Anda di halaman 1dari 3

Kit Perkembangan Bahasa Penilaian untuk Malaysia (Malaysian Developmental

Language Assessment Kit) (MDLAK) direka oleh Faust, Mullis dan Solomon
digunakan sejak 1992 lagi. Ujian ini digunakan ahli terapi bahasa bagi menilai
pre verbal (PVA), reseptif (RLA) dan ekspresif (ELA) kanak-kanak. Setelah diuji,
kanak-kanak tersebut akan ditandai dengan L untuk Lulus, B untuk Dengan
Bantuan atau M untuk Masih Belum (P Pass, E - Emerging or N Not Yet). Jika
kanak-kanak itu tidak diuji dengan kemahiran tertentu, kanak-kank itu akan
diberikan markah (--).Item-item yang terlibat dalam ujian MDLAK ini akan
dilakukan pada awal dan akhir ujian untuk mendapatkan perbandingan
keputusan.
Terdapat 6 jenis ujian yang dilakukan dalam MDLAK ini contohnya:
Kategori
(Ujian Preverbal) Melihat
Bersama

Bahan
Bola dengan loceng, Beg

(Ujian Preverbal)
Mendengar bersama

Loceng

(Ujian Preverbal)
Mendengar bersama
(Ujian Preverbal) Meniru

Kain dan Permainan

(Ujian Reseptif Bahasa)

Orang yag dikenali

Jenis Ujian
Sembunyikan permainan
kecil di dalam beg. Tarik
perhatian kanak-kanak
dengan memberitahu
ada sesuatu di dalam beg
tersebut. Buka perlahanlahan. Adakah kanakkanak itu melihat beg itu
sekurang-kurangnya 5
saat semasa anada
membuka beg itu?
Alih perhatian kanakkanak supaya melihat ke
hadapan. bunyikan
loceng di sebelah kiri
kanak-kanak itu
kemudian bunyikan pula
di sebelah kanan. Adakah
kanak-kanak itu dapat
mengenalpasti di mana
bunyi tersebut?
Panggil nama kanakkanak tersebut. Adalah
dia memberi respon?
Sembunyikan permainan
di bawah kain dan tarik
kain itu perlahan-lahan
supaya nampak
permainan itu. Selepas
itu ulangi perbuatan itu
untuk melihat sama ada
kanak-kanak tu meniru
perbuatan anda.
Tanya Di mana_____

Mengenalpasti orang
atau benda
Ujian ekspresif bahasa)
Mengajuk bunyi yang
bermakna

kanak-kanak

(Ibu/Ayah)

Permainan

Ambil apa-apa permainan


seperti kereta atau
patung haiwan dan buat
bunyi berdasarkan
permainan tersebut.
Adakah mereka
mengajuk.

Ujian ini dibuat kerana di malaysia tiada lagi ujian yang merangkumi preverbal,
reseptif dan ekspresif bahasa untuk kanak-kanak dari lahir hingga umur 6 tahun.
Semua ujian ini boleh digunakan untuk bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
Fungsi ujian-ujian ini adlah untuk tidak menjadi formal, senag untuk dinilai dan
memberi kefahaman kepada ibu bapa dan guru tentan tahap bahasa kanakkanak yang bertujuan untuk mengenalpasti bila untuk campur tangan jika
kanak-kanak tersebut mengalami kecelaruan bahasa. Oelh itu berdasarkan ujian
MDLAK ini, guru dan ibu bapa dapat memilih matlamat mengajar yang sesuai
untuk kanak-kanak tersebut berdasarkan pencapaian ujian MDLAK itu.
Jika boleh, pastikan ujian ini dijalankan dengan kehadiran ibubapa supaya kanakkanak itu tidak takut atau gementar dan menyebabkan ujian menjadi tidak sah.
Ini juga membantu jika pencapaian kanak-kanak itu tidak sama dengan perkara
yang diketahui oleh ibu bapa tentang kemampuan kanak-kanak itu.
Ujian preverbal menguji kanak-kanak mengenai melihat dan mendengar,
mengambil giliran, kemahiran meniru dan pemahaman tentang perkara yang
simbolik serta kemahiran memadankan sesuatu.
Ujian reseptif pula menguji kanak-kanak tentang kefahaman tentang sekeliling,
mengenalpasti objek atau tubuh badan, arahan mudah dan kompleks, konsep,
memahami tentang kedudukan, dan kemahiran fungsi dan penaakulan.
Ujian ekspresif menguji bunyi-bunyi yang bermakna, menamakan objek
menggunakan kata kerja dan kata sifat kerta kata sendi nama, menggunakan 2
dan tiga patah perkataan dan kemahiran tahap tinggi yang lain.
Ujian MDLAK memberi ruang kepada ahli terapi bahasa untuk menguji kemahiran
praverbal, kemahiran melihat, kemahiran mendengar dan kemahiran meniru,
dalam kalangan kanak-kanak yang terlibat. Berdasarkan ujian MDLAK ini, ahli
terapi bahasa boleh mengetahui sama ada kanak-kanak ini mempunyai masalah
pada bahagian-bahagian tertentu melalui tahap pencapaian yang diperoleh oleh
kanak-kanak selepas ujian dijalankan.
Sebagai contoh sekiranya markah
pencapaian kanak-kanak yang diuji adalah rendah pada bahagian pendengaran,
maka ahli terapi bahasa boleh memberi keutamaan kepada sistem auditori atau
pendengaran kanak-kanak tersebut untuk rawatan selanjutnya. Kekuatan kedua
pada ujian MDLAK ini adalah kerana ujian ini dijalankan secara perseorangan
iaitu kanak-kanak akan diteliti secara individu. Hal ini kerana setiap kanak-kanak

tidak sama sama dari segi daya dan kemahiran mereka. Sekiranya ujian ini
dijalankan dalam kelompok yang besar, maka hasil yang diperolehi mungkin
tidak tepat dengan kemampuan sebenar seseorang kanak-kanak itu. Mungkin
berlaku masalah terlepas pandang atau masalah membuat penilaian yang tepat.
Ujian MDLAK ini juga memberi ruang kepada ibu-bapa untuk mengetahui
kemampuan atau masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka sejak usia awal
lagi. Ibu bapa tidak perlu menunggu kanak-kanak sehingga usia yang lanjut
untuk mengetahui bahawa anak-anak mereka mengalami kecelaruan bahasa
atau tidak.
Kelemahan yang dapat dilihat dengan menggunakan kaedah ini adalah Ujian
MDLAK ini hanya sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah
sahaja. Oleh itu, kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke atas tidak dapat
menggunakan kaedah ini untuk menguji tahap kecelaruan bahasa mereka. Hal
ini kerana ujian ini lebih terarah kepada tahap pengahasilan bahasa pada
peringkat awal atau peringkat asas oleh kanak-kanak.
Selain itu, Ujian MDLAK ini juga kurang standard terutama pada ujian mengajuk
bunyi bahasa. Hal ini kerana kefahaman dan pengalaman kanak-kanak adalah
tidak sama antara satu sama lain. Sebagai contoh kanak-kanak luar bandar akan
lebih arif dengan bunyi haiwan berdasarkan pengalaman mereka berbanding
kanak-kanak bandar yang mungkin kurang ada pengalaman dengan bunyi-bunyi
haiwan sekiranya permainan haiwan digunakan sebagai alat dalam ujian ini.
Mungkin mereka tidak dapat mengajuk bunyi haiwan yang dikehendaki bukan
atas dasar mengalami kecelaruan bahasa tetapi disebabkan kurang pengalaman.

Anda mungkin juga menyukai