Anda di halaman 1dari 5

KAJIAN TAHAP STRESS DIKALANGAN PENSYARAH MATEMATIK DI INSTITUT PENYELIDIKAN

MATEMATIK (INSPEM)/JABATAN MATEMATIK UPM, SERDANG

NURUL AINEE BINTI AHMAD KABRI


(Pelajar Latihan Industri di INSPEM)

Borang soal selidik ini diedarkan untuk mengkaji tahap stress


dikalangan pensyarah matematik INSPEM/Jabatan Matematik UPM

JULAI 2011

Nota:
Segala butir-butir yang terkandung didalam soal selidik ini adalah sulit serta dirahsiakan dan hanya
untuk kegunaan kajian semata-mata.Sila jawab semua soalan yang dikemukakan dengan jujur dan
berhati-hati.

BAHAGIAN A Demografi
Di dalam bahagian ini,anda dikehendaki memberi maklumat mengenai latar belakang anda.
Sila tandakan () pada petak yang disediakan.

1. Umur

20 hingga 29 tahun
30 hingga 39 tahun
40 hingga 49 tahun
Lebih 50 tahun

2. Jantina

Lelaki
Perempuan

Bujang
3. Status

Berkahwin
Duda/Janda

Kurang 1 tahun
4. Pengalaman mengajar

1 tahun hingga 5 tahun


6 tahun hingga 10 tahun
Lebih 10 tahun

BAHAGIAN B Tahap Stres


Kenyataan di bawah menunjukkan beberapa situasi dipersekitaran yang anda hidapi.
Sila BULATKAN satu angka yang sesuai dengan persepsi anda terhadap kenyataan tersebut berdasarkan
skala berikut:

1
Amat Tidak Setuju

2
Setuju

3
Tidak Pasti

4
Tidak Setuju

5
Amat Setuju

1.

Saya merasakan yang saya silap memilih kerjaya.

2.

Saya merasakan tugas pentadbiran yang saya lakukan tidak cukup


dihargai oleh Pihak Pendaftar,kerana markah untuk kerja pentadbiran
tidak sepadan dengan beban kerja pentadbiran yang diberi

3.

Saya berfikir untuk meletakkan jawatan atau bertukar tempat kerja.

4.

Saya berasa sangat letih dari segi emosi dan fizikal selepas bekerja.

5.

Saya berjaya mengendalikan pelajar-pelajar yang kurang berusaha


dengan baik.

6.

Saya lebih memikirkan kelemahan diri,dari memikirkan kelemahan


pelajar apabila ramai pelajar saya tidak lulus ujian yang saya beri.

7.

Saya berasa bahawa tugas-tugas pentadbiran dan perancangan


aktiviti di jabatan/pejabat menyebabkan saya sentiasa sibuk
sehinggakan mengganggu penyelidikan.

8.

Banyak kali juga saya terpaksa menyiapkan kerja-kerja dari


jabatan/pejabat di rumah.

9.

Saya kekurangan masa untuk memberi tumpuan kepada pelajarpelajar,terutamanya pelajar bermasalah apabila di luar waktu kelas.

10.

Saya fikir terdapat beberapa aktiviti diperingkat fakulti atau universiti


yang tidak berfaedah

11.

Saya merasakan pekerjaan saya sekarang menyeronokkan

12.

Saya merasakan pensyarah senior kurang bermotivasi untuk


membimbing pensyarah lebih muda di dalam penyelidikan.

13.

Saya merasakan gaji yang diterima sekarang berpadanan dengan


beban kerja.

14.

Saya merasakan pegawai atasan universiti beberapa kali membuat


keputusan tanpa mempertimbangkan atau mendengar pendapat
pensyarah-pensyarah.

15.

Saya merasakan pegawai atasan universiti kurang turun ke bawah


untuk bergaul dan mendengar pendapat pensyarah-pensyarah.

16.

Saya merasakan pihak pendaftar tidak layak untuk memberi


arahan-arahan tertentu kepada pensyarah.

17.

Saya merasakan pegawai atasan saya mendengar pendapat


orang-orang tertentu sahaja dalam membuat beberapa
keputusan,sedangkan keputusan yang dibuat melibatkan semua
pensyarah.

18.

Saya merasakan pegawai atasan saya kurang berusaha untuk


memberi motivasi kepada pensyarah

19.

Saya merasakan pegawai atasan saya lebih kepada melabel dan


mendengar pendapat orang lain,dari membimbing dan berbicara hati
ke hati akan pensyarah-pensyarah yang dikatakan bermasalah.

20.

Saya berasa disibukkan dengan tugas-tugas pentadbiran dan


perancangan akiviti yang melebihi daripada kadar yang sepatutnya.

21.

Sekiranya dikehendaki menyiapkan tugas berkaitan pengajaran dan


penyelidikan dengan deadline yang sama,saya akan memilih
menyiapkan tugas berkaitan penyelidikan dari pengajaran.

22.

Saya tidak akan menyerahkan tugas berkaitan pengajaran kepada


pensyarah lain atau penyelaras kursus walaupun saya sibuk dengan
tugas pentadbiran dan penyelidikan.

23.

Pensyarah yang masih kurang dari segi penyelidikan dan penyeliaan


pelajar,haruslah dikurangkan tugas-tugas pentadbiran dan
perancangan aktiviti. Sebaliknya kerja-kerja pentadbiran tersebut
harus diutamakan kepada pensyarah yang penyelidikan dan
penyeliaan pelajarnya sudah dikira stabil dan agak kuat.

24.

Saya merasa pensyarah terpaksa membuat kerja-kerja pemfailan


yang melebihi dari yang sepatutnya.

25.

Saya lebih suka membuat penyelidikandari mengajar.

26.

Saya gembira secara umunya bekerja di sini.

Secara keseluruhan, segala beban kerja dan aktiviti yang perlu dihadiri atau dirancang
(Sila pilih satu sahaja):

A. Tidak membuatkan saya stress pada kebanyakan masa.


B. Membuatkan saya stress pada kebanyakan masa.

Terima kasih kerana meluangkan masa mengisi borang soal selidik ini. Kerjasama Prof./Prof.
Madya/Dato/Dr./Tuan/Puan amat saya hargai.

Anda mungkin juga menyukai