Anda di halaman 1dari 9

MONARKI

Negara yang pemerintahnya dikuasai oleh golongan raja dan sultan serta kaum
kerabatnya.
Mereka memonopoli kuasa eksekutif.
Tahta kerajaan diwarisi secara keturunan
Contoh negara; Arab Saudi, Kuwait dan Brunei Darus Salam.
REPUBLIK
Negara yang tidak menjadikan raja sebagai ketua negara.
Kebanyakan negara republik moden, ketua negara terletak di bawah seorang
Presiden.
Presiden merupakan golongan rakyat biasa.
Negara republik mengamalkan sistem kerajaan demokrasi. Iaitu presiden dilantik
dalam pungutan suara atau pilihan raya.
Contoh negara; Amerika Syarikat, Filipina, Sri Lanka, Peranchis, Portugal, Taiwan,
Pakistan, India dan Singapura.
Di kebanyakan negara republik, tempoh pemerintahan seseorang presiden itu
dihadkan antara empat tahun hingga enam tahun atau selama satu penggal.
Dalam konteks negara republik pada hari ini ada dua jenis pemerintahan presiden.
1. Sistem Presiden sepenuhnya.
a. Presiden sebagai ketua kerajaan dan ketua negara
b. Presiden bertanggungjawab untuk memerintah negara
c. Presiden dipilih secara terus oleh rakyat melalui pilihan raya.
d. Contoh negara; Amerika Syarikat, Filipina, Indonesia, Mexico dan Korea Selatan.
2. Sistem Separa Presiden.
a. Presiden hanya sebagau ketua negara.
b. Ketua Kerajaan di bawah seorang Perdana Menteri
c. Kedua-duanya terlibat dalam mentadbir negara tetapi dalam bidang kuasanya
diasingkan.
d.Contoh negara; Peranchis, Sri Lanka, Portugal, Taiwan, Rusia dan Peru.
DEMOKRASI
Negara yang mengamalkan sistem demokrasi, mempunyai kerajaan yang dipilih
oleh rakyat dalam pilihan raya umum.
Wakil-wakil rakyat yang dipilih mewakili parti yang bertanding dalam pilihan raya
tersebut.
Parti yang menang dan berhak membentuk kerajaan adalah parti yang mendapat
undian majoriti daripada rakyat.
Berasaskan "kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat"

Ciri-ciri sebuah negara demokrasi ialah;


1. Menjamin hak asasi rakyatnya
2. Rakyat bebas untuk bersuara dan enyatakan idea
3. Pilihan raya bebas diadakan untuk memilih kerajaan.
4. Rakyat yang mencapai had umur tertentu berhak untuk menajdi pemilih dan
bertanding dalam sesuatu pilihan raya.
5. Pengundian dibuat secara sulit
6. Kemenangan sama ada calon atau parti bergantung kepada bilangan undi serta
kerusi yang dimenangi dalampilihan raya.
Negara yang mengamalkan sistem demokrasi juga mengamalkan doktrin
pengasingan kuasa.
Terdapat dua jenis pemerintahan di negara-negara yang mengamalkan sistem
demokrasi.
a. Raja Berperlembagaan
Contoh; Malaysia, Britain, Negara Thai dan Jepun
Raja adalah simbolik sahaja.
Raja adalah ketua negara
b. Republik
Contoh; Singapura, Filipina, India, Amerika Syarikat
Tidak mempunyai raja.
Ketua negara ialah presiden.
Kuasa presiden bergantung kepada sistem yang diamalkan di negara tersebut.
Umpamanya di Singapura dan India, jawatan presiden hanya simbolik sahaja.
AUTOKRASI
Negara yang yang diperintah oleh seseorang diktator yang berkuasa mutlak.
Pemerintah biasanya menggunakan kekerasan, paksaan dan ugutan untuk
mengekalkan kekuasaan.
Afrika

Algeria (wujudnya elemen pemerintahan ketenteraan)

Burkina Faso

Cameroon

Chad (wujudnya elemen pemerintahan ketenteraan)

Congo

Djibouti

Mesir

Equatorial Guinea (wujudnya elemen pemerintahan ketenteraan)

Eritrea

Ethiopia

Gabon

Gambia

Guinea (wujudnya elemen pemerintahan ketenteraan)

Libya (wujudnya elemen pemerintahan ketenteraan dan teokratik)

Mauritania (wujudnya elemen pemerintahan ketenteraan)

Rwanda (wujudnya elemen pemerintahan ketenteraan)

