Anda di halaman 1dari 3

Tugasan 2 Aktiviti 3: Jurnal Reflektif (T2A3)

Imbas kembali aspek-aspek penting yang telah anda perolehi semasa mendengar kedua-dua
ceramah.
Cuba fikirkan adakah aspek-aspek yang telah disarankan menggambarkan situasi diri anda
sebagai seorang guru pada masa ini? (Anda harus menggambarkan bahawa anda seorang guru
yang hebat dan bertanggungjawab serta jelaskan dengan ringkas dan padat dalam dunia serba
canggih dengan teknologi ini apakah pendekatan yang sesuai dan berkesan anda sebagai guru
laksanakan dalam pdp)
Selanjutnya, sejauhmanakah anda dapat melaksanakan saranan-saranan tersebut demi
meningkatkan kerjaya diri sebagai seorang guru
yang boleh membawa kepada keberhasilan murid. (Anda perlu menerangkan secara
ringkas dan padat tentang bagaimana anda mengaplikasi saranan2 yang dijelaskan
oleh kedua-dua tokoh tersebut dalam realiti kelas anda. Jika sebelum ini anda telah
laksanakan , sila perkukuhkan hujah anda )
PANDUAN MENULIS JURNAL REFLEKTIF.
Jurnal reflektif adalah log pembelajaran kendiri yang bertujuan merekod pembelajaran yang
anda lalui. Di dalamnya anda dikehendaki merekod dan berfikir secara reflektif tentang apa
yang anda perhatikan dan situasi yang anda lalui. Ini boleh digunakan untuk meneliti
pemikiran dan idea yang anda gunakan di dalam konteks tertentu. Jurnal sebegini biasanya
mengandungi tulisan, imej, lakaran dan berbagai lagi bahan rujukan.
Berikut adalah dua panduan cara menulis jurnal reflektif.
Panduan menyediakan satu laporan.
1) Pilih satu peristiwa yang berlaku / anda lalui dan tanya diri anda soalan-soalan
berikut:
a) Deskriptif apa yang berlaku?
b) Emotif apa yang anda rasa pada masa itu?
c) Kognitif apa yang anda fikir pada masa itu?
d) Evaluatif apakah pengalaman itu baik atau buruk? Kenapa?
e) Analisis Apa yang dapat anda fahami dari peristiwa itu?
f) Konklusi apa yang telah anda lakukan dan apa pilihan lain yang terbuka
kepada anda?
Panduan menggunakan formula D.I.E.P
1) D Describe. Gambarkan secara objektif apa yang berlaku. Anda boleh tanya diri
anda:
a) Apa yang aku lakukan, baca, lihat, dengar, dan lain lain?
2) I Interpret. Terangkan apa yang anda fahami dari peristiwa itu.
a) Terangkan apa yang anda lihat, baca, dengar, buat.
b) Pendapat anda / akal yang anda dapat.
c) Kaitan pengalaman itu dengan pengalaman lain
d) Hipotesis / konklusi anda
e) Apa sebenarnya yang berlaku?
3) E Evaluate. Secara objektif catatkan.
a) Penilaian anda terhadap peristiwa / pengalaman itu.
b) Pendapat anda tentang peristiwa / pengalaman itu.

4) P Plan. Berdasarkan informasi di atas:


a) Apa cadangan yang anda boleh buat kepada diri anda di masa hadapan atau
orang lain?
b) Apa yang anda dan orang lain boleh pelajari dari pengalaman anda?
c) Bagaimanakah pengalaman ini akan mengubah anda dimasa hadapan?

Hadkan Jurnal Relektif anda kepada 3 muka surat sahaja. SILA HANTAR
PADA ATAU SEBELUM 8 MAY 2014.
Ciri-ciri untuk berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Amalkan
ABCDE setiap masa.
A - Attitude/Sikap

Pelajar yang berjaya mempunyai sikap yang positif.


Rajin mengambil bahagian dalam pelajaran.
Bertanya apabila tidak faham dan menjawab soalan apabila ditanya oleh gurunya, sewaktu di dalam kelas.
Mendengar dengan teliti ketika guru mengajar.

B - Belief/Kepercayaan

Mempercayai bahawa anda ada kebolehan, kelebihan dan kekuatan tersendiri. Yakin bahawa anda boleh lulus
dalam peperiksaan dengan baik.
Berusaha dengan gigih dan seterusnya membawa kepada kejayaan yang besar.

C - Confidence/Keyakinan

Berasa selesa ketika menghadapi peperiksaan.


Yakin bahawa anda boleh menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
Sering bertanya apabila dia tidak memahami kandungan pelajaran yang guru sampaikan, dan mengambil bahagian
secara aktif di dalam kelas.

Determination/Keazaman

Keazaman yang kuat mendorong pelajar berusaha dengan lebih gigih dan tekun.
Tidak cepat berputus asa, dan menganggap kegagalan sebagai satu cabaran. Dia akan terus berusaha sehingga
mencapai kejayaan, memperbanyakkan membaca dan memenuhi masa lapang dengan mengulangkaji.

E - Enthusiasm/Semangat

Tidak pernah menangguhkan segala kerja sekolah.


Membuat ulang kaji pelajaran sejak awal lagi sebelum menghadapi peperiksaan.
Projek sekolah juga akan disiapkan sebelum tarikh akhir penghantaran.
Semangat yang tinggi akan meningkatkan kerajinan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai