dengan isteri dan anak-anak
yang bersifat boros. Ini berlaku kerana sikap suami yang kurang tegas.
Lama-kelamaan ia bertukar menjadi pemboros.

vi)

Tidak prihatin dengan tabiat kehidupan di dunia dan apa yang sepatut
dilakukan.

vii)

Memandang ringan terhadap keruntunan nafsu.


Jika seorang amilin memandang ringan dengan nafsunya dan
menyahut setiap tuntutannya, akhirnya ia akan tersungkur ke dalam
lembah pemborosan.

viii)

Lupa terhadap kesengsaraan hari kiamat.


Sesiapa yang sentiasa mengingati dan merenung kesengsaraan
hari kiamat akan menjalani kehidupan tanpa menikmati kemewahan dunia
(secara berlebihan) sebaliknya mereka yang lupa akan kedatangannya
akan ditimpa penyakit boros. Rasulullah S.A.W bersabda :
Kalaulah kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu sedikit ketawa
dan banyak menangis.

ix)

Lupa tentang realiti kehidupan manusia secara umum dan umat Islam
secara khusus.
Umat Islam sekarang sudah berada di suatu tahap kehinaan yang
wajar dikesali dan dirtapi. Sesiapa yang menghadapi situasi ini dengan
sikap tidak ambil peduli berkemungkinan besar akan ditimpa dengan cara
hidup yang penuh dengan kemewahan dan pemborosan serta condong
untuk mengejar keindahan dunia dan perhiasannya.

x)

Lupa tentang implikasi amalan boros.

Kesan-kesan al-Israf
a) Kesan ke atas para amilin
i.

Badan dihinggapi penyakit

ii.

Keras hati

iii.

Lembab daya pemikiran

iv.

Rangsangan melakukan kejahatan dan dosa

v.

Kecundang di saat-saat genting dan mencabar

vi.

Tidak menjaga dan mengambil berat terhadap orang lain

vii.

Ditanya di hadapan Allah pada hari akhirat

viii.

Terlibat dengan pendapatan haram

ix.

Menjadi saudara syaitan

x.

Terhalang dari kasih sayang Allah

b) Kesan ke atas gerakan Islam


Mudah dimusnahkan atau sekurang-kurangnya dimundurkan ke
belakang untuk berpuluh-puluh tahun. Ini kerana senjata umat Islam untuk
menghadapi musuh-musuh yakni iman, terhakis dengan sebab boros,
mewah, berpoya-poya, bersenang-lenang mengecapi kenikmatan hidup
dan lupa daratan. Itulah kesan pemborosan terhadap amilin dan gerakan
Islam.
Cara mengubati penyakit boros
i.

Berfikir dan merenung kesan pemborosan dan akibatnya


Dengan yang demikian ia akan dapat membantu seseorang
mendalami perkara tersebut dan berusaha melepaskan diri dari
konkongan sifat boros sebelum terlambat.

ii.

Berpendirian tegas terhadap tuntutan nafsu


Membersihkan diri dari runtunan nafsu di samping membiasakan
diri dengan kesusahan dan kepayahan seperti Qiamulail, puasa sunat,
bersedekah dan lain-lain lagi.

iii.

Sentiasa merenungi sunnah Rasulullah dan sirahnya

Sunnah dan sirah Rasulullah terkandung peringatan agar berjaga2


daripada terjebak dengan perlakuan boros disamping mengajar melawan
runtunan nafsu. Rasulullah S.A.W bersabda :
Orang mukmin hanya makan untuk satu uncang perut dan orang kafir
makan untuk tujuh uncang perut.
iv.

Sentiasa merenungi sejarah para salaf, sahabat yang berjuang dan para
ulamak amilin.
Para salaf, sahabat yang berjuang dan para ulamak amilin sentiasa
mengikuti jejak langkah dan cara hidup Rasulullah S.A.W .Mereka hidup
dalam keadaan sederhana dan bagi mereka dunia ini hanyalah jambatan
menuju ke akhirat.

v.

Menjauhkan diri dari golongan boros dan mendampingi golongan yang


berhemat tinggi dan berjiwa besar.
Golongan yang berhemat tinggi dan berjiwa besar sentiasa
membelakangkan dunia dari kehidupan mereka di samping berusaha
untuk berada dalam penghidupan Islam yang mulia.

vi.

Tumpuan kepada membina keperibadian isteri dan anak.


Kejayaan pembinaan ini dapat membenteras segala bentuk
kehidupan mewah, di samping dapat mencegah dari terlibat sekali lagi ke
lembah pemborosan.

vii.

Sentiasa memikirkan tentang mati dan keadaan teruk selepas mati.


Cara ini dapat membantu dalam meninggalkan semua ciri-ciri
pemborosan dan kemewahan

viii.

Mengingatkan tabiat dan hakikat perjuangan.


Mengingatkan tabiat dan hakikat perjuangan di mana ianya penuh
dengan kepenatan dan penderitaan. Bekalan perjuangan tidak mungkin

dengan menghayati pemborosan, kemewahan dan kerehatan,bahkan ia


memerlukan kecergasan, kesederhanaan dan kelasakan.
WABAK KETIGA : Al-Istijal (gopoh/ terburu-buru)
Pengetian
Dari sudut bahasa:- al-istijal bermaksud mendesak, minta di segerkan, terburu-buru atau
laju
: Lelaki itu mendesak dan menyuruh lelaki lain agar segera dalam
melaksanakan sesuatu perkara.
Dari sudut istilah pendakwah :Al-Istijal ialah keinginan untuk merubah realiti penghidupan masa kini
dalam sekelip mata atau kurang dari sekelip mata tanpa menilai kesan buruk
yang akan berlaku di samping tidak memahami suasana persekitan yang
melingkungi mereka. Mereka juga tidak menyediakan sebarang persiapan awal
atau pendekatan dan cara yang sesuai bahkan hanya berharap setiap sesuatu
akan kembali atau pulih kepada keadaan semula jadi (tabii) di dalam
penghidupan mereka.
Pandangan Islam terhadap al istijal
Ajalah dan al Istijal adalah sebahagian dari tabie manusia dan ini diakui oleh
Allah S.W.T yang menciptakan manusia.
Firman Allah S.W.T (al Isra : 11)
Bermaksud :
Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan
sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan dan sememangnya
manusia itu (tabii) terburu-buru.

Maka Islam melihat kepada al-Istijal ini secara adil dan seimbang iaitu tidak
memuji kesemua dan tidak pula mencela kesemuanya tetapi sebahagian dipuji
dan sebahagian yang lain dicela.
Al Istijal yang dipuji
Al Istijal yang dipuji ialah : Apa sahaja yang lahir dari penilaian yang terperinci
tentang kesan dan akibat yang akan terjadi disamping mengenal pasti suasana
dan keadaan yang ada serta membuat persediaan terbaik dan susunan yang
rapi.
Al Istijal yang dicela
Al Istijal yang dicela ialah : tindakan yang timbul dari perasaan hati yang
meluap-luap tanpa menilai akibat yang bakal ditanggung serta tidak mengenal
pasti suasana dan keadaan yang ada juga tidak mempunyai persiapan dan
persediaan.
Fenomena Al Istijal
Terdapat pelbagai rupa bentuk dan wajah al Istijal iaitu di antaranya :

Mereka yang dilibatkan dalam jemaah dakwah sebelum sampai ke


tahap wajar dan sebelum dikenal pasti tentang keilmuan,
kemampuan dan persediaan mereka.

Memartabatkan setengah-setengah pendakwah ke tahap yang


tinggi sebelum mereka matang dan stabil keperibadiannya.

Melakukan tindak tanduk liar walaupun kecil yang tidak berfaedah


dan merosakkan dakwah.

Kesan-kesan Al Istijal
Al Istijal akan meninggalkan beberapa kesan negatif antaranya :

1)

Ianya boleh membawa al Futur seperti yang telah dinyatakan sebelum ini

(Penyakit Pertama). Melakukan perkara sedikit yang berterusan adalah lebih


baik daripada mnelakukan perkara yang banyak tetapi tidak berterusan dan
sesungguhnya amalan yang disukai Allah adalah yang berterusan walaupun
sedikit. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
Sesungguhnya sekasih-kasih amalan kepada Allah adalah yang berterusan
walaupun sedikit.
2)

Kadangkala ia boleh membawa seseorang itu terkorban bukan melalui

cara mulia tanpa meninggalkan sebarang pulangan atau hasil. Di hari akhirat
nanti ia akan dipertanggungjawab dan dicela di hadapan Allah.
Sebab-sebab berlakunya al Istijal
Antara sebab-sebab yang menjerumuskan seseorang ke dalam lembah al Istijal
ialah :
1) Runtunan nafsu
Apabila pendakwah tidak berusaha untuk menguasai nafsunya,

iaitu

dengan mengikat dirinya dengan ikatan akal dan meringankan sedikit dari
kongkongan maka ini akan membawa kepada al Istijal. Firman Allah S.W.T yang
bermaksud :
Dan kalau Allah Taala menyegerakan bagi manusia azab sengsara

yang

mereka minta disegerakan, sebagaimana mereka minta disegerakan nikmat


kemenangan

nescaya

binasalah

mereka

dan

sia-sialah

ajal

mereka.

(Yunus : 11)
2) Bersemangat atau Iman yang membara.
Kadangkala semangat atau iman yang membara menyebabkan al Istijal
berlaku. Ini disebabkan apabila iman semakin kuat dan dapat menguasai diri
seseorang ia akan melahirkan suatu tenaga atau kekuatan yang dapat

melakukan apa sahaja. Namun jika kekuatan ini tidak dikawal dengan baik ia
akan mendorong kepada melakukan pekerjaan yang buruk lebih banyak
daripada pekerjaan yang berfaedah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
Dan

bersabarlah

terhadap

apa

yang

dikatakan

oleh

mereka

(yang

menentangmu) dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.
(al Muzammil : 10)
3) Suasana semasa
Suasana semasa juga boleh menyebabkan al Istijal berlaku. Zaman atau
suasana semasa yang beredar dengan begitu pantas dengan kemajuan
pengangkutan serta kemudahan pembangunan moden yang ada hari ini telah
mendorong sebahagian dari para amilin bertindak gopoh dalam menyertai dan
mengejar suasana semasa.
4) Realiti musuh atau seteru
Kadangkala berlaku al Istijal disebabkan oleh realiti musuh atau seteru.
Ini kerana setiap hari musuh-musuh Allah menguasai umat Islam dan menguasai
teraju pemerintahan dunia. Mereka mengintip dan mengekori kerja-kerja Islam di
setiap tempat dan cuba memadamkan kebenaran.
5) Tidak memahami strategi musuh
Kegagalan memahami strategi musuh merupakan salah satu faktor
berlaku al Istijal. Mereka mempunyai pelbagai bentuk strategi kotor dalam usaha
untuk menguasai dunia Islam. Pendekatan tipu helah yang dilakukan ini
sebenarnya adalah hasil daripada

kefahaman dan pengalaman bahawa

penentangan secara terang-terangan terhadap umat Islam bukan sekadar tidak


berkesan bahkan membangkitkan semangat umat Islam untuk menentang
mereka.
6) Berleluasanya kemungkaran serta jahil cara mengatasinya.

Berleluasanya kemungkaran serta jahil dalam mengenal pasti pendekatan


yang sesuai untuk mengatasinya merupakan gejala berlakunya al Istijal.
Rasulullah S.A.W bersabda :
Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah ia
mengubahnya dengan tangan (kekuasaannya) maka jika sekiranya ia tidak
mampu maka hendaklah ia mengubah dengan lidahnya. Maka jika ia tidak
mampu, maka hendaklah diubahnya dengan hatinya , yang demikian itulah
selemah-lemah iman.
Namun begitu dasar mengubah dan mencegah kemungkaran bukanlah
bermakna ianya perlu dilakukan secara mendadak atau segera. Perubahan yang
dilakukan adalah tertakluk kepada beberapa syarat agar tindakan yang akan
dilakukan tidak mencetuskan kemungkaran yang lebih besar.
Pendekatan dakwah yang harus dilakukan adalah mengikut keadaan. Maka
apabila seseorang amilin atau pendakwah lupa tentang pendekatan yang harus
dilakukan

iaitu

mengikut

keadaan

bagi

mengubah

kemungkaran

dan

membenterasnya, sudah pasti akan berlaku al Istijal (terburu-buru), kerana ia


menyangka bahawa perkara tersebut pasti dilaksanakan segera, jika tidak
melakukan segera maka dia akan berdosa.
7) Tidak berdaya menanggung beban dan kepenatan perjuangan.
Terdapat di kalangan amilin yang bersemangat hanya untuk beberapa
ketika kemudian merasa lemah serta tidak dapat bertahan lama dan
menanggung segala beban perjuangan. Maka mereka yang lemah ini justeru
mengambil tindakan secara gopoh bagi tujuan mengelakkan dirinya dari
sebarang kesulitan dan bebanan.
8)

Berjaya pada tahap-tahap persediaan atau sebahagian strategi tanpa

mengambil kira akibatnya.

Kadangkala kejayaan yang diperolehi pada tahap persediaan atau


sesetengah strategi dan pendekatan seperti bilangan penyokong yang ramai
atau bilangan peralatan dan harta benda yang banyak tanpa mengambil kira
akibat yang akan diterima dari musuh-musuh Allah, pastinya akan terus
meningkatkan tekanan dan juga fitnah yang akan berlaku serta tindak balas
orang ramai (jamahir) yang merupakan punca berlakunya al Istijal.
9) Tidak ada program bagi menyedut kekuatan dan meredakan ketegangan dan
keterlaluan.
Kadang-kadang berlakunya al Istijal adalah disebabkan oleh ketiadaan
program-program teratur bagi menyedut tenaga dan kemampuan juga
meredakan ketegangan saraf kerana nafsu yang berada dalam tubuh seseorang
jika tidak disibukkan untuk kebenaran ia akan disibukkan untuk kebatilan.
10) Melakukan kerja tanpa mendampingi mereka yang berpengalaman
Amilin yang bijak ialah yang memanfaatkan pengalaman dan percubaan
golongan yang terdahulu daripada mereka. Mereka tidak angkuh dan
mementingkan diri kerana ini hanya akan menyebabkan mereka melakukan
tindakan jauh dari apa yang dilakukan oleh orang yang berpengalaman.
11) Lalai tentang peraturan Allah yang berkaitan dengan alam, manusia dan
perundangan.
Peraturan

