Anda di halaman 1dari 6

BAB 3

PENETAPAN AGENDA

OBJEKTIF BAB

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Mengetahui maksud isu.
2. Membezakan isu yang diberi perhatian dan benrtuk-bentuk isu
3. Mengaitkan agenda dan isu.
4. Membincangkan proses penetapan agenda.
5. Membezakan dua bentuk agenda
6. Menerangkan teknik-teknik yang digunakan untuk mengenal pasti
masalah.
7. Mengenal pasti halangan-halangan dalam merangka permasalahan
dasar.

3.1 PENGENALAN

Pernahkah kita terfikir, bagaimana sesuatu dasar itu wujud? Adakah kerajaan
secara mudahnya mewujudkan dasar untuk perkara-perkara tertentu?
Bagaimana kerajaan menentukan perkara yang akan diambil tindakan
melalui dasar? Sebenarnya, peringkat pertama dalam proses pembuatan
dasar awam ialah penetapan agenda. Penetapan agenda merujuk kepada cara
masalah yang dihadapi oleh rakyat dimasukkan ke dalam agenda pihak
pemerintah supaya ia dapat diselesaikan. Walau bagaimanapun perlu
diketahui bahawa agenda juga bukan wujud secara sendiri. Kewujudan
agenda sebenarnya bermula daripada sesuatu isu. Kalau kita lihat, ada
sesetengah isu di beri perhatian oleh kerajaan dan ada yang sebaliknya.
Kenapakah kerajaan melakukan tindakan tersebut? Kerajaan sebenarnya
mangambil tindakan terhadap isu yang menjadi agenda sahaja.

Oleh itu, sebelum kita melihat dengan lebih jelas lagi mengenai agenda, kita
perlu dahulu mengetahui isu-isu yang berpotensi akan menjadi agenda
kerana sesuatu pembentukan dasar bermula daripada isu. Setiap hari kita
mendengar pelbagai isu. Kita boleh memperolehi pelbagai isu-isu baru
melalui akhbar, radio, televisyen, majalah dan pelbagai sumber maklumat
yang lain. Ada masanya kita melihat sesetengah isu kelihatan penting, tetapi
isu tersebut tidak diberi perhatian oleh kerajaan. Contohnya, isu daripada
majalah Massa yang bertajuk “Politik Hawa makin terjejas” di mana
membincangkan tentang peranan wanita. Isu itu agak menarik untuk diberi
perhatian kerana wanita masa kini kian aktif dalam menyumbangkan idea
dan tenaga untuk pembangunan negara. Tetapi kerajaan masih kurang
memberi perhatian terhadap isu tersebut walaupun kita merasakan isu itu
33
penting. Sebaliknya, isu penderaan seorang pembantu rumah, Nirmala
Bonat, menyebabkan kerajaan telah menjadikan isu tersebut sebagai suatu
agenda apabila satu dasar dicadangkan untuk perlindungan pembantu-
pembantu rumah rakyat asing di Malaysia. Kerajaan juga mencadangkan
kepada agen pembantu agar mengadakan lawatan terhadap pembantu
rumah sebanyak sebulan sekali.

Jadi, secara jelasnya kita dapat lihat sesuatu masalah akan menjadi isu dan
daripada
sahaja isu akan
akan menjadipenyelesaiannya
di fikirkan agenda. Hanya oleh
isu yang bertukar
kerajaan menjadi
untuk agenda
membentuk
suatu dasar. Sebelum kita melihat lebih mendalam mengenai agenda,
perlulah kita ketahui tentang isu-isu yang mampu membentuk suatu agenda.

3.2 ISU YANG AKAN MENJADI AGENDA

Isu yang sering mendapat perhatian selalunya melibatkan perkara-perkara


berikut:
(i) Crisis proportions – iaitu sejauh mana besarnya krisis yang wujud
dan ia sukar diselesaiakan secara semulajadi. Maka kerajaan perlu
mengambil tindakan tertentu untuk menyelesaikan krisis
tersebut. Contohnya isu kenaikan harga minyak dunia.
(ii) Particularity – sesuatu isu yang besar dan bergantungan kepada

perkara-perkara
Contohnya, lainwarming
global ataupun kesannya hutan
, kebakaran adalahdipada semua.
Kalimantan
tahun 1990-an dahulu.
(iii) Emotive – sesuatu isu yang menjadi perhatian umum, di dalam
media massa. Contohnya kes penderaan pembantu rumah.
(iv) Wide impact – kesan yang mendalam terhadap masyarakat.
Contohnya, masalah banjir ataupun masalah sosial remaja masa
kini.
(v) Power and legitimacy – berkaitan kuasa dan autori yang dimiliki
oleh elit politik. Contohnya, kod etika untuk wakil rakyat dan
Pelan Integriti Nasional.
(vi) Fashionable – masalah semasa kini. Contohnya Penyakit Selsema
Burung.

3.3 BENTUK-BENTUK AGENDA

Menurut Cobb dan Elder, 1972, agenda terbahagi kepada dua bentuk iaitu
agenda sistemik dan agenda institusi.

3.3.1 Agenda Sistemik

Agenda sistemik selalunya mengandungi perkara yang diambil tindakan atau


belum diambil tindakan oleh pihak yang bertanggungjawab iaitu kerajaan.
Agenda ini dikenali sebagai agenda yang terkenal kerana perkara-perkara
yang dibincangkan mampu menarik perhatian umum. Perkara yang terdapat
dalam agenda ini tidak terhad kepeda peringkat persekutuan sahaja, malahan

34
ianya merangkumi peringkat negeri dan tempatan. Antara agenda sistemik
ialah kes ragut yang kian berleluasa pada masa kini.

3.3.2 Agenda Institusi

Agenda institusi pula dikenali sebagai agenda awam. Agenda ini adalah
susunan daripada perkara-perkara yang hendak dicapai oleh pihak kerajaan
untuk sesuatu tempoh yang tertentu. Setiap dasar yang dicadangkan
mengandungi agenda
perkara-perkara yang ingin
yang dijadikan dicapai
agenda oleh kurang
kerajaan pihak mendapat
kerajaan. Selalunya,
perhatian
dari seluruh rakyat. Sebagai contoh, dasar luar yang dilaksanakan oleh
kerajaan.

Seterusnya kita perlu mengetahui jenis-jenis isu yang tardapat dalam dua
agenda di atas.

3.4 JENIS-JENIS ISU

Terdapat banyak jenis isu yang terkandung dalam dua bentuk agenda yang
telah dibincangkan. Jenis-jenis isu tersebut ialah
(i) Subject issue- Maksudnya isu yang dibincangkan adalah secara
menyeluruh ataupun isu yang besar seperti isu pencemaran.

(ii)
(iii) Projectissue
New issue- –isu-isu
Isu mengenai projek
terkini yang tertentu
tidak seperti
pernah Projek
terjadi Bakun.
sebelumnya
seperti genstraizem di kalangan pelajar sekolah terutamanya di
sekolah agama.
(iv) Cyclical issues-Isu yang berulang seperti belanjawan negara yang
dibentang pada setiap tahun.
(v) Recurrent Issues- isu yg dibangkitkan semula disebabkan dasar
yang tidak berkesan atau menjadi perkara baru. Contohnya,
penderaan kanak-kanak.

SOALAN DALAM TEKS

1. Nyatakan DUA (2) bentuk agenda.


2. Jelaskan apakah yang dimaksudkan agenda institusi?
3. Senaraikan jenis-jenis isu.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

35
3.5 PROSES PENETAPAN AGENDA

Isu-isu di atas merupakan isu yang berpotensi untuk menjadi agenda. Isu-isu
yang kita telah bincangkan merupakan perkara-perkata yang perlu
dimasukkan ke dalam agenda atau status agenda terlebih dahulu agar ia
mendapat perhatian pihak kerajaan untuk diambil tindakan melalui dasar
awam. Walaupun begitu, tidak semua isu-isu tersebut mampu mencapai
status agenda.