Togo (wujudnya elemen pemerintahan ketenteraan)

Tunisia

Uganda (wujudnya elemen pemerintahan ketenteraan)

Zimbabwe (wujudnya elemen pemerintahan ketenteraan)

Asia

Azerbaijan

Iran

Kazakhstan (pada pilihan raya 2005, parti For a Just Kazakhstan dipimpin
Zharmakhan Tuyakbay telah berjaya memenangi 6% kerusi di parlimen)

Kyrgyzstan

Pakistan (wujudnya elemen pemerintahan ketenteraan dan teokratik)

Syria (wujudnya elemen pemerintahan ketenteraan)

Tajikistan

Uzbekistan

Yemen

Eropah

Belarus

Selain itu, dua negara komunis yang masih boleh dianggap sebagai autoritarian
adalah China dan Cuba.

JENIS-JENIS KERAJAAN DI DUNIA


DEFINISI KERAJAAN
Kerajaan ialah suatu badan atau organisasi yang sah dalam suatu kawasan tertentu yang
mempunyai bidang kuasa tunggal yang sah bagi penguatkuasaan.
JENIS-JENIS KERAJAAN
A. MONARKI
Pemerintahan beraja atau Monarki (dari bahasa Yunani "monos archein", bermaksud "satu
pemerintah") merupakan sejenis kerajaan di mana Raja menjadi ketua negara. Monarki atau
sistem pemerintahan beraja adalah sistem tertua di dunia. Pada awal kurun ke-19, terdapat
lebih 900 buah takhta kerajaan di dunia, tetapi menurun kepada 240 buah dalam abad ke-20.
Manakala pada dekad kelapan abad ke-20, hanya 40 takhta sahaja yang masih kekal. Daripada
jumlah tersebut, hanya empat negara mempunyai raja atau monarki yang mutlak dan
selebihnya terhad kepada sistem perlembagaan.
Perbezaan diantara Raja dengan Presiden sebagai Ketua Negara adalah Raja menjadi Ketua
Negara sepanjang hayatnya, manakala Presiden biasanya memegang jawatan ini buat
jangkamasa yang tertentu. Namun dalam negara-negara persekutuan seperti Malaysia, Raja
atau Agong hanya berkuasa selama 5 tahun dan akan digantikan dengan raja dari negeri lain
dalam persekutuan. Dalam zaman sekarang, konsep monarki mutlak hampir tidak wujud lagi
dan kebanyakannya adalah raja berperlembagaan, iaitu raja yang terhad kuasanya oleh
perlembagaan. Monarki juga merujuk kepada orang atau institusi yang berkaitan dengan Raja
atau kerajaan di mana raja berfungsi sebagai ketua eksekutif.
Monarki demokratik atau dalam bahasa Inggeris Elective Monarchy, adalah berbeza dengan

konsep raja yang sebenarnya. Pada kebiasaannya raja itu akan mewarisi takhtanya (hereditary
monarchies). Tetapi dalam sistem monarki demokratik, takhta raja akan bergilir-gilir di kalangan
beberapa sultan. Malaysia misalnya, mengamalkan kedua-dua sistem iaitu raja
berpelembagaan serta monarki demokratik.
Bagi kebanyakan negara, Raja merupakan simbol kesinambungan serta kedaulatan negara
tersebut. Selain itu, raja biasanya ketua agama serta Panglima Besar angkatan tentera
sesebuah negara. Contohnya diMalaysia, Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua
agama Islam, manakala di United Kingdom dan negara di bawah naungannya, Ratu Elizabeth
II adalah ketua agama Kristian Protestan.
Selain Raja, terdapat beberapa jenis pemerintah yang mempunyai bidang kuasa yang lebih luas
sepertiMaharaja dan Kalifah
B. DEMOKRASI
Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur
kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal
samada oleh rakyat atauwakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang
mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Perkataan ini berasal dari Yunani dari bermaksud "rakyat", ditambah pula
dengan bermaksud "memerintah", dengan kata hubung ; yang memberi maksud
"Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana
pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrim boleh dilihat dalam sistem
kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat
terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada
kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).
Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:
Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, samada secara
tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki
dotrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.
Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil
Rakyat diberi hak mengundi
Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya)
Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain
Kebebasan persatuan
Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang.
Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law
Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi
manusia dan tanggungjawab sivik
C. DEMOKRASI BERPARLIMEN
Dalam sisitem berparalimen, badan perundangan yang tertinggi kuasanya ialah parlimen.
Negara-negara yang mengamalkan sistem ini ialah Britain, Jepun, Malaysia, dan India.
Parlimen terdiri daripada ahli-ahli yang dipilih dalam pilihanraya umum, yang selalunya
diadakan sekurang-kurangnya lima tahun sekali. Parlimen (legislature) ialah badan yang
mewakili rakyat untuk membuat undang-undang negara. Tugasnya ialah menggubal undang-

