Anda di halaman 1dari 3

usrahthuroh

——

Apa Itu Ta’alim

Apa itu TA’ALIM?

Ta’alim, secara bahasa berarti pengajaran , secara istilah pula bererti pengajaran yang bersifat
pemberian atau penyampian pengertian, pengetahuan dan ketrampilan.

Ta’alim adalah menyampaikan ilmu agama melalui hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W dimana
bertujuan untuk menghidupkan kembali roh2 kita agar sentiasa ingatkan Allah dan patuh
kepadaNya.

Kelebihan :

Rumah yang didalamnya terdapat majlis ta’alim, bermakna rumah tersebut mewarisi pusaka
Rasulallah saw. Barangsiapa yang mewarisi pusaka Rasulallah saw, maka akan diturunkan
rahmat dan barakah, ketenangan dan ketenteraman akan terwujud di rumah tersebut.

Rumah yang diadakan majlis ta’alim di dalamnya akan dikunjungi oleh para malaikat.
diturunkan taufiq,hidayah serta rahmat. Segala amal buruk. kegelapan, ketegangan akan
dijauhkan dari rumah tersebut. Amalan ta’alim akan membawa cahaya dan akibatnya, kehidupan
suami, isteri dan anak-anak akan damai.

Langkah-langkah yang harus dilakukan agar terwujud Majlis Ta’alim di rumah kita:

Suami isteri dan keluarga bermusyawarah agar semua memahami betapa penting dan mulianya
majlis ta’alim ini.

Tentukan waktu untuk ta’alim. Waktu yang terbaik untuk ta’alim adalah jika semua ahli
keluarga sedang berkumpul.

Melaksanakan ta’alim di tempat yang istiqamah.

Bawa adab-ada majlis dengan sempurna seperti duduk iftirasy, menutup aurat,berwudhuk dan
sebagainya.

Buku yang dipergunakan adalah kitab Fadhail A’mal, Muntakhab Ahadis dan Fadhilat Sedekah

Waktu untuk ta’alim dirumah paling terbaik sekurang-kurangnya 30minit.. Bagi orang baru
memadai baca 1hadith setiap bab dan hari demi hari ada peningkatan..

Tujuan diadakan Majlis Ta’alim:

Tujuan kita mengadakan Majlis Ta’alim adalah semata-mata untuk mengingati Allah swt dan
mendapat keredhaanNya.

Untuk menghidupkan sunnah Rasulallah saw yang menjadi asbab kejayaan kita di dunia dan
akhirat. Sunnah itu bukan hanya kita pelajari, tetapi untuk kita amalkan dalam kehidupan sehari-
hari.

Apabila kita sering duduk di dalam majlis ta’alim Fadhail Amal. maka kita akan rasa ghairah
untuk mengamalkan agama.

Majlis ta’alim menghubungkan ilmu kita yang sedikit ini dengan ilmu Allah swt Yang Maha
Luas.

Supaya kita dapat luangkan waktu untuk belajar agama.

Supaya kita dapat memiliki fikir dan risau agama dan sepasang suami isteri akan memiliki fikir
dan risau yang sama.

Untuk mengetahui segala perintah Allah swt dan Sunnah2 Rasulallah saw serta alam akhirat.

Untuk menghubungkan ilmu dengan amal.

Untuk memasukkan Nur kalamullah dan Nur sabdaan Rasulallah saw ke dalam hati kita.

Keutamaan Majlis Ta’alim

Mahfum hadis Nabi saw: Tiadalah berkumpul suatu kaum di dalam rumah-rumah Allah
(masjid) untuk membacakan kitab Allah, saling mengajarkan sesama mereka, melainkan
diturunkan kepada mereka sakinah, diliputi oleh rahmat, dikerumuni oleh para malaikat, dan
mereka akan disebut oleh Allah dalam majlis para malaikat yang berada di sisiNya.” ( hadith
riwayat Muslim, Abu Daud)

majlis ampunan dosa-dosa pesertanya akan digantikan dengan kebaikan. Walaupun seseorang
hanya kebetulan saja menghadiri majlis yang di dalamnya disebutkan nama Allah swt, orang itu
tetap akan diampuni seperti yang lain.

mendapatkan sakinah atau ketenangan jiwa.

Sebuah majlis ta’alim dapat menghapuskan 100 majlis lalai iaitu majlis yang tidak diingat nama
Allah swt di dalamnya.

Para malaikat akan melihat tempat-tempat majlis ta’alim seperti manusia melihat bintang-
bintang bercahaya di langit.

Sesaat saja duduk di majlis ta’alim, pahalanya lebih baik daripada berziarah kepada 100 orang
pesakit.

Majlis ta’alim juga lebih mulia daripada menghantarkan 1000 jenazah ke perkuburan.

Mahfum hadith Nabi SAW majlis ini merupakan kebun-kebun syurga.

Majlis ta’alim juga merupakan pusaka warisan Rasulallah saw.

Allah swt akan menurunkan rahmatNya kepada setiap peserta majlis ini. Ada 4 tempat di muka
bumi ini yang Allah swt senantiasa menurunkan rahmatNya:

1- Masjidil Haram

2- Makam Rasulallah saw


3- Pada bulan Ramadhan

4- Majlis-majlis yang di dalamnya disebut nama Allah.

Jika kita senantiasa menghadiri majlis ta’alim, maka kita akan mendapat perbaikkan 5 aspek
agama dalam kehidupan kita iaitu:

1- Imaniyah

2- Ubudiyah

3- Muammalah

4- Muasyarah

5- Akhlak

Selesai saja hadis2 dibaca.. Teruskan dengan menyebut tentang 6 sifat para sahabat Nabi
Muhammad S.A.W yang mana jika kita ikuti , Insyaallah akan bawa kepada kejayaan dunia dan
akhirat.

Jika kita dapat membentuk majlis ta’alim dirumah itu bererti ada ciri-ciri sunnah Rasulallah saw
dan para sahabat di dalam rumah kita.

Insyaallah, sebagaimana Allah swt mendidik mereka, begitu juga Allah swt akan mendidik kita.
Segala sifat yang ada pada diri mereka sedikit-sedikit akan kita miliki.

Rumah yang didalamnya diadakan majlis ta’alim, maka rahmat dan keberkatan akan datang,
sakinah. ketenagan, serta ketenteraman akan terwujud.Amiinn

P/s :

jangan lupa habis taklim doa penutup majlis tasbih kafarah.

setiap hadis  diulang baca 3x

istiqamah dalam masa 40hari insha Allah, kita akan rasai perubahan dalam keluarga dan
kehidupan..

istiqamah 1tempat 1masa.contoh setiap hari pukul      9pm di tempat yang sama.

sifat2 sahabat…. Insha Allah akan disambung nanti

APRIL 15, 2016 BY USRAHTHUROH

BLOG AT WORDPRESS.COM.

Anda mungkin juga menyukai