Untuk mencapai status agenda, mungkin berlakunya persaingan dalam


proses penentuan agenda. Ini berlaku disebabkan wujudnya dua pihak yang
terlibat dalam proses tersebut iaitu pihak penyokong dan pihak penentang.
Contohnya, penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan
Matematik. Pihak yang cintakan bahasa ibunda masing-masing dan pihak
berkepentingan akan menolak sebarang cadangan mengenai perkara ini dan
cuba mengelakkannya daripada menjadi agenda kerajaan. Dengan kata lain,
menafikan agenda adalah perlu untuk menjaga kepentingan masing-masing.

Walau bagaimanapun, ada juga isu-isu yang telah mencapai status agenda,
tetapi lenyap begitu sahaja walaupun setelah dibincang dan diperdebatkan.
Contohnya, cadangan menyediakan penubuhan tabung bayi berkaitan kes
pembuangan bayi yang menjadi isu sekitar tahun 1990-an. Isu tersebut
mencapai status agenda apabila isu tersebut dibincang dan dibahaskan di
Parlimen. Malahan isu tersebut mendapat perhatian umum. Tetapi, sehingga
hari ini, cadangan penubuhan tabung bayi tersebut terus lenyap. Malahan,
walaupun kini ada kes yang sama berulang, tetapi isu tersebut tidak menjadi
agenda lagi. Keadaan ini menjelaskan pada kita, tidak semua agenda kerajaan
akan selesai melalui dasar. Sesetengah agenda akan lenyap begitu sahaja
disebabkan tiada tindakan susulan yang dilakukan.

3.6 PIHAK-PIHAK YANG MEMBENTUK AGENDA

Kewujudan sesuatu agenda sebenarnya berlaku disebalik peranan pihak-


pihak tertentu. Kebiasaannya pihak-pihak yang memainkan peranan penting
dalam pentadbiran negara menentukan agenda kerajaan. Walaupun begitu
terdapat pihak lain juga yang terlibat dalam pembentukkan agenda tersebut.
Terdapat dua perspektif atau pandangan yang boleh kita lihat untuk
pembentukan agenda tersebut, iaitu:

1. Elitist Perspective - Perspektif ini menyatakan agenda ditentukan oleh


golongan elit yang memerintah sesebuah negara. Golongan elit ini
terdiri daripada golongan tentera, ahli perniagaan, golongan
bangsawan dan sebagainya. Di Malaysia, Majlis Tertingi UMNO
merupakan golongan elit yang menentukan agenda kerajaan yang
meliputi perkara-perkara yang perlu dibincangkan di peringkat
kerajaan. Contohnya, isu politk wang akan di bawa ke Perhimpunan
Agung UMNO untuk dibincangkan.

36
2. Pluralist perspective - Perspektif ini melihat agenda akan ditentukan oleh
kumpulan berkepentingan yang memberi tekanan kepada pihak
kerajaan untuk menjadikan satu-satu perkara sebagai agenda kerajaan.
Kumpulan berkepentingan akan mendominasikan proses
pembentukan sesuatu agenda. Kumpulan berkepentingan ini akan
mengenal pasti masalah yang berkaitan dengan mereka dan seterusnya
memberi tekanan agar isu tersebut menjadi suatu agenda kerajaan
untuk diambil tindakan dan seterusnya memenuhi kehendak dan
kepentingan kumpulan tersebut.
Kedua-dua kumpulan tersebut saling berkaitan mengenai sesuatu isu dan
agenda.

