Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum, saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan berkumpulan

pembangunan masyarakat II (VKMB 1021) berkenaan masalah kekurangan tempat letak


kereta di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi
kerana dengan limpah kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan ini walaupun masingmasing ahli kumpulan dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Saya
Mohd Fikhry Bin Abd Razak sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah
berjaya kami sempurnakan.
Semasa menyiapkan tugasan ini kami telah belajar untuk bekerjasama antara ahli
kumpulan. Tugasan ini telah kami pecahkan untuk diberi sama-rata. Komitmen dan
tanggungjawab sangat perlu semasa melakukan kerja berkumpulan jika tidak, tugasan itu
tidak berjaya kami disiapkan. Semasa pengagihan tugasan saya diberikan tanggungjawab
oleh ahli kumpulan untuk membuat cadangan dan kesimpulan dalam tugasan ini.
Beberapa cadangan telah diusulkan seperti pembinaan tempat letak kereta bertingkat
dimana saya lihat dapat mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta di Hospital
Sultanah Aminah jika ianya dibina. Cadangan ini saya peroleh semasa saya bertugas
menjaga pesakit tahanan Polis di Hospital Melaka dimana Hospital tersebut menyediakan
tempat letak kereta bertingkat dan pemerhatian saya ianya dapat membantu
mengurangkan masalah kekurangan tempat letak kereta yang menjadi masalah utama di
Hospital Sultanah Aminah selain dapat menjimatkan ruang parkir kawasan Hospital yang
terhad.
Alhamdulilah, dengan izin Allah segalanya berjalan dengan lancar seperti yang di
inginkan. Tugasan dapat disiapkan dan dihantar tepat pada masanya. Selain itu, melalui
proses menyiapkan tugasan berkumpulan ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan

telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi dan
bekerjasama antara rakan-rakan juga dapat ditingkatkan melalui proses menyiapkan
tugasan ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan hal ini sekali
gus mengukuhkan hubungan dua hala antara kami.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing, Tuan Ahmad Kamal Bin Mohd Arish atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau
yang banyak membantu kami dalam proses menghasilkan tugasan ini. Tidak lupa juga
ucapan terima kasih kepada semua ahli kumpulan dan pihak yang terlibat sama ada secara
langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

Anda mungkin juga menyukai