Allah

terhadap

perundangan

bolehlah

dilihat

tentang

pengharaman arak, di mana proses pengharamannya melalui beberapa


peringkat. Sekiranya para amilin dan daie melupai tentang sudut ini sudah tentu
mereka akan bertindak secara tergopoh gapoh.
12) Lupa tentang matlamat yang dituju seseorang muslim.
Matlamat utama yang ingin dicapai oleh seorang muslim adalah
keredhaan Allah. Perkara ini hanya akan terlaksana melalui perantaraan
pengiltizaman kepada manhaj yang ditentukan oleh Allah tanpa sebarang

pengabaian, dan terus tetap juga konsisten di atas manhaj Ilahi tadi, sehingga ke
akhir hayat mengikut keupayaan yang ada dan penuh keikhlasan.
13) Lalai tentang sunnatullah (peraturan Allah) terhadap golongan penderhaka
dan penolak kebenaran.
14) Bergaul dan mendampingi golongan gopoh dan tidak berhati-hati.
Tabiat manusia suka terikut-ikut, dan biasanya seseorang itu akan
bertindak mengikut cara dan gaya rakannya. Mendampingi golongan yang gopoh
dan tidak berhati-hati dalam melakukan tindakan adalah antara sebab
berlakunya al Istijal.
CARA MENGATASI AL ISTIJAL
i)

Merenung dan mengamati kesan yang diperolehi dari perlakuan al Istijal.


Cara begini dapat memberi ketenangan jiwa seterusnya membawa
kepada sikap berhati-hati.

ii)

Sentiasa merenung dan mengamati apa yang terkandung di dalam al


Quran.
Cara yang demikian akan membuka mata kita mengenali sunnatullah dan
diri manusia, juga perundangan. Ini tentunya akan menenangkan diri di
samping menolongnya untuk lebih berhati-hati dan berlapang dada.

iii)

Sentiasa merujuk kepada sunnah dan sirah Nabi S.A.W.


Dengan sentiasa berpandukan kepada sunnah dan sirah nabi S.A.W
ianya akan dapat mengawal tindakan seseorang muslim dalam keadaan
ia sentiasa mencontohi Nabi S.A.W. Firman Allah yang bermaksud :
Sesungguhnya pada diri rasulullah itu adalah contoh yang baik bagi
mereka yang mengharap (rahmat) Allah dan (keselamatan hari akhirat).
(al Ahzab : 21)

iv)

Sentiasa merujuk kepada buku-buku yang membicarakan riwayat hidup


(biografi) dan sejarah.
Buku-buku ini akan mendedahkan kepada kita tentang manhaj yang diikuti
oleh para pendakwah

dan golongan yang terdahulu (salaf) dalam

mengalami kebatilan. Melaluinya juga kita dapat mempelajari bagaimana


mereka begitu berhati-hati dalam tindakan sehingga berjaya.
v)

Melakukan sesuatu tindakan dalam perhatian dan pengawasan golongan


yang berpengalaman yang mendahului kita dalam perjuangan.
Cara ini akan menjaadikan kita cermat dalam mengorak langkah
sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W :
Orang mukmin tidak akan disengat dua kali dari satu lubang.

vi)

Melakukan kerja mengikut program dan agenda yang jelas yang


mencakupi semua aspek penghidupan.
Para

amilin

hendaklah

melakukannya

tahap

demi

tahap

demi

memperolehi matlamat yang diharapkan.


vii)

Hendaklah betul-betul memahami pendekatan serta perancangan musuh.


Cara ini akan menolong para amilin untuk menilai natijah dan risiko yang
akan berlaku, seterusnya mereka akan begitu cermat dan berjaga-jaga di
samping melakukan sesuatu tindakan dengan penuh hikmah dan
waspada.

viii)

Jangan sekali-kali gerun dan takut dengan penguasaan musuh serta


genggaman mereka ke atas dunia Islam.
Kesemuanya ini mungkin akan berakhir dalam sekelip mata. Firman Allah
yang bermaksud :
Dan janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kebebasan orang kafir
bergerak di dalam negeri. Itu hanya kesenangan sementara. Kemudian
tempat tinggal mereka adalah Neraka jahanam. Dan neraka jahanam itu

adalah tempat yang seburuk-buruknya.


(ali Imran 196-197)
ix)

Sentiasa memberi perhatian kepada matlamat yang ingin dituju oleh


penghidupan seorang muslim.
Cara ini dapat mendorong melakukan persediaan yang begitu itqan dan
profesional di samping terus memegang dasar tadi tanpa melangkah terus
kepada natijah.

x)

Sentiasa berhati-hati tentang sikap seseorang muslim kepada perlakuan


mungkar dan cara mengatasinya.Ini dapat memberikannya gambaran
tentang petanda di sepanjang jalan dan ini akan menghalangnya dari
perlakuan al Istijal.

xi)

Sentiasa bermujahadah diri dan melatihnya supaya sentiasa bertenang


dan berwaspada.

WABAK KEEMPAT : Al Uzlah (pemencilan diri)


Pengertian Al Uzlah atau Tafarrud
Dari sudut bahasa : Bererti menjauhkan atau menyisihkan
Mengikut kamus lisan al arab : meminggir sesuatu, atau mengetepikan
lalu ia dipinggirkan
Dari segi istilah para daie :Mengutamakan penghidupan secara berseorangan dengan meninggalkan
penghidupan berjamaah. Dengan itu, seseorang merasakan sudah cukup untuk
mendirikan Islam dalam dirinya tanpa mempedulikan orang lain. Kemudian
secara berseorangan, ia berusaha sedaya upaya untuk menegakkannya di

kalangan orang ramai tanpa meminta pertolongan dan sokongan amilin lain yang
sama-sama berada di medan perjuangan.
Sebab berlakunya al Uzlah
i.

Berpegang kepada sebilangan dari nas syarieyang menggalakkan


seseorang itu beruzlah, tanpa mengambil kira nas syarie yang
menggalakkan kepada hidup berjamaah.

ii.

Berpandu kepada perlakuan al Uzlah yang pernah dilakukan oleh


sebahagian golongan salaf tanpa memahami tentang suasana yang
mendorong mereka berbuat demikian

iii.

Beranggapan bahawa hidup berjamaah akan menghilangkan kewibawaan


individu dan menjejaskan keperibadiannya

iv.

Tidak memahami tentang tabiat bebanan apabila bersama jamaah dan


bergaul dengan orang ramai

v.

Membuat ukuran bahawa bergaul dengan orang ramai mengganggu


tumpuan beribadat, pada hal ia tidak memahami pengertian ibadat yang
sebenar.

vi.

Beralasan tentang berlakunya kejahatan dan kerosakan, dalam keadaan


tidak memahami peranan yang sepatutnya individu muslim apabila
merebaknya kejahatan dan kerosakan

vii.

