Anda di halaman 1dari 2

MAJLIS TAALIM RUMAH

Menghidupkan majlis taalim rumah secara istiqamah merupakan perkara yang perlu
dilakukan oleh seluruh orang islam kerana ia merupakan pintu kepada masuknya agama ke
dalam rumah.

Kita mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membawa seluruh ahli

keluarga masuk syurga. Ia dapat dilakukan dengan mengajarkan ahli keluarga kita tentang
agama dengan jalan menghidupkan amalan taalim rumah secara istiqamah. Inilah amalan
yang dilakukan di rumah para sahabat.
KELEBIHAN TAALIM RUMAH
1. Allah swt akan memasukkan rahmat,
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

sakinah(ketenangan),

keberkatan dan

maghfirah (pengampunan).
Akan hidup suasana agama dalam rumah kita.
Ahli keluarga akan tahu nilai-nilai akhirat dan amalan agama.
Dapat meningkatkan iman yakin terhadap janji-janji Allah swt (Iman dan Ikhtisab).
Rumah akan dipenuhi nur yang cahayanya dapat dilihat oleh penghuni-penghuni langit.
Malaikat akan masuk dan syaitan akan keluar daripada rumah.
Dapat menghancurkan 40 majlis lalai daripada rumah kita.
Akan dijauhkan daripada fitnah Dajjal.

CARA MENGHIDUPKAN TAALIM RUMAH


1. Mesyuarat (berbincang) dengan ahli keluarga untuk tentukan waktu dan tempat
majlis taalim dibuat di rumah di mana semua ahli keluarga dapat berkumpul
bersama.
2. Tempat dan waktu mesti istiqamah kecuali ada hal yang tidak boleh dielakkan.
3. Tempat mestilah bebas daripada perabot yang banyak dan gambar makhluk.
4. Baca satu kitab setiap hari secara istiqamah dan bergiliran (suami, isteri, anakanak)
5. Baca sekurangnya 1 atau 2 hadith bagi setiap bab.

Tandakan tempat terakhir

dengan penanda.
6. Tempoh masa paling baik ialah 30 minit setiap satu sessi. (utk permulaan baca 5
minit dan tambahkan masa setiap hari)
7. Pastikaqn tutup aurat sempurna dan matikan tv, radio dan gajet.
8. Pendengar menghadap pembaca dan duduk rapat-rapat. Sesekala pembaca pandang
kepada pendengar.
9. Besarkan majlis dengan cara :
I.
Bersalawat atas nabi ketika nama nabi di sebut
II.
Menyebut alaihisalam ketika nama nabi lain dan malaikat disebut.
III.
Menyebut radhio Allahu anhu ketika nama sahabat disebut.

IV.
Menyebut radhio Allahu anha ketika nama sahabiah disebut.
V.
Menyebut rahmatullah ketika nama orang alim atau ahlullah disebut.
10. Baca hadith jika mampu atau terjemahan hadith sekurangnya 2 kali sebaiknya 3 kali
dan baca keterangan sekali sahaja. Tidak perlu diulas.
11. Selesai baca taalim tutup dengan ayat berikut:
Insya Allah apa yang kita dengar dapat taufik dan hidayat Allah untuk amal
dan sampaikan kepada orang lain
Kita akhiri dengan tasbih kafarah :
Subhallakalhuma wabihamdika asyhaduala ila anta astaghfiruka wa atubu
ilaik..
(rujuk ustaz atau ustazah untuk ejaan yang tepat).

Pesanan . Fikir macamana rumah orang lain dapat juga hidup amalan ini

Anda mungkin juga menyukai