Anda di halaman 1dari 1

Langkah - langkah

peranan ibu - bapa - pupuk budaya suka menyimpan dalam jiwa anak-anak
sejak kecil - jangan terlalu ikut kemahuan mereka/limpahi mereka dengan
kemewahan - sebaliknya ajar remaja untuk menyimpan wang jika ingin membeli
sesuatu - buka akaun simpanan untuk anak-anak - didik dan lentur mereka agar
tidak membelanjakan semua wang saku - baki wang saku dimasukkan ke dalam
bank pada setiap hujung bulan - anak akan sedar betapa pentingnya menyimpan
atau menabung

peranan remaja (individu) - remaja perlu sedar - yang bulat tidak datang
bergolek dan yang pipih tidak datang melayang - perlu belajar menyimpan dari
sekarang supaya dapat menempah hidup yang lebih senang di masa akan datang disiplinkan diri agar dapat menyimpan sejumlah wang (kendatipun sedikit) setiap
hari/bulan - remaja boleh mengajak rakan sebaya agar turut sama menabung dan
tidak boros berbelanja

peranan pihak sekolah - anjurkan minggu atau bulan kesedaran menabung laksanakan kempen dan aktiviti yang wajar diadakan demi menghidupkan budaya
menyimpan dalam kalangan remaja - contohnya: membuat kerjasama dengan pihak
bank - memanggil wakil dari pihak bank ke sekolah - membolehkan pelajar
membuka akaun simpanan dengan jumlah minima/menambah wang simpanan

peranan pihak bank atau institusi kewangan - adakan pakej-pakej khusus


untuk remaja dengan pelbagai faedah seperti hadiah lumayan dan perlindungan
insurans - lebih menarik minat remaja. Contoh lain - PTPTN wujudkan akaun SSPN
yang menggalakkan anak-anak & remaja menabung untuk pembiayaan pengajian
tinggi mereka kelak - memancing minat remaja untuk menyimpan

peranan pihak kerajaan - lancarkan kempen-kempen seperti bijak


berbelanja, berbelanja secara berhemat dengan meluas - gunakan semua wadah
media untuk sampaikan mesej pada remaja - wujudkan Hari Menabung - bertujuan
untuk suntik kesedaran kepada remaja akan betapa pentingnya menabung

Anda mungkin juga menyukai