Merenungi berbagai rupa seksaan dan penderitaan yang menimpa para


amilin agama Allah sepanjang sejarah dan melupai sikap dan pendirian
mereka

viii.

Mendampingi rakan Islam yang memilih al Uzlah dan bersendirian


sebagai cara hidup

ix.

Berbilangan pertubuhan dan jamaah yang bekerja untuk agama Allah

x.

Alpa tentang kesan yang timbul dari perbuatan al Uzlah

Kesan dari al Uzlah


a) Kesan ke atas amilin
i.

Kejahilan tentang identiti diri mereka sendiri


Apabila seseorang individu muslim itu berada dalam keadan al
Uzlah, ai akan terus jahil tentang syaksyiah dan identitinya, dan ini
pasti merugikannya kerana ia condong mendorongnya melakukan
sesuatu perbuatan buruk dengan anggapan ianya baik, dan
kemungkinan ia meninggalkan perbuatan yang baik dengan
anggapan ianya buruk.

ii.

Tertegah dari mendapat pertolongan rakan-rakan juga bantuan


mereka untuk memperbaiki keaiban dan kecacatan yang ada
Kelemahan jiwa dan keazaman yang tidak kuat menjadikan
seseorang itu tidak mampu untuk mengatasi dan memperbaiki
kelemahan yang ada pada dirinya justeru memerlukan pertolongan
orang lain untuk membantunya. Dengan memilih jalan uzlah,
pastinya bantuan itu tidak mungkin diperolehi.

iii.

Terbantut sebahagian kekuatan dan keupayaan mereka


Memilih jalan uzlah mendedahkan sebahagian dari kekuatan dan
keupayaan diri kepada gangguan dan ini akan menjuruskan
kepada berlakunya kepincangan dalam syaksyiah di samping
membolehkan syaitan, manusia dan jin mengambil kesempatan
menggoda dan menyesatkannya.

iv.

Kurang pengamatan, pengalaman dan cubaan yang boleh


menolong mereka dalam menghadapi cabaran dan rintangan yang
menghalang perjalanan
Sebenarnya jalan yang dilalui untuk tujuan agama Allah penuh
dengan duri dan ranjau yang begitu mencabar. Hanya individu
muslim yang cerdik dan matang,yang memiliki pengalaman dari

pelbagai cubaan, mampu mengatasi rintangan tadi dan akan


terselamat dari segala ranjau dan duri.
v.

Dikuasai perasaan hampa dan putus asa yang akhirnya membawa


kepada al Futur
Persoalan dan tanda tanya ini akan terus menghantuinya sekiranya
mengambil sikap al Uzlah dan bekerja secara sendirian. Ini kerana
ia tidak mempunyai apa2 untuk menangkis kebimbangan itu yang
akhirnya mencetuskan perasaan hampa di dalam hatinya, dan
jiwanya akan berputus asa.

vi.

Kurang pengamatan dan harapan mereka kepada ganjaran pahala


Bagi orang yang memilih al uzlah dan hidup bersendirian ia tidak
mungkin

memperolehi

peluang-peluang

seperti

kesempatan

menziarahi sesama muslim atau mengucapkan tahniah di atas


nikmat atau menyampaikan tkziah kerana bencana yang menimpa.
Sebagai

hasilnya

pengamatan

dan

harapan

darinya

untuk

memperolah pahala adalah begitu sedikit.


vii.

Tidak berupaya menegakkan agama Allah di dalam diri mereka


sama ada hari ini atau esok
Sebenarnya kebatilan tidak mungkin bertapak kecualilah apabila
pendokong kebenaran lari meninggalkan medan perjuangan atau
mereka menjalankan tugas secara berasingan. Sesiapa yang
mengambil jalan ini ia pasti menghadapi jalan buntu sama ada hari
ini ataupun esok.

viii.

Mendedahkan diri kepada dosa dan kemarahan Allah kerana


memencilkan diri dari orang ramai dan meninggalkan jamaah
Sabda Rasulullah S.A.W :

Sesiapa yang meninggalkan jemaah sejengkal maka ia telah


menanggalkan ikatan Islam dari tengkoknya.
b) Kesan ke atas gerakan Islam
i.

Mudah dipukul dan dikecundangkan, atau sekurang-kurangnya ia


dibantutkan
Umat Islam diperintahkan agar bersatu dan mengelakkan dari
berpecah dan bercakaran sesama sendiri. Firman Allah S.W.T
yang bermaksud :
Dan hendaklah kamu semua tolong menolong untuk kebaikan dan
ketakwaan dan janganlah kamu semua tolong menolong untuk
dosa dan permusuhan.

(al

Maidah : 2)
ii.

Terhalang dari pertolongan atau bantuan Allah


Allah telah berjanji bahawa Ia tidak akan memberi sebarang
pertolongan dan bantuan kecuali mereka bangun melakukan amal
Islami dalam keadaan berganding bahu dan bersatu padu.asulullah
S.A.W :
Tangan (kekuatan) Allah bersama jemaah

Cara Mengatasi dan Melindungi dari al Uzlah


i)

Memahami dengan baik tentang kaitan dan hubungan nas-nas syara


mengenai beruzlah
-

pada satu sudut terdapat nas-nas syara yang menggalakkan


beruzlah tetapi pada sudut yang lain pula menggalakkan supaya
berinteraksi dengan orang ramai dan bersama jemaah

ii)

Memahami sepenuhnya tentang suasana dan sebab-sebab yang


mendorong golongan salaf (dahulu) beruzlah

Golongan salaf pada masa dahulu beruzlah tanpa menimbulkan


sebarang kemudaratan, kerana pada masa itu telah tertegak
Negara Islam,dan bendera Islam dapat dikibarkan. Kiranya kita
mengambil jalan ini kemudaratan yang begitu banyak pasti berlaku
lantaran Negara Islam sudah tidak wujud lagi di samping usahausaha keras musuh-musuh Islam memerangi umt Islam hari ini.

iii)

Menguasai dan memahami secara terperinci Manhaj Islam dalam


mempadukan di antara keperluan individu dan jamaah
-

Cara ini dapat menjamin seseorang muslim supaya hidup dalam


pelukan jemaah,dan dalam masa yang sama ia mampu untuk
menjaga kepentingan dirinya.

iv)

Berpendirian memahami pengertian ibadat yang sebenar


-

Ini dapat mengelakkan perlakuan uzlah dan mendorong kepada


penglibatan dengan jemaah, juga bergaul dengan orang ramai
tanpa sebarang perasaan tidak selesa.

v)

Mujahadah diri secara berterusan dan bersungguh-sungguh


-

Dengan

ini

dirinya

tidak

dikuasai

oleh

hawa

nafsu

dan

diperhambakan oleh syahwat dan keinginan.


vi)

Memahami peranan yang wajib dilakukan oleh seseorang Islam dalam


menghadapi suasana kejahatan dan kerosakan yang begitu merebak
-

ini dapat menyelamatkan para amilin dari dibelenggu al uzlah dan


membawanya bergaul dengan orang ramai dan merempuh semua
halangan bagi tujuan membenteras semua kejahatan atau
mengubati dan memulihkan segala kerosakan dan kejahatan yang
berlaku.

vii)

Kembali sepenuhnya kepada Allah dan memohon dari Allah dengan


sebenar-benarnya.

viii)

Menjauhkan diri dari mendampingi kumpulan yang memilih jalan beruzlah


dengan mendampingi saf amilin

ix)

Mengenal pasti dengan betul dan terperinci tentang realiti perjuangan


sesuatu pertubuhan atau jamaah yang bekerja untuk Islam

x)

Mengamati dan memahami hakikat minhaj yang pernah dilakukan oleh


Rasul SAW dalam membina mercu dan Negara Islam yang pertama
-

Kefahaman yang demikian akan membantu melepaskan diri dari al


Uzlah bahkan akan mendorongnya menyertai jamaah dengan
mencontohi apa yang pernah dilakukan oleh Nabi S.A.W dalam
firman Allah :
Sesungguhnya pada Rasulullah adalah contoh yang baik untuk
kamu, bagi siapa yang berharap untuk bertemu Allah dan hari
akhirat, dan banyak mengingati Allah.
(al Ahzab : 21)

xi)

Mengenal pasti bahawa musuh-musuh Allah dari golongan kuffar dan


munafiqin sentiasa bekerjasama di antara mereka secara pakatan untuk
memukul Islam

xii)

Merenungi dan mengamati tentang kehidupan ciptaan Allah yang berada


di sekeliling kita

xiii)

Mengenal pasti hakikat kesan yang timbul dari perlakuan al Uzlah


-

Dengan mengenalpasti kesan yang akan timbul ianya pasti akan


mendorong mereka yang mempunyai perasaan, atau mereka yang
mahu mendengar dengan penuh kesedaranuntuk hidup bersama

orang ramai kerana bimbang terjebak ke dalam kesan-kesan atau


akibat yang disebutkan.
WABAK KELIMA : Al Ijab bil Nafsi (terpesona dengan diri sendiri)
Pengertian Al Ijab bil Nafsi
Dari sudut bahasa :
i.
-

Gembira dan berharapan baik


Terpesona

dengan

suatu

perkara,

ertinya

perkara

itu

menyukakannya atau menakjubkan


-

Firman Allah yang bermaksud : Katakanlah 9wahai Muhammad)


tidak sama yang buruk dengan yang baik walaupun banyak yang
buruk itu mempersonakan kamu.
(al-Maidah: 100)

ii.
-

Rasa besar dan membesarkan


Sebagai contoh, lelaki yang terpesona ertinya ia seorang yang
megah, besar diri, dan at Takabbur kerana sesuatu kebaikan atau
kejahatan yang terdapat pada dirinya.

Firman Allah yang bermaksud : Dan pada hari peperangan


Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab jumlah
bilangan kamu yang ramai. Maka jumlah yang ramai itu tidak
mendatangkan faedah kepada kamu sedikit pun
( at Taubah: 25)

Dari sudut Istilah :


Terpesona dengan diri sendiri ialah suatu kegembiraan dengan diri
sendiri, hasil dari apa yang dilakukannya sama ada perkataan atau perbuatan
tanpa menyinggung orang lain, tanpa mengambil kira perkataan dan perbuatan
tadi baik atau buruk, terpuji atau terkeji.
Sekiranya perasaan terpesona tadi menyentuh dan menyinggung orang
lain dalam bentuk penghinaan ke atas peribadi mereka di samping dia

mengecilkan apa yang mereka lakukan itu, dikira al Ghurur atau terlalu telalu
mengkagumi diri sendiri. Sekiranya telah menyentuh perasaan orang lain dalam
bentuk penghinaan peribadi mereka juga meninggikan dirinya ke atas mereka
ianya dinamakan al Takabbur atau begitu mengkagumi dirinya.
Sebab berlakunya Al Ijab bil Nafsi
i)

Suasana awal dibesarkan


Keadan ini berlaku kerana manusia terikut-ikut dengan perlakuan
kedua orang tuanya semasa dibesarkan. Antaranya ialah sikap suka
mengangkat diri dan dipuji sama ada dalam bentuk kebenaran atau
kebatilan dan enggan menerima nasihat.

ii)

Memuja dan memuji secara berdepan tanpa mematuhi dan mengambil


kira adab dan peraturan hukum syara yang berkaitan dengan pujian.
Hal ini berlaku disebabkan terdapat jenis manusia yang mana
apabila ia dipuji secara berdepan tanpa mengambil kira adab dan
peraturan hukum syara yang berkaitan dengan pujian, akan terus
melambung dan merasa dirinya begitu tinggi kerana kejahilannya tentang
tipu daya syaitan. Pada masa itu, terlintas dalam kepalanya bahawa ia
tidak dipuja dan dipuji kecuali ia mempunyai kebolehan diri yang tidak
dimiliki oleh orang lain. Anggapan yang bermain dalam pemikirannya akan
menyebabkan ia dihinggapi penyakit al Ijab

iii)

Mendampingi golongan yang bersifat kagum dengan diri mereka sendiri


Apabila seseorang itu berdampingan dengan golongan sedemikian,
mereka akan terkesan sedikit sebanyak dengan perwatakanrakannya. Ini
kerana tabiat manusia yang mudah terpengaruh. Jadi di sinilah rahsia di
sebalik Islam menegaskan tentang perlunya memilih rakan.

iv)

Berada di dalam nikmat dengan melupai penganugerah nikmat (Allah).

Terdapat amilin di mana apabila Allah mengurniakannya nikmat


sama ada nilmat harta benda, ilmu pengetahuan, kekuatan, pangkat dan
seumpamanya, dia akan tenggelam dengan nikmat itu sehingga dia
melupai pemberi nikmat itu, iaitu Allah. Hasil dari pengaruh nikmat itu,
maka dirinya membisik bahawa segala yang diperolehi adalah hasil
keupayaan dan kebolehan yang ada pada dirinya seperti yang dilafazkan
oleh Qarun bermaksud :
(Qarun berkata), sesungguhnya apa uang diberi kepada aku harta, itu
kerana ilmu yang ada pada ku.
(al Qasas : 78)
Bisikan

tersebut akan

terus

bersemarak

di

dalam

dirinya

sehinggalah ia melihat bahawa ia telah sampai ke kemuncaknya dengan


merasai begitu selesa terhadap apa yang dihasilkannya. Sekalipun yang
dilakukan itu tidak betul. Demikianlah sikap al Ijab bil Nafsi.
v)

Memikul tugas sebelum matang dan tarbiyahan secukupnya.


Al Ijab bil Nafsi juga berlaku disebabkan seseorang itu dibebankan
dengan tanggungjawab sebelum ia matang atau ditarbiyyah secukupnya.
Ini kerana fenomena yang wujud dalam gerakan itu sendiri yang mana,
mahu

tidak

mahu

sebahagian

amilin

terpaksa

bertanggungjawab

kendalikan sebahagian kerja pada hal mereka belum layak untuk


memikulnya samada dari sudut kewibawaan ataupun keupayaan.
Kemudian syaitan akan membisik pada hati kecil mereka bahawa
kepercayaan dalam menjalankan tugas tersebut

tidak mungkin

diserahkan jika ia tidak mempunyai kebolehan dan keupayaan diri.