undang dan dasar-dasar melalui kuasa yang diberi kepadanya oleh undi rakyat.
Sistem demokrasi berparlimen terbahagi kepada dua, iaitu dua dewan. Pertama, dewan yang
yang dipilih oleh orang ramai melalui pilihanraya umum dan yang kedua, dewan yang ahliahlinya dilantik oleh ketua negara: atau institusi-institusi tertentu yang ditugaskan oleh
perlembagaan untuk berbuat sedemikian. Britain, India dan Malaysia adalah contoh negara
yang mempunyai sistem seperti ini. Singapura, Denmark dan Sweden mempunyai hanya satu
dewan yang ahli-ahlinya dipilih secara langsung oleh pengundi.
Parti atau gabungan parti-parti yang mempunyai majority kerusi dalam parlimen akan
membentuk kerajaan. Kerajaan ini yang akan mengemukakan dasar-dasar dan rang undangundang untuk perbahasan dan dan keputusan. Ahli-ahli parlimen biasa, termasuk
pembangkakng, boleh juga membentangkan rang undang-undang tetapi lazimnya ini dilakukan
oleh parti yang memerintah. Rang undang-undang ini diteliti oleh parlimen. Setiap rang undangundang melalui tiga tahap bacaan pertama, di mana rang undang-undang tersebut diedarkan
kepada ahli-ahli parlimen; bacan kedua, di mana perbahsan umum diadakan; dan bacaan
ketiga, di mana rang undang-undang itu dikaji fasal demi fasal. Selepas diluluskan oleh dewan
rakyat, rang undang-undang tersebut akan dikemukakan di dewan kedua pula, (dipanggil senat,
dewan negara dan sebagainya) iaitu bagi parlimen yang mempunyai dua dewan. Di senat
perbincangan juga diadakan di tiga peringkat bacaan. Selepas diluluskan oleh senat rang
undang-undang itu dikemukakan kepada ketua negara-raja atau presiden untuk ditandatangani.
Selepas ditandatangani dan digazetkan ia dianggap sebagai rang undang-undang.
Oleh kerana kabinet yang mengemukakan rang undang-undang dan dasar-dasar, sama ada
dalam bidang pendidikan, pertahanan atau pembangunan ekonomi, maka kabinetlah yang
sebenarnya merupakan penggubal undang-undang. Ahli-ahli kabinet memainkan peranan
utama dalam perdebatan dan perbincangan tentang sesuatau dasar itu. Tetapi menteri-menteri
kabinet bukan sahaja berperanan dalam proses perundangan, mereka juga mengetuai
kementerian-kementerian yang melaksanakan dasar-dasar yang diluluskan oleh parlimen.
Sebagai contoh, menteri pengangkutan bukan sahaja bertanggungjawab menggubal dasardasar pengangkutan, beliau juga yang menyelia dasar-dasar itu dilaksanakan oleh pegawaipegawai kerajaan (atau birokrasi). Menteri-menteri dan birokrasi (pentadbiran) kedua-duanya
bertanggungjawab melaksana. Badan perlaksanaan ini dipanggil eksekutif dan pentadbiran
awam.
Legislature (perundangan) dan ekskutif adalah dua cabang terpenting dalam sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen. Walaupun dua badan ini berbeza daripada segi fungsi
dan kedudukan undang-undang, daripada segi lain pula mereka mempunyai hubungan sangat
rapat. Menteri-menteri kabinet memainkan peranan utama dalam kedua-dua badan ini. Itulah
sebabnya apa yang berlaku dalam sistem demokrasi berparlimen ini selalu digelar sebagai satu
fusion of power ataupun satu percantuman kuasa Justeru itu juga ada ahli teori yang
mengatakan bahawa sistem demokrasi berparlimen adalah bertentangan dengan semanagat
konsep pengasingan kuasa dalam teori demokrasi liberal.
Demokrasi berparlimen juga mempunyai institusi yang bertanggungjawab memastikan bahawa
undang-undang dijalankan dengan adil. Ini ialah badan kehakiman (judiciary). Satu perbezaan
yang menarik tentang badan ini di antara demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden
ialah kehakiman dalam sistem yang pertama itu kurang kuasanya jika dibandingkan sistem
berpresiden. Badan kehakiman di negara-negara demokrasi berpresiden seperti Amerika
Syarikat lebih bebas dan berkuasa jika dibandingkan di negara-negara demokrasi berpresiden
seperti England, Jerman Barat dan Kanada. Mengikut teori demokrasi, badan kehakiman

