Anda di halaman 1dari 1

Alam

sekitar

adalah

anugerah

Tuhan

yang

amat

bernilai

kepada

kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber


semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk
kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gununggunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan
ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan
hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana
yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada
manusia,

ia

juga

sedikit

sebanyak

akan

terjejas

akibat

aktiviti-aktiviti

pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan
baik.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar.


Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan
manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan
menghijau.

Tumbuh-tumbuhan

membebaskan

oksigen

ke

udara

dan

membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita
menikmati

keselesaan.

Kita

akan

berasa

selasa

jika

tiada

gangguan

di

persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu
dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan
cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai
boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh
menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang
dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Anda mungkin juga menyukai