Godaan syiatan itu akan mempersonakannya dan mereka akan mula
mengangkat dirilebih dari tahap sepatutnya.
Kerana

itulah

Islam

begitu

prihatin

tentang

perlunya

berpengetahuan dan kefahaman (fiqh). Ia perlu wujud dalam diri

seseorang sebelum memikul tanggungjawab atau kepempinan seperti


firman Allah yang bermaksud :
Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa
orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama untuk
memberi peringatan kepadanya supaya mereka itu dapat menjaga
dirinya.
(al Taubah : 122)
vi)

Lalai atau gagal mengenali hakikat diri


Apabila manusia gagal atau alpa mengenali hakikat diri, yang mana
dijadikan dari air mani yang keji, dan mereka adalah makhluk yang penuh
dengan kekurangan, pada akhirnya akan disemadikan di dalam tanah
sebagai tempat kembali. Apabila realiti ini dilupakan, ia merasakan dirinya
begitu hebat. Kerana itulah dalam al-Quran berkali-kali diulang tentang
hakikat diri manusia bermula dari tahap awal dijadikan sehinggalah
kesudahan hayatnya.

vii)

Keturunan yang baik dan mulia.


Kadangkala sebab yang membawa kepada penyakit tersebut ialah
kerana seseorang itu berasal dari keturunan yang baik dan mulia. Apabila
seseorang menyedari bahawa dirinya datang dari keluarga kenamaan
atau keturunan yang baik, ia akan merasai bahawa diri dan apa sahaja
yang dicetuskan adalah baik belaka sehingga dia lupa yang keturunan
tidak mugkin menjadikan seseorang maju atau mundur. Bahkan punca
segalanya

bergantung

kepada

tindakan

yang

dilakukandengan

bersungguh-sungguh. Dengan cara itu akan terhakis rasa bangga dengan


keturunan.
viii)

Keterlaluan

dan

penghormatan.

berlebihan

dalam

memberi

penghargaan

dan

Penghormatan yang keterlaluan terhadap ahli di dalam jemaah,


yang mana jelas bercanggah dengan Islam dan ditolak oleh undangundang Allah akan membawa kepada al Ijab bil Nafsi. Sebagai contoh
mereka bangun atau duduk selagi orang yang dimuliakan itu bangun atau
duduk, atau mencium tangannya dan membongkok diri bila berhadapan
dengannya. Bila penghormata diberi, ia akan merasai penghormatan
tersebut adalah kerana keupayaan dan kehebatan yang ada padanya
Mungkin inilah rahsia kenapa Nabi S.A.W melarang para sahabat
bangun sebagai tanda penghormatan kepada Baginda.
ix)

Ketaatan yang melampaui batas.


Ketaatan yang keterlaluan yang diterima oleh para pengikut dalam
gerakan, yang mana jelas tidak selari dengan manhaj Allah sehingga ia
patuh dalam semua perkara sama ada makruf atau mungkar juga punca
membawa kepada al Ijab bil Nafsi. Hal ini menyebabkan tercetus dalam
dirinya

bahawa

ia

tidak

akan

ditaati

oleh

pengikutnya

kecuali

keeistimewaan yang pada dirinya berbanding orang lain. Mungkin inilah


rahsia di sebalik Islam memberi penekanan agar mentaati perkara makruf
sahaja dan bukan perkara maksiat. Rasulullah S.A.W. bersabda yang
bermaksud:
Ke atas individu muslim hendaklah dengar dan taat,pada perkara
yang ia suka atau benci, kecuali apabila ia disuruh melakukan maksiat.
Maka ia tidak boleh lagi dengar dan taat.
x)

Tidak menyedari tentang kesan yang akan timbul dari perlakuan al Ijab bil
Nafsi.
Sekiranya para amilin gagal memahami akibat yang timbul dari
perlakuan al Ijab bil Nafsi, maka sudah pasti ia ditimpa sifat tersebut.

Kesan Al Ijab bil Nafsi


Al Ijab bil Nafsi sebenarnya memberi kesan yang tidak baik dan memudaratkan
sama ada ke atas diri para amilin ataupun ke atas amal Islami itu sendiri.

Kesan terhadap para Amilin


i)

Terjebak ke dalam perangkap al Ghurur bahkan juga al Takabbur


Ini kerana orang yang terpesona dengan dirinya sendiri pasti akan
didorong oleh sifat itu untuk ia melupakan diri dan mengenetepikan usaha
muhasabah diri. Ekoran itu, ia akan mengambil sikap merendah dan
mengecilkan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain (al Ghurur) serta
bersikap meninggi diri ke atas orang di samping memperkecilkan
kewibawaan orang lain (al Takabbur). Kedua-dua sifat itu akan membawa
kepada kebinasaan.

ii)

Terhalang daripada mendapat taufik Allah.


Ini disebabkan sikap ujub yang ada pada seseorang akan terus
mengheretnya kepada satu sikap yang dinamakan kekakuan. Realiti
sunnatullah ialah Allah tidak akan memberi taufiq kepada hambanya
kecuali kepada yang melekangkan dirinya dari sifat keakuan, dan
mengeluarkan bahagian syaitan dari dalam diri mereka.

iii)

Kecundang apabila berhadapan suasana gawat dan genting


Ini kerana orang yang ujub sentiasa mengabaikan dirinya dari tazkiyyah
atau meningkatkan pengabdiannya di jalan Allah. Oleh itu ia tidak akan
berupaya apabila berhadapan dengan suasana gawat kerana ia tidak
mengenali Allah semasa senang maka Allah juga tidak mengenalinya
semasa susah. Benarrlah apa yang Allah firmankan yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang bertaqwa dan


orang-orang yang berbuat kebaikan
(an Nahl : 128)
iv)

Orang ramai menjauhkan diri dan membencinya.


Ini disebabkan orang-orang yang ujub sentiasa mendedahkan pekong di
dadanya yang membawa kemurkaan Allah. Sesiapa yang dimurkai Allah,
maka seluruh penghuni langit akan turut memarahinya dan diturunkan ke
bumi untuk turut memarahinya. Akibatnya orang ramai akan menjauhkan
diri darinya, di samping mebencinya. Malah tidak sanggup melihat dan
mendengar suaranya.

v)

Balasan dari Allah sama ada cepat atau lambat.


Ini desebabkan orang yang terpesona dengan dirinya telah menjadikan
sifat atau akhlknya terdedah kepada azab Allah dalam kadar segera di
mana ia akan dimusnahkan seperti yang pernah berlaku kepada umat
terdahulu. Atau sekurang-kurangnya, ia akan dibalas dalam bentuk keluh
kesah, hilang pdoman dan hilang ketenteraman jiwa. Manakala azab yang
lambat pula, mereka akan diazab oleh Allah.

Kesan ke atas gerakan


i.

Mudah ditembusi
Ini kerana kagagalan para amilin yang kagum dengan diri sendiri untuk
menghadapi suasana getir dan mencabar.

ii.

Terhenti atau sekurang-kurangnya agak lambat untuk memperolehi


sahabat dan para penyokong
Ini kerana orang ramai sentiasa menjauhi mereka dan membenci amilin
yang terpesona dengan diri sendiri. Akibatnya, bebanan yang begitu
banyak perlu dipikul oleh gerakan Islam.

FENOMENA AL IJAB BIL NAFSI


i.

Menonjolkan kebaikan diri

ii.

Enggan menerima nasihat

iii.

Rasa gembira mendengar kelemahan orang lain terutamanya yang


berlaku di kalangan rakan-rakannya

Cara Mengubati Penyakit al Ijab Bil Nafsi


i)

Sentiasa mengingati hakikat kejadian diri manusia

ii)

Sentiasa mengingati tentang apa itu hakikat dunia dan apa pula hakikat
akhirat

iii)

Sentiasa mengingati tentang nikmat Allah yang dilimpahkan ke atas


manusia dari sebesar-besar sehinggalah ke sekecil-kecilnya

iv)

Sentiasa memikirkan tentang mati, kedudukan selepas mati yang penuh


penderitaan dan kengerian

v)

Sentiasa mendengar dan mengamati kitab Allah dan Sunnah Nabi

vi)

Sentiasa

menghadiri

majlis

ilmu,

terutamanya

majlis

ilmu

yang

membicarakan tentang penyakit jiwa (hati) dan cara mengatasinya


vii)

Sentiasa memerhati keadaan orang yang sakit, cacat anggota, bahkan


juga orang-orang yang mati terutamanya pada waktu mereka dimandi,
dikapan dan ditanam

viii)

Memperingatkan ibubapa agar membebaskan diri dari penyakit al Ijab bil


Nafsi dan seumpamanya

ix)

Hendaklah menjauhkan diri dari bergaul dengan golongan yang kagum


dengan diri sendiri

x)

Hendaklah sentiasa diperingati tentang betapa perlunya adab dan


tatatertib syara diikuti dalam menyampaikan sesuatu penghargaan,
pujian, dan penghormatan juga dalam memberi kesetiaan dan ketaatan

xi)

Jangan terlalu gopoh untuk memegang teraju kepimpinan dalam keadaan


tertentu

xii)

Hendaklah selalu mengkaji dan merenungi sejarah golongan yang


terdahulu bagaimana mereka mengawal diri apabila bertembung dengan
perlakuan ini

xiii)

Mendedah dan membiarkan diri dari semasa ke semasa kepada suatu


sikap yang boleh menghapuskan rasa sombong dan meletakkan diri
dalam keadaan yang sebenar

xiv)

Perlu kepada pengawasan orang lain yang sentiasa berada di


sampingnya

xv)

Muhasabah diri sepanjang masa sehingga ia berjaya mengenal pasti


keaiban yang ada pada dirinya

xvi)

Mengenal pasti akibat dan kesan yang timbul dari perlakuan al Ijab bil
Nafsi

xvii)

Memohon pertolongan dari Allah melalui perantara doa, pertolongan dan


penyerahan diri kepadaNya

xviii)

Perlu menekankan tentang tanggungjawab individu, tanpa mengambil kira


keturunan dan asal usul

WABAK KEENAM : Al-Ghurur (tertipu dengan diri sendiri)


Pengetian
Dari sudut bahasa
i.

Al Khida (penipuan), sama ada penipuan dilakukan ke atas diri sendiri


atau pun orang lain

ii.

Perlakuan yang boleh membawa kepada al Ghurur atau terjerumus ke


dalamnya. Mengikut al Jauhari, al Ghurur bermaksud seseorang yang
tertipu dengan kebendaan dunia.

Dari dudut istilah


Menurut istilah para dai dan amilin, al Ghurur bermaksud kekaguman
seseorang amilin dengan diri sendiri sehingga mendorongnya ke tahap
menghina dan memperkecil-kecilkan setiap apa yang diusahakan oleh orang

lain yang menyerupai apa yang ia sedang lakukan tapi tidak sampai
memperlekehkan peribadi saingannya atau merendah-rendahkan peribadi
mereka
Sebab berlakunya al Ghurur
Oleh kerana al Ghurur merupakan tahap yang paling tinggi al Ijab bil Nafsi,
maka sudah semestinya sebab-sebab mendorong seseorang itu bersikap
demikian samalah atau lebih sedikit dengan sebab-sebab yang mendorong
kepada perlakuan al-Ijab bil Nafsi.
i.

Lalai untuk mengkaji dan muhasabah diri sendiri

ii.

Enggan menerima bimbingan orang lain

iii.

Keterlaluan (tasydid) dalam agama

iv.

Keterlaluan

melakukan

pengkajian

ilmu

agama

terutamanya

perbincangan mengenai masalah-masalah yang pelik dan ganjil dalam


masa yang sama mengabaikan tugas utama
v.

Menumpukan kepada ketaatan dengan

membiarkan kemungkaran

dan kejahatan berleluasa


vi.

Condong kepada dunia

vii.

Melihat sudut-sudut tertentu perlakuan golongan contoh dan tidak


melihat sudut lain yang sepatutnya

viii.

Keterlaluan sesetengah amilin dalam menyembunyi amalan yang


mereka lakukan

ix.

Dikriminasi sebahagian golongan contoh ke atas para pengikutnya

Kesan al Ghurur
Kesan ke atas amilin:Kesan ke atas amilin dari perlakuan al Ghurur adalah merupakan
penambahan kesan ke atas perlakuan al Ijab bil Nafsi

i.

Terjebak ke dalam perangkap kejahatan dan suka bertegang leher

ii.

Terperangkap ke dalam kancah at Takabbur di muka bumi tanpa


kebenaran (hak)

iii.

Keras kepala

Kesan ke atas gerakan Islam:i.

Mudah dibolosi musuh Allah di mana akhirnya gerakan Islam akan


mudah dihancurkan. Akibatnya, gerakan Islam terpaksa bekerja keras
dan melakukan banyak pengorbanan untuk mencapai hasil dan
terpaksa menunggu masa yang panjang

ii.

Orang awam dan orang biasa akan menjauhkan diri dari gerakan Islam
terutama di saat-saat genting dan mencabar. Ini kerana mereka
melihat bahawa para pendukung gerakan terdiri dari golongan al
Ghurur yang sentiasa merendah dan mengecil-ngecilkan segala
tindakan dan usaha yang mereka lakukan sekalipun apa yang mereka
lakukan adalah sesuatu yang baik dan itulah satu-satunya yang
terdaya oleh mereka

Fenomena al Ghurur
i.

Mengambil sikap untuk memperlekeh dan mengecilkan usaha dan


kerja orang lain, sekali pun usaha yang dilakukan itu adalah baik

ii.

Sentiasa bercakap tentang kerja yang dilakukannya dengan memuji


dan mengangkat dirinya sendiri

iii.

Susah untuk tunduk dan menerima kebenaran sekalipun kebenaran


datang dari ahli dan tokoh yang tidak dipertikaikan

Mengubati al Ghurur
i.

Sentiasa merenungi dan mengamati tentang akibat dan kesan yang


timbul dari perlakuan al Ghurur

ii.

Sentiasa mengambil pendekatan sederhana dalam semua perkara


termasuklah dalam melakukan ibadat dan melakukan yang harus

iii.