adalah bebas daripada kawalan politik. Hakim-hakim dilantik oleh ketua negara dan bukannya
oleh kabinet walaupun perlantikan oleh ketua negara itu adalah di atas nasihat perdana
menteri, iaitu ketua parti memerintah dan seorang ahli politik. Hakim-hakim tidak boleh
disingkirkan oleh kabinet atau parti yang memerintah. Jawatan hakim dibezakan daripada
jawatan-jawatan kerajaan yang lain. Gaji, kenaikan pangkat dan syarat-syarat perkhidmatan
mereka adalah di bawah jagaan satau Suruhanjaya Kehakiman yang tersendiri.
Kebebasan kehakiman adalah salah satu daripada kekuatan sistem demokrasi. Kebebasan ini
memastikan bahawa keadilan dapat dilaksanakan dengan berkecuali dan hakim-hakim dapat
menjalankan tugas mereka tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Hakim-hakim bebas untuk
mentafsirkan undang-undang yang diluluskan oleh parlimen mengikut fahaman mereka tentang
keadilan pelaksanaanya. Kebebasan kehakiman ini merupakan ukuran terpenting dalam
menentukan sifat demokratik sesuatu sistem politik itu.
D. SOSIALIS
Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri
utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama
rata.
Beberapa orang berpendapat Robert Owen yang berasal dari Wales, merupakan seorang
sosialis yang pertama. Beliau dianggap sebagai pengasas gerakan koperasi di Britain. Beliau
berkata pekerjalah yang sepatutnya menjadi tuan untuk syarikat yang mereka bekerja. Pekerja
kemudiannya berkongsi keuntungan sesama mereka.
Kebanyakan parti sosialis ditubuhkan semasa kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. Antara
sosialis terkenal adalah Karl Marx yang menulis buku The Communist Manifesto. Sosialis
terkenal lain adalah Vladimir Lenin, James Connolly, Rosa Luxemburg, Fidel Castro, Muammar
al-Gaddafi, Albert Einstein, Robert Mugabe, Ho Chi Minh dan John Lennon.
Sekali imbas, perkataan "sosialisme" dan "komunisme" seolah-olah satu perkara yang sama.
Tetapi pada hari ini dua perkataan ini bermaksud perkara yang berbeza. Kebanyakan orang
yang bukan komunis merujuk komunisme sebagai Marxisme dan Leninisme iaitu idea-idea yang
berasal dari Parti Bolshevik di Rusia.
Selepas Perang Dunia Pertama dan Revolusi Rusia, sosialisme terbahagi kepada dua.
Sesetengah golongan sosialis mengikut Lenin dan dipanggil komunis. Sesetengah yang lain
pula percaya kepada sistem parlimen dan mereka ini dipanggil sosial demokrat. Sosial
demokrat sangat tidak bersetuju dengan komunis tetapi antara ciri mereka ini adalah
menyokong konsep negara kebajikan.
E. KOMUNIS
Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan
masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan
kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan
komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui
revolusi golongan proletariat. "Komunisme suci" menurut Marx merujuk kepada masyarakat
tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan
dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat
mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme; satu falsafah
luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan
intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi
Perancis. Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi
pasaran kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalisme. Marx menyatakan hanya satu
jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat),
yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang diekploitasi oleh
kelas kapitalis (borjuis), menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi
menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum.
Selain Karl Marx, tokoh penting lain adalah Friedrich Engels. Fahaman dominan komunisme
sepertiLeninisme, Stalinisme, Moisme dan Trotskyisme]] adalah berakar dari Marxisme. Akan
tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme dalam komunisme seperti komunisme Kristian.
Dalam gunaan zaman moden, komunisme selalu merujuk kepada Bolshevisme atau MarxismeLeninisme.
Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an apabila
komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet. Komunisme juga mempunyai pandangan agama
adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat.
Ideologi komunisme mula diterapkan ketika meletusnya Revolusi Bolshevik di Rusia pada 7
November 1917. Sejak itu komunisme disebarkan sebagai sebuah ideologi ke negara lain.
Secara rasminya ada 9 buah negara yang pernah ditubuhkan berpegang dengan fahaman
komunis:
Kesatuan Soviet (Kesatuan Republik Sosialis Soviet)
China (Republik Rakyat China)
Cuba (Republik Cuba)
Laos (Republik Demokratik Rakyat Lao)
Vietnam (Republik Sosialis Vietnam)
Korea Utara (Republik Demokratik Rakyat Korea)
Yaman Selatan (Republik Demokratik Rakyat Yaman )
Myanmar/Burma (Republik Sosialis Kesatuan Burma)
Kemboja/Kampuchea (Demokratik Kampuchea)
Walau bagaimanapun hanya 5 buah negara yang kekal memerintah di bawah komunis iaitu:
China
Laos
Vietnam
Cuba
Korea Utara
Sungguh pun begitu fahaman komunis yang diperjuangkan dahulu sudah mula luntur dimamah
usia selepas pencetusannya. Hal ini dapat dilihat di Negara China sendiri, polisi pemerintah
China terhadap pelabur(kapitalis) yang dianggap musuh rakyat telah berubah semenjak 90-an
lagi. Hal ini dapat dilihat dengan kebanjiran kilang-kilang di dalam negara China sendiri.
Walaupun ramai yang menganggap ideologi komunisme sudah lemah berikutan jatuhnya
Kesatuan Republik Soviet pada tahun 1991, namun ideologi itu tetap wujud dalam bentuk
sosialisme. Masih terdapat Parti Komunis di negara-negara lain seperti di barat yang
memperjuangkan hak pekerja, pelajar dan bersikap anti-penjajah.
F. TOTALITARIANISME