Selain daripada itu, secara umumnya proses penetapan agenda adalah hasil
daripada tiga aliran ( stream) iaitu masalah, dasar dan politik. Ini berdasarkan
teori Kingdon iaitu penetapan agenda mengandungi tiga aktiviti atau stream
yang bebas dan kadangkala ketiga-tiga aktiviti ini menuju ke satu arah dan
seterusnya mencapai agenda pihak pemerintah. Tiga bentuk aliran tersebut
ialah:
(i) Problem Stream – bermaksud masalah awam yang wujud perlulah
mampu menarik perhatian yang meluas dari pihak awam.
Seterusnya, isu yang dibincang tersebut perlulah isu yang mampu

(ii) menarik
Policy pihak
Stream pemerintah
- melihat untukkebolehlaksanaan
ke arah diambil tindakan melalui
sesuatu dasar.
dasar
dari sudut teknikal mengenai cadangan penyelesaian terhadap
masalah dan diterima oleh umum.
(iii) Political Stream – lebih melihat kepada pendapat umum, pilihan
raya yang mengakibatkan pertukaran pentadbiran atau
perubahan suasana negara dalam menentukan agenda di pihak
pemerintah.

SOALAN DALAM TEKS

4. Jelaskan DUA (2) perspektif dalam pembentukan


agenda.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

3.7 PERMASALAHAN DASAR

Penetapan agenda berkait rapat dengan proses penstrukturan masalah.


Permasalahan dasar merupakan satu proses mengenal pasti masalah awam
supaya ia dapat diselesaikan dengan baik. Anda juga perlu mengetahui
bentuk-bentuk masalah yang dianggap sebagai masalah awam atau masalah
37
4. Nyatakan tiga jenis punca atau sebab wujudnya masalah awam
menggunakan teknik analisis hierarki.

5. Bincangkan analogi-anologi yang terdapat dalam teknik sinektik.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Nyatakan DUA (2) bentuk agenda.


a. Agenda Sistemik
b. Agenda Institusi

2. Agenda institusi pula dikenali sebagai agenda awam. Agenda ini adalah
susunan daripada perkara-perkara yang hendak dicapai oleh pihak
kerajaan untuk sesuatu tempoh yang tertentu. Setiap dasar yang
dicadangkan mengandungi agenda yang ingin dicapai oleh pihak
kerajaan. Selalunya, perkara-perkara yang dijadikan agenda kerajaan
kurang mendapat perhatian dari seluruh rakyat. Sebagai contoh, dasar
luar yang dilaksanakan oleh kerajaan.
3. Jenis-jenis isu ialah subject issue, project issue, new issue, cyclical issues,
recurrent Issues.

4. Jelaskan DUA (2) perspektif dalam pembentukan agenda.


a. Elitist Perspective - Perspektif ini menyatakan agenda ditentukan
oleh golongan elit yang memerintah sesebuah negara. Golongan
elit ini terdiri daripada golongan tentera, ahli perniagaan,
golongan bangsawan dan sebagainya. Di Malaysia, Majlis
Tertinggi UMNO merupakan golongan elit yang menentukan
agenda kerajaan yang meliputi perkara-perkara yang perlu
dibincangkan di peringkat kerajaan. Contohnya, isu politk wang
akan di bawa ke Perhimpunan Agung UMNO untuk

b. dibincangkan.
Pluralist perspective - Perspektif ini melihat agenda akan ditentukan
oleh kumpulan berkepentingan yang memberi tekanan kepada
pihak kerajaan untuk menjadikan satu-satu perkara sebagai
agenda kerajaan. Kumpulan berkepentingan akan
mendominasikan proses pembentukan sesuatu agenda.
Kumpulan berkepentingan ini akan mengenal pasti masalah yang
berkaitan dengan mereka dan seterusnya memberi tekanan agar
isu tersebut menjadi suatu agenda kerajaan untuk diambil
tindakan dan seterusnya memenuhi kehendak dan kepentingan
kumpulan tersebut.

44

Anda mungkin juga menyukai