Sentiasa mengingati bahawa biar bagaimana pentingnya sesuatu


perbuatan yang dilakukan ianya bukanlah sebab bagi keselamatan
seseorang

sehingga ia terus bergantung dengan amalan tadi.

Sesungguhnya keselamatan sebenar adalah hak mutlak Allah yang


dikurniakan kepada hambaNya.
iv.

Hendaklah sentiasa mengamati kitab Allah dan Sunnah Nabi Nya


s.a.w kerana cara yang demikian akan dapat menyingkap tentang
betapa takut dan bimbangnya mereka kalau-kalau terjatuh ke dalam
kejahatan. Padahal ketaatan mereka kepada Allah begitu hebat dan
besar sekali. Semoga dengan renungan ini akan dapat kita
mencontohi dan mengikuti jejak langkah mereka.

v.

Mengamati sejarah dan perkhabaran golongan salaf dari kalangan


umat Muhammad s.a.w. di mana mereka telah melakukan kebajikan
yang begitu banyak dengan begitu ikhlas dan benar.

vi.

Sentiasa memberi tumpuan kepada persoalan yang melibatkan


masalah pokok (utama), dan mengelakkan diri dari terlibat dengan
persoalan dan masalah-masalah ganjil dan pelik demi menjaga waktu.

vii.

Menjauhkan diri dari mereka yang bersifat al Ghurur dan mendampingi


golongan yang memahami betapa Tuhan berkuasa segala-galanya ke
atas diri mereka

viii.

Sentiasa melakukan muhasabah diri dan melatihnya sehingga berjaya


mencabut akhlak yang tidak baik dalam dirinya

ix.

Pengawasan dari rakan-rakan yang bertanggungjawab memberikan


nasihat mengikut syarat dan adab yang ditentukan.

x.

Hendaklah dilambatkan atau dilengahkan sementara waktu dari


menyerahkan teraju pimpinan kepadanya sehinggalah ia betul-betul
dapat membersihkan penyakit ini dari dirinya.

xi.

Orang-orang di sekelilingnya hendaklah menjaga dan menghormati


adab-adab syara dalam memberi kepujian, penghormatan dan
ketaatan supaya dapat dipintas laluan syaitan kepada penyakit al
Ghurur

xii.

Golongan contoh hendaklah cermat dalam berinteraksi dengan para


pengikut. Mereka hendaklah melakukannya secara sama rata tanpa
diskriminasi.

xiii.

Sentiasa memohon pertolongan dari Allah

WABAK KETUJUH : At Takabbur (sombong dan membesar diri)


Pengertian
Dari sudut bahasa :Memberi makna Taazum yang bereti menonjolkan kebesaran dan
kesombongan. Mengikut kamus lisan al arab, kalimah al Takabbur dan al Istikbar
memberi erti kebesaran dan kesombongan. Pengertian tersebut dapat difahami
dari firman Allah yang bermaksud :
Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong dan at Takabbur di
muka bumi dengan tiada alasan yang benar
(al-Araf: 146)
Ayat tersebut memberi erti bahawa mereka melihat diri mereka adalah sebaikbaik makhluk, dan hanya mereka yang memiliki hak (keistimewaan) yang tidak
dimiliki oleh orang lain.
Dari sudut istilah :-

Seseorang amil itu menonjolkan kebesaran ke atas dirinya dalam bentuk


menghina orang lain dan memperlekehkan kewibawaan mereka. Dia juga
angkuh untuk menerima kebenaran dari orang lain.
Perbezaan di antara at Takabbur dan Izzah (kemegahan)

Menanggung

At Takabbur
diri secara

Izzah
batil/tidak Menanggung diri secara hak@betul

betul

Mengakui

nikmat

Mengingkari dan menafikan nikmat

menyebutnya

dan

sentiasa

Punca berlaku at Takabbur


At Takabbur merupakan kemuncak bagi al Ijab bil Nafsi sehingga mendorong
seseorang itu memandang hina ke atas orang lain dan ia sama juga dengan al
ghurur. Maka sebab berlakunya juga adalah hampir sama.
i.

Sikap keterlaluan dalam bertawadu

ii.

Kepincangan ukuran kebaikan dan kemuliaan di kalangan manusia

iii.

Membandingkan nikmat yang diperolehinya dengan oarng lain dan


melupai penganugerahan nikmat (Allah)

iv.

Menganggap nikmat yang diperolehi kekal selamanya

v.

Mendahului orang lain dalam memperolehi keistimewaan dan kebaikan

vi.

Lupa tentang kesan akibat sikap takabbur

Fenomena at Takabbur
i.

Berjalan mengorak langkah dalam keadaan angkuh dan sombong


dan memalingkan muka dari manusia

ii.

Melakukan kerosakan di muka bumi apabila berpeluang berbuat


demikian dengan menolak semua nasihat yang diberi dan enggan
menerima kebenaran

iii.

Berlagak dan mengada-ngada dalam percakapan

iv.

Melabuhkan

kain

(pakaian)

dengan

tujuan

bermegah

dan

bertakabbur
v.

Begitu ghairah supaya orang datang kepadanya dan dia pula tidak
suka untuk berjumpa mereka

vi.

Begitu gemar mendahului orang lain

Kesan at Takabbur
Kesan ke atas amilin
i.

Terhalang dari melihat dan mengambil iktibar

ii.

Kegelisahan dan hilang ketenteraman jiwa

iii.

Berterusan dalam kecacatan dan ketidaksempurnaan

iv.

Terhalang dari masuk syurga

Kesan ke atas gerakan islam


i.

Kurang mendapat penyokong, bahkan mencetuskan perpecahan


dan porak peranda

ii.

Terhalang dari pertolongan dan sokongan Allah

Mengubati at Takabbur
i.

Sentiasa memperingatkan diri tentang akibat dan kesan yang akan


berlaku hasil dari perlakuan at Takabbur

ii.

Sentiasa menziarahi orang sakit, dan menyaksikan orang yang


sedang nazak, orang yang ditimpa bala, mengiringi jenazah dan
menziarahi kubur

iii.

Menjauhkan diri dari bersahabat dengan golongan at Takabbur

iv.

Sentiasa bergaul dengan golongan lemah, miskin dan cacat

v.

Sentiasa merenungi diri dan alam

vi.

Sentiasa merenungi sejarah dan kisah golongan at Takabbur yang


terdahulu

vii.

Sentiasa mengikuti majlis-majlis ilmu yang dikendalikan tokoh


ulama ulung dan boleh dipercayai

viii.

Berusaha membiasakan diri dengan melakukan perbuatan yang


kurang digemari oleh kebanyakan orang

ix.

Sentiasa memohon kemaafan dari orang yang pernah dihina atau


melakukan kesombongan terhadap mereka

x.

Golongan yang bukan at Takabbur hendaklah sentiasa menyebut


dan mendedahkan segala nikmat yang diperolehi terutama apabila
berhadapan dengan golongan at Takabbur

xi.

Sentiasa mengingati ukuran kebaikan dan keutamaan mengikut


penilaian Islam

xii.

Berterusan dalam melakukan ketaatan kepada Allah

xiii.

Sentiasa muhasabah diri sepanjang masa

xiv.

Tidak lupa untuk memohon pertolongan Allah

Anda mungkin juga menyukai