Totalitarianisme merupakan fahaman bahawa sistem pemerintahan yang paling ekstrim adalah
dengan membenarkan kewujudan satu parti politik sahaja untuk memerintah negara secara
total. Sistem ini adalah lebih ketara dari sistem diktator atau negara polis police state dan ia
melibatkan propaganda yang berpanjangan untuk memastikan rakyatnya secara relahati akan
patuh dengan kerajaan. Kadangkala kerajaan akan mengambil langkah drastik seperti
membunuh para intelek supaya tiada rakyat yang menentang kerajaan yang total ini.
Pada asalnya perkataan ini telah digunakan oleh Benito Mussolini bagi rejimnya di Itali.
Sewaktu Perang Dunia II, Hannah Arendt seorang ahli falsafah telah mempopularkan konsep ini
untuk menunjukkan persamaan diantara Nazisme dan Stalinisme sebagai teori-teori sivik.
Kebanyakan rejim-rejim fasis dan komunis telah dianggap sebagai totalitarian walaupun
sebahagian besar darinya seperti rejim Franco di Sepanyol, dan Mussolini Itali sebelum Perang
Dunia II, dan juga rejim komunis seperti di Yugoslavia dibawah pimpinan Tito dan China
dibawah Deng Xiaoping, adalah lebih bersifat autoritarian berbanding totalitarian.
Namun terdapat beberapa kerajaan yang lalu yang boleh dianggap sebagai totalitarian.
Kerajaan Joseph Stalin di Kesatuan Soviet dan kerajaan Jerman dibawah pimpinan Adolf
Hitler adalah beberapa contoh kerajaan yang totalitarian. Kedua-dua kerajaan ini telah bertahan
lama dan rakyatnya seolah-olah terperangkap dengan ideologi kerajaannya masing-masing.
Khmer Rouge dibawah kerajaan Pol Pot yang zalim menunjukkan betapa bahayanya sistem ini
kepada masyarakat dimana lebih kurang dua juta rakyatKemboja telah dijadikan mangsa
penindasan rejim tersebut.
Terdapat hujah yang menyatakan totalitarianisme memerlukan seorang tokoh hebat "pemimpin
agung" yang disanjungi sebagai ketua sesuatu regim. Kebanyakan masyarakat totalitarian
mempunyai pemimpin seperti model ini - misalnya, Hitler, Stalin, Mao Ze Tung, Mussolini, Pol
Pot, dan Kim Il-Sung. Oleh yang demikian ramai cendikiawan tidak menganggap era-Brezhnev
Soviet dan kebanyakan negara Perjanjian Warsawsebagai totalitarian. Namun apabila kerajaankerajaan ini tumbang, sebahagian besar penduduknya dan para intelek dinegara tersebut
mengatakan pengalaman mereka ketika itu adalah sememangnya totalitarianisme. Oleh itu,
pemimpin yang berkarisma tidak semestinya perlu di dalam sistem totalitarianisme

Anda mungkin